Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:04 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Najib gagal teruskan saman tanpa perbicaraan penuh

Posted: 23 May 2016 01:21 AM PDT

Najib Tun Razak
Najib Tun Razak


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk penyelesaian saman beliau terhadap Harakah dan Harakahdaily berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hanya dari segi undang-undang tanpa melalui perbicaraan penuh.

Peguam, Datuk Hafarizam Harun memaklumkan perkara itu kepada media selepas prosiding di dalam kamar Hakim,Datuk Hue Siew Kheng sebentar tadi.

Menurutnya, permohonan yang difailkan anak guamnya ditolak dengan kos RM3,000.

Beliau berkata, alasan permohonan ditolak adalah berdasarkan keputusan terdahulu dalam permohonan interlokutori Najib bahawa kes itu hanya boleh dibicarakan.

Pada 18 Mac 2015, Najib memfailkan saman terhadap Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakop dan Ketua Editor Harakahdaily, Taufek Yahya kerana menerbitkan artikel yang didakwa memfitnah mengenai 1MDB yang ditulis oleh Rosli pada 19 Februari tahun lepas.

Dalam pernyataan tuntutannya, Najib berkata, artikel itu menggambarkan yang beliau telah menyalahgunakan dana 1MDB dan penerbitan artikel itu berniat untuk mencemarkan reputasi beliau.

Beliau juga mendakwa bahawa Taufek telah gagal mengamalkan kewartawanan bertanggungjawab dan tidak mengesahkan sama ada isi kandungan artikel ditulis Rosli adalah betul sebelum menerbitkannya.

Najib berkata, kedua-dua defendan sengaja menerbitkan artikel itu dengan agenda peribadi untuk menjejaskan keyakinan rakyat terhadap beliau.

Peguam Wan Rohimi Wan Daud mewakili Dr Rosli dan Taufek.


500,000 saman tertunggak, waran tangkap warga asing sejak 2010

Posted: 23 May 2016 01:14 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Warga Singapura mencatatkan jumlah saman tertunggak paling tinggi iaitu 173,667 saman dan waran tangkap tertinggi melibatkan warga Brunei dengan 77,857 waran.


warga-asing


BUKIT KAYU HITAM: Sebanyak 455,458 saman tertunggak dan waran tangkap terhadap warga asing direkodkan sejak 2010, kata Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mahamad Akhir Darus.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 364,473 melibatkan saman pelbagai kesalahan dan 90,985 pula melibatkan waran tangkap.

Katanya warga Singapura mencatatkan jumlah saman tertunggak paling tinggi iaitu 173,667 saman dan waran tangkap tertinggi melibatkan warga Brunei dengan 77,857 waran.

"Ops Saman Tertunggak Warga Asing (OSTWA) yang dilaksanakan sejak empat hari lepas, merekodkan 2,735 saman dan 165 waran tangkap berjaya dikeluarkan selepas melakukan pemeriksaan terhadap 6,776 kenderaan.

"Kita juga telah keluarkan 640 saman terhadap pemandu warga asing. Polis menggunakan peranti Sistem Bayaran Kompaun Dalam Talian (MCOPS) dan juga alat pengimbas nombor plat kenderaan (ANPR) untuk kesan pemilik kenderaan yang

memiliki waran tangkap dan saman trafik tertunggak," katanya kepada pemberita ketika menghadiri OSTWA Zon Utara di KM1.3 Lebuhraya Utara-Selatan, di sini hari ini.

Beliau berkata menerusi operasi itu, seramai 166 anggota dan pegawai polis ditugaskan melaksanakan operasi tersebut melibatkan tiga negeri bersempadan dengan negara jiran iaitu Kedah, Perak dan Perlis.

Mahamad Akhir berkata bagi pesalah trafik tempatan, mereka perlu menyelesaikan hampir sejuta saman tertunggak dan waran tangkap.Bernama

Jika tewas lagi 2 PRK, ‘pelamin angan’ pembangkang musnah

Posted: 23 May 2016 01:01 AM PDT

 
Cita-cita rakyat Malaysia melihat kesepaduan serta kesepakatan parti pembangkang, umpama 'pungguk rindukan bulan'.
 
 
pakatan-ph


Selepas pembangkang menerima pukulan 'KO' daripada BN dalam PRN ke-11 Sarawak pada 7 Mei lalu, kekalutan terus berlaku dalam blok itu untuk menghadapi PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.

Selepas berjaya menidakkan majoriti dua per tiga BN dan mendabik dada memenangi undi popular pengundi dalam PRU13 tiga tahun lalu, penyokong pembangkang mula sedar tiada cara sebenarnya untuk parti pembangkang bersatu hati membentuk sistem dua parti sebagai kaedah paling ideal menumbangkan BN dan UMNO.

PAS-PKR-DAP-AMANAH tidak mungkin dapat duduk semeja membentuk barisan kerajaan pemerintah menggantikan BN dan segala cita-cita rakyat Malaysia melihat kesepaduan serta kesepakatan antara parti ini, seperti 'pungguk rindukan bulan'.

Walaupun BN terutamanya UMNO adalah 'underdog' dalam PRK Sungai Besar memandangkan penyandangnya, allahyarham Datuk Noriah Kasnon hanya menang majoriti 399 undi, jentera kerajaan Selangor yang ditunjangi PKR dikepalai Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali tetap terpaksa berdepan pelbagai serangan, bukan saja dalam kalangan pembangkang tetapi dalam parti sendiri.

Dengan sikap keras PAS yang tidak mahu berundur memberikan laluan kepada parti pembangkang lain terutama AMANAH, kepada surat terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi kata dua mengenai Deklarasi Rakyat ditunjangi Tun Dr Mahathir Mohamad hinggalah kebocoran 'Whatsapps' Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengenai rasuah wanita dan duit dalam kerajaan Selangor.

Semua faktor itu bukanlah 'winning point' untuk pembangkang terutama sekali kepada Azmin dalam memenangi PRK Sungai Besar apatah lagi PAS tidak akan berkompromi menyerahkan Sungai Besar serta Kuala Kangsar kepada Pakatan Harapan.

Itulah ujian paling besar yang perlu dihadapi Azmin bagi mengemudi Pakatan Harapan dan PAS bagi mengurangkan bilangan kerusi Parlimen yang dimiliki BN.

PKR sudah pasti tidak boleh mengharapkan DAP untuk turun berkempen jika parti Islam itu bertanding menentang BN daripada UMNO dan tekanan akan wujud dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan supaya blok pembangkang itu turut meletakkan calon.

Pertembungan tiga penjuru di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar seperti sudah mengangkat sebelah tangan tanda kemenangan kepada calon UMNO dan membuatkan Datuk Seri Najib Razak mengukuhkan cengkaman selaku perdana menteri dan presiden UMNO.

Satu-satunya senjata yang dimiliki Azmin ketika ini ialah Mahathir, yang kerjasamanya dengan pembangkang terutama sekali Pakatan Harapan tidak direstui langsung Anwar hingga turut membuatkan PKR terbelah dua.

