Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:16 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


KEADILAN Sarawak kemuka 5 tuntutan segera pada Najib

Posted: 04 May 2016 05:20 AM PDT

KEADILAN DAILY


KUCHING : Kesemua calon KEADILAN bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-11 mengemukakan lima tuntutan bagi diselesaikan segera oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

IMG_2769 


Naib Pengerusi KEADILAN negeri, See Chee How berkata ia berkaitan isu-isu royalti minyak dan gas, pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) , pemerkasaan Bahasa Inggeris dan beberapa isu lain.

"Isu-isu yang dibangkitkan sejajar dengan kepentingan rakyat negeri Sarawak.

"Kami mendesak Najib memberi reaksi dengan segera terhadap isu yang kami bangkitkan ini, kerana jawapan itu sudah lama dinantikan," kata Chee How dalam satu sidang media diadakan berhampiran Wisma Bapa Malaysia di Petrajaya pagi tadi.

Sidang media tersebut turut dihadiri Calon Bagi N.20 Tarat, Musa Ngog, Nurhanim Mohsen (Tupong) Salleh Shawkatali (Satok) Voon Shiak Ni (Batu Kitang) dan calon bagi kerusi Opar, Francis Teron.

Tambah penyandang kerusi Batu Lintang itu lagi, isu-isu berkaitan minyak dan gas di Sarawak memerlukan satu resolusi kukuh bagi memastikan "keadilan petroleum" dapat diberikan kepada mereka.

Beranggapan bahawa rakyat negeri itu telah diperdaya dalam soal hak minyak dan gas yang dikeluarkan dari negeri , beliau mahu Sarawak diberikan 20 peratus hasil minyak dan royalti gas seperti dipersetujui dalam perjanjian sebelum ini.

IMG_2809

"Kami turut menuntut pembatalan Akta Sempadan Laut 2012 di Sarawak, kerana undang-undang itu menyekat kawalan sempadan negeri dalam jarak tiga batu nautika sebagai tidak berperlembagaan.

"Ia akan secara efektifnya, merendahkan integriti wilayah negeri dan sekaligus membenarkan Putrajaya menafikan tuntutan Sarawak di masa depan untuk pendapatan minyak dan gas serta sumber lain yang ditemui dalam sempadan wilayah kami," tegasnya lagi.

Mereka sementara itu turut menggesa supaya Perjanjian Petroleum Tiga Pihak 1974 dibatalkan bagi menjaga kepentingan rakyat Sarawak.

Kerajaan negeri juga tegas mereka perlu mengadakan perbincangan bagi penyusunan dan perjanjian baru mengenai sumber minyak dan gas di Sarawak.

Sementara itu, dalam isu pendidikan pula, mereka turut menuntut agar pengiktirafan sah terhadap  EUC diumumkan secara terbuka oleh Perdana Menteri, tegasnya walaupun kerajaan negeri berkata bahawa sijil tersebut "diiktiraf", namun Kerajaan Persekutuan sebelum ini difahamkan berkata sebaliknya.

"Kami menyeru untuk pengiktirafan penuh UEC bagi kemasukan ke universiti awam dan perkhidmatan awam.

"Sekali lagi, ini termasuk pemulihan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah, ia membolehkan generasi akan datang dididik melalui semua pengantar untuk lebih bersaing," kata Chee How.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri berkata pemberian royalti minyak kepada negeri Sarawak tidak sesuai dipertimbangkan buat masa sekarang atas alasan kejatuhan harga minyak dunia.

PRN Sarawak: Bersih desak Najib, Zahid henti taktik kotor

Posted: 04 May 2016 05:16 AM PDT

KEADILAN DAILY

 
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghentikan taktik kotor membeli undi dan amalan rasuah terhadap pengundi.
 
Bersih-2 
 
Dalam kenyataannya semalam, Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 menyatakan, taktik tersebut yang dilakukan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 Sarawak, adalah sama sekali tidak wajar dan melanggar Akta Pilihan Raya.
 
"Akta Kesalahan Pilihan Raya, Seksyen 9, menyebut bahawa pengaruh tidak wajar dan Seksyen 10 (rasuah).
 
"Adalah menjadi satu kesalahan tidak kira siapa yang melakukannya dan siapa yang menerima faedahnya. Mereka mempengaruhi individu melalui rasuah," tegasnya.
 
Menurut mereka, salah guna kuasa melibatkan Zahid adalah peruntukan RM250 ribu kepada pasukan polis sehari sebelum pengundian awal, termasuk beberapa imbuhan sebanyak RM100 ribu yang akan diberikan pusat ibadat Islam dan Kristian dan lainnya.
 
"Ini termasuk bantuan masing-masing RM500 ribu untuk sekolah di Miri jika calon BN Lee Kim Shin menang di Senadin.
 
"Peruntukan RM70 juta untuk membina jambatan di kampung Long Loma dalam kawasan pilihan raya Telang Usan," kata mereka.
 
Dalam pada itu, Najib pula telah menjanjikan peruntukan berjumlah RM54.3 juta bagu meluaskan saluaran air dan menaik taraf saluran paip sedia ada termasuk mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta kepada Gereja St Jude.
 
 

'Saingan sebenar PAS di Sarawak hanya dengan BN'

Posted: 04 May 2016 04:21 AM PDT

MALAYSIAKINI




PAS mempunyai peluang kemenangan di Sarawak termasuk di DUN yang mempunyai komposisi pengundi Iban dan Cina yang ramai, kata Pengarah Jentera Operasi PAS bagi pilihan raya negeri Sarawak, Dr Wan Nik Wan Yussuf.

Katanya, PAS meletakkan harapan tinggi untuk melahirkan anak sulung terutama di DUN yang pernah ditandinginya seperti DUN Beting Maro, Sebuyau dan Sadong Jaya.

"Hasil perkembangan politik terkini melibatkan masyarakat Iban dan Cina, nampaknya kempen PAS turut diterima baik seperti di Pujut, Lambir dan Samalaju.

"Maka harapannya PAS akan membuat kejutan di DUN ini," katanya dalam satu temubual disiarkan Harakahdaily hari ini.

Menurut Wan Nik, dalam 11 DUN yang ditandingi PAS, kesemua kerusi itu berdepan saingan tiga atau lebih penjuru, kecuali di Pantai Damai yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara PAS dan BN.

"Apa pun, persaingan sebenar PAS hanya dengan BN. Penglibatan parti ketiga dan keempat mahupun yang kelima dilihat kurang terserlah. Sebagaimana berlaku di lima DUN, PAS berdepan dengan PAN (AMANAH) di Muara Tuang, Samariang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.

"Kita dapati kempennya tidak bersifat sebenar. PAS berdepan hanya dengan kempen sebenar dengan BN. Maka nampaknya semacam PAS dengan BN yang bertanding," katanya dalam temubual itu.

Dalam pilihan raya negeri itu, PAS meletakkan 11 calon di Pantai Damai, Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Samalaju, Jepak, Pujut dan Lambir.

Parti Islam itu dijangka berpeluang mendapat anak sulungnya di DUN Beting Maro yang memiliki 10,528 pengundi yang majoritinya terdiri daripada pengundi Melayu dan Melanau.

Wan Nik berkata, hubungan sesama komponen BN yang dilihat 'tidak ngam' di beberapa buah kerusi dan pertelagahan antara PKR dan DAP dilihat memberi kelebihan buat PAS.

"Contohnya di DUN Pujut, parti SUPP tidak dipilih sebagai calon BN, yang dipilih ialah calon langsung BN menyebabkan SUPP terkilan.

"DAP dan PKR pula hampir senada dalam membangkitkan isu-isu ekonomi dan penyelewengan kerajaan BN atau PM.

"Tetapi jarang DAP dan PKR dilihat sepentas kerana mereka telah bertelagah sejak awal dalam isu perebutan kerusi untuk bertanding.

"Kesemua gelagat parti-parti pesaing itu berlaku di DUN yang PAS bertanding. Kita harap ia akan memberi kelebihan kepada PAS," katanya.

Jawab kempen burukkan PAS

Bagaimanapun Wan Nik berkata, PAS tidak memandang kecil penyertaan AMANAH kerana sedar tujuan parti itu adalah untuk memecah belahkan undinya.

"Maka jentera kempen kita diarahkan juga membuat tindakan sewajarnya bagi menjawab isu-isu kempen mereka yang banyak memburukkan PAS.

"Demikian pula di DUN yang PAS berdepan dengan DAP dan PKR terutamanya di sebelah zon utara.

"Kita gunakan pendekatan kesejahteraan dan perpaduan kaum dengan menggerakkan pasukan kempen calon dan DHPP dapat memenuhi lebih ramai pengundi Cina dan Iban, selain berusaha keras untuk memecahkan benteng BN di kawasan pengundi Melayu," ujarnya.


Anggota polis cedera penagih simbah asid

Posted: 04 May 2016 04:19 AM PDT

MALAYSIAKINI

 


Seorang anggota polis cedera selepas disimbah asid ketika menyerbu rumah penagih di Kemasik di Kemaman pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Mohd Said Ibrahim berkata kejadian berlaku kira-kira 2.10 pagi ketika Lans Kopral Mohd Haikal Zaharudin, 27, bersama tujuh anggota yang lain menyerbu rumah tersebut.

"Ketika melarikan diri, suspek menyimbah botol yang berisi cecair yang terkena anggota Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman itu.

"Namun suspek yang berusia 27 tahun itu dapat diberkas," katanya.

Beliau berkata turut ditemui beberapa pil dan ketulan yang dipercayai dadah jenis pil WY, ais dan heroin pada suspek yang bernilai kira-kira RM1,300.

"Anggota tersebut cedera dengan kesan terbakar di telinga, tangan kiri dan kanan dan dikejarkan ke Hospital Kemaman sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Beliau kini dilapor stabil," katanya.

Mohd Said berkata dua lagi adik suspek yang berusia 22 dan 24 tahun yang dipercayai turut terbabit dalam kegiatan itu berjaya meloloskan diri.

Namun pihak polis mengenali adik-adik suspek, tambahnya.

Suspek yang tidak mempuyai pekerjaan turut mempunyai enam rekod lampau bersabit dadah, pecah rumah serta curi motosikal.- Bernama


Saya tidak pernah kata DAP hapus GST di S'wak - Lim

Posted: 04 May 2016 04:17 AM PDT

MALAYSIAKINI





Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melahirkan rasa terkejut atas dakwaan cabaran "liar dan tidak berasas" mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilemparkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

"Adenan gesa saya untuk menunjukkan bukti tuntutan kononnya DAP akan menghapuskan GST di Sarawak jika parti itu menang pada 7 Mei ini," kata beliau dalam kenyataan.
"Saya tidak membuat tuntutan sedemikian bagi pihak DAP," tambahnya.

