Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:09 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Siasatan PAC terhadap 1MDB: Surat Bank Negara dijadikan alasan tak dedah laporan tapi tak boleh ditunjuk kepada anggota PAC

Posted: 20 May 2016 03:32 AM PDT

tonypuapac

Roketkini.com.


KUALA LUMPUR: Sudahlah surat Timbalan Gabenor Bank Negara bertarikh 6 April lalu tidak dimaklumkan kepada anggota-anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), hari ini ditambah pula Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin, enggan menunjukkan kandungan surat tersebut kepada Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang yang menganggotai jawatankuasa itu.

Perkara itu didedahkan dalam satu kenyataan bersama oleh Timbalan Pengerusi PAC, Dr Tan Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong,, dan ahli-ahli jawatankuasa PAC di pihak pembangkang, iaitu Datuk Kamarul Baharin Abas, William Leong, Datuk Takiyuddin Hassan dan Tony Pua.

Dalam kenyataan itu, mereka mengatakan hanya sedar tentang kewujudan surat tersebut apabila itu didedahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Azalina Othman Said, yang menjadikan warkah itu sebagai alasan mengapa Hasan meminda laporan PAC – dengan membuang dua perenggan penting – yang telah diluluskan dalam mesyuarat PAC pada 4 April lalu.

"Kami amat terkejut apabila Azalina menyatakan dalam Parlimen bahawa Pengerusi PAC telah menerima surat itu kerana kami tidak pernah dimaklumkan oleh beliau tentangnya.

"Jadi, kami telah meminta Pengerusi PAC menunjukkannya kepada semua anggota PAC semalam. Namun, beliau enggan (berbuat demikian) walaupun surat itu ditulis kepadanya (oleh Bank Negara) bagi pihak seluruh jawatankuasa," kata mereka.

Hasan sebelum ini telah menyunting dan memotong dua perenggan laporan PAC berhubung skandal syarikat milik Kementerian Kewangan, 1MDB, tanpa persetujuan dan rundingan dengan anggota-anggota PAC.

Dua perenggan itu mengandungi penjelasan Bank Negara kepada PAC bahawa Good Star Limited – penerima dana US$1.03 bilion daripada 1MDB untuk pelaburannya (Good Star) dengan PetroSaudi International Limited – adalah "sebuah syarikat yang dimiliki seorang individu yang tidak mempunyai kaitan dengan PetroSaudi International".

"Keengganan Datuk Hasan menunjukkan surat itu kepada anggota-anggota PAC merupakan kali pertama dalam sejarah. Belum pernah lagi Pengerusi PAC enggan berkongsi maklumat yang diterimanya dengan anggota jawatankuasa.

"Tindakan itu adalah satu penghinaan kepada  semua ahli PAC yang dilantik oleh Parlimen.

"Ia juga menimbulkan rasa curiga sama ada beliau sengaja menyembunyikan surat tersebut supaya maklumat penting yang akan membuktikan penyelewengan antara 1MDB dan Good Star Limited tidak didedahkan," kata wakil-wakil pembangkang dalam PAC itu lagi.

Sehubungan itu, mereka menegaskan bahawa jika tidak ada apa-apa yang cuba disembunyikan oleh Hasan, beliau mestilah menunjukkan surat tersebut kepada semua anggota PAC dengan serta-merta kerana ia penting bagi merungkai skandal 1MDB yang semakin parah. – Roketkini.com.


Kalau saya jadi Mat Sabu dan Hadi Awang.

Posted: 20 May 2016 03:12 AM PDT

MSO

Mat harus berani dan bijaksana.
Kekesalan kepada kepimpinan parti agama Pas hari ini dan juga cara berfikir pemimpinnya menyebabkan orang atas pagar, (mereka yang baru hendak berjinak dengan parti pembangkang setelah "tersendur" kesekian lama dalam kandang kerajaan), serta sebilangan anak muda menjadi serabut dengan politik.

Pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsa disambut dalam keadaan tidak menggembirakan, walhal kedua pilihan raya itu merupakan medan penglipurlara terbaik bagi mereka. Ulah dan sikap pembangkang yang tidak sekata dan saling menunjukkan keras kepala, menyebabkan orang atas pagar mual dengan politik "Keluarga 69" itu.

Perkembangan ini semua menjadikan minat umum sebelum ini yang terdorong untuk menumbangkan BN kerana tidak betah dengan telatah dan jenayah pemimpinnya jadi teralat. Apa mendukacitakan lagi, kekacauan dalam kalangan parti pembangkang menyebabkan mereka mengambil sikap tunggu dan lihat dan malas untuk berpartisipasi seperti sebelum ini. Kurang ghairah untuk menanti dan menyertai pilihan raya kecil berkenaan.

Bolehkah keadaan ini, dan mood orang ramai yang serabut dengan ulah pembangkang ini dipulihkan, dan kedua pilihan raya kecil itu diselamatkan untuk jadi medan penglipulara kepada mereka yang anti BN dan Najib Razak? Atau tepatnya untuk melihat terlaksananya Deklarasi Rakyat melihat Najib tersembam?

Jawabanya boleh kalau pmimpin parti pembangkang masing-masing insaf, peduli, memahami kehendak dan naluri orang ramai khasnya mereka yang sudah mualloya dengan BN. Bagaimana caranya? Salah satu cara dan formula terbaik bagi saya, Pas dengan Amanah kena selesaikan dahulu pertikaikan mereka, perbalahan di antara kedua kumpulan seagama dan sebangsa bahkan sealiran (idealogi) ini dilengsaikan dulu. Pas dan Amanah perlu duduk dalam satu masjid atau surau. Mereka perlu kembalikan diri kepada akar politik asal mereka, bersaudara dan berukhwah.

Saya melihat geram dan marah Pas kepada Amanah mengatasi geram dan marah parti agama itu kepada DAP dan PKR. Ertinya yang bermasalah besar dan keras kepala di sini ialah Pas dan Amanah. Mereka seakan tidak berhenti daripada marah dan rasa dendam atas apa yang berlaku. Seolah-olah negara ini menjadi rebutan di antara mereka berdua dan bukannya rebutan dengan UBN.

Kedua-duanya harus faham dan menerima hakikat, apabila mereka sudah sah bercerai dan edah rujuk sudah habis, serta masing-masing sudah ada wadah, mereka perlu akur dengan keadaan dan suratan itu. Politik memang begitu. Pas kena redha dan menerima apa yang berlaku. Begitu juga dengan Amanah, harus menerima bahawa Pas adalah parti yang perlu dihormati. Amanah kena terima Pas sebagai kakak sulungnya manakala Pas pula menerima Amanah sebagai adik bongsu. Keperluan bagi kedua-dua mereka ketika ialah memperkukuhkan parti masing-masing dan menjaga kredibiliti di mata khalayak.

Amanah atau Pas tidak perlu lagi bergaduh dan saling mengatakan antara satu sama lain. Budaya takfir dan berbalas tembak hentikan segera. Mereka harus sepakat sebagai parti pembangkang yang mempunyai matlamat yang satu untuk menumbangkan BN dan membebaskan rakyat dari hegemoni kekuasaan UBN.
Amanah tidak boleh sangsi dengan azam Pas itu dan dalam masa sama Pas perlu membuktikan mereka ikhlas? Begitu juga Pas tidak boleh menganggap Amanah sebagai pengkhianat. Apabila Amanah sudah sah sebagai sebuah parti maka kewujudannya perlu dihormati dan diikhtiraf.

Baiklah di sini, dalam konteks untuk menjayakan kedua-dua pilihan raya kecil berkenaan, saya ada formula bagaimana untuk meredakan keadaan, bagi tidak melihat Pas terus mengamuk terhadap Amanah dan berombak dengan prejudisme. Semisalnya kalau saya jadi Mohamad Sabu, presiden Amanah, saya akan mengistyharkan bahawa parti itu tidak akan menyertai di kedua-dua pilihan raya kecil berkenaan. Amanah hanya akan membantu mana-mana calon daripada pembangkang, memastikan kerusi itu dirampas oleh pembangkang.