Malah timbul juga cakap-cakap dalam PKR dan Pakatan Harapan Mahathir adalah 'trojan horse' yang dihantar UMNO untuk menjahanamkan pembangkang.

Dalam politik segalanya ada kemungkinan.

Mahathir memberi amaran, mustahil UMNO kalah jika berlaku pertembungan tiga penjuru. Satu lagi amarannya ialah PAS mungkin akan 'menjual' maruah diri dengan menarik diri sekiranya, berlaku pertembungan dua penjuru.

Jadi apakah strategi Azmin ketika ini? Inilah dilema yang perlu dihadapi dan dicongak timbalan presiden PKR itu yang menduduki jawatan MB Selangor secara tidak sengaja apabila 'Langkah Kajang' diilhamkan Anwar bagi menyingkirkan Tan Sri Khalid Ibrahim menemui kegagalan.

Di pihak BN dan UMNO pula, Najib dan 'jeneral' perangnya di Putrajaya dan PWTC sedar dan semakin tersenyum lebar apabila pembangkang kian ketandusan modal dalam 'membelasah' mereka.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Muhkriz Mahathir kini hanya menghitung hari untuk dipecat daripada UMNO, kedudukan Najib akan bertambah kukuh. Skandal 1MDB atau derma peribadi RM2.6 bilion tidak akan memberikan sebarang kesan besar lagi kepadanya dan UMNO.

Jika 'status quo' berjaya dikekalkan dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Mei ini, rakyat Malaysia boleh menjangkakan Najib akan bersedia memanggil PRU14 pada bila-bila masa tahun depan.

Dan ketika itu, BN dan UMNO akan terus kekal membentuk kerajaan dan mengekalkan kedudukan di Putrajaya dan menyaksikan 'pelamin angan' pembangkang untuk menjadi kerajaan musnah disebabkan terus gagal membentuk kesepakatan serta kesepaduan antara mereka.

TINDAKAN BETUL OLEH TUN M

Posted: 23 May 2016 12:57 AM PDT

shahbudindotcom


 
 
Kesediaan Tun Mahathir Mohamad untuk turun berkempen membantu calon Pakatan Harapan dalam pilihanraya kecil Parlimen Sungai Besar harus dilihat sebagai berita gembira kepada rakyat yang inginkan perubahan dan pembaharuan.

Ini juga merupakan tindakan yang betul yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri itu dalam usaha berterusannya memberi tekanan kepada Najib.

Bukankah selama ini pimpinan UMNO sendiri yang mengatakan jika ingin menumbangkan Najib agar melakukannya melalui pilihanraya?

Kini, dengan pengesahan Khairuddin Abu Hassan, bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan bahawa Tun Mahathir akan turut berkempen membantu calon Pakatan Harapan di Sungai Besar, beliau sebenarnya hanya melakukan apa yang digalakkan oleh pemimpin UMNO sendiri.

Meskipun sehingga ini Khairuddin, individu yang diketahui rapat dengan bekas Perdana Menteri itu hanya mengesahkan kesediaan Tun Mahathir berkempen di Sungai Besar saja, namun adalah dipercayai beliau akan melakukan perkara yang sama juga di Kuala Kangsar nanti.

Maka, janganlah pula ada yang "melompat-lompat kepanasan"  dan menyerang Tun Mahathir dengan pelbagai ungkapan yang seolah-olah beliau tidak mengenang jasa UMNO, ingin "membunuh"  UMNO dan seumpamanya berikutan tindakannya ini.

Tun Mahathir hakikatnya hanya memilih satu lagi saluran yang sah untuk menyingkirkan Najib.

Mengalahkan BN dalam pilihanraya kecil ini, walaupun tidak mengubah kedudukan kerajaan Pusat, tetapi ia adalah mesej penolakan serta permulaan kepada mudahnya lagi untuk menjatuhkan "Pahlawan Bugis" itu.

Pengundi yang marah dengan bala 1MDB, kecewa kerana seorang Perdana Menteri tidak sepatutnya ada wang sebanyak RM2,600 juta dalam akaun peribadi di sebalik GST diperkenal dan subsidi dihapuskan, geram dengan kenaikan harga barang dan peningkatan kos hidup serta  malu kerana imej negara tercalar teruk di peringkat antarabangsa, inilah masanya untuk berganding bahu bersama Tun Mahathir untuk menghantar mesej yang lebih jelas kepada Najib.

Tambahan lagi Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah pilihanraya kecil terakhir sebelum PRU 14, maka peluang keemasan ini tidak harus dilepaskan begitu sahaja.


 

Amanah wakili PH sebelum ada keputusan baru, tegas Ir Izham Hashim

Posted: 23 May 2016 12:40 AM PDT

ARIF ATAN
 
 
Ir. Izham HashimIr. Izham Hashim


Selagi tiada perbincangan semula berkaitan pengagihan kerusi secara menyeluruh antara komponen parti dalam Pakatan Harapan, Amanah layak meletakkan calon di semua kerusi yang ditandingi Pas sebelum ini.

Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim berkata, antara tujuan penubuhan Amanah pada 16 September tahun lalu adalah untuk mengambil alih tempat Pas dalam Pakatan Harapan.

"Segala pendekatan lain akan dilihat sebagai membuli Amanah dan menjadikan Pakatan Harapan bahan ketawa orang. Kita bukan nak lawan Pas.

"Musuh utama Pakatan Harapan ialah BN tetapi oleh sebab Pas tiada dalam Pakatan Harapan maka kita tidak dapat mengawal tindakan mereka," tegasnya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya keutuhan Pakatan Harapan diutamakan terlebih dahulu tanpa gerak kerja gabungan itu terjejas jika Pas turut bertanding.

Menurut Izham, Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar perlu menjadi bukti bagi meyakinkan rakyat bahawa Pakatan Harapan berupaya mengambil alih kerajaan Persekutuan dari BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Mengulas lanjut, ujarnya, tujuan penyertaan Pakatan Harapan dalam PRK ini adalah untuk menghantar mesej kepada rakyat bahawa gabungan pembangkang itu bersedia menggantikan BN sebagai kerajaan.

"Kita juga ingin melihat trend sokongan yang jelas kepada Pakatan Harapan walaupun terpaksa berdepan pertandingan lebih dua penjuru supaya dapat dibuat persiapan menjelang pilihan raya umum ini.

"Jika kita masuk PRK ini dalam keadaan Pakatan Harapan kelihatan seperti hidup segan mati pun mahu dan Pas terus dimanjai walaupun semua tahu mereka punca perpecahan Pakatan Rakyat, maka ucap selamat tinggal sajalah kepada Putrajaya," tegasnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, PKR telah berunding dengan Pas sebelum ini walaupun parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak termasuk dalam komponen Pakatan Harapan.

PKR melalui Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengakui rundingan berhubung pembahagian calon bertanding bagi PRK serentak itu melibatkan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Pengarah Pilihan Raya, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Politik Hadi, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar.

Walau bagaimanapun, keputusan muktamad berhubung calon bertanding hanya akan diketahui selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan esok.