Lim mencabar Adenan untuk menunjukkan bukti beliau mendakwa sedemikian untuk menghapuskan GST di Sarawak jika menang dalam pilihan raya negeri berkenaan.

"Jika beliau tidak dapat membuktikannya, Adenan menunjukkan beliau tidak boleh dipercayai, ketika beliau sanggup menyalah gunakan kuasa menghalang kemasukan pemimpin pembangkang dari Semenanjung Malaysia memasuki Sarawak dan sekarang membuat dakwaan palsu," jelasnya.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menepis dakwaan pembangkang bahawa GST akan dinaikkan jika BN memenangi pilihan raya negeri Sarawak kali ini.

Sebaliknya, Najib berkata, dakwaan pembangkang itu sekadar pembohongan dan cadangan mengenai kenaikan GST tidak pernah dibangkitkan sama sekali dalam kerajaan.

"Dalam mesyuarat sudah dibuat keputusan, antaranya menolak sekeras-kerasnya dakwaan pembangkang kononnya jika BN menang maka kadar GST akan dinaikkan," kata Najib.

Mengulas lanjut, Lim berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinannya membayar RM20 juta setahun kepada kerajaan Persekutuan ketika dua majlis tempatan – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) – menyerap GST bagi pihak rakyat.

"Saya kata kita harus menghukum BN dan Adenan kerana membenarkan GST untuk dilaksanakan dan membawa kesusahan kepada rakyat," kata Lim.

"GST sangat kejam kerana mengenakan cukai ke atas rakyat miskin, bersama-sama mereka yang kaka, walau kerajaan negeri dan majlis kerajaan tempatan juga perlu bayar GST untuk jalan raya dan projek awam," tambahnya.

"GST adalah undang-undang Persekutuan dan hanya boleh dihapuskan oleh Parlimen, bukan kerajaan negeri," ujarnya.


PKR: Apa salah Dr M hingga khidmat pengiring dihentikan?

Posted: 04 May 2016 04:00 AM PDT

MALAYSIAKINI





Ahli Parlimen PKR mempersoalkan tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menamatkan khidmat pengiring bermotosikal yang diberikan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Memetik kenyataan Khalid bahawa keputusan itu dibuat kerana polis tidak boleh terbabit dengan majlis bercanggah dengan undang-undang serta perlembagaan yang dihadiri oleh bekas perdana menteri itu, N Surendran berkata, faktor sedemikian ada tidak relevan.

"Khidmat pengiring bermotosikal itu diberikan atas status Mahathir sebagai bekas perdana menteri dan keselamatan beliau. Ia tidak boleh ditamatkan semata-mata kerana Mahathir menghadiri acara-acara anti kerajaan.

"Bukan hal Khalid sama ada Mahathir hadir acara-acara anti-Najib atau anti-BN atau anti-kerajaan. Ia hak demokratik Mahathir atau mana-mana warganegara Malaysia untuk hadir acara sebegitu," tambahnya dalam kenyataan media.

Antara lain, Khalid memetik kehadiran Mahathir semasa acara berkaitan Deklarasi Rakyat yang menyasarkan pengunduran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan perhimpunan BERSIH.

Hari ini, Khalid mengesahkan beliau memberi arahan itu kerana Mahathir menggunakan khidmat pengiring untuk menghadiri perhimpunan haram seperti himpunan BERSIH, himpunan anti-GST dan mengumpul tandatangan bagi Deklarasi Rakyat.

Khalid, bagaimanapun, berkata keputusan itu bukan muktamad sambil menambah ia akan dinilai berdasarkan kes demi kes.

Ketua polis itu juga memberi amaran rakyat yang bukan anggota keselamatan tetapi memberikan perkhidmatan mengiring kepada Mahathir boleh berdepan dengan pendakwaan.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pengiring polis untuk Mahathir sepatutnya ditamatkan lebih awal.

Menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata Mahathir menggunakan pengiring polis untuk mengiringinya ke majlis-majlis yang menentang kerajaan.

Mengulas lanjut, Surendran berkata, keputusan Khalid itu tidak berasas atau berlandaskan faktor-faktor tidak relevan yang boleh membawa kepada pelaksanaan kuasa tidak mengikut undang-undang dan boleh diketepikan oleh Mahkamah Tinggi.

"Dakwaan Khalid bahawa Mahathir hadir pada acara-acara yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dibuat tanpa asas langsung.

"Peruntukan yang mana dalam Perlembagaan Persekutuan yang bercanggah dengan acara-acara itu?" soalnya.

Ahli Parlimen Padang Serai itu mempersoalkan bahawa tuntutan secara aman untuk perdana menteri semasa berundur atau pembubaran kejaraan semasa adalah mengikut undang-undang dan mengikut perlembagaan.

"Khalid harus sedar beliau memegang kuasa atas kepercayaan dan kepentingan manfaat rakyat. Semua tindakannya harus untuk kepentingan negara secara keseluruhan.

"Beliau harus secara cermat bersikap neutral dalam pertikaian politik yang berterusan. Beliau tidak boleh memperlihatkan sebarang pendapat dalam Deklarasi Rakyat atau perkara berkaitan," katanya lagi.

K'jaan terima semua cadangan PAC mengenai 1MDB

Posted: 04 May 2016 03:58 AM PDT

MALAYSIAKINI




Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) selaku pemegang saham 100 peratus dalam 1MDB bersetuju melaksanakan semua cadangan yang terkandung dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke atas firma pelaburan negara itu.

Antaranya, termasuk memindahkan hak milik Bandar Malaysia, TRX City dan tanah di Air Itam dan Pulau Indah daripada 1MDB kepada MoF Inc.

Kementerian juga bersetuju dengan cadangan PAC supaya Artikel 117, Memorandum dan Artikel Persatuan menukar semua rujukan daripada "perdana menteri" kepada "menteri kewangan".

Turut dipersetujui adalah pembubaran lembaga penasihat 1MDB dan menerima tawaran peletakan jawatan oleh lembaga pengarah 1MDB berkuatkuasa 31 Mei ini.

Bagaimanapun menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian kewangan hari ini, Arul Kanda Kandasamy akan kekal sebagai presiden 1MDB sehingga notis lanjut.

PAC, ketika membentangkan laporan 106 muka surat itu pada bulan lalu, mengenal pasti beberapa kelemahan dalam tadbir urus dan badan membuat keputusan 1MDB.

Ia juga mencadangkan bahawa 1MDB memindahkan semua asetnya kepada MOF Inc kerana ini akan membolehkan penelitian lebih teliti ke atas aset miliknya itu.

PAC juga mencadangkan bahawa lembaga penasihat 1MDB dimansuhkan dan bahawa rujukan kepada "perdana menteri" ditukar kepada "menteri kewangan" seperti peruntukan di syarikat-syarikat kementerian kewangan yang lain.

Artikel 117 Memorandum dan Artikel Persatuan memperuntukan pelantikan dan pemecatan pengurusan atasan 1MDB.

Selain daripada cadangan yang dinyatakan, PAC juga menggesa bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pegawai-pegawai lain yang berkaitan disiasat.

Ini kerana Shahrol mesti bertanggungjawab terhadap segala kepincangan dalam firma pelaburan negara itu, kata PAC dalam laporannya.

IGP: Surendran boleh cabar keputusan saya di mahkamah

Posted: 04 May 2016 03:57 AM PDT

MALAYSIAKINI




Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata hujah seorang ahli parlimen PKR bahawa beliau terkhilaf dalam mengeluarkan arahan supaya bermotosikal yang diberikan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad boleh membawa kes itu kepada mahkamah.

"Dia boleh bawa perkara ini ke Mahkamah Tinggi untuk mencabar keputusan saya.

"Ini sebuah negara bebas," katanya kepada Malaysiakini.

Khalid mengulas kenyataan N Surendran yang mendakwa bahawa alasan ketua polis itu untuk memberhentikan khidmat pengiring itu sebagai keputusan yang tidak berasas atau berlandaskan faktor-faktor tidak relevan yang boleh membawa kepada pelaksanaan kuasa tidak mengikut undang-undang dan boleh diketepikan oleh Mahkamah Tinggi.

Awal hari ini, Khalid berkata, beliau mengeluarkan perintah itu untuk menarik balik khidmat pengiring polis kerana pihaknya tidak boleh terbabit dengan majlis bercanggah dengan undang-undang serta perlembagaan yang dihadiri oleh bekas perdana menteri itu.

Walau bagaimanapun, Surendran berkata faktor-faktor itu adalah tidak relevan dan Mahathir berhak menerima khidmat pengiring kerana kedudukannya sebagai bekas perdana menteri.

Tambahan pula, Ahli Parlimen PKR berkata, polis mesti berkecuali berhubung majlis yang bersifat politik, seperti Deklarasi Rakyat.

Sementara itu, Khalid menjelaskan bahawa arahanya itu bukannya bersifat menyeluruh, sambil menambah bahawa ia akan dinilai berdasarkan kes demi kes.

Beliau juga menegaskan bahawa polis tidak akan menjejaskan keselamatan bekas perdana menteri itu dalam apa jua keadaan.

"Bertentangan dengan dakwaan Surendran, kami tidak mengambil pihak dalam persengketaan politik yang berterusan itu.

"Saya hanya memutuskan bahawa pengiring polis tidak boleh digunakan apabila ia membabitkan aktiviti dan majlis yang dianggap menyalahi undang-undang seperti perhimpunan dan pertemuan tanpa permit.

"Ahli Parlimen itu berhak memberikan pandangan, dan jika beliau tidak berpuas hati dengan keputusan saya, beliau boleh membawa isu ini ke mahkamah, biar mahkamah yang putuskannya," katanya.


C4: Penyingkiran rujukan 1MDB tidak bebaskan Najib

Posted: 04 May 2016 03:53 AM PDT

MALAYSIAKINI




Sebuah NGO anti-rasuah hari ini berhujah bahawa penyingkiran Artikel 117, Memorandum dan Artikel Persatuan 1MDB tidak membebaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dari tanggungjawabnya dalam urus niaga syarikat berkenaan.

Pengarah Eksekutif, Pusat bagi Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) Cynthia Gabriel berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) yang memaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju dengan penyingkiran rujukan berkenaan.

"Ini tidak membebaskan beliau (Najib) daripada tanggungjawabnya menandatangani semua urusniaga sebelum ini," kata Cynthia kepada pemberita ketika ditemui selepas sesi meja bulat Majlis Peguam di Kuala Lumpur.

