Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:09 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Kes Rooney Rebit bukan kes murtad, kata Tariq Ismail

Posted: 03 May 2016 05:59 AM PDT

 
Cucu bekas Timbalan Perdana Menteri memahami sentimen sekitar hal murtad tetapi kes Rooney bukan kes murtad, manakala Mujahid Rawa kesal ia dipolitikkan


tariq


PETALING JAYA: Kes Rooney Rebit bukan kes murtad dan tidak harus dianggap kes murtad, kata pengasas NGO Aura Merdeka, Tariq Ismail.

Mengulas kekecewaan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) di atas keputusan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menarik balik notis rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang membenarkan Rooney keluar Islam dan keputusan itu dipaparkan dalam rekod pendaftarannya, Tariq berpendapat kes Rooney ini merupakan kes istimewa.

Beliau memberitahu FMT bahawa dirinya memahami sentimen PERKASA dan ISMA berkenaan hal murtad, tetapi mereka tidak sepatutnya melihat kes Rooney sebagai kes murtad dan hakim terbabit, Yew Ken Kie pasti telah mengambil kira semua perkara-perkara yang perlu dalam membuat keputusan.

Cucu kepada Timbalan Perdana Menteri, Dr Ismail Abdul Rahman berkata, teras isu ini adalah perbezaan bidang kuasa antara mahkamah sivil dan syariah, yang beliau percaya boleh diselesaikan melalui mahkamah khas yang dianggotai hakim-hakim sivil dan syariah.

Beliau menjelaskan langkah itu antara cara untuk menyelesaikan semua kes-kes agama tertentu dan akan mengelakkan pertikaian ke atas keputusan yang dibuat oleh kedua mahkamah.

"Bergerak ke hadapan kita perlu galakkan wacana, tetapi kadangkala NGO-NGO tertentu bertindak melampau. Sudah sampai masanya NGO berusaha bersama mencari penyelesaian, bukannya berbalah."

Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Rawa berkata Perkara 11 Perlembagaan menjamin kebebasan beragama dan sekiranya seseorang itu mahu keluar agama atas dasar sukarela, percaya, tanpa paksaan dan tanpa ganjaran wang maka mereka harus dibenarkan berbuat demikian.

Mujahid berpendapat pertama-tamanya JPN tidak sepatutnya merayu keputusan mahkamah sekiranya pihak berkuasa agama telah mengeluarkan surat pelepasan untuk Rooney.

"Saya yakin Jabatan Agama Islam Sarawak dan Majlis Islam Sarawak telah meneliti semua perkara sebelum bersetuju mengeluarkan surat pelepasan itu," katanya kepada FMT.

Mujahid bagaimanapun kesal perkara ini telah dipolitikkan dan jaminan Perdana Menteri bahawa JPN akan menarik balik rayuan itu menunjukkan campur tangan badan eksekutif dalam badan kehakiman.

"Sebagaimana Najib mengumumkan penyelesaian 10 perkara kepada isu Bible sebelum pilihan raya Sarawak sebelum ini," katanya, dan menambah adalah salah untuk mempolitikkan hal-hal seperti itu.

Beliau menambah sekiranya JPN telah memfailkan rayuan maka proses perundangan perlu dibiarkan berjalan seperti sepatutnya, manakala tindakan JPN menarik balik rayuan di kala pilihan raya menunjukkan isyarat yang tidak baik.

BERSIH dakwa PM, TPM langgar peraturan p'raya

Posted: 03 May 2016 05:48 AM PDT

MALAYSIAKINI




BERSIH mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Datuk Seri Zahid Hamidi melanggar peraturan pilihan raya.

Gabungan proreformasi sistem pilihan raya itu juga mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membiarkan parti-parti politik mengamalkan pembelian undi dan amalan rasuah.

BERSIH menuntut amalan pemberian bantuan berupa wang dan janji-janji kepada rakyat Sarawak demi mendapatkan undi dalam pilihan raya 7 Mei ini diberhentikan.

Badan itu juga mendakwa terdapat laporan penggunaan dana awam secara terang-terangan bagi menyokong calon parti pemerintah.

"Perkara ini menjejaskan keadilan pilihan raya," tambahnya.

BERSIH menyenaraikan dakwaan salah guna kuasa melibatkan Zahid, peruntukan RM250,000 kepada pasukan polis sehari sebelum pengundian awal (hari ini).

Ini termasuk bantuan masing-masing RM100,000 untuk tempat ibadat Islam dan Kristian dan RM50,000 untuk persatuan anggota keluarga polis Perkep.

BERSIH juga memetiknya sebagai bertanya Pasukan Gerakan AM (PGA) di Kuching, mereka akan 'pangkah siapa'.

Janji-janji lain Zahid, menurut badan itu, termasuk:
  • Bantuan RM500,000 untuk sekolah di Miri jika calon BN Lee Kim Shin menang di kawasan Senadin.
  • Mengumumkan peruntukan RM70 juta untuk membina jambatan di Kampung Long Lama dalam kawasan pilihan raya Telang Usan.
BERSIH pula mendakwa Najib melanggar peraturan dengan menjanjikan peruntukan sehingga RM54.3 juta untuk sambungan dan menaik taraf sistem perpaipan.

BERSIH juga membangkitkan pengumuman bantuan RM1 juta daripada kerajaan pusat untuk Gereja St Jude. Kerajaan Sarawak mengumumkan jumlah sama.


RM250,000 buat PGA sebelum undi awal buat PKR berang

Posted: 03 May 2016 05:46 AM PDT

MALAYSIAKINI
 
 


PKR menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana didakwa cuba membeli undi.

Bagaimanapun, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata pihaknya akan berbincang dengan peguam sebelum memutuskan sebarang tindakan berhubung dakwaan itu.

Zahid (gambar) semalam mengumumkan peruntukan RM250,000 untuk Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kuching sehari sebelum proses undi awal (hari ini).

"Pada saya kita lihat kenyataan begitu terbuka untuk membeli undi adalah satu yang amat menjejaskan keyakinan dalam proses pilihanraya.

"Kita menentang pembelian undi tetapi ia dilakukan berterusan oleh menteri dan timbalan perdana menteri yang sama tanpa tindakan susulan," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya hari ini.

Sementara itu, seorang lagi naib presiden PKR Tian Chua (gambar) menjelaskan, sebarang bentuk pemberian atau janji yang mendorong mendapatkan undi adalah pelanggaran undang-undang pilihan raya.

"SPR perlu menunjukkan integriti dengan mengambil tindakan tanpa rasa gentar serta mengemukakan amaran kepada menteri.

"Mereka tidak boleh 'pejam mata' terhadap semua laporan itu.
"Jika mereka tidak membaca Malaysiakini, mereka sepatutnya membaca semua laporan akbar arus perdana yang mengikuti perkembangan itu," katanya.

Langkah sama turut ditegur gabungan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH hari ini.

ADENAN SATEM TERBUKTI LEBIH "TERUK" DARIPADA TAIB MAHMUD

Posted: 03 May 2016 05:38 AM PDT

shahbudindotcom


Menteri Besar Selangor, Azmin Ali antara yang dibenarkan masuk ke Sarawak, tapi hanya sehingga 2 Mei.
 
 

 
 
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sebelumnya tidak disekat, tiba-tiba diberitahu hanya boleh berada sehingga 5 Mei saja.
 
 

 
 
Ketua Pembangkang, Dr Wan Azizah yang selama ini dilarang,  akhirnya dibenarkan masuk ke Sarawak, itu pun setelah menulis surat kepada Ketua Menteri, Adenan Satem. Tetapi tempohnya sehingga 5 Mei juga.
 
 

 
 
Rafizi Ramli, sebelumnya dilarang, tapi malam tadi diberi kebenaran masuk ke Sarawak selama lima hari. Bermakna, 5 Mei kena keluar daripada Sarawak.
 
 

 
 
Sejumlah yang dilarang masuk ke Sarawak, terus dihalang. Yang diberi kebenaran pula hanya diberikan ruang masa sehingga 5 Mei saja.

Azmin dilaporkan mahu datang kembali ke Sarawak pada 4 Mei, tapi nasibnya tentu saja sukar dijangka, silap-silap 5 Mei tetap diarahkan keluar daripada negeri itu.

Hari mengundi  pilihanraya negeri  ialah 7 Mei, tapi menjelang 5 Mei semua dihalau keluar daripada Sarawak. 

Secara tidak langsung, majoritinya nanti hanya  pemimpin-pemimpin UMNO dan BN saja yang dibenarkan berada di Sarawak dalam tempoh kritikal dua hari sebelum pembuangan undi.