BN kemuka calon 'pasti menang' pada PRK Sungai Besar

Posted: 23 May 2016 12:37 AM PDT

DALIA ISMAIL
 
 
Mat Nadzari Ahmad Dahlan Mat Nadzari Ahmad Dahlan
BN Selangor berkeyakinan tinggi pertikaian menentukan calon dikalangan parti pembangkang di negeri itu tidak memberi sebarang kebimbangan kepada Umno-BN untuk terus mengekalkan kerusi parlimen disandang dalam PRU13 lalu kata, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan.

Beliau berkata BN berkeyakinan tinggi dan bersedia untuk menghadapi PRK di Sungai Besar dengan menampilkan calon 'pasti menang' untuk terus mengekalkan kerusi Parlimen milik BN itu sejak tiga penggal pilihan raya umum diadakan.

" Kita fokus dan berkeyakinan tinggi serta sudah bersedia untuk menghadapi PRK Sungai Besar.

"Kita sudah buat persiapan sebaik mungkin dan mempunyai kesefahaman yang terbaik setakat ini di antara semua parti komponen dalam BN.

" Nampaknya kami sama-sama mengembeling tenaga mengatur gerak kerja masing-masing untuk terus menawan hati pengundi di parlimen Sungai Besar.

"Senario yang berlaku membabitkan calon parti pembangkang tidak akan mengoncang kami dan kami tidak anggap satu 'advantage' apa yang berlaku terhadap pakatan pembangkang untuk meletakkan mana-mana calon.

"Kami terus buat kerja seperti yang telah kami rancangkan." ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Parlimen Sungai Besar mempunyai dua Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu di Sungai Panjang dan Sekinchan dengan jumlah 42,836 pengundi. Peratusan pengundi Melayu adalah 67.18 peratus, pengundi Cina 30.68 peratus, pengundi India 1.91 peratus dan 0.23 peratus adalah kaum lain.

Dalam PRU 13 lalu Dun Sungai Panjang disandang Budiman Mohd Zohdi dari BN dan Dun Sekinchan disandang oleh Ng Suee Lim dari DAP.

Mengulas desas-desus antara tujuh nama yang dihantar kepada Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk menentukan calon bertanding di Sungai Besar terdiri daripada tiga wakil rakyat di Selangor, beliau menafikannya.

"Sudah tentu kita pilih calon yang sesuai yang kami fikir boleh membawa bukan sahaja aspirasi kerajaan kepada masyarakat , malah  dapat membawa masyarakat untuk melihat apakah ada lagi yang perlu kita buat untuk kepentingan dan manfaat di sana.

"Senarai calon sudah dihantar kepada PM,  terpulang pada pucuk pimpinan dan kita tidak kekeringan calon untuk menghadapi PRK.

"Calon itu seorang yang sesuai dan disenangi masyarakat  serta turut dipersetujui parti komponen untuk diletakkan sebagai calon bagi menarik pengundi Melayu dan bukan Melayu di Sungai Besar ini.

"Walaupun ada yang kata Umno Selangor menyenaraikan calon terdiri dari wakil rakyat sedia ada, itu pandangan masing-masing. Kita sudah ada nama tersebut dan insyaallah akan diumumkan pada Sabtu ini," ujar Adun Batang Kali ini yang juga menolak dakwaan namanya antara yang tersenarai sebagai calon yang akan bertanding kerusi Parlimen Sungai Besar kali ini.

Sambungnya lagi," Saya tidak mengatakan 'Ya' dalam hal itu," ujarnya ringkas apabila diasak pertanyaan yang sama beberapa kali.

Diminta mengulas mengenai kemungkinan kumpulan dan penyokong Tun Mahathir akan meletakkan calon sekiranya pakatan gagal meletakkan hanya satu calon menentang BN.

"Dalam hal ini Tun Mahathir dan kumpulannya  boleh merancang dan buat apa saja untuk menjatuhkan BN.  Itu hak beliau selagi tidak salah disisi undang-undang dalam negara.

"Apapun BN sudah bersedia.Tiada masalah dan kita tidak terganggu dengan apa yang mereka ingin lakukan sekiranya benar mereka akan meletakkan calon pilihan mereka untuk menentang BN," ujarnya.

Menurut Mat Nadzari lagi bagi ahli Umno-BN mereka sudah memahami strategi Tun Mahathir dan ujarnya lagi, pengundi tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata dan desakan yang dibuat oleh Tun Mahathir terhadap pengundi di Sungai Besar mahupun di Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.

"Mengikut apa yang kita baca dan dengar kita percaya masyarakat dan komponen parti sudah tahu dirinya (Tun Mahathir) yang sebenarnya.

"Kita mempunyai semangat yang kuat dan jentera pilihan raya akan bekerja keras untuk menang dalam dua PRK ini. Kita tidak gentar," ujarnya.

BN Selangor akan mengumumkan calon bertanding untuk PRK Sungai Besar dijangka pada 28 Mei ini yang akan diumumkan oleh Pengerusi Pilihan Raya BN Selangor Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong berikutan kematian penyandangnya, Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun ini manakala penamaan calonnya pada 5 Jun.

SAMM syorkan Mat Sabu bertanding di Parlimen Sungai Besar?

Posted: 23 May 2016 12:30 AM PDT

MALAYSIA DATELINE

Azhar AchilAzhar AchilSolidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor menyatakan sokongan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) untuk mencalonkan Presiden Amanah Mohamad Sabu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar untuk menentang calon Barisan Nasional (BN)  pada 18 Jun ini.

Penyelaras SAMM Selangor Azhar Achil berkata, tanpa berselindung NGO itu menyatakan sokongan kepada parti Amanah untuk mencalonkan Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu itu untuk menentang calon BN.

"Amanah harus menghantar 'general perang' terbaiknya dan sosok Mat Sabu adalah pilihan tepat.

"Peluang kemenangan dengan meletak calon tokoh nasional ini amat cerah. Parti amanah dengan imej progresif Islam serta latar bekalang calon yang kuat dan disenangi oleh semua lapisan masyarakat mampu memenangi kawasan ini.

"Sungai Besar yang bakal diwakili tokoh nasional ini pasti nanti akan menjadi tumpuan kerajaan negeri dan pusat. Kesan positifnya tetap pada rakyat di Sungai Besar," ujarnya dalam satu kenyataan.

SAMM Selangor meminta semua pihak memikirkan kewajaran cadangan ini dan mengambil serius kerana kali ini adalah PRK terakhir sebelum menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"PRK kali ini juga menjadi medan yang menguji kekuatan, kemenangan Pakatan Harapan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan menjadi pemangkin penting kemenangan Pakatan Harapan pada PRU-14 kelak," ujarnya.

Poster Mohamad Sabu sebagai calon di PRK Sungai BesarPoster Mohamad Sabu sebagai calon di PRK Sungai BesarMenurut Azhar lagi SAMM Selangor juga telah mengadakan beberapa siri pertemuan di peringkat negeri bagi mempersiapkan kekuatan.

Kawasan Sungai Besar dan sekitarnya juga adalah merupakan antara kubu kuat SAMM di negeri Selangor.

"SAMM pernah mengadakan perbagai aktiviti anak muda di kawasan tersebut, justeru itu adalah menjadi tanggujawab kami bersama jentera rakyat memastikan calon Pakatan Harapan yang mewakili aspirasi rakyat menang di kawasan Parlimen Sg. Besar.