Beliau merujuk dana berbilion ringgit yang masih "hilang" dan bayaran AS$3.5 bilion dibayar kepada syarikat palsu, Aabar Investments.

"Ini adalah wang rakyat yang hilang. Seseorang perlu bertanggungjawab dan ia berakhir dengan perdana menteri dan menteri kewangan. "

Penyingkiran Artikel 117 yang menukar semua rujukan daripada "perdana menteri" kepada "menteri kewangan" adalah hanya akademik, kata Cynthia.

"(Ia) kerana kita berbicara tentang orang yang sama. Apa yang penting di sini adalah bahawa ini tidak membebaskan beliau daripada bertanggungjawab.

"Bagi C4, kami masih memegang beliau bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kehilangan wang itu," katanya.

Perintah berkurung di Esszone dilanjut hingga 19 Mei

Posted: 04 May 2016 03:49 AM PDT

MALAYSIAKINI




Perintah berkurung di kawasan perairan di tujuh daerah di Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone) yang berakhir semalam dilanjutkan sehingga 19 Mei, berkuat kuasa mulai hari ini dari 7 malam hingga 5 pagi, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun.

Beliau berkata berkata perintah berkurung berkenaan membabitkan kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

"Dengan berkuatkuasanya perintah berkurung ini, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dikehendaki berada di dalam rumah (dan orang lain tidak dibenarkan memasuki atau berada) di kawasan yang telah diisytiharkan pada waktu yang dinyatakan," katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu hari ini.

Beliau berkata langkah meneruskan perintah berkurung adalah bagi memastikan kawasan perairan itu tidak diceroboh pengganas yang boleh mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa serta pelancong yang berkunjung ke pulau-pulau peranginan di kawasan berkenaan.

Abdul Rashid berkata berdasarkan maklumat yang diterima, kumpulan dari selatan Filipina yang menjalankan aktiviti penculikan untuk mendapatkan wang tebusan dan kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh perairan Esszone untuk melakukan jenayah rentas sempadan yang lain.

Katanya selain untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat di Sabah, perintah berkurung berkenaan juga akan memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan ke atas pergerakan serta menimbulkan rasa selamat dalam kalangan pengusaha chalet dan nelayan melalui kehadiran anggota keselamatan.

Beliau berkata, pihaknya juga telah menurunkan kuasa kepada semua ketua polis daerah di kawasan perintah berkurung berkenaan untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon bagi tujuan aktiviti perikanan serta laluan yang mendesak.- Bernama


Gadis 22 tahun disyaki mati didera

Posted: 04 May 2016 03:47 AM PDT

Kes dera
Grafik Sinar Online


KEMAMAN - Ada kesan kemasukan pada bahagian alat sulit depan dan belakang gadis berumur 22 tahun yang disyaki mati didera hasil bedah siasat serta pemeriksaan perubatan lanjut yang dijalankan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, cecair dalam alat sulit mangsa juga telah diambil untuk dijalankan siasatan forensik.

Katanya, empat ahli keluarga mangsa iaitu bapa kandungnya yang berusia 49 tahun, ibu tiri, 35, dan adik perempuan, 21 serta adik lelakinya, 14, juga telah dibawa menjalani ujian gigi di Hospital Kemaman semalam.

"Dari keadaan mangsa yang kurus kering dengan berat cuma 18 kilogram kita percaya mangsa tidak diberi makan lebih dari tiga minggu.

"Hasil bedah siasat punca kematian mangsa disebabkan kebuluran dan berlaku jangkitan kuman," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, hari ini.

Mangsa yang merupakan anak kedua daripada empat beradik meninggal dunia pada 26 April lalu di rumahnya di Batu 5, Binjai.

Kes kematian itu menimbulkan rasa curiga apabila bapa mangsa yang bekerja sebagai mekanik membuat laporan pada hari kematian anaknya itu bahawa anak gadisnya itu meninggal dunia disebabkan demam
panas.

Mangsa dipercayai didera keluarganya berikutan tubuhnya dipenuhi dengan kesan gigitan manusia dan kecederaan termasuk lebam di bahagian mata selepas dua bedah siasat dilakukan ke atas mayat mangsa.

Berikutan itu, empat ahli keluarga mangsa ditahan reman selama tujuh hari bermula kelmarin bagi membantu siasatan lanjut kes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kata Mohd Said, jika siasatan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh seminggu pihak polis akan memohon tempoh tahanan reman dilanjutkan lagi.

KFA tolak tawaran tajaan D'Herbs

Posted: 04 May 2016 03:45 AM PDT

Perjanjian sukar, KFA tolak tajaan RM30 juta
Aminuddin (tengah) ketika menjelaskan tentang keputusan akhir antara D'Herbs dan KFA, sebentar tadi. – Foto Sinar Harian
 

SEBAGAI sebuah kelab, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) tidak dapat memenuhi beberapa permintaan Pengasas D'Herbs Healthy Sdn Bhd (D'Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzaman kerana melebihi bidang kuasa persatuan itu dan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan kerjasama penajaan yang melibatkan RM30 juta untuk tempoh tiga tahun.

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata, berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Persatuan yang dipengerusikan oleh Presiden, Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah baru-baru ini, pihaknya memutuskan tidak meneruskan kerjasama dengan D'Herbs.

"KFA mengumumkan berdasarkan penajaan yang dikemukakan D'Herbs kepada persatuan yang mana draf-draf tentang penajaan yang terakhir iaitu pada 27 April lalu, kami meneliti setiap butir tawaran dan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan dengan konklusi muktamad dengan perjanjian penajaan tersebut.

Sehubungan itu, KFA mengucapkan ribuan terima kasih kepada D'Herbs di atas kesudian dan minat yang ditunjukkan di dalam menaikkan imej pasukan di persada tanah air. Kami berharap jalinan kerjasama dapat diteruskan dalam medium lain pada masa hadapan.

Jawatankuasa tertinggi KFA sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih di atas komitmen semua pihak dan berharap agar kedua-dua pihak tidak membuat sebarang komen yang lanjut dan terperinci melalui media selepas kenyataan ini bagi menjaga imej kedua-dua pihak," katanya pada sidang media, di Stadium Darul Aman, sebentar tadi.

Menjelaskan pengumuman itu, Aminuddin berkata terdapat intipati perjanjian yang menyukarkan KFA.
Menurutnya, sebenarnya badan bola sepak Kedah itu melihat banyak permintaan D'Herbs yang boleh diterima pihaknya namun ada beberapa perkara yang sukar untuk direalisasikan.

"Agak sukar untuk KFA terima draf itu kerana ada yang melibatkan Kerajaan Negeri, walaupun nampak kita sinonim dengan Kerajaan Negeri namun sebenarnya ia adalah dua badan yang berbeza kerana KFA hanyalah sebuah persatuan sahaja.

Selebihnya, saya diarahkan untuk tidak memperincikan butir-butir draf perjanjian itu," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: KFA, D'Herbs muktamad perjanjian dalam masa terdekat]


Jangan keluarkan perkataan 'bom' di KLIA, KLIA2

Posted: 04 May 2016 03:40 AM PDT

SINAR HARIAN


KLIA
Gambar hiasan


SEPANG - Polis Sepang mengingatkan orang ramai supaya tidak mengeluarkan perkataan 'bom' walaupun sekadar bergurau ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) kerana ia merupakan kesalahan serius.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata peningkatan ketara kes yang melibatkan perkataan bom di KLIA dan KLIA2 pada tahun ini adalah  membimbangkan.

"Sepanjang tahun lepas, terdapat tujuh kes yang melibatkan individu yang mengeluarkan perkataan bom iaitu empat di KLIA dan tiga di KLIA2. Pada tahun ini sahaja bagi tempoh 1 Januari hingga Selasa (3 Mei) sudah ada lapan kes melibatkan perkataan bom dengan dua di KLIA dan enam di KLIA2.

"Ini merupakan peningkatan membimbangkan jadi saya ingin mengingatkan orang awam supaya tidak mengeluarkan perkataan bom ketika berada di kedua-dua lapangan terbang ini," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini hari ini.

Mengeluarkan perkataan bom walaupun tiada ancaman tetap dianggap satu kesalahan serius, ia tidak boleh diucapkan sesuka hati, tambah Abdul Aziz.

Tambah beliau, individu yang mengeluarkan perkataan bom ketika di KLIA atau KLIA2 akan ditahan dan dibawa ke IPD Sepang, menyebabkan mereka terlepas peluang menaiki penerbangan ke destinasi yang dihajati.

"Ini akan menyebabkan mereka menanggung rugi apabila tidak dapat menaiki pesawat dan terpaksa membeli tiket yang baharu," katanya dan menambah kes terbaru dilaporkan di KLIA2 dua hari lalu.

Jelas Abdul Aziz mengikut Kod 92 Aiport Emergency Plan, mengeluarkan perkataan bom adalah dikategorikan sebagai salah satu unsur ancaman dan ia merupakan satu kesalahan serius walaupun dengan niat bergurau atau menunjukkan rasa tidak puas hati.

Katanya, individu yang ditangkap kerana mengeluarkan perkataan bom di lapangan terbang boleh dituduh di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksima penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Jelas Abdul Aziz, kesemua 15 individu yang ditahan di KLIA dan KLIA2 hingga Selasa kerana menggunakan perkataan bom ketika di lapangan terbang atau sebelum pesawat berlepas sudahpun didakwa di Mahkamah Majistret Sepang.

"Daripada 15 individu yang ditahan itu hanya dua warga asing, selebihnya adalah warganegara Malaysia.
"Kebanyakan mereka ditahan polis bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad ketika berada di bahagian pemeriksaan bagasi, manakala seorang warga asing ditahan di dalam pesawat sebelum penerbangan berlepas," katanya. – Bernama


Kes akuan berkanun Phang Li Koon belum ditutup

Posted: 04 May 2016 03:34 AM PDT

Mohamed Apandi Ali
Mohamed Apandi Ali


SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara sehingga kini belum membuat sebarang keputusan berkaitan kes ahli perniagaan Phang Li Koon, yang didakwa membuat kenyataan palsu dalam akuan berkanun yang melibatkan isu pembelian rumah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, buat masa ini kes berkenaan masih dalam proses kajian dan tindakan oleh pihaknya.

"Merujuk kepada laporan akhbar The Sun Daily dan The New Straits Times Online masing-masing bertarikh 4 Mei 2016 yang melaporkan bahawa Peguam Negara telah membuat keputusan untuk menutup siasatan terhadap kes berkenaan.

