Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:05 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Ke mana hilang wang rakyat?

Posted: 21 May 2016 05:46 AM PDT



 
Oleh Ong boon teck


TIDAK apa-apa yang boleh dibanggakan. Begitulah kesimpulan yang boleh diperkatakan mengenai Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat, Rabu lalu.

Sememangnya rakyat Malaysia patut marah mengenai tahap prestasi pengurusan kewangan di dalam agensi-agensi kerajaan yang amat lemah seperti tahun-tahun sebelumnya. Kecuaian dan ketirisan terus berlaku menyebabkan wang negara terus hilang dengan mudah tanpa terkawal.

Tidak dinafikan seperti dinyatakan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, terdapat 180 kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan mendapat penarafan Cemerlang (5 bintang), berbanding 114 pada tahun 2014.

Namun, laporan berkenaan tetap mendedahkan wujudnya kelemahan dan kekurangan ketika menguruskan wang kerajaan oleh pegawai-pegawai terbabit.

Sebagai contoh, Jabatan Audit mendapati kemudahan biometrik myIMMs yang menelan belanja RM10.3 juta telah dibekalkan tetapi tidak dipasang dan diguna pakai.

Dengan harga yang mahal, ia sepatutnya boleh mempertingkatkan kemudahan di pintu-pintu masuk negara bagi tujuan penyaringan dan pengesahan identiti warga asing dan juga warganegara Malaysia. Malangnya, barang telah dibeli tetapi tidak ingin digunakan pula. Apa sebab dan tujuan?

Begitu juga dengan prestasi keseluruhan projek pembinaan Rumah Kekal Baharu untuk mangsa banjir.

Didapati hanya 40 peratus atau 557 daripada 1,395 unit rumah itu masih belum siap dibina sehingga 30 Mac lalu. Ini menyebabkan seramai 557 mangsa banjir serta keluarga di lima negeri yang dilanda bencana alam itu pada akhir 2014 masih menetap di rumah transit, khemah dan sebagainya.

Rakyat sedar kerajaan sentiasa berusaha membantu rakyat setiap kali dilanda banjir. Tetapi persoalan kerap kali ditimbulkan ialah setiap kali begitu banyak wang peruntukan disediakan oleh kerajaan, namun masalah tetap gagal diselesaikan!

Di sinilah terletak keupayaan pegawai-pegawai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan terbabit menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, menguruskan wang secara telus dan berhemah.

Rakyat amat mengharapkan semua pegawai terbabit dapat meningkatkan kecekapan mereka ketika menjalankan tugas kerana ini bukan sahaja mampu memberikan imej yang baik di mata rakyat, malahan turut membawa penjimatan wang negara daripada berlaku ketirisan secara berpanjangan.

Daripada Laporan Ketua Audit Negara ini, sudah jelas mendedahkan kepincangan dan kerugian yang berlaku. Ia membabitkan wang negara berjumlah berjuta-juta ringgit. Ini bukan sahaja berlaku pada tahun lalu tetapi tahun-tahun sebelum ini.

Jelaslah kepada kita bahawa pegawai-pegawai atasan di pelbagai kementerian, jabatan dan agensi memandang sepi laporan tahunan itu yang dibentangkan di Parlimen. Mereka tidak pernah mengambil pengajaran agar tidak mengulangi kesilapan.

Apakah kerana tidak adanya tindakan disiplin dan hukuman dikenakan, maka mereka boleh terus mengabaikan tanggungjawab dengan sewenang-wenangnya? Agaknya kini sudah tiba masanya kerajaan mengambil langkah yang lebih drastik dengan mendakwa pegawai-pegawai kerajaan ke mahkamah sekiranya didapati melakukan kecuaian ketika mengurus wang kerajaan.

Jika tidak, maka tidak hairanlah dengan menunjukkan sikap 'tidak apa-apa' oleh sesetengah pegawai kerajaan, setiap hari wang negara terus hilang sedangkan wang yang berjuta-juta ringgit itu mampu meningkatkan taraf hidup rakyat, terutama golongan miskin di kawasan luar bandar.

Sekiranya setiap tahun tidak ada pihak memandang serius mengenai Laporan Ketua Audit Negara ini, kredibiliti Jabatan Audit Negara tentu tercalar, manakala penyiasatan dan pendedahan dilakukan hanyalah buang masa dan sia-sia sahaja.

Oleh itu, rakyat ingin bertanyakan kepada pemimpin negara, apakah mereka juga sekadar membaca laporan itu tanpa berusaha menyelamatkan wang negara daripada hilang setahun demi setahun?


Husam penyelamat Pas Kelantan dari undi tidak percaya Umno-BN

Posted: 21 May 2016 05:43 AM PDT



 
Oleh SYAM GHAZ


Kenyataan Datuk Husam Musa, bekas ahli Pas yang juga Adun Salor ada asasnya, dimana kini Pas memerintah dengan majoriti 10 kerusi Dun bersama PKR.

Umno-BN pula memiliki 12 kerusi Dun, mereka cuma perlu sokongan 11 Adun daripada Pas-PKR untuk membuat 'Undi Tidak Percaya' kepada Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob, seterusnya Kerajaan Kelantan boleh tumbang.

Ia telah didedahkan oleh Husam di program Dialog bersama Husam Musa dengan tajuk 'Mara ke hadapan' di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCH), Kuala Lumpur baru-baru ini.

" Dalam dua tiga bulan lepas, Adun BN bersetuju untuk akuan bersumpah untuk turunkan Datuk Ahmad Yakob (menteri besar Kelantan) dengan disokong oleh Adun Pas yang punyai hubungan dengan saya, tapi dia hanya nak turunkan MB, siapa akan jadi MB dia serah kepada yang mengetuai gerakan tersebut." kata Husam.

Husam telah dipecat oleh partinya sendiri kerana sikapnya suka menegur Kerajaan Negeri Kelantan yang dilihat agak lemah dalam mengendalikan Rumah Mangsa Banjir, Isu Pembalakan, Isu Tuntutan Bayaran Hutang Guru Yik, Isu Rasuah Balak dan lain-lain.

Dalam keadaan Pas yang dilihatpro Umno-BN dalam perkara membabitkan isu 1MDB, Pas tidak sedar rupanya Umno secara senyap telah berusaha memujuk Husam untuk menjatuhkan Pas Kelantan yang dijaga rapi oleh arwah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat sejak 1990 lagi.

Natijahnya, Husam Musa dipecat oleh parti yang beliau jaga dari 1990 lagi, seangkatan Tuan Guru Nik Aziz mula-mula menjadi MB Kelantan, dan pada waktu tu beliau menjawat Setiausaha Akhbar dan bersama arwah Tok Guru Nik Aziz hingga mereka bersama-sama digugurkan selepas PRU13 lalu.

Nampaknya Pas sudah tidak kenal kawan dan lawan. Masa untuk "Mara Kehadapan"/ "Move Foward".

Jom sertai Sukarelawan Husam Musa, kita corakkan paradikma baru Politik Malaysia yang lebih Matang, Telus dan Amanah.

* Penulis Syam Gaz adalah mantan Penyelidik Pusat Kajian Strategik.

Reman lelaki miliki pistol pandu kenderaan Safee dilanjutkan seminggu

Posted: 21 May 2016 05:31 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Tempoh tahanan reman seorang pemilik kedai aksesori kenderaan yang ditahan ekoran penemuan sepucuk pistol dalam trak pikap Ford Ranger milik penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Safee Sali yang dipandunya dilanjutkan hingga 28 Mei ini.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, tempoh reman itu dilanjutkan selama seminggu lagi setelah berakhir hari ini bagi memberikan lebih masa siasatan terhadap kes berkenaan.
 
Pada 15 Mei lalu, pihak polis menemukan sepucuk pistol dan 30 butir peluru dalam kenderaan milik Safee semasa sekatan jalan raya di susur keluar Kempas, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, di sini.
 
Walau bagaimanapun semasa ditahan, kenderaan itu dipandu seorang lelaki berusia 34 tahun yang juga pemilik kedai aksesori kenderaan.
 
Difahamkan, sebelum itu Safee menghantar kenderaan tersebut ke kedai suspek untuk diubah suai dan dijadualkan mengambilnya semula selepas perlawanan akhir Piala FA antara JDT dan PKNS FC pada 14 Mei lalu.
 