"Selepas kerusi ini dikosongkan, SAMM Sungai Besar sudah membuat beberapa gerak kerja termasuk pertemuan dengan jentera parti-parti pembangkang dan pemimpin penduduk tempatan yang berpengaruh.

"SAMM Selangor sudahpun mengaktifkan jentera dan akan membuka bilik gerakan serta menggerakkan sepenuhnya jentera bagi memastikan kemenangan PH.

"Saya selaku penyelaras SAMM Selangor juga merupakan pengundi di Parlimen Sungai Besar." ujarnya.

Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Anwar panggil semula Ramli beri keterangan

Posted: 23 May 2016 12:24 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dibawa keluar dari mahkamah selepas pendengaran kes liwat II membabitkan rayuan untuk membawa Datuk Ramli Yusof memberikan keterangan telah ditolak hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad.Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dibawa keluar dari mahkamah selepas pendengaran kes liwat II membabitkan rayuan untuk membawa Datuk Ramli Yusof memberikan keterangan telah ditolak hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad.

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memanggil bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Datuk Ramli Yusof untuk memberi keterangan dalam pendengaran semakan semula sabitan dan hukuman Liwat II.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dalam keputusan sebulat suara berkata memanggil Ramli tidak termasuk dalam skop Peraturan 137, Akta Mahkamah Kehakiman 1964, di mana permohonan untuk mengemukakan keterangan lanjut hendaklah dibuat semasa prosiding dan bukan ketika semakan semula.

Mahkamah juga memutuskan bahawa keterangan Ramli yang diberikan dalam perbicaraan sivil yang berasingan, tiada berkaitan dengan kes itu.

"Oleh itu kita menolak permohonan itu," katanya dalam penghakimannya lapor Malaysiakini.

Ramli adalah bekas timbalan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) pada 1998 ketika kemuncak insiden Liwat I dan menjadi saksi dalam insiden mata lebam.

Empat lagi anggota penal hakim hari ini ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Datuk Zaharah Ibrahim.

Peguam Gopal Sri Ram, Sivarasa Rasiah, Latheefa Koya, Shahid Adli Kamaruddin mewakili Anwar. Pendakwaan dikendalikan Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman.

Polis kesan,pantau pergerakan Zainuri, kata Ahmad Zahid

Posted: 23 May 2016 12:21 AM PDT

BERNAMA
 
 
 
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiDatuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiPolis mempunyai maklumat mengenai lokasi bekas pemimpin Kumpulan Mujahidin Malaysia, Zainuri Kamaruddin yang dilapor sebagai antara pemimpin militan Daesh di Syria, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Kita tahu di mana beliau berada dan sedang memantau rapi pergerakannya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Membincangkan Program-program Pembangunan Daerah Kuala Kangsar di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris mengenai rakaman video Zainuri yang mendakwa akan melancarkan serangan di Malaysia.

Menjelas lanjut mengenai kegiatan kumpulan pengganas, Ahmad Zahid berkata pihak keselamatan negara akan terus melakukan pemantauan pergerakan bukan sahaja dalam negara, malah di luar negara.

"Undang-undang berkaitan yang ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) akan memastikan mereka yang terlibat dengan keganasan tidak terlepas," tegas Ahmad Zahid.

Selain itu, Ahmad Zahid turut memberi amaran bahawa Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman memantau semua kenyataan berbaur keganasan di laman sosial.

"Bahagian ini pantau setiap kata-kata atau perbualan dalam sosial media. Ada kod-kod tertentu bagi setiap perbualan atau apa juga yang dimuat naik atau dimuat turun," katanya.

Timbalan Perdana dalam pada itu mengulangi nasihat agar orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan sebarang dakyah atau pujukan supaya menyertai mana-mana kumpulan yang kononnya berjuang atas nama Islam.

"Jangan mudah terpengaruh dengan berita yang datang daripada pihak luar terutama orang Malaysia di 'medan pertempuran'.

"Jangan lakukan pembiayaan kepada mereka kerana ia kerja sia-sia, jauh daripada untuk memperoleh amalan baik, sebaliknya ia (kegiatan) hanya merosakkan imej dan nama baik Islam keseluruhannya," kata Ahmad Zahid.

Sebagai rekod pada 18 Mei lalu menerusi satu video propaganda kumpulan itu yang didedahkan oleh New Straits Times (NST) Ketua cabang IS yang dikenali sebagai Katibah Nusantara, Zainuri Kamaruddin mendedahkan, Malaysia adalah sasaran terbaru kumpulan itu di Asia Tenggara. Zainuri mendakwa, Malaysia adalah sebuah negara yang sudah jauh meninggalkan ajaran Islam sebenar dan dia melabelkan Malaysia dan Indonesia sebagai "Taghut".

DAP nyatakan sokongan terbuka Amanah tanding PRK Sungai Besar

Posted: 23 May 2016 12:18 AM PDT

 HAZRI NAWAR
 
 
DAP  telah menyatakan sokongan terhadap calon Amanah untuk bertanding di Sungai Besar ketika Majlis Ceramah Perdana dan Pelancaran Jentera Amanah PRK Sungai Besar di Sekinchan malam tadi.DAP telah menyatakan sokongan terhadap calon Amanah untuk bertanding di Sungai Besar ketika Majlis Ceramah Perdana dan Pelancaran Jentera Amanah PRK Sungai Besar di Sekinchan malam tadi.


Di sebalik kebuntuan 'rundingan' siapa yang akan bertanding mewakili Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, DAP secara terbuka telah menyatakan sokongan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bertanding.

Sokongan tanpa belah bahagi itu dinyatakan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua pada Majlis Ceramah Perdana dan Pelancaran Jentera Amanah PRK Sungai Besar di Sekinchan malam tadi.

"Saya hari ini 10 jam turun bertemu dengan jentera DAP. Dap menyokong calon Amanah bertanding di Sungai Besar," katanya disambut sorakan hadirin yang memenuhi Dewan Sri Sekinchan malam tadi.

Pada majlis sama malam tadi turut berlangsung majlis pelancaran jentera Amanah bagi PRK Sungai Besar yang telah disempurnakan oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Presiden Salahuddin Ayub, Pengerusi Amanah Selangor Ir Izham Hashim serta bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan.

Terdahulu pada Majlis Makan Malam Amanah Selangor malam semalam, Tony yang juga setiausaha publisiti DAP berkata beliau akan turun berkempen tiap-tiap malam jika calon Amanah bertanding.

"Saya akan turun berkempen tiap-tiap malam jika amanah bertanding di Sungai Besar," katanya.

Tun Mahathir  akan turun kempen Amanah

Sementara itu, Khairudin antara penggerak utama Deklarasi Rakyat ketika berucap pada majlis malam tadi turut menyampaikan komitmen bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut akan turun berkempen untuk Amanah pada PRK kali ini.

"Tun Dr Mahathir telah berikrar dan bersetuju turun berkempen untuk parti Amanah yang mewakili Pakatan Harapan pada pilihan raya kali ini," katanya.