"Sehubungan itu, Jabatan Peguam Negara ingin menegaskan bahawa sehingga kini Peguam Negara belum membuat apa-apa keputusan berkaitan kes berkenaan dan ia masih dalam proses kajian dan tindakan Peguam Negara," jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kes akuan berkanun Phang Li Koon ditutup ]

Sebelum ini, nama Phang Li Koon mula disebut-sebut selepas berbangkitnya isu pembelian banglo di Jalan Pinhorn, Georgetown oleh Guan Eng dengan harga RM2.8 juta sekaligus telah  mencetuskan kontroversi apabila Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya membangkitkannya pada persidangan Dewan Rakyat, dan mendakwa harga itu adalah di bawah nilai pasaran.

Shabudin dilaporkan berkata, rumah itu dibeli daripada Phang dengan harga RM2.8 juta, sedangkan penilaian bebas menunjukkan nilai semasa banglo terbabit dalam lingkungan RM6 juta hingga RM6.5 juta.

Proses jual beli itu juga didakwa mempunyai kaitan dengan penjualan tanah negeri di Taman Manggis yang diperuntukkan bagi pembinaan projek perumahan rakyat termiskin.

Sehubungan itu pada 22 Mac lepas, Phang membuat akuan berkanun menyatakan bahawa beliau tidak meninjau nilai pasaran sebelum menjual banglo itu kepada Guan Eng pada harga RM2.8 juta, dan wanita berkenaan juga berkata dia tidak mempunyai hubungan perniagaan dengan kerajaan negeri.


Daerah vintaj yang kaya warisan

Posted: 04 May 2016 03:27 AM PDT

OLEH AFEEQA AFEERA


HULU Selangor bukanlah lokasi asing bagi kebanyakan masyarakat, namun harus diakui popularitinya belum setanding daerah lain di negeri ini.

Ramai menganggap ia adalah daerah 'old school' memandangkan seni bina dan reka bentuk bangunannya masih mengekalkan ciri lama tidak seperti di Petaling, jauh sekali Kuala Lumpur.

Hakikatnya ramai tidak menyedari di sebalik 'lapuk' Hulu Selangor itu, ia sebenarnya salah satu destinasi yang bukan sahaja kaya warisan, malah dilimpahi kawasan pelancongan menarik khususnya buat pencinta ketenangan dan keindahan alam sekitar.

344A9064Menyedari kepentingan mempromosi pelancongan di daerah itu dan Selangor amnya ke peringkat antarabangsa, Kerajaan Negeri bersama Tourism Selangor sekali lagi menganjurkan program Eat, Travel, Write pada 21 April lalu.

Pemilihan daerah itu dilakukan ekoran potensinya sebagai kawasan tumpuan eko pelancongan negeri di samping meraikan Tahun Melawat Hulu Selangor 2017.

Menelusuri daerah Bunga Matahari

Penerokaan di Hulu Selangor dimulakan dengan melawat Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun, Kuala Kubu Bharu bagi melihat sendiri penternakan tapir, buaya dan landak.

Ironinya, ia mungkin kelihatan biasa di mata masyarakat, namun pengunjung berpeluang mendekati hidupan liar di situ secara lebih dekat serta didedahkan berkenaan rutin penjagaan seharian.

Menariknya, kebanyakan hidupan liar dipelihara kesan daripada kecederaan dialami ketika berada di dalam hutan dan diberikan rawatan serta penjagaan rapi sepanjang hayat mereka.
344A8989
Rasanya tidak lengkap jika ke Kuala Kubu Bharu tetapi tidak singgah di Bukit Fraser yang terkenal dengan konsep ekopelancongan di samping keseimbangan warisan bandar taman.

Udara nyaman menemani sepanjang perjalanan mendaki Bukit Fraser memberi ketenangan kepada sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.

Di situ, antara kawasan penginapan terkenal adalah Rumah Rehat Seri Berkat bercirikan Inggeris yang dibina sekitar 1926 oleh Pertubuhan British Red Cross, ditujukan kepada bekas anggota tentera pada 1914.

Ia juga sebagai tanda terima kasih kepada Tanah Melayu atas kemurahan hati dan kerjasama diberikan sewaktu zaman pemerintahan mereka di luar negara ketika zaman peperangan.

Maka, tidak hairanlah Bukit Fraser menerima jolokan 'Little Scotland' di samping suhu sejuk dan berkabus ketika waktu petang sehingga subuh yang membolehkan pengunjung menghirup udara segar.

Riadah dan rekreasi

Ruginya jika menjelajah ke Hulu Selangor tetapi tidak singgah di tempat riadah yang kian menggapai populariti iaitu Sungai Chilling Kelah Sanctuary.

Biarpun laluannya agak ekstrem, namun keletihan akan terhapus sendiri sebaik sahaja melihat kejernihan sungai dan air terjun semulajadi yang dimiliki di kawasan itu.

Sesuai dengan nama 'chilling' atau santai, ia sinonim untuk aktiviti riadah dan berkhemah buat mereka yang gemarkan 'nature'.

Selain itu, pengunjung juga boleh melihat ratusan ikan kelah yang diternak di dalam sungai serta memberi makanan secara bebas kepada mereka.

344A9330Uniknya di situ, sebelum pengunjung dibenarkan mendaki ke puncak, renjer akan memeriksa kandungan beg dan mengira jumlah bekas makanan yang dibawa ke atas.

Tindakan sama akan dilakukan sebaik sahaja pengunjung turun semula ke bawah bagi memastikan jumlah bekas makanan yang dibawa tadi masih sama bilangannya.

Ia bagi memastikan pengunjung tidak membuang sampah sesuka hati ketika berada di puncak kerana kegagalan berbuat demikian akan dikenakan penaliti atau denda.

Selain Sungai Chilling, pengunjung juga boleh menikmati aktiviti paragliding di Taman Millenium Kuala Kubu Bharu yang turut dilengkapi mini stadium serta kelengkapan riadah kelas pertama.

Landskapnya yang indah nyata memukau pandangan buat sesiapa berpeluang mencuba sukan lasak itu yang dikatakan 'ubat' bagi si penggayat.

Kaya makanan

Bagi melengkapkan lawatan ke Hulu Selangor, pengunjung harus mencuba aneka juadah enak di daerah itu, antaranya Tart Bangkahulu yang berasal dari Indonesia.

Tart mungkin biasa dijadikan juadah ketika hari raya, namun Bangkahulu tampil sedikit berbeza daripada segi bentuk dan acuannya.

Kuih tradisional itu dikatakan antara yang popular di Kuala Kubu Bharu dan belum pernah dihasilkan di mana-mana daerah lain selain Hulu Selangor.
344A8745
Menu wajib cuba buat sesiapa yang berkunjung ke Hulu Selangor adalah masakan Asam Pedas Udang Galah yang pasti membuatkan anda terliur.

Di sebalik kesegaran udang galah yang dihidangkan, sekali lagi hanya Hulu Selangor yang menawarkan juadah seperti itu.

Pepatah ada mengatakan, tak kenal maka tak cinta. Jika tidak ke Hulu Selangor, bagaimana mahu selami keunikannya yang mungkin tiada di tempat lain.

Apa yang pasti, persepsi daerah ketinggalan zaman akan terhakis dari minda sebaik sahaja kaki menjelajah ke pelusuk Hulu Selangor.

Jika mahu diceritakan satu persatu, tidak habis rasanya. Luangkanlah sedikit masa berkunjung ke sana untuk merasai sendiri keindahan Hulu Selangor.

Pantau kebakaran guna dron

Posted: 04 May 2016 03:22 AM PDT


OLEH: NAZLI IBRAHIM


Empat bulan pertama 2016 menyaksikan hampir semua Stesen Meteorologi di Malaysia mencatatkan rekod baru suhu tertinggi berbanding paras purata sebelum ini.

Antaranya, Stesen Meteorologi Prai mencatatkan 37.4 darjah celcius (°C ) mengatasi rekod 36.9°C, pada 7 April 2015; Pulau Langkawi pula 38.0°C , berbanding rekod 37.5°C pada 13 April 2002 serta 14 dan 17 Mac 2005.

Manakala Batu pula, suhu tertinggi yang dicatatkan 38.5°C melebihi rekod 38.1°C pada 10 dan 11 April 1998 dan Keningau iaitu 37.5°C berbanding 36.6°C (9 Mac 2010), manakala Stesen Meteorologi Alor Setar merekodkan suhu tertinggi 39.1°C menyamai rekod, pada 27 Mac 1998.

IMG_2025Selain kepanasan melampau, keadaan ini turut menjadi penyumbang utama kepada peningkatan risiko kebakaran hutan termasuk di Selangor.

Walaupun sepatutnya pemanasan melampau yang berlaku ini menjadikan kebakaran hutan lebih dahsyat berbanding tahun sebelumnya, namun Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dengan dibantu pelbagai agensi lain berjaya mengurangkan keluasan kebakaran hutan daripada 1,806 hektar pada 2014 kepada 191 hektar tahun ini atau pengurangan 89.41 peratus.

Bagi mengetahui rahsia kejayaan ini, Wartawan Kanan SelangorKini, NAZLI IBRAHIM, mewawancara Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Dr Mohd Puat Dahalan di pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, baru-baru ini.

SelangorKini:Boleh Dr ceritakan mengenai kebakaran hutan pada musim El Nino kali ini dan adakah keadaan kali ini lebih teruk atau lebih terkawal berbanding tahun lalu?

Dr Puat:Terima kasih kerana mengadakan wawancara seperti ini yang sangat tepat pada masanya supaya saya boleh berikan gambaran lebih jelas mengenai kebakaran hutan paya gambut di Selangor. Pada tahun ini, kita ada beberapa 'compartment' atau petak yang terlibat antaranya petak 32, 99, 100, 101 dan 102 di Hutan Simpan Raja Musa dengan anggaran 150 hektar.

Kita juga berhadapan kebakaran di Hutan Simpan Sungai Karang di petak tiga melibatkan satu hektar tetapi dapat dikawal dengan cepat dan di hutan paya gambut lain pula, petak 13, 17 dan 24 iaitu di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan dengan keluasan 31 hektar. Secara keseluruhannya 182 hektar, bermakna tidak sampai 190 hektar.

Menjawab soalan tadi, bagi tahun 2016 persediaan kita kali ini sangat berkesan khususnya disebabkan pengalaman dan persediaan sebelum ini di bawah seliaan Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor yang ditubuhkan di bawah Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sejak kejadian awal berlaku yang dikesan, pada 20 Mac lalu. Kita dapat menyelaraskan tindakan bersepadu dengan begitu cepat.