 

Bot nelayan bawa 12 orang hilang di perairan Pulau Aur

Posted: 21 May 2016 05:29 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Sebuah bot nelayan membawa 12 warga tempatan termasuk 10 orang kaki pancing yang keluar sejak Selasa lepas (17 Mei) dilaporkan hilang di sekitar perairan Pulau Aur, Mersing.
 
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata laporan kehilangan mereka dibuat oleh pemilik bot itu kira-kira 6.30 petang semalam (20 Mei) selepas bot itu gagal dihubungi.
 
Menurut Rahmat, kesemua mereka keluar memancing pada Selasa dan sepatutnya pulang dua hari lalu iaitu pada Khamis.
 
"Kedudukan terakhir bot itu dikesan ialah di perairan Pulau Aur, Mersing, kira-kira empat batu nautika dari Pulau Jemaja, Indonesia.
 
"Operasi mencari dan menyelamat kini sedang digerakkan melibatkan pelbagai agensi termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan polis marin," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Sabtu.
 
Sementara itu, dalam satu kenyataan di sini, Pegawai Operasi APMM Daerah Maritim 7 Leftenan Maritim Khairol Azwan Kasim berkata pencarian pihaknya kini tertumpu di kawasan Pulau Aur melibatkan sebuah kapal dan bot.
 
 

K'jaan P Pinang akan laksana sistem ladang babi tertutup

Posted: 21 May 2016 05:28 AM PDT

MALAYSIAKINI


Kerajaan negeri Pulau Pinang akan melaksanakan sistem ladang tertutup bagi penternakan babi di negeri itu dalam usaha mengatasi masalah pencemaran alam sekitar dan bau busuk di kawasan ladang berkenaan.

Pengerusi Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin berkata sejak tiga tahun lepas, pihaknya telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan lebih 150 penternak babi di negeri itu bagi memaklumkankan pelaksanaan ladang tertutup.

"Saya sendiri telah melawat ladang (babi) tertutup di Perak dan saya lihat ia lebih sistematik dan berkesan terutama dalam menjaga alam sekitar, jadi saya rasa penternak di negeri ini perlu mengambil langkah yang sama.

"Malah sejak tiga tahun lepas kerajaan negeri telah maklumkan perkara ini kepada penternak babi terutama mereka di Kampung Selamat di sini iaitu sebanyak 77 ladang dan di Valdor, Sungai Bakap (50 ladang) kerana dua tempat itu mempunyai ladang babi yang banyak.

"Selain dua kawasan itu, terdapat kawasan di bahagian pulau yang terdapat ladang babi iaitu Gertak Sanggul dan Teluk Kumbar," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Sungai Kereh, di Air Melintas Besar berikutan masalah pencemaran ladang babi dari Kampung Selamat.

Penduduk di kawasan itu mengalami masalah pencemaran dan bau busuk dari sungai kira-kira dua kilometer sejak 20 tahun lepas dan masalah itu masih belum dapat diatasi sehingga kini.

Dr Afif berkata penternak babi perlu berubah dari sekarang dan jika mereka gagal melaksanakan sistem ladang tertutup kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas termasuk menutup ladang babi mereka.

Beliau berkata pihaknya mengakui kos bagi melaksanakan fasiliti ladang tertutup itu agak mahal bagaimanapun penternak akan memperoleh semula keuntungan mereka selepas empat tahun malah sistem itu lebih baik dan mesra alam.

Selain itu Dr Afif berkata bilangan babi yang dibela di ladang di Pulau Pinang adalah sebanyak 300,000 ekor setiap tahun dan turut dieskport.

Tambah Dr Afif, sistem ladang tertutup itu antara rancangan jangka panjang bagi mengatasi masalah penduduk di situ yang terpaksa menghidu bau busuk dari Sungai Kereh.

"Ketika ini air kumbahan dari ladang babi di Kampung Selamat terletak kira-kira lima kilometer dari sungai itu mengalir masuk ke dalam Sungai Kereh sehingga menyebabkan airnya hitam dan busuk.

"Masalah itu bukan sahaja menyebabkan penduduk terpaksa menghidu bau busuk malah pesawah di kawasan berkenaan juga menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan air," katanya.

Wakil penduduk di situ Rahim Daud, 72, berkata penduduk di situ bukan sahaja terpaksa menghidu bau busuk malah ada yang terpaksa menanggung sakit seperti batuk berpanjangan, masalah sesak nafas dan gatal di kulit.

Katanya beliau yang tinggal di kawasan itu sejak 20 tahun lepas terpaksa menghidu bau busuk itu setiap hari dan bau berkenaan lebih busuk pada waktu malam.

"Kami berharap kerajaan negeri dapat mengatasi segera masalah bau busuk itu kerana sudah terlalu lama penduduk di sini terpaksa menghidu bau berkenaan," katanya.- Bernama


Daftar pengundi muda di Kedah membimbangkan - MB Ahmad Bashah

Posted: 21 May 2016 05:26 AM PDT

MALAYSIAKINI


UMNO Kedah menyasarkan 50,000 pengundi baharu didaftarkan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), kata Pengerusi Badan Perhubungan parti negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar Kedah berkata pendaftaran pengundi baharu terutamanya generasi muda perlu dipergiat bagi memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus menerajui kepimpinan negara dan negeri.

"Kita ada senarai pengundi baharu dan kita akan lakukan proses pemutihan bagi mencapai sasaran itu.

Kita juga perlu berkerjasama dengan parti komponen lain BN untuk kekalkan UMNO dan BN sebagai pemerintah kerajaan negeri," katanya pada pelancaran Jentera Gerak Kerja UMNO PRU-14 di Dewan Seri Mentalon, hari ini.

Beliau berkata setakat ini, hanya 13,000 pengundi baharu didaftarkan dan keadaan itu amat membimbangkan pihaknya yang sebelum ini mendaftar kira-kira 80,000 pengundi baharu pada PRU-13.

Menurutnya Wanita UMNO negeri menerusi Program Jalinan Rakyat perlu mengenal pasti sikap pengundi di setiap daerah mengundi bagi memudahkan jentera UMNO melaksanakan tugas.

"Jika kita berjaya selesaikan isu berbangkit, ia dapat menghasilkan sikap positif masyarakat terhadap kita (UMNO) dan mungkin kawasan yang kelabu dapat diputihkan.

"Mungkin ada sebab kenapa mereka tidak sokong kita sebelum ini dan kita perlu baiki kelemahan bagi memastikan UMNO mendapat sokongan daripada rakyat pada PRU akan datang," katanya.

Ahmad Bashah berkata UMNO juga tidak mengabaikan kawasan hitam yang dikuasai oleh pembangkang dan terus berusaha merampasnya daripada pakatan pembangkang.- Bernama

Undang-undang apa yang diguna untuk sekat ke luar negara, tanya peguam

Posted: 21 May 2016 05:23 AM PDT

MALAYSIAKINI


Undang-undang khusus yang mana satu yang digunakan oleh kerajaan untuk menghalang rakyat daripada meninggalkan negara ini?

Ini adalah persoalan asas yang masih belum dijawab, kata peguam Syahredzan Johan.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamed semalam bahawa halangan perjalanan tidak akan dikenakan ke atas pengkritik kerajaan, tetapi hanya terhadap mereka yang didakwa melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Dalam satu catatan di Facebook hari ini, Syahredzan 'penjelasan' itu masih tidak menjawab persoalan asas - di bawah undang-undang mana yang mereka menghalang rakyat ke luar negara?

Seperti yang dinyatakan oleh ramai pihak, termasuk Presiden Majlis Peguam Steven Thiru, hak untuk ke luar negara adalah hak perlembagaan yang dijamin di bawah Perkara 5 (1) Perlembagaan Persekutuan, katanya.

Ini, katanya, adalah tafsiran undang-undang oleh mahkamah tertinggi dalam kes Lee Kwan Woh lwn PP.

Menurunya, hujah bahawa pengeluaran pasport adalah 'hak istimewa', dan bukan satu hak, merupakan satu tafsiran usang berdasarkan duluan - khususnya kes kerajaan Malaysia lwn Loh Wai Kong - yang telah diputuskan sebagai 'tidak bernilai sebagai duluan' dalam kes Lee Kwan Woh v PP itu.

