Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:22 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Pas tidak akan hilang arah

Posted: 29 May 2016 08:09 AM PDT




MSTAR ONLINE
 

PAS berdepan pelbagai cabaran sejak pemilihan muktamar lalu yang menyaksikan berlakunya 'pembersihan' dalam parti itu, di mana Pas kini sinonim dengan golongan ulama, sehingga ada yang melabel Pas terbelakang kerana diterajui ulama.

Selepas tidak lagi bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, Pas dilihat bersendirian sebelum memeterai kerjasama dengan Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), 16 Mac lalu, mewujudkan pakatan blok ketiga. Timbul desas-desus parti Islam itu tidak lagi relevan dengan politik semasa selain lebih banyak mengambil pendekatan 'selamat' apabila tidak menunjukkan permusuhan dengan musuh politik tradisinya, BN.

Ini menyebabkan Pas dicemuh cuba menjalin hubungan dengan Umno sehingga ramai keliru dengan pendirian Pas. Namun Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurrazi bertegas, Pas tidak hilang arah walaupun mengalami perubahan dari semasa ke semasa.

ROSLINDA HASHIM mengupas intipati Pas Kedah berdepan agenda Muktamar Tahunan Pas ke-62 yang diadakan 1-3 Jun, di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), Kota Bharu.

Adakah muktamar merupakan medan melahirkan idea dan pandangan atau sekadar menerima bulat-bulat amanat disampaikan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang?

Muktamar Pas Pusat adalah medan untuk perwakilan mewakili kawasan masing-masing memberikan pandangan dan isu yang dirasakan perlu dibawa ke peringkat tertinggi. Ini termasuk buah fikiran yang mampu mengukuhkan kedudukan parti di semua peringkat. Perwakilan bermesyuarat mengikut skop ditentukan dalam perlembagaan Pas. Kita bukan terima bulat-bulat, disebabkan itu ada sesi membahas ucapan dasar Presiden, di mana setiap negeri menghantar wakilnya, Pas Kedah diketuai Timbalan Pesuruhjaya Pas II, Datuk Najmi Ahmad.

Apakah usul dibawa Pas Kedah ke muktamar kali ini?

Pas Kedah tidak menapis sebarang usul dibawa Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama yang diputuskan dalam muktamar masing-masing. Malah usul yang diluluskan pun saya tidak tahu, kerana mereka berhak kemukakan usul yang difikirkan penting dan menjadi keutamaan. Sayap parti ini diberi keistimewaan bawa usul secara langsung, Pas negeri tiada hak semak atau tapis, tidak boleh kacau daun! Inilah kelebihan Pas amalkan suara demokrasi dalam parti tanpa sekatan, yang termaktub dalam perlembagaan. Usul yang dikumpulkan dilihat jawatankuasa tapisan usul sama ada diterima atau ditolak untuk dibahas.
Walaupun muktamar kali ini lebih tenang berikutan tiada pemilihan jawatan, apa harapan Pas Kedah terhadap muktamar ini?

Gunakan kesempatan ini untuk mendengar amanat Presiden berhubung langkah-langkah politik dan perkara yang menyentuh asas perjuangan dan sumber rujukan, kerana intipati inilah yang sering diulang beliau. Muktamar juga adalah landasan untuk perwakilan dan pemerhati melunaskan persoalan. Saya percaya muktamar ini juga dijadikan medan untuk kupas pendekatan baharu yang akan diperjelas secara terperinci oleh Presiden, huraian ilmiah berhubung 'budaya politik matang sejahtera' termasuk pakatan blok ketiga. Perlu diingat perwakilan kali ini adalah petugas PRU14, yang akan laksana tanggung jawab mengukuhkan jentera dan ukhuwah.

Apa dimaksudkan dengan 'budaya politik matang sejahtera'?
Konsep dibawa Pas pusat ini dijangka menjadi intipati ucapan Presiden untuk dibahaskan. Pimpinan Pusat telah turun ke negeri-negeri untuk huraian kaedah ini. Pas kini menjadi peneraju dalam perubahan paradigma politik melalui pendekatan politik matang dan sejahtera berasaskan syarak dengan berpandukan al-Quran, as-Sunnah, ijmak ulama dan qiyas. Politik Islam dibawa Pas berteraskan ketakwaan dan berbeza dengan politik perkauman yang diamalkan di Malaysia selama ini, di mana dipenuhi emosi, pembohongan, permusuhan, fitnah, retorik dan persepsi. Ini antara transformasi Pas mendepani cabaran, perjuangan dan persekitaran politik masa kini.

Pas kini dikatakan 'bersih' daripada golongan progresif yang mahukan modifikasi dalam tatacara perjuangan Pas pada pemilihan lalu. Muktamar ini, Pas dibarisi kumpulan konservatif atau ulama yang menjadi tunjang sejak sekian lama, kumpulan progresif pula sudah meninggalkan Pas, adakah ini menjadikan Pas terbelakang?
Sengaja ditimbulkan persepsi sebegitu, seolah Pas sudah tiada apa-apa, sedangkan Pas sentiasa progresif ke hadapan. Pas sentiasa berfikiran ke hadapan, sebab itulah kita adakan alternatif baharu antaranya budaya politik matang sejahtera. Ada yang cakap keluar semua (progresif) habis lah Pas! Itu hipotesis palsu! Siapa sahaja yang keluar masuk, Pas tetap relevan dengan politik semasa. Semua pihak berikan pandangan, fokus perkara yang perlu ditegah, bangkang isu tidak relevan, inilah pemikiran politik yang kita bawa, jika ada pihak hanya lihat satu sudut sahaja, mereka itulah berfikiran sempit. Parti politik sepatutnya menjadi fasilitator kepada rakyat, berikan pendidikan politik dan sebolehnya tidak meletakkan arah pendidikan hanya dua blok, sebaliknya membantu percambahan minda rakyat. Biar rakyat putuskan pilihan mereka. Jika kita masih lagi lihat kuasa melebihi pendidikan, sampai bila pun rakyat tiada kesedaran. Ahli politik harus ada usaha mendidik rakyat.

Pas didakwa mahu bersendirian sebagai pembangkang, setelah tidak lagi bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat. Seterusnya membentuk pakatan blok ketiga bersama Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), 16 Mac lalu. Mampukah Pas bersendirian?
Ini satu lagi persepsi yang sengaja ditimbulkan seolah Pas bersendirian. Kita ambil pendekatan tubuhkan blok ketiga untuk beri peluang kepada parti yang boleh terima pendekatan Pas. Berpisahnya Pas dengan DAP kerana konsep awal 'bersetuju untuk tidak bersetuju', dari situ bermulanya bibit perpecahan kerana mereka tidak boleh terima konsep itu, menyebabkan Pas dilihat sebegitu. Namun hubungan dengan PKR masih terjalin, cuma kurang pasti pendirian mereka. Ikatan rakan kerjasama pertama bawah blok ketiga, saya yakin tahun akan datang akan ada kekuatan lain sertai kami.