Kita menggunakan kaedah terkini dengan pemantauan lebih tepat menggunakan pesawat dron yang dibekalkan Unit Pengurusan Bencana Negeri.

Dengan menggunakan dron, kita dapat memberi lokasi kebakaran dengan lebih tepat, tindakan pemadaman semua agensi terlibat termasuk bomba, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pentadbir Tanah Daerah, Sahabat Gambut di utara Selangor termasuk badan bukan kerajaan (NGO). Dengan adanya usaha bersepadu pelbagai pihak yang cekap ini, kita dapat kawal kebakaran merebak daripada menjadi lebih luas.

SelangorKini:Tadi Dr ada menyebut penggunaan dron. Boleh Dr ulas lebih lanjut?

Dr Puat:Penggunaan dron memberikan kita 'real time data'. Bila terbangkan dron, kita dapat memantau sejauh lima kilometer. Kalau dalam hutan, lima kilometer ini dianggap jauh sebab tinjauan biasa mungkin mengambil masa sehingga dua hingga tiga jam atau mungkin lebih ditambah dengan bahaya berhadapan kebakaran hutan dan sebagainya.

Bila kita hantar dron, tak sampai beberapa minit dah sampai ke lokasi dan boleh hantar isyarat gambar masa sebenar, lokasi lebih tepat, gambaran keadaan kebakaran dan seterusnya kita dapat putuskan selepas melihat skala kebakaran itu bentuk tindakan bagaimana yang perlu diambil.

Selain itu, dron turut membekalkan data keadaan persekitaran lokasi kebakaran itu seperti adakah berhampiran kolam, adakah terdapat sumber air atau kawasan berhampiran juga kering. Maklumat dibekalkan dron ini dapat kita selaraskan tindakan lebih cepat, tepat dan baik.

Bagi pihak jabatan, kita cuba usaha untuk dapatkan dron sendiri dalam masa terdekat. Pada masa ini, kita harapkan Unit Bencana Negeri Selangor sahaja. Mereka gunakan di seluruh Selangor untuk pelbagai tujuan lain.

Perolehan dron ini kita dapat manfaatkan dalam bermacam cara, bukan sahaja kebakaran hutan sahaja tetapi juga memantau pencerobohan hutan dan sebagainya. Kita lihat penggunaan dron ini sebagai satu kaedah yang kita boleh amalkan dalam aspek pengurusan hutan secara keseluruhan dan holistik.

IMG_1272Saya akan segera berbincang dengan pihak tertentu termasuk Pegawai Kewangan Negeri. Kita akan lihat mungkin ada kaedah yang membolehkan dron diperoleh secepat mungkin dan kemungkinan boleh digunakan peruntukan Jabatan Perhutanan yang ada sekarang untuk membuat perolehan dron ini tetapi sudah tentu tertakluk kepada tatacara pembelian ini.

Dron ini bukan setakat beli begitu sahaja tetapi kita kena nilaikan juga pakej yang disertakan. Kita tak nak beli tetapi hanya pakai pada tahap minima sahaja. Kita nak pakej mampu memberi pulangan maksima secara keseluruhan.

Saya rasa kebetulan pula kegunaan dron pada masa ini agak tinggi di serata negeri dan permintaan jadi banyak menyebabkan terdapat persaingan pengeluar dron, sekali gus menawarkan harga kompetetif.

Menggunakan dron lebih rendah berbanding menerbangkan sebuah helikopter atau pesawat kecil untuk membuat tinjauan yang sekali penerbangan sahaja kosnya mungkin mencecah belasan ribu atau ada juga puluhan ribu ringgit tetapi kita boleh guna berulang kali dengan dron.

SelangorKini:Apakah antara cabaran utama Jabatan Perhutanan Selangor bagi mengatasi isu kebakaran hutan idan bagaimana kaedah mengatasi cabaran ini?

Dr Puat:Sebenarnya, tidak memadai kita ada Pelan Pengurusan Bersepadu (IMP) tetapi tidak dapat laksanakan sepenuhnya. Peruntukan adalah perkara yang amat penting. Alhamdullilah, Kerajaan Negeri memberi peruntukan yang cukup kepada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor untuk menggerakkan aktiviti melaksanakan program pembangunan hutan khususnya di hutan paya gambut di Selangor Utara dan Hulu Langat.

Bagi Rancangan Malaysia ke-11, kita dah mula merancang bagaimana hendak menguruskan 'water table' iaitu jadual paras air di dalam hutan paya gambut sendiri.

Kaedah menguruskan 'water table' atau jadual paras air supaya berada di bawah lantai hutan tidak jatuh di kala musim kemarau adalah cabaran paling besar Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

Saya melawat Hutan Simpan Raja Musa dan lihat paras air, kalau ikutkan dalam cuaca sekarang sepatutnya susut tetapi disebabkan pengurusan hutan yang begitu teliti dengan mengambil kira kaedah kawalan penyusutan air dalam kawasan hutan simpan kita, sehingga kini paras air berada pada paras selamat.

IMG_1136Namun, bahagian permukaan memang dah kering sebab hujan tak turun dah berapa lama di situ antara tiga atau empat bulan tetapi masih boleh bertahan disebabkan berjaya kekalkan paras air tadi dengan membuat pemeriksaan empangan dan memasang pam besar berkapasiti tinggi yang diluluskan Pihak Jabatan dan Saliran (JPS).

Kita pasang di sana dan mula beroperasi ditambah dengan pihak JPS yang turut membantu meminjamkan pam mereka, maka kita bawa air daripada lombong dan salir juga banjirkan kawasan hutan. Kita juga ada buat rangkaian saliran paip memasuki kawasan hutan. Bila dipam, air ini akan membanjiri kawasan hutan di bahagian bawah sehingga di paras yang dirasakan perlu.

SelangorKini:Apabila berlaku sesuatu kebakaran hutan, biasanya kerugian dalam bentuk bagaimana akan berlaku?

Dr Puat:Sebenarnya, kerugian memang amat memberi kesan kepada kita. Pertama sekali jika melibatkan kemusnahan pokok yang ditanam, jaga, belai bertahun-tahun tiba-tiba musnah sekelip mata, maka ia sangat memberi kesan kepada semua bukan sahaja Jabatan Perhutanan tetapi seluruh generasi masyarakat.
Kebakaran ini akan memusnahkan secara 'total' dan kalau yang ada tertinggal juga akan mati akibat kesan haba kebakaran.

Selain pokok, binatang juga akan terjejas. Hutan paya gambut adalah habitat binatang tertentu, contohnya di hutan paya gambut ini ada ikan tapah dan bujuk yang tidak semua tempat ada ikan seperti ini. Ikan sumber makanan dan ekonomi kepada penduduk kerana di hutan ini ada enam spesis ikan yang boleh dikomersialkan.

SelangorKini:Kalau dinilaikan daripada segi wang ringgit, berapakah jumlah kerugian dicatatkan tahun lalu dan setakat ini bagi 2016?

Dr Puat:Kalau nak nilaikan daripada segi wang ringgit, kita tak boleh beri nilaian tepat. Mungkin ada yang nilaikan untuk satu hektar RM10,000 atau RM20,000 dengan mengambil kira pokok dan binatang yang ada tetapi sebenarnya kita perlu ingat kawasan hutan paya gambut ini adalah kawasan yang sudah berevolusi sejak ribuan tahun.

Air yang terkandung dalam kawasan hutan paya gambut pula adalah takungan yang membekalkan air kepada pesawah padi di daerah Sabak Bernam dan sebagainya. Jadi, sumber air ini kalau kita nak terjemah kerugian wang ringgit, ia turut meliputi pendapatan petani.

IMG_1306Sumber air ini dialirkan melalui Sungai Tengi dan kemudiannya dimanfaatkan melalui terusan untuk pesawah padi. Kita pun tahu sawah padi di Sabak Bernam sangat subur sehingga menjadi kawasan pengeluaran padi tertinggi per hektar.

Saya percaya, hutan ini bukan sahaja membekalkan air kepada pesawah tadi tetapi juga mungkin terdapat mineral baik yang kita belum tahu lagi terdapat dalam kandungan air yang menyebabkan tanah pesawah di Sabak Bernam begitu subur.

Saya rasa Jabatan Pertanian perlu buat kajian tentang kandungan air hutan gambut ini. Kalau kita tengok air hutan gambut ini berwarna gelap seperti nescafe 'O' menandakan kandungan mineral yang tinggi selain itu juga menyumbang oksigen seperti hutan lain.

Secara keseluruhannya, bagi menjawab soalan tadi sebenarnya kita tak dapat nilaikan berapa banyak kerugian kerana peranannya tidak ternilai daripada segi wang ringgit.

Sebenarnya, kita dianugerahkan empangan semula jadi yang baik iaitu Hutan Simpan Raja Musa. Cuma, kita perlu urus dengan baik supaya tidak berlaku kerosakan ekosistem yang sangat unik dan dinamik ini.

SelangorKini:Akhir sekali, mungkin Dr ada nasihat kepada orang ramai berkenaan isu kejadian kebakaran hutan yang semakin banyak berlaku sekarang?

Dr Puat: Nasihat saya, kita berhadapan dengan musim El Nino ini, maka kena berhati-hati dan berwaspada. Segala tindak tanduk kita khususnya berkaitan dengan perkara yang mengakibatkan kebakaran perlu berhati-hati. Paling baik kita tidak membuat pembakaran.

Jika ia berlaku, kena cepat maklumkan pada pihak berkuasa negeri, PBT dan sebagainya kerana kita mempunyai Unit Pengurusan Bencana yang efisyen. Jangan kira siapa yang mulakan kebakaran, tanah siapa, hutan simpan mana atau tepi jalan.

Kita jangan tak ambil kisah jika berlaku di tanah persendirian kerana dari situ boleh merebak sama ada ke tanah persendirian orang lain, tanah milik kerajaan atau hutan simpan yang akhirnya menghasilkan jerebu dan memberi kesan kepada semua orang tanpa memilih siapa. Kesan paling ketara adalah kesihatan, sosial dan ekonomi seperti sektor pelancongan.

Di Sepang, ada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang banyak kapal terbang berlepas dan mendarat. Bila jerebu mampu membahayakan kapal terbang ini.

Sekarang juga ada beberapa sekolah ditutup kerana panas dan sama juga kalau jerebu teruk sangat, maka sekolah terpaksa ditutup. Kita perlu bertindak bijak dan cepat. Bijak sahaja tetapi tidak cepat tak memadai.

Di Lebuh Raya Elite contohnya, pemandu hisap rokok dan baling saja ke luar. Dia fikir akan padam tetapi sebenarnya, dalam keadaan begini puntung rokok sahaja boleh menyebabkan kebakaran. Api ini masa kecil dia kawan tetapi bila besar dia makan kawan.