Oleh itu, kata Syahredzan, dalam usaha untuk menghalang hak fundamental ini, ia mesti sekurang-kurangnya menurut suatu undang-undang khusus.

Tidak ada undang-undang yang membolehkan ketua pengarah Imigresen untuk menghalang perjalanan seseorang warganegara dengan pasport yang sah, katanya, walaupun pada asas mereka telah melakukan kesalahan melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, katanya, menghalang seseorang daripada ke luar negara apabila ia tidak terbukti di mahkamah bahawa mereka telah melakukan suatu kesalahan melanggar Perlembagaan Persekutuan, adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip keadilan asasi.

Kerajaan akan pada dasarnya menghukum seseorang sebelum orang itu mempunyai peluang untuk mempertahankan dirinya di mahkamah, katanya.

The Star pada hari Rabu melaporkan Jabatan Imigresen telah membuat satu peraturan dalaman untuk menghalang mereka yang mengkritik kerajaan daripada ke luar negara.

Semalam, Nur Jazlan menjelaskan larangan perjalanan itu hanyalah dikenakan terhadap mereka yang telah didakwa melanggar perlembagaan persekutuan.

Beliau dipetik sebagai berkata, ia termasuklah mereka yang menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara atau telah melakukan perbuatan yang melanggar Perlembagaan Persekutuan - ini adalah asas undang-undang yang akan membuat mereka dihalang ke luar negara.

Kata dua Azmin: PAS Selangor serah kepada kepimpinan tertinggi parti

Posted: 21 May 2016 05:04 AM PDT

ANTARAPOS,COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS Selangor menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi parti untuk menyelesaikan isu spekulasi pertemuan antara Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan Exco mereka, kata Pesuruhjayanya, Datuk Iskandar Samad.
 
"Media juga telah membuat spekulasi tentang pertemuan di antara Datuk Menteri Besar dan Exco-exco PAS.
 
"Kandungan pertemuan tersebut adalah tidak penting tetapi yang penting adalah pengumuman beliau semalam bahawa PAS kekal bersama pentadbiran kerajaan negeri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Beberapa hari lalu, media melaporkan Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR didakwa memberi kata dua kepada PAS sama ada untuk menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar atau meletak jawatan dalam kerajaan negeri.
 
Dilaporkan, Azmin memberitahu perkara berkenaan kepada tiga Exco PAS - Datuk Ahmad Yunus Hairi, Zaidy Abdul Talib termasuk Iskandar sendiri, selepas mengadakan pertemuan dengan mereka selepas mesyuarat exco pada Rabu. 
 
Azmin bagaimanapun menafikan perkara berkenaan, sambil menegaskan tumpuan sekarang ialah berbincang dengan parti-parti pembangkang untuk bertanding dalam kerusi parlimen itu.
 
Namun, sumber PAS Selangor berkata kepimpinan tertinggi parti memutuskan untuk terus bertanding selepas mengadakan mesyuarat dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di kediamannya di Rusila, Terengganu.
 
Malah Iskandar juga berkata, PAS sudah menggerakkan jentera di peringkat negeri untuk menghadapi PRK di kawasan berkenaan.
 
"Sungai Besar adalah kerusi tradisi PAS dan keputusan PAS untuk bertanding di situ tidak sepatutnya dipertikaikan oleh sesiapa.
 
"Saya yakin jentera dan ahli-ahli PAS akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada PRK ini dan tidak akan melayani isu-isu yang bertujuan untuk mengganggu tumpuan ini," katanya yang juga Nib Presiden PAS.
 
 

Jasad Kho Jabing dijangka tiba di Miri 4 petang ini

Posted: 21 May 2016 05:01 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SINGAPURA: Jasad Kho Jabing, rakyat Malaysia yang hukuman mati terhadapnya dilaksanakan di Singapura semalam, dijangka tiba di Lapangan Terbang Miri, Sarawak, kira-kira 4 petang ini.
 
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura mengesahkan perkara ini kepada Bernama di sini hari ini.
 
Seorang ahli keluarga Jabing memberitahu, Bernama baru-baru ini bahawa jasad Jabing dijangka disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Batu 1, Jalan Kuala Baram, Miri.
 
Jabing, 31, yang menganuti agama Kristian sebelum ini, memeluk Islam ketika di dalam penjara dan memilih Muhammad sebagai nama baharunya.
 
Berasal dari Ulu Baram, Sarawak, dia dijatuhi hukuman mati enam tahun lepas setelah didapati bersalah membunuh seorang pekerja binaan warga China, Cao Ruyin dalam cubaan merompak di Geylang Drive di sini pada 2008.
 
Semalam, Mahkamah Rayuan Singapura menolak rayuannya di saat akhir untuk penangguhan pelaksanaan hukuman gantung dan dia menjalani hukuman itu pada 3.30 petang di Kompleks Penjara Changi di sini.
 
 

Shaharuddin nafi jadi calon PKR untuk PRK Sungai Besar

Posted: 21 May 2016 04:56 AM PDT

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pensyarah Unisel, Profesor Madya Dr Shaharuddin Badaruddin menafikan beliau adalah calon bagi PKR untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, sebagaimana yang dilaporkan sebuah portal hari ini.
 
"Tak tahu, perkara (calon) belum dibincangkan lagi, di peringkat PKR tak bincang pun mengenai calon. Kalau maklumat itu datang dari kepimpinan tertinggi tak betul juga kerana ia tak pernah dibincang, setahu saya.   
 
"Bagi diri saya, saya nafikan kerana perkara itu tidak pernah dibincangkan oleh PKR pusat," katanya kepada Antarapos, menjawab laporan yang mengaitkan beliau sebagai calon pilihan PKR untuk bertanding di Sungai Besar.
 
Portal mStar yang memetik sumber parti dilaporkan berkata kepimpinan telah memutuskan bahawa Shaharuddin yang juga anak tempatan Tanjong Karang adalah calon terbaik untuk mencabar Barisan Nasional (BN) bagi kerusi parlimen tersebut.
 
Portal itu turut melaporkan, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR sedang mengadakan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin PAS negeri untuk parti Islam itu memberi laluan kepada PKR.
 
"Kerusi itu (Sungai Besar) adalah kerusi PAS, lama dah di sana dan Kuala Kangsar. Jadi perbincangan tak boleh hanya menjurus kepada Sungai Besar saja, ada kena mengena dengan Kuala Kangsar.
 
"Sungai Besar dan Kuala Kangsar tak boleh dipisah-pisahkan. Ia merupakan satu perbincangan menyeluruh, dan kita akui kedua-dua kawasan itu adalah tradisinya kawasan PAS. Jadi nak tak nak, perundingan perlu dibuat dengan PAS," ujar Shaharuddin yang juga Naib Presiden PKR.
 
Azmin pada Jumaat berkata tempoh rundingan masih panjang iaitu sehingga tarikh penamaan calon biarpun PAS berkali-kali menegaskan parti itu tidak akan melepaskan kerusi berkenaan.
 
PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kalah majoriti tipis kepada calon Umno Barisan Nasional (BN). 
 
Parlimen Sungai Besar terdiri daripada dua DUN iaitu Sungai Panjang (BN) dan Sekinchan (DAP).
 
Pengaruh besar yang dimiliki ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim dikatakan menjadi antara faktor mengapa PKR mahu bertanding di Sungai Besar bagi memastikan Pakatan Harapan mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi kerusi itu.
 
"Faktor DAP itu tak boleh ditolak tepi, terutama faktor pengundi Cina kerana lebih kurang 30 peratus pengundi Sungai Besar merupakan pengundi Cina. Mahu tak mahu sensitiviti itu kena ada.
 
"Contohnya dalam pilihan raya umum yang lalu, memang pengundi Cina mengundi PAS, tapi melihat kepada trend-trend yang berlaku, kemungkinan sokongan diandaikan tidak berterusan. Sebab itu ramai berpandangan misal kata kalau PKR bertanding di situ, masih ada peluang untuk berjaya.
 
"Paling penting formulanya satu lawan satu," katanya.
 
