Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:15 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Keuntungan suku pertama Petronas merosot 60 peratus

Posted: 19 May 2016 05:45 AM PDT

Astro Awani
 
Keuntungan suku pertama Petronas merosot 60 peratus
Jelas Petronas, kejatuhan ini adalah susulan harga minyak serta jualan produk petroleum yang rendah.
 
 
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai suku pertama 2016 Petronas dicatatkan lebih rendah kepada RM6.8 bilion bagi suku yang berakhir pada 31 Mac 2016.

Petronas dalam satu kenyataan berkata, ia adalah 60 peratus lebih rendah berbanding RM17 bilion yang dicatatkan bagi tempoh sama pada 2015.

Katanya, pendapatan dicatatkan kepada RM49 bilion, iaitu penurunan sebanyak 26 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Jelasnya lagi, kejatuhan ini adalah susulan harga minyak serta jualan produk petroleum yang rendah.

Ia bagaimanapun diimbangi kos pengeluaran yang rendah dan kadar faedah yang dipengaruhi Ringgit.

Volum pengeluaran untuk Malaysia dan pengeluaran ekuiti bersama Petronas meningkat kepada 2.45 juta tong sehari.

Petronas turut menjangka unjuran akan kekal sederhana dan lebihan bekalan  terus menekan harga minyak mentah.
Petronas menjangka akan menerima kesan harga minyak tidak menentu dan kadar pertukaran.

Syarikat minyak negara itu kekal akan meneruskan rasionalisasi kos untuk kekal kompetitif. 
 
 

BN mahu jadi 'underdog' di dua PRK - Ahmad Zahid

Posted: 19 May 2016 05:42 AM PDT

Wan Syamsul Amly, Astro Awani
 
BN mahu jadi 'underdog' di dua PRK - Ahmad Zahid
AHMAD ZAHID: "BN akan bergerak sebagai underdog walaupun kita menang sebelum ini". - Gambar fail
 
 
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mahu bergerak sebagai 'underdog' pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia sekali gus signal perbezaan corak kempen yang akan dibuat di kedua-dua PRK itu kelak.

"BN akan bergerak sebagai underdog walaupun kita menang sebelum ini, namun kerana kemenangan di Sungai Besar hanya 399 dan Kuala Kangsar pula 1082, maka saya ingatkan supaya semua melipatgandakan usaha, bekerja keras dan bukan kempen biasa yang harus dilakukan," katanya.

Dr Ahmad Zahid berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Rapat Alumni Nusantara dan Pelancaran Jaringan Alumni Nusantara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia Indonesia, Tan Sri Rais Yatim dan mantan Menteri Kehakiman dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Prof. Dr. Yusril Ihza Mahendra.

Kekosongan kerusi Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar masing-masing berikutan penyandangnya Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar diadakan serentak dengan hari penamaan calon pada 5 Jun, pengundian awal 14 Jun dan hari mengundi pada 18 Jun. 
 
 

Balu Ahli Parlimen Kuala Kangsar Sebak Terima Plak Nama Suami

Posted: 19 May 2016 05:37 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: "Saya akan simpan ini, dia berkhidmat untuk negara," itu kata-kata Datin Mastura Yazid, balu Anggota Parlimen Kuala Kangsar sebaik menerima plak nama suaminya, Datuk Wan Mohd Khair-il Anuar Wan Ahmad di Dewan Rakyat.

Beliau yang terus memeluk plak berkenaan sambil menangis, sehingga mewujudkan suasana pilu dalam kalangan anggota Parlimen yang hadir pada majlis penyerahan plak itu oleh Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad di dewan persidangan.

Mastura serta keempat-empat anaknya dibawa melihat tempat duduk Allahyarham di Dewan Rakyat sempena Majlis Tahlil dan Yassin yang dianjurkan BNBBC di Bangunan Parlimen di sini, Rabu.

Ia diadakan bagi memperingati Allahyarham Wan Mohd Khair-il Anuar dan Allahyarham Datuk Noriah Kasnon yang merupakan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta Anggota Parlimen Sungai Besar yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Majlis itu juga bagi mendoakan kesihatan Anggota Parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas pengsan di rumahnya di Kuala Klawang, Negeri Sembilan, 13 Mei lepas.

Turut hadir pada pada majlis itu ialah Timbalan Yang Dipertua Dewan RakyatDatuk Ismail Mohamed Said, Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Rosmee Hamzah dan anggota Dewan Rakyat yang lain.

Dalam nahas helikopter itu, turut terkorban ialah suami Noriah, Asmuni Abdullah; pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun; Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai dan juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas.

Penjual Durian 'Meludah' Atas Buah

Posted: 19 May 2016 05:27 AM PDT

MSTAR ONLINE

LIHAT VIDEO DI SINI


PETALING JAYA: Sebuah video yang memaparkan seorang peniaga durian didakwa meludah ke atas durian yang sedang dibungkus menjadi viral di laman media sosial.

Video berdurasi dua minit itu menunjukkan seorang lelaki di gerai menjual buah durian dipercayai di Sri Gombak, Kuala Lumpur sedang membungkus raja buah tersebut.

Namun, sebelum membalut setiap durian itu dengan pembungkus plastik lutsinar, lelaki tersebut menggerakkan kepalanya seolah-olah dia meludah ke atas buah durian berkenaan.

Video tersebut dikongsi secara meluas di aplikasi WhatsApp dan Facebook sejak malam Rabu.

Tiada Rakyat Malaysia Dalam Pesawat EgyptAir MS804

Posted: 19 May 2016 05:24 AM PDT

Oleh: RASHVINJEET S. BEDI

 




PETALING JAYA: Tiada rakyat Malaysia dalam pesawat EgyptAir MS804 yang dipercayai terhempas ketika dalam perjalanan dari dari Paris menuju ke Kaherah pada Khamis.

Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiada warganegara Malaysia terbabit berdasarkan maklumat rasmi dari syarikat penerbangan tersebut.

"Kementerian Luar Negeri mengesahkan perkara ini dan berharap semua penumpang dan anak kapal EgyptAir MS804 selamat," jelas satu kenyataan pada Khamis.

Pesawat terbabit berlepas dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris pada 18 Mei 2016 jam 11.09 malam dan dilaporkan hilang dari radar pada jam 2.45 pagi waktu tempatan setelah masuk ke dalam ruang udara Mesir.

Menurut laporan akhbar Mesir Ahram, tidak ada panggilan kecemasan dari pesawat itu dan panggilan terakhir direkodkan 10 minit sebelum hilang.

Pilihan Raya Kecil : Teruskan perjuangan PRK Kuala Kangsar, Sungai Besar

Posted: 19 May 2016 05:12 AM PDT




 
Oleh USTAZ MUHAMMAD ISMI MAT TAIB


UMUM mengetahui sejarah penglibatan PAS dalam pilihan raya di Malaysia. Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah kerusi tradisi yang ditandingi oleh PAS. Sekalipun tidak mencatatkan kemenangan, namun jumlah undi yang diperloleh mencatatkan perubahan yang bertambah baik dari edisi ke edisi.

Tindakan menasihatkan PAS supaya tidak bertanding, samalah seperti menasihatkan seorang ustaz supaya tidak lagi menyampaikan ceramahnya. Sama seperti tindakan menasihatkan seorang anggota polis berhenti dari mencegah jenayah.

Sedangkan PAS telah sekian lama memilih pilihan raya sebagai wadah untuk menyampaikan Islam dan menegakkan Islam sebagai cara hidup perlembagaan seluruh rakyat Malaysia. PAS yakin bahawa hanya dengan Islam dapat menyelesaikan segala masalah yang sedang membelenggu negara kita pada ketika ini.

PAS akan tetap melibatkan diri secara aktif dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar mahupun Sungai Besar. DAP yang telah lebih awal memutuskan hubungan dengan PAS, malah bertindak mencampuri urusan dalam PAS sejak beberapa tahun, sepatutnya sedar bahawa mereka telah jauh tersasar dan melampaui batas.