SELASA YANG BERANI BAGI MUKHRIZ BERBANDING NAJIB

Posted: 03 May 2016 10:33 PM PDT

shahbudindotcom
 


 
 
Mukhriz Tun Mahathir akhirnya memfailkan saman terhadap Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad atas dakwaan memfitnahnya berhubung empat kenyataan media yang dikeluarkannya antara 15 hingga 26 April lalu.

Ia antaranya berkaitan dakwaan beliau berkomplot bersama Tun Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin untuk menjatuhkan kerajaan yang sah pimpinan Najib Razak serta menuduhnya semata-mata mahu menjadi Perdana Menteri.

Secara kebetulan, saman Mukhriz ini dikemukakan pada hari Selasa iaitu hari yang sepatutnya Najib mengemukakan saman kepada akhbar The Wall Street Journal berhubung dakwaan wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadinya, tetapi masih tidak menjadi kenyataan sehingga hari ini.

Dengan ini, hari Selasa akan dikenang oleh rakyat Malaysia di mana seorang telah "berani"  tampil untuk menangkis fitnah terhadapnya, manakala seorang lagi mungkin kekal "pengecut"  sampai bila-bila.

Walau apa pun tafsiran mengenai saman Mukhriz itu dengan ada yang mengatakan "ia pertama kali orang politik menyaman setiausaha akhbar" serta "pertama kali juga orang menyaman kerana dituduh mahu menjadi Perdana Menteri", hakikatnya bekas Menteri Besar itu Kedah ada keberanian untuk mempertahankan apa yang diyakininya fitnah terhadap dirinya.

Soal saman ialah mempertahankan kebenaran. Hanya orang yang benar-benar yakin dengan kebenaran saja mampu berbuat demikian. Orang yang tidak yakin dengan kebenaran, sebaliknya hanya akan bercakap saja mahu mengambil tindakan undang-undang, tetapi tidak melaksanakannya.

Sebab itu, macam-macam saman kita pernah dengar, termasuk yang terbaru berkenaan pelanggan Starbuck yang mengemukakan saman kerana merasakan minuman yang dibelinya lebih banyak ais berbanding kopi.

Walaupun ada sesetengah saman kelihatan remeh, tetapi jika tuduhan berupa fitnah yang kecil dibiarkan begitu saja, ia akan berkembang menjadi besar dan mungkin tidak terkawal akhirnya.

Dituduh dengan dakwaan apa sekali pun kiranya tidak benar, pasti seseorang itu akan melawan mengikut kemampuannya. 

Dalam hal saman fitnah Mukhriz itu, adalah penting yang menuduh mengemukakan bukti-bukti bahawa anak Tun Mahathir itu benar-benar mahu menjadi Perdana Menteri, bukan sekadar berani menulis dan mengulang-ulang dalam kenyataan media saja.

Selebihnya, biarlah mahkamah menentukan keadilan tetapi sekurang-kurangnya dengan tidak gentar mengemukakan saman, persepsi kebenaran itu sudah pun memihak kepada Mukhriz berbanding Najib yang hanyangah bercakap mahu menyaman WSJ, tapi tidak juga menjadi kenyataan walau Selasa demi Selasa telah berlalu.
 
 
 

Berani Ubah, Sarawak nantik apa gik?

Posted: 03 May 2016 10:22 PM PDT

rencana sarawak

Oleh Nurul Hasfifi


Versi Bahasa Melayu Sarawak
(Untuk versi Bahasa Malaysia, sila lihat di bawah)

*Baca bahagian pertama di sini)


Kamek nangga banyak orang ngepost gambar banner-banner nok digantung di kampong masing-masing. Sejujurnya tok bukan lah benda baruk jadi kinek tok tapi udah beberapa kali terjadi bila tibanya musim pilihan raya. Dan yang udah pastinya memang berlaku di kawasan luar Bandar, di kawasan rumah panjang. Dengan menggantung banner nok berbunyi "ini kawasan Barisan Nasional. Parti pembangkang dilarang masuk".

Sebenarnya apa nak ditunjuk kitak orang bila molah macam ya? Adakah ya atas sebab kawasan kitak ya nang menar-menar dibangunkan oleh pihak kerajaan kah? Mun benar macam ya cuba kitak bandingkan kawasan lain yang sama DUN atau Parlimen ngan kitak org. Sama kah nisik pembangunan kitak orang tek dengan di tempat sidak nya? Mun sama maka kitak orang nang bertuah dapat YB dan MP yang bagus.

Tapi mun ngak kawasan kitak jak bagus rasa adil atau sik mun macam ya? Di siney rasa sama kemanusian kita ngan sesama bangsa sesama saudara kita sik dapat kemudahan macam yg kita dapat. Dari sia kita nangga YB atau MP yg pilih bulu. Mun kitak rasa bertanggungjawab untuk masyarakat,kitak bertindaklah yang sewajarnya. Tunjuk pada YB atau MP yang kita sik layak di polah macam tok!

Giney rasa ati kitak mun benda ya jadi ngan kitak orang,atau jadi ngan ahli keluarga atau kawan-kawan di kampung? Mun kamek,memang kamek marah. Kita udah milih YB atau MP ya tapi sidak sik ngerja apa yang patut. Sikda pembangunan diberik,sikda pembaharuan di lakukan. Jadi patut atau nisik orang macam ya diberik peluang?

UBAH! Ubah kinek atau selamak nya kita dilayan macam ya. Bila perlu ngagak kita bermulut manis. Milih bulu mun nak merik pembangunan dan pembaharuan.Udah dapat mandat nak nangga batang hidung pun susah! Sama lah gia untuk sidak calon dari pihak pembangkang. Waima kitak kalah kelak kah,jangan lalu putus asa. Sekali sekala,datang ngabas kawasan san kitak stand ya. Baruklah kali orang tok tauk nok kitak sebenar nya nang serius maok jadi wakil rakyat sidak. Bukan nya telus masa nak pilihan raya ajak bah.

Dekat siney-siney rasanya sama jak isu tentang anak mudak nok malas mok amik peduli gilak tentang politik. Bila di tanyak kenak sik maok ngundi atau kenak sik maok daftar sebagai pengundi jawapan nya dah kedak standardize jak semua. "Malas ku lalek ngan politik eh. Sikda nguntong aku. Nyuruh penin palak jak".

Adik-adik,abang-abang,kakak-kakak tuk kamek nak madah sikit. Generasi kita tuk lah yang bakal nentu hala tuju politik negara kita. Kerna kita tuk lah ada kuasa untuk nentu siapa di atas. Gunalah kuasa yang ada pada kita. Kuasa memilih!

Besar tanggungjawab kita tok bila nentu siapa yang bakal mentadbir negara atau negeri kita. Kelak bila sik dapat peruntukan untuk molah program atau tajaan atau sik dapat derma kitak orang ya lah bising. Yang sik ngundi,yg sik bertanggungjawab tok lah yg bising lebih. Sebab ya kamek menar-menar nak nekan hal tok. ANAK MUDA,SILA AMBIK TAUK HAL POLITIK!

Mun kitak nak nutup mata dengan segala salah guna kuasa atau penyelewengan oleh pihak kerajaan, silakan. Ya hak kitak. Tapi, dengan adanya sikap ambik tauk tok kelak benda yalah akan molah kita mupok untuk peduli kenak pihak pembangkang mala ngeluar isu camtok,mala carik salah laku sidak kerajaan. Sebab nak nunjuk ngan kitak orang,Barisan Nasional bukan nya bagus gilak seperti yang kitak orang mikir.

Bukak mata,bukak pikiran kitak. Jangan mudah dibeli dengan wang ringgit. Duit nang penting kinek tok dengan keadaan ekonomi kita yang teruk. Barang nait rega,rega minyak kejap nait kejap turun,kemudahan asas manusia seakan masih sik ada perubahan. Pikir balit, siapa yg meletak kita semua dalam keadaan tok mun bukan kerajaan yang mentadbir kita selamak tok.

Akhir kata dari kamek, kerajaan negeri pusat atau seluruh Barisan Nasional menganggap Sarawak dengan Sabah tok sebagai fixed deposit sidak. Maksud nya,apa-apa pun jadi di semenanjung nun,Sarawak Sabah tok lah yang akan nyelamat sidak. Kita tok di pandang remeh oleh sidak nya. Kenak kamek madah gia?

Tangga lah apa yang sidak mulang balit ke kita? Setimpal kah nisik dengan segala "penyelamatan" yang udah di polah kita selamak tok? Tok Nan dirik pun masih cuba berunding dengan Najib mintak jumlah royalti yg sepatutnya milik Sarawak dari zaman Tun Hussein Onn lagik (ingat kejadian tragedi Double 6?). Tapi ada Najib merik ngan kita? Sik ada! No Sarawak No Putrajaya.

Tapi apa nok kita di Sarawak tok ada? Sarawak ada kawasan-kawasan yang masih sik dapat bekalan air bersih. Sarawak ada kampung-kampung yang jalan bertanah merah yang lecak menjadi satu-satunya jalan keluar masuk yang ada. Sarawak ada kawasan bila malam sia sitok nengar bunyi enjin generator pakey nyambung bekalan eletrik ke rumah-rumah. Sarawak juak masih ada pengangkutan awam yang BELUM percuma.

Dan yang lucu nya nak, bila orang luar dari Sarawak nganok Sarawak ketinggalan atau masih jauh dibelakang tauk pulak kitak orang nak moha. Padahal, yalah realiti hampir keseluruhan tempat kita disinun! Kamek berharap, di hari pengundian tok kelak kitak berfikir lah sewarasnya sebelum memangkah.

Ingat,kuasa memilih ditangan anda. Iboh takut ngambik risiko untuk berubah. Percayaklah bahawa ada perubahan ya kelak untuk kebaikan kita bersama.



Versi Bahasa Malaysia:

Saya perhatikan banyak orang pos gambar banner yang digantung di kampung masing-masing. Sejujurnya ini bukan benda baru terjadi kini tetapi sudah sering kali terjadi bila tibanya musim pilihan raya. Dan yang sudah pastinya memang berlaku di kawasan luar bandar, di kawasan rumah panjang. Dengan menggantung yang berbunyi "ini kawasan Barisan Nasional. Parti pembangkang dilarang masuk".

Sebenarnya apa yang ingin dibuktikan kalian bila berbuat yang sedemikian? Adakah atas sebab kawasan kalian itu memang benar-benar dibangunkan oleh pihak kerajaan? Jika benar begitu maka cuba awak bandingkan kawasan lain yang sama DUN atau Parlimen dengan kalian. Sama ratakah pembangunan kalian dengan tempat mereka? Jika sama maka beruntunglah kalian kerana memiliki YB dan MP yang bagus.