Umpama main bola, di sepuluh minit terakhir, tiada pemain lawan dibenarkan berada dalam padang, kecuali penjaga gol manakala pasukan tuan rumah tiada halangan sama sekali menurunkan kesebelasan pemain.

Begitukah demokrasi yang difahami oleh Adenan Satem?

Di mana di dunia ini ada keadaan seperti itu berlaku dalam pilihanraya?

Itulah Sarawak sekarang. Adenan Satem nyata lebih "teruk dan menjengkelkan " berbanding Taib Mahmud. 

Beliau bukan saja "membunuh" erti demokrasi dan "mengkafankan" semangat keMalaysiaan, malah "menguburkan" sama sekali  intergrasi nasional antara Semenanjung dengan Sarawak. 


PERKASA tolak alasan hentikan polis pengiring Dr M

Posted: 03 May 2016 05:34 AM PDT

MALAYSIAKINI




Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA beranggapan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberhentikan khidmat polis pengiring Tun Dr Mahathir Mohamad dengan alasan bagi mengelak kemudahan tersebut disalah guna bagi kempen menentang kerajaan sebagai kenyataan politik.

Sebaliknya, menurut Setiuasaha Biro Integriti, Antirasuah dan Salah Guna Kuasa PERKASA, Dr Muhammad Faiz Na'aman, alasan itu diberikan selepas Dr Mahathir diiringi oleh sukarelawan konvoi motosikal berkuasa tinggi.

"PERKASA berpendapat ini suatu alasan serta ayat politik pihak kerajaan semata-mata kerana ternyata Dr Mahathir telah pun diiringi oleh sukarelawan konvoi motosikal berkuasa tinggi ketika tiba di lapangan terbang Kepala Batas semalam hingga ke Tesco Stargate akibat ketiadaan polis pengiring rasmi seperti biasa," katanya dalam satu kenyataan.

Sejak minggu lalu, media sosial kecoh dengan berita pemberhentian khidmat polis pengiring kepada Mahathir tetapi sehingga hari ini beluam ada kenyataan rasmi dibuat.

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Nazri Aziz berkata, khidmat polis pengiring bermotosikal untuk Mahathir sepatutnya ditarik balik sejak dulu lagi.

Kata Nazri yang juga adalah menteri pelancongan dan kebudayaan, khidmat kawalan itu tidak wajar diberikan kepada bekas perdana menteri terbabit kerana tokoh berkenaan diiringi ke majlis memburuk-burukkan kerajaan.

"Pihak Biro Integriti, Antirasuah dan Salah Guna Kuasa (PERKASA) ingin bertanya siapa yang beri arahan supaya khidmat polis pengiring untuk keselamatan Mahathir itu dihentikan?

"Adakah dengan penarikan khidmat tersebut maka majoriti rakyat negara ini akan lebih menghormati kerajaan yang mentadbir negara sekarang?" soal Muhammad Faiz.

Malah menurutnya, umum tahu bahawa dalam usaha Mahathir untuk menyelamatkan imej negara serta kuasa politik Umno-BN, tokoh negarawan itu mendesak supaya Najib meletakkan jawatan kerana terlibat dalam skandal 1MDB yang kini telah mendapat liputan hampir di seluruh dunia sejak tahun lalu lagi.

Dengan kata lain, beliau berkata Mahathir tidak memusuhi kerajaan Malaysia tetapi menggunakan segala ruang dan peluang dalam proses demokrasi negara ini untuk menyuarakan kehendak majoriti rakyat serta kepentingan negara.

"Berdasarkan jasa negarawan tersebut terhadap negara ini dan di peringkat dunia Islam, maka tindakan pihak kerajaan Malaysia menghentikan khidmat polis pengiring untuk Mahathir tersebut dilihat sebagai tidak matang, emosional, bersifat membalas dendam, terdesak serta tidak bermoral.

"Kenapa kerajaan pimpinan Najib bersifat berat sebelah sedangkan khidmat yang sama sedang diberikan kepada seorang lagi bekas perdana menteri?" soalnya.

Penarikan balik khidmat polis pengiring untuk Mahathir turut dipertikai oleh bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Tan Sri Rais Yatim melalui kenyataannya di laman Facebook yang juga tersebar luas di media-media sosial.

"Jika benarlah pengiring PDRM Tun Mahathir ditarik balik, ia merupakan tindakan yang harus dipertikai sebagai tidak berwibawa dan tidak adil.

"Pengiring dan bekalan pegawai keselamatan diberi kepada semua bekas PM bersekali kemudahan lain sebagai penghormatan terhadap jasa. Tun M masih bekas Perdana Menteri Malaysia sia ke-4.

"Jasanya sebagai PM 22 tahun dan 6 tahun sebagai TPM tetap merupakan fakta kenegaraan."
Rais kemudiannnya memaklumkan bahawa pihak perdana menteri menafikan penarikan balik khidmat polis pengiring untuk Mahathir dan berkata kerajaan hanya menghalangnya daripada menyalahgunakan kemudahan tersebut bagi kempen menentang kerajaan.


Selepas 1MDB ingkar, KWSP kata pendedahannya 'terhad'

Posted: 03 May 2016 05:20 AM PDT

MALAYSIAKINI


LIHAT VIDEO DI SINI


1MDB minggu lalu diisytiharkan ingkar selepas gagal membayar faedah AS$50.3 juta tetapi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini menegaskan bahawa pendedahannya terhadap firma pelaburan negara itu adalah "sangat terhad".

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan pada satu sidang akhbar hari ini ditanya sama ada KWSP bimbang dengan pelaburannya dalam 1MDB memandangkan kegagalan firma itu membayar hutangnya.

Shahril bagaimanapun mengulangi bahawa KWSP hanya mempunyai saham sebanyak RM200 juta daripada RM5 bilion bon yang diterbitkan oleh Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) - yang menyumbang empat peratus daripada jumlah terbitan keseluruhan.

"Pendedahan itu sepenuhnya dijamin kerajaan, pada dasarnya kita tidak mempunyai masalah dengan itu.

"Ia tidak pernah menjadi isu dari segi bayaran oleh 1MDB," kata Shahril, selepas pengumuman laporan tahunan KWSP 2015 di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa KWSP mengikuti perkembangan semasa dengan penuh minat.

"Memang membimbangkan bahawa seolah-olah menjadi beberapa pertikaian di 1MDB berhubung dengan pendedahan mereka yang lain.

"Tetapi sejauh pendedahan kami, kita agak baik. Dalam apa jua keadaan jika berlaku sebarang masalah besar dengan 1MDB, kerajaan akan campur tangan untuk menampung hutang kepada semua pemegang bon."

Shahril juga mengesahkan bahawa KWSP masih belum diberi sebarang notis oleh lembaga pemegang amanah mengenai bon RM5 bilion itu.

"Sama ada atau tidak mereka akan memanggil mesyuarat pemegang bon mengenai isu ini, kita hanya akan tunggu dan lihat jika lembaga pemegang amanah memikirkan terdapat kemungkiran silang, dan sama ada mereka perlu membawa perkara itu kepada pemegang bon," katanya.

Oleh itu, jawatankuasa pelaburan KWSP, masih belum membuat sebarang keputusan berhubung isu itu kerana lembaga pemegang amanah masih belum memanggil mesyuarat pemegang bon.

"Kami akan menunggu mesyuarat pemegang bon dan kemudian baru membuat keputusan," kata Shahril.
Pilihan untuk dipertimbangkan, katanya akan bergantung kepada cadangan yang dikemukakan oleh lembaga pemegang amanah kepada pemegang bon.

1MDB diisytiharkan ingkar selepas ia gagal membayar faedah AS$50.3 juta kepada pemegang bon terbitannya yang dijamin oleh International Petroleum Investment Corporation (IPIC) milik Abu Dhabi.

Mengesahkan perkara itu, 1MDB bagaimanapun mempersalahkan IPIC kerana keengganannya untuk menunaikan kewajipan untuk membayar faedah dan bon AS$1.75 bilion dengan nota kadar tetap 5.75 peratus yang matang pada 2022 yang diterbitkan oleh 1MDB Energy (Langat) Limited.


Mukhriz saman setiausaha akhbar PM kerana memfitnahnya

Posted: 03 May 2016 05:17 AM PDT

MALAYSIAKINI




Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini memfailkan saman terhadap Setiausaha Akhbar Perdana Menteri - Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad kerana memfitnahnya.

Ini adalah berkaitan dengan empat kenyataan media Tengku Sharifuddin yang dikeluarkannya antara 15 April dan 26 April.

Saman itu difailkan di pejabat pendaftar sivil Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma Haniff Katri and Co.

Kenyataan itu mendakwa Mukhriz, selaku bekas menteri besar Kedah, berkomplot bersama bapanya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjatuhkan kerajaan yang sah.