Pelbagai perubahan berlaku dalam Pas, adakah Pas masih tercari-cari arah menjelang PRU14?
Perubahan antara pendidikan politik kepada rakyat, Pas sentiasa turun padang memperjelas isu dan kukuhkan jentera di akar umbi. Kita tidak bergantung pada arah angin. Kita jumpa akar umbi demi kelangsungan Pas. Ingin ditegaskan, Pas tidak hilang arah walau tidak lagi bergandingan dengan DAP/PKR. Kami ada kekuatan sendiri untuk bergerak seiring perubahan zaman/politik. Ada perkara boleh berubah, ada statik. Pendekatan kita ikut suasana semasa dan penerimaan rakyat. Kebijaksanaan pimpinan perlu ada untuk yakinkan rakyat bahawa Pas bukan parti sempit, sebaliknya berfikiran luas.

Apakah nasib Jho Low ada kaitan nyawa politik Najib?

Posted: 29 May 2016 07:54 AM PDT



 
Oleh TUAN IBRAHIM TUAN MAN


Kontroversi menyelubungi pemilikan Good Star Ltd telah menimbulkan banyak tanda tanya, sebagaimana banyaknya persoalan yang tertimbul daripada keengganan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyaman Wall Street Journal (WSJ) yang dikatakan memfitnahnya.

Pengumuman PM bahawa Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Muhammad Ibrahim telah membuat laporan polis terhadap WSJ berkaitan dokumen bocor yang didakwa di bawah OSA dari BNM kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai pemilikan Good Star Ltd oleh Jho Taek Low (Jho Low) telah menimbulkan persepsi betapa seriusnya kerajaan dalam menjaga kesulitan maklumat mengenai Good Star Ltd.

Persoalannya mengapa?

Walaupun kerajaan menegaskan bahawa Good Star Ltd, yang kini sudah dibubar, adalah milik bekas rakan perniagaan 1MDB, iaitu PetroSaudi, namun bukankah pelik kalau kerajaan tidak mahu mengetahui lebih lanjut berkenaan siapa sebenarnya di sebalik Good Star Ltd berikutan adanya informasi baru?

Bukankah pendedahan mengenai siapa di belakang Good Star Ltd akan membantu menjernihkan sedikit sebanyak mengenai dana 1MDB yang hilang, terutamanya hubungan dan urus niaga 1MDB bersama PetroSaudi yang melibatkan dana sebanyak US1.83 bilion, di mana US1.03 bilion daripada jumlah itu telah disalurkan kepada Good Star Ltd?

Sehingga hari ini, rakyat masih tertanya-tanya apakah peranan Jho Low sebenarnya dalam skandal kewangan 1MDB?

Dengan penyiasatan yang dijalankan di merata dunia, apakah akan terdedah hubungan Jho Low dengan 1MDB dan juga PM juga akan terbongkar satu hari nanti? Apakah nasib Jho Low ada kaitan dengan dengan nasib politik PM?

Bukan itu sahaja, rakyat juga tertanya-tanya di manakah suara PM apabila mengetahui Singapura melalui bank sentral telah memerintahkan penutupan unit bank swasta Swiss BSI yang digunakan 1MDB untuk menyimpan aset-aset dalam bentuk 'unit' yang melibatkan pelaburan 1MDB di Kepulauan Cayman bernilai hampir USD0.94 bilion?

Sebagai PM dan juga Menteri Kewangan, bukankah wajar Najib mengambil berat terhadap kehilangan USD0.94 bilion ini sebagaimana beliau kelihatan mengambil berat mengenai kebocoran dokumen mengenai Good Star Ltd?

Apakah kerana 1MDB telah membayar denda yang dikenakan oleh BNM atas kegagalan menghantar balik wang yang dikirim ke luar negara berikutan pembatalan tiga kelulusan yang diberikan oleh BNM kepada 1MDB masing-masing pada 2009, 2010 dan 2011, maka unit-unit pelaburan yang terletak di BSI Singapura boleh dilupakan begitu sahaja?

Masih terlalu banyak misteri di belakang isu 1MDB yang jawapannya terus dinanti rakyat.

Isu 1MDB ini tentu akan menjadi salah satu topik perbincangan dalam kehangatan kempen PRK nanti.

*  TUAN IBRAHIM TUAN MAN,Timbalan Presiden PAS

Adegan politik PRK

Posted: 29 May 2016 07:39 AM PDT



 
Oleh ZULKIFLEE BAKAR


PILIHAN RAYA Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini bertujuan mencari pengganti wakil rakyat bagi membolehkan segala perancangan pembangunan dan kesejahteraan rakyat dapat diteruskan.

PRK ini juga bagi memastikan rakyat di kedua-dua kawasan tersebut mendapat seorang Ahli Parlimen baharu yang akan membawa suara mereka ke peringkat Pusat. Oleh itu mana-mana parti atau ahli politik tidak harus menjadikannya medan untuk tujuan lain, melainkan demi kepentingan rakyat di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun dalam tempoh beberapa hari ini kita menyaksikan ada sesetengah parti dan ahli politik yang seolah-olah tidak mempertimbangkan faktor itu. Sebaliknya apa yang kita lihat mereka mahu menggunakan PRK berkenaan tempat melunaskan agenda peribadi atau parti masing-masing.

Sempena pengumuman calon oleh parti-parti politik yang akan bertanding pada kedua-dua PRK itu hari ini, berikut penulis paparkan antara beberapa adegan politik yang berlaku sebaik sahaja kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diisytiharkan kosong berikutan kematian Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Allahyarham Datuk Noriah Kasnon;

l Melobi menjadi calon - terdapat ahli politik yang begitu ghairah mahu menjadi calon khususnya untuk Barisan Nasional (BN). Walaupun ada antara mereka sudah bertaraf 'kitar semula' dan pernah berpenggal-penggal menjadi YB, namun tetap ada hati mahu menjadi calon sekali lagi.

Pelbagai usaha mereka lakukan termasuk secara tiba-tiba rajin pula turun padang bertemu rakyat dan berkunjung ke masjid-masjid untuk beramah mesra dengan jemaah. Satu lagi pendekatan lobi dilakukan adalah mengharapkan simpati sedangkan sudah terbukti dalam beberapa PRK sebelum ini tidak akan membuahkan hasil.

Tidak cukup dengan itu, dalam usaha menjadi calon juga, ada individu yang sanggup bertelagah sesama sendiri dan memburuk-burukkan kawan, walaupun suatu ketika mereka pernah 'sekapal' bagi memenangkan parti.

Penulis diberitahu bagaimana ada individu yang terlalu berhajat mahu menjadi calon bercadang melakukan tindakan mensabotaj parti jika dia tidak terpilih. Ini termasuklah mahu menghasut pengundi-pengundi supaya tidak menyokong BN.

l Medan uji siapa kuat - Ketika ini berlaku perbalahan politik antara pakatan pembangkang dengan Pas. Pertembungan paling ketara ialah apabila Pas enggan berunding dengan pakatan tersebut manakala PAN pula berhasrat meletakkan calon.

Dalam masa yang sama di Sungai Besar, penulis dibe­ritahu oleh satu sumber dalaman bahawa PKR benar-benar berhasrat untuk bertanding di kawasan tersebut. Di­sebabkan hasrat itulah wujudnya tekanan terhadap tiga exco Pas dalam kerajaan negeri Selangor supaya mereka memastikan Pas tidak bertanding.

Bagaimanapun tekanan itu yang turut dilakukan oleh DAP selaku sekutu terkuat PKR ternyata tidak menggugat ketegasan Pas untuk bertanding di kedua-dua kawasan berkenaan.

Melihat keadaan itu, rakan baik PKR dan DAP, PAN yang diuar-uarkan akan meletakkan Presidennya Mohamad Sabu bertanding di Sungai Besar 'tumpang semang­kuk' untuk menyerang Pas. Mereka menyatakan tidak gentar dengan jentera Pas.

Kenyataan itu agak melucukan kerana semua wakil rakyat PAN berasal daripada Pas dan mereka menang dalam pilihan raya lalu atas tiket Pas serta melalui kekuatan jentera Pas. Kalau benar PAN begitu yakin bahawa mereka ada kekuatan sendiri sepatutnya semua wakil rakyat mereka meletakkan jawatan dan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat.

Tetapi PAN tidak berbuat demikian sebaliknya berharap untuk menjadikan Presiden mereka sebagai Ahli Parlimen sekali lagi. Kalau menjadi kenyataan, ini bermakna Selangor negeri kelima yang Presiden mereka itu bertanding selepas Kelantan, Kedah, Terengganu dan Pulau Pinang.

Bagi Pas pula, PRK kali ini sudah tentulah akan menjadi medan terbaik untuk membuktikan bahawa mereka 'boleh hidup' tanpa pakatan pembangkang. Justeru pemimpin-pemimpin Pas melihat kehadiran PAN bersama Mohamad Sabu tidak akan menjadi 'kudis gatal' kepada parti itu.

l Melaksanakan agenda politik peribadi - salah satu cabaran untuk BN ialah bagaimana ada dalam kalangan pemimpin parti itu akan menjadikan kedua-dua PRK tersebut sebagai medan melunaskan agenda politik peribadi.

Individu berkenaan tidak memikirkan betapa pen­tingnya BN mengekalkan kerusi berkenaan sebaliknya mahu melihat parti itu kecundang kerana pertelingkah­an politik dengan pucuk pimpinan parti.

Itulah antara adegan politik yang telah dan akan berlaku melibatkan kedua-dua PRK tersebut.
Bagaimanapun BN tidak perlu bimbang, sebaliknya membuat persediaan untuk menghadapi cabaran sama ada dari dalam atau luar parti.

Namun begitu cabaran lebih getir adalah dari dalam parti khususnya melibatkan individu yang tidak berpuas hati kerana tidak terpilih sebagai calon. Walaupun sebahagian mereka begitu beria-ia berjanji akan menyokong sesiapa sahaja yang dipilih oleh parti, tetapi beberapa PRK sebelum ini membuktikan acap kali, 'di mulut lain, di hati lain'.

Pengumuman calon hari ini adalah sebagai pembuka gelanggang sebelum penamaan calon pada 5 Jun ini diikuti hari pengundian pada 18 Jun. Apa juga adegan politik yang berlaku sepatutnya tidak mengganggu agenda BN untuk mempertahankan kedua-dua kerusi berkenaan demi meneruskan perjuangan bagi membela nasib rakyat.

Pas tidak akan hilang arah

Posted: 29 May 2016 07:36 AM PDT


    

 
DETIK DAILY


PAS berdepan pelbagai cabaran sejak pemilihan muktamar lalu yang menyaksikan berlakunya 'pembersihan' dalam parti itu, di mana Pas kini sinonim dengan golongan ulama, sehingga ada yang melabel Pas terbelakang kerana diterajui ulama.

Selepas tidak lagi bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, Pas dilihat bersendirian sebelum memeterai kerjasama dengan Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), 16 Mac lalu, mewujudkan pakatan blok ketiga. 
 
Timbul desas-desus parti Islam itu tidak lagi relevan dengan politik semasa selain lebih banyak mengambil pendekatan 'selamat' apabila tidak menunjukkan permusuhan dengan musuh politik tradisinya, BN.

Ini menyebabkan Pas dicemuh cuba menjalin hubungan dengan Umno sehingga ramai keliru dengan pendirian Pas. Namun Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurrazi bertegas, Pas tidak hilang arah walaupun mengalami perubahan dari semasa ke semasa.

ROSLINDA HASHIM mengupas intipati Pas Kedah berdepan agenda Muktamar Tahunan Pas ke-62 yang diadakan 1-3 Jun, di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), Kota Bharu.

Adakah muktamar merupakan medan melahirkan idea dan pandangan atau sekadar menerima bulat-bulat amanat disampaikan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang?

Muktamar Pas Pusat adalah medan untuk perwakilan mewakili kawasan masing-masing memberikan pandangan dan isu yang dirasakan perlu dibawa ke peringkat tertinggi. Ini termasuk buah fikiran yang mampu mengukuhkan kedudukan parti di semua peringkat. Perwakilan bermesyuarat mengikut skop ditentukan dalam perlembagaan Pas.

Kita bukan terima bulat-bulat, disebabkan itu ada sesi membahas ucapan dasar Presiden, di mana setiap negeri menghantar wakilnya, Pas Kedah diketuai Timbalan Pesuruhjaya Pas II, Datuk Najmi Ahmad.

Apakah usul dibawa Pas Kedah ke muktamar kali ini?

Pas Kedah tidak menapis sebarang usul dibawa Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama yang diputuskan dalam muktamar masing-masing. Malah usul yang diluluskan pun saya tidak tahu, kerana mereka berhak kemukakan usul yang difikirkan penting dan menjadi keutamaan.

Sayap parti ini diberi keistimewaan bawa usul secara langsung, Pas negeri tiada hak semak atau tapis, tidak boleh kacau daun! Inilah kelebihan Pas amalkan suara demokrasi dalam parti tanpa sekatan, yang termaktub dalam perlembagaan. Usul yang dikumpulkan dilihat jawatankuasa tapisan usul sama ada diterima atau ditolak untuk dibahas.

Walaupun muktamar kali ini lebih tenang berikutan tiada pemilihan jawatan, apa harapan Pas Kedah terhadap muktamar ini?

Gunakan kesempatan ini untuk mendengar amanat Presiden berhubung langkah-langkah politik dan perkara yang menyentuh asas perjuangan dan sumber rujukan, kerana intipati inilah yang sering diulang beliau. Muktamar juga adalah landasan untuk perwakilan dan pemerhati melunaskan persoalan.

Saya percaya muktamar ini juga dijadikan medan untuk kupas pendekatan baharu yang akan diperjelas secara terperinci oleh Presiden, huraian ilmiah berhubung 'budaya politik matang sejahtera' termasuk pakatan blok ketiga. Perlu diingat perwakilan kali ini adalah petugas PRU14, yang akan laksana tanggung jawab mengukuhkan jentera dan ukhuwah.
 
Apa dimaksudkan dengan 'budaya politik matang sejahtera'?
Konsep dibawa Pas pusat ini dijangka menjadi intipati ucapan Presiden untuk dibahaskan. Pimpinan Pusat telah turun ke negeri-negeri untuk huraian kaedah ini. Pas kini menjadi peneraju dalam perubahan paradigma politik melalui pendekatan politik matang dan sejahtera berasaskan syarak dengan berpandukan al-Quran, as-Sunnah, ijmak ulama dan qiyas.

Politik Islam dibawa Pas berteraskan ketakwaan dan berbeza dengan politik perkauman yang diamalkan di Malaysia selama ini, di mana dipenuhi emosi, pembohongan, permusuhan, fitnah, retorik dan persepsi. Ini antara transformasi Pas mendepani cabaran, perjuangan dan persekitaran politik masa kini.
 
Pas kini dikatakan 'bersih' daripada golongan progresif yang mahukan modifikasi dalam 
tatacara perjuangan Pas pada pemilihan lalu. Muktamar ini, Pas dibarisi kumpulan konservatif atau ulama yang menjadi tunjang sejak sekian lama, kumpulan progresif pula sudah meninggalkan Pas, adakah ini menjadikan Pas terbelakang?
Sengaja ditimbulkan persepsi sebegitu, seolah Pas sudah tiada apa-apa, sedangkan Pas sentiasa progresif ke hadapan. Pas sentiasa berfikiran ke hadapan, sebab itulah kita adakan alternatif baharu antaranya budaya politik matang sejahtera.

Ada yang cakap keluar semua (progresif) habis lah Pas! Itu hipotesis palsu! Siapa sahaja yang keluar masuk, Pas tetap relevan dengan politik semasa. Semua pihak berikan pandangan, fokus perkara yang perlu ditegah, bangkang isu tidak relevan, inilah pemikiran politik yang kita bawa, jika ada pihak hanya lihat satu sudut sahaja, mereka itulah berfikiran sempit.

Parti politik sepatutnya menjadi fasilitator kepada rakyat, berikan pendidikan politik dan sebolehnya tidak meletakkan arah pendidikan hanya dua blok, sebaliknya membantu percambahan minda rakyat. Biar rakyat putuskan pilihan mereka. Jika kita masih lagi lihat kuasa melebihi pendidikan, sampai bila pun rakyat tiada kesedaran. Ahli politik harus ada usaha mendidik rakyat.
 
Pas didakwa mahu bersendirian sebagai pembangkang, setelah tidak lagi bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat. Seterusnya membentuk pakatan blok ketiga bersama Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), 16 Mac lalu. Mampukah Pas bersendirian?
Ini satu lagi persepsi yang sengaja ditimbulkan seolah Pas bersendirian. Kita ambil pendekatan tubuhkan blok ketiga untuk beri peluang kepada parti yang boleh terima pendekatan Pas. Berpisahnya Pas dengan DAP kerana konsep awal 'bersetuju untuk tidak bersetuju', dari situ bermulanya bibit perpecahan kerana mereka tidak boleh terima konsep itu, menyebabkan Pas dilihat sebegitu.

Namun hubungan dengan PKR masih terjalin, cuma kurang pasti pendirian mereka. Ikatan rakan kerjasama pertama bawah blok ketiga, saya yakin tahun akan datang akan ada kekuatan lain sertai kami.

Pelbagai perubahan berlaku dalam Pas, adakah Pas masih tercari-cari arah menjelang PRU14?
Perubahan antara pendidikan politik kepada rakyat, Pas sentiasa turun padang memperjelas isu dan kukuhkan jentera di akar umbi. Kita tidak bergantung pada arah angin. Kita jumpa akar umbi demi kelangsungan Pas. Ingin ditegaskan, Pas tidak hilang arah walau tidak lagi bergandingan dengan DAP/PKR.

Kami ada kekuatan sendiri untuk bergerak seiring perubahan zaman/politik. Ada perkara boleh berubah, ada statik. Pendekatan kita ikut suasana semasa dan penerimaan rakyat. Kebijaksanaan pimpinan perlu ada untuk yakinkan rakyat bahawa Pas bukan parti sempit, sebaliknya berfikiran luas.


Jambatan di perkampungan Orang Asli runtuh, 853 terkandas

Posted: 29 May 2016 07:20 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Ia runtuh akibat rempuhan air sungai yang naik mendadak berikutan hujan lebat antara 2 hingga 3 pagi.


jambatan


IPOH: Sebuah jambatan sepanjang 12.2 meter yang merupakan laluan utama penduduk perkampungan Orang Asli di Pos Terisu, di Cameron Highlands runtuh awal hari ini menyebabkan 853 penduduk terkandas.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Zainalabidin Othman berkata jambatan yang terletak di Batu 49, Kuala Terla itu runtuh akibat rempuhan air sungai yang naik mendadak berikutan hujan lebat antara 2 hingga 3 pagi.

"Dipercayai lokasi jambatan yang runtuh itu tempat di mana laluan arus dua anak sungai iaitu Sungai Tringkap dan Sungai Kuala Terla bertembung masuk ke sungai utama iaitu Sungai Ulu Telom.

"Penduduk sekitar bergotong-royong dengan menggunakan besi untuk dijadikan laluan sementara bagi kegunaan motosikal. Sehingga kini tiada pihak yang berkaitan tampil untuk membantu," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata tiga kereta dan tiga motosikal mengalami kerosakan dihanyutkan air sungai akibat hujan lebat di Jalan Kolam Air, Brinchang, Cameron Highlands.

"Dalam kejadian antara 2.30 pagi hingga 3 pagi itu, semua kenderaan dibawa arus sungai tetapi dapat diselamatkan kerana tersangkut pada bahagian rumah mangsa.

"Keadaan ini berlaku kerana rumah mangsa berhampiran dengan anak sungai dan mangsa juga membuat laporan polis," katanya.

Zainalabidin berkata pihaknya percaya punca kedua-dua kejadian disebabkan sungai yang tidak boleh menampung limpahan air akibat hujan lebat.

Katanya, terdapat beberapa kejadian lain turut berlaku di sekitar Brinchang, Tanah Rata dan Kampung Raja antaranya kejadian kereta pelancong dihempap pokok serta kejadian rumah dimasuki air.

Polis akan melakukan pemantauan lanjut dari semasa ke semasa berhubung kejadian ini, katanya.
— BERNAMA

Calon BN Kuala Kangsar tidak sertai kempen jejas kemenangan

Posted: 29 May 2016 07:12 AM PDT

 
Ini kerana kawasan yang ditandingi itu merupakan kawasan 'panas'.


Ahmad-Atory-Hussain--Datin-Mastura-Mohd-Yazid-


PETALING JAYA : Ketidakhadiran calon BN bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid semasa tempoh berkempen boleh menjejaskan kemenangan BN.

Penganalisis Politik Prof Dr Mohd Atory Hussain berkata ini kerana kawasan yang ditandingi itu merupakan kawasan "panas".

"Kawasan ini kawasan panas. Kalau dia boleh keluar berkempen itu bonus," katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Atory berkata BN mencari calon lain untuk bertanding di kawasan tersebut.

"(Tapi) UMNO nampak macam tak ada calon yang lebih sesuai selain isteri dia (bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar)," katanya.

Beliau berkata pencalonan Mastura bertujuan untuk mendapatkan undi simpati daripada pengundi di kawasan tersebut.

"Tapi adakah pengundi simpati? Kita tak tahu. Daripada segi kelayakan saya rasa tak ada masalah. Kalau dia dah popular dari dulu, tak ada masalah..tapi kalau dia tak dikenali susah juga," katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Mastura yang juga balu Wan Mohammad dipilih sebagai calon BN bagi PRK Kuala Kangsar.

Mastura, 55, menerusi tayangan video berkata beliau tidak dapat menyertai kempen yang dijadual bermula 5 Jun depan kerana masih berada dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari sebagaimana ditetapkan dalam hukum Islam apabila seseorang wanita kematian suami.

Kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar kosong susulan kematian penyandangnya dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak awal bulan ini.

Jentera DAPSY siap menangkan calon Pakatan Harapan

Posted: 28 May 2016 09:59 PM PDT

MSTAR ONLINE



DAPSY sokong PH



IPOH, : Sosialis Muda DAP (DAPSY) menyokong penuh calon Parti Amanah Negara (Amanah) mewakili Pakatan Harapan untuk bertanding dalam kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar 18 Jun ini.

Menurut Ketua DAPSY Wong Kah Woh, pendirian ini dibuat memandangkan PAS telah menolak segala kemungkinan untuk mengelakkan pertembungan tiga penjuru antara BN, PAS dan Pakatan Harapan, dan dilihat lebih cenderung untuk memenangkan UMNO.

"Oleh sebab itu, Pakatan Harapan perlulah meletakkan calon yang terbaik di kedua-dua kawasan dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar untuk menewaskan calon BN," ujarnya.

Beliau berkata, bagi memenangkan calon Pakatan Harapan, DAPSY juga akan bekerjasama erat dengan Pemuda Amanah dan Angkatan Muda Keadilan dalam kedua-dua PRK ini.

"Kita akan kerah jentera DAPSY seluruh negara untuk memenangkan calon Pakatan Harapan. Jentera DAPSY dari Pulau Pinang, Kedah, Perak, Pahang dan Sabah akan membantu kempen PRK di Kuala Kangsar manakala jentera DAPSY dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak akan berkempen di Sungai Besar," jelas Ahli Dewan Undangan Negeri Canning itu.

Selain itu, pilihanraya kecil ini katanya merupakan pilihanraya pertama yang akan ditandingi Pakatan Harapan di Semenanjung Malaysia selepas penubuhannya.

"Pakatan Harapan perlu memaparkan satu barisan pembangkang yang bersepakat, bersepadu dan dapat memberikan keyakinan kepada pengundi-pengundi menjelang PRU-14.

"Amanah baru berusia lapan bulan. Selaku rakan seperjuangan dalam Pakatan Harapan, adalah penting untuk kami memastikan Amanah berkembang, dan seterusnya menjadi satu parti yang mampu untuk melontarkan cabaran terhadap UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU-14," katanya. – Roketkini.com


Individu hina TMJ ditahan di Selangor – ketua polis Johor

Posted: 28 May 2016 09:55 PM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Pembantu tukang masak itu memuat naik mesej jelik tersebut dalam Facebook atas nama Aiden Chew.


arrest


JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki di Selangor malam tadi bagi membantu siasatan berhubung kes melakukan penghinaan terhadap Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi Facebook.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berumur 23 tahun itu yang bekerja sebagai pembantu tukang masak ditahan kira-kira 8 malam di Taman Intan, Dengkil.

"Lebih kurang 10.15 pagi semalam, polis menerima satu laporan berhubung penghantaran mesej berbentuk jelik dalam Facebook yang bertujuan menghina dan menyakitkan hati Tunku Mahkota Johor.

"Suspek didapati memuat naik penghantaran mesej tersebut dalam Facebook atas nama Aiden Chew," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata selain menahan, polis turut merampas satu telefon bimbit berserta sim kad daripada lelaki tersebut.

Wan Najmuddin berkata permohonan reman terhadap individu terbabit akan dikemukakan di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM) 1998.

Katanya, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan laman sosial.

Satu pasukan khas juga ditubuhkan oleh polis Johor untuk memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang menyalahgunakan laman sosial, katanya.-BERNAMA


44 kereta dalam bengkel terbakar di Seremban

Posted: 28 May 2016 09:52 PM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.


bengkel-terbakar


SEREMBAN : Sebanyak 44 kereta musnah dalam kebakaran sebuah bengkel di sini tengah malam tadi.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Seremban 2 Badroltamam Abd Aziz berkata pihaknya menerima panggilan jam 12.45 tengah malam dan tiba di lokasi kejadian 39 minit kemudian.

Katanya, seramai 11 anggota bersama tiga jentera bergegas ke lokasi kejadian yang berlaku di Kampung Ribu, Kuala Sawah.

"Sebaik tiba di lokasi kebanyakan kereta yang diletakkan di perkarangan bengkel itu sudah pun terbakar. Pada awalnya kami menjangkakan hanya belasan kenderaan saja terbakar.

"Namun selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya iaitu sejam kemudian (2.06 pagi), kami mendapati jumlah kenderaan yang musnah semakin bertambah iaitu 44 kereta," katanya.

Badroltamam berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.-BERNAMA

Ahli Amanah diarah terjemahkan Islam rahmat untuk semua di alam nyata

Posted: 28 May 2016 09:46 PM PDT

BORHAN AHMAD
 
 
Mohamad SabuMohamad Sabu


Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu mengarahkan ahlinya agar terus memperjuangkan konsep 'good governance' dan menterjemahkan konsep 'Islam rahmat untuk semua' di alam realiti.

Dalam satu kenyataannya, Mohamad berkata,  Maqasid Syariah perlu terus diperluaskan dan diperbincangkan sehingga ke peringkat perlaksanaan.

Perkara yang baik, jika tujuannya disalahgunakan atau dikelirukan, maka ia akan membawa padah, katanya.

Beliau meyakini bahawa syariat Islam adalah satu perundangan yang dapat menyelesaikan masalah di antara manusia kerana tujuan syariat itu sendiri adalah untuk membawa kebahagiaan kepada semua masyarakat.

Katanya, hari ini jutaan umat Islam menjadi pelarian di negara sendiri.

Tumpuan kepada good governance tidak menjadi keutamaan masyarakat Islam seluruh dunia.

"Kejadian yang berlaku di Afghanistan, Iraq, Syria, Somalia, Libya, Sudan dan beberapa negara lain hendaklah menjadi pengajaran kepada kita semua," katanya.

Menurut beliau, negara barat yang hancur akibat perang dunia pertama hingga perang dunia kedua, bangun semula di atas sifat good governance dan akhirnya mereka muncul membina negara dan masyarakat mereka.

Walaupun tidak sempurna, tetapi keadaan mereka menjadi lebih baik sehingga umat Islam datang menumpang dan berteduh di negara mereka, katanya.

"Di Malaysia, soal good governance makin jauh ke belakang. Sekarang Malaysia makin dihina kerana rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemerintah. Kenapa rasuah tidak menjadi isu utama kepada umat Islam?" soal beliau.

Katanya, Ketua Menteri Pulau Pinang mungkin boleh didakwa di mahkamah jika kerajaan ingin melakukannya.

Kakitangan Pejabat Menteri Besar Selangor boleh didakwa di mahkamah jika pemerintah mahu berbuat demikian, katanya.

"Tetapi, bolehkah pihak pemerintah mendakwa Perdana Menteri yang mengaku menerima 2.6 bilion?

"Peguam Negara, polis dan SPRM menjadi mangsa sebelum tindakan dikenakan terhadap orang nombor satu negara itu," katanya.

Oleh itu, katanya, parti Amanah memperjuangkan bahawa tiada pilih kasih dalam perlaksanaan undang-undang sama ada terhadap golongan bangsawan, pemerintah, ataupun rakyat biasa.

Ia sesuai dengan Sabda Rasulullah bahawa; "Demi Allah yang jiwaku ada di tanganNya, seandainya Fatimah putri Muhammad mencuri niscaya aku memotong tangannya." (Bukhari dan Muslim), katanya.

"Anggota Amanah jangan ragu atau terpanggil dengan seruan-seruan lain. Terus melaksanakan perjuangan Islam Rahmat Untuk Semua dengan good governance menjadi idaman kita.

"Terus bersama dengan rakan-rakan kita dalam Pakatan Harapan untuk membina Malaysia baru akan datang supaya kita berupaya menterjemahkan konsep Islam Rahmat Untuk Semua. Maqasid Syariah perlu terus diperluaskan dan diperbincangkan sehingga ke peringkat perlaksanaan," katanya.

Saya sudah serik kerjasama dengan PKR, kata presiden Pas

Posted: 28 May 2016 09:44 PM PDT

BORHAN AHMAD
 
 
Hubungan Azmin dengan Abdul Hadi baik namun kini bermasalah menjelang PRK Sungai Besar Kuala Kangsar.Hubungan Azmin dengan Abdul Hadi baik namun kini bermasalah menjelang PRK Sungai Besar Kuala Kangsar.


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui parti itu sudah serik untuk bekerjasama dengan parti pembangkang terutamanya PKR.

Ini kerana kata beliau, PAS berkerja sepanjang masa sedangkan parti pembangkang lain hanya hadir ketika musim pilihan raya sahaja.

"Terang-terang saya sebut, banyak pilihan raya kita beri kepada rakan kita ini (PKR). Masa pilihan raya, dia datang, lepas pilihan raya, dia tak datang, jadi orang PAS yang bekerja.

"Sudah berapa kali pilihan raya, orang PAS yang bekerja kuat kerana PAS bekerja sepanjang masa. (Tetapi) apabila tiba pilihan raya, dia datang, nak kawasan (bertanding).

"Ini bukan sahaja di Sungai Besar dan Kuala Selangor sahaja, kawasan lain pun begitu juga,"katanya kepada pemberita di pejabat Kesatuan Ulama Islam Sedunia pada Jumaat lalu sebagaimana dilaporkan sebuah laman yang pro Pas, Tranungkite.net.

Ia juga turut dilaporkan oleh Buletin Utama TV3.

Kenyataan Abdul Hadi dipercayai kerana kesal dengan sikap PKR yang cuba merebut kawasan pilihan raya Sungai Besar untuk bertanding juga.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmi Ali mengaku beliau sedia terus berunding dengan Pas walaupun sudah beberapa kali gagal mencapai kata sepakat.

Sehingga kini mesyuarat Majlis Pakatan Harapan sudah tiga kali ditangguhkan dan antara puncanya perundingan dengan Pas masih belum dimuktamadkan.

Menjelang pilihan raya umum ke 13 lalu, Abdul Hadi telah membuat keputusan untuk meletakkan calon Pas di sekurang-kurangnya lima kerusi PKR walaupun kerusi itu telah diputuskan akan ditandingi oleh PKR dalam perundingan Pakatan Rakyat.

Ia termasuk tiga Dun di Terengganu dan Dun Kota Damansara di Selangor serta Dun Sungai Acheh di Pulau Pinang.

Alasan calon PKR menjadi agen pil kuda di Terengganu telah menyebabkan Abdul Hadi di saman oleh bekas calon PKR Bukit Besi, Terengganu.

Namun mahkamah telah menolak saman itu kerana Abdul Hadi tidak pernah menyebut secara jelas siapakah yang dimaksudkan oleh beliau walaupun ada unsur fitnah di situ.

Terkini, sikap ahli parlimen Marang ini selari dengan sikap Pas Terengganu dalam hubungan mereka dengan PKR.

Timbalan Pesurujaya Pas Terengganu, Yahaya Ali berkata, Pas patut bertanding di kerusi Dun Bandar, satu-satunya kerusi yang diwakili PKR di Terengganu sekarang. Ia dimenangi oleh Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail dalam pilihan raya umum lalu.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri juga berkata, Pas akan bertanding kesemua 32 Dun di Terengganu dalam pilihan raya umum akan datang atau pilihan raya negeri jika diadakan.

Kenyataan ini dibuat ketika Pas mempunyai tahaluf siasi (kerjasama politik) dengan PKR.

Zahid ingatkan bekas pemimpin jangan jadi 'kitab lama'

Posted: 28 May 2016 09:40 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUANTAN: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan bekas pemimpin negara dan parti agar tidak menjadi seperti 'kitab lama' yang tidak dihormati generasi sekarang.
 
Tanpa menyebut mana-mana individu, beliau berkata seorang pemimpin seharusnya menjadi 'kitab' yang terus mendapat penghormatan dan menjadi rujukan generasi walaupun tidak lagi memegang jawatan penting.
 
"Cukup-cukuplah bila zaman kita telah berlalu. Kalau kita sudah jadi sebuah kitab yang tidak boleh dibaca, generasi kita tidak akan mengoyakkannya…kita akan letak di atas, jika berhabuk pun akan dicuci.
 
"Tetapi kitab lama kena duduk diam-diam. Jangan jadi kitab di lantai yang mengotorkan…Tetapi saya tidak merujuk sesiapa, sekadar mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan," katanya ketika berucap merasmikan Malam Sumbangsih UMNO Paya Besar 2016 di sini, malam tadi.
 
Majlis yang diadakan bagi menghargai sumbangan ahli UMNO bahagian itu turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib, Ketua UMNO Paya Besar Datuk Abdul Manan Ismail dan 3,600 anggota parti.
 
Zahid yang juga timbalan perdana menteri menggesa pemimpin tersebut supaya menghargai semua pemimpin baharu yang diberikan kepercayaan, amanah dan mendapat sokongan padu daripada peringkat akar umbi.
 
"Apabila zaman kita berlalu jangan ingat bahawa kependirian, kedudukan dan keberadaan kita selama ini disebabkan kebijaksanaan dan kekuatan kita semata-mata atau sumbangan yang kita lakukan.
 
"Ingatlah ketika pemimpin dan organisasi itu diuji. Bagaimana semasa organisasi terbahagi dua dan terpaksa didaftarkan semula. Itu semua sejarah.
 
"Generasi kita perlu perkukuhkan semula parti kerana apabila kita kuat baharu institusi kepimpinan akan kuat," katanya.
 
 

Hentikan semua spekulasi tuduhan pejabat MB - Azizah

Posted: 28 May 2016 09:37 PM PDT

AMTARAPOS.COM


Post Pic
SHAH ALAM: Semua tuduhan terhadap Pejabat Menteri Besar perlu dihentikan berikutan parti sudah mengambil semua tindakan dalam menangani isu itu, demikian tegas Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Ujar beliau, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli akan mebuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu.
Malah menurut Wan Azizah, Rafizi sudah memberikan penjelasan bahawa tuduhan itu tidak dibocorkan kepada mana-mana wakil rakyat atau kakitangan awam.
"Rafizi beritahu dia akan berbuat demikian (lapor pada SPRM) Isnin depan. SPRM diminta menjalankan tanggungjawab mereka secara profesional dan tanpa campur tangan politik.
"Pada masa sama, kepimpinan PKR yang lain dan saya sendiri mempunyai keyakinan penuh kepada pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah Azmin Ali, menteri besar Selangor," katanya melalui kenyataan media.
Dalam WhatsApp minggu lalu dihantar kepada kumpulan "Solidariti untuk Anwar", Rafizi menyentuh mengenai permintaan untuk wang dan wanita ketika berurusan dengan kerajaan negeri Selangor.
Rafizi pada Jumaat lalu mengakui mesej itu berasal daripadanya tetapi menafikan ia membabitkan mana-mana wakil rakyat atau pegawai kerajaan negeri dan berkata ia secara "spesifik" dan bukan "umum".
Sementara itu, Azmin menafikan tuduhan itu dan berkata kerajaan negeri akan mengambil tindakan terhadap sebarang amalan rasuah.
Wan Azizah berkata jika ada bukti kukuh mengenai kes berkenaan, Azmin akan mengambil tindakan terhadap penjenayah terbabit.

RUU Hudud: Tiong Lai akan jumpa Najib minta pencerahan

Posted: 28 May 2016 09:33 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai akan mendapatkan maklumat lebih lanjut berhubung pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016 dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.  
 
Katanya, rang undang-undang yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, Khamis lalu menimbulkan kekeliruan komuniti Cina kerana menganggapnya hukum hudud. 
 
"Saya akan menemui Perdana Menteri dalam tempoh terdekat untuk membincangkan RUU itu dan kemudian menjelaskannya kepada komuniti Cina. 
 
"Kami bukan panik tetapi serius terhadap perkara itu agar tidak dilaksanakan kerana berpandangan ia bercanggah Perlembagaan Persekutuan dan atas semangat permuafakatan dalam Barisan Nasional (BN)," katanya di sini, hari ini. 
 
Terdahulu, beliau yang juga Menteri Pengangkutan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI) di Wisma MCA, di sini. 
 
Mengenai peletakan jawatan Datuk Dr Leong Yong Kong sebagai Timbalan Pengerusi MCA Kedah dan EXCO Kedah sebagai bantahan terhadap pembentangan RUU itu, Tiong Lai berkata, setakat beliau belum dimaklumkan mengenainya. 
 
"Sepatutnya dalam keadaan sekarang, tidak timbul isu peletakan jawatan, sebaliknya kita bersatu menentang RUU itu agar tak diluluskan di Parlimen kerana bercanggah Perlembagaan Persekutuan," katanya
 
 

Masih dalam edah, Mastura tidak dapat sertai kempen PRK

Posted: 28 May 2016 05:34 PM PDT

SINAR HARIAN


Mastura Mohd Yazid
Balu Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid, Sabtu, dinamakan sebagai calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun depan. - Foto Bernama


KUALA KANGSAR - Calon BN bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid memohon maaf kepada seluruh jentera parti kerana tidak dapat menyertai kempen yang dijadual bermula 5 Jun depan.    

Mastura, 55, berkata beliau mengambil keputusan itu kerana masih berada dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari sebagaimana yang ditetapkan hukum Islam bila seseorang wanita kematian suami.

"Tempoh syarak ini wajib saya patuhi dan saya amat mengharapkan kefahaman seluruh jentera parti khususnya di peringkat cawangan dan pusat daerah mengundi akan kedudukan saya ini.

"Jika menurut amalan parti dan gerak kerja pilihan raya, selaku orang yang dinamakan sebagai calon, saya seharusnya berada bersama seluruh jentera parti dan masyarakat untuk berkempen.

"Insya-ALLAH, sekiranya saya diberi tanggungjawab sebagai ahli Parlimen, saya akan laksanakan amanah yang diberi sebaik mungkin sebagai kesinambungan kepada apa yang telah dirintis oleh arwah suami saya (Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad)," katanya menerusi tayangan video selepas pengumuman calon dan pelancaran jentera BN di sini hari ini.

Pengumuman nama calon dan pelancaran jentera itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mastura turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta Ahmad Zahid dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.

"Saya sekadar penyambung kepada perjuangan serta memikul amanah untuk meneruskan khidmat bakti arwah suami saya kepada rakyat Kuala Kangsar.

"Pilihan raya ini bukan soal saya, tetapi BN sebagai wadah perjuangan seperti mana amanah yang pernah digalas oleh arwah suami saya dalam menabur bakti kepada rakyat di sini," katanya.

Sementara itu, anak sulung Mastura, Wan Emir Astar, 26, berkata keluarganya terkejut dengan keputusan pucuk pimpinan parti memilih ibunya untuk meneruskan perjuangan untuk rakyat Kuala Kangsar.

"Biarpun kami masih berkabung dengan kehilangan arwah papa tetapi kita perlu meneruskan kesinambungan dan legasi arwah papa sebelum ini.

"Ibu kami selalu berdamping dengan arwah papa 24 jam dan beliau lebih memahami apa yang warga Kuala Kangsar perlukan," katanya sambil menambah beliau dan tiga lagi adik beradik akan membantu Mastura.

PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Anggota Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar yang juga suami Mastura dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun, manakala penamaan calon pada 5 Jun. - Bernama


Isu Sabah: Kerajaan tidak akan layan tuntutan Filipina

Posted: 28 May 2016 05:30 PM PDT

SINAR HARIAN

Sabah
Sabah


KEPALA BATAS - Kerajaan tidak akan melayan tuntutan Filipina terhadap Sabah kerana negeri itu merupakan sebahagian daripada negara berdaulat seperti diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, perkara itu sering ditimbulkan oleh pihak negara itu sebelum ini namun, Suruhanjaya Cobbold pada 1962 telah menetapkan Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia.

"Keberadaan Sabah dalam Malaysia telah ditentukan melalui Suruhanjaya Cobbold, maknanya mempunyai hak untuk menentukan masa depan sendiri, di bawah naungan payung UN (PBB) yang diiktiraf seluruh dunia," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Guru KAFA peringkat negeri di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar The Philippine Star baru-baru ini yang melaporkan bakal presiden Filipina Rodrigo Duterte berikrar untuk meneruskan tuntutan ke atas Sabah.

Duterte yang menang dalam pilihan raya presiden dijangka mengangkat sumpah pada 30 Jun ini. Beliau adalah Datuk Bandar Davao City selama hampir 22 tahun. - Bernama


Buat kereta biar pandai, comel...jangan masuk politik

Posted: 28 May 2016 05:28 PM PDT

Syed Zainal letak jawatan MD Proton
Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir


SHAH ALAM - Bekas Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir mendedahkan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menasihatkan beliau agar tidak menceburi bidang politik.

Sebaliknya bekas Menteri Besar Kelantan itu menyarankannya fokus kepada bidang yang sedang diceburinya ketika itu.

Cerita Syed Zainal, Allahyarham mengingatkan bahawa setiap manusia di muka bumi ini ada peranan masing-masing dan ALLAH SWT memberi sesuatu itu mengikut kesesuaian hambaNya.

"Ada satu ketika sewaktu saya masih dalam Proton, adalah keinginan untuk berkecimpung dalam politik sedikit. Orang belah kanan pun ada minta, orang belah kiri pun ada minta...menjemput saya untuk berkecimpung dalam politik. Jadi, saya pun fikir bagaimana saya nak buat keputusan, akhirnya saya pergi berjumpa Tok Guru.

"Beliau Mursyidul Am Pas dan Menteri Besar Kelantan ketika itu. Saya fikir nasihat beliau nanti akan bias.

Dalam pertemuan itu saya tanyalah, 'Tok Guru, ambo nak tanya sedikit. Ambo minat nak masuk politik jadi, nak tanya pandangan Tok Guru'. Dalam hati saya, beliau mesti ajak masuk Pas.

"Beliau tengok muka saya. Beliau kata senang saja, 'Datuk tak payah masuk politik. Datuk teruskan sahaja...berdakwah, buat kereta biar pandai, comel. Jangan masuk politik. Pas pun jangan masuk, Umno pun jangan masuk'," ceritanya ketika menjadi panel pada Wacana: 'Dunia Pendidikan Tok Guru' di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam, di sini, hari ini.

Ketika meminta Allahyarham mengulas lanjut berkaitan larangan tersebut, Nik Aziz berkata, "kalau semua orang masuk politik, siapa nak tadbir ekonomi? Kalau semua orang jaga ekonomi, siapa nak berpolitik? Jadi, Datuk buat apa yang Datuk buat."

Menurut Syed Zainal, Nik Aziz seorang yang praktikal dan kesederhanaannya boleh dilihat oleh banyak pihak.

"Beliau tak ajak saya masuk Pas bermakna beliau itu seorang yang praktikal. Nasihat diberi itu khusus apa yang terbaik untuk saya bukan untuk dia atau parti dia.

"Setiap kali saya datang ke rumah Tok Guru dalam keuzuran itu, mesti beliau bawa makanan sendiri.
Beliau bawa nasi dan hidang satu-satu. Saya kata Tok Guru tak payah buat semua ini tapi dia kata 'eh tak apa. tetamu itu penting'," katanya.

Mencontohi amalan Tok Guru, Syed Zainal akui mempraktikkan perkara tersebut di rumahnya sendiri.

"Mula-mula saya rasa kekok tapi lama-lama saya rasa kepuasan apabila tetamu keluar dari rumah saya dengan wajah berseri. Mudah tapi bila kita tak buat, kita tak tahu nikmatnya.

"Saya rasa ramai juga yang salah faham dengan Tok Guru ini. Sebab ilmunya dalam sangat. Kamu dengar tak faham tapi cuba dengar dan buat. Barulah kamu faham apa maksud dia yang sebenar," katanya.


Rayani Air dalam proses bayar balik tiket penumpang

Posted: 28 May 2016 05:22 PM PDT

Rayani Air
Rayani Air.
 

PENGURUSAN Rayani Air bakal berkunjung ke setiap stesen-stesen syarikat penerbangan berkenaan di Kota Bharu, Langkawi, Kuching, Kota Kinabalu dan KLIA2 bagi membantu dalam proses pembayaran balik tiket penumpang dalam masa terdekat.

Menerusi kemas kini di laman sosial Facebook rasminya, syarikat penerbangan berkenaan memaklumkan bahawa pihak pengurusan akan terus komited dalam usaha pembayaran balik tiket penerbangan yang dibatalkan kepada penumpang.

"Pihak pengurusan akan datang ke setiap stesen Rayani Air iaitu Kota Bharu, Langkawi, Kuching, Kota Kinabalu serta KLIA2 bagi membantu dalam proses bayaran balik tiket penumpang dalam masa terdekat yang mana ia merupakan keutamaan kami kepada pelanggan," katanya,

Tambahnya, segala maklumat berkaitan akan dimaklumkan dari masa ke semasa dan pihak pengurusan memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku.


Loke jawab Hadi: Ingat era Pakatan dulu

Posted: 28 May 2016 05:08 PM PDT

MALAYSIAKINI


DAP berasa amat kesal dan menafikan sekeras-kerasnya "tuduhan liar" Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan reaksi beberapa ahli parlimen DAP pada Khamis lalu sebagai memusuhi Islam.

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke berkata apa yang dipertikaikan sebahagian wakil mereka di Dewan Rakyat kelmarin adalah berkaitan prosedur mesyuarat serta tujuan kerajaan membenarkan rang undang-undang persendirian itu dibentangkan.

"Kami mempersoalkan mengapa tiba-tiba pihak kerajaan membenarkan usul tersebut dibentangkan tanpa sebarang notis dan seolah-olah untuk memerangkap ahli-ahli Parlimen yang langsung tidak bersedia untuk membahaskan pindaan rang undang-undang tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin Abdul Hadi membentangkan usul rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat selepas mendapat ruang melalui cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.
Usul itu kemudian disokong Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Rashid Shirlin.

Bagaimanapun usul pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat itu tidak dibahaskan kerana Abdul Hadi memohon ia ditangguhkan sehingga sesi akan datang.

Loke yang juga anggota parlimen Seremban berkata "tuduhan liar" yang selama ini dilempar Umno untuk memburuk-burukkan imej DAP di kalangan masyarakat Islam kini disambung oleh PAS.

Katanya, pendirian DAP dalam isu berkenaan sentiasa konsisten, iaitu "tidak bersetuju atas prinsip ia tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan" serta tidak pratikal dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.

"Pendirian inilah yang kami pegang selama kami bekerjasama dengan PAS dalam Pakatan Rakyat dari 2008 sehingga 2015.

"Dalam hujah kami yang tidak bersetuju dengan PAS dalam isu hudud selama ini, pemimpin DAP tidak pernah memperlekehkan undang-undang syariah mahupun memusuhi masyarakat Islam. DAP tidak pernah anti-Islam," katanya.

Loke juga berkata, semasa era Pakatan Rakyat wujud, pemimpin DAP banyak mempertahankan PAS di kalangan masyarakat bukan Islam daripada serangan parti komponen BN yang sentiasa memperlekehkan undang-undang syariah, terutamanya di kalangan pemimpin MCA.

"Malah sehingga hari ini, MCA sentiasa menyalahkan DAP sebagai parti yang memperkuatkan PAS dalam pilihan raya umum ke-13 sehingga Umno tidak berani menghalang PAS untuk melaksanakan Hudud.

"Justeru, kenyataan Abdul Hadi mempertahankan parti komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan dan menuduh DAP sebagai tidak beradab dan memusuhi Islam amatlah dikesali dan tidak adil sama sekali.

"Apakah ini sebahagian daripada syarat Umno membenarkan beliau membentangkan usul rang undang-undang persendirian di parlimen dan membantu Umno menentang DAP?" tanya Loke.


WSJ pertahan laporannya mengenai M'sia dan isu 1MDB

Posted: 28 May 2016 05:06 PM PDT

MALAYSIAKINI


Wall Street Journal (WSJ) tetap mempertahankan laporannya mengenai Malaysia dan isu 1MDB, walaupun Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim telah membuat laporan polis akhbar Amerika itu.

Jurucakap penerbit WSJ,Dow Jones memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa pihaknya mempertahan liputan WSJ yang menurutnya dilaporkan secara bertanggungjawab dan demi kepentingan awam.

Jurucakap itu menegaskan demikian dalam respons kepada permintaan untuk mendapatkan komen mengenai pendedahan surat, di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam berkata Muhammad telah membuat laporan polis terhadap WSJ.

Surat itu dikatakan daripada Bank Negara kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Ariffin, yang dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

WSJ, yang telah dituduh sebagai sebahagian daripada kempen yang didakwa untuk menyingkirkan Najib, telah mentweet salinan surat itu, dan ini kemudiannya ditweet semula oleh ketua editornya bagi rantau Asia, Tom Wright pagi semalam.

Surat itu dikatakan telah mengesahkan bahawa Good Star Limited dimiliki jutawan Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low.

Ini bercanggah dengan dakwaan kerajaan bahawa Good Star milik bekas rakan kongsi usahasama 1MDB - PetroSaudi International.

Comments (0)