Tapi jika hanya kawasan kalian sahaja yang bagus adakah anda merasa adil atau tidak? Di mana rasa kemanusiaan kita terhadap sesama bangsa atau sesama saudara kita yang tidak dapat kemudahan yang sama seperti kita. Dari situ kita dapat menilai YB atau MP yang pilih kasih. Jika anda merasa bertanggungjawab untuk masyarakat, anda bertindaklah yang sewajarnya. Tunjuk pada YB atau MP bahawa kita tidak layak dilayan sebegini.

Apa yang anda rasa jika perkara ini terjadi kepada anda sendiri, atau ahli keluarga atau kawan-kawan di kampung? Jika saya, memang saya marah. Kita susah memilih YB atau MP tersebut tapi mereka tidak melakukan apa yang patut. Tiada pembangunan diberi, tiada pembaharuan dilakukan. Jadi, patut atau tidak orang sebegini diberi peluang?

UBAH! Ubah sekarang atau selamanya kita dilayan sebegini. Bila perlu baru datang bermulut manis. Pilih kasih bila hendak beri pembangunan dan pembaharuan. Sudah dapat mandate nak tengok batang hidung pun susah! Samalah kiranya untuk calon dari pihak pembangkang. Walaupun anda kalah nanti, jangan terus putus asa. Sekali sekala datanglah melawat kawasan tempat anda stand itu. Barangkali nanti orang akan tahu yang anda sebenarnya memang berniat mahu menjadi wakil rakyat mereka. Bukan hanya muncul masa musim pilihanraya sahaja.

Di mana-mana rasanya sama saja isu tentang anak muda yang malas nak ambil tahu sangat tentang politik. Bila ditanya kenapa mereka tidak mahu mengundi atau mendaftar sebagai pengundi jawapan nya dah seakan standardize saja semua. "Malas lah nak peduli pasal politik. tak bagi keuntungan kat aku. Bagi kepala pening saja". Adik-adik, abang-abang, kakak-kakak ni saya nak cakap sikit. Generasi kita inilah yang bakal menentukan hala tuju politik negara kita. Kerana kita ada kuasa untuk menentukan siapa di atas. Gunalah kuasa yang ada pada kita. Kuasa memilih!

Besar tanggungjawab kita bila menentukan siapa yang bakal mentadbir negara atau negeri kita. Nanti bila tidak dapat peruntukan untuk buat program atau tajaan atau tidak dapat derma kalian jugaklah yang akan bising. Yang tidak mengundi, yang tidak bertanggungjawab inilah yang bising lebih. Kerana itulah saya benar-benar menekankan hal ini. ANAK MUDA, SILA AMBIL TAHU TENTANG POLITIK!

Jika anda ingin tutup mata dengan segala salah guna kuasa atau penyelewengan oleh pihak kerajaan, silakan. Itu hak anda. Tapi, dengan adanya sikap ambil tahu ini kelak akan menyebabkan anda sedikit sebanyak untuk mula peduli kenapa pihak pembangkang sentiasa mengeluarkan sekian-sekian isu, sentiasa mencari salah laku pihak kerajaan. Kerana ingin membuktikan pada kalian, Barisan Nasional tidaklah sebagus yang anda fikirkan.

Buka mata, buka fikiran anda. Jangan mudah dibeli dengan wang ringgit. Duit memang penting sekarang dengan keadaan ekonomi kita yang teruk. Barang naik harga, harga minyak sekejap naik sekejap turun, kemudahan asas manusia seakan masih tiada perubahan. Fikir semula, siapa yang meletakkan kita semua dalam keadaan ini jika bukan kerajaan yang mentadbir kita selama ini.

Akhir kata dari saya, kerajaan negeri pusat atau seluruh Barisan Nasional menganggap Sarawak dengan Sabah ini sebagai fixed deposit mereka. Maksudnya,apa-apa pun yang terjadi di Semenanjung, Sarawak dan Sabah inilah yang akan menyelamatkan mereka. Kita ini dipandang remeh oleh mereka. Kenapa saya berkata begitu? Lihatlah apa yang mereka pulangkan kepada kita? Setimpal atau tidak dengan segala "penyelamatan" yang telah dilakukan kita selama ini? Tok Nan sendiri pun masih cuba berunding dengan Najib minta jumlah royalti yg sepatutnya milik Sarawak dari zaman Tun Hussein Onn lagi (ingat kejadian tragedi Double 6?). Tapi ada Najib berikan kepada kita? Tidak ada! No Sarawak, No Putrajaya.

Tapi apa yang kita ada di Sarawak? Sarawak ada kawasan-kawasan yang masih tidak dapat bekalan air bersih. Sarawak ada kampung-kampung yang jalan bertanah merah yang lecak menjadi satu-satunya jalan keluar masuk yang ada. Sarawak ada kawasan bila malam sana sini kedengaran bunyi enjin generator sebagai penyambung bekalan elektrik ke rumah-rumah. Sarawak juga masih ada pengangkutan awam yang BELUM percuma.

Dan yang lucu nya kan, bila orang luar dari Sarawak kutuk Sarawak ketinggalan atau masih jauh di belakang tahu pula kalian naik angin. Padahal, itulah realiti hampir keseluruhan tempat kita di sana! Saya berharap, di hari pengundian ini nanti berfikirlah anda sewarasnya sebelum memangkah. Ingat,kuasa memilih di tangan anda. Jangan takut ambil risiko untuk berubah. Percayalah bahawa ada perubahan ya kemudian untuk kebaikan kita bersama. – Roketkini.com


Setiausaha DAPSY mangsa terbaru dilarang masuk Sarawak, Adenan dan BN makin kuku besi

Posted: 03 May 2016 10:15 PM PDT

bryan lew2
Roketkini.com


SIBU: Walaupun pilihanraya negeri cuma tinggal empat hari lagi, kerajaan negeri Sarawak tetap menyekat ahli pembangkang dari Semenanjung ke negeri itu.

Terbaru, Setiausaha Sosialis Muda DAP (DAPSY) Kebangsaan, Bryan Lew Chee Kwan, dihalang dari memasuki Sarawak ketika tiba di Lapangan Terbang Sibu pagi tadi tanpa diberi apa-apa penjelasan berhubung perkara itu.

Beliau ditahan oleh pegawai imigresen dan terpaksa menunggu di dalam Pejabat Imigresen Sibu sebelum diarah pulang ke Semenanjung dengan menaiki kapal terbang sekitar pukul satu petang tadi.

"Saya ke Sarawak untuk sama-sama berkempen bagi calon DAP, Paren Nyawi di Katibas. Adakah saya mengancam rakyat Sarawak dan kepentingan mereka? Adakah saya dikira ancaman hanya dengan meminta rakyat Sarawak mengundi untuk masa depan yang lebih baik?

"Selama ini, sudah ramai pemimpin pembangkang yang diharamkan sesuka hati dari memasuki negeri itu. Hari ini, saya yang menjadi mangsa kepada perbuatan tidak demokratik Adenan. Jelas sekali kuasa imigresen disalahguna secara terang-terangan oleh beliau," katanya dalam satu kenyataan media.

Sehubungan itu, Bryan menyeru agar rakyat Sarawak memilih calon terbaik dalam pilihanraya kali ini bagi memastikan hak dan nasib mereka tidak terus diabaikan seperti yang berlaku sepanjang 53 tahun negeri itu diperintah oleh Barisan Nasional.

Sebelum Bryan, antara pemimpin parti pembangkang yang dilarang memasuki Sarawak termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh; Ahli-Ahli EXCO Kerajaan Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo, Dr Afif Bahardin dan Abdul Malik Kassim; Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong; Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming; Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; dan Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu. – Roketkini.com

Jika rizab Sarawak berpuluh bilion ringgit, mana hasilnya kepada rakyat Sarawak?

Posted: 03 May 2016 10:13 PM PDT

Steven Sim
Roketkini.com


SERIAN: Jika benar rizab Sarawak yang terkumpul adalah RM27 bilion, mengapa pendapatan pekerja di negeri itu masih terlalu rendah berbanding negeri-negeri Pakatan Harapan? 

Mengapa banyak projek infrastruktur untuk rakyat Sarawak tidak dilaksanakan walaupun sudah berkali-kali dijanjikan?

Persoalan itu dibangkitkan oleh Pengarah Pendidikan Politik DAP Pulau Pinang, Steven Sim Chee Keong, bagi menjawab dakwaan pimpinan Barisan Nasional yang bangga dengan rizab Sarawak yang besar itu.

"Kadar purata pendapatan sebulan bagi rakyat Sarawak adalah masih di bawah RM2,000, iaitu RM1,948. Ianya 15 peratus rendah daripada min gaji negara.

"Dibandingkan dengan Pulau Pinang, iaitu RM2,263 dan Selangor, RM 2,629, malah Johor, RM2,394 di mana min gaji bulanan lebih tinggi daripada purata negara.

"Apa yang lebih menyedihkan, 50 peratus pekerja di Sarawak menerima gaji bulanan kurang daripada RM1,300. Sarawak diletakkan sebagai negeri keempat yang menerima gaji median terendah selepas Sabah dan Kelantan, RM1,020 dan Terengganu, RM1,200," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak di dalam blognya yang mahu bangga diri bahawa rizab yang dikumpul kerajaan negeri Sarawak adalah lebih tinggi berbanding kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang.

Steven yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam, ingin tahu ke mana perginya rizab Sarawak tersebut yang sepatutnya disalurkan untuk tujuan pembangunan infrastruktur asas seperti hospital, loji rawatan air dan sekolah yang tidak pula diutamakan kerajaan negeri.

Sebagai contoh, katanya, Hospital Serian yang terpaksa menampung lebih daripada 150,000 pesakit tidak pernah menerima sebarang penambahbaikan sejak ia dibina pada 1971.

"Loji rawatan air Slabi yang dibina pada 2013 dan menelan belanja RM113 juta dijanjikan kononnya akan menyalurkan air paip terawat ke sekitar 90 peratus kawasan Serian.

"Bagaimanapun ianya tidak terlaksana seperti yang diharapkan, BN terus menerus menyogok rakyat Sarawak dengan "tong biru" dalam kempen-kempen politiknya di kampung-kampung kerana di tempat berkenaan masih tidak ada akses kepada air paip yang terawat," ujarnya.