Mukhriz mendakwa kenyataan itu mencadangkan bahawa beliau akan diberikan jawatan perdana menteri sebaik sahaja Muhyiddin berundur selepas menggantikan Najib.

Bekas menteri besar itu mendakwa empat kenyataan Tengku Sariffuddin memberi gambaran seolah-olah beliau seorang yang gila kuasa, hanya mempunyai motif untuk menjadi perdana menteri tanpa sebarang pertimbangan terhadap kepentingan rakyat.

Menurut Mukhriz, kenyataan itu juga seolah-olah menggambarkan bahawa beliau mengamalkan politik kotor, bertindak mengikut telunjuk bapanya dan seorang yang tidak memiliki prinsip dan tidak bermoral.

Sehubungan itu, Mukhriz menuntut gantirugi am, gantirugi teladan dan gantirugi berterusan yang akan dinilai oleh mahkamah.

Beliau juga memohon injunksi bagi menyekat Tengku Sarifuddin daripada mengeluarkan sebarang kenyataan media yang sama.

Malaysiakini telah menghubungi Tengku Sarifuddin untuk mendapatkan komennya.

Sehari lagi kenang kebebasan media yang menyempit

Posted: 03 May 2016 05:15 AM PDT

Gerakan Media Marah  




ULASAN Setiap tahun pada hari ini (3 Mei), kita memperingati Hari Kebebasan Akhbar Dunia.

Sepanjang tahun lepas, pengamal media serta rakyat Malaysia terus diingatkan bahawa ruang kebebasan akhbar semakin sempit.

Sekatan ke atas akhbar The Edge dan The Malaysian Insider serta beberapa media atas talian secara langsung telah 'menyempitkan' ruang pengamal media untuk menjalankan tugas.

Selain itu, pengamal media turut terus dihadapkan dengan gangguan pihak berkuasa atau golongan yang merasakan kekuasaan mereka terancam akibat laporan yang disiarkan.

Dalam masa sebulan terakhir ini, berlaku kes-kes yang membayangkan tahun ini bakal menjadi satu lagi tahun yang sukar.




Ini termasuk gangguan terhadap wartawan Malaysiakini Kow Gah Chie, insiden wartawan dihalau oleh calon pilihan raya di Sibu serta gangguan terhadap pengarang The Heat yang dipanggil kerana menulis artikel berkaitan sebuah gerakan politik.

Bebas bersuara, berfikir

Selain itu, laporan ranking kebebasan Media oleh Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) turut menunjukkan bahawa tahap kesedaran dan kebebasan kewartawanan kita dalam keadaan yang tidak meyakinkan.

Gerakan Media Marah (GERAMM) percaya bahawa sudah sampai masa untuk semua pengamal media bersatu atas tujuan yang sama - mempertahankan hak untuk menjalankan tugas yang diamanahkan.

Setiap bentuk tekanan atau gangguan yang dikenakan ke atas mana-mana pengamal media seharusnya dirasakan oleh semua.


GERAMM juga percaya bahawa media bebas hanya boleh berdiri daripada semangat masyarakat yang turut sama mahukan kebebasan.

Media tidak mungkin bebas tanpa semangat kebebasan ini: bebas bersuara dan bebas berfikir.

Dengan adanya masyarakat yang menghargai serta menuntut peranan media bebas, pemilik serta pengamal media secara langsung akan berusaha untuk memenuhi permintaan tersebut.

Semangat masyarakat

Ringkasnya, media itu bebas bukan karena kerana semangat wartawan sendirian tetapi ditopang semangat menyala-nyala masyarakatnya.

Sempena sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia setiap 3 Mei, GERAMM menyeru semua pihak agar menghormati hak-hak masyarakat dan wartawan untuk menghayati semangat ini.

Semangat ini boleh menyuburkan kepelbagaian suara dalam masyarakat kita dan boleh juga membuka rundingan serta perbahasan dalam masyarakat yang berbeza-beza kepentingan.

Dengan sikap masyarakat sivil, media, kerajaan dan masyarakat, GERAMM percaya media bebas yang beretika dan bertanggungjawab bukan saja boleh memajukan demokrasi dan politik, tetapi juga pembangunan fikiran, seni, ekonomi dan peradaban bangsa.



Setelah tiga tahun GERAMM muncul dari kegusaran dari industri media terhadap kekangan, sekatan dan tindakan memperkotak-katikKan petugas media, namun keadaan bukan saja tidak berubah, malah semakin meruncing.

Selaras dengan semangat untuk terus menuntut perubahan, kami turut akan melancarkan 'wajah baru' GERAMM dalam satu acara yang akan diumumkan pada waktu terdekat.

Kami berharap agar penyokong dan pendukung kebebasan media dapat bersama kami seperti selama ini.

GERAKAN MEDIA MARAH (GERAMM) adalah perikatan longgar wartawan, wakil dan aktivis media yang memperjuangkan kebebasan media dan pengamalnya. Ikuti perkembangan GERAMM di Facebook, Twitter dan Instagram.


Isu murtad Rooney Rebit: Kenyataan Adenan bahaya, tukar agama dengan kertas undi, kata Perkasa

Posted: 03 May 2016 04:00 AM PDT

MALAYSIA DATELINE


Hassan BasriHassan BasriPertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) melahiran rasa terkilan dengan kenyataan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang mengaitkan Perdana Menteri berhubung isu murtad 'Azmi Mohamad Azam' atau Rooney Rebit.

Ketua Penerangannya Hassan Basri berkata, kenyataan Adenan itu amat berbahaya kepada kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan.

Dakwanya, Adenan hanya bertindak balas setelah membaca tulisan kolumnis Stephen Ng di portal media Malaysiakini yang mengkritik Adenan berhubung kelewatannya menangani isu murtad yang dianggap kolumnis itu boleh menghakis sokongan pengundi Kristian di Sarawak.

Jelas kenyataan terdesak dibuat Adenan itu ujarnya boleh menimbulkan pelbagai persoalan.

"Apakah benar kuasa Perdana Menteri boleh mengatasi undang-undang, walhal kes 'pemurtadan' Ronney Rebit ini masih dalam peringkat rayuan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak dan memerlukan kebenaran dari Mahkamah Syariah.

"Janganlah kerana hendak mendapat undi lalu Islam diperdagangkan.

"Tidak mustahil kalau permohonan murtad semudah ditukar dengan kertas undi, akan berlaku permohonan murtad dalam pilihan raya-pilihan raya akan datang.

"Walhal mahkahmah Tinggi Sarawak baru sahaja membuat penghakiman pada 24 Mac 2016 membenarkan permohonan Roneey Rebit menukarkan namanya di JPN.

"Atau adakah Adenan tersentak hanya tekanan tulisan oleh kolumnis Stephen Ng yang mengkritik beliau?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan Adenan yang disiarkan oleh portal media Malaysiakini.Kenyataan Adenan yang disiarkan oleh portal media Malaysiakini.Perkasa ujarnya juga terkilan apabila isu murtad ini dipandang sepi oleh jabatan agama, mufti, ulamak, pendakwah dan pihak berkuasa agama seolah-olah Negeri Sarawak boleh mengolah undang-undangnya sendiri tanpa terikat dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Perkasa mengharapkan supaya JPN Sarawak dan Mahkamah Syariah pertahankan peraturan yang digubal dan jangan tunduk kepada tekanan kuasa politik dalam membuat keputusan. Kerana sesungguhnya isu murtad ini adalah isu amat besar disisi islam.

"Perkasa sebagai NGOs yang antara perjuangannya konsisten mempertahankan Islam mahu keputusan Mahkamah Tinggi Sarawak yang membenarkan 'pemurtadan' Rooney Rebit atas jaminan hak perlembagaan kebebasan beragama di hormati.

"Namun Perkasa juga berharap semua pihak termasuk Perdana Menteri mesti menghormati hak Jabatan Pendaftaran Negara yang merayu dan peranan Mahkamah Syariah Sarawak dalam urusan umat islam ini," ujarnya.

Adenan pada 2 Mei  lalu berkata, telah mendapat jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk menggugurkan kes murtad terhadap rakyat Sarawak, Rooney Rebit yang berketurunan Bidayuh.

Adenan merujuk kepada JPN yang membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang membenarkan Rooney keluar daripada agama Islam dan mengarahkan jabatan itu mempamerkan dalam kad pengenalannya.

Kenyataan Adenan itu disambut baik oleh Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, ramai yang menjadi mangsa keadaan dan memeluk agama Islam tetapi tidak pernah menjalani cara hidup sebagai seorang Muslim.

Beliau dipetik berkata, percubaan mereka untuk memperbetulkan keadaan ini bukan sesuatu yang mudah dan ini mempunyai kesan besar terhadap cara hidup mereka. Ramai daripada mereka tidak boleh berkahwin kerana identiti yang tidak menentu.