Amanah atau Mohamad Sabu jangan peduli apakah wakil pembangkang tadi daripada PKR, DAP atau Pas. Amanah hanya perlu memastikan penyokongnya memberi sokongan kepada calon pembangkang. Cara itulah dikatakan politik berkelas tinggi.

Tidak ada keperluan untuk Amanah ikut sama bertanding kalau dengan pertandingan itu menjejaskan harapan bersama. Kenapa Amanah perlu mengalah, tidak Pas? Kerana Amanah parti baharu. Pilihan raya itu bukan tempat untuk Amanah menguji pengaruh. Pengaruh dan kekuatan Amanah boleh diuji menerui melibatkan diri, membantu pilihan raya berkenaan. Itu sudah cukup.

Manakala sebagai membalas ketinggian budi politik Mohamad Sabu itu pula, molek kalau Pas juga membuat pengistyharan sama dengan menyerahkan kerusi Sungai Besar kepada PKR untuk berdepan dengan UBN. Jika saya Hadi Awang itu yang saya lakukan, cara itu menunjukkan akan akhlak dan keikhlasan Pas sebagai parti agama. Sekiranya kerusi itu diserahkan kepada PKR, harapan untuk pembangkang menang lebih besar, berpandukan kepada suasana dan senario yang ada. Fahamlah sendiri.

Kemenangan besar nanti akan memberi nilai tambah kepada pembangkang. Ia juga tentu akan memberi kesenangan kepada Pas dan cara ini boleh meredakan perasaan kedua-dua pihak. Dengan cara itu nanti dapatlah menenangkan keadaan salah faham dan "agah" di antara kedua pihak. Perasaan dendam dan marah di antara puak juga tidak timbul lagi. Perdamaian itu wujud apabila ada ketenangan dalam fikiran.

Apa yang lebih penting lagi kalau politik toleransi dan understanding begitu diamalkan, ia akan memulihkan mood orang atas pagar kepada pembangkang. Mereka akan memberi kepercayaan dan keyakinan semula kepada pembangkang seperti mana berlaku pada tahun 2008 dan 2013. Dan kepetningan orang ramailah yang perlu diutamakan bukan kelebihan mengeraskan "ken".

Bagi Amanah sebaik-baik usaha perlu dilakukan parti itu ialah membina mengukuh, melebar dan menguatkan akar tunjangnya bukan cuba menunjuk kekuatan menerusi pilihan raya kecil itu. Medan sebenar bagi Amanah ialah pilihan raya ke-14 nanti. Bolehkah?

Singapura gantung Kho Jabing jam 3.30 petang tadi

Posted: 20 May 2016 03:04 AM PDT

MALAYSIAKINI


Singapura sebentar tadi melaksanakan hukuman gantung hingga mati ke atas banduan kelahiran negeri Sarawak, Kho Jabing.

Mengikut jurucakap Kempen penaliti anti-pembunuhan Singapura, Rachel Zeng, lelaki itu digantung pada jam 3.30 petang.

Ini selepas mahkamah rayuan republik itu, pagi tadi menolak permohonan rayuan terakhirnya itu.
"Anda tahu dengan baik hukuman itu sepatutnya dilaksanakan pada tahun lepas," kata Hakim Chao Hick Tin, lapor Channel News Asia Singapura.

Chao berkata sistem undang-undang republik itu akan tidak dihormati jika mahkamah membenarkan sistem yang ada itu dilencongkan dengan membenarkan permohonan Kho.

Kho sepatutnya digantung pagi ini, tetapi hukuman itu ditangguhkan berikutan percubaan oleh peguamnya untuk menyelamatkannya.

Timbalan Pendakwa Raya, Francis Ng berkata pelbagai permohonan oleh peguam yang berbeza adalah penyalahgunaan proses mahkamah, lapor Channel News Asia .

Peguam keluarga Jabing, Jeanette Chong-Aruldoss berjaya memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan sebelum pukul 11 malam semalam selepas saman pemula yang difailkan di Mahkamah Tinggi untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman ditolak oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Kannan Ramesh.

Sebelum ini, Jabing yang dijadual menjalani hukuman gantung hari ini, diberi masa sehingga 11 malam semalam oleh MahkamahTinggi untuk memfailkan notis rayuan bagi menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut.

Berasal dari Ulu Baram, Sarawak, Jabing, 31, dihukum gantung pada 2010 selepas didapati bersalah membunuh seorang pekerja binaan warga China dalam cubaan merompak di Geyland Drive pada 2008.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu bersama-sama dengan seorang rakan senegerinya, Galing anak Kujat.

Bagaimanapun, Jabing berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan hukuman itu pada 2013 susulan kajian semula undang-undang mati mandatori di Singapura.

Dia kemudian dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan 24 sebatan.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pendakwa raya untuk mengembalikan hukuman mati terhadap Jabing pada Januari 2015.

Kemudian, Mahkamah Tinggi menolak rayuan terakhir Jabing pada 5 April lalu.


PRK Kuala Kangsar: PAS Minta Amanah 'Cermin Diri' Sebelum Tanding

Posted: 20 May 2016 02:54 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Razman Zakaria
 
 
IPOH: PAS Perak mengakui sukar untuk memenangi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar bulan depan jika berlaku pertandingan tiga penjuru atau lebih.

Pesuruhjaya negeri Razman Zakaria berkata kesukaran akan timbul apabila Parti Amanah Negara (Amanah) yang terdiri daripada bekas anggota PAS turut bertanding di PRK itu.

"Kalau tiga penjuru ia akan lebih sukar kerana Amanah akan mengambil pengundi daripada blok pembangkang dulu," katanya dalam sidang media mengenai PRK Kuala Kangsar di sini Khamis.

Razman meminta Amanah supaya 'cermin diri' terlebih dahulu sebelum meneruskan hasrat bertanding kerusi yang merupakan tradisi PAS sejak 1959.

"Amanah...yang kononnya profesional, sebelum masuk (bertanding) bacalah dahulu latar belakang...kaji undi teras. Untuk pengetahuan, PAS mempunyai cawangan di semua 26 unit peti undi dalam Parlimen Kuala Kangsar dan setiap cawangan kami ada ahli.

"Amanah baru ditubuhkan, anggota jawatankuasa (AJK) di kawasan pun tak cukup berbanding dengan kita (PAS) yang mana 20 hingga 30 peratus AJK di cawangan itu adalah penyokong kuat," katanya.

Razman menegaskan PAS tidak sama sekali akan memberi laluan percuma kepada Amanah untuk bertanding dalam PRK Kuala Kangsar walaupun terdapat desakan daripada pihak tertentu agar ia berbuat demikian.

Tambah Razman, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka mengumumkan calon parti itu bagi PRK Kuala Kangsar pada 28 Mei.

PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, korban nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Turut terkorban dalam insiden itu ialah Anggota Parlimen Sungai Besar Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Jun sebagai hari pengundian, manakala penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun

Cubaan Anwar bawa bekas bos CCID diketahui Isnin ini

Posted: 20 May 2016 02:49 AM PDT

MALAYSIAKINI
 
 
Menjelang Isnin ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetahui sama ada permohonannya di Mahkamah Persekutuan untuk memanggil bekas Pengarah Jabatan Jenayah Komersial (CCID) Datuk Ramli Yusof untuk memberi keterangan akan berjaya.

Ini adalah sebahagian daripada usaha Anwar untuk mengkaji semula sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas tuduhan liwat II yang disahkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Feb 2015.

Kali akhir, permohonan memanggil Ramli untuk memberi keterangan didengar pada 16 Nov lalu.

Ramli yang juga adalah bekas Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah pada tahun 1998 pada kemuncak kejadian liwat I dan seorang saksi dalam insiden mata lebam.

Panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, akan menyampaikan keputusan di Mahkamah Persekutuan II. Mahkamah Persekutuan I kini ditutup dan sedang menjalani pembaikan.

Hakim lain yang akan bersidang sama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Datuk Zaharah Ibrahim.

Anwar memohon untuk memanggil Ramli dalam percubaannya untuk membuktikan konspirasi politik terhadapnya atas kesalahan liwat I.