Begitu juga parti serpihan PAS, PAN yang berhasrat bertanding malah cuba menafikan hak PAS untuk bertanding melalui lidah-lidah pemimpin mereka dan sekutu mereka. Perlu diingat, bahawa Pas bukanlah rakan dalam Pakatan Harapan, justeru apa-apa keputusan yang dibuat oleh PAS sepatutnya tidak berkait dengan keputusan PH, dan begitu juga sebaliknya.

Walaupun PAS dituduh dengan pelbagai tuduhan liar dan tidak munasabah oleh PAN dalam Pilihan Raya Kecil kali ini, kononnya tidak matang, degil dan sebagainya, namun apa yang ingin dilakukan oleh PAS hanyalah meneruskan perjuangan menyertai dan melakukan yang terbaik dalam pilihan raya tidak kira di kawasan mana sekalipun.

Inilah yang telah, sedang dan akan diteruskan oleh PAS. PAS tidak wajar berundur hanya kerana desakan rakan yang telah berkerat rotan, apalagi serpihan yang mengkhianati setiap kerusi dan aset PAS yang telah dibawa lari.

Jika benar mahu memfokuskan terhadap menjatuhkan Umno dan BN, maka tindakan sekarang bukanlah bersikap keanak-anakkan, sebaliknya meneruskan gerak kerja menghadapi pilihan raya. Sama ada ingin membantu memenangkan PAS atau ingin menyaingi PAS, terserah kepada PAN.

Saya menasihatkan seluruh jentera PAS Negeri Perak supaya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pimpinan dalam apa juga keputusan, dan terus melipatgandakan usaha untuk memenangi pilihan raya kali ini. Persiapkan seluruh jentera, kejutkan semua ahli, ayuh bersama turun ke medan. Pilihan raya kali ini adalah pilihan raya yang penting kerana ini bakal menjadi pilihan raya kecil terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.

Semoga Allah memimpin dan memberikan petunjuk kepada kita, dan menjadikan kita asbab petunjuk manusia seluruhnya, memudahkan urusan, dan memenangkan Islam yang kita dokongi bersama.

* USTAZ MUHAMMAD ISMI MAT TAIB, Timbalan Pesuruhjaya Badan Perhubungan Pas Negeri Perak

Indira dibenar cabar status agama anak

Posted: 19 May 2016 05:03 AM PDT

 
Panel tiga hakim membenarkan Mahkamah Persekutuan mendengar dan menentukan tiga daripada lapan soalan yang dikemukakan pada pendengaran rayuan itu.


indira


PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan membenarkan guru tadika beragama Hindu, M Indira Gandhi meneruskan rayuannya untuk mencabar kesahihan sijil penukaran agama tiga anaknya kepada Islam tanpa pengetahuannya pada April 2009.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mengetuai panel tiga hakim memberi kebenaran untuk Mahkamah Persekutuan mendengar dan menentukan tiga daripada lapan soalan yang dikemukakan pada pendengaran rayuan itu.

Dua lagi anggota panel hakim itu ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Datuk Aziah Ali.

"Kami benarkan permohonan itu. Ia adalah soalan sama ada mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa berhubung pengeluaran sijil-sijil penukaran agama, jika Pendaftar Mualaf boleh mendaftar agama kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah dan sama ada kedua-dua ibu bapa perlu bersetuju sebelum sijil penukaran agama boleh dikeluarkan," kata Zulkefli.

Indira dan Muhammad Ridhuan Abdullah yang sebelum ini dikenali sebagai K Patmanathan berkahwin lebih 20 tahun lalu mengikut upacara agama Hindu, sebelum bekas suaminya itu memeluk agama Islam, pada 11 Mac 2009.

Pada bulan berikutnya, Muhammad Ridhuan menculik Prasana Diksa yang ketika itu berumur 11 bulan, sebelum menukar agama anak bongsunya itu bersama adik-beradiknya, Tevi Darsiny yang berusia 12 tahun ketika itu dan Karan Dinish yang berumur 11 tahun ketika itu kepada Islam tanpa pengetahuan isterinya.

Pada 29 Oktober tahun sama, Mahkamah Syariah memberi hak penjagaan tiga kanak-kanak itu kepada Muhammad Ridhuan.

Bagaimanapun, pada 11 Mac 2010, Mahkamah Tinggi Ipoh menyerahkan hak penjagaan penuh tiga kanak-kanak itu kepada Indira dan mengarahkan Muhammad Ridhuan menyerahkan Prasana kepada ibunya.

Pada 25 Julai 2013, Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan perakuan memeluk Islam ke atas ketiga-tiga anaknya itu terbatal dan tidak sah kerana tidak mengikut perlembagaan ditetapkan.

Pengislaman itu terbatal mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004 yang menghendaki anak-anak Indira hadir untuk mengucapkan dua kalimah syahadah sewaktu pendaftaran pengislaman itu dilakukan.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 30 Disember 2015 mengetepikan keputusan itu dengan alasan Mahkamah Tinggi Sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan kesahihan penukaran agama kanak-kanak berkenaan yang terletak di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah.

Pada 29 April lalu, Mahkamah Persekutuan mengarahkan Ketua Polis Negara menahan bekas suami Indira, kerana dia didakwa menghina mahkamah dengan tidak memulangkan Prasana yang diculiknya pada Mac 2009.

Azmin nafi minta EXCO PAS letak jawatan

Posted: 19 May 2016 04:28 AM PDT

 
Azmin menjelaskan fokusnya sekarang adalah untuk mengadakan perbincangan dengan parti-parti pembangkang berhubung PRK pada 18 Jun nanti.


azmin-sungai-besar-1


SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menafikan pernah memberi kata dua kepada tiga EXCO PAS Selangor untuk meletak jawatan pada Isnin depan, jika parti Islam itu berkeras mahu bertanding di PRK Sungai Besar.

Sebaliknya, beliau menjelaskan fokusnya sekarang adalah untuk mengadakan perbincangan dengan parti-parti pembangkang berhubung PRK pada 18 Jun nanti.

"Saya akan mengadakan mesyuarat dengan AMANAH hari ini. Kata dua? Tiada dan ia tidak benar. Fokus kami ialah bincang tentang kerusi itu terlebih dahulu dan itu belum selesai," katanya yang dipetik Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor hari ini.

Azmin dilaporkan sebagai berkata, pihaknya sudah menjelaskan kepada PAS bahawa partinya mahu bertanding di kerusi itu kerana peluang mereka lebih cerah untuk meraih sokongan pengundi Melayu dan Cina, tidak seperti PAS atau AMANAH yang hanya cenderung kepada Melayu.

Ditanya jika wakil rakyat PAS akan dikekalkan dalam EXCO negeri itu jika parti itu tetap bertanding di Sungai Besar, Menteri Besar Selangor itu berkata: "Jangan buat sebarang kesimpulan."

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan diadakan serentak pada 18 Jun ini, dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun nanti.

Kedua-dua kerusi itu kosong susulan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.

PAS senarai pendek enam calon PRK Sg Besar, Kuala Kangsar

Posted: 19 May 2016 04:25 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Enam calon tersebut, masing-masing tiga nama di setiap Parlimen telah diserahkan kepada Dewan Ulama untuk ditapis sebelum diputuskan PAS Pusat yang dijangka bermesyuarat Ahad ini.


Datuk Mohd Amar Nik Abdullah


TANAH MERAH: PAS menyenarai pendek enam nama untuk bertanding pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, keenam-enam calon tersebut, masing-masing tiga nama di setiap Parlimen telah diserahkan kepada Dewan Ulama untuk ditapis sebelum diputuskan PAS Pusat yang dijangka bermesyuarat Ahad ini.