PRK Sungai Besar ditetapkan diadakan pada 18 Jun depan, serentak dengan Kuala Kangsar.
 
 

Azmin memang beri kata dua kepada tiga Exco PAS Selangor - Khairuddin Aman

Posted: 21 May 2016 03:56 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali memang sah beri kata dua kepada tiga Exco PAS supaya meletakkan jawatannya, sekiranya parti itu tetap berkeras mahu bertanding PRK Parlimen Sungai Besar.
 
Demikian pendedahan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali kepada sebuah portal berita hari ini. 
 
Khairuddin bertegas pengesahannya itu dibuat berdasarkan maklumat yang diterima pihak partinya.
 
"Azmin 'terkantoi' berbohong kepada wartawan, kononnya tidak pernah arahkan EXCO PAS (Selangor) letak jawatan sedangkan memang 'confirm' dia (Azmin) arahkan EXCO PAS meletakkan jawatan jika PAS terus bertanding di Sungai Besar," katanya dipetik portal Free Malaysia Today (FMT).
 
Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus mendakwa Azmin terpaksa bertindak sedemikian selepas ditekan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang mahu meletakkan calon mereka di Parlimen berkenaan.
 
"Sesama Pakatan Harapan pun tekan dia (Azmin) dalam isu Deklarasi Rakyat. Pakatan Harapan tekan dia isu bertanding PRK Sungai Besar, jadi nak lepaskan diri dia 'melibas' semua orang termasuk Presiden PAS," katanya.
 
Khairuddin melahirkan rasa kesal atas kenyataan terbaharu Azmin yang kelihatan menyindir Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ketua yang tidak tahu isu dalam parti.
 
Kenyataan seolah sindiran itu merupakan jawapan Azmin kepada Hadi yang menyangkal adanya rundingan rasmi pengagihan kerusi PRK antara PAS dan PKR.
 
Menurut Azmin rundingan dilakukan dengan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali dan setiausaha politik kepada Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
 
Walaubagaimanapun, PAS mengambil pendekatan memaafkan perbuatan Azmin, malah memahami stuasi yang sedang dihadapi Menteri Besar Selangor itu.
 
"Kita maafkan Azmin atas 'kecelaruan' fikiran dia akhir-akhir ini," katanya.
 
 

Tak hormat ulama antara sebab ahli terkeluar PAS, kata Nik Abduh

Posted: 21 May 2016 03:52 AM PDT

Oleh Muhammad Asyraf Azlan
Post Pic


KUALA LUMPUR: Hilang hormat kepada ulama antara sebab ahli PAS keluar atau dikeluarkan daripada parti, demikian kata ketua pemudanya, Nik Abduh Nik Aziz.

Katanya, golongan ini juga hanya memilih ulama tertentu untuk dihormati atau dibenci.

"Antara sebab bahawa orang yang keluar daripada PAS dalam krisis terakhir ini yang saya yakin dan kenal orang ini dan saya anggap mereka abang adalah kerana hilangnya penghormatan mereka kepada para ulama.

"Mereka hormat hanya ulama yang mereka hendak hormat sahaja dan mereka benci ulama yang mereka hendak benci," katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Muktamar PAS Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Katanya, ada pemimpin yang pernah diangkat sebelum ini dan mengajar istiqamah dalam perjuangan, akhirnya keluar daripada PAS dan berjuang separuh jalan.

Baru-baru ini, bekas naib presiden, Datuk Husam Musa dilucutkan keahliannya daripada PAS atas tindakannya yang lantang mengkritik Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sebelum ini, sekumpulan bekas pimpinan PAS yang kecewa pada pemilihan PAS pada 2013 keluar daripada PAS dan menubuhkan Parti Amanah Negara (PAN).


PAS boleh bersedia untuk 'diceraikan' PKR - penganalisis

Posted: 21 May 2016 03:49 AM PDT

Oleh Zeanaaima Mohd Yusof
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS sudah boleh bersedia untuk PKR tidak lagi menjadi rakan politiknya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata penganalisis politik, Prof Madya Dr Salawati Mat Basir.
 
Pandangannya itu bersandarkan sikap Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang semakin berani menyindir dan mengugut kepimpinan PAS secara terang-terangan.
 
Azmin pada Jumaat dilaporkan menyatakan rasa simpatinya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana 'tidak tahu apa-apa' yang berlaku dalam parti dan tidak diberikan maklumat yang secukupnya oleh orang kanannya berhubung rundingan agihan kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Jun ini.
 
Azmin juga didedahkan Ketua Penerangan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali sebagai sah memberi kata dua kepada tiga Exco PAS supaya meletakkan jawatannya jika parti Islam itu tetap mahu bertanding di kerusi berkenaan.
 
"Kalau kita nak berbaik dengan seseorang, kita tak akan ugut dan tak hina orang yang kita nak berbaik. Kita takkan tuduh orang tu tak tahu apa-apa pasal parti. Ia mengguris hati. Pada saya, Azmin tak patut cakap macam itu. Nampaknya dia sudah terlepas cakap.
 
"Saya nampak mereka cuba untuk bersatu semula demi kejayaan tapi susah sebab PAS rasa tertekan dan terhina dengan tindakan DAP (bekas rakan politik) dan PKR sebelum ini," ujar Dr Salawati ketika dihubungi Antarapos.
 
PAS, PKR dan DAP sebelum ini mengadakan tahaluf siyasi menerusi Pakatan Rakyat (PR) pada 2008 yang menyaksikan pembangkang menang besar pada PRU ke-12.
 
Gandingan tiga parti itu pada awalnya menggerunkan Umno Barisan Nasional (BN). Namun ternyata keutuhan gabungan itu hanya bersifat sementara.
 
Tidak sampai dua penggal bersama, PAS tidak dijemput untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) selepas parti itu dan DAP putus hubungan hanya kerana tidak sependapat bersabit isu pelaksanaan hudud di Kelantan.
 
Namun hubungan politik PAS dan PKR masih berjalan hingga kini demi memastikan kerajaan negeri pimpinan Azmin di Selangor tidak tumbang. 
 
Mengulas lanjut, Dr Salawati berkata, sikap Azmin yang semakin kritikal kepada PAS bukan sesuatu yang mengejutkan. 
 
"Saya sudah pernah beritahu Azmin adalah ahli politik yang sangat licik. Azmin akan sentiasa mahu dilihat suci dan mulia di pandangan orang dan saya rasa dia tak mahu memburukkan situasi walaupun dia telah beri kata dua kepada (Exco PAS Selangor) tetapi dia menafikan depan wartawan. Tapi bila PAS sendiri bukak ceria jadi dia tak boleh lari. 
 
"Kita boleh nampak org macam Azmin ini susuah juga sebab dia pentingkan matlamat politik dan parti. kalau perlu dia bunuh orang lain, dia akan bunuh. Sebab itu saya kata dia diam, tapi dia tahu bagaimana nak ambil kesempatan. Kadang-kadang orang lupa dia, tapi di belakang...dia sangat menjalar," ujarnya.
 
Dr Salawati dalam pada itu memberitahu, sentimen pengundi Parlimen Sungai Besar masih condong kepada Umno BN.
 
Justeru katanya, jika Umno BN ingin mempertahankan kerusitersebut parti itu perlu meletakkan calon yang setanding dengan penyandangnya, Allahyarham Datuk Noriah Kasnon.
 
PRK Sungau Besar akan diadakan serentak dengan Parlimen Kuala Kangsar.
 
Dua PRK ini terpaksa diadakan selepas Noriah dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sebuyau, 5 Mei lalu.
 
 

Jakim serah pada JAIN, pihak berkuasa siasat pasangan mengaku murtad

Posted: 21 May 2016 03:43 AM PDT

MALAYSIAKINI


Kes sepasang suami isteri yang didakwa mengaku murtad dan menghina Islam di Facebook perlu disiasat oleh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan pihak berkuasa sebelum sebarang tindakan boleh diambil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
  
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha berkata jabatan itu akan mencari jalan penyelesaian selain mengadakan sesi kaunseling kepada pasangan itu setelah mendapat laporan daripada JAIN dan pihak berkuasa berkenaan.
  
"Kita kena cari jalan yang terbaik untuk bawa (mereka) ke pangkal jalan. Sudah pasti kita akan mencari caranya. Ada banyak, saya lihat, tawaran yang diberi kepada pasangan itu untuk adakan perbincangan mengenai tindakan mereka.
  
"Jadi, kita harus mendekati mereka untuk mengetahui masalah... kita kena layan dengan baik, kita tidak tahu apa punca dan bagaimana pasangan itu terguris," katanya.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Karnival Muslimah dan Pengurniaan Sumbangan Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Othman diminta mengulas laporan media pada Khamis bahawa Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah membuat laporan polis bagi menyiasat kenyataan pasangan itu, yang didakwa murtad dan menghina Islam di Facebook.
  
Pasangan yang mempunyai lima anak itu dipercayai menetap di Melbourne, Australia dan mendakwa meninggalkan agama Islam hampir setahun lepas.
  
Dalam temu bual bersama sebuah akhbar tempatan (Berita Harian), si isteri mendakwa berubah hati terhadap agama Islam kerana tidak berpuas hati dan kecewa terhadap beberapa perkara.
  
Dalam pada itu, Othman menjelaskan sebarang permohonan untuk menukar status agama Islam kepada agama lain hanya boleh dibuat dan diluluskan oleh Mahkamah Syariah, di samping perlu melalui proses tertentu.
  
"Dalam undang-undang, perkara itu (menukar agama) sah jika diluluskan Mahkamah Syariah namun setakat ini tidak ada satu pun yang diluluskan oleh Mahkamah Syariah yang telah membenarkan seseorang itu murtad," katanya.

Menurutnya berdasarkan kenyataan pasangan suami isteri itu, beliau percaya tindakan mereka adalah berdasarkan kekecewaan terhadap individu dan bukannya agama. - Bernama


'Gabenor Bank Negara tahu, izinkan RM2.6b masuk akaun Najib' - JASA

Posted: 21 May 2016 03:26 AM PDT

MALAYSIAKINI


Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi mendedahkan kandungan pertemuan antara pemimpin Umno dengan presidennya, Datuk Seri Najib Abdul Razak sejurus selepas terbongkar kisah perdana menteri itu telah menerima RM2.6 billion ke dalam akaun perbadinya.

Dalam sesi dialog bersama penuntut Malaysia di Canberra, Australia, Puad berkata, pemimpin Umno meminta untuk bertemu dengan Najib sebaik sahaja the Wall Street Journal menerbitkan berita kemasukan dana itu.

Dengan tidak memberikan butiran tarikh pertemuan tersebut, namun menjelaskan ia berlaku semasa bulan Ramadan antara 15 Jun hingga 15 Julai tahun lalu. Wall Street Journal menerbitkan berita itu pada 2 Julai.

Dalam pertemuan tersebut, Puad berkata, Najib mengakui menerima dana tersebut dan mendakwa telah berbincang dengan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akthar Aziz dan menerima kelulusan bank pusat itu untuk membawa masuk wang itu.

"Bila sampai ke rumah beliau, kami bertanya kepada Datuk Seri Najib betulkah you dapat 2.6 billion. Dia kata betul.

Beliau tidak menafikan dan mengatakan mempunyai dokumen kelulusan dari Bank Negara untuk memindahkan dana itu ke akaun bank peribadinya.

"Cuma masalahnya, dia kata mungkin, dia sebut mungkin ada pegawai di bank negara ataupun ambank yang membocorkan maklumat tersebut kepada Sarawak Report dan diberikan kepada Wall Street Journal.

"Sebab masuk ke akaun peribadi dia dalam negara kena ada kebenaran bank negara dan dia sudah berbincang dengan gabenor bank negara, kena isi dokumen," kata Puad dalam dialog anjuran Kelad Umno Australia.

Ujar Puad, Najib turut menegaskan kepada pemimpin Umno bahawa deposit itu bukan untuk kegunaan peribadinya.

"Sebab itu dia kata kalau duit itu untuk tujuan peribadi dia, lebih baik dia kata masuk ke dalam akaun peribadi dia di luar negara," jelas Puad pada majlis di Australian National University, Warrumbul Unilodge.

Justeru, Puad berkata, laporan Najib menerima duit itu betul tetapi dakwaan duit itu adalah berpunca dari 1MDB tidak betul.

Dalam pertemuan itu, Najib memberitahu mereka duit itu dari raja Saudi.

" Malam itu kita sudah tahu sebenarnya. So, itu adalah sumbangan raja Saudi dan dia tidah masuk duit itu dimasuk ke akaun rasmi sebab tujuan dia, antaranya untuk melawan IS, dan kedua, untuk membantu di tempat-tempat lain, seperti di Palestin dan sebagainya.

"Itu yang diberitahukan. Sebab itu kami diam," jelas beliau.

Pas kuat bukan sebab Abdul Hadi, pemimpin

Posted: 21 May 2016 03:21 AM PDT


Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz
Nik Abduh merasmikan Muktamar Tahunan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan. – Foto Facebook Pemuda Pas Wilayah Persekutuan


KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan kekuatan parti Islam itu bukan bersandarkan kepada presidennya mahupun barisan kepimpinan parti.

Menurutnya, akar umbi dan sokongan rakyatlah punca kekuatan Pas selama ini.

"Pas sebuah parti yang kuat. Kekuatan kita bukan sebab presiden. Adakah sebab Tuan Guru Hadi atau pemimpin-pemimpin di sekeliling dia? Bukan!

"Tetapi kekuatan itu bermula dari akar umbi, dari sokongan rakyat dalam masa yang panjang. Sebab rebahnya Pas, (bermaksud) rebahnya Islam di Malaysia," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena Muktamar Tahunan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan ke-31, di sini, hari ini.

Nik Abduh sempat mengimbau krisis dalaman Pas yang melanda parti itu sebelum ini.

"Pemimpin kita puja, dialah (yang) rebah. Sepatutnya Pas sudah hancur.

"Yang keluar (parti) itu, keluarlah tapi Pas terus gagah," katanya.

Mengulas lanjut, Nik Abduh berkata, pemimpin-pemimpin yang disifatkan sebagai abang-abangnya itu meninggalkan parti atau dibuang parti kerana menghidapi penyakit.

"Kekuatan Pas juga kerana Dewan-dewan Pemuda Pas ini. Pemuda kuat-kuat belaka, sihat. Yang rebah di atas itu...abang-abang kita kerana berpenyakit.

"Mereka keluar Pas, dibuang dari Pas bukan sebab Pas tapi kerana penyakit diri sendiri yang tidak diubati. Kanser itu bermula dari sel yang kecil jika tidak diubati, sama ada kena potong (buang) ataupun mati sendiri," katanya.

Mendakwa hasil pemerhatiannya, abang-abangnya meninggalkan parti juga dilihat gara-gara sudah hilang perhormatan kepada para ulama.

"Mereka hormat yang mereka mahu hormat. Mereka tidak hormat yang mereka tidak mahu hormat.
"Ini ALLAH tidak terima, jadi, jangan begitu," katanya.


Kes profil tinggi: Lembaga Disiplin Umno enggan adili

Posted: 21 May 2016 03:17 AM PDT

Kes profil tinggi: Lembaga Disiplin Umno enggan adili


SHAH ALAM – Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan merujuk kes disiplin tiga pemimpinnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir ke mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) pada 27 Mei ini.

Beliau berkata, Lembaga Disiplin telah memulangkan kes tersebut kepada beliau dan tidak mahu mengadilinya kerana menyifatkan masalah disiplin itu sebagai kes berprofil tinggi.

"Kita telah dapat laporan (daripada Lembaga Disiplin). Saya akan bawa laporan tersebut untuk diputuskan oleh MT Umno. Oleh kerana pihak Lembaga Disiplin tidak mahu meneruskan (prosiding) seperti mana yang selalu dilakukan.

"Lembaga Disiplin fikir ini kes berprofil tinggi, dia pulangkan balik kepada kita. Jadi MT Umno terpaksa mengambil keputusan, terserah kepada MT Umno untuk membuat keputusan, apa yang dia nak ambil," katanya pada sidang media selepas merasmikan Komuniti 1Malaysia di Apartment Presint 14-12, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin pada Rabu lalu yang mendakwa beliau tidak pernah menerima surat tunjuk sebab daripada Umno terhadap sebarang salah laku sebelum parti mengambil apa-apa tindakan.

Muhyiddin berkata, beliau juga tidak pernah dimaklumkan oleh Lembaga Disiplin mengenai apa-apa pertuduhan melanggar disiplin parti terhadapnya.

Mengulas lanjut, Tengku Adnan juga membidas tuduhan Muhyiddin terhadapnya bahawa tindakan beliau tidak mengikut peraturan dan Perlembagaan Umno.

"Sebenarnya saya ikut peraturan, hanya Lembaga Disiplin yang telah pulangkan balik (kes) kepada MT Umno kerana kes ini berprofil tinggi untuk Muhyiddin, Shafie Apdal dan Mukhriz.

"Tak timbul soal itu (tak ikut peraturan), memang selalu bagi ahli-ahli biasa kita buat (ambil tindakan disiplin). Kita minta mereka datang, dalam masa dua minggu. Ada cawangan-cawangan yang kononnya buat gerakan nak jatuhkan presiden. Tak jalan pun.

"Bila kita ambil tindakan kepada mereka, hantar surat, dalam dua minggu kena jawab dan hadirkan diri. Malahan Tan Sri Mahyuddin ada pergi ke salah satu (cawangan) menghantar mereka di ibu pejabat Umno waktu mereka dipanggil," jelasnya.

Tengku Adnan berkata lagi, keengganan Lembaga Disiplin membuat keputusan dan menyerahkannya kepada MT Umno untuk menentukan nasib tiga pemimpinnya itu tidak menyalahi Perlembagaan parti.

"Tidak langgar (peraturan). Perlembagaan jelas bahawa MT Umno berhak untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Majlis Tertinggi dan juga boleh buat keputusan-keputusan selain daripada apa yang tertera dalam tata etika parti dan Perlembagaan," ujarnya.

Beliau turut berkata, penggantungan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden Umno pada 26 Februari lalu turut diputuskan oleh MT Umno, setelah kes itu dipulangkan Lembaga Disiplin kepada beliau dengan memberi alasan sama.

"Kes dulu kita yang buat (keputusan) supaya Muhyiddin digantung. Kes ini sama juga apabila Lembaga Disiplin tak nak buat keputusan, jadi MT Umno kena ambil keputusan," katanya lagi.


Tun M digesa henti keluar kenyataan rugikan BN

Posted: 21 May 2016 03:12 AM PDT

Mahathir Mohamad
Mahathir Mohamad - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI


PUTRAJAYA - Tun Dr Mahathir Mohamad digesa supaya berhenti mengeluarkan kenyataan-kenyataan merugikan Umno dan BN serta boleh memusnahkan perpaduan rakyat Malaysia yang dibina oleh empat Perdana Menteri terdahulu termasuk beliau sendiri.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang menggesa pengundi di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar supaya tidak mengundi BN hanya akan merugikan parti pemerintah itu.

"Kalau dia benci sangat pada kami, (sekurang-kurangnya) sayanglah kepada parti, (kerana) dia sudah terajui parti ini sejak dia jadi Perdana Menteri selama 22 tahun lalu. Kita bagi sokongan kepada dia, kerana BN dan Perikatan lah kamu jadi Perdana Menteri dulu. Jangan buat macam itu.

"Fikirkanlah apa yang beliau nak cakap, supaya jangan membuat satu keadaan yang orang boleh memutarbelitkan dan memanipulasikan situasi ini, ianya akan merugikan BN," katanya di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Mahathir pada Ahad lalu yang mahu pengundi-pengundi di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar mengundi parti pembangkang untuk menjatuhkan BN dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu, pada 18 Jun ini.

Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad daripada BN yang terkorban dalam tragedi helikopter di Sebuyau, Sarawak, pada 5 Mei lalu.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, Pas hanya kalah tipis kira-kira 399 majoriti undi di Sungai Besar dan hanya ketinggalan kira-kira 1,082 majoriti undi di Kuala Kangsar.


Wartawan ‘tanpa nama’ sering dipercayai -Zahid

Posted: 20 May 2016 10:38 PM PDT

Wartawan media cetak dan elektronik pada masa kini bukan lagi menulis menggunakan mata pena, tetapi menulis di hujung jari.


zahid-hamidi


KUALA LUMPUR: Wartawan yang tidak mempunyai media secara sah, menggunakan internet dengan meletakkan namanya atau nama samaran kerap kali dianggap mempunyai kredibiliti yang sebenar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara tersebut berlaku ekoran suntikan budaya kebencian dalam kalangan rakyat.

"Apabila pemikiran kebencian ini menenggelami kebenaran, maka jadilah suatu berita walaupun penulisan itu tidak sampai ke tahap kredibiliti," katanya sewaktu berucap dalam Majlis Malam Wartawan Malaysia 2016 di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur.

Ujar Ahmad Zahid lagi, wartawan media cetak dan elektronik pada masa kini bukan lagi menulis menggunakan mata pena, tetapi menulis di hujung jari.

Oleh itu, beliau menggesa agar wartawan masa kini bersaing bagi membentuk persepsi di samping tidak melupakan etika kewartawanan.

Malah, dalam era dunia tanpa sempadan peranan wartawan juga berubah dan tidak lagi jumud kepada sesuatu perkara.

"Kita lihat, peranan wartawan telah berubah dan dunia kewartawanan tidak lagi jumud jauh dari statik atau beku. Media juga berubah dari media tradisional atau konvensional kepada digital.

"Ertinya, kita hadapi persaingan dan di mana dunia-dunia membangun melihat bahawa kewartawanan digital melebihi jumlah bidang kewartawanan tradisional atau konvensional," katanya

Bukan itu sahaja, kewibawaan sesetengah pengamal media juga penting dalam menghadapi era digital.

"Dalam keadaan inilah, kewibawaan akan meletakkan media kita dalam skala satu hingga sepuluh. Apabila sesuatu kewibawaan itu menjadi kebolehpercayaan tinggi, sudah tentu ia boleh dipercayai," ujarnya.

Mangsa banjir kilat boleh saman PBT

Posted: 20 May 2016 10:38 PM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Sekiranya PBT menerima tuntutan saman daripada mangsa, mereka (PBT) tidak boleh tidak mengendahkan saman tersebut kerana perlu mengikut perintah mahkamah dan selesaikan segala kes yang berkaitan.


SyahredzanJohan


KUALA LUMPUR: Semua mangsa yang terjejas akibat banjir kilat di ibu kota baru-baru ini, boleh menyaman pihak berkuasa tempatan (PBT) di mahkamah, namun perlu mempunyai bukti yang disokong oleh pakar berkaitan.

Peguam di firma guaman swasta, Syahredzan Johan berkata mangsa perlu mengemukakan bukti berkaitan kecuaian atau kelonggaran tanggungjawab oleh PBT sehingga boleh menyebabkan berlaku bencana sebegitu.

"Sebagai contoh, dalam kes ini mangsa boleh dapatkan pakar dalam bidang kejuruteraan yang akan memberi keterangan mewakili pihak mangsa di mahkamah.

"Keterangan yang diberikan adalah berdasarkan bukti-bukti antaranya keterangan daripada saksi, keratan akhbar, gambar insiden dan resit yang melibatkan pembayaran kerosakan aset mereka ekoran kejadian itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata proses melibatkan pakar ini biasanya memerlukan kos yang tinggi dan hal itu membuatkan mangsa menganggap ia membebankan dan seterusnya bertindak 'angkat tangan' untuk menyaman pihak berkuasa.

"Tetapi sekiranya PBT menerima tuntutan saman daripada mangsa, mereka (PBT) tidak boleh tidak mengendahkan saman tersebut kerana perlu mengikut perintah mahkamah dan selesaikan segala kes yang berkaitan," katanya.

Namun, beliau turut menggesa PBT agar segera mencari jalan penyelesaian dan bukan menunggu sehingga diambil tindakan oleh mangsa, baharu mahu bertindak.

"PBT perlu tengok semula apa yang perlu dibuat untuk selesaikan permasalahan banjir kilat di ibu negara, hal ini kerana ia melibatkan banyak kerosakan dan kerugian orang ramai," katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedia berdepan dengan saman oleh mangsa banjir kilat baru-baru ini.