Isu siapa yang akan bertanding mewakili Pakatan Harapan pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar belum dimuktamadkan dan masih di peringkat perbincangan ketiga-tiga parti Pakatan Harapan.

Pertemuan Majlis Presiden Pakatan Harapan bagi tujuan itu yang sepatutnya dibuat Jumaat lalu telah ditangguhkan ke hari ini.

Bagaimanapun desas-desus menyebut bahawa pertemuan hari ini juga sekali lagi bakal ditangguhkan sekaligus meletakkan isu siapa yang akan bertanding masih menjadi tanda tanya.

NAJIB, PEMIMPIN YANG SUDAH TIADA RASA MALU DALAM DIRINYA

Posted: 22 May 2016 04:52 PM PDT

shahbudindotcom


Seorang pemimpin UMNO yang baru kembali dari menunaikan umrah memberitahu, antara doanya di Multazam, satu tempat berhampiran Kaabah yang dianggap paling makbul untuk memohon sesuatu hajat ialah meminta kepada Tuhan supaya negara kita segera diberikan pemimpin yang baik dan bebas daripada segala skandal.

Katanya, selain meminta beberapa doa lain, tindakannya memohon doa sedemikian ialah kerana merasakan sudah tiada jalan lagi untuk mengharapkan Najib berundur daripada jawatannya.

Najib, katanya, seolah-olah tidak mahu mendengar suara dari dalam dan luar negara yang menolak dan mengutuknya berkaitan skandal 1MDB serta dana yang masuk ke akaun peribadinya, meskipun secara lumrahnya, jika di negara lain, mereka sudah pasti mengundurkan diri kerana tidak mahu terus-terusan mengorbankan rakyat dan negara.

Hanya dengan berdoa kepada Tuhan, ia merupakan usaha terakhir yang saya mampu lakukan untuk kepentingan negara sambil berharap doa saya akan dimakbulkan, kata pemimpin tersebut yang kemudian menunjukkan bulu roma di tangannya yang sedang tegak berdiri.

Sememangnya, Najib boleh dianggap mencipta sejarah yang tersendiri buat negara dan dirinya. Sepanjang masa, di seluruh dunia ada saja berita-berita buruk disiarkan mengenai dirinya melalui pelbagai saluran media.

Kadang-kadang, sepertimana yang dilakukan oleh Chanel 4, sebuah saluran TV di United Kingdom, berita mengenai dakwaan rasuah melibatkan Najib itu sengaja disiarkan ketika kunjungan rasmi Perdana Menteri ke London baru-baru ini.

Ia disiarkan seolah-olah sebagai bantahan atau protes terhadap lawatan rasmi Najib, pemimpin yang dianggap paling tercemar di dunia ketika ini.

Tidak ada mana-mana pemimpin lain, sama ada di dunia sebelah Asia, Afrika, Amerika Latin dan sebagainya yang paling menjadi fokus media antarabangsa sekarang ini melainkan Najib. 

Tetapi, di sebalik berita silih berganti dan pelbagai pendedahan baru mengenai dirinya, Najib masih lagi selamba saja menghadapi semua itu seolah-olah sedikit pun tiada perasaan malu dalam dirinya.

Beliau tetap mempamerkan wajah tidak bersalahnya, walaupun dalam masa yang sama semua orang juga tahu bahawa banyak media antarabangsa tidak dilayannya, malah diusir keluar hanya kerana bertanyakan soalan kepadanya.

Sesungguhnya, ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Berbeza dengan Tun Mahathir yang tidak pernah lari daripada menjawab soalan, bahkan tidak pernah menolak sesiapa untuk bertanyakan soalan kepadanya.

Sebab itu, bagaimana sekali pun orang marah dan menolak Tun Mahathir, tetapi kerana sumbangan dan jasanya juga tak ternilai, tidak pernah kedengaran ada sesiapa sampai sanggup berdoa di depan Kaabah di sebalik dalam masa yang sama terus memberikan kepada UMNO dan pemimpin-pemimpin yang lain.

Hanya di bawah Najib, sementara secara berdepan ada yang tidak mampu melakukan penolakan secara terbuka sebagaimana banyak pihak lain yang sudah berbuat demikian, ada juga yang dalam diam menganggap beliaulah pemimpin paling menyusahkan rakyat dan negara.


Kos hidup jadi kebimbangan utama di Sungai Besar

Posted: 22 May 2016 04:45 PM PDT

 
 
Lawatan Malaysiakini ke Sungai Besar Selangor mendapati ramai pengundi merasakan kesan kenaikan kos selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Antaranya, Lee AUU Moi, 71 yang merupakan seorang petani tempatan dari Sekinchan- salah satu daripada dua DUN Sungai Besar.

"Hidup kami sebagai seorang petani adalah sangat sukar. Pengeluaran kami semakin berkurang tetapi sewa terus naik.

"Baja kini begitu mahal. Kos pertanian sangat tinggi," katanya.

Lee, berkata dia mengharapkan seorang pemimpin yang boleh menangani masalah yang dihadapi petani.
"Sesiapa yang boleh menjaga kami, kami akan sokong," katanya.

Dianggarkan terdapat kira-kira 4,300 ekar tanah pertanian di seluruh Sekinchan, yang terletak di tengah-tengah jelapang padi Selangor.

Anggaran penduduk Cina adalah sebanyak 30 peratus di Sungai Besar - termasuk etnik Teochew dan Hakka - kebanyakannya tinggal di sekitar Sekinchan.

Lau Kwai San, 48, adalah seorang lagi petani tempatan di situ.

Lau berkata beliau akan menyokong seorang pemimpin yang boleh membantu rakyat, khususnya untuk memansuhkan GST.

"Saya tidak fikir kita mempunyai apa-apa masalah besar kecuali GST menjadikan kehidupan kita sedikit sukar.

"Sekinchan adalah sebuah pekan kecil tetapi harga barang sudah naik dan kehidupan kita kini lebih sukar," katanya.

Lee juga berkata dia belum membuat keputusan mengenai parti mana atau calon untuk diundi pada hari pengundian akan datang.

"Saya tidak tahu. Saya akan lihat," katanya.

Kerusi parlimen Sungai Besar dibentuk pada tahun 2003 berikutan persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya.

Anggaran penduduk kini berjumlah kira-kira 23,000 orang tetapi terdapat 42.837 pengundi berdaftar pada pilihan raya umum ke-13.

Kematian mengejut Ahli Parlimen Sungai Besar Datuk Noriah Kasnon telah mencetuskan pilihan raya kecil pada 18 Jun.

Noriah mempertahankan kerusi itu selama tiga penggal pada 2004 hingga 2013.

Mukhriz: 50 cawangan Umno Kedah usul undi tak percaya Najib

Posted: 22 May 2016 04:42 PM PDT

MALAYSIAKINI


Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa 50 cawangan Umno Kedah telah membuat usul tidak percaya terhadap presiden parti Datuk Seri Najib Razak pada mesyuarat agung tahunan masing-masing.

Mukhriz yang juga anak kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyenaraikan nama cawangan terbabit di Facebook beliau yang didakwa turut meminta pemilihan parti diadakan tahun ini.

"Mungkin ada lagi cawangan-cawangan yang buat usul yang sama tapi tidak melaporkannya.

"Jumlah cawangan ini tentunya akan dikatakan terlalu sikit berbanding jumlah cawangan Umno di Kedah.
"Tapi belum pernah dalam sejarah kita ada usul-usul seperti ini diluluskan oleh begitu banyak cawangan-cawangan Umno.

"Demi demokrasi dalam Umno, ini hak ahli-ahli untuk menyuarakan isi hati kami mengenai kemelut yg melanda negara," tulis pemimpin Umno itu.

Mukhriz berkata, beliau juga menjangkakan sabotaj terhadap cawangan-cawangan Umno yang membentangkan usul tidak percaya tersebut.

"Mungkin juga akan ada pihak-pihak tertentu yang menafikan bahawa cawangan-cawangan yang tersenarai ini benar-benar buat usul sedemikian.

"Atau mereka melesapkan/meminda minit mesyuarat cawangan tersebut dalam laporan di peringkat Umno bahagian. Memang itupun yg kami jangka akan mereka lakukan," katanya dalam posting yang sama.

Bekas MB Kedah itu turut mengucapkan tahniah kepada cawangan Umno berkenaan yang disifatkan berani dan berharap mereka akan terus berjuang 'menyelamatkan Malaysia daripada kemungkaran'.

Daripada senarai cawangan itu, 29 adalah daripada kawasan yang menyokong Mukhriz di Jerlun, manakala 11 adalah daripada bekas kubu kuat bapanya di Kubang Pasu.

Lain-lain kawasan termasuk daripada Kuala Kedah, Pendang dan Baling.

Mukhriz, bersama dengan timbalan presiden Umno yang digantung, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadapi kemungkinan tindakan disiplin kerana mengkritik kepimpinan parti, khususnya Najib.


SPAD bentang kertas kerja isu GrabCar, Uber kepada Kabinet

Posted: 22 May 2016 04:40 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) akan membentangkan kertas kerja akhir kepada Kabinet berhubung isu perkhidmatan teksi GrabCar dan Uber dalam tahun ini, kata Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar.
 
Beliau berkata, kertas kerja peringkat pertama telah dihantar untuk disemak Unit Perancang Ekonomi. 
 
"Sebagai perlindungan kepada pengangkutan awam darat, kami hendak tentukan bila kerajaan buat keputusan, mesti ada Prosedur Operasi Standard (SOP)... perlu adil. 
 
"Oleh itu, kita bentangkan kepada Unit Perancang Ekonomi beberapa idea dan cadangan yang perlu dilaksanakan kalau kita hendak menerima pemain-pemain lain (GrabCar dan Uber) dalam industri (perkhidmatan teksi) ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat baharu SPAD Wilayah Selatan di Menara MSC Cyberport, di sini hari ini. 
 
Syed Hamid berkata, pihaknya memerlukan masa untuk melihat perubahan undang-undang selain perlu mempertimbangkan beberapa usaha bagi melaksanakan perkhidmatan teksi yang dikehendaki orang ramai dan pengendali teksi.
 
 

Awang Selamat dakwa Azmin Ali terkena 'checkmate' politik

Posted: 22 May 2016 04:37 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali sudah terkena 'checkmate' akibat keghairahan politiknya sendiri, kata penulis akhbar Utusan Malaysia, Awang Selamat.
 
Azmin juga padanya kini berada dalam kedudukan yang paling bahaya apabila tingkah lakunya mengguris hati penyokong tegar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
 
"Awang tertanya-tanya apa nasib Azmin dan mampukah beliau bertahan lama sebagai Menteri Besar (Selangor)? Atas kertas penyelesaian agak rumit melainkan Azmin bersungguh-sungguh meminta maaf kepada Anwar dan Azizah.
 
"Manakan tidak apa yang berlaku seolah-olah Azmin presiden parti dan bukannya Azizah yang seharusnya  dirujuk untuk sebarang keputusan dan pendirian parti terlebih dahulu," ujar Awang dalam ruangan Analisis Mingguan, hari ini.
 
Azmin sebelum ini bertindak menulis surat kebenaran kepada Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian untuk meletakkan calon di enam kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, yang menyaksikan parti itu bertembung dengan DAP, di kesemua kerusi berkenaan.
 
PKR dan DAP bagaimanapun tewas di keenam-enam kerusi tersebut.
 
Azmin kini dihambat tekanan selepas Anwar menulis surat tujuh mukasurat menyatakan kekecewaannya apabila pimpinan PKR terlalu mengagungkan Deklarasi Rakyat tajaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Umum mengetahui Azmin antara pendokong utama deklarasi itu.
 
Anwar sebelum ini turut menyokong deklarasi berkenaan sebelum membuat pusingan U selepas mendapati ia tidak mengangkat suara rakyat secara total dan hanya melibatkan golongan elit.
 
"Siapa sangka deklarasi tersebut bukan sahaja gagal mencapai matlamat menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di luar proses demokrasi malah ia mengundang musibah kepada PKR khususnya.
 
"Jika bermain catur, Azmin sudah terkena 'checkmate'. Strategi muafakat politik bersama Dr Mahathir rupa-rupanya menjadi senjata makan tuan. Kempen anti-Najib kini bertukar menjadi anti Dr Matahir dan Azmin," ujar Awang lagi.
 
Awang juga mengekori rapat isu ketidakpuasan hati PAS terhadap Azmin selepas ADUN Bukit Antarabangsa itu menuduh presiden mereka sebagai 'tidak tahu apa-apa' yang berlaku dalam parti.
 
Azmin dilapor berkata demikian sebagai respon apabila Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tidak tahu apa-apa bersabit rundingan PKR dengan PAS berhubung Pilihan raya Kecil (PRK) Sungai Besar, 18 Jun depan.
 
Umum mengetahui Azmin sedang berusaha memujuk PAS agar melepaskan kerusi tradisinya itu walaupun parti Islam itu berkali-kali menegaskan mereka akan bertanding pada PRK itu.
 
Azmin juga disahkan mengugut tiga Exco PAS Selangor supaya meletakkan jawatan jika parti itu tetap mahu meletakkan calon di kerusi Parlimen itu.
 
"Azmin mencetuskan kemarahan PAS pula dengam ugutan agar parti itu memberi laluan kepada PKR bertanding di Sungai Besar. Tindakannya itu bagai menjolok sarang tebuan. PAS tak akan berdiam diri," katanya.
 
PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat di ibu pejabatnya malam ini bagi membincangkan isu PRK Sungai Besar.
 
Parti itu juga dijangka akan membincangkan isu ugutan Azmin terhadap tiga Exconya di Selangor.
 
Perkara itu dimaklumkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Sallehin Mukhyi kepada Antarapos. 
 
 

PAS tutup pintu, tiada lagi rundingan PRK Sungai Besar - Hadi

Posted: 22 May 2016 04:36 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
MELAKA: PAS menegaskan rundingan bersabit agihan kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar sudah selesai.
 