"Setakat ini ada tiga nama untuk Kuala Kangsar dan tiga nama untuk Sungai Besar. Latar belakang calon campur-campur, (tapi) semuanya orang tempatan. Usianya lebih kurang 40 hingga 60 tahun dan masih muda," katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa kali ke-45 Peringkat Negeri Kelantan 2016 di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengarah (Dasar dan Perancangan) Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Nor Akhirrudin Mahmud; Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat dan Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan, Zahari Ibrahim.

Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, 5 Mei lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun ini, manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun.

Dalam pada itu, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan meminta parti pembangkang lain tidak meletakkan calon di kedua-dua PRK itu dan memberi laluan kepada PAS untuk bertanding satu lawan satu dengan BN.

"Keputusan kita setakat ini kita akan bertanding untuk kedua-duanya. Sebab asasnya adalah yang pertama kawasan itu merupakan kawasan yang kita memang telah bertanding selama ini dan kita ada akar umbi yang kuat.

"(Selain itu) kita nak minta parti lain menghormati (keputusan PAS) sebab ini kawasan tradisi dan kita ni dalam kerjasama kita dalam parti-parti pembangkang (sebelum) ini kita banyak bertolak ansur…dengan DAP dulu, dengan PKR jadi kita nak minta supaya parti lain pun bertolak ansur dengan kita," katanya.
– BERNAMA

Perniagaan online kurang RM500k tidak kena cukai

Posted: 19 May 2016 04:22 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


PKS tidak perlu mengelak daripada mengembangkan perniagaan masing-masing hanya kerana mahu mengelak dikenakan cukai.


Datuk Hafsah Hashim


KUALA LUMPUR: Pengusaha kecil dan sederhana (PKS) yang menjalankan perniagaan dalam talian dan berpendapatan kurang daripada RM500,000 tidak akan dikenakan cukai.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Datuk Hafsah Hashim berkata, PKS yang berpendapatan lebih daripada RM500,000 akan dikenakan cukai, bagaimanapun ia sewajarnya tidak menjadi halangan kepada mereka yang meraih pendapatan kurang daripada jumlah itu untuk berusaha mengembangkan perniagaan masing-masing.

Banyak perniagaan dalam talian adalah PKS secara sambilan dan usahawan baru.

"Sememangnya ia (cukai) akan memberi kesan kepada mereka yang baru mula berniaga, tetapi mereka perlu faham bahawa cukai akan dikenakan kepada syarikat dengan pendapatan melebihi RM500,000.

"Kalau nilai mereka tidak melebihi jumlah itu, saya percaya mereka perlu rancakkan lagi perniagaan. (Mereka) tidak perlu mengelak daripada berkembang (maju) hanya kerana mahu mengelak dikenakan cukai," katanya kepada Bernama.

Hafsah berkata, jika perniagaan telah dikenakan cukai, mereka perlu bersedia untuk melaksanakan operasi perniagaan berstruktur dan mengguna pakai pendekatan berhemat.

Pada 17 Mei lepas, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, Kementerian Kewangan sedang mengkaji kemungkinan mengenakan cukai ke atas perniagaan dalam talian pada tahun depan, sejajar kepesatan perkembangan sektor berasaskan Internet di negara ini.

Sementara itu, mengenai isu Britain keluar daripada Kesatuan Eropah, Hafsah berkata PKS yang bersumberkan syarikat negara itu akan terjejas jika perkara itu berlaku.

Bagaimanapun beliau berkata, PKS Malaysia mampu menangani kesan itu secara pantas dan menyesuaikan diri dengan keadaan itu.– BERNAMA

Parti pembangkang diseru bersatu sokong calon PAS

Posted: 19 May 2016 04:19 AM PDT

 
Usaha itu bagi menghantar isyarat jelas kepada UMNO dan BN khususnya Najib bahawa pembangkang sedia melupakan perbezaan demi masa depan rakyat dan negara. 


Tuan-Ibrahim_pas_selangor_perak_undi_600


PETALING JAYA: PAS menyeru semua parti pembangkang supaya bersatu dan menyokong calon parti Islam itu pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar bulan depan.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, usaha itu sekaligus dapat memberi isyarat jelas kepada UMNO dan BN khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa parti-parti pembangkang sedia melupakan perbezaan demi masa depan rakyat dan negara.

"Jika tidak terpaksalah blok pembangkang bersedia melihat yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang manakala Perdana Menteri Najib terus tersenyum riang," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Jelas Tuan Ibrahim, PAS juga telah membentuk Jawatankuasa Induk dan Operasi PRK bagi kedua-dua kawasan Parlimen itu untuk memastikan UMNO dan BN kalah pada 18 Jun nanti.

"PAS telah pun membentuk Jawatankuasa Induk dan Operasi PRK ini. Sasaran PAS ialah BN, matlamatnya ialah menumbangkan BN bagi menghantar mesej bagi pihak rakyat bahawa BN sudah ditolak rakyat," katanya.

Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, 5 Mei lalu.

PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan diadakan serentak pada 18 Jun ini, manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun.

Kesepakatan Pakatan Harapan diuji minggu depan

Posted: 19 May 2016 04:08 AM PDT


 
Oleh ARIF ATAN


Menjelang berlangsungnya mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan minggu depan, banyak pihak sedang menanti sejauh mana penentuan calon bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar memihak kepada Amanah.

Pada ketika Pas jelas sudah memberi amaran kepada parti pembangkang lain untuk hanya memberi laluan kepadanya, pertembungan paling kurang tiga penjuru pada pembuangan undi 18 Jun nanti tidak dapat dielak.

Mungkin setelah mengukur baju di badan sendiri – meminjam peribahasa disebut Abdul Hadi Awang yang difahami dituju kepada Amanah – Pas tanpa mengambil kira senario politik BN dan pembangkang yang berbeza selepas tiga tahun tetap berdegil untuk membolot kedua-dua kerusi tersebut.

Hadi barangkali lupa rekod Pas mengurangkan majoriti undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan 2013 lalu adalah kerana penyokong PKR dan DAP turut mengundi Pas yang berada dalam gabungan parti pembangkang.

Pada masa sama, serangan bertubi-tubi Mahathir ke atas Najib serta isu pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Shafei Apdal juga bakal memberi tempias kepada pengundi tetapi tidak semestinya mereka bersedia untuk memangkah Pas yang semakin 'mesra' Umno.

Selepas Hadi sepentas dan sedondon berbaju merah jambu dengan Najib tahun lalu, hari ini penceramah TV, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias memuat naik gambarnya bersalaman dengan Datuk Dr Haron Din selepas mesyuarat Majlis Perundingan Islam Kluster Dakwah yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas itu.

Tidak hairanlah banyak pihak menganggap PRK di Selangor dan Perak menguji semangat setiakawan antara PKR, Amanah dan DAP yang berpayung di bawah Pakatan Harapan sekali lagi diuji.

Hal inilah yang ditekankan Presiden Amanah, Mohamad Sabu pada 15 Mei lalu dengan antara lain mengingatkan tidak harus ada usaha mencari formula mahupun pendekatan lain.

Beliau turut menyeru sekutu Pakatan Harapan menggembleng seluruh kekuatan pembangkang termasuk mereka yang ingin sekadar menyingkirkan Najib di belakang Pakatan Harapan.

"Amanah mahukan PRK ini dijadikan medan memperkukuh Pakatan Harapan sekaligus bina keyakinan rakyat terhadap keutuhan dan kesungguhan Pakatan Harapan mencabar BN sebagai kerajaan menanti," tegasnya lagi.

Pertindihan kerusi antara Pakatan Harapan dengan Pas memang akan berlaku ekoran sikap keras kepala Presiden Pas tetapi perebutan sesama komponen Pakatan Harapan seharusnya tidak berlaku.

Sebaliknya, kesepakatan umum bahawa Amanah sebagai parti Islam progresif berperanan sebagai pengganti Pas yang menganggap dirinya kuat melalui Blok Ketiga itu perlu dibuktikan pada PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini.

Agak mudah menilai sokongan DAP terhadap Amanah untuk masuk ke gelanggang pilihan raya. Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming secara terbuka menasihatkan Pas untuk tidak bertanding bagi memastikan pertandingan satu lawan satu melibatkan pembangkang dan BN.

Hanya rentak pemimpin tertentu dalam PKR sedang diperhati tajam seperti tergambar pada kebimbangan sebahagian besar pro Pakatan Harapan di media sosial.

Mereka tidak mahu pisang berbuah dua kali selepas apa yang berlaku pada PRN Sarawak, 7 Mei lalu apabila kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang menyaksikan pertembungan sesama Pakatan Harapan kalah teruk.

Dakwaan penganalisis politik, Dr Jeniri Amir kononnya Amanah belum ada pengaruh besar dilihat tidak bersandarkan realiti dengan kehadiran tokoh berpengaruh serta pencapaian besar parti yang hanya berusia lapan bulan itu.

Pensyarah di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) itu mungkin menganggap rekod Pas kehilangan tujuh daripada 21 Ahli Parlimen yang dikenali lantang menyuarakan keadilan dan hak rakyat sebagai tidak signifikan.

Jeniri juga barangkali tidak pernah melihat dengan mata kepalanya melihat sambutan hangat ketika Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden Pas dahulu mampu menarik ramai audiens ke ceramah sekaligus memenuhkan tabung derma yang diedarkan petugas Unit Amal.

Realitinya, PAS yang telah mengkhianati tahaluf siyasi dengan DAP akan mempengaruhi trend pengundian hampir 31 peratus pengundi Cina di Sungai Besar dan kira-kira 25 peratus pengundi Cina di Kuala Kangsar.

Selain itu, komposisi pengundi muda di Sungai Besar yang merangkumi kira-kira 35 peratus atau 11,368 pemilih berdaftar dijangka memberi kelebihan kepada calon Pakatan Harapan.

Muafakat dalam PH dilihat perlu diperkukuh kerana pencapaian Amanah akan menjadikan pembangkang lebih kuat untuk menjadi ejen semak dan imbang kepada kerajaan menjelang PRU14. Komponen Pakatan Harapan harus memanfaatkan kewujudan Amanah yang siginifikan dalam radar politik tanah air.

Berbeza dengan Pas, prestasinya dalam membawa suara rakyat di Parlimen ketara kurang menyengat apa lagi selepas enam ahli Parlimen parti itu memimpin Amanah manakala seorang lagi memilih untuk bersama PKR ekoran pertembungan jalur konservatif dan progresif dalam Pas.

Sehubungan itu, seramai 32,949 pemilih berdaftar di Kuala Kangsar dan 42,655 pengundi di Sungai Besar tentunya tidak mahu melihat ahli parlimen mereka 'lemau' apa lagi kerap ponteng dalam perbahasan di Dewan Rakyat.

'Mimpi buruk' di rumah pemulihan dadah

Posted: 19 May 2016 04:00 AM PDT

'Mimpi buruk' di rumah pemulihan dadah
 

SAAT melangkah kaki masuk ke sebuah pusat pemulihan dadah persendirian berusia lebih sedekad, yang terletak di sebuah negeri di Semenanjung, hati bagai tertarik melihat kehijauan dan ketenangan di sekitar kawasan itu.

Ia umpama suatu suasana yang sesuai untuk sesi pemulihan anak muda yang terjebak dalam gejala keruntuhan akhlak seperti najis dadah.

Namun, itu cuma gambaran awal yang menyambut waris dan penghuni baru yang akan menjalani rawatan pemulihan.

Segala mimpi buruk bermula saat malam pertama di pusat berkenaan.

Beberapa waris penghuni pusat terbabit mengadu wujudnya layanan yang tidak memuaskan dalam kalangan penghuni yang mendapatkan rawatan pemulihan di situ.

Beberapa aduan diterima, antaranya penghuni baru dibuli penghuni lama, dikurung pada waktu malam, ditendang, dipukul sehingga mengakibatkan kecederaan serius, malah terdapat kes kematian dicatatkan.

Difahamkan, pengasas rumah itu yang dipanggil ustaz tidak mengendahkan penghuni yang cedera atau sakit sehinggakan apabila berlaku kematian, dia mendakwa penghuni terbabit enggan makan ubat yang diberi.
Malah, ada waris mendakwa pengasas itu mengamalkan ajaran sesat apabila semua penghuni dipaksa ikut caranya berzikir sambil menari.

Berbekalkan maklumat itu, wartawan Sinar Harian membuat tinjauan untuk mendapat gambaran sebenar.

Pusat pemulihan itu dipercayai mendapat perhatian hampir seluruh negara apabila menerima kunjungan waris dari pelbagai latar belakang yang bertujuan memulihkan anak mereka daripada gejala najis dadah.

Yuran permulaan untuk seorang penghuni baru adalah RM3,550 dan yuran bulanan RM550. Jika waris memerlukan perkhidmatan mengambil penghuni di rumah, mereka dikenakan tambahan RM300.

Personaliti 'ustaz' terbabit yang berserban, biasanya berjubah putih, dan bijak berkata-kata, menambah keyakinan waris bahawa pusat terbabit akan memberikan rawatan pemulihan terbaik melalui keagamaan dan kerohanian.

Walaupun pusat itu diarahkan tutup oleh pihak berkuasa negeri pada Februari tahun lepas kerana melanggar syarat-syarat penubuhan, namun pengasas terbabit tetap meneruskan operasinya, malah masih menerima kemasukan baru dari luar.

Pihak berkuasa negeri berkata, mereka mendapat banyak aduan daripada waris mengenai kegiatan pengasas itu, dan pihak berkuasa masih meneruskan siasatan dan sedang mengumpul bukti kukuh untuk tindakan selanjutnya.

Isu Muhyiddin, Mukriz bukan perkara penting

Posted: 19 May 2016 03:54 AM PDT

Muhyiddin, Mukhriz


KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berpendapat bahawa kelantangan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kritikan bukannya merupakan satu isu yang mendesak.

Menurut Annuar, walaupun kedua pihak berkenaan melakukan pelanggaran disiplin yang amat ketara, namun tiada keperluan untuk melihat perkara berkenaan sebagai satu hal yang penting berbanding perkara-perkara lain di dalam parti.

"Walaupun kita faham bahawasanya ada pelanggaran disiplin parti yang ketara namun begitu, tiada keperluan untuk dilihat perkara ini sebagai sesuatu yang tersangat penting berbanding hal-hal lain di dalam parti.

"Sebab itu saya tak dapat ramalkan sama ada Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno akan membuat keputusan mengenai perkara berkenaan," katanya ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Selasa lalu, Setiausaha‎ Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, keahlian Muhyiddin dan Mukhriz perlu dipecat dari parti.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalau saya dah lama pecat Muhyiddin, Mukhriz']

Tambah Tengku Adnan, Majlis Tertinggi Umno akan membuat keputusan mengenai isu itu ‎pada mesyuaratnya pada hujung bulan ini, dengan usul telahpun dikemukakan oleh jawatankuasa disiplin parti.

Sementara itu, Annuar yang juga merupakan Ahli Parlimen Ketereh menambah, setiap ahli Majlis Tertinggi bebas untuk membawa sebarang usul dan cadangan dalam setiap sesi mesyuarat.

Kata Annuar, sebarang keputusan usul atau cadangan berkenaan adalah terpulang kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi sama ada ingin mengkajinya atau membuat perbincangan terlebih dahulu.

"Jadi pada saya tak perlu buat spekulasi kerana macam saya katakan tadi, apa yang dilakukan mereka bertiga(Muhyiddin, Mukriz dan Tun Dr Mahathir Mohamed) bukan penting buat parti untuk ambil apa-apa tindakan buat masa ini," katanya.