Ketua Umum PKR itu mendakwa bahawa pertuduhan terhadap beliau dalam kes liwat I dan liwat II adalah bermotifkan politik.

Ramli, yang memberi keterangan dalam saman yang difailkan oleh peguam Rosli Dahlan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, mendakwa bahawa beliau diminta oleh ketua polis negara, ketika itu, Tan Sri Musa Hassan (pegawai penyiasat dalam kes liwat I), peguam negara ketika itu, Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk membuat laporan polis bahawa Anwar memukul dirinya sendiri hingga menyebabkan matanya lebam.

Walau bagaimanapun, Ramli tidak membuat laporan polis berkenaan.

"Terdapat kecenderungan untuk menipu pelanggan saya, kerana Musa dinaikkan pangkat menjadi Ketua Polis Negara dalam kes Liwat II," kata peguam Anwar dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Gopal Sri Ram ketika berhujah.

Sri Ram juga memberitahu mahkamah bahawa Musa memintas Ramli yang adalah bekas ketuanya melalui rundingan bersama Gani, bersama-sama dengan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Azahar Mohamad, dan Datuk Nordin Hassan walaupun Ramli adalah timbalan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Azahar sekarang adalah seorang hakim Mahkamah Persekutuan manakala Nordin pula adalah Pesuruhjaya Kehakiman.

Habuan seks, wang: Bukan wakil rakyat Selangor - Rafizi

Posted: 20 May 2016 01:38 AM PDT

MALAYSIAKINI


Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli hari ini mengesahkan beliau menulis mesej yang dihantar kepada perbualan kumpulan tertutup menggunakan aplikasi komunikasi WhatsApp berhubung dakwaan habuan wang dan wanita ketika berurusan dengan kerajaan negeri Selangor.

Pada masa sama, beliau juga mengakui didatangi oleh beberapa individu yang melahirkan kebimbangan mengenai beberapa isu bersabit amanah dan tata kelola secara umum dengan memberi contoh tuduhan salahlaku.

"Mereka minta saya siasat dengan lebih lanjut atas tuduhan yang khusus kepada individu tertentu dan bukan tuduhan umum.

"Tuduhan itu bukan individu yang menjawat kerusi wakil rakyat (baik di Dewan Negeri, Dewan Rakyat atau Dewan Negara sama ada yang masih berkhidmat atau telah bersara) atau mana-mana kakitangan kerajaan di mana-mana jabatan di bawah Kerajaan Selangor," jelas beliau dalam kenyataan.

Di samping itu, Rafizi turut mengesahkan membuat rujukan ke atas Timbalan Pengerusi PKR, Zuraida Kamaruddin atau digelar sebagai 'Kak Zu' dalam mesej yang dibocorkan itu.

Rujukan itu, ujarnya, adalah dalam nada dan niat yang baik kerana beliau pernah meluahkan kebimbangannya kepada Kak Zu yang juga Ketua Wanita PKR dalam WhatsApp lebih sebulan lalu.

Luahan tersebut adalah bertujuan memastikan pimpinan PKR lebih peka dan sensitif kepada apa-apa tuduhan rasuah atau salah laku yang membabitkan ahli terutamanya di peringkat bawah, katanya.

"Zuraida lebih rapat dengan akar umbi parti di Selangor dan pandangan saya diluahkan secara peribadi lebih sebulan lalu, oleh itu, rujukan kepada beliau tidak boleh disalah ertikan sebagai tuduhan kepadanya atau mana-mana pimpinan parti," jelas Rafizi lagi.

Isu terbaru itu timbul selepas kemunculan warkah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengingatkan pemimpin PKR mengenai bahaya bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Deklarasi Rakyat.

Ini mencetuskan spekulasi mengenai keretakan dalam PKR.

Bekas pemimpin PKR Datuk Zaid Ibrahim juga mengaitkan surat itu dengan perebutan yang dikatakan antara isteri Anwar yang juga Presiden PKR Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin.

Mengulas lanjut, Razifi menambah, sebagai Pengarah Eksekutif Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (Now), beliau menerima ribuan maklumat dan aduan setiap tahun berkaitan salah laku dan penyelewengan di pelbagai institusi awam dan swasta.

"Hanya sebahagian kecil dari maklumat atau aduan ini yang akhirnya akan sampai kepada rakyat kerana sebahagian besar dari aduan ini tidak melepasi keperluan bukti minimum yang ditetapkan oleh Now sebelum dibawa kepada rakyat," ujar ahli parlimen Pandan itu.


Mahathir bimbang PAS beri BN menang tanpa bertanding

Posted: 20 May 2016 01:34 AM PDT

MALAYSIAKINI


Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru pertandingan satu lawan satu antara "calon rakyat" dengan BN dalam dua pilihan raya kecil bulan depan.

Bekas perdana menteri 22 tahun itu menyeru orang ramai memberi kemenangan besar kepada lawan BN, seperti PAS.

Beliau bagaimanapun mempunyai kebimbangan terhadap 'pengkhianatan' PAS menarik diri dan memberikan kemenangan percuma kepada BN.

"PAS mungkin juga pura-pura menamakan calon tetapi apabila rakyat tidak meletak calon, PAS akan menarik diri supaya BN menang tanpa bertanding.

"Kita tidak akan hairan jika ini dilakukan oleh PAS.

"(Presiden PAS Datuk Seri) Hadi (Awang) nampaknya sudah terima cash is king Najib walaupun dunia anggap Najib sebagai pemimpin yang kuat rasuah," dakwanya.

"Itu pilihan Hadi dan itu memanglah haknya. Sebab itulah PAS berpecah."

Baca tulisan penuh Mahathir: Menang pun PAS cuma jadi hamba BN.

Amalan malam nisfu Syaaban

Posted: 20 May 2016 01:27 AM PDT


Masjid
Gambar hiasan


KITA sedang berada dalam bulan Syaaban dan hampir menemui satu malam yang dinamakan malam nisfu Syaaban. Sudah tentu pada malam tersebut mempunyai keistimewaan tertentu kerana bulan Syaaban sendiri sudah mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Rasulullah SAW sendiri menyatakan bahawa catatan amalan kita akan dipersembahkan kepada ALLAH dalam bulan Syaaban seperti yang terkandung di dalam hadith baginda SAW yang diceritakan oleh Usamah bin Zaid r.a dan diriwayatkan oleh al Nasa'i: Wahai Pesuruh ALLAH, saya tidak pernah melihat tuan berpuasa lebih banyak daripada tuan berpuasa di dalam bulan Syaaban.

Baginda SAW menjelaskan: Itulah bulan yang sering diabaikan kebanyakan orang. Ia datang antara Rejab dan Ramadan. Bulan yang diangkat di dalamnya segala amalan kepada Tuhan sekalian alam. Dan aku cukup suka jika amalanku diangkat sedangkan aku sedang berpuasa.

Sebagai bukti betapa baginda SAW sangat mengharapkan rekod dokumentasi catatan amalan baginda dipersembahkan kepada ALLAH dalam keadaan baik walaupun baginda SAW terpelihara daripada dosa dengan memperbanyakkan berpuasa di dalam bulan Syaaban sebagaimana Baginda SAW berpuasa pada hari Isnin dan Khamis. Ini disebabkan laporan  amalan dipersembahkan kepada ALLAH pada detik-detik itu.

Itulah kelebihan bulan Syaaban secara umum. Namun pada malam menjelang 15 Syaaban, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa pada malam itu ada keistimewaannya tersendiri.

Maka masyarakat Melayu sangat menghargai dan tidak melepaskan peluang merebut peluang besarnya kelebihan pada malam itu dengan mengadakan beberapa ibadat seperti  membaca Yasin di surau dan masjid.

Ada yang membacanya sebanyak tiga kali dan diakhiri bacaan doa tertentu. Ada yang menyarankan solat tertentu dan ada yang berpuasa keesokan harinya.

Sebenarnya tiada amalan khusus yang diwajibkan pada malam nisfu Syaaban. Adalah menjadi bid'ah jika kita mewajibkan ibadat tertentu pada malam itu, namun melakukan sebarang ketaatan pada malam itu sebagai memenuhi malam yang sangat istimewa itu adalah tidak dilarang.