"Mereka juga telah tertakluk kepada tekanan oleh pegawai penguatkuasa kerana status yang belum diperbetulkan itu," katanya dalam satu kenyataan media.

Sebagai rekod pada 24 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Kuching dalam semakan kehakiman memutuskan Rooney mempunyai hak perlembagaan untuk memilih agamanya.

Ia mengarahkan JPN menukar nama pemohon di kad pengenalan yang menyatakan "Azmi Mohamad Azam" kepada "Rooney Rebit" dan mengakui agamanya sebagai agama Kristian. Pada 22 April, JPN memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

JPN menegaskan bahawa Azmi memerlukan surat pelepasan daripada Mahkamah Syariah untuk menukar agamanya tetapi Mahkamah Tinggi di Kuching tidak bersetuju.

Bagaimanapun pada 3 Mei JPN telah memutuskan untuk menarik balik rayuan terhadap keputusan mahkamah mengiktiraf hak seorang mualaf dari Sarawak itu yang dikenali sebagai seorang Kristian, lapor The Star Online.

JPN berbuat demikian setelah Adenan Satem mengeluarkan kenyataannya pada 2 Mei bahawa beliau sendiri telah bercakap dengan Perdana Menteri yang memberi jaminan bahawa rayuan itu akan ditarik balik.

Ibu bapa Rooney telah memeluk agama Islam ketika dia masih kecil.

Walaupun diiktiraf secara rasmi sebagai seorang muslim, Rooney bagaimanapun mengamalkan cara hidup sebagai seorang Kristian.

Hari Kebebasan Media Sedunia: Ranking media Malaysia memalukan, kata Azmin

Posted: 03 May 2016 03:57 AM PDT

MALAYSIA DATELINE


Datuk Seri Mohamed Azmin AliDatuk Seri Mohamed Azmin AliKedudukan Malaysia dalam ranking Index of Press Freedom, di tangga 146 dari 180 negara, amat memalukan kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata demikian sempena sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia 2016 yang diraikan pada 3 Mei setiap tahun.

Mohd Azmin yang jugas menteri besar selangor menjelaskan, rakyat negara ini perlu memperkukuhkan iltizam untuk membangun dunia media yang bebas, demokratik luhur dan bertanggungjawab.

"Ini adalah sebahagian dari perjuangan untuk menyelamatkan Malaysia.

"Kebebasan media merupakan salah satu tunggak terpenting kepada demokrasi. Tanpa media yang bebas, demokrasi akan tempang dan lumpuh.

"Media yang bebas akan melaporkan kebenaran yang berlaku dalam masyarakat, mendedahkan kepura-puraan dan kezaliman penguasa durjana serta menyediakan wahana untuk perdebatan dan percambahan idea.

'Apabila media dibungkam, maklumat yang sahih sukar diperolehi untuk rakyat membuat pendirian dan keputusan yang saksama. Sebaliknya, yang akan berleluasa adalah pembohongan yang disaluti dengan basa-basi dan eufemisme. Fikiran rakyat akan terpasung, jumud dan seterusnya hilang kreativiti," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya lagi, pemerintah otoritarian tiada yang lebih mereka takuti dari kebenaran dan maklumat yang sahih kerana kebenaran dan maklumat tersebut ujarnya, akan membebaskan minda rakyat dan mendedahkan kepada mereka kepincangan dan kedurjanaan pemerintah.

"Maka tidak hairanlah mengapa pemerintah yang tidak demokratik dan mengamalkan dasar kuku besi memusuhi kebebasan media.

"Sejarah membuktikan bahawa perjuangan untuk membangun sebuah demokrasi yang matang dan adil sudah barang tentu melibatkan perjuangan membangun media yang bebas, adil dan bertanggungjawab," ujarnya.

Kebebasan media  diiktiraf di bawah UnescoKebebasan media diiktiraf di bawah UnescoJusteru Azmin berkata, cadangan untuk meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk menyekat blog dan portal berita bercanggahan dengan semangat kebebesan akhbar dan perlu ditentang.

Justeru itu setiap demokrat sejati ujarnya adalah rakan setia kepada wartawan yang berjiwa merdeka dan media yang bebas lagi bertanggungjawab.

"Hari ini (3 Mei) adalah tarikh keramat bagi pengamal media dan aktivis kewartawanan yang cekal berpegang kepada prinsip kebebasan akhbar.

"Laporan terbaharu Wartawan Tanpa Sempadan menyatakan cabaran yang semakin getir dihadapi oleh pejuang-pejuang kebebasan akhbar akibat cengkaman meningkat dari pemerintah dan kepentingan sektor swasta," ujarnya.

Kepincangan urus dana-agihan kerajaan BN, ramai yang berputih mata

Posted: 03 May 2016 03:55 AM PDT

ARIF ATAN


Fauzi SyafeiFauzi SyafeiKepincangan pengurusan dana dan agihan kerana penyelewengan peruntukan kerajaan meliputi hampir segenap bidang dengan ketara dalam hal berkaitan keperluan asas, dakwa aktivis Amanah Sadong Jaya, Fauzi Syafei.

Menurutnya ramai rakyat yang memerlukan kini berputih mata terutamanya membabitkan golongan nelayan.

"Bantuan baja tak sampai. Tangki 1Malaysia pun bukan semua dapat.

Bagi mereka yang mencari rezeki di lautan, pohon lesen nelayan susah tak dapat.

"Apa lagi kalau sudah dicop sebagai kuat pembangkang, lagilah tak diberi lesen sampai satu bot kongsi empat, lima nelayan," ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline di Sadong Jaya hari ini.

Mengakui dasar kerajaan sebahagiannya berpihak kepada rakyat, beliau berkata, berlaku penyelewengan yang jelas di peringkat pelaksanaan.

"Dasar di atas kertas nampak baik tapi bila turun ke bawah, pengurusannya teruk. Kalau projek infrastruktur, bahan binaan tak berkualiti yang diguna," jelasnya.

Selain agihan dana, tambahnya, ketidakadilan juga berlaku dalam hal berkaitan penggunaan bangunan awam termasuk rumah ibadat.

"Sekarang dewan orang ramai dikuasai BN sejak dulu apalagi ketika kempen pilihan raya. Masjid dan surau juga dikuasai konco-konco BN," ujar Fauzi lagi.

Ketika ketirisan agihan dana dan bantuan kerajaan dilihat gagal ditangani secara berkesan, Najib Razak terus menambah peruntukan untuk pembangunan luar bandar di Sarawak sebanyak RM1.5 bilion dalam Bajet 2016, berbanding RM1.1 bilion pada Bajet 2015.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini, calon Amanah di N24 Sadong Jaya, Othman Mustafa bertanding dalam empat penjuru antara BN, Pas dan calon Bebas.

Kawalan di Sungai Golok diperketat - MKN

Posted: 03 May 2016 03:52 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KOTA BAHARU: Kawalan keselamatan di Sungai Golok yang menjadi sempadan Malaysia-Thailand kini dipertingkat berikutan sungai itu menjadi cetek dan dikhuatiri memudahkan pihak tertentu memasuki negara ini secara haram.
 
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan, Azhar Muhamad Yusof berkata, cuaca panas melampau ketika ini menyebabkan ramai penduduk membanjiri sungai itu untuk 'bermain air'.
 
Berikutan itu katanya, pihaknya bimbang pendatang tanpa izin mencerobohi negara melalui jalan sungai.
 
"Pemeriksaan rambang perlu bagi mengenal pasti individu yang berada di tebing Sungai Golok sama ada mereka warga negara kita ataupun warga negara jiran.
 
"Sekiranya mereka adalah warga Thailand atau warga asing, mereka tidak dibenarkan masuk ke negara ini ataupun naik ke tebing sungai," katanya kepada Bernama.
 
Beliau berkata pihaknya juga telah meminta Angkatan Tentera Malaysia dan agensi berkaitan supaya memperketatkan lagi kawalan di kawasan tebing Sungai Golok.-- BERNAMA
 
 

PKR tolak janji kosong Adenan untuk pendidikan

Posted: 03 May 2016 03:51 AM PDT

MALAYSIAKINI




PKR Sarawak menolak janji pilihan raya oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem bagi meningkatkan mutu pendidikan di negeri itu dengan menyatakan masih ramai pelajar luar bandar belajar di "sekolah usang".

Ketua PKR negeri Baru Bian berkata kerajaan BN di Sarawak tidak berbuat sesuatu untuk memperbaiki keadaan walaupun berbilion ringgit dibelanjakan untuk pendidikan.