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS tetap akan bertanding di dua kerusi Parlimen itu meskipun terdapat desakan daripada Pakatan Harapan (PH) untuk parti itu tidak berbuat demikian.
 
"Pada mulanya mereka (Pakatan Harapan) minta kita berbincang dalam kerjasama pilihan raya dan kita telah menghantar wakil iaitu Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Politik Hadi, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar. Tidak sangka pula ada permintaan di kalangan mereka untuk bertanding juga.
 
"Oleh kerana PAS sudah tiga, empat kali bertanding di situ, ditambah pula kita punya banyak cawangan, ternyata kita berpijak di lapangan dan kita juga ada jentera pilihan raya bahkan kita menganggap kitalah yang berhak bertanding di kawasan terbabit.
 
"Tuntutan daripada pihak lain untuk bertanding tidak wajar. Apatah lagi kita dapat tahu mereka hendak meletakkan calon daripada Pakatan Harapan," katanya kepada media selepas merasmikan majlis Himpunan Pendidik Islam Peringkat Kebangsaan 4.0 di Melaka semalam.
 
Menurut Hadi, beliau sudah membuat keputusan dan tiada sebarang perundingan lagi boleh dibuat melainkan hal berkaitan kerjasama dalam gerak kerja pilihan raya.
 
Mengenai pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya pembangkang akan tewas sekiranya meletakkan ramai calon, Abdul Hadi berkata, ia sekadar pandangan peribadi bekas Perdana Menteri itu.
 
"PAS melihat tidak menjadi masalah sama ada bertanding dua penjuru, tiga penjuru atau empat penjuru sekalipun. Kami tetap akan bertanding," katanya.
 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini memutuskan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar diadakan pada 18 Jun depan, sementara penamaan calonnya pula ditetapkan pada 5 Jun ini.
 
PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar terpaksa diadakan selepas kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, 5 Mei lepas.
 
 

Pegawai SPRM hadir di rumah Guan Eng untuk ambil keterangan

Posted: 22 May 2016 04:30 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
GEORGE TOWN: Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ahad hadir ke rumah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn di sini untuk mengambil keterangan berhubung pembelian banglonya yang dikatakan pada harga di bawah nilai pasaran.
 
Sebanyak lapan pegawai SPRM dalam tiga kenderaan dilihat masuk ke perkarangan banglo Lim kira-kira 3 petang dan beredar kira-kira sejam kemudian.
 
Penasihat Undang-Undang Ketua Menteri Ramkarpal Singh ketika dihubungi Bernama berkata Lim telah diminta memberi keterangan di Pejabat SPRM negeri pada 10 pagi ini.
 
"Lim telah hadir ke SPRM 10 pagi tadi untuk membantu siasatan dan selepas keterangan diambil, pasukan SPRM telah mengikut Lim ke rumahnya untuk sambung siasatan," katanya.
 
Ramkarpal berkata Lim tidak akan memberi sebarangan kenyataan selagi siasatan masih berjalan.
 
Turut kelihatan berada dalam kediaman Lim ialah peguam R.S.N Rayer dan Gobind Singh Deo.
 
Pada 6 Mei lepas, Lim dan isteri Betty Chew diminta memberi keterangan di pejabat SPRM berhubung siasatan pembelian banglo oleh Lim di Jalan Pinhorn dan penjualan tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin.
 
Pembelian banglo pada harga RM2.8 juta itu menjadi kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya membangkitkan isu itu pada persidangan Dewan Rakyat bahawa harga itu di bawah nilai pasaran.
 
Juga didakwa bahawa pembelian banglo itu ada kaitan dengan penjualan tanah di Taman Manggis yang pada asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin.
 
 

Mana dokumen Bank Negara, soal Lim kepada Najib

Posted: 22 May 2016 04:27 PM PDT

MALAYSIAKINI


Pemimpin DAP Lim Kit Siang menimbulkan keraguan terhadap pendedahan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Mohd Puad Zarkashi bahawa perdana menteri mendapat lampu hijau daripada Bank Negara untuk menerima derma RM2.6 bilion pada tahun 2013.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu bertanya mengapa Datuk Seri Najib Razak tidak tampil ke hadapan untuk menjelaskan perkara itu sendiri.

"Jika Najib mempunyai dokumen Bank Negara yang meluluskan deposit sebanyak RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya, mengapa Najib tidak dapat menunjukkannya dalam tempoh 11 bulan lalu sejak laporan Wall Street Journal?

"Jika RM2.6 bilion sumbangan itu datang dari Raja Arab, mengapa tidak boleh dia mengeluarkan dokumen untuk membuktikannya?

"Bolehkah Najib menghasilkan dokumen-dokumen ini sekarang?," Soal Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Puad memberitahu pelajar Malaysia di Canberra Jumaat lalu bahawa pemimpin Umno itu telah bertemu Najib untuk bertanya tentang sumbangan itu.

"Bila sampai ke rumah beliau, kami bertanya kepada Datuk Seri Najib betulkah you dapat RM2.6 bilion. Dia kata betul.

"Beliau tidak menafikan dan mengatakan mempunyai dokumen kelulusan dari Bank Negara untuk memindahkan dana itu ke akaun bank peribadinya.

"Cuma masalahnya, dia kata mungkin, dia sebut mungkin ada pegawai di Bank Negara ataupun Ambank yang membocorkan maklumat tersebut kepada Sarawak Report dan diberikan kepada Wall Street Journal," kata Puad.

Beliau menambah bahawa Najib memberitahu mereka bahawa wang itu datang daripada Raja Arab dan bukan 1MDB.

Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku dalam isu derma sebanyak RM2.6 bilion itu, dan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membersihkannya daripada sebarang salah laku jenayah.


DUN Pulau Pinang tidak bincang isu jambatan ketiga - ADUN BN

Posted: 22 May 2016 04:23 PM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: DUN Pulau Pinang tidak pernah berbincang mengenai cadangan kerajaan negeri untuk membina jambatan ketiga di negeri itu, kata ADUN Pulau Betong Datuk Farid Saad.
 
Pengesahan itu senada dengan kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadhilah Yusof sebelum ini bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak pernah memohon pembinaan jambatan ketiga di negeri itu daripada kerajaan Persekutuan. 
 
Guan Eng sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan negeri memilih untuk membina terowong dasar laut kerana prosedurnya lebih mudah berbanding memohon jambatan ketiga daripada kerajaan Persekutuan.
 
"Baru dalam perbahasan (DUN Pulau Pinang) yang saya dengar dan Guan Eng kata kerajaan negeri pernah minta (peruntukan) tapi tidak pernah diterima. Lalu dijawab oleh Menteri Kerja Raya (Datuk Seri Fadillah Yusof) bahawa kerajaan negeri tidak pernah minta pun. 
 
"Memang tidak pernah dibincangkan langsung tapi yang dipertahankan adalah pembinaan terowong yang sememangnya tidak diperlukan," katanya.
 
Bercakap kepada Antarapos, Farid memberitahu jambatan ketiga yang disebut Guan Eng tidak diperlukan buat masa ini.
 