Membaca al-Quran dari mana-mana surah termasuk surah Yasin juga dikira sebagai satu ketaatan. Hendak membaca banyak kali pun tiada halangan tetapi bukan bilangan yang dikejar, tetapi bacalah dengan memenuhi hak-hak bacaan yang sebenar dan lakukanlah dengan tertib, tadabbur dan ta'aqqul.

Baca sekali dengan tartil dan penuh penghayatan jauh lebih baik dari membacanya secara tergesa-gesa untuk mengejar bilangan. Selepas itu bacalah apa-apa doa yang kita hajati kepada ALLAH. Tidak terikat dengan doa yang biasa dibaca sebelum-sebelum ini.

Namun kalau kita berhasrat membaca doa sedia ada pun tiada halangannya selama mana kita tidak menganggap ibadat tadi adalah agenda wajib pada malam itu. Lakukanlah solat sunat mutlak ataupun solat sunat yang disunnahkan Nabi SAW pada bila-bila masa seperti solat sunat tasbih dan sebagainya pada malam itu. Pada keesokan harinya, jika ada yang sudah melazimi dan memperbanyakkan berpuasa dari awal bulan Syaaban bolehlah meneruskan puasa sunatnya.

Namun ada satu tawaran hebat daripada ALLAH SWT pada malam itu. Iaitu tawaran pengampunanNya pada malam itu sangat lumayan, namun terdapat dua golongan yang terkeluar dari tawaran berkenaan.

Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadith yang diperakui oleh ulama sebagai hadith yang paling sahih berkaitan dengan kelebihan malam nisfu Syaaban: ALLAH akan muncul (rahmat dan pengampunannya) kepada seluruh makhlukNya pada malam nisfu Syaaban dan mengampunkan seluruh makhlukNya kecuali orang yang mensyirikkan ALLAH dan orang yang saling bermusuhan (Hadith Riwayat al Tobroni).

Kelebihan pada malam itu ialah tawaran pengampunan terbuka luas. Ibadat paling utama pada malam itu ialah membersihkan diri, keluarga dan masyarakat dari gejala syirik dan semua perkara yang mengarah kepada kesyirikan.

Alangkah baiknya pada malam itu masyarakat diingatkan bentuk fahaman yang membawa kepada pegangan menidakkan kuasa mutlak ALLAH SWT seperti fahaman yang memfokuskan manusia dan kehendaknya agar dipenuhi, melihat hukum-hakam agama sebagai penghalang kepada kebebasan mutlak individu, fahaman meletakkan aqal melepasi nas-nas syarak, menghalalkan dan mengiktiraf hubungan terlarang dan sebagainya.

Ini adalah contoh menidakkan kuasa mutlak ALLAH dan mengecilkan had kuasa agama pada ruang lingkup terhad dan selebihnya diserahkan hak kuasanya ditentukan oleh makhlukNya.

Ibadat yang paling utama pada malam itu ialah menamatkan permusuhan sesama saudara Islamnya.

Jangan kita tersilap, hadir ke masjid beramai-ramai, membaca Yasin sampai tiga kali, berdoa selepas itu memohon keampunan, namun masih menyimpan permusuhan sesama sendiri yang akan menghalang pengampunan ALLAH SWT.

Dalam isu kelebihan malam itu, ALLAH meletakkan sebaris orang musyrik dan orang bermusuhan sebagai golongan yang terkeluar dari tawaran pengampunan ALLAH SWT.


Pas Perak tiada masalah calon Kuala Kangsar

Posted: 20 May 2016 01:09 AM PDT

Razman Zakaria
Razman Zakaria


IPOH - Pas Perak tidak menghadapi sebarang masalah mengenai calon bagi mewakili parti itu pada PRK Parlimen Kuala Kangsar, asalkan individu berkenaan memahami perjuangan sebenar yang dibawa.

Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, sesiapapun terpilih, pihaknya akan memberikan sokongan penuh bagi memastikan kemenangan parti itu.

"Kita di peringkat negeri tidak ada isu calon, pastinya yang terpilih itu yang terbaik untuk mewakili Pas, yang penting dia mewakili parti dan memahami perjuangan sebenar parti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tiga calon yang telah disenarai pendek dan ditapis Majlis Syura Ulama bagi mewakili parti itu pada PRK Parlimen Kuala Kangsar, 18 Jun ini.

Mereka yang terpilih merupakan anak tempatan, mempunyai pelbagai latar belakang dan berusia antara 40 hingga 60 tahun, bakal diputuskan Pas Pusat yang dijangka bermesyuarat 22 Mei ini.

Razman menyambut baik apabila pemilihan calon berkenaan merupakan anak tempatan.

Katanya, lima calon yang dihantar Pas Perak sebelum ini juga merupakan anak tempatan mempunyai pelbagai latar belakang dan jawatan.


Kes habuan wang, wanita: Rafizi rujuk Presiden PKR

Posted: 20 May 2016 01:07 AM PDT

Rafizi Ramli
Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM


SHAH ALAM - Laporan berhubung tuduhan habuan wang dan permintaan perempuan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan diserahkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli, segala maklumat yang ada setakat ini akan diserahkan kepada presiden bagi mendapatkan nasihat dan arahan selanjutnya daripada Ketua Pembangkang itu.

"Perkara ini akan dikendalikan secara dalaman mengikut proses yang ditetapkan oleh perlembangan parti," katanya.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, "tuduhan itu bukan terhadap individu yang menjawat kerusi wakil rakyat 
(baik di Dewan Negeri, Dewan Rakyat atau Dewan Negara sama ada yang masih berkhidmat atau telah bersara) atau mana-mana kakitangan kerajaan di mana-mana jabatan di bawah Kerajaan Selangor."

"Saya kesal bila mana mesej peribadi itu dipersembahkan dalam konteks yang berlainan kepada umum yang boleh mengundang tanggapan buruk terhadap Kerajaan Negeri Selangor," tambahnya lagi.

Menurut Rafizi, beberapa individu memintanya untuk menyiasat dengan lebih lanjut beberapa isu bersabit amanah dan tata kelola secara umum dan beliau telah merujuk perkara itu kepada Timbalan Pengerusi PKR, Zuraida Kamaruddin atau digelar sebagai 'Kak Zu' dalam mesej yang dibocorkan itu.

"Ini adalah perkara biasa yang saya hadapi setiap hari sebagai Pengarah Eksekutif NOW (National Oversight & Whistleblowers), saya menerima beribu maklumat dan aduan setiap tahun yang mendakwa salahlaku dan penyelewengan di pelbagai institusi awam dan swasta.

"Oleh itu, aduan dan tuduhan yang dirujuk di dalam mesej WhatsApp saya akan melalui proses yang sama seperti aduan-aduan lain untuk melepasi keperluan bukti minimum.

"Jika tiada bukti sokongan yang adil, NOW tidak akan memanjangkan perkara ini kerana sumber kita adalah terhad," katanya dalam satu kenyataan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Habuan wang, wanita: Tuduhan jijik dan bacul]

Mengulas lanjut, Naib Presiden PKR itu berkata, tuduhan terhadap kepimpinan parti tidak perlu dipandang enteng bagi menjaga nama baik parti kerana khuatir akan mendedahkan perjuangan kepada anasir yang merosakkan.

"Saya rela terlebih berhati-hati kerana sebagai parti reformasi, PKR mestilah telus dan bersih. Tidak mencukupi bagi pimpinan dan anggota kita tidak terlibat di dalam penyelewengan, kepekaan kita kepada persepsi rakyat mengenai bersihnya kita mestilah mengatasi semua parti lain di negara ini," katanya


Dakwaan 'Minta Perempuan': Adun DAP Mahu Rafizi Lapor SPRM

Posted: 20 May 2016 01:04 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Rajiv Rishyakaran
 
 
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP mahu Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai dakwaan bahawa wang dan seks digunakan dalam urusan kerajaan negeri Selangor.