"Selepas berdekad pemerintahan BN, pelajar luar bandar kita masih diajar di sekolah-sekolah usang, ramai daripada mereka (belajar) tanpa elektrik atau bekalan air.

"Kerajaan tidak dapat menawarkan generasi muda dengan kemudahan asas di sekolah rendah, namun BN tidak malu untuk terus membuat janji yang sama selepas pilihan raya," kata Baru dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memetik laporan Ketua Audit Negara 2014 yang menyatakan bahawa lapan daripada 10 buah sekolah Sarawak berada dalam keadaan rosak dan kanak-kanak sekolah belajar di bangunan yang dipenuhi anai-anai serta sistem kumbahan yang bocor.

Beliau juga menekankan Pelan Pembangunan Pendidikan Kerajaan Persekutuan 2013-2025 yang menyatakan bahawa "pembaikan dan naik taraf akan disiapkan di semua 1,608 sekolah yang mempunyai keperluan kritikal" di negeri ini.

Beliau mendakwa keadaan tidak banyak berubah pada 2016 dengan merujuk kawasannya di Ba 'Kelalan di mana 11 daripada 12 buah sekolah masih dalam keadaan rosak.

"SK Ba'Kelalan, SK Long Luping dan SK Long Sukang masih bergantung kepada generator lama untuk bekalan elektrik dan SK Long Sebangang mengalami kekurangan air.

"Dua bidang tanah di Long Semadoh telah diperolehi secara rasmi pada tahun 2003 untuk membina SK Long Semadoh dan SMK Long Semadoh tetapi sehingga hari ini, tiada tanda-tanda bahawa sekolah-sekolah ini akan dibina," kata Baru.

Beliau berkata pelan tindakan pendidikan menunjukkan Sarawak menjadi negeri kedua terakhir dalam pencapaian peperiksaan UPSR dan SPM pada tahun 2011.

"Di Sarawak, ia bukan sesuatu yang luar biasa apabila kanak-kanak mula sekolah rendah tanpa terlebih dahulu menghadiri prasekolah. Saya dimaklumkan bahawa di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), kurang daripada separuh pelajar dari Sarawak.

"Mengapa tidak ada lebih ramai pelajar tempatan mendapat pendidikan di sana?" soalnya.

Beliau menggesa kerajaan pimpinan BN menubuhkan prasekolah di kawasan luar bandar, membina sekolah berasrama moden dengan kemudahan yang selesa dan membuka lebih banyak kolej latihan vokasional dan kemahiran.

"Generasi muda kita patut mendapat lebih daripada sekolah-sekolah usang sejak sekian lama," katanya.

Beliau berkata jika kerajaan pimpinan BN tidak dapat melakukan tugas dengan baik, beliau berjanji akan melakukan perubahan jika pembangkang diberikan mandat yang lebih besar sekiranya diberi peluang memerintah.


11 Mei pendengaran permohonan Najib saman Harakah, Harakahdaily

Posted: 03 May 2016 03:37 AM PDT

MALAYSIAKINI


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Mei bagi pendengaran permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk penyelesaian saman beliau terhadap Harakah dan Harakahdaily berhubung 1Malaysia Development Berhad dari segi undang-undang tanpa perbicaraan penuh, kata peguam mewakili Najib.
 
Nor Emelia Mohd Iszeham hari ini memberitahu pemberita, tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Hue Siew Kheng di dalam kamar.
 
Beliau telah berjumpa dengan hakim di dalam kamar semasa pengurusan kes.
 
Peguam Wan Rohimi Wan Daud mewakili dua defendan, Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakop dan Ketua Editor Harakahdaily Taufek Yahya. 
 
Najib memfailkan saman pada 18 Mac tahun lepas terhadap Rosli dan Taufek kerana menerbitkan artikel yang didakwa memfitnah mengenai 1MDB yang ditulis oleh Rosli pada 19 Februari tahun lepas.
 
Dalam pernyataan tuntutannya, Najib berkata artikel itu menggambarkan yang beliau telah menyalahgunakan dana 1MDB dan penerbitan artikel itu berniat untuk mencemarkan reputasi beliau.
 
Beliau juga mendakwa bahawa Taufek telah gagal mengamalkan kewartawanan bertanggungjawab dan tidak mengesahkan sama ada isi kandungan artikel ditulis Rosli adalah betul sebelum menerbitkannya.
 
Perdana Menteri berkata kedua-dua defendan sengaja menerbitkan artikel itu dengan agenda peribadi untuk menjejaskan keyakinan rakyat terhadap beliau.
 
 

DAP anggap PKR bukan sedarjat dengannya?

Posted: 03 May 2016 03:32 AM PDT

Oleh Zainal Salleh
Post Pic
 
 
[ULASAN] Entah apa malangnya bagi DAP, jodoh politiknya dengan parti-parti politik yang didominasi oleh ahli-ahli politik Melayu lazimnya tidak bertahan lama. Baik dengan parti Semangat 46 mahupun PAS, ada sahaja yang tidak kena hingga menyebabkan perceraian.
 
Isu mengapa pemimpin-pemimpin Melayu Islam terlalu taksub dengan soal melaksanakan syariat Islam secara komprehensif dan (tetapi) agak 'keberatan' pula untuk merangkul semangat fahaman sekularisme masih sukar difahami DAP.
 
Sebenarnya jika DAP gagal menjiwai apakah ikatannya semangat syariah Islamiah dengan amalan dan fikiran politik orang-orang Melayu-Islam, selagi itulah agak mustahil untuknya menjalin kerjasama dalam apa bidang sekalipun dengan dunia politik Melayu.
 
Justeru, persoalan mengapa sukar sangat politikus Melayu-Islam memahami jiwa perjuangan DAP, kini bolehlah dilihat sebagai satu alasan bagi parti dominasi Cina itu berhujah kepada pengundi bukan Melayu bahawa ia sebenarnya, 'pihak yang teraniaya'. 
 
Pasak persoalannya ialah, bukan sekadar politikus Melayu sukar memahami fahaman sekularisme DAP, tetapi ia juga bersangkut dengan persoalan mengapa payah sangat untuk DAP sendiri mengerti sensitiviti politik Melayu?
 
Sejak percubaan bergabung tenaga dengan parti serpihan Umno, Semangat 46 dan  kemudian PAS dalam Gagasan Rakyat yang berkesudahan dengan fasakh politik, DAP kemudian menunggu lebih sedekad sebelum membentuk gabungan baru. 
 
Usahasama terbaik DAP dengan parti-parti politik dominasi Melayu berlaku apabila mereka menemui pemimpin Melayu yang boleh mereka percayai dalam bentuk Anwar Ibrahim yang tidak banyak mementingkan soal sentimen kaum dan agama tetapi fokus untuk menang.
 
Sejak kembali aktif dalam politik pada 2004, Anwar berjaya memperbetulkan sedikit kompas politik DAP terhadap isu bagaimana menjalin kerjasama politik dengan pemimpin-pemimpin Melayu.
 
Hasil pimpinan Anwar amat lumayan bagi DAP. Impian DAP menafikan Umno dan BN memperolehi majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat supaya tidak boleh meminda dan dan memperkenalkan undang-undang baru tercapai pada pilihanraya umum 2008. 
 
Maka bertambahlah kayakinan DAP bahawa ia boleh menjadi parti yang tidak perlu dicurigai atau dibenci oleh orang Melayu. Tanpa menoleh ke belakang DAP bersetuju membentuk struktur kerjasama politik lebih teratur dalam bentuk Pakatan Rakyat pada 2008.
 
Rasa bermusuhan dengan PAS yang dianggapnya ekstrim pegangan agamanya sebelum ini pun luruh dari congakan politiknya. DAP yakin bersama Anwar, kekhuatirannya terhadap hukum hudud PAS tidak akan menjadi penghalang bagi pembinaan pakatan baru itu.
 
Namun tidak sampai lapan tahun dalam "kedamaian alunan utopia politik" itu DAP terpaksa berhadapan dengan realiti -- ia masih ada masalah dengan parti-parti politik pimpinan politikus Melayu – tanpa Anwar Ibrahim.
 
Mula-mula dengan PAS. DAP berasa bahawa PAS tidak menepati janji. DAP juga menganggap PAS rupanya lebih senang hidup bersama parti Melayu-Islam lain seperti Umno. Rasa cemburunya terhadap PAS menerpa lagi. 
 
DAP pun menjarakkan diri dari PAS. Cara paling "membunuh" ialah menyerang wibawa presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang dituduh tidak menepati janji dan mahu 'meloloskan diri' dari ikatan perjuangan Pakatan Rakyat. 
 
