Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:09 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Rafizi persoal kenapa FGVSB beli kondominium

Posted: 18 May 2016 07:56 AM PDT

MSO


Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang terkenal dengan kisah pembongkaran berbagai-bagai kelemahan dan penyelewengan pihak Kerajaan hari ini membuat satu lagi kenyataan akhbar menyatakan kemusykilannya terhadap Felda Global Ventures Holdings Berhad yang membeli dua buah kondominium di luar negara bernilai RM8.4 juta lebih dalam keadaan kewangan semasa syarikat itu lemah.

Berikut adalah kenyataan media Rafizi:

18 MEI 2016

APA KEGUNAAN 2 KONDOMINIUM MEWAH MILIK FGV BERHARGA RM8.4 JUTA PADA MASA PRESTASI FGV MASIH MENGECEWAKAN?

Umum mengetahui bahawa Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) tidak mencapai prestasi yang baik sejak mula-mula disenaraikan. Harga sahamnya terus merosot sejak disenaraikan dalam bulan Julai 2012 hingga sekarang (seperti di bawah):

Prestasi FGV sudah tentu menjadi perhatian rakyat kerana sahamnya banyak dipegang oleh institusi awam. Enam pemegang saham terbesar adalah institusi awam yang melibatkan rakyat terbanyak melibatkan wang rakyat sekitar RM10 bilion (mengambil kira harga semasa diterbitkan) seperti berikut:

Hari ini, NOW mengesahkan bahawa pada tarikh 29 September 2014, FGV telah memuktamadkan pembelian dua buah kondominium mewah di The Troika (berdekatan KLCC dan Menara Felda yang baru) pada harga berikut:

1. Unit A-20-2 berharga RM5,143,902
2. Unit B-10-3 berharga RM3,283,770

Kedua-dua unit kondominium ini dibeli pada harga RM8,427,672 dan saya difahami FGV juga turut berbelanja untuk menaiktaraf dua unit kondominium mewah ini.
Saya telah menyemak Penyata Kewangan FGV yang terkini setakat 31 Disember 2015 dan boleh mengesahkan bahawa FGV telah merekodkan kondominium ini di dalam Penyata Kewangan dan tidak menerima sebarang sewaan dari unit-unit kondominium ini, seperti di bawah:

Bersama-sama ini disertakan salinan mukasurat utama dari perjanjian jual beli kedua-dua unit kondominium itu sebagai bukti pembelian tersebut.

Saya menyeru supaya kepimpinan baru FGV memberi kenyataan secepat mungkin menerangkan kewajaran pembelian ini dan tujuan FGV mempunyai dua unit kondominium mewah seperti ini dalam tahun 2014. FGV juga perlu mengesahkan sama ada kedua-dua unit ini masih lagi dimiliki oleh FGV setakat ini.

Kenyataan saya yang seterusnya adalah selepas FGV memberi maklumbalas mengenai pendedahan ini.

Rafizi Ramli.

"BESAR KEMALUAN" DENGAN BERITA INI

Posted: 18 May 2016 07:50 AM PDT

shahbudindotcom

 


 
 
Sekali lagi, angkara Najib Razak, rakyat Malaysia yang tinggal di London tentunya berasa malu dengan jiran tetangga, kenalan atau rakan-rakan mereka di sana.

Setelah banyak media antarabangsa seperti WSJ, ABC News, New York Times, Whashington Post, Sarawak Report dan sebagainya membuat laporan ke seluruh dunia mengenai dakwaan rasuah melihatkan Najib, kini Chanel 4, sebuah stesen penyiar di UK pula berbuat demikian.

Lebih memalukan lagi kerana penyiaran itu dilakukan ketika Najib sendiri sedang melakukan lawatan rasminya ke London dan berucap dalam sebuah majlis berkenaan pelaburan di sana.

Kecuali golongan pemakan dedak yang "kemaluannya tetap kecil" dengan penyiaran-penyiaran berita seumpama itu, mereka yang lain tentu saja terasa seperti diaibkan maruah dan harga diri sebagai rakyat Malaysia yang selama ini dihormati, disanjung dan dinilai tinggi intergritinya.

Hanya di zaman  Najib "kemaluan demi kemaluan"  rakyat Malaysia di dalam dan luar negara "dibesarkan"  silih berganti dan bagaikan tiada titik hentinya.

Oleh itu, segeralah BERUNDUR WAHAI NAJIB daripada terus menyusahkan rakyat  sendiri.


"Saya Mesti Balik, Ibu Bapa Cari Saya" - Armella

Posted: 18 May 2016 07:45 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Armella Ali Hassan, 23, menceritakan pengalaman terapung di lautan selama sembilan hari sebelum diselamatkan oleh nelayan Vietnam pada 12 Mei lepas. -fotoBERNAMA
 
 
PAPAR: "Saya mesti balik (pulang), ibu bapa saya cari saya", menjadi pendorong Armellah Ali Hassan untuk bertahan selama sembilan hari hanyut di laut tanpa minum dan makan.

Wanita berumur 23 tahun itu yang merupakan seorang daripada empat mangsa yang terselamat dalam insiden bot karam di perairan Kudat pada 2 Mei lalu, berkata dia juga sentiasa berzikir, melafazkan azan dan membaca ayat suci al-Quran yang dihafalnya untuk tidak berputus asa.

Armella yang bekerja secara sambilan dengan Tommy Place Resort di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat, berkata selama terdampar di laut, dia hanya berfikir positif akan selamat kembali ke pangkuan keluarga.

Ketika ditemui pemberita di kediaman ibu bapanya di Kampung Bundusan di sini  hari ini, masih jelas kelihatan kelupasan kulit pada bahagian tangan dan lengannya namun tenaga dan emosinya boleh dianggap sudah pulih selepas keluar dari hospital Sabtu lalu.

Menceritakan kejadian yang menimpanya dan tiga lagi iaitu warga China Tommy Lam Wai Yin, 45, yang juga pemilik resort dan suami isteri warga Sepanyol, David Hernandes Gasulla dan Martha Miguel, kedua-duanya berusia 30 tahun, Armella berkata bot mereka karam dipukