Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:13 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


MANA SATU YANG BETUL?

Posted: 26 May 2016 09:08 AM PDT

shahbudidotcom 


Betulkah tak beri kesan, bro?
 
 

 
 
Benarkah juga sokongan kepada BN tak berubah, walau dengan kehadiran Tun Mahathir berkempen untuk calon Pakatan Harapan?
 
 
 
 
Atau Nazri Aziz ini sekadar mahu menyedapkan hati sendiri?

Bagaimana pula dengan pandangan Annuar Musa ini?
 
 

Bimbang atau tak bimbang sebenarnya?


Akhiran riwayat bank BSI pada usia 143

Posted: 26 May 2016 09:04 AM PDT

MALAYSIAKINI


Alkisah 1MDB telah meninggalkan jejak kebinasaan merentasi tiga benua, dengan menyaksikan ramai tokoh-tokoh korporat dan perbankan utama meletakkan jawatan, pendakwaan pegawai bank dan pembekuan beberapa akaun.

Bagaimanapun, mangsa paling utama setakat ini ialah Bank BSI Bank, yang berdepan dengan prosiding jenayah atas, antaranya, kegagalan mematuhi peraturan pengubalan wang haram dalam mengendalikan pemindahan berkaitan 1MDB.

Penyiasatan antarabangsa, yang secara dasar dikepalai oleh pihak berkuasa Swiss dan Singapura, telah membongkar bank yang berusia 143 tahun itu.

Malaysiakini menerokai tentang kepentingan pemkembangan ini dan peranan BSI dalam kisah 1MDB.

Mengenai BSI

Banca della Swizzera Italiana, atau BSI, diasaskan pada tahun 1873.

Bank itu memulakan peluasan antarabangsanya pada 1969 dan melebarkan sayapnya ke Hong Kong pada 1981, kemudiannya ke Singapura pada 2005.

Menurut laporan tahunan BSI, ia memiliki kekuatan tenaga kerja seramai 1,256 kakitangan di Switzerland dan 656 pekerja di luar negara, dengan 310 daripadanya di Asia.

Pada masa ini, ia dimiliki oleh Grupo BTG Pactual, namun dalam proses untuk diambil alih oleh EFG International pada harga 1.33 bilion Swiss franc. Nilai tersebut dijangka lebih rendah ekoran tindakan pihak berkuasa ke atas BSI.

Akhiran riwayat BSI

Walau sebelum pihak berkuasa Swiss dan Singapura menamatkan riwayat BSI, bank itu telahpun dilanda masalah ketika siasatan 1MDB menjana momentumnya.

Bulan lepas, Bloomberg melaporkan bahawa beberapa kakitangan kanan meninggalkan BSI cawangan Singapura, termasuk ahli-ahli jawatankuasa yang menyemak dengan para pelanggan utama semasa era 1MDB selain ketua pematuhannya.

Ketua pegawai operasi bagi operasi Asia BSI, Gary Tucker, yang turut meninggalkan bank itu, manakala ketua operasi Asia BSI, Hanspeter Brunner, telah mengumumkan persaraannya.

Namun, libasan paling dahsyat berlaku, pada Selasa lalu, apabila Singapura mengarahkan penutupan bank BSI di negara itu.

Menariknya, ia adalah tindakan pertama yang seumpamanya oleh pihak berkuasa Singapura dalam tempoh 32 tahun.

Pengawal selia kewangan Switzerland, Pihak Berkuasa Pemantauan Pasaran Kewangan Swiss (Finma) turut mengarahkan tindakan yang serupa, meluluskan pengambil alihan menyeluruh EFG International ke atas BSI.

Ia berlaku, dengan syarat, BSI dibubarkan dalam tempoh 12 bulan menerusi integrasi ke dalam EFG International.

Apa salah BSI?

Kedua-dua, pihak berkuasa Switzerland dan Singapura telah mengeluarkan kenyataan umum mengenai kesalahan BSI, walaupun terdapat kekurangan dari segi butirannya.

Di Switzerland, Finma menyimpulkan bahawa BSI telah melanggar keperluan kewajaran berkanun dalam kaitan dengan penggubalan wang dan pelanggaran serius dalam prinsip-prinsip pengurusan risiko mencukupi dan kesesuaian organisasi.

Di Singapura pula, pihak berkuasanya mendapati BSI terlibat dalam "pelanggaran serius keperluan penggubalan wang haram, pengurusan lemah dalam operasi bank dan salah laku oleh beberapa kakitangan bank".

Semua ini dilihat dalam konteks penyiasatan yang berkait dengan 1MDB.

Menghubungkan titik-titik

Sebelum siasatan dimulakan oleh pihak berkuasa Swiss dan Singapura, portal berita Sarawak Report telah mengetengahkan peranan BSI dalam pelencongan dana-dana 1MDB.

Ia bermula dengan AS$1.83 bilion yang mana 1MDB telah salurkan ke luar negara untuk aktiviti usaha sama dengan PetroSaudi International antara tahun 2009 dan 2011.

Ia adalah nilai sama yang Bank Negara kemudiannya arahkan 1MDB untuk dibawa pulang ke Malaysia, dengan firma itu gagal berbuat demikian sehingga dikenakan denda.

Daripada jumlah itu, AS$1.03 bilion tidak tersalur kepada aktiviti usaha sama itu. Sebaliknya, ia disalurkan kepada akaun Good Star Limited di RBS Coutts yang terletak di Zurich dengan penerima manfaatnya adalah jutawan berasal dari Pulau Pinang, Jho Low.

Di sini ialah di mana BSI membuat kemunculannya.

Lebih setengah daripada jumlah yang dilencongkan itu, atau AS$529 juta, telah dipindahkan kepada akaun Abu Dhabi Kuwait Malaysia Investment Corporation's (BVI) di BSI Singapura antara 28 Jun 2011 dan 4 September 2013 dengan penerima manfaat yang sama.

Sarawak Report, berdasarkan kertas siasatan pihak berkuasa Singapura yang terbocor, telah seawal bulan April tahun lalu melaporkan bahawa Jho Low menguasai sekurang-kurangnya 45 akaun bank BSI di bawah pelbagai nama syarikat.

Pendedahan tersebut nampaknya konsisten dengan penemuan Finma yang mengatakan : "Dalam konteks kes 1MDB, bank (BSI) itu gagal untuk memantau hubungan dengan kumpulan pelanggan dengan sekitar 100 akaun bank pada tahap sewajarnya."

Ia berkata, dana-dana dipindahkan antara akaun-akaun ini tanpa justifikasi sewajarnya.

Secara kebetulan, anak syarikat 1MDB, Brazen Sky Limited turut mengendalikan urusan perbankan dengan BSI dengan sejumlah unit dana bernilai AS$1.1 bilion dalam pegangan.

Lebih dari itu, prosiding mahkamah Singapura menunjukkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB, juga mempunyai akaun dengan BSI.

Pegawai bank BSI, Yeo Jiawei telah didakwa atas tuduhan menandatangani surat rujukan palsu atas nama BSI kepada ketua antipengubalan wang haram Citigroup Inc bagi mempermudahkan pindahan AS$11.95 juta dari SRC International kepada Equity International Partners Limited.

Penerima manfaat Equity International Partners Limited ialah Tan Kim Loong, rakan sekutu Jho Low dan juga penerima manfaat asal Tanore Finance yang menyalurkan AS$681 juta kepada akaun bank peribadi milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Pihak pendakwa Singapura merumuskan komponen ini sebagai "barisan baru" dalam siasatannya tetapi tidak jelas dalam kaitannya dengan pergerakan wang Jho Low bernilai AS$529 juta ke dalam, antara dan luar BSI.

Maklumat yang didedahkan kepada awam mungkin hanya cebisan kecil daripada penyiasatan, namun lebih banyak butiran dijangka muncul apabila prosiding mahkamah Switzerland dan Singapura bermula nanti.

Apakah ini akhiran kisah 1MDB?

Di sebaliknya, ia hanya suatu permulaan.

Sarawak Report mendakwa AS$529 juta dalam akaun Jho Low di BSI telah dikeluarkan dari BSI cawangan Singapura dan dipercayai dipindahkan ke Hong Kong.

Adalah tidak jelas institusi kewangan mana yang disalurkan itu. Pihak berkuasa Hong Kong memperakui siasatan tersebut, namun terlalu sedikit maklumat yang disediakan setakat ini.

Finma turut melaporkan meninjau ke dalam RBS Coutts, yang mana sejumlah AS$529 juta muncul sebelum ia memasuki sistem BSI.

Lebih dari itu, institusi perbankan lain turut dijangkakan terbabit sama.

Satu institusi utama ialah Falcon Private Banking, yang mana digunakan Tanore Finance untuk memindahkan AS$681 juta (yang kerap dirujuk sebagai RM2.6 billion) ke dalam akaun AmBank milik Najib.

Sungai Besar: Terpulang siapa pilihan Najib

Posted: 26 May 2016 08:54 AM PDT

 Noh Omar
Noh Omar


SUNGAI BESAR – Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengakui salah seorang daripada tujuh nama yang dicalonkan BN untuk bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar merupakan seorang guru.

Bagaimanapun, Noh yang telah menyerahkan senarai tujuh nama kepada kepimpinan tertinggi parti itu berkata, soal pemilihan calon hanya diputuskan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

"Dalam senarai nama itu memang ada juga termasuk guru. Guru kita ada, profesional pun ada," katanya ketika menjawab desas-desus yang mengaitkan salah seorang calon utama BN adalah seorang guru.

Ditanya adakah guru itu termasuk antara senarai utama sebagai calon BN, Noh sekali lagi menegaskan, keputusan itu diserahkan sepenuhnya kepada presiden parti bagi menentukan calon terbaik.

Sebelum ini, peringkat akar umbi menginginkan bekas Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Muslimin Yahaya sebagai calon terbaik BN bagi bertanding di kerusi itu.

Muslimin yang juga guru kaunseling berkhidmat sebagai Kaunselor Organisasi di Pejabat Pendidikan Pelajaran (PPD) Sabak Bernam sebelum dipinjamkan ke kementerian itu bagi membantu Allahyarham Datuk Noriah Kasnon yang terlibat dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.

Dalam pada itu, Noh mengingatkan pengundi di Parlimen Sungai Besar supaya menilai kemampuan pentadbiran kerajaan negeri yang dikaitkan dengan dakwaan permintaan wang dan perempuan.

"Kalau dulu mereka mengatakan dan menuduh pentadbiran kerajaan BN tak tulus hinggakan rakyat di Selangor terpengaruh dan percaya bahawa kalau beri peluang kepada kerajaan selain BN kononnya kerajaan bersih, telus, kerajaan yang ada integriti, tidak mengamalkan rasuah dan sebagainya.

"Tetapi, nampaknya apa yang berlaku hari ini ibarat pepatah Melayu paku dulang, paku serpih... akhirnya, bila mereka berkuasa kita lihat mereka pula lebih-lebih," katanya.

Beliau berkata, dakwaan itu dianggap sesuatu yang serius apatah lagi kenyataan itu dibuat pimpinan kanan parti itu dan bukannya daripada BN.

"Isu ini dibangkitkan seorang yang dikenali yang dapat maklumat mengatakan berlaku urusan sogokan wang dan perempuan dalam pentadbiran kerajaan negeri," katanya.

Sehubungan itu, katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa bertindak bagi menjalankan siasatan terhadap laporan berkenaan.


Al-Jufferi, Pandelela Olahragawan, Olahragawati negara

Posted: 26 May 2016 08:51 AM PDT

SINAR HARIAN

Pandelela Rinong
Ratu terjun negara Pandelela Rinong


PESILAT Mohd Al-Jufferi Jamari dan ratu terjun, Pandelela Rinong Pamg masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan pada majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2015 di sini, malam ini.

Mohd Al-Jufferi, atlet kelahiran Pahang, melakar sejarah sebagai pesilat pertama menerima anugerah itu selepas berjaya meraih pingat emas Kejuaraan Dunia ke-16, Kejuaraan Seni Mempertahankan Diri Dunia di Thailand dan Kejuaraan Terbuka Belgium buat kali keenam dalam Kelas Putra E (65-70kg).

Bagi Pandelela, ini adalah anugerah ketiga buatnya selepas 2011 dan 2013 dengan kemenangan kali ini hasil kejayaan memenangi gangsa pada Siri Terjun Dunia di Kanada dan Kejohanan Akuatik Dunia ke-16 di Kazan, Rusia dalam acara 10 meter platform wanita, sekali gus mendapat tiket ke Sukan Olimpik Rio.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyampaikan piala pusingan,
piala iringan, sijil dan wang tunai RM20,000 masing-masing kepada Mohd Al-Jufferi dan Pandelela.
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Mohd Jufferi, 24, yang meraih emas pada Sukan SEA 2015 di Singapura mengatasi lima muka baharu yang turut dicalonkan bagi anugerah itu iaitu Ooi Tze Liang (terjun), Muhammad Rafiq Ismail (tenpin boling), Thor Chuan Leong (snuker dan biliard), Loh Jack Chang (wushu) dan Mohd Harrif Saleh (berbasikal).

Pandelela pula mengetepikan lima calon lain iaitu Nur Izzati Yaakob (bola keranjang), Fatin Nurfatehah Mat Salleh (memanah), Siti Rahmah Mohamed Nasir (silat), Nur Syazrin Muhamad Latif (pelayaran) dan Chan Lu Yi (wushu).

Sementara itu, Presiden Persatuan Kriket Melayu dan bekas Presiden Persatuan Lawn Bowls Malaysia Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Pengerusi Jawatankuasa Perubatan Persatuan Olahraga Amatur Asia Tan Sri M. Jegathesan dinobatkan sebagai Tokoh Sukan di atas jasa mereka dalam pembangunan sukan negara.

Mereka masing-masing menerima piala iringan dan sijil daripada Najib.

Pelari pecut paralimpik Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi pula memenangi Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan susulan kejayaan memenangi pingat emas pada Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Qatar bagi acara 100m (T36) dan Sukan Para ASEAN (APG) Singapura dalam acara 100m dan 200m (T36).

Pelari berusia 29 tahun itu yang kini menduduki ranking nombor satu dunia dalam acara 100m T36, sudah menempah tiket ke Sukan Paralimpik 2016 di Brazil, September ini.

Atlet Paralimpik wanita, Felicia Mikat, 17, yang mencipta kejutan memenangi tiga emas pada APG Singapura, pula dipilih sebagai Olahragawati Paralimpik Kebangsaan.

Beliau memenangi emas dalam acara 100m, 200m dan 400m (T13) di Singapura pada Disember lepas.

Pasukan memanah compound lelaki dibarisi Juwaidi Marzuki, Zulfadhli Ruslan, Zaki Mazhan dan Lee Kin Lip yang memangi emas Sukan SEA bagi acara berpasukan compound dipilih pemenang Anugerah Pasukan Lelaki Kebangsaan.

Pasukan memanah compound wanita yang dibarisi Fatin Nurfatehah Mat Salleh, Saritha Cham Nong, Nur Rizah Ishak dan Nurhayati Al-Madihah Hashim yang turut membawa pulang emas Sukan SEA 2015 bagi acara berpasukan pula menerima Anugerah Pasukan Wanita Kebangsaan.

SENARAI PENERIMA ANUGERAH:

   
1. Olahragawan Kebangsaan - Mohd Al-Jufferi Jamari (silat)
   
2. Olahragawati Kebangsaan - Pandelela Rinong Pamg (terjun)
   
3. Pasukan Lelaki Kebangsaan: Pasukan Memanah Lelaki (Compound) Kebangsaan -
Juwaidi Marzuki, Zulfadhli Ruslan, Zaki Mazhan, Lee Kin Lip
  
 4. Pasukan Wanita Kebangsaan: Pasukan Memanah Wanita (Compound) Kebangsaan -
 Fatin Nurfatehah Mat Salleh, Saritha Cham Nong, Nur Rizah Ishak, Nurhayati
Al-Madihah Hashim.
  
 5. Olahragawan Paralimpik Kebangsaan - Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi
(Olahraga)
   
6. Olahragawati Paralimpik Kebangsaan - Felicia Mikat (Olahraga)
  
 7. Jurulatih Lelaki Kebangsaan - Nasri Nasir (Silat)
 
 8. Jurulatih Wanita Kebangsaan - Norsham Yoon (Olahraga - Para)
  
 9. Anugerah Kepimpinan Sukan - Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim (Pelayaran) dan
Datuk Yeoh Choo Hock (Bola Keranjang)
   
10. Tokoh Sukan: Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Tan Sri M. Jegathesan
- Bernama


Isu tandatangan 'tipu': Ratu Naga sembur api kemarahan

Posted: 26 May 2016 08:43 AM PDT



Wanita yang dikaitkan dengan penjualan pangkalan data nama dalam dakwaan penipuan tandatangan Deklarasi Rakyat, tampil melepaskan rasa berangnya.

Wanita yang menggunakan identiti "Ratu Naga" di alam maya itu menulis kemarahan beliau di Facebook hari ini.

"Nak kena ni, saya akan buat PC (sidang akhbar) jawab balik."

"Saya akan diam? No, biar part saya pula lawan," katanya, mengulas akuan bersumpah (SD) Azharuddin Othman yang didedahkan pada sidang media hari ini.

Mendakwa dirinya difitnah, Ratu Naga berkata, dia mahu mencari orang yang menuduhnya itu.

"Saya dapat tahu nama saya digunakan untuk kerja memfitnah, saya nak jumpa budak yang guna nama saya ni bersumpah dia kenal saya atau tidak," katanya.

Difahamkan Ratu Naga, dirujuk sebagai Ema dalam SD itu, akan membuat laporan polis mengenai perkara berkenaan esok.

Pada Februari lalu, Ema, atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah, didakwa bawah Akta Komunikasi dan Multimedia kerana dikatakan menulis status fitnah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Facebook.

Dalam SD itu, Azharuddin, yang berasal dari Terengganu, mendakwa Ema berjanji kepadanya bayaran RM5,000 sebagai balasan membekalkan 900,000 nama daripada pangkalan data untuk untuk menipu tandatangan dalam projek memorandum Deklarasi Rakyat.

Nama-nama itu kononnya daripada senarai yang telah disediakan kepada semua parti-parti politik pada pilihan raya umum ke-13.

Walau bagaimanapun, pengaturcara itu mendakwa hanya dibayar RM1,000.

Baru-baru ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa lebih daripada satu juta tandatangan telah berjaya dikumpul sejak Deklarasi Rakyat dilancarkan dua bulan lalu.

Demi Allah saya tak kenal dia – Ratu Naga

Posted: 26 May 2016 08:39 AM PDT

 
Beliau juga menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan inisiatif Deklarasi Rakyat 


ratu naga


PETALING JAYA: 'Ratu Naga' menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau pernah berhubung dengan pengaturcara komputer separuh masa Azharuddin Othman @ Abdullah, apatah lagi membeli pengkalan data 900,000 nama dan kad pengenalan untuk Deklarasi Rakyat daripadanya.

"Dengan nama Allah saya tak kenal dia langsung. Ini fitnah. Tapi saya tergamam sebab dia boleh bersumpah kenal saya," kata Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah ketika dihubungi FMT.

Beliau juga berkata tidak pernah memiliki sebarang perkaitan dengan inisiatif Deklarasi Rakyat yang diketuai bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

"Saya mana ada kaitan dengan Deklarasi (Rakyat). Salam dengan Tun pun tak pernah," katanya lagi.

Ditemani Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, seorang individu bernama Azharuddin Othman @ Abdullah hari ini tampil dengan akuan berkanun mendakwa didatangi 'Ratu Naga' yang ingin membeli pangkalan data 900,000 nama pada harga RM5,000.

"Pada 27 April 2016, saya dihubungi oleh Ratu Naga untuk membeli pangkalan data warganegara Malaysia dengan tujuan mengumpul 1.2 juta tandatangan untuk Deklarasi Rakyat, yang disokong oleh Tun Mahathir (Mohamad)," katanya dan mendakwa hanya menerima RM1,000 dan bukannya seperti yang dijanjikan.

Azharuddin mendakwa memiliki data tersebut memandangkan kerjanya sebagai pengaturcara komputer separuh masa dengan parti-parti politik bagi tujuan pilihan raya.

Sebelum ini, Ratu Naga menerusi akaun Facebooknya meluahkan kemarahannya dan berkata tidak akan berdiam diri dengan dakwaan tersebut.

"Saya akan buat PC (sidang media) jawab balik. Saya akan diam? No (tidak), biar saya pula lawan," katanya yang difahamkan akan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Mahkamah tolak saman Shafee terhadap Badan Peguam, 3 pihak lain

Posted: 26 May 2016 08:36 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Hakim memutuskan Muhammad Shafee tidak sepatutnya mendedahkan kepada umum maklumat sulit dalam perbicaraan kes liwat Anwar.


Datuk Seri Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak saman fitnah yang difailkan oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah terhadap Badan Peguam Malaysia dan tiga pihak lain berhubung kelakuannya sebagai timbalan pendakwa raya (DPP) dalam rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakim Datuk Hanipah Farikullah memutuskan bahawa Muhammad Shafee sebagai peguambela dan peguamcara dan juga DPP yang diberikan fiat (pemberian kuasa), tidak sepatutnya mendedahkan kepada umum maklumat sulit dalam perbicaraan kes itu.

"Tidak dipertikaikan bahawa pendedahan itu dibuat pada forum awam dan dihadiri oleh orang ramai," katanya sambil menambah bahawa membincangkan maklumat dalam perbicaraan secara tertutup hendaklah dibuat dalam forum yang sewajarnya.

Hakim menolak saman selepas mendapati Muhammad Shafee gagal untuk membuktikan dakwaannya terhadap keempat-empat defendan, Badan Peguam Malaysia, peguam Tommy Thomas, bekas hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri V. C. George, dan bekas presiden Majlis Peguam Christopher Leong.

Beliau memutuskan bahawa kesemua keempat-empat defendan telah mengemukakan pembelaan berdasarkan imbangan kebarangkalian, komen secara adil dan perlindungan bersyarat.

Kemudian, Muhammad Shafee dalam kenyataan akhbar berkata beliau kecewa dengan keputusan itu dan menambah beliau akan memfailkan rayuan bersama certificate of urgency (sijil untuk menyegerakan keputusan mahkamah) supaya perkara itu didengar dengan segera oleh Mahkamah Rayuan.

Pada Mac tahun lepas, Muhammad Shafee memfailkan saman itu kerana mendakwa bahawa pada 28 Feb, Thomas, yang disokong oleh George telah menyiarkan dan memfailkan usul untuk dibincangkan oleh AGM pada 14 Mac, tahun lepas berkaitan kelakuannya sebagai timbalan pendakwa raya dalam rayuan kes liwat Anwar yang didengar di Mahkamah Persekutuan.

Peguam itu berkata Majlis Peguam dan Leong pada 9 Mac, telah menyiarkan usul dalam laman web Badan Peguam Malaysia bertajuk "Agenda dan Usul bagi Mesyuarat Agung Tahunan ke-69 Badan Peguam Malaysia' yang boleh diakses oleh semua anggota badan itu.

Usul itu, antara lain, menyentuh kelakuan Muhammad Shafee sebagai pendakwa raya yang mengadakan jerayawara (roadshow berkaitan kes liwat Anwar.

Muhammad Shafee mendakwa bahawa berikutan penyiaran usul tersebut, defendan-defendan secara berniat jahat telah memfitnahnya untuk memusnahkan reputasi dan kerjaya beliau dalam bidang guaman.

Dalam kenyataan tuntutan, Muhammad Shafee, antara lain, memohon pengisytihadran bahawa usul itu bersifat mala fide kerana tujuan usul tersebut ialah hanya untuk mengaibkannya dan bahawa AGM bukan forum yang sesuai untuk mendengar usul itu.– BERNAMA

MyIMMs: Pegawai, anggota Imigresen terlibat akan dibuang kerja

Posted: 26 May 2016 08:33 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Siasatan dalaman sedang dijalankan bagi mengenal pasti jumlah petugas jabatan yang terbabit


sakib-kusmi_imigresen_600


KUALA LUMPUR: Pegawai dan anggota Jabatan Imigresen yang disyaki mensabotaj Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs) boleh dikenakan tindakan disiplin termasuk dibuang kerja.

Ketua Pengarahnya, Datuk Sakib Kusmi berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti jumlah petugas jabatan itu yang terbabit.

"Kita akan melihat seberat mana kesalahan dilakukan sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap mereka ini," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa kira-kira 100 individu termasuk pegawai Jabatan Imigresen disiasat kerana disyaki terbabit dalam mensabotaj pelaksanaan Sistem myIMMs.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata pertugas Jabatan Imigresen yang disiasat terdiri daripada pegawai pertengahan dan kakitangan sokongan yang berkhidmat antara satu dan lima tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membantu Jabatan Imigresen mempertingkatkan kawalan di pintu masuk negara sehingga myIMMs ditambahbaik. .

"Kita akan bantu Imigresen ketatkan kawalan di pintu masuk negara manakala risikan akan dipertingkatkan," katanya yang enggan mengulas lanjut apabila ditanya kemungkinan terdapat warga asing yang dikehendaki telah menyelinap masuk ke dalam negara ini.

"Biar kita siasat puncanya dahulu," katanya.

Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 1, menyatakan sistem myIMMs yang dibangunkan bagi menyokong operasi utama Jabatan Imigresen kurang memuaskan dan menyebabkan objektifnya terjejas.

Menurut laporan itu, kemudahan biometrik myIMMs bernilai RM10.3 juta telah dibekalkan dan dibayar, tetapi tidak dipasang dan diguna pakai di pintu masuk negara bagi tujuan penyaringan dan pengesahan identiti warga asing dan juga rakyat Malaysia.– BERNAMA

Usul Hadi ‘dijual’ untuk melariskan PAS dalam PRK?

Posted: 26 May 2016 08:29 AM PDT

Ahli Parlimen Marang sia-siakan usul persendirian yang jarang mendapat perhatian Speaker
 
 


Oleh Mujahid Yusof Rawa


Dalam tulisan-tulisan saya yang lalu, saya menyentuh soal memperundangkan syariah dengan melihat halangan-halangan perundangan yang menyekat proses memperundangkan hukum hudud.

Ada dua isu iaitu, dalam konteks mafhum Syariat ia perlu dilihat luas mencakupi aspek pencegahan, pendidikan dan infra perundangan.

Kedua ialah, melalui proses memperundangkan syariat ia perlu melalui legaslatif dan kemudian diadaptasi ke peringkat negeri.

Apa yang berlaku di Parlimen hari ini ialah aspek kedua iaitu dalam meminda seksyen 355 Akta Mahkamah Syariah 1965 dibentangkan secara bil persendirian oleh wakil Marang.

Bagi saya ia peluang untuk dibahas secara demokratik dan proses menerima atau tidak juga melalui proses demokratik.

Pihak ahli legaslatif diberi ruang mengkritik dan membahas isu syariah dalam kerangka memperundangkan dari sudut kerangka perlembagaaan dan halangan-halangan secara perlembagaan dan bukan sentimen menerima atau menolak secara emosi.

Malangnya usul persendirian yang jarang mendapat perhatian Speaker disiakan dengan Marang sendiri minta ditangguhkan perbahasan.

Ini bermakna kenyataan bil persendirian diizinkan untuk dibentang dalam hal undang-undang syariah seksyen 355 tanpa bahas boleh terdedah kepada berbagai manupulasi.

Yang menentang akan jadikan ini sebagai muqaddimah pada hudud manakala yang menyokong akan menjadikan isu ini sebagai bahan kempen PRK dan untuk konsumsi ahli parti manakala yang betul-betul mahu melihat perincian dan penjelasan tidak dapat membuat apa-apa rumusan kerana proses ini masih tergantung.

Apapun diharapkan akta berkenaan dengan hak muslim untuk mengikut hukuman jenayah syariah tidak dieskploitasikan untuk tujuan politik sempit apatah lagi untuk tujuan kempen PRK yang terdekat ini.

Jikalau ini berlaku maka agama akan 'dijual' sekali lagi untuk 'melariskan' sokongan yang bakal diraih.

Saya menunggu perincian Marang dan mahu membahasnya dalam korum Parlimen supaya peranan demokrasi tidak membelakangkan keperluan perundangan syariah sebagai sebahagian daripada atur mainan demokrasi.

Sebagai demokrat yang muslim, saya akan menyokong perbahasan yang bebas, adil dan bertanggungjawab yang akhirnya menelurkan satu keputusan seperti mana-mana rang undang-undang.

Tetapi saya bantah jika usul Marang dibuat sebagai bahan kempen untuk mengukuhkan kedudukan partinya atau untuk PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Semua pihak yang berkolaborasi untuk tujuan politik sempit atas nama memperundangkan syariat bukan sahaja tidak ada moral tetapi telah 'menjual agama' untuk tujuan politik.

Saya harap ianya tidak begitu walaupun sejarah 'jual agama' sinonim dengan beberapa kelompok umat beragama termasuk Islam.

Sememangnya RUU persendirian pindaan Seksyen 355 Akta Mahkamah Syariah 1965 masih lagi dalam kekaburan.

Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa adalah Ahli Parlimen Parit Buntar dan Naib Presiden AMANAH

Tiada kakitangan 1MDB digaji Kementerian Kewangan

Posted: 26 May 2016 08:24 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


"Hubungan kita dengan 1MDB adalah setakat ini hanya membabitkan beberapa bon yang dijamin oleh kerajaan," kata Johari.


Johari-Abdul-Ghani_1mdb_600


KUALA LUMPUR: Tiada mana-mana kakitangan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang digaji oleh Kementerian Kewangan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani.

"Ia (1MDB) adalah sebuah syarikat dan kita adalah badan kerajaan. Terdapat perbezaan antara kedua-duanya.

"Hubungan kita dengan 1MDB adalah setakat ini hanya membabitkan beberapa bon yang dijamin oleh kerajaan," katanya kepada pemberita selepas Sidang Kemuncak Perbankan Malaysia ke-20 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sama ada kakitangan 1MDB akan ditempatkan di kementerian berkenaan.

Semalam, Johari dilaporkan berkata bahawa aset firma pelaburan strategik kerajaan itu akan dipindahkan ke Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) menjelang pertengahan Jun ini.

Beliau berkata 1MDB, kemudian akan menjadi sebuah syarikat tidak aktif untuk menguruskan liabiliti dan bon yang telah diterbitkannya.

"Ini tidak bermakna kerajaan perlu mengambil (menggaji) kakitangan mereka. Itu bukan cara kita," latanya.
Bernama

PRK Sg Besar jadi kayu ukur BN Selangor untuk PRU14

Posted: 26 May 2016 04:25 AM PDT

 
Ini disebabkan strategik BN yang telah dilakukan sejak awal lagi bagi menghadapi PRU14


noh-omar


KUALA LUMPUR: Keputusan PRK Sungai Besar bakal menjadi penanda aras sama ada BN Selangor boleh mencapai kejayaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Pengarah PRK Sungai Besar, Datuk Seri Noh Omar berkata, ini kerana BN telah merancang dan memulakan strategi sejak awal lagi untuk menghadapi PRU14.

"Kita telah buat strategi di seluruh negeri Selangor. Bukan kerana nak hadapi PRK sahaja tetapi kita sedia untuk hadapi PRU14.

"Kalau PRK (Sungai Besar) dah ada, InsyaAllah kita dapat lihat apa yang dirancang sama ada berjaya atau tidak," katanya pada Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor 2016 di Pusat Konvensyen Ideal Selayang hari ini.

Noh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, BN perlu memfokuskan kekuatan dalam menyusun jentera pilihan raya dan cara untuk meningkatkan penyokong BN di Parlimen Sungai Besar.

"Kita tidak kisah jika ada perlawanan dua penjuru atau tiga penjuru. Kita juga tidak melihat kelemahan atau kekuatan mereka (pembangkang).

"Jika mereka nak berebut kerusi atau siapa nak menang, biarlah. Yang penting kita tumpukan kekuatan kita," katanya sebagai mengulas kenyataan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki yang berpendapat pertembungan tiga penjuru di PRK Sungai Besar bakal memberi kelebihan kepada parti Islam itu.

Pandangannya itu dibuat berdasarkan peningkatan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta trend pengundi Cina kembali menyokong BN.

Dalam pada itu, Noh juga tidak kisah jika bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu turun menyokong kempen pembangkang.

"Tun M nak sokong pembangkang, itu hak dia. Dia bukan ahli UMNO. Jadi tentu dia cari salah kita.

"Ini negara demokrasi. Dia nak sokong siapa biarlah, tetapi bagi kita siapa juga nak tentang BN kita akan tentang (dia)," katanya.

Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong selepas penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, 5 Mei lalu.

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan diadakan serentak dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun, disusuli pengundian awal pada 14 Jun dan hari mengundi pada 18 Jun nanti.

Lelaki dakwa jual 900,000 nama untuk Deklarasi Rakyat

Posted: 26 May 2016 04:21 AM PDT

 
Azharuddin mendakwa 300,000 penandatangan bukan daripada senarainya


Man-claims-Save-Malaysia-bought-1.2-million-signatures-from-him


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tampil mendakwa telah menjual pangkalan data yang mengandungi 900,000 nama dan nombor kad pengenalan untuk Deklarasi Rakyat.

Lelaki itu, Azharuddin Othman @ Abdullah, hari ini dibawa ke depan oleh aktivis PKR yang juga penentang Deklarasi Rakyat, Badrul Hisham Shaharin (Chegubard).

Azharuddin menunjukkan salinan akuan berkanun yang mendakwa didatangi seorang wanita yang menggunakan nama samaran "Ratu Naga" di Facebook.

Azharuddin mendakwa 300,000 daripada 1.2 juta penandatangan bukan daripada senarainya.

Selainnya adalah nama daripada pangkalan data pilihan raya yang digunakannya dalam kerjanya dengan parti-parti politik bagi tujuan pilihan raya sebagai pengaturcara komputer separuh masa.

"Pada 27 April 2016, saya dihubungi oleh Ratu Naga untuk membeli pangkalan data warganegara Malaysia dengan tujuan mengumpul 1.2 juta tandatangan untuk Deklarasi Rakyat, yang disokong oleh Tun Mahathir (Mohamad).

"Beliau sedia maklum bahawa saya mempunyai pangkalan data yang mengandungi maklumat jutaan rakyat Malaysia yang boleh disesuaikan untuk pelbagai tujuan," katanya dalam sidang media di sebuah restoran di Lembah Pantai hari ini.

Azharuddin mendakwa wanita itu menawarkan RM5,000 untuk maklumat daripada pangkalan data tersebut dan memberitahu Mahathir tidak mahu namanya dilibatkan dalam projek itu.

Bagaimanapun, Azharuddin berkata dia hanya dibayar RM1,000 bulan lalu. Beliau juga mengatakan mempunyai salinan komunikasi WhatsApp dengan Ratu Naga.

Azharuddin, yang berasal daripada Terengganu, menghentikan pendedahan setakat ini dan membuka ruang kepada Chegubard untuk mengemudi sidang media.

Chegubard berjanji akan meneruskan pendedahan ini tidak lama lagi.

"Kita dedahkan banyak ini dahulu. Kita tunggu respon daripada mereka (penyokong pro-Deklarasi)."

Mahu Malaysia hebat semula? Selesaikan isu 1MDB, kata Lim

Posted: 25 May 2016 05:20 PM PDT

MALAYSIAKINI
 
 
Lebih baik selesaikan segera isu 1MDB yang berlarutan jika ingin Malaysia menjadi negara hebat di Asia sekali lagi, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Tan Sri Mohd Irwan Siregar.

Mohd Irwan pagi ini memberitahu belia Malaysia bahawa sikap berpuas hati menyebabkan Malaysia kehilangan kedudukan utama di rantau ini, dan kini terpaksa bersaing dengan negara  yang ketinggalan seperti Vietnam dan Indonesia.

"Biar Mohd Irwan (gambar) nasihatkan perdana menteri yang juga menteri kewangan bahawa Malaysia tidak seharusnya menjadi tumpuan dunia untuk alasan yang salah.

"Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah untuk membawa skandal global 1MDB ke penghujungnya,
bukan dengan cara menutup segala-galanya yang mustahil dalam masyarakat global di era maklumat," katanya dalam satu kenyataan.

Lim berkata ini boleh dilakukan dengan menubuhkan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat derma RM2.6 bilion yang diterima oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isu 1MDB.

Jika tidak, beliau berkata, Malaysia akan hanya menerajui dalam penyelewengan kewangan dan menafikan salah laku walaupun terdapat siasatan antarabangsa mengenai perkara itu.

"Pernahkah terdapat kes seumpama ini, di mana syarikat yang sedang disiasat kerana pengubahan wang haram bernilai berbilion ringgit dan rasuah global dengan puluhan negara asing melakukan siasatan tetapi dinafikan oleh syarikat yang terjejas berkenaan dan kerajaan?

"Pada skor ini, kita menjadi yang pertama di dunia," katanya.

Gesaan itu dibuat ketika pihak berkuasa Switzerland berkata tindakan jenayah telah diambil terhadap bank BSI kerana pengubahan wang haram dan rasuah yang berkaitan dengan 1MDB.

Pihak berkuasa Singapura juga mengarahkan penutupan BSI di Singapura.

1MDB berkata ia sedang bekerjasama dalam semua siasatan tetapi tidak agensi Singapura dan Switzerland yang menghubungi firma pelaburan negara itu.

Lantikan AG atas nasihat PM perlu dipinda

Posted: 25 May 2016 05:15 PM PDT

Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman
Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman - Foto Sinar Harian


SHAH ALAM - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman mencadangkan Perlembagaan Negara dipinda agar pelantikan Peguam Negara dan ahli lembaga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dilantik atas nasihat Perdana Menteri.

Abdul Aziz yang juga merupakan pengamal undang-undang berkata, lantikan Peguam Negara dan ahli lembaga SPRM oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap sistem sedia ada.

"Yang kita tidak berpuas hati adalah dari segi pelaksanaan... kita hendak tukar semua sekali pun susah, jadi saya hendak cadangkan dua perkara yang pertama pelantikan Peguam Negara sekarang oleh YDPA atas nasihat PM.

"Kalau boleh kita pinda perlembagaan ini jangan ada nasihat daripada kerajaan, dan orang politik, sebab kalau ikut cara sekarang, rakyat sudah tidak ada keyakinan, kita lantik orang betul pun orang sudah tidak percaya," katanya pada Wacana Sinar Harian Siri ke-39 akan diadakan hari ini di Dewan Sultan Muhammad ke V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, dengan tajuk 'Siapa lebih berkuasa: Pentadbir atau ahli politik?'.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, "ahli-ahli lembaga (SPRM) dia hendaklah dilantik oleh YDPA, jangan ada kena mengena dengan kerajaan... kita cari jalan pinda, sebab kalau kita tidak lakukan perubahan ini, susah kita hendak yakinkan orang ramai."

Jelasnya lagi, apa yang penting adalah tidak perlu ada campur tangan orang politik dalam melantik para pentadbir kerajaan,

"Jangan ada campur tangan ahli politik... dan apa kita buat dalam negara ini mesti berasas kepada undang-undang," tegas beliau.

Wacana Sinar Harian Siri ke-39 hari ini dibarisi oleh panel terkemuka iaitu bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor; bekas Speaker Dewan Negara, Tan Sri Adam Kadir dan  Abdul Aziz.  Program dikendalikan oleh Nazri Kahar

'BN kena bimbang dengan Dr M, jangan terlalu yakin'

Posted: 25 May 2016 05:05 PM PDT



Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berpendapat BN tidak seharusnya selesa dan terlalu yakin menjelang pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Ini kerana, katanya, BN perlu berasa bimbang ekoran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan akan turut berkempen bagi pihak pembangkang pada pilihan raya kecil itu.

"Tak boleh kata tak bimbang. Jika kita kata tak bimbang (Mahathir berkempen untuk pembangkang) macam terlalu yakin (over confident).

"Apa benda yang berlaku kita kena ada kebimbangan. Kalau Tun berkempen untuk pembangkang, kita kena rasa bimbang.

"Kita kena kerja lebih. Kita kena jawab kalau dia ada buat tohmahan. Tak boleh kata 'tak apa'," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita berhubung dakwaan yang mengatakan Mahathir akan turut berkempen bagi memastikan kekalahan BN pada pilihan raya kecil 18 Jun depan.

Selain itu, anggota parlimen Ketereh itu juga berkata, walaupun pada pilihan raya negeri Sarawak yang lalu memberi kemenangan besar buat BN namun parti itu tetap perlu bekerja keras.

"Kita tak boleh memandang rendah. Kita kena kerja kuat.

"Kita kena bagi penjelasan kalau benda yang didakwa tak betul. Kita kena lipat gandakan usaha. Jangan ambil mudah. Kalau kita rasa tak ada apa-apa, tandanya kita dalam bahaya," ujarnya lagi.

Tidak seperti Sarawak, bekas perdana menteri selama 22 tahun itu dikatakan akan turut berkempen menentang BN dalam dua pilihan raya kecil bulan depan.

Perkara itu dinyatakan bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.


Kaya 'disapu' Harimau Selatan

Posted: 25 May 2016 05:03 PM PDT

Pasukan gergasi bola sepak negara - JDT dengan mudah menumpaskan kelab dari Filipina, Kaya FC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, sebentar tadi.

Pada saingan peringkat kalah mati Piala AGC 2016 itu, anak buah Mario Gomez ternyata mendominasi gelanggan mereka sendiri.

Jaringan besar 7-2 itu cukup membuktikan lagi skuad Harimau Selatan bukanlah lawan mudah, malah kini mereka menempah slot ke peringkat suku akhir.

Walaupun keadaan padang yang basah, JDT berjaya membuka jaringan pertama oleh Juan Lucero seawal minit ke-14 melalui sepakan percuma.

JDT kemudiannya mengukuh kedudukan apabila Pereyra Diaz menyempurnakan sepakan penalti di minit ke-23.

Tampil sempurna, persembahan JDT kali ini teratur di setiap posisi sekali gus menguasai permainan.
Dari barisan pertahanan, tengah, sayap dan bahagian serangan kawalan bola jentera tuan rumah sukar disangkal pasukan pelawat.

Kaya FC sebagai pasukan baru dalam saingan musim ini mungkin lawan sebenar buat JDT.

Bagaimanapun, mereka sekurang-kurangnya mempamerkan semangat melawan yang baik dan hasilnya mampu menjaringkan dua gol.

Separuh masa pertama menyaksikan JDT menghasilkan empat gol sebelum waktu rehat iaitu dijaringkan Azamuddin Akil pada minit ke-33 dan 40.

Sementara itu, Gomez menyifatkan kemenangan anak buahnya malam ini menjadi penutup indah sebelum berehat panjang.

Di aksi separuh masa kedua, pasukan pelawat menunjukkan kebangkitan dan mengejutkan tuan rumah melalui gol pertama dijaringkan Jose Elmer Porteria.

Namun, jaringan di minit ke-53 itu hanya memberi kegembiran seminit buat mereka apabila Lucero meledak gol kelima sejurus selepas itu.

Selepas jaringan itu, Mahali Jasuli muncul penjaring gol keenam tuan rumah sebelum Lucero melengkapkan hatriknya di ke-70.


Polis tangkap 'Keluang Man' kerana hina TMJ

Posted: 25 May 2016 05:01 PM PDT

 
 
Polis menahan seorang individu susulan tulisan di Twitter yang didakwa menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Masyhur Abdullah, 29, yang menggunakan identiti "Keluang Man" di atas talian ditahan di Kuala Lumpur pagi ini.

Ketua Polis Johor Wan Ahmad Najmuddin mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Dia ditangkap di Kuala Lumpur, dan harus dibawa balik ke Johor Bahru dan kita harus mohon reman untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Keluang Man dikatakan mengeluarkan perkataan menghina itu sebagai reaksi terhadap gambar manipulasi grafik yang memaparkan TMJ yang sedang makan gajah kecil bertulis CEO.

TMJ dikatakan merujuk kepada bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) pasukan bola sepak Pahang Ahrizal Hasan selepas perlawanan dengan JDT sebelum itu.

Pahang memakai gelaran Tok Gajah dalam arena bola sepak Malaysia.

Tunku Ismail Kemudian menjelaskan gambar itu tiada tujuan peribadi.

Seksyen 233 berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Jika sabit kesalahan, seseorang itu boleh dikenakan denda sehingga RM50,000, dipenjarakan sehingga setahun atau denda RM1,000 setiap hari kesahan berlaku setelah sabitan kes

Zuhdi: Pertandingan tiga penjuru beri peluang pada PAS di Sg Besar

Posted: 25 May 2016 04:59 PM PDT


Pengarah Pusat Penyelidikan PAS pusat, Dr Zuhdi Marzuki menyifatkan pertembungan tiga penjuru dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar bakal memberikan kelebihan kepada parti itu.

Berucap dalam satu ceramah perdana di Taman Melewar, Gombak malam tadi, Zuhdi berkata pandangan itu dibuat berdasarkan peningkatan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta trend sokongan pengundi Cina yang semakin kembali kepada BN.

Zuhdi yang juga AJK PAS pusat berkata, pertembungan dua penjuru antara PAS dan BN menyaksikan pengundi Cina berpihak kepada BN manakala pengundi Melayu berpecah antara dua parti itu.

Katanya lagi, pertembungan dua penjuru antara Pakatan dan BN pula menyaksikan situasi sama seperti pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang lalu di mana majoriti pengundi Cina mengundi Pakatan dan majoriti pengundi Melayu mengundi BN.

"Kalau bertanding tiga penjuru, sejumlah pengundi Cina tidak akan pergi kepada Pakatan Harapan. Jadi peluang kita lebih besar kerana sokongan pengundi Melayu terhadap PAS sekarang lebih kurang sama dengan BN," kata Zuhdi.

Berdasarkan perangkaan terbaru Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Sungai Besar mempunyai 67.18 peratus pengundi Melayu, pengundi Cina (31 peratus), pengundi India (1.91 peratus dan kaum lain (0.23 peratus).

Mengulas lanjut Zuhdi yang juga ketua penerangan PAS Perak berkata kajian pusat penyelidikan parti itu mendapati PAS hanya ketinggalan 399 undi sahaja kepada BN di Sungai Besar.

"Perubahan boleh berlaku jika kita kerja keras. Dengan sokongan pengundi Melayu dan sedikit lonjakan sokongan pengundi India, kita ada peluang," katanya lagi.

Kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, yang dimenangi BN dalam pilihan raya umum lalu kosong berikutan anggota parlimennya terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu.

Pilihan raya kecil untuk kedua-dua kawasan itu akan diadakan pada 18 Jun depan. PAS bakal mengumumkan calonnya bagi PRK Sungai Besar esok.

Sementara itu, siri ceramah perdana itu sepatutnya menampilkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi sebagai penceramah utama selain Naib Presiden PAS, Idris Ahmad dan Exco negeri Selangor Dr Zaidy Abdul Talip serta Dr Zuhdi.

Ceramah yang dijadual bermula sekitar jam 9 malam itu hanya bermula pada 10 malam di mana pengerusi majlis memaklumkan Abdul Hadi dalam perjalanan ke lokasi ceramah.

Bagaimanapun, selepas beberapa pemimpin berucap sekitar jam 11.30 malam hadirin dimaklumkan Abdul Hadi tidak dapat hadir kerana terpaksa menghadiri sidang Dewan Rakyat di Parlimen awal pagi ini.


Pindahan aset 1MDB selesai pertengahan Jun - Johari

Posted: 25 May 2016 04:48 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pindahan aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada Kementerian Kewangan (Diperbadankan) dijangka selesai pada pertengahan Jun ini.
 
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani berkata, cabang pelaburan strategik kerajaan itu akan menjadi syarikat tidak aktif untuk menguruskan liabiliti dan bonnya yang ia telah terbitkan.
 
"Kementerian juga memutuskan 1MDB tidak lagi dibenarkan untuk membuat pinjaman daripada mana-mana institusi dan perlu menguruskan liabiliti dan bonnya melalui apa juga cara," kata Johari kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. 
 
Beliau juga berkata nilai aset dipindahkan dijangka meningkat dan mencukupi untuk menampung semua liabiliti 1MDB termasuk komitmen bonnya.
 
Mengenai penutupan operasi BSI Bank Ltd (BSI Bank) di Singapura, Johari berkata ia tidak akan memberi sebarang impak kepada operasi 1MDB.
 
"1MDB tidak mempunyai banyak urus niaga dengan mereka (BSI Bank)," katanya. 
 
Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) mengumumkan pada semalam ia mengarahkan penutupan BSI Bank milik Switzerland di Singapura.
 
Notis hasrat telah diserahkan kepada bank itu untuk menarik balik statusnya sebagai bank saudagar di Singapura berhubung pelanggaran serius syarat-syarat anti pengubahan wang haram, pengawasan pengurusan operasi bank yang lemah dan salah laku oleh beberapa kakitangan bank. 
 
Terdahulu dilaporkan pengawal selia kewangan Switzerland bersetuju dengan pengambilalihan dan pembubaran BSI Bank, yang terbabit dalam siasatan 1MDB.
 
1MDB menjelaskan ia tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak berkuasa undang-undang asing mengenai perkara berkaitan dengan syarikat itu tetapi mengesahkan pemilikan pelbagai pelaburan dananya tidak terjejas oleh pengumuman tersebut.
 
 

Banglo Guan Eng: SPRM serah kertas siasatan kepada Peguam Negara

Posted: 25 May 2016 04:47 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerahkan kertas siasatan kes melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, kepada Peguam Negara, petang tadi.
 
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, dokumen yang telah lengkap itu akan diteliti Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum membuat keputusan untuk tindakan selanjutnya.
 
"Sekiranya Tan Sri Mohamed Apandi berpuas hati terhadap keterangan kertas siasatan yang dikemukakan, maka tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil.
 
"Sebaliknya, sekiranya siasatan SPRM didapati tidak mempunyai keterangan yang mencukupi, maka tiada tindakan undang-undang diambil," katanya.
 
Menurut Azam lagi, perkara tersebut adalah selaras dengan Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan yang mana kuasa mendakwa adalah di tangan Peguam Negara.
 
Pegawai SPRM pda Ahad lalu berkunjung ke rumah Guan Eng untuk mengambil keterangan berhubung pembelian banglonya yang dikatakan pada harga di bawah nilai pasaran.
 
Sebanyak lapan pegawai SPRM dalam tiga kenderaan dilihat masuk ke perkarangan banglo Lim kira-kira 3 petang dan beredar kira-kira sejam kemudian.
 
Penasihat Undang-Undang Ketua Menteri Ramkarpal Singh  berkata Guan Eng telah diminta memberi keterangan di Pejabat SPRM negeri pada 10 pagi ini.
 
Pada 6 Mei lepas, Guan Eng dan isteri Betty Chew diminta memberi keterangan di pejabat SPRM berhubung kes sama dan penjualan tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin yang pada asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin.
 
 

Comments (0)