Dalam pada itu, Anwar memaklumkan bahawa setiap parti politik mempunyai masalah tersendiri namun perkara itu tidak akan menjejaskan pergerakan parti kerana proses Pilihan Raya Umum(PRU) melibatkan orang ramai dan bukan ahli parti sahaja.

"Sebenarnya kita parti politik ini sama ja. Pas pun ada masalah dalaman , sekarang ini Parti Keadilan Rakyat (PKR) pun ada masalah dalaman. Begitu juga DAP dengan pemecatan wakil rakyat dan sebagainya," katanya.


Ahli politik British wajarkan kehadiran pada acara Najib

Posted: 19 May 2016 03:48 AM PDT

MALAYSIAKINI


Ahli-ahli politik British terpaksa mewajarkan kehadiran mereka pada acara pelaburan yang dianjurkan kerajaan Malaysia di London minggu ini bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan.

Menteri luar negara UK, Hugo Swire, memberitahu Wall Street Journal beliau tidak mahu membuat penghakiman muktamad atas tuduhan rasuah di Malaysia.

Beliau juga berkata sokongan kerajaan British untuk persidangan pelaburan itu tidak bercanggah dengan persidangan anti-rasuah di London minggu sebelumnya.

"Apa yang kami putuskan di sana dan apa yang dibincangkan di sana mempunyai aplikasi universal tetapi saya tidak fikir ia memberi kesan kepada apa yang kita sedang bincangkan petang ini," Swire dilaporkan berkata.

"Saya tidak meletakkan diri saya sebagai seorang hakim dan juri," katanya.

Jonathan Marland, anggota Dewan Negara UK dan bekas duta perdagangan British memberitahu Wall Street Journal beliau tidak mahu mencampuri urusan dalaman Malaysia dengan mengulas isu 1MDB.

Marland, yang diperkenalkan Najib pada majlis itu, dilaporkan menyifatkan acara itu sebagai "Cinta yang besar".

Marland dilaporkan memberitahu Najib, yang beliau mengalu-alukan pelaburan di UK dengan merujuk kepada RM4 bilion pembangunan semula projek Battersea oleh SP Setia, Sime Darby dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Indonesia henti bekal pembantu rumah

Posted: 19 May 2016 01:03 AM PDT

pembantu rumah
Gambar hiasan.
 

MULAI tahun depan, kerajaan Indonesia mengambil keputusan untuk tidak lagi membekalkan khidmat pembantu rumah ke luar negara.

Demikian dinyatakan oleh Minister Counsellor Pensosbud, Trigustono Supriyanto dari pejabat kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur kepada Sin Chew Jit Poh, semalam.

Selain Malaysia, Indonesia juga tidak akan membenarkan warganegaranya menjadi pembantu rumah di negara-negara Asia Barat dan Hong Kong.

Bagaimanapun, pembantu rumah Indonesia yang sedia ada di negara-negara asing ini masih dibenarkan untuk bekerja sekiranya khidmat mereka dilanjutkan oleh majikan masing-masing.

Jelas Trigustono kepada akhbar ini bahawa Indonesia masih bersedia membekalkan warganegaranya untuk bekerja di luar negara, namun ia hanya terhad pada pekerja-pekerja separuh mahir seperti jururawat dan pekerja kilang.

Katanya, kerajaan Indonesia memang menggalakkan warganegaranya yang bekerja di luar negara tetapi jangan terlalu memikirkan pembantu rumah sebagai pilihan utama mereka.

Naib Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa), Bayen Lok Ah Lek berkata, keputusan yang dibuat kerajaan Indonesia memberikan kesan yang amat besar terhadap seisi rumah di negara kita, terutama sekali kepada keluarga golongan kaya dan sederhana yang memerlukan khidmat pembantu rumah.

Katanya, banyak keluarga di negara kita amat memerlukan khidmat pembantu rumah untuk menguruskan kerja rumah dan jaga anak serta golongan tua. Pembantu rumah yang berasal dari Indonesia dan Filipina adalah antara paling ramai diambil oleh majikan di negara kita.

Kata Bayen lagi, memandangkan kes penganiayaan kanak-kanak semakin hari semakin banyak dilaporkan di negara kita, ramai ibu bapa tidak gemar menghantar anak-anak mereka untuk dijaga oleh pengasuh, sebaliknya pembantu rumah menjadi pilihan utama mereka.

Persatuan Majikan Amah Malaysia (Mama) pula menyifatkan, larangan kemasukan pembantu rumah dari Indonesia ke negara kita tidaklah memberikan kesan yang besar kerana para majikan masih dibenarkan mengambil pembantu rumah daripada beberapa negara lain seperti Filipina, Vietnam dan Kemboja.

Malahan, persatuan itu menganggap kadar bayaran untuk mengambil seseorang pembantu rumah dari Indonesia juga agak mahal, iaitu antara RM14,000 hingga RM15,000, manakala gaji bulanan yang perlu diberi kepada mereka ialah sekitar RM1,000. Jumlah ini dianggap membebankan terutama sekali bagi keluarga yang berpendapatan sederhana.


10 juta tandatangan pun Agong tiada kuasa pecat Najib

Posted: 19 May 2016 12:51 AM PDT

Najib
Najib Tun Razak - Foto Bernama


SHAH ALAM - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengingatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meskipun 10 juta tandatangan rakyat Malaysia berjaya dikumpul, namun Yang di-Pertuan Agong tetap tidak mempunyai kuasa untuk memecat Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Pengarah Propagandanya, Edy Noor Reduan berkata, Agong hanya mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik perdana menteri yang pada pendapat baginda sudah mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

"Tidakkah Tun Mahathir sedar, walau 10 juta tandatangan dikumpul sekali pun, Agong tetap tidak mempunyai kuasa untuk melucutkan Najib kerana ia tiada dalam Perlembagaan.

"Tetapi hanya kerana terdesak untuk sekali lagi menaikkan boneka pilihan, Tun sanggup menggunakan deklarasi menekan Agong melakukan sesuatu yang di luar bidang kuasa, seterusnya melanggar Perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tun Mahathir berjaya mengumpulkan 1.24 juta tandatangan rakyat Malaysia yang menyokong Deklarasi Rakyat serta menuntut Najib turun dari tampuk pemerintahan.

SAMM turut mempertikaikan hala tuju Deklarasi Rakyat malah beliau menyifatkan Mahathir membawa harapan palsu kepada rakyat serta mencabul Perlembagaan demi dendamnya sendiri.

"Masih kita tidak lupa pada pertengahan Mac lalu dalam temu bual dengan wartawan Indonesia yang bertanya soal hukuman penjara ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau sebut dengan jelas kes Anwar telah ditentukan oleh Mahkamah dan kita tidak boleh berbuat apa-apa, kita tidak boleh mencabuli 'the rule of law'.

"Jika ini sifirnya, hanya demi melampiaskan dendam Mahathir maka pencabulan perlembagaan dibenarkan tetapi dalam soal keadilan seorang banduan politik, beliau kata kita perlu ikut 'rule of law'.

"Apakah Perlembagaan negara ditentukan Tun, 'rule of law' mengikut keperluan Tun?" katanya.

Tegasnya, SAMM, memilih perubahan sistem dan ia tidak akan berlaku dengan hanya menyingkirkan Najib melainkan, Umno-BN dibuang sekali.


Ketua audit: Laporan audit cukup untuk siasatan lanjut 1MDB

Posted: 19 May 2016 12:44 AM PDT

MALAYSIAKINI

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang percaya laporan audit berkaitan 1MDB yang diserahkannya kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) cukup untuk memulakan siasatan lanjut.

"Saya rasa laporan kami cukup sebagai asas untuk siasatan lanjut, kami sudah buat kerja kami.

"Langkah selanjutnya, seperti dicadangkan oleh PAC, mereka (jawatankuasa itu) mahu siasatan terhadap beberapa personaliti dalam syarikat itu.

"Biarkan polis buat kerja mereka, kami akan bantu sesiapa sahaja yang mahu siasat," katanya dalam wawancara bersama Channel News Asia (CNA).