Dipasung pula dengan 'dendam kesumat' pemimpin-pemimpin liberal PAS yang juga mula mahu mengenepikan Hadi dari pucuk pimpinan PAS, DAP memutuskan hubungan dengan PAS secara tuntas. 
 
Bagaimanapun masalah DAP dengan watak-watak pemimpin Melayu-Islam tidak berhenti setakat menolak PAS dan pemimpinnya. Isu itu menerpa lagi dalam hubungannya dengan sebuah lagi parti politik pimpinan Melayu iaitu PKR.
 
Rupa-rupanya bagi DAP, PKR juga mempunyai tabiat politik yang sama dengan pemimpin politik Melayu lain. Ini menghasung semula rasa curiga DAP pada pemikiran dan prejudis caragaya politik Melayu.
 
Mungkin yang agak menghiburkan DAP sedikit ialah rakan politik Melayu yang baru dikenalinya iaitu Parti Amanah Negara (PAN). Ternyata PAN mempunyai pandangan dan bacaan politik yang boleh 'menusuk dalam arena politik Melayu'.
 
PAN menafsirkan apa yang berlaku dalam gelanggang politik Melayu sekarang dirancang oleh Umno! Menurut intepretasi PAN, Umno menggunakan strategi dua fasa setelah menganalisis kekuatan Pakatan Rakyat.
 
Teori PAN ialah, pusar kekuatan pakatan adalah Anwar Ibrahim yang mengikat rasa kebersamaan di antara PKR, PAS dan DAP. Sebab itu dikatakan Anwar perlu disingkir dari arena politik tanah air dan dipenjarakan. 
 
PAN juga berpandangan bahawa Umno mulai 'meracuni' pemikiran politik pemimpin-pemimpin PAS dengan tujuan memecahbelahkan mereka dengan menggunakan peluru sentimen ulama dan profesional.
 
Racun politik ditabur sejak PAS mula terbabit dalam Pakatan Rakyat. Matlamat utama ialah melagakan golongan ulama dan profesional dalam PAS. Racun itu mengambil masa lebih lima tahun untuk menyakiti perpaduan dalam PAS.
 
Akhirnya meletuslah pertembungan ulama dan penyokong profesional dalam parti itu hingga ramai yang meninggalkan PAS untuk membentuk PAN. Begitu teliti perancangan Umno bagi PAN.
 
Apabila Anwar dipenjara, budaya musyuwarah di antara DAP, PAS dan PKR mula mati dan terkuburlah Pakatan Rakyat. PAS tersingkir dari Pakatan Rakyat dan PAN pula menjadi kerabat baru dalam gerakan yang diberi nama Pakatan Harapan.
 
Namun virus curiga kaum dan agama merasuk PKR pula. Versi sejarah PAN ini menguja DAP lebih cepat mencurigai PKR. Ini memuncak dalam Pilihanraya Negeri Sarawak apabila PKR berebut dengan DAP untuk meletakkan calon di lebih banyak kerusi DUN.
 
Demikian satu versi jalur pemikiran DAP mengapa jodohnya dengan parti-parti Melayu tidak panjang. Agak jelas juga pemangkinnya ialah 'bisikan politik' yang memberi gambaran dan harapan kepada DAP bahawa ia bukan punca perceraian politik sebelum ini. 
 
Bisikan ini tentunya datang daripada entiti politik Melayu yang ingin meramahi dan memenangi kepercayaan DAP. Umum tentu tidak sukar membaca pihak mana membentuk pendirian politik ini.
 
Mungkin ini semua yang menyebabkan DAP berasa ia mempunyai "kelebihan" atau darjat politik yang lebih tinggi. Mungkin faktor ini yang mendorong DAP berfikir bahawa dalam persaingan barunya dengan PKR, 'ia akan tetap berada di atas'. 
 
Keputusan PRN Sarawak akan diketahui tidak sampai seminggu lagi. Jika DAP dan PKR mencatat prestasi baik tidak mustahil bak carik-carik politik, kedua parti mungkin masih boleh "dicantum" lagi. 
 
Namun sebaliknya jika DAP mengulangi atau memperbaiki rekod PRN Sarawak 2011 (tanding 15 dan menang 12 kerusi) dan PKR gagal memperbaiki catatan bertanding 40 tapi menang tiga kerusi, DAP tentu tidak akan 'memberi muka' kepada PKR dalam sebarang perbincangan melanjutkan kerjasama mereka. 
 
Keputusan sedemikian adalah dalil bagi DAP bahawa PKR 'tidak sekufu' dengannya di persada politik. DAP pula sudah ada sekutu baru yang sanggup mengambil alih fungsi PAS dan PKR mengabsahkan ketulusan perjuangannya untuk rakyat, termasuk  Melayu.
 
Tiada kekesalan dan kerisauan bagi DAP jika keadaan itu berlaku kerana kali ini ia akan menjadi peneraju sistem dua parti dan bukan PKR atau PAS. Kedua-dua bekas sekutunya  sudah gagal ujian kredibiliti dan integriti kerana tidak tahu menghormati janji.
 
Bagaimanapun jika keputusan sebaliknya berlaku, DAP akan beranggapan PKR tidak pula wajar memimpin pembangkang kerana tanpa DAP, PKR adalah kuasa penentang Umno-BN yang kerdil  kerana mempunyai hanya 30 kerusi di parlimen.
 
 

[KEMASKINI] Pengundian awal pilihan raya Sarawak selesai 5 petang

Posted: 03 May 2016 03:30 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUCHING:  Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN11) selesai jam 5 petang ini.
 
Kertas undi bagi pengundi awal hanya akan dikira mulai jam 4 petang pada hari pengundian biasa (7 Mei) yang dilaksanakan secara berkelompok di tempat pengiraan undi yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
 
 
Bilangan keluar mengundi untuk pengundian awal Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN11) direkodkan setakat jam 3 petang tadi adalah 69 peratus, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
 
Dalam satu kenyataan ringkas, SPR turut memaklumkan 33 Pusat Mengundi Awal sudah pun ditutup tepat jam 2 petang tadi. Sebanyak 46 Pusat Mengundi Awal yang lain masih dibuka sehingga jam 5 petang ini. 
 
Peratusan keluar mengundi untuk pengundian awal Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN-11) direkodkan setakat jam 12 tengah hari adalah 49 peratus, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
 
 
Sebanyak 31 peratus daripada 24,604 pengundi awal berdaftar bagi Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) Sarawak sudah membuang undi setakat 11 pagi tadi.
 
Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah berkata, proses pengundian di 79 pusat pengundian di seluruh negeri ini juga berjalan lancar.
 
 
"Cuaca amat elok pada hari ini, manakala semangat pengundi juga dilihat tinggi apabila pengundi terdiri daripada anggota pasukan keselamatan seperti tentera bersama pasangan sanggup membawa anak-anak kecil untuk datang menunaikan tanggungjawab di pusat pengundian.
 
"Antaranya, ada pasangan yang membawa bayi baru berusia seminggu untuk datang mengundi," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan ke pusat pengundian awal di Dewan Bukavu, Kem Penrissen di sini hari ini. 
 
 
 

Lubang dalam 'telan' kereta di PJ, mangsa selamat

Posted: 03 May 2016 03:27 AM PDT

MALAYSIAKINI



Sebuah kemalangan yang jarang-jarang berlaku terjadi dekat simpang di Jalan Universiti, Petaling Jaya.

Ia menyaksikan sebuah kereta jatuh ke dalam lubang sedalam kira-kira 60 kaki dalam di kawasan pembinaan di kawasan itu.

Dua lelaki warga emas dilapor terperangkap dalam lubang yang berair itu, tetapi dapat diselamatkan, lapor Oriental Daily.

Menurut klip video yang dimuat naik ke Internet, pasukan bomba dan penyelamat bergegas ke tempat kejadian yang berjaya menyelamatkan mangsa.

Kereta itu juga ditarik keluar menggunakan kabel. Bahagian depannya remuk teruk.


Lim hantar e-mel pada PM, ajak debat isu 1MDB

Posted: 03 May 2016 03:25 AM PDT

MALAYSIAKINI




Lim Kit Siang berkata beliau telah menghantar e-mel kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menghadiri mesyuarat kabinet yang dijadual diadakan di Kuching esok.

Mendedahkan demikian dalam satu kenyataan media, pemimpin veteran DAP itu berkata beliau mahu mengemukakan sebab mengapa kabinet mesti mengambil pendirian mengenai isu 1MDB.

Selain itu, ahli parlimen Gelang Patah itu juga mencabar perdana menteri mengambil bahagian dalam satu siri debat mengenai perkara itu.

Jika dibenarkan menghadiri mesyuarat kabinet, Lim berkata, beliau akan memberi taklimat mengenai maklum balas orang ramai yang telah diterima daripada 121 kawasan parlimen yang beliau lawati sejak digantung enam bulan dari parlimen.