"Dia sekurang-kurangnya perlu membuat laporan kepada SPRM.

"Ia sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada parti dalam jangka masa pendek, kita tidak boleh menutup rasuah," kata Adun Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran dalam posting di Facebooknya, Khamis.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan, dikatakan membuat dakwaan melalui mesej WhatsApp bahawa PKR yang diterajui kerajaan negeri Selangor telah menggunakan wang dan seks dalam urusan pentadbirannya.

Rafizi mendakwa beliau menerima aduan daripada 'orang bona fide' berhubung 'permintaan mendapatkan perempuan' yang dibuat apabila berurusan dengan kerajaan negeri di mana Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali adalah menteri besarnya.

Rafizi berkata ada 'orang' yang datang kepadanya dengan aduan itu dan beliau kini sedang mengumpul semua maklumat dan bukti.

"Semalam saya mendapat laporan dan aduan daripada orang bona fide bahawa selain wang, sekarang ini ada juga permintaan 'perempuan' bila berurusan dengan kerajaan negeri (tidak perlulah saya hurai saudara/i tahu apa yang saya maksudkan).

"Saya bukan kisah sangat mengenai strategi politik. Selama ini tidak pernah sekalipun saya pergi ke SUK sejak sdr. Azmin jadi MB untuk minta atau bincang sesuatu," Rafizi didakwa berkata demikian dalam kumpulan perbualan WhatsApp 'Solidarity For Anwar'.

The Star cuba untuk menghubungi Rafizi bagi mendapatkan komen berhubung perkara ini.

'Minta Perempuan' Tuduhan Jijik, Kempen Fitnah Terancang - Azmin

Posted: 20 May 2016 01:02 AM PDT

 
 
 
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
 
 
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata dakwaan 'wujud permintaan perempuan apabila berurusan dengan kerajaan negeri' adalah satu tuduhan jijik dan kempen fitnah terancang.

Katanya dalam mewujudkan sebuah kerajaan bersih dan bebas rasuah, pentadbiran negeri mengalu-alukan pemberi maklumat tetapi ia perlu disertakan dengan sekurang-kurangnya 'sekelumit bukti'.

"Sikap kita amat jelas. Pentadbiran ini mengalu-alukan pemberi maklumat yang berhasrat untuk melihat kerajaan yang bersih dan bebas daripada rasuah. Pada masa yang sama, mereka yang membuat tuduhan ini perlu membawa hatta sekelumit bukti sekali pun kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk tindakan.

"Menuding jari kepada kerajaan negeri tanpa sebarang bukti sokongan dan kemudiannya menjaja tuduhan tersebut kepada semua pihak adalah satu tindakan bacul, tidak bertanggungjawab dan berniat jahat," katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR berkata orang yang menuduh itu telah mencemarkan nama baik, maruah serta integriti perkhidmatan awam negeri kerana melakukan serangan jahat dan semberono.

Katanya, ia juga menafikan sumbangan majlis eksekutif yang telah menyumbang dengan cekap dan bertukus lumus kepada usaha kerajaan negeri membawakan pembangunan dan kemajuan sosio-ekonomi negeri ini.

"Dasar yang didokong adalah bagi mewujudkan kerajaan yang telus dan bertanggungjawab sepenuhnya tanpa tolak ansur terhadap elemen rasuah.

"Namun pada masa sama, kita semua bertanggungjawab untuk memelihara nama baik dan maruah kakitangan awam serta eksekutif daripada sebarang tuduhan liar yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli sebelum ini dikatakan membuat dakwaan melalui mesej WhatsApp bahawa PKR yang diterajui kerajaan negeri Selangor telah menggunakan wang dan seks dalam urusan pentadbirannya.

Rafizi berkata ada 'orang bona fide' datang kepadanya dengan aduan itu dan beliau kini sedang mengumpul semua maklumat dan bukti.

"Semalam saya mendapat laporan dan aduan daripada orang bona fide bahawa selain wang, sekarang ini ada juga permintaan 'perempuan' bila berurusan dengan kerajaan negeri (tidak perlulah saya hurai saudara/i tahu apa yang saya maksudkan).

"Saya bukan kisah sangat mengenai strategi politik. Selama ini tidak pernah sekalipun saya pergi ke SUK sejak sdr. Azmin jadi MB untuk minta atau bincang sesuatu," Rafizi didakwa berkata demikian dalam kumpulan perbualan WhatsApp 'Solidarity For Anwar'.
 
 

Carian MH370 Mungkin Berakhir Ogos

Posted: 20 May 2016 01:00 AM PDT

Oleh: AFP
 
 
Havila Harmony, salah sebuah daripada tiga buah kapal yang melakukan carian MH370 di selatan Lautan Hindi. -AFP
 
 
SYDNEY: Pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 di selatan Lautan Hindi yang dilakukan secara besar-besaran dijangka selesai pada awal bulan Ogos.

Kawasan carian hanya tinggal kurang dari 15,000 kilometer persegi dari 120,000 kilometer persegi zon sasaran di barat Australia di mana pesawat penumpang itu dianggap telah terhempas.

Ketua Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) Martin Dolan berkata tidak ada petunjuk bahawa zon carian akan diperluaskan.

"Kami masih perlu melakukan carian dan kami boleh menyatakan bahawa kami akan melengkapkan pencarian akhir bulan Julai, awal bulan Ogos, bergantung kepada keadaan yang tidak diduga," kata Dolan kepada akhbar The Australian, merujuk kepada cuaca buruk.

"Kami mempunya keupayaan teknikal untuk meneruskan pencarian tetapi sumber-sumber untuk melakukannya adalah satu perkara yang melibatkan kerajaan," katanya.
 
 

Bonus Raya Untuk Penjawat Awam Di P.Pinang

Posted: 20 May 2016 12:49 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Lim Guan Eng
 
 
GEORGE TOWN: Penjawat awam negeri akan menerima bonus 3/4 bulan atau minimum RM700 yang akan diberikan sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, 'Insentif Bantuan Istimewa' itu adalah sebagai mengiktiraf sumbangan penjawat awam ke arah transformasi dalam pelaksanaan dan perkhidmatan yang disampaikan melalui tugas-tugas harian mereka.

"Insentif ini akan diberikan kepada 4,178 kakitangan Perkhidmatan Awam negeri dan akan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri," kata Guan Eng ketika berucap menggulung perbahasan persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada Jumaat.

Beliau berkata jumlah pembayaran bonus melibatkan jumlah RM7.95 juta.
 
 

Warga Emas Melecur Kaki Selamatkan Diri Dalam Kebakaran

Posted: 20 May 2016 12:47 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
SANDAKAN: Seorang wanita warga emas melecur di kedua-dua tapak kakinya dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah di Taman Po Hing, dekat sini pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Mohd Razali Awang Ahmad berkata mangsa, Soling Gras Albqo, 63, cedera ketika menyelamatkan diri dengan meredah api yang sedang marak di rumahnya.

Katanya mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent di sini oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan dirawat sebagai pesakit luar.

"Seramai 10 anggota bersama empat jentera dan dua kenderaan utiliti dihantar ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.22 malam," katanya ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Menurutnya api dapat dikawal daripada merebak dan punca kebakaran masih dalam siasatan

"Saya Tulis Mesej WhatsApp Itu" - Rafizi

Posted: 20 May 2016 12:46 AM PDT

MSTAR ONLINE


Rafizi Ramli
 
 
PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengesahkan bahawa beliau telah menulis mesej di WhatsApp mengenai dakwaan rasuah dalam kerajaan Selangor.

Mesej itu, yang bocor daripada kumpulan tertutup yang terdiri daripada anggota parti dan penyokong Reformasi, mengancam untuk mendedahkan dakwaan bahawa wujud permintaan wanita dan wang dalam urusan kerajaan negeri.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Rafizi mengesahkan bahawa dakwaan rasuah itu adalah tuduhan khusus kepada individu tertentu dan bukan tuduhan umum.

Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, beliau telah didatangi beberapa individu sebelum ini yang melahirkan kebimbangan mereka mengenai beberapa isu bersabit amanah dan tata kelola secara umum.

"Tuduhan itu bukan terhadap individu yang menjawat kerusi wakil rakyat, baik di Dewan Negeri, Dewan Rakyat atau Dewan Negara sama ada yang masih berkhidmat atau telah bersara atau mana-mana kakitangan kerajaan di mana-mana jabatan di bawah kerajaan Selangor," katanya dalam satu kenyataan media, Jumaat.

Rafizi berkata sebagai Pengarah Eksekutif NOW (National Oversight & Whistleblowers), beliau sering menerima aduan salah laku.

Bagaimanapun katanya, hanya aduan yang melepasi keperluan bukti minimum yang ditetapkan NOW yang akan dibawa kepada rakyat.

"Oleh itu, aduan dan tuduhan yang dirujuk di dalam mesej WhatsApp saya akan melalui proses yang sama seperti aduan-aduan lain untuk melepasi keperluan bukti minimum.

"Jika tiada bukti sokongan yang adil, NOW tidak akan memanjangkan perkara ini kerana sumber kita adalah terhad," katanya.

Rafizi berkata beliau akan tetap setia dengan prinsip bahawa pimpinan PKR mesti menunjukkan teladan beramanah dan bersih seperti yang dituntut daripada pimpinan Barisan Nasional.

"Sebagai pimpinan kanan PKR, saya selalu gundah gulana dalam mengimbangkan pendirian saya bahawa kita tidak boleh ada kompromi mengenai soal amanah dan menjaga nama baik parti di mata rakyat. Itu adalah perkara yang paling saya kurang selesa dalam tugasan saya sebagai ahli Parlimen, pimpinan parti dan seorang pendedah penyelewengan.

"Tetapi lawan tetap lawan. Tatkala pimpinan PKR mula memandang enteng tuduhan salahlaku terhadap kita atas alasan menjaga nama baik parti, saya khuatir kita mula mendedahkan perjuangan kepada anasir yang merosakkan.

"Saya rela terlebih berhati-hati kerana sebagai parti reformasi, PKR mestilah telus dan bersih. Tidak mencukupi bagi pimpinan dan anggota kita tidak terlibat di dalam penyelewengan, kepekaan kita kepada persepsi rakyat mengenai bersihnya kita mestilah mengatasi semua parti lain di negara ini," katanya.
 
 

SALLEH, KALAU NAK TAHU SUMBERNYA, PAKSALAH NAJIB SAMAN WSJ!!

Posted: 19 May 2016 09:38 PM PDT

shahbudindotcom

 

 
 
Dalam usaha mempertahankan Najib Razak dan anak tirinya, Riza Aziz berkaitan pendedahan terbaru WSJ yang mengatakan pembelian hartanah di London milik penerbit filem itu yang didakwa sedang disiasat FBI, Salleh Said Keruak membidas akhbar perniagaan itu kerana tidak berani mendedahkan sumber berita yang diperolehinya.

Katanya, tindakan WSJ tidak mendedahkan nama sumber itu bukan saja cara pengecut, malah bertujuan untuk mengelak daripada diambil tindakan saman.

Selain mendakwa laporan WSJ hanya ditulis berdasarkan khabar angin  dan merupakan pembohongan bermotifkan politik yang diterima tanpa mendapat pengesahan sewajarnya, Salleh turut berkata, "kami tahu mereka tidak akan menyatakan nama sumbernya kerana mereka memang tidak dapat menyatakannya."

Najib tak nafi, Riza berdiam diri, sebaliknya hanya Salleh yang kita dengar suaranya berbunyi.

Kenapalah Salleh bersusah payah membidas WSJ dengan andaian syok sendiri yang direka-reka semata-mata untuk membela dan mempertahankan Najib serta keluarraganya.

Jika benar-benar ingin mengetahui sumber berita WSJ itu, langkah pertama yang harus diambil Salleh ialah memujuk Najib atau Riza Aziz mengambil tindakan mahkamah terhadap akhbar tersebut.

Kiranya gagal dipujuk, Salleh seharusnya memaksa Najib serta Riza dengan sedaya upayanya untuk menyaman juga WSJ, walau dengan apa cara sekali pun.

Dalam dunia kewartawanan, memang ada ketikanya sumber pemberitaan tidak dapat didedahkan atas sebab-sebab tertentu seperti kerahsiaan, keselamatan dan sebagainya.

Tetapi, sebagai akhbar berprestij di dunia dan sudah lama bertapak di dunia dengan pelbagai anugerah kewartawanan yang dimenangi, kebarangkalian untuk WSJ menulis sesuatu berita semata-mata berdasarkan sumber palsu atau tidak sahih adalah tipis sekali.

Biasanya, hanya setelah yakin dengan sumber berita atau sekurang-kurangnya diberikan salinan atau melihat fakta sesuatu itu, barulah mereka menulis dan melaporkannya.

Bagaimanapun, jika sesuatu kes dibawa ke mahkamah, Najib dan Riza antara lain boleh mendapatkan perintah agar WSj memberitahu sumber maklumat yang diperolehinya jika benar-benar yakin dakwaan yang dibuat terhadapnya itu adalah palsu, tidak benar dan rekaan.

Soalnya, apakah dakwaan WSJ terhadap anak tiri Najib itu sesuatu yang tidak benar dan palsu?

Nafikan perkara itu dahulu, kemudian saman WSJ dan dengan pasukan peguambela terhebat yang mampu membelanya berikutan mempunyai dana berupa derma RM2,600 juta yang pernah ada dalam akaun peribadinya dan penderma juga dikatakan menulis dalam suratnya bahawa wang itu boleh digunakan untuk apa saja, Najib sebenarnya tidak masalah untuk membersihkan namanya jika beliau dan keluarganya sepenuhnya yakin mereka tidak bersalah dan hanya difitnah.

Kalau empunya badan bukan saja tidak berani menyaman, malah membuka mulut menafikannya tidak kedengaran, maka siapa mahu mempercayai kata-kata syok sendiri Salleh bahawa laporan WSJ adalah fitnah, bermotifkan politik dan hanya berdasarkan khabar angin?

Pokoknya, saman dululah Pak Salleh Said Keruak!!


7,600 rakyat Malaysia tertipu, RM90 juta lebur

Posted: 19 May 2016 09:25 PM PDT

 
Mangsa diminta mendepositkan sejumlah wang ke akaun sindiket terbabit dan mereka dijanjikan pulangan lumayan sehingga kira-kira RM8 bilion dalam tempoh singkat.


Tajuddin_money_600


PETALING JAYA: Seramai 7,600 rakyat Malaysia dilaporkan mengalami kerugian kira-kira RM90 juta akibat terpedaya dengan skim cepat kaya.

Utusan Malaysia melaporkan, wang mereka lebur gara-gara terpedaya dengan satu skim pelaburan terbaru yang dikenali sebagai Federal Reserve Chicago Bond.

Menurut sumber akhbar itu, skim cepat kaya berkenaan dikatakan wujud sejak empat bulan lalu dan sasaran mereka adalah generasi celik teknologi maklumat tanpa mengira usia.

Mangsa diminta mendepositkan sejumlah wang ke akaun sindiket terbabit dan mereka dijanjikan pulangan lumayan sehingga kira-kira RM8 bilion dalam tempoh singkat.

"Mangsa sentiasa dihubungi dan dilayan mesra oleh sindiket menyebabkan mereka tidak sedar skim itu hanya wujud dalam 'bayangan'," kata sumber itu.

Dalam pada itu, ada khabar angin mengatakan wang tunai sebanyak RM2.4 juta yang ditemui dalam sebuah kereta mewah di Kilometer 24 Jalan Ulu Pauh-Padang Besar semalam ada kaitan dengan kes ini.

Bagaimanapun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dipetik China Press enggan mengulas jika kedua-dua kes itu ada kaitan.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Siasatan) JSJK Bukit Aman, Datuk Tajudin Md Isa berkata, sebuah pasukan khas telah ditubuhkan dan siasatan awal mendapati keuntungan tinggi yang dijanjikan kepada mangsa tidak diperolehi dalam tempoh dijanjikan.

Katanya, polis sedang menyiasat identiti mangsa terbabit dan tidak menolak kemungkinan ada di kalangan mereka terdiri daripada orang kaya atau individu berpangkat Datuk.

Pada masa sama, polis juga sedang menyiasat identiti suspek terbabit serta latar belakang sindiket itu.
Tajudin percaya sindiket penipuan itu pernah aktif di dalam negara ini dan selepas senyap seketika, mereka kembali beroperasi semula.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung sindiket itu diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi DSP Nooranita Ismail di talian 019-4814459 atau 03-26101222.

Viral gambar bangkai kucing, UTMKL beri penjelasan

Posted: 19 May 2016 09:23 PM PDT

 
Durrishah berkata pihaknya mendapati kehadiran anjing liar dalam kawasan kampus sehari sebelum kejadian yang memungkinkan kucing tersebut mati digigit anjing itu.


bangkai-kucing


PETALING JAYA: Pengarah kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, Prof Dr. Durrishah Idrus  menyeru supaya viral gambar foto menunjukkan beberapa bangkai kucing di perkarangan kampus tersebut dihentikan.

Durrishah menafikan dakwaan berlaku penganiayaan dan menyatakan bangkai haiwan tersebut diambil dengan kehadiran pegawai-pegawai keselamatan untuk tujuan siasatan.

Menerangkan secara lanjut dalam laman sosial Facebooknya, Durrishah berkata pihaknya mendapati kehadiran anjing liar dalam kawasan kampus sehari sebelum kejadian yang memungkinkan kucing tersebut mati digigit anjing itu.

"Apa yang berlaku ialah sekumpulan anjing liar telah berjaya masuk dalam kawasan kampus, kemudiannya berjaya dihalau keluar. Ia berlaku sehari sebelum, iaitu senja ke malam. Bangkai kucing ditanam esoknya, dan memang ada kesan gigitan.

"Malangnya, ada orang yg ada akses kepada gambar menyebar cerita kucing diracun. Tak pernah berlaku kucing diracun di UTMKL, malah ada ramai pencinta kucing yg memberi atau membelikan kucing makanan," katanya dalam muatnaik tersebut.

Beliau juga menegaskan bahawa perkara tersbeut telah selesai disiasat dan yang menyebar berita palsu pula telah memohon maaf kepada UTMKL secara rasmi.

Gambar foto lima bangkai kucing mati di kampus UTMKL menerima kecaman orang ramai yang khuatir kucing-kucing tersebut diracuni dan dibunuh secara kejam.

Pas tak takut ugutan PKR, tetap tanding 2 kerusi

Posted: 19 May 2016 09:21 PM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Pas menyatakan pendirian balas diatas ugutan PKR bahawa Pas tetap bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar dalam PRK 18 Jun ini.Pas menyatakan pendirian balas diatas ugutan PKR bahawa Pas tetap bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar dalam PRK 18 Jun ini.


Pas tidak akan tunduk kepada ugutan daripada mana-mana pihak termasuk PKR kerana keputusan parti itu untuk bertanding dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah muktamad.

Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, partinya tidak terkesan dengan ugutan sesetengah pihak dan akan tetap bertanding dalam dua PRK itu.

Beliau mengakui Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah bertemu dengan Pengarah Pilihan Raya Pas Datuk Mustafa Ali dan Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi membincangkan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar namun tiada sebarang keputusan dicapai.

Azmin, ujar Mohd Amar mencadangkan Pas memberi laluan kepada parti pembangkang lain untuk bertanding di Sungai Besar.

Cadangan itu, ujar beliau telah dibawa ke peringkat atasan dan keputusannya Pas tidak akan memberi laluan kepada parti pembangkang lain untuk bertanding di dua PRK tersebut.

Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan bercakap kepada pemberita dalam majlis sambutan hari hutan sedunia di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, semalam.

Beliau turut mendesak DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) menghormati hak Pas untuk bertanding di kerusi tradisi parti itu.

Walaupun menganggap dua kawasan itu sebagai 'kawasan tradisi', Pas tidak pernah memenangi dua kerusi parlimen tersebut.

Pemangku menteri besar Kelantan itu juga memaklumkan bahawa majlis syura ulamak Pas akan bermesyuarat pada 22 Mei bagi menentukan calon untuk dua PRK itu.

Pas ujarnya telah menyenaraikan tiga nama calon tempatan bagi setiap PRK untuk dipilih majlis syura.

Exco Kerajaan Negeri Selangor (Exco) dari Pas diminta untuk meletakkan jawatan jika parti itu berkeras untuk meletakkan calon parti itu bertanding pada Pilihan PRK  Sungai Besar pada 18 Jun ini.

Azmin yang juga Menteri Besar Selangor dilaporkan memberi kata dua kepada Pas Selangor supaya memberi laluan kepada PKR untuk bertanding di kerusi Sungai Besar jika ingin kekal dalam kerajaan negeri.

Kata dua itu diberikan Azmin kepada exco kanan negeri yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Iskandar Samad dan dua exco Pas, Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Sumber Pas Selangor bagaimanapun berkata parti itu akan tetap bertanding di dua PRK tersebut setelah diarahkan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu pertemuan di Rusila, Terengganu.

PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar bakal belangsung pada 18 Jun ini berikutan kematian penyandangnya Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khairil Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sarawak 5 Mei lalu.

Berita palsu PM tangguh lawatan ke T'ganu

Posted: 19 May 2016 09:13 PM PDT

MALAYSIAKINI


Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menafikan mengeluarkan sebarang berita yang menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menangguhkan lawatan rasmi ke Terengganu.
  
Ketua Biro Bernama Terengganu Zalina Maizan Ngah berkata berita itu adalah palsu dan fitnah.
  
"Ini kali keempat Bernama digunakan sebagai sumber berita dan disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp. Saya baru sahaja dimaklumkan mengenai berita palsu ini oleh Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman dan saya berharap tiada sesiapa yang akan percaya mengenainya," katanya semalam.
  
Berita palsu itu menyatakan bahawa lawatan yang sepatutnya berlangsung pada 23 Mei ini terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
  
Zalina Maizan berkata sehingga kini tidak ada seorang pun wartawan Bernama dari Terengganu yang menulis berita sedemikian dan keadaan terbaru ini akan dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sepertimana laporan palsu sebelum ini.
  
Pada 11 Mac lepas, Zalina Maizan membuat laporan polis berkaitan artikel bertajuk 'Rosli Sedia Jadi Penggerak Puteri UMNO Terengganu' dan pada 20 April lepas, laporan polis kali kedua dibuat berkaitan artikel 'Pas Terengganu Siap Sedia Hadapi Pilihan Raya Negeri'.
  
Beliau sekali lagi membuat laporan polis pada 4 Mei berhubung artikel yang bertajuk 'UMNO Terengganu Berdepan Laluan Sukar Hadapi Pilihan Raya-Veteran'.- Bernama

WSJ: Jho Low lucut aset termasuk karya seni berikutan siasatan

Posted: 19 May 2016 09:10 PM PDT

MALAYSIAKINI


Jutawan Jho Low terus menjual pelaburannya bernilai puluhan juta dolar ketika siasatan berterusan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat ke atas 1MDB, lapor The Wall Street Journal (WSJ).

Kali ini, beliau dilaporkan menjual sebahagian daripada pelaburannya yang paling terkenal di Amerika Syarikat, termasuk lukisan sepasang penagih dadah oleh artis avant-garde Jean-Michel Basquiat yang bernilai AS$35 juta.

Februari lalu, beliau menimbulkan kekecohan di dunia seni dengan menjual antara lain, karya Claude Monet dan Pablo Picasso.

Lukisan-lukisan itu dijual pada harga kira-kira AS$54 juta, yang menyaksikan "kerugian luar biasa".

WSJ yang memetik sumber yang biasa dengan siasatan melaporkan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) sedang menyiasat urusan kewangan Low di Amerika Syarikat dan di luar negara.