Ini kerana jambatan kedua, jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang menghubungkan Batu Maung dan Batu Kawan masih tidak digunakan sepenuhnya apabila hanya mencatatkan jumlah trafik sekitar 40 peratus sahaja.
 
"Pada masa ini kita tidak perlukan Jambatan Ketiga Pulau Pinang kerana jambatan kedua sehingga hari ini pun memang masih belum digunakan sepenuhnya. Mungkin diperlukan di masa akan datang. Kalau kita lihat tidak ramai yang pakai pun.
 
"Memang ada cadangan untuk bina jambatan ketiga yang saya tahu di kawasan utama yang diperuntukkan tetapi setelah mengambil kira kajian kepenggunaan laut dan sebagainya mereka pindahkan ke selatan. Nampaknya saya tidak yakin dengan apa yang dikatakan oleh DAP," ujar Farid.
 
Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini turut mencabar kerajaan Persekutuan meluluskan permohonan jambatan ketiga dan sebagai ganti pihaknya akan membatalkan projek terowong dasar laut berkenaan.
 
Guan Eng berkata surat rasmi berhubung permohonan itu akan dihantar ke Kementerian Kerja Raya, minggu depan.
 
Malah Guan Eng berkata, kerajaan negeri akan menanggung kesemua kos pembinaan jambatan yang bakal menghubungkan persiaran Gurney di bahagian pulau dan Bagan Ajam.
 
Pengguna jambatan ketiga itu juga dipertimbangkan untuk dikecualikan bayaran tol. 
 
 

[KEMASKINI] PAS takkan berganjak tanding di Sg Besar, tunggu tindakan Azmin pecat Exco - Hadi

Posted: 22 May 2016 04:21 PM PDT

Oleh Azizul Osman & Wan Anis Ilyani W. M. Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS tidak akan berganjak daripada keputusan untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, sekaligus bersedia dengan sebarang tindakan membabitkan kedudukan tiga Exconya di dalam kerajaan negeri Selangor.
 
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata demikian sebagai mengulas laporan bahawa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi kata dua kepada tiga exco supaya meletakkan jawatan, sekiranya PAS tetap bertegas mahu bertanding di PRK Sungai Besar.
 
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali sebelum ini dipetik sebuah portal, mengesahkan memang Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR memang memberi kata dua kepada tiga wakil rakyatnya. 
 
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS, Hadi bertegas tidak akan membuat pusingan U daripada ketetapan untuk bertanding di kedua-dua PRK berkenaan. 
 
"PAS tetap akan bertanding, calon akan diumumkan oleh Jawatankuasa pilihan raya PAS akan beritahu," katanya ketika selesai Mesyuarat PAS Pusat di ibu pejabat parti itu semalam.
 
Ditanya samada tindakan nekad PAS untuk meletakkan calon itu akan mengakibatkan hubungan antara parti itu dengan PKR akan retak, Hadi kemudiannya menganggap tahaluf siyasi PAS dan parti itu berjalan seperti biasa.
 
"Masih macam biasa (tahaluf siyasi PAS dengan PKR). Kita akan tetap bertanding (di PRK Sungai Besar)," katanya merujuk kepada hubungan PAS dan PKR di Selangor.
 
Hadi sebelum ini berkata PAS bersedia sebarang kemungkinan termasuk menerima 'kata dua' Azmin Ali di mana kehilangan jawatan tiga exco Selangor jika mengambil pendirian untuk meletakkan calon dalam PRK Sungai Besar.
 
"Kita tunggu dia buat ke tidak? (pecat tiga exco PAS Selangor jika bertanding di Sungai Besar)," soal Hadi.
 
Ditanya lagi samada parti itu akan menerima pemecatan tiga exconya di Selangor, jawab Ahli Parlimen Marang itu PAS akan hanya bertindak sekiranya Azmin benar-benar memecat tiga exconya selepas PRK Sungai Besar.
 
"Nanti kita tunggu tindakan dia," jawab Hadi ringkas.
 
mStar Onlne sebelum ini melaporkan Azmin memberi kata kepada Exco PAS di Selangor supaya meletakkan jawatan jika parti Islam berkeras mahu meletakann calon pada PRK kali ini.
 
Azmin menafikan laporan tersebut. Bagaimanapun, Ketua Penerangan Dewan Ulama, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dilaporkan sebuah portal, mengesahkan memang Timbalan Presiden PKR itu memberikan kata dua kepada wakil rakyatnya

PAS tidak terkesan diberi kata dua oleh sekutu politik sendiri - Zuhdi Marzuki

Posted: 22 May 2016 04:18 PM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohd Azhar & Azizul Osman
Post Pic
 


KUALA LUMPUR: Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki berkata parti itu tidak terkesan dengan sebarang ugutan walaupun ia datang dari sekutu politiknya sendiri.

"PAS tidak makan ugutan. Lihat Presiden juga tegas bahawa tidak takut diugut. Kita sudah biasa tidak ada kerajaan dan berkerajaan. Maka kita tidak risau dengan segala ugutan. Itu yang ditunjukkan oleh Presiden," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat PAS Pusat, pada Ahad.
 
Zuhdi berkata demikian mengulas kata dua yang diberikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terhadap tiga exco PAS negeri itu supaya meletak jawatan sekiranya parti Islam itu bertegas meletak calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.
 
Pergeseran antara parti pembangkang berterusan apabila PAS bertekad enggan melepaskan kerusi tradisinya, sementara PKR dilaporkan berminat meletakkan calonnya di Sungai Besar. Parti Amanah Negara (PAN) sebelum ini turut menyatakan hasrat mahu meletakkan calonnya, sebagai menggantikan peranan PAS yang disisihkan daripada Pakatan Harapan.
 
"Kita tidak ada tindak balas. Kita tunggu dan lihat," katanya apabila diajukan apakah PAS akan membalas serangai Azmin itu.
 
Zuhdi juga memberitahu serangan Azmin itu tidak sesekali menjejaskan hubungan antara PAS-PKR yang masih berlangsung menerusi kerajaan Selangor.
 
"Kita masih di dalam kerajaan. Kalau turun berkempen di Sungai Besar, kita akan turun sebagai kerajaan juga. Walaupun DAP masuk (bertanding) pun, PH masukc pun, maknanya mereka dan kita sebagai kerajaan," katanya.
 
Bukan itu sahaja Zuhdi juga memaklumkan kedudukan tiga exco PAS Selangor masih 'selamat' memandangkan tindakan untuk memecat itu perlu mendapat perkenan Sultan Selangor.
 
"(Kedudukan) exco tidak terjejas melainkan dengan perkenan Sultan Selangor. MB (Azmin) kena minta perkenan Sultan jika beliau mahu pecat. Selagi tidak mendapat perkenan Sultan, beliau tidak boleh pecat," tegas Zuhdi.
 
PAS sebelum ini mengesahkan tiga exconya di Selangor diberi kata dua jika parti itu tetap meletakkan calon di PRK Sungai Besar, 18 Jun ini.
 
Pengesahan itu dibuat Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali selepas mendakwa Azmin terpaksa bertindak sedemikian selepas mendapat tekanan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang juga mahu bertanding di sana

Comments (0)