Tambah Steven, Sekolah Menengah Kebangsaan Serian kedua yang dijanjikan kerajaan BN dan telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010) masih tidak dibina sehingga kini meskipun kini sudah melalui fasa Rancangan Malaysia Kesebelas (2016-2020).

"Jelas sekali, dana itu ada, tapi ianya tidak disalurkan kepada golongan biasa di Sarawak. Persoalannya, siapa yang mengaut semua hasil kekayaan itu?," katanya.

Beliau menyifatkan satu undi buat BN adalah sama seperti menyerahkan "cek kosong" kekayaan negeri Sarawak yang kini kian menipis. – Roketkini.com

Larangan masuk ke Sarawak bercanggah undang-undang

Posted: 03 May 2016 10:04 PM PDT

 MALAYSIA DATELINE


Wan Anwar Wan IbrahimWan Anwar Wan IbrahimBiro Undang-Undang (Kanun) Parti Amanah Negara  menggesa sesiapa yang dihalang daripada memasuki Negeri Sarawak sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) hendaklah mengambil butiran pegawai yang menghalang, tarikh dan jam waktu dihalang dan seterusnya membuat laporan polis, lapor kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (Siap) dan Suhakam.

Mereka boleh  menyatakan salah laku pegawai imigresen terbabit dan Pengarah Jabatan Imigresen Sarawak yang menghalang petugas pilihanraya memasuki Sarawak dan telah menyalahguna peruntukan undang-undang imigresen

Kanun memandang serius terhadap larangan untuk memasuki Sarawak bagi petugas dan pimpinan parti politik semasa musim pilihanraya negeri (PRN) Sarawak.

Ini kerana sebarang larangan untuk warganegara memasuki negeri Sarawak bagi tujuan menjalankan aktiviti politik yang sah ini bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63.

Di bawah peruntukan Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63 yang menyatakan seperti berikut:-
Right to enter East Malaysian State for exercise of political rights.

67. Subsection 66(1) shall not have effect in relation to a citizen entering the East Malaysian State for the sole purpose of engaging in legitimate political activity; but the burden of proof that a person is entitled to enter the East Malaysian State under this section shall lie on him.

Timbalan Pengerusi Kanun, Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, peruntukan seksyen ini telah dicabar beberapa kali di Mahkamah dan dalam kes Gobalakrishnan Nagapan vs Director of Immigration, Sarawak & Ors.

"Mahkamah telah mengesahkan bahawa pas atau permit tidak diperlukan jika tujuan memasuki Sarawak itu adalah atas alasan untuk menjalankan aktiviti politik yang sah.

"Namun, pihak yang ingin memasuki Sarawak perlu membuktikan bahawa tujuan kemasukan tersebut adalah untuk menjalankan aktiviti politik yang sah," terangnya.

Wan Anwar menjelaskan Amanah telah meletakkan seramai 13 orang calon untuk bertanding di 13 Dun di Sarawak dan Amanah Sarawak juga amat memerlukan tenaga bantuan daripada petugas-petugas yang berada di luar Sarawak. Sekatan ke atas para petugas parti ini bermakna menyekat proses demokrasi daripada berjalan dengan lancar.

"Suatu saman sivil bagi menuntut gantirugi atas perlanggaran hak asasi warganegara tersebut boleh dibuat ke atas Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sarawak dan Ketua Menteri Sarawak." ujarnya.

Amanah bawa Aishah gempur Sebuyau, kehadiran luar biasa

Posted: 03 May 2016 09:59 PM PDT

Aishah di Kampung Tungkah MelayuAishah di Kampung Tungkah Melayu

Ceramah Parti Amanah Negara (Amanah) di dua tempat di Sebuyau malam tadi menyaksikan sambutan luar biasa daripada penduduk tempatan dengan kehadiran bekas penyanyi popular  Wan Aishah Wan Ariffin di Kg Sawmill dan Kg Tungkah Melayu berjaya menarik kehadiran lebih 1,000 orang malam tadi.

Rata-rata yang hadir mahu melihat sendiri artis kesayangan mereka itu secara lebih dekat setelah lama tidak mendengar kelunakan suara biduanita itu selepas tidak lagi aktif menyanyi.
Selain Aishah, turut mencuri tumpuan malam tadi celoteh seorang lagi bekas peserta program realiti, Sulaiman Ibrahim yang lebih dikenali sebagai Leman Raja Lawak.

Sementara itu, turut berucap malam tadi beberapa pimpinan Amanah termasuk Timbalan Presiden Salahuddin Ayub selaku Pengarah Jawatankuasa Induk bagi PRN Sarawak dan Pengarah Biro Pilihan Raya Dr Mohd Hatta Ramli.

Salahuddin ketika dihubungi berkata, beliau yakin peluang Amanah untuk menghantar anak sulung ke Dewan Undangan Negeri Sarawak dapat direalisasikan melihat kepada sambutan positif terhadap Amanah setakat ini.

"Peluang bukan mudah. Seluruh petugas Amanah perlu bekerja kuat dalam tempoh dua hari lagi ini.
"Semoga sambutan terhadap Amanah seperti yang dapat dilihat di Sebuyau ini memberi motivasi kepada jentera untuk terus berkerja kuat," katanya.

Sebuyau antara lima kerusi yang didakwa dikategorikan sebagai 'kelabu' oleh Bilik Gerakan Barisan Nasional bersama-sama Balingian, Kabong, Damak laut dan Beting Maro.

Sebuyau ditandingi tiga penjuru oleh tiga calon iaitu Datuk Haji Julaihi Haji Narawi (PBB), Haji Wan Abdillah Bin Wan Ahmad (Pas) dan Andrew Anak Jain (Amanah).

Rata-rata yang hadir mahu melihat sendiri artis kesayangan mereka itu secara lebih dekat setelah Aishah tidak lagi aktif menyanyi.Rata-rata yang hadir mahu melihat sendiri artis kesayangan mereka itu secara lebih dekat setelah Aishah tidak lagi aktif menyanyi.

Kes Phang Li Koon diklasifikasi sebagai 'tiada tindakan susulan'

Posted: 03 May 2016 09:51 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
GEORGE TOWN: Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata satu keputusan telah dibuat oleh Jabatan Peguam Negara di Putrajaya untuk menutup kes terhadap Phang Li Koon yang didakwa membuat akuan bersumpah (SD) palsu.
Abdul Ghafar berkata beliau dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya mengenai keputusan itu yang dibuat kira-kira dua atau tiga hari lalu oleh Peguam Negara.
"Ia telah diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Susulan (NFA)," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perhimpunan bulanan di ibu pejabat polis negeri, hari ini.
Beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Phang kerana membuat SD palsu mengenai penjualan banglonya kepada Lim Guan Eng yang didakwa dibuat di bawah nilai pasaran.
Phang telah membuat suatu akuan berkanun bulan lalu mendakwa bahawa dia tidak mempunyai urusan perniagaan dengan kerajaan negeri.

Bubar Amanah jika sayang Pas

Posted: 03 May 2016 09:36 PM PDT

Pas


RANTAU PANJANG – Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan mencabar Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah membubarkan Parti Amanah Negara sekiranya benar-benar menyayangi Pas.

Presidennya, Razak Abas berkata, tindakan Wan Abdul Rahim terhadap Pas sebelum ini tidak pernah selari dengan ucapannya ketika ini.

Menurutnya, selepas kalah, Wan Abdul Rahim keluar Pas dan menubuhkan Amanah, malah mengaitkan 10 lagi Adun menyertai Amanah.

"Ini bermakna dakwaan tidak sanggup melihat Kelantan jatuh ke tangan BN adalah bohong kerana niatnya mahu berbaik dengan Pas adalah kerana kerusi pilihan raya umum (PRU) nanti.

"Konon darah masih hijau juga adalah satu perumpamaan yang melucukan kerana semua dah lihat keperibadiannya, melebihi oren daripada hijau," katanya.

Razak berkata, tindakan Wan Rahim umpama 'menghidangkan gula kepada semut' iaitu menarik simpati mengundi Pas agar memilih Amanah.

Menurutnya, keperibadian Amanah jelas menunjukkan mereka memendam dendam terhadap pimpinan Pas, malah mengaitkan Umno dengan Pas.

Semalam, Sinar Harian melaporkan kesungguhan Amanah menunggu Pas untuk berunding dan bekerjasama bagi menyekat Umno bertapak semula di Kelantan.

Malah katanya, Amanah serius mahu membentuk kerjasama dengan Pas kerana tidak sanggup melihat BN merampas semula Kelantan.


Sistem pendidikan tidak wajar dilibatkan dengan politik

Posted: 03 May 2016 09:27 PM PDT

 Sivamurugan Pandian
Sivamurugan Pandian


SHAH ALAM - Penganalisis politik Fakulti Sains Sosial, Universiri Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian bersetuju dan berpandangan bahawa sistem pendidikan negara tidak seharusnya dicampur adukkan dengan agenda politik.

Sivamurugan berkata, beliau percaya pihak pelaksana tidak mahu mempolitikkan pendidikan namun dilema yang terpaksa dihadapi adalah tafsiran yang berbeza-beza ke atas pelaksanaan sesuatu dasar serta program.

"Ia juga mungkin dibuat berlandaskan tanggungjawab ke atas jawatan yang disandang.

"Sebagai contoh, kerajaan bagi peruntukan untuk bina sekolah dan itu dibuat berdasarkan tanggungjawab kementerian dan kerajaan. Namun ada pihak yang bagi tafsiran salah seperti itu dipolitikkan, jadi di situlah perlu diberi penjelasan yang jelas," katanya kepada Sinar Online hari ini.

Menurut Sivamurugan, adalah menjadi tanggungjawab pihak berwajib untuk memberi perincian ke atas sebarang pelaksanaan walaupun ia dilihat sebagai satu elemen politik oleh sesetengah pihak.

Ujarnya, merujuk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang dipinda sebelum ini telah memberi kelonggaran kepada para mahasiswa untuk berpolitik, namun ia seharusnya dimanfaatkan sebaiknya oleh pihak berkenaan.

"Auku sendiri telah memberi kelonggaran untuk mahasiswa terlibat dalam politik dan secara tak langsung bila mereka aktif, sudah semestinya akan wujud idealisme tertentu yang dibawa.

"Ia (mahasiswa) mungkin akan menyokong atau mengkritik sesuatu dasar yang kadang-kadang dilihat sebagai satu elemen politik. Walhal tidak ada satu garis pemisah jelas ke atas apa yang dilihat itu merupakan satu yang bersifat politik," katanya.

Semalam, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz  memberikan peringatan buat semua pihak terlibat dalam sistem pendidikan negara supaya tidak melibatkan bidang itu dengan politik.


Comments (0)