Ambrin bagaimanapun enggan mengulas sama ada ada beliau berpandangan dapatan audit mendedahkan unsur-unsur salah laku.

Beliau berkata kini terpulang kepada peguam negara dan negara lain yang menyiasat 1MDB memutuskan sama ada terdapat kes prima facie

Larang rakyat ke luar negara, kerajaan dan imigresen salahguna kuasa?

Posted: 19 May 2016 12:36 AM PDT

gobindsingh

Oleh Syazana Hasanudin


KUALA LUMPUR: Tidak ada peruntukan spesifik dalam Akta Imigresen yang membenarkan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen menghalang seseorang warganegara Malaysia daripada ke luar negara atas sebab memburukkan kerajaan, kata Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ketua Biro Guaman DAP, mempersoal sama ada keputusan kerajaan membenarkan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Sakib Kusmi, untuk menyekat mana-mana individu yang dianggap sebagai memburukkan kerajaan itu adalah penyalahgunaan kuasa.

"Bukankah menggunakan kedudukan untuk menghalang orang ke luar negara itu jelas menunjukkan salahguna kuasa? Dan ini juga untuk tujuan khusus – kepada mereka yang mengkritik kerajaan.

"Jadi, bolehkah Ketua Pengarah menggunakan kuasa yang tidak dirujuk secara spesifik dalam sebarang undang-undang untuk menghalang rakyat?" katanya sewaktu dalam sidang Parlimen di sini hari ini.

Jabatan Imigresen, seperti dilapor media hari ini, menyatakan bahawa terdapat penguatkuasaan baru untuk menghalang mana-mana individu yang memburukkan kerajaan dari ke luar negara selama tiga tahun atas alasan mahu melindungi imej Malaysia.

Pada masa sama, Sakib memaklumkan kepada media bahawa beliau diberi kuasa penuh oleh Kerajaan Persekutuan untuk menentukan sama ada seseorang individu itu disifatkan sebagai memburukkan kerajaan atau tidak.

Menurut Gobind, keputusan sama ada kuasa Ketua Pengarah Imigresen tersebut patut dibenarkan atau tidak sedang dibincangkan dalam kes Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua di mahkamah, justeru ia tidak boleh diputuskan oleh mana-mana pihak di ruang awam.

"Isu ini sedang dibincangkan dalam kes mahkamah melibatkan sekatan Tony Pua ke luar negara oleh Jabatan Imigresen pada Julai tahun lalu.

"Sama ada Ketua Pengarah ada kuasa atau tidak melakukan demikian, ia merupakan satu subjudis (di bawah pertimbangan mahkamah dan belum diputuskan), jadi Datuk Sakib tidak boleh mengeluarkan kenyataan tersebut secara terbuka," kata Gobind yang juga seorang peguam.

Sementara itu, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok, berpendapat bahawa sekatan imigresen tersebut merupakan satu tindakan tidak munasabah yang bercanggah dengan prinsip demokrasi negara.

Malah, katanya, ia membuktikan bahawa kerajaan UMNO Barisan Nasional semakin terdesak untuk terus memerintah sehingga sanggup menggunakan alasan 'menjaga nama baik negara' untuk kepentingannya sendiri.

"Langkah itu sebenarnya tidak menjaga nama baik negara, sebaliknya semakin mencalarkan imej Malaysia sebagai negara demokrasi. Tidak cukupkah selama ini Malaysia diketawakan media dan agensi antarabangsa?

"Ia juga menunjukkan bahawa mana-mana rakyat Malaysia yang menggunakan kebebasan bersuara untuk mengkritik salahlaku kerajaan boleh ditarik balik haknya untuk ke luar negara.

"Atas sebab itu, saya menggesa Kementerian Dalam Negeri campur tangan dan menghentikan tindakan yang tidak adil dan mengarut seperti itu," katanya dalam kenyataan media.

Selain Tony, Jabatan Imigresen sebelum ini turut menghalang Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli; Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dan pemilik akhbar The Edge, Tong Kooi Ong dari ke luar negara tanpa sebab kukuh. – Roketkini.com


Kit Siang: Siasat nahas helikopter sewaktu pilihanraya Sarawak, elak pegawai kerajaan terlibat kempen politik

Posted: 19 May 2016 12:32 AM PDT

lim-kit-siang-ag-resign

Roketkini.com


KUALA LUMPUR, : DAP mahu siasatan awam dijalankan terhadap nahas helikopter terhempas yang mengorbankan enam individu, termasuk Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar, sewaktu pilihanraya Sarawak, di Batang Lupar 5 Mei lalu.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata satu siasatan penuh wajar dijalankan demi keselamatan penerbangan helikopter.

Beliau memetik kenyataan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Seri Azman Ujang, yang dilaporkan berkata bahawa Malaysia, khususnya Sarawak, tidak mempunyai rekod yang baik berhubung nahas helikopter.

Katanya, Azman menganggarkan dalam tempoh 15 tahun, terdapat 15 tragedi nahas maut helikopter yang meragut 33 nyawa, termasuk golongan VIP yang antaranya adalah Ahli Parlimen Rompin merangkap Menteri tanpa portfolio ketika itu, Tan Sri Jamaludin Jarjis.

Kenyataan itu juga mendedahkan, dalam tempoh dua minggu kempen pilihanraya Sarawak, dianggarkan 80 helikopter telah digunakan dan kebanyakan penyedia perkhidmatan tersebut adalah dari Indonesia dan Filipina.

"Adakah semua jenis helikopter ini sesuai diterbangkan dan adakah juruterbang asing biasa dengan kawasan sekitar dan keadaan cuaca yang tidak menentu di Sarawak?" soal Kit Siang.

Pada masa yang sama, beliau turut membangkitkan persoalan terhadap penglibatan pegawai tinggi kerajaan dalam kempen Barisan Nasional (BN) di Sarawak yang sepatutnya tidak boleh terlibat dalam kempen.

"Mengapa Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, mendiang Datuk Dr Sundaran Annamalai, dilibatkan dalam kempen pilihanraya Sarawak?

"Dan siapa lagi kakitangan awam dari Putrajaya yang dilibatkan dalam kempen pilihanraya BN dalam pilihanraya Sarawak yang lalu?" soalnya lagi.

Justeru, menurut beliau, siasatan awam yang dicadangkannya itu juga perlu menyenaraikan sepenuhnya pegawai awam, termasuk dari Putrajaya, yang terlibat dalam kempen BN sewaktu pilihanraya Sarawak.

Tambahnya, ia amat penting kerana penglibatan mereka dalam kempen plihanraya adalah salah di segi peraturan dan ia tidak patut berulang. – Roketkini.com


Dialog dua hala polis-rakyat mampu kurangkan jenayah

Posted: 19 May 2016 12:27 AM PDT

lee chin chen2

 Roketkini.com


KUANTAN: Dialog dua hala di antara polis dan rakyat perlu diadakan dari semasa ke semasa bagi mencapai langkah pencegahan jenayah terbaik serta dilaksanakan oleh kedua-dua pihak untuk keselamatan awam di Pahang.

Mengutarakan cadangan itu di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Adun Ketari, Lee Chin Chen, berkata langkah itu juga akan memastikan rakyat dimaklumkan dengan taktik dan kawasan sasaran penjenayah supaya mereka lebih berhati-hati.

"Kes jenayah, terutama kes pecah rumah semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Ia menimbulkan rasa takut dalam kalangan rakyat sehingga mampu menjejaskan kehidupan seharian mereka.

"Sebagai contoh, di Bentong, sekurang-kurangnya 10 kes kecurian dan pecah rumah berlaku dalam masa satu minggu. Anggaran kerugian mangsa pula mencecah RM50 ribu ringgit.

"Isu keselamatan yang semakin serius ini juga telah menyebabkan penduduk Bentong hidup dalam kebimbangan kerana khuatir menjadi mangsa yang seterusnya," katanya semasa membahas usul menjunjung kasih ke atas titah ucapan Sultan Pahang di DUN Pahang, kelmarin.