Juga dilaporkan bahawa penyiasat percaya hartawan berusia 35 tahun itu menggunakan dana firma pelaburan Malaysia yang kontroversi, iaitu 1MDB bagi membeli sebahagian karya seni dan hartanahnya.

Malaysiakini tidak boleh mengesahkan tuntutan dalam laporan WSJ itu.

Bulan lalu, Low menjual karya agung koleksi seni AS$ 300 juta miliknya - iaitu lukisan Basquiat pada 1982 yang bertajuk 'Dustheads' - melalui rumah lelongan Sotheby pada nilai AS$35 juta. Beliau membuat kerugian sebanyak AS$13.8 juta.

Taikun itu dilaporkan membeli lukisan berkenaan pada bulan Mei 2013 di Christie New York pada harga AS$48.8 juta.

Low juga bersetuju untuk menjual kepentingannya di Park Lane Hotel di Manhattan - sebuah hotel 46 tingkat menghadap Central Park - untuk harga yang tidak didedahkan.

Menurut WSJ yang memetik sumber, Low membayar AS$175 juta untuk pegangan 45 peratus dalam hotel itu, tiga tahun lalu.

WSJ berkata tokoh kontroversi yang membantu menubuhkan 1MDB itu juga telah menjual sekurang-kurangnya hasil seni bernilai AS$205 juta, termasuk lukisan Basquiat dan beberapa keping lagi oleh Pablo Picasso dan Claude Monet.

WSJ kata peguam Low tidak bertindak balas terhadap permintaan mereka untuk mendapatkan komen. Low telah menafikan sebarang salah laku.

Urusan kewangannya kini di bawah penelitian apabila penyiasat di seluruh dunia menjejaki lebih daripada AS$6 bilion didakwa disalurkan keluar dari 1MDB antara 2009 dan 2015, menurut WSJ.


Pas akan putuskan nama calon bertanding PRK Ahad ini

Posted: 19 May 2016 09:06 PM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Datuk Mohd Amar Nik AbdullahDatuk Mohd Amar Nik AbdullahCalon Pas untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar sudah pun dinilai dan disenarai pendek oleh Majlis Syura Ulamak parti itu dan akan diputuskan dalam mesyuarat Pas Pusat pada Ahad ini.

Ini sekali gus mengesahkan Pas telah membuat keputusan untuk bertanding pada dua PRK berkenaan.

Pas menyenaraikan tiga nama calon di Sungai Besar dan tiga nama calon di Kuala KangsarKesemua calon yang tersenarai adalah anak tempatan Sungai Besar dan Kuala Kangsar, mempunyai pelbagai latar belakang yang baik serta berumur antara 40 hingga 60 tahun.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata dipetik berkata, senarai calon sudah ditapis oleh Majlis Syura Ulama.

"Calon sudah ditapis oleh Majlis Syura Ulamak dan akan diputuskan Pas Pusat yang dijangka bermesyuarat 22 Mei ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa kali ke-45 peringkat negeri semalam, lapor Sinar Harian online hari ini.

Ditanya kemungkinan berlaku pertandingan tiga penjuru, Mohd Amar berkata, parti itu terpaksa menghadapinya walaupun tetap mengharapkan pertandingan satu lawan satu dengan BN.

"Keputusan kita (Pas) setakat ini, kita akan bertanding di kedua-dua kawasan. Asasnya, pertama kerana kawasan ini kita telah lama bertanding dan kedua, kita ada akar umbi yang kuat.

"Kalau berlaku tiga penjuru atau empat penjuru, kita terpaksa hadapi dan tengok macam mana. Sebab kita minta parti lain hormati (keputusan Pas bertanding) kerana ini kawasan tradisi (Pas).

"Dalam kerjasama kita dengan parti pembangkang lain, kita banyak bertolak ansur. Dengan DAP dahulu dan dengan PKR, jadi kita minta parti lain pun bertolak ansur dengan kita," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 18 Jun, manakala penamaan calon 5 Jun dan undi awal pada 14 Jun.

Dua kerusi Parlimen itu kosong setelah ahli parlimennya, Allahyarham Datuk Noriah Kasnon dan Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terlibat dalam nahas helikopter di Sarawak, 5 Mei lalu.

Mat Taib bakal calon PKR di Sungai Besar ?

Posted: 19 May 2016 09:02 PM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Tan Sri Muhammad  Muhd TaibTan Sri Muhammad Muhd TaibParti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka mencalonkan bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib (Mat Taib) sebagai calon mereka bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar yang akan diadakan pada 18 Jun ini.

Sebuah blog pro Umno memetik sumber yang rapat dengan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali  merangkap Timbalan Presiden PKR  itu , dijangka akan mengumumkan nama Mat Taib sebaik sahaja mendapat persetujuan Pas untuk bekerjasama dalam PRK Sungai Besar.

Jika dilihat sejak minggu lalu, Azmin sudah "berkampung" di Sungai Besar tanpa menonjolkan sebarang calon untuk mewakili partinya atau Pakatan.

Sumber juga menyebut kemunculan Parti Amanah Negara (Amanah) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar hanyalah rancangan "tambahan" sekiranya Azmin gagal mengatur kompromi dengan Pas.

"Azmin hari ini dilaporkan meminta Pas memberi laluan kepada PKR kali ini kerana parti tersebut berhadapan dengan masalah "kepercayaan" kaum Cina sejak kebelakangan ini.

"Sungguhpun Pas mengumumkan penolakan cadangan memberi kerusi Sungai Besar kepada PKR, namun rundingan peringkat tertinggi masih dijalankan." kata sumber dipetik.

Azmin dikatakan telah menawar laluan untuk Pas bertanding satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) di Kuala Kangsar dan juga menjanjikan pemberian potfolio kanan kepada Pas dalam rombakan Exco Kerajaan Negeri Selangor akan datang.

Azmin sanggup berhabis-habisan kali ini kata sumber, bagi menjaga maruah beliau sebagai Menteri Besar Selangor dan Timbalan Presiden PKR.

Diberi kata dua: Exco Selangor enggan layan laporan sumber

Posted: 19 May 2016 05:35 PM PDT

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Exco PAS Selangor, Zaidy Abdul Talib enggan melayan spekulasi bersabit laporan sebuah portal bahawa tiga ahli exconya diberi kata dua untuk meletak jawatan jika parti Islam itu masih mahu bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, 18 Jun depan. 
 
Kata dua itu dilaporkan dibuat Menteri Besar Selangor, yang juga Timbalan presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali.
 
Tegas Zaidy sumber yang memetik PAS Selangor itu tidak diketahui sejauh mana kebenaranya.
 
Memetik portal mStar online, Azmin dilaporkan memberi kata dua kepada PAS sam ada untuk menarik diri daripada bertanding pada PRK Sungai Besar atau letakkan jawatan dalam kerajaan negeri. 
 
"Saya tak mahu komen, malaslah kebanyakannya sumber-sumber macam ni tak jelas daripada mana. Kita pula yang nak mengulas dakwaan-dakwaan (seperti ini)," katanya kepada Antarapos.
 
Selain Zaidy, kata dua itu turut ditujukan kepada Datuk Iskandar Samad yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor dan Datuk Ahmad Yunus Hairi selepas mesyuarat exco semalam.
 
Portal itu juga melaporkan PAS tetap bertegas mahu bertanding di kerusi Parlimen itu biarpun diberi kata dua oleh Azmin.
 
Pendirian PAS itu kononnya dibuat selepas tiga ahli exco Selangor itu dan beberapa pemimpin parti berkenaan berlepas ke Terengganu semalam untuk mengadakan mesyuarat tergempar dengan presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di kediamannya di Rusila, Terengganu.
 
Antarapos turut menghubungi Exco PKR Selangor Dr Daroyah Alwi untuk mengesahkan perkara ini, namun beliau menafikan dakwaan tersebut.
 
"Tiada (Azmin tidak keluarkan arahan untuk Exco PAS lepaskan jawatan)," katanya ringkas.
 
ADUN Batu Caves, Amiruddin Shaari pula ketika dihubungi turut menjarakkan diri dan enggan mengulas berkenaan isu ini.
 
 

Comments (0)