"Jika mereka nak saman, DBKL hanya menunggu kes didengar di mahkamah nanti. DBKL mempunyai peguam khas untuk menyelesaikan urusan ini," katanya kepada Bernama melalui mesej WhatsApps.
Buat masa ini, DBKL sedang membuat pemeriksaan dan pembersihan keseluruhan sistem saliran di kawasan banjir serta beberapa kawasan lain yang dikenal pasti akan terbabit dengan bencana alam itu.

Pada 12 Mei lalu, kejadian banjir kilat di beberapa jalan utama di ibu negara antaranya di Jalan Pantai Baru dan Jalan Tuanku Abdul Halim telah menjejaskan lebih 100 kenderaan yang terperangkap.-Bernama

4 berita palsu libatkan Bernama dalam siasatan SKMM

Posted: 20 May 2016 10:32 PM PDT

FREE MALAYSIA TODAY
 
 
Ahmad Razif berharap kerjasama dan maklumat yang diberi kepada SKMM akan melancarkan siasatan itu sekaligus mencari dalang yang terlibat.


razif


KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terus giat menjalankan siasatan berhubung empat laporan berita palsu melibatkan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman juga turut membantu siasatan berikutan beliau juga antara mereka yang menerima laporan palsu tersebut menerusi aplikasi WhatApps.

Ahmad Razif berkata pihaknya berharap kerjasama dan maklumat yang diberi kepada SKMM akan melancarkan siasatan itu sekaligus mencari dalang yang terlibat.

"Saya juga berterima kasih kepada SKMM dan Bernama yang sangat serius dalam menangani masalah ini demi menjaga nama baik semua pihak dan berharap siasatan ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin," katanya kepada Bernama selepas menerima kunjungan lima pegawai SKMM di kediaman rasmi Seri Iman di sini semalam.

Kunjungan itu bertujuan mendapatkan maklumat daripada Menteri Besar berhubung penyebaran berita palsu kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menangguhkan lawatan rasmi ke Terengganu pada Isnin ini (23 Mei).

Sementara itu, Ketua Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian dan Peguatkuasaan SKMM Zulkarnain Mohd Yasin berkata pihaknya sangat mengambil berat aduan Bernama Biro Terengganu mengenai laporan berita palsu yang tersebar sejak Mac lalu dan yang terbaharu melibatkan pemimpin nombor satu negara.

"Ini adalah sesuatu yang sangat serius kerana menyebarkan berita palsu adalah satu kesalahan besar apatah lagi mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan kredit berita 'Bernama'.

"Setakat ini, siasatan sedang berjalan lancar di mana tiga pegawai SKMM dari Cyberjaya turut 'berkampung' di Terengganu untuk menjalankan siasatan," katanya.

Pada 11 Mac lepas, Ketua Biro Bernama Terengganu Zalina Maizan Ngah membuat laporan polis berkaitan artikel bertajuk 'Rosli Sedia Jadi Penggerak Puteri UMNO Terengganu' dan pada 20 April lepas, laporan polis kali kedua dibuat berkaitan artikel 'PAS Terengganu Siap Sedia Hadapi Pilihan Raya Negeri'.

Beliau sekali lagi membuat laporan polis pada 4 Mei berhubung artikel yang bertajuk 'UMNO Terengganu Berdepan Laluan Sukar Hadapi Pilihan Raya-Veteran'.-Bernama

PRK: Usah pertikai keputusan PAS bertanding di Sg. Besar

Posted: 20 May 2016 10:25 PM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Kerusi Parlimen Sungai Besar adalah kerusi tradisi PAS dan parti itu tetap akan meletakkan wakil.


Datuk-Iskandar-Abdul-Samad-passelangor


SHAH ALAM: Keputusan PAS bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini adalah muktamad dan tidak perlu dipertikai oleh mana-mana pihak, kata Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad.

Beliau berkata ini kerana kerusi Parlimen Sungai Besar adalah kerusi tradisi PAS dan parti itu tetap akan meletakkan wakil walaupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa rundingan berkaitan calon masih berjalan.

"Sungai Besar adalah kerusi tradisi PAS dan keputusan PAS untuk bertanding di situ tidak sepatutnya dipertikaikan oleh sesiapa.

"Saya yakin jentera dan anggota PAS akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada PRK ini dan tidak akan melayani isu-isu yang bertujuan untuk mengganggu tumpuan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program gotong-royong perdana dan insentif penjimatan air Pangsapuri Projek Perumahan Rakyat Kampung Baru Hicom di sini, hari ini.

Iskandar yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kesediaan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali untuk berjumpa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membincangkan isu calon PRK Sungai Besar.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noriah Kasnon, yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Ketika diminta mengulas dakwaan bahawa Exco PAS di Selangor perlu meletakkan jawatan sekiranya parti itu berkeras mahu bertanding PRK itu, Iskandar berkata apa yang penting Mohamad Azmin yang juga Menteri Besar Selangor telah membuat keputusan bahawa Exco PAS akan kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie ketika ditemui pemberita menegaskan masih terlalu awal untuk mana-mana parti sama ada DAP, Parti Amanah Negara atau PAS untuk mengumumkan keputusan mahu meletakkan calon di PRK itu memandangkan ia masih di peringkat perbincangan dan belum dimuktamadkan.

"Semua orang boleh umumkan macam itu (letak calon bertanding di PRK Sungai Besar), tetapi, keputusan akhirnya akan ditentukan kemudian.

"Buat masa ini, kita masih mengadakan perbincangan, kita bincang dengan PAS," katanya.-Bernama

Pas dan Pakatan Harapan bersediakah ganti Umno-BN?

Posted: 20 May 2016 07:03 PM PDT

 TAN SRI MUHD MUHAMMAD TAIB
 
 
Rakyat jadi bingung bila pemimpin-pemimpin Pakatana Harapan tak sekata. Rakyat jadi bingung bila pemimpin-pemimpin Pakatana Harapan tak sekata. Dalam politik 'akhirannya' lebih penting dari 'permulaannya'.

Macam tengok program gusti di kaca TV orang yang cakap banyak dipermulaan pertandingan belum tentu dia yang akan menang pada akhir pertandingan.

Kita kena faham pepatah orang Melayu ada menyebut 'Menang jadi arang kalah jadi abu'.

Kalau saya memutuskan siapa nak bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sg Besar dan Kuala Kangsar saya akan pilih parti Pas.

Pertama ini adalah Pilihanraya kecil. Pas pernah bertanding di kedua-dua kerusi Sg Besar dan Kuala Kangsar dalam Pilihanraya Umum yang lalu dan Pas adalah parti pembangkang.

Soal dia dilihat berbaik-baik dengan Umno samalah seperti Pakatan Harapan yang dilihat berbaik-baik dengan Tun Mahathir.

Matlamat Pakatan Harapan dan Pas sama. Nak gulingkan Umno-BN pada PRU14. Mengapa tidak kita kekal berfikir begitu?

Mengapa di satu pihak kita boleh berbaik-baik dengan Tun Mahathir dan di satu pihak tidak mahu sokong menyokong dengan Pas dalam Pilihanraya kecil ini?

Biasanya dalam Pilihanraya kecil 'incumbent' akan bertanding.

Incumbent di sini adalah Pas.

Hubungan Pakatan Harapan dengan Pas mesti dijaga jika kedua-duanya benar-benar mahu berkuasa di Putrajaya.

Pertandingan tiga atau empat penjuru memberi kelebihan kepada BN.

Pilihanraya di Sarawak baru saja selesai. BN Sarawak yang tidak ada Umno, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain-lain partid ari Semenanjung dengan mudah meratah Pakatan Harapan dan Pas. BN Sarawak ada senjata sulit dan tektikal moves mereka 'caught us by supprise'.

Antaranya mereka main isu kenegerian 'Kita orang Sarawak, mereka orang Semenanjung memandai-mandai nak kacau kita di Sarawak' dan banyak isu lagi.

Kita sebaliknya cuma 'gah' nak tunjuk kuat. Dalam politik tunjuk 'gah' sahaja tak cukup. Kita mesti cerdik. Bertanding tiga atau empat penjuru tak cerdik.