Sehubungan itu, Chin Chen yang juga Setiausaha DAP Pahang berpendapat kerajaan negeri Pahang perlu menambah bilangan anggota polis di kawasan sasaran penjenayah, termasuk Bentong, bagi membanteras kes jenayah yang semakin menjadi-jadi itu.

"Ia penting untuk memastikan bahawa terdapat pegawai polis yang akan meronda mengikut jadual masa yang ditetapkan supaya kadar jenayah, terutama kes kecurian dan pecah rumah dapat dikurangkan," katanya.

Walaupun kadar jenayah didapati menurun sejak 2009, kes kecurian dan pecah rumah di negeri Pahang masih mencecah angka beribu, justeru menekankan betapa pentingnya kerjasama antara polis dengan penduduk di kawasan sasaran penjenayah bagi mencegahnya. – Roketkini.com




Mungkin ada pihak salah anggap kenyataan Azmin, kata Johari

Posted: 19 May 2016 12:21 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul meminta semua pihak menunggu kenyataan rasmi daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung dakwaan yang meminta kesemua exco PAS kerajaan negeri meletak jawatan.
Desakan terhadap ketiga-tiga exco parti itu disuarakan kononnya atas kedegilan PAS untuk meletakkan calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, 18 Jun depan.
Ia berikutan minat PKR untuk turut sama meletakkan calon di kerusi tersebut, meskipun menyedari PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) awal-awal lagi bertelagah berhubung isu calon pembangkang.
"Saya juga baca dari media, kena tanya MB sama ada beliau (Azmin) katakannya atau tidak. Sama ada pihak salah anggap kenyataannya, saya tidak pasti. Sama ada ia benar atau tidak, kena tanya beliau," katanya semasa ditemui pemberita di Dewan Rakyat, tengah hari tadi.
Dikhabarkan kesemua exco PAS Selangor dan pemimpin tertinggi PAS juga mengadakan mesyuarat tergempar di Terengganu bersama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam.
Hadi, bagaimanapun mahu kesemua exco berkenaan kekal dengan jawatan masing-masing dan bersedia dengan sebarang kemungkinan.
Johari juga memaklumkan Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat pada Isnin ini bagi mencari kata putus berhubung soal peletakkan calon pembangkang di dua PRK serentak itu.
Beliau juga diajukan berkenaan hasrat PKR untuk bertanding di Sungai Besar dan memaklumkan partinya ada berbincang mengenai isu itu. 
"Perbincangan banyak berlaku. Cuma apa yang saya boleh katakan, sama ada MB katakan begitu, kena tanya beliau. 
"Perbincangan itu ada, sebaik sahaja kematian tersebut. Soal apa yang MB kata begitu, kita kena pastikan dengan MB," ujarnya tanpa memperincikan dengan siapakah perbincangan itu diadakan.
Dalam masa yang sama Johari juga mempertahankan pendirian Azmin untuk mengadakan perbincangan bersama PAS bersabit kerusi pilihan raya berkenaan, selepas Hadi dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu PKR tidak berusaha untuk berbuat demikian.
"Hendak berunding, tapi belum lagi. Mungkin sebentar lagi? Tidak semestinya tidak berlaku. Azmin ada masanya, beliau pun baru balik dari Jepun. Mungkin petang ini, atau malam ini," katanya.

Tiada maklumat exco PAS Selangor diminta letak jawatan, kata Takiyuddin pada 19-05-2016 12:05 Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar Post Pic KUALA LUMPUR: PAS enggan mengulas mengenai khabar angin supaya kesemua exco PAS Selangor meletak jawatan sekiranya tetap bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar sebagaimana yang diminta oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti sehingga kini belum menerima sebarang pengesahan berhubung perkara itu, meskipun sedar ia mula tersebar di media. "Saya tidak dapat nak pastikan ia ugutan atau tidak kerana tidak pasti ia tulen atau sebaliknya. Kita tidak boleh buat andaian. "Jika ia benar, ia mesti datang daripada Azmin sendiri, atau Pejabat MB. Pejabat saya pun tak terima apa-apa. "Saya rasa jangan dengar kepada perkara yang tidak pasti kerana ia tidak baik kepada semua (pihak)," ujarnya ketika ditemui di perkarangan Dewan Rakyat, pagi tadi. Takiyuddin mengulas dakwaan ugutan Azmin terhadap tiga exco PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib untuk meletak jawatan pada Isnin depan sekiranya parti itu tetap berkeras meletakkan calon di PRK Sungai Besar. Ia berikutan hasrat PKR untuk turut sama bertanding di kerusi itu, meskipun PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) saling bertelagah untuk sama meletakkan calon di Sungai Besar. Dikhabarkan kesemua exco PAS Selangor dan pemimpin tertinggi PAS juga mengadakan mesyuarat tergempar di Terengganu bersama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada semalam. "Jika betul ada, biar Presiden PAS yang pandangan," ujarnya ketika mengulas sekiranya benar timbul dakwaan tersebut. Hadi, bagaimanapun mahu kesemua exco berkenaan kekal dengan jawatan masing-masing dan bersedia dengan sebarang kemungkinan. Takiyuddin juga senada dengan Hadi yang pada semalam memaklumkan tidak ada rundingan yang dijalankan oleh PKR dan PAS dalam menentukan calon pembangkang di Sungai Besar. "Rundingan tak pernah ada, tapi kalau perjumpaan saya tidak tahu. Tetapi tidak ada rundingan secara rasmi antara PAS dan PKR," tegasnya.

Posted: 19 May 2016 12:18 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: PAS enggan mengulas mengenai khabar angin supaya kesemua exco PAS Selangor meletak jawatan sekiranya tetap bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar sebagaimana yang diminta oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
 
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti sehingga kini belum menerima sebarang pengesahan berhubung perkara itu, meskipun sedar ia mula tersebar di media.
 
"Saya tidak dapat nak pastikan ia ugutan atau tidak kerana tidak pasti ia tulen atau sebaliknya. Kita tidak boleh buat andaian. 
 
"Jika ia benar, ia mesti datang daripada Azmin sendiri, atau Pejabat MB. Pejabat saya pun tak terima apa-apa. 
 
"Saya rasa jangan dengar kepada perkara yang tidak pasti kerana ia tidak baik kepada semua (pihak)," ujarnya ketika ditemui di perkarangan Dewan Rakyat, pagi tadi.
 
Takiyuddin mengulas dakwaan ugutan Azmin terhadap tiga exco PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib untuk meletak jawatan pada Isnin depan sekiranya parti itu tetap berkeras meletakkan calon di PRK Sungai Besar.
 
Ia berikutan hasrat PKR untuk turut sama bertanding di kerusi itu, meskipun PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) saling bertelagah untuk sama meletakkan calon di Sungai Besar.
 
Dikhabarkan kesemua exco PAS Selangor dan pemimpin tertinggi PAS juga mengadakan mesyuarat tergempar di Terengganu bersama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada semalam.
 
"Jika betul ada, biar Presiden PAS yang pandangan," ujarnya ketika mengulas sekiranya benar timbul dakwaan tersebut.
 
Hadi, bagaimanapun mahu kesemua exco berkenaan kekal dengan jawatan masing-masing dan bersedia dengan sebarang kemungkinan.
 
Takiyuddin juga senada dengan Hadi yang pada semalam memaklumkan tidak ada rundingan yang dijalankan oleh PKR dan PAS dalam menentukan calon pembangkang di Sungai Besar.
 
"Rundingan tak pernah ada, tapi kalau perjumpaan saya tidak tahu. Tetapi tidak ada rundingan secara rasmi antara PAS dan PKR," tegasnya.
 