"Saya bersedia turun ke Kuching untuk hadir di hadapan kabinet esok kerana kepentingan kritikal skandal 1MDB, bukan sahaja untuk pembangunan ekonomi Malaysia tetapi juga untuk Sarawak," katanya.

Pemimpin DAP itu berkata jika berlaku senario buruk, bukan Najib atau 1MDB akan menanggung akibatnya, tetapi rakyat Malaysia dan generasi akan datang akan turut menerima kesan.

Bagi memperdebatkan isu 1MDB, Lim mencadangkan ia diadakan bermula esok di Kuching, diikuti Sibu pada hari Khamis dan Miri pada keesokannya.

"Wakil-wakil DAP akan berhubung dengan pejabat perdana menteri untuk debat terhebat 1MDB di Sarawak.

"Perdana menteri sendiri adalah calon terbaik untuk tampil dalam tiga debat berkenaan supaya pengundi Sarawak boleh memahami sepenuhnya selok-belok; asal, sebab, perkembangan dan penyelesaian skandal kewangan global pertama Malaysia.

"Bagaimanapun, Najib mempunyai kebebasan melantik mana-mana calon untuk debat itu," tambah beliau.

Mukhriz: Mengapa perlu tunggu 13 tahun?

Posted: 03 May 2016 03:24 AM PDT

MALAYSIAKINI




Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata bapanya tidak perlu menunggu sehingga 13 tahun selepas bersara untuk membantu menaikkan kerjaya politik, sebaliknya boleh dilakukan lebih awal.

Kata Mukhriz, jika Tun Dr Mahathir mahu meletakkannya di tempat lebih tinggi atau membantu kerjaya politiknya, ia lebih berkesan dibuat ketika bapanya itu masih berkhidmat sebagai perdana menteri.

"Tuduhan liar Tengku Sarifuddin bahawa inilah niat sebenar Mahathir juga tidak masuk akal kerana jika ia benar, tentu sekali Mahathir boleh terus melantik saya atau membantu dalam karier politik saya sewaktu beliau masih presiden Umno dan perdana menteri selama 22 tahun," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kenyataan Mukhriz itu dibuat sebagai reaksinya kepada dakwaan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad sebelum ini.

Dalam kenyataannya Tengku Sarifuddin didakwa menuruh Mukhriz berkomplot bersama Mahathir serta bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjatuhkan kerajaan.

Jadi presiden tak mudah

Mukhriz mendakwa tidak pernah berlaku sebarang konspirasi antara mana-mana pihak dengannya untuk menjatuhkan Najib bagi menaikkan Muhyiddin sebagai perdana menteri, sebelum bekas timbalan perdana menteri itu membimbingnya pula sebagai pengganti.

Hari ini Mukhriz turut mengemukakan saman ke atas Tengku Sarifuddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mukhriz memetik kenyataan media dibuat Tengku Sharifuddin antara 15 hingga 26 April lalu yang didakwa cuba menggambarkan dirinya sebagai seorang gila kuasa, tidak bermoral atau berprinsip.

Kata Mukhriz Tengku Sarifuddin membuat dakwaan tidak berasas apabila menuduhnya bertanding jawatan naib presiden Umno sebelum ini adalah untuk memenuhi cita-citanya menjadi presiden Umno dan perdana menteri.

"Semua orang tahu ada tiga naib presiden dan jawatan timbalan dan presiden (Umno) dilantik. Ini menunjukkan proses menjadi naib presiden hingga presiden tidak mudah atau berlaku secara automatik," katanya.

Dakwaan cuba alih perhatian

Bekas menteri besar Kedah itu turut menolak kenyataan Tengku Sarifuddin bahawa dengan menduduki jawatan presiden seseorang akan terjamin dilantik menjadi perdana menteri.

Ia, kata Mukhriz menunjukkan pengetahuan setiausaha akhbar (Datuk Seri) Najib (Razak) terhadap perlembagaan persekutuan cetek.

"Hanya anggota parlimen yang menikmati sokongan terbanyak dalam Dewan Rakyat yang boleh diangkat sebagai perdana menteri.

"Tiada jaminan bahawa jawatan itu bersifat eksklusif kepada presiden Umno sahaja walaupun sehingga kini memang keenam-enam perdana menteri adalah juga presiden Umno," katanya.

Beliau juga menafikan sebarang tindakan politik saya, termasuk menawarkan diri (menjadi calon) dalam pemilihan Umno bertujuan menjadi presiden Umno dan perdana menteri.

Mukhriz turut mendakwa Tengku Sarifuddin cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada isu 1MDB dan SRC International.

Katanya, rakyat tidak boleh diperdaya dengan cara itu dan berikrar tidak akan membiarkan tindakan "taktik kotor" itu menggagalkan usahanya.

Mukhriz turut percaya melalui Deklarasi Rakyat, orang ramai akan menjadi lebih berani untuk "menyelamatkan Malaysia".

"Saya bersama dengan rakyat meminta Najib meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri.

Kadir: Ada wartawan lebih minat ‘lapor’ sarapan mereka

Posted: 03 May 2016 03:18 AM PDT

Terence Tang




Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin merasmikan forum Kebebasan Akhbar Sedunia hari ini di Universiti Selangor (Unisel) dengan mendedahkan bahawa beberapa editor terkenal, bekas editor dan wartawan di negara ini lebih berminat untuk 'melaporkan' kepada dunia tentang apa yang berlaku dalam kehidupan peribadi mereka dan bukannya berita sebenar.

"Saya telah melihat beberapa editor terkenal di negara ini, bekas editor yang berkuasa dan bekas wartawan yang memuat-naik apa yang mereka makan untuk sarapan, jenis motosikal mereka, kereta yang dipandu dan di mana mereka berada di dunia ini," kata bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press itu dalam ucapannya.

"Apa kebebasan akhbar dan akses kepada maklumat yang kita perkatakan sedangkan ada wartawan menulis apa yang mereka makan untuk sarapan pagi?" soal Kadir merujuk kepada tema forum itu "Akses kepada maklumat dan kebebasan asasi. Ini adalah hak anda! ".

Walaupun beberapa wartawan kanan lebih khusyuk melaporkan hal-hal peribadi mereka, Kadir percaya masih ramai pembaca yang amat dahagakan lebih banyak berita yang signifikan.

"Saya fikir ramai orang di sekeliling kita dahagakan 'maklumat sebenar' dan mereka masih mahu tahu apaorang lama seperti saya fikirkan. Sebab itu saya terus menulis di blog," kata Kadir.

Selain Kadir, turut hadir adalah Editor Bersekutu The Straits Times, Singapura, Ravi Velloor; Editor Bersekutu The Malay Mail, Balan Moses; Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran; wartawan bebas Bob Teoh serta ahli akademik Profesor Mohd Nor Nawawi, Profesor Azmuddin Ibrahim dan Profesor Zaharom Nain.

Najib jamin gugurkan kes murtad rakyat S'wak, kata Adenan

Posted: 02 May 2016 05:26 PM PDT

MALAYSIAKINI




Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini mengumumkan telah mendapat jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan kes murtad terhadap rakyat Sarawak, Rooney Rebit yang berketurunan Bidayuh.

Adenan merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang membenarkan Rooney keluar daripada agama Islam dan mengarahkan jabatan itu mempamerkan dalam kad pengenalannya.

"Saya telah bercakap dengan perdana menteri hari ini mengenai perkara itu, yang memberi saya jaminan bahawa rayuan oleh JPN akan ditarik balik," kata Adenan dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, kolumnis Stephen Ng dalam komennya di Malaysiakini mengkritik Adenan dan mempersoalkan sama ada penganut Kristian akan mengundi ketua menteri itu dengan 'hati yang tulus', dengan memetik kes Rooney yang tidak dapat diselesaikan.

Adenan dalam kenyataan itu memohon maaf atas kelewatan mengumumkan resolusi kes itu.

"Saya mesti memohon maaf atas kelewatan kerana saya hanya mendapat tahu mengenai perkara itu hari ini," katanya.

Pada 24 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Kuching dalam semakan kehakiman memutuskan Rooney mempunyai hak perlembagaan untuk memilih agamanya.

Ia mengarahkan JPN menukar nama pemohon di kad pengenalan yang menyatakan "Azmi Mohamad Azam" kepada "Rooney Rebik" dan mengakui agamanya sebagai agama Kristian.

JPN menegaskan bahawa Azmi memerlukan surat pelepasan daripada Mahkamah Syariah untuk menukar agamanya tetapi Mahkamah Tinggi di Kuching tidak bersetuju.

Ibu bapa Rooney telah memeluk agama Islam ketika dia masih kecil.