Boleh tak kita berlapang dada? Boleh tak kita pandang lebih jauh ke hadapan? Boleh tak kita juga bersedia untuk PRU14 dalam pada kita memutuskan parti mana nak bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar?

BN ketawa besar tengok kita berkecamuk dan semacam tak tentu arah sikap kita. Pada saya permainan politik yang sedang kita tunjukkan ini tidak cerdik.

Semua suka buat kenyataan-kenyataan yang seronok ialah surat-surat khabar dapat jumlah edaran meningkat.

Rakyat perhati. Rakyat jadi bingung bila pemimpin-pemimpin Pakatana Harapan  tidak sekata. Masing-masing lupa lepas ini ada banyak lagi pilihan raya terutama PRU14.

Mengapa nak berebut sangat kali ini? Kali ini mereka bertanding. Lain kali kita pula. Sama-samalah tolong menolong. Barulah kuat. Barulah berjaya.

Orang putih kata 'One step backward now in order to get two steps foward later on'.

Saya kecewa pemimpin-pemimpin buat kenyataan untuk akhirnya mereka menjemput kekalahan mereka di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Saya rasa rakyat Malaysia sudah bersedia untuk beralih sokongan kepada PH/Pas pada ketika ini.
Umno- BN sangat mengecewakan sekarang.

Oleh itu pandai-pandailah  Pakatan Harapan dan Pas memilih jalan terbaik jika ingin nak berkuasa di Putrajaya  pada PRU14.

Kalau tidak 'sampai tua lah lu' duduk kerusi-kerusi  pembangkang !!

Guru KAFA sahaja terima RM930,000, Guan Eng nafi SAR diabai

Posted: 20 May 2016 06:57 PM PDT

ZAINULFAQAR YAACOB
 
 
Islam di Pulau Pinang terus berkembangIslam di Pulau Pinang terus berkembang


Kerajaan Negeri pada tahun 2016 sahaja menyalurkan RM390,000 kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) sebagai pemberian saguhati atau ex-gratia kepada 1,500 guru KAFA berdaftar.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pemberian sumbangan tambahan ex-gratia sebanyak RM50 tiap-tiap bukan kepada guru agama yang terbabit Kelas Agama Dan Fardu Ain (KAFA), sejak tahun 2008 lagi.

"Adalah tidak benar sama sekali dakwaan bahawa peruntukan Kerajaan Negeri kepada sekolah berteraskan agama Islam adalah tidak seimbang.

"Sebenarnya jumlah yang diberikan sejak 2008 untuk semua sekolah dan pendidikan agama Islam adalah sebanyak RM41.6 juta dan bukanlah RM1.75 juta setahun seperti yang didakwa," kata Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih di persidangan Dun semalam.

Beliau yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam memberikan penjelasan tersebut kepada beberapa ADUN Pembangkang pada Sesi Penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, petang tadi.

Difahamkan, Kerajaan Negeri saban tahun sejak 2010 memperuntukkan pelbagai pemberian bantuan khas kewangan dan 'bonus raya' kepada guru-guru KAFA.

"Mulai tahun 2012, (Kerajaan Negeri) telah menyediakan bajet untuk tujuan pemberian saguhati Hari Raya Aidilfitri kepada guru-guru Sekolah (Agama Rakyat, SAR), tahfiz Al-Quran, guru-guru pondok dan TADIS (Tadika Islam).

Laut yang makin gelora

Posted: 20 May 2016 06:54 PM PDT

Azmin Ali
Azmin Ali
 

RABU lalu Pentagon mengeluarkan kenyataan bahawa pesawat peninjau Amerika Syarikat yang melakukan kawalan rutin di ruang udara Laut China Selatan telah dipintas dengan cara tidak selamat oleh dua jet pejuang China.

Seminggu sebelumnya, China mengarau alat elektronik jet pejuang Amerika apabila kapal tentera laut Amerika melalui dekat terumbu yang pemilikannya diperselisihkan.

Tindakan China itu dilihat sebagai memberikan isyarat kepada Presiden Barack Obama yang memulakan lawatan ke Asia hari ini untuk menghadiri sidang kemuncak G7 di Jepun, dan juga membuat lawatan untuk pertama kalinya ke Vietnam.

Sidang kemuncak di Jepun pastinya dilihat sebagai dukungan anggota kumpulan tersebut terhadap Jepun yang mempunyai ketegangan hubungan dengan China akibat perselisihan tentang Senkaku Islands.

Lawatan Obama ke Vietnam juga akan ditafsirkan sebagai usaha Amerika untuk mendukung Vietnam yang kini sekutunya itu sedang berselisih dengan China mengenai kepulauan Spratly.

Meskipun tuan rumah mesyuarat ditetapkan secara giliran, namun dalam suasana geopolitik semasa, G7 semakin dilihat sebagai instrumen perang dingin yang baharu di pihak Amerika. Lebih-lebih lagi, setelah keanggotaan Rusia dari kumpulan yang dulunya dikenali sebagai G8 digantungkan pada tahun 2014 kerana menyebabkan krisis di Ukrain.

Kehadiran Vietnam yang bukan anggota tetapi dijemput khas ke sidang kemuncak berkenaan akan membawa persoalan ketegangan di Laut China Selatan ke dalam mesyuarat kumpulan tersebut. Ini sekali gus sudah pasti akan menarik penglibatan masyarakat antarabangsa ke tengah-tengah gelora dan ketegangan di wilayah laut berkenaan.

Sedangkan Asean yang mempunyai lebih ramai anggota dan mempunyai kepentingan langsung masih belum pula dapat merumuskan pendirian yang sama dalam berdepan dengan sikap dan tindakan China yang agresif membina struktur di atas pulau buatannya.

Tanpa muafakat dan persepaduan Asean, sudah pasti negara-negara yang terlibat akan jatuh terjerat ke dalam strategi China yang mahu dialog dua hala tetapi bukan melalui dialog dengan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara iaitu Asean.

Ketiadaan perpaduan antara negara-negara Asean telah mendorong Vietnam, yang dahulunya berperang dengan Amerika, dan Filipina yang dahulunya menutup pangkalan tentera Amerika di Subic Bay untuk kembali mengundang penglibatan aktif Amerika dalam krisis Laut China Selatan.

Apa yang dilakukan oleh negara-negara Asean ini sebenarnya bertentangan dengan semangat doktrin Zopfan, iaitu mahu menjadikan rantau ini sebagai zon damai, bebas dan berkecuali. Doktrin yang dicetuskan oleh mantan perdana menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak yang bertujuan mengelakkan rantau ini daripada terjebak dalam konflik antara kuasa-kuasa besar.

Asean secara kolektif memang perlu memikirkan kembali grand strateginya dalam berdepan perang dingin baru akibat daripada kemunculan China yang bakal menjadi kuasa ekonomi terbesar dunia selain begitu rancak meningkatkan kekuatan ketenteraannya. Rusia juga di bawah kepimpinan Vladimir Putin telah menampilkan keyakinan baru dan kembali menunjukkan kuku beruangnya.    

Amerika Syarikat kini memandang serius kebangkitan Asia. Justeru, Obama mengeluarkan doktrin "perimbangan semula" Asia Pasifik agar tidak tertinggal dengan potensi ekonomi di rantau Asia. Tetapi doktrin "perimbangan semula" itu juga melibatkan pengukuhan kekuatan ketenteraan. Akibatnya, kita telah menyaksikan persaingan kekuatan tentera antara kuasa-kuasa besar di rantau ini. Perkaralah inilah yang membimbangkan.

Dalam sejarah dunia, kemunculan satu kuasa baharu dan kemerosotan satu kuasa lama sering menyebabkan perang meletus. Kemunculan China dilihat oleh sebilangan strategis Amerika sebagai satu gugatan kepada kedudukan negara mereka sendiri.

Rantau Asean jangan terseret dalam pertelingkahan antara kuasa-kuasa besar itu. Kita perlu berkawan dengan semua pihak dan tidak mahu bermusuh dengan sesiapa sahaja. Kita mahu pendirian kita dihormati. Oleh itu, doktrin Zopfan perlu diperbaharui semula.

* Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Selangor


Comments (0)