 
 

PAS, JIKA MENANG DI SUNGAI BESAR & KUALA KANGSAR LEBIH MENJADI ANCAMAN KEPADA PAKATAN HARAPAN

Posted: 18 May 2016 09:57 PM PDT

shahbudindotcom


Pembangkang utama dalam negara sekarang ialah Pakatan Harapan yang mempunyai tiga parti yang meliputi semua kaum iaitu PKR, DAP dan Amanah manakala Pas adalah pembangkang yang bersendirian sejak meninggalkan Pakatan Rakyat dan hanya baru-baru ini saja menubuhkan blok ketiga bersama sebiah parti kecil iaitu Ikatan.

Selain itu, Pakatan Harapan juga adalah gabungan tunggal yang berhasrat untuk menjadi kerajaan alternatif kepada BN sedangkan Pas hanya mahu menjadi penasihat semata-mata.

Lantaran itu, sekiranya ada pilihanraya kecil di mana-mana, Pakatan Harapan semestinya lebih layak meletakkan calon untuk berlawan dengan BN berbanding Pas.

Lebih-lebih lagi dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar di mana pengundi bukan Melayu adalah 33 peratus dan 31 peratus, kesesuaian itu tentu saja lebih kepada Pakatan Harapan.

Sebagai pembangkang yang kedua, Pas boleh memilih sama ada untuk sama-sama bertanding dan membiarkan berlaku pertandingan tiga penjuru atau berunding dengan Pakatan Harapan untuk menjadikan satu lawan satu.

Jika mereka benar-benar ingin bersama dengan pembangkang menumbangkan BN dan menjadikan pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai mesej penolakan terhadap Najib, Pas seharusnya lebih sedia berlembut dan bertolak ansur dengan Pakatan Harapan.

Alasan bahawa Sungai Besar dan Kuala Kangsar kawasan tradisi yang ditandingi Pas sejak merdeka tidak boleh diterima sama sekali kerana ia adalah "kawasan tradisi kalah, bukannya tradisi menang", 

Kawasan tradisi menang mungkin boleh ditolak-ansur untuk orang lain tidak kacau daun, tetapi kawasan tradisi kalah, tolak ansur untuk pihak lain mencuba sepatutnya lebih terbuka.

Dengan itu, tentu saja tidak masuk akal apabila Pas pula yang meminta Pakatan Harapan agar jangan kacau daun dan membiarkan saja mereka bertanding di kedua-dua kawasan itu.

Bukankah yang menjadi pembangkang utama serta benar-benar ingin mengalahkan BN dan menjadi alternatif kepada kerajaan ialah Pakatan Harapan?

Walaupun pimpinan Pas seperti Tuan Ibrahim Tuan Man, Idris Ahmad dan Iskandar Abd Samad sebagai contoh, terlihat agak senada dengan Pakatan Harapan, tetapi Hadi Awang, Dr Haron Din dan Nasharuddin Tantawi jelas begitu merendah diri dan seakan-akan lebih menerima Najib.

Sudah pasti, di sebalik ada pimpinan Pas yang kekal dengan iltizam menumbangkan UMNO dan BN, kedudukan Hadi Awang sebagai Presiden dan Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am, jauh lebih dominan dalam menguasai dan menentukan hala tuju parti itu.

Pas juga tidak pernah secara khusus mengatakan mereka akan bersama-sama dengan Pakatan Harapan mendepani BN dalam pilihanraya akan datang. Di sebalik bertahalul siyasi dengan PKR di Selangor, Pas juga amat memusuhi DAP dan Amanah.

Matlamat Pas lebih ingin bertanding bersendirian dalam pilihanraya umum akan datang, malah dalam video yang pernah tersebar tidak lama dulu, Tuan Ibrahim Tun Man mengatakan Pas akan "bernilai tinggi" dalam bersendirian ini dan akan menjadi rebutan selepas keputusan PRU 14 memandangkan sama ada BN atau Pakatan, kedua-dua dilihat tidak mampu memenangi jumlah kerusi yang betul-betul kukuh untuk membentuk kerajaan.

Maknanya apa?

Maknanya tidak lain ialah bahawa Pas boleh bekerjasama dengan sesiapa saja, asalkan parti mana lebih kuat atau yang mampu memberi tawaran lebih baik.

Tidakkah ini sebenarnya merbahaya kepada kedudukan Pakatan Harapan?

Oleh itu, meskipun pertandingan satu lawan satu adalah terbaik untuk menumbangkan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Pakatan Harapan juga harus sentiasa berwaspada tentang matlamat dan kiblat sebenar Pas sekarang ini dan semenjak Hadi Awang pandai bersedondon merah jambu dengan Najib.

Kebulatan tekad Pas untuk terus bertanding tanpa kompromi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, sama sekali tidak membantu mengukuhkan barisan pembangkang untuk berlawan dengan BN, malah sekiranya mereka menang di salah satu atau kedua-dua kerusi itu, ia adalah ancaman sebenar kepada perjalanan Pakatan Harapan untuk menumbangkan BN dan menawan Putrajaya dalam pilihanraya akan datang.

Dalam keadaan tradisi kalah pun susah diajak berunding, setelah menang nanti bukan saja segala-galanya bertambah sukar, malah tidak mustahil "warna merah jambu akan lebih menyerlah kemerah-merahannya".

DAP dan PKR pun enggan mengalah, kenapa PAS perlu beri laluan? - Tuan Ibrahim

Posted: 18 May 2016 09:55 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoalkan mengapa parti itu perlu berkompromi dengan menyerahkan kerusi Parlimen Sungai Besar kepada Pakatan Harapan (PH) sedangkan DAP sendiri enggan beralah dengan PKR pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11.
 
Tuan Ibrahim juga berkata PH boleh berputus asa jika mahu memujuk PAS memberi laluan kepada parti serpihannya, Parti Amanah Negara (PAN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) itu.
 
"PAS setuju satu lawan satu. PH (pakatan pembangkang) tidak perlu masuk bertanding. Hendak serah kerusi PAS kepada PAN tidak mungkin. 
 
"Kalau DAP Sarawak pun tidak boleh kompromi dengan PKR semasa PRN lalu, tidak mungkin PAS hendak bagi kerusi Pas," katanya dalam catatan di laman Facebook miliknya, malam tadi.
 
Tuan Ibrahim menegaskan, pakatan pembangkang perlu sedar bahawa kedua-dua kerusi Parlimen itu merupakan kawasan PAS.
 
"Saya harap blok pembangkang sedar kerusi yang dipunyai oleh Pas mereka tidak perlu ganggu," katanya.
 
Pendirian Tuan Ibrahim itu senada dengan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PAS tetap akan bertanding di dua kerusi tradisinya, Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun depan.
 
Portal mStar Online hari ini melaporkan sumbernya sebagai berkata, exco PAS di Selangor diberi kata dua untuk meletakkan jawatannya jika parti itu masih mahu bertanding di kerusi Sungai Besar.
 
Kata dua itu diberikan Menteri Besarnya, yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali,
 
Antarapos kemudiannya menghubungi seorang daripada exco PAS, Zaidy Abdul Talib. Beliau nyata terkejut dan menafikan laporan sumber itu.
 
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
 
Antarapos juga menghubungi Exco PKR, Dr Daroyah Alwi untuk mendapatkan pengesahan berkenaan laporan sumber itu.
 
Beliau turut menafikan laporan portal itu dan enggan mengulas lanjut.  
 
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) PAS kalah majoriti tipis kepada calon Umno Barisan Nasional (BN) di kerusi Sungai Besar.
 
PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar terpaksa diadakan selepas penyandangnya 
 
Kerusi Parlimen Kuala Kangsar (P067) dan Sungai Besar (P093) kosong selepas penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon terlibat dalam nahas helikopter pada 5 Mei di Sebuyau, Sarawak.
 
Kedua-dua mereka sedang dalam perjalanan dari Betong ke Kuching bagi membantu kempen PRN Sarawak, 7 Mei lalu.
 
 

Comments (0)