Walaupun diiktiraf secara rasmi sebagai seorang muslim, Rooney bagaimanapun mengamalkan cara hidup sebagai seorang Kristian.

Pada 22 April, JPN memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.


Pakar ramal M'sia akan kerap alami El Nino

Posted: 02 May 2016 05:16 PM PDT

MALAYSIAKINI




Malaysia bakal mengalami fenomena El Nino lebih kerap iaitu dua tahun sekali dalam tempoh beberapa tahun akan datang berikutan faktor pemanasan global yang semakin serius.

Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam Universiti Malaysia Pahang (UMP) Dr Nurul Nadrah Aqilah Tukimat keadaan itu berlaku berikutan peningkatan suhu dunia yang semakin drastik, antaranya disebabkan oleh peningkatan gas karbon dioksida ke udara.

"Jika kita lihat pada 1980 sehingga 1988, fenomena ini berlaku empat tahun sekali. Tetapi dalam tempoh 1998 hingga 2015, keadaan ini boleh dikatakan berlaku lebih kerap iaitu tiga tahun sekali tidak kiralah dalam keadaan lemah, sederhana, mahu pun kuat.

"Contohnya pada 2012, kita lihat pembentukan fenomena ini telah ada walaupun ia tidak sampai ke Malaysia, dan pada 2014 ia berada dalam keadaan lemah dan kemudiannya menjadi kuat tahun ini, menyebabkan kita mengalami cuaca panas yang melampau.

"Berdasarkan pola itu, jelas kita lihat pembentukan El Nino dua tahun sekali semakin hampir berlaku," katanya kepada Bernama.

Nurul Nadrah Aqilah berkata fenomena El Nino atau 'the boy' pada masa kini berkait rapat dengan pemanasan global akibat pelbagai faktor seperti pembangunan, pembebasan gas karbon dioksida oleh peningkatan penggunaan kenderaan selain kesan rumah hijau.

"Jika kita lihat suhu global pada Disember tahun lepas, ia mencatatkan kenaikan paling drastik dalam tempoh 120 tahun iaitu satu darjah celcius berbanding hanya 0.2 darjah celcius hingga 0.6 darjah celcius sebelum ini.

"Malah pada Februari lepas, Global Average Temperature (GAT) yang dikeluarkan oleh sebuah badan mengkaji cuaca di Amerika Syarikat iaitu National Oceanic and Atmmospheric Administration (NOAA) turut merekodkan peningkatan suhu dunia +1.2 darjah celcius.

"Sebab itu, Monsun Timur Laut yang sepatutnya membawa kuantiti hujan yang banyak ke negara ini pada Disember dan Januari lepas, menjadi lemah akibat pembentukan El Nino," katanya.

Selain itu, katanya, kajian yang dijalankan oleh GAT juga mendapati suhu normal negara pada akhir abad 21 nanti dijangka boleh mencecah di antara 35 darjah celcius hingga 38 darjah celcius yang menyamai suhu Malaysia ketika mengalami El Nino ketika ini.

Mengikut kelazimannya, katanya fenomena El Nino sebelum ini berlaku empat hingga tujuh tahun sekali dan ia terjadi apabila arus laut panas menggantikan arus laut sejuk di luar pantai barat Peru, Amerika Selatan.

Nurul Nadrah Aqilah berkata penduduk di kawasan bandar terutamanya amat terasa dengan bahang El Nino kerana tiupan angin yang terhalang dengan ketidakaturan binaan bangunan selain ketiadaan pokok dan kawasan hijau yang dapat menyerap haba panas.

"Mungkin banyak pihak tertanya-tanya mengapa negara terpaksa berhadapan dengan cuaca panas yang melampau sedangkan Malaysia adalah negara yang terletak di garisan Khaltulistiwa yang sepatutnya mengalami panas dan lembab sepanjang tahun.

"Secara normalnya, negara-negara ASEAN adalah kawasan bertekanan rendah berbanding Amerika.
Namun disebabkan El Nino ini, keadaan telah berubah menyebabkan angin sejuk dari kawasan Papua New Guinea telah pergi ke Amerika dan angin panas pula ke kawasan ASEAN menyebabkan kita mengalami cuaca panas.

"Keadaan inilah menyebabkan kita mengalami impak kekurangan hujan mengakibatkan masalah kekurangan bekalan air seperti yang dialami negeri-negeri di utara Malaysia," jelas beliau.

Mengenai masalah bekalan air, beliau mencadangkan pihak berkenaan memperkemaskan lagi sistem pengurusan air termasuk dengan membina empangan sekunder bagi menampung lebihan air semasa musim tengkujuh.

Beliau berkata kebiasaannya, air yang berlebihan yang tidak dapat ditampung oleh empangan semasa keadaan hujan lebat berterusan, hanya dilepaskan ke sungai-sungai sedangkan ia sewajarnya disimpan di empangan sekunder untuk menampung keperluan semasa musim kemarau.

Dalam masa yang sama, katanya kerajaan perlu mempertimbangkan penggunaan 'evaloc' yang telah digunakan secara meluas di India untuk mengurangkan kadar pengewapan yang tinggi di empangan-empangan di negara ini.- Bernama


Empangan Timah Tasoh susut dua kali ganda sehari

Posted: 02 May 2016 05:13 PM PDT

MALAYSIAKINI





Paras air di Empangan Timah Tasoh di Padang Besar merekodkan penurunan sebanyak dua kali ganda iaitu pada kadar 0.04 meter setiap hari sejak dua hari lepas.

Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis, Mohamad Nor Hafiz Noor Azmi berkata selain cuaca panas dan kering akibat El Nino, penyusutan itu juga kerana kadar penggunaan air yang bertambah setiap hari semasa cuti hujung minggu dan cuti umum sempena Hari Pekerja.

"Penyusutan ketara ini juga mungkin kerana kehadiran ramai pelancong ke negeri ini terutamanya di kawasan Padang Besar," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Paras air di Empangan Timah Tasoh menyusut 0.04 meter kepada 25.96 meter semalam berbanding 26.10 yang dicatatkan kelmarin.

Kadar itu adalah di luar daripada kebiasaan kerana sebelum ini paras air susut sekitar 0.01 atau 0.02 meter sahaja setiap hari, katanya sambil meminta orang ramai terus berjimat ketika menggunakan air.

Mohamad Nor Hafiz berkata bekalan di empangan itu masih boleh bertahan bagi tempoh sebulan iaitu sehingga akhir Jun jika kemarau masih berlanjutan.

Pengarah Jabatan Meteorologi (MET) Perlis, Muhammad Khalil Ab Aziz ketika dihubungi berkata suhu semasa di negeri ini setakat 3 petang semalam mencatatkan 37.3 darjah celcius berbanding 33.5 darjah celcius kelmarin.- Bernama


Calon BN Pujut, Hii bagai seorang khalifah - ustaz PBB

Posted: 02 May 2016 05:11 PM PDT

MALAYSIAKINI





Seorang ustaz, dalam suatu majlis kempen pilihanraya negeri PBB, membacakan doa untuk kemenangan calon BN bagi kerusi dewan undangan negeri (DUN) Pujut, Hii King Chiong sambil menggelarkan Hii sebagai seorang 'khalifah'.

"Hii King Chiong adalah seperti khalifah kpd kami. Berikanlah dia kemenangan, ya Allah," kata ustaz itu dengan Hii berdiam diri sebagai tanda hormat ketika doa tersebut dibacakan.

Timbalan Presiden PBB, Datuk Abang Johari Abang Openg yang berada pada majlis itu turut mengaminkan doa tersebut.

Semalam, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berkata, Barisan Nasional (BN) boleh memenangi ketiga-tiga kerusi bandar didominasi masyarakat Cina di kawasan Miri termasuk Pujut jika semua Bumiputera mengundi parti pemerintah.

"Jangan pecahkan undi Bumiputera. Jika semua Bumiputera sokong BN, kita akan menang di Piasau, Pujut dan Senadin.

"Ini perkiraan saya," ujar Adenan lagi.

Adenan menambah, undi masyarakat Melayu yang bersatu mampu memastikan kemenangan BN walaupun undi masyarakat Cina terpecah.

Sementara itu, Sin Chew Daily turut melaporkan Hii telah melawat kuil Sikh semalam untuk mendapatkan restu kemenangannya.

Jawatankuasa kuil tersebut dilaporkan berkata, mereka harap Hii akan menang dan membawa kemajuan kepada Pujut.

Di Pujut, Hii yang merupakan calon langsung BN sedang berdepan pertarungan dengan DAP, PAS dan bebas.

68 peratus pengundi di kerusi DUN itu ialah masyarakat Cina dan selebih 32 peratus adalah Bumiputera.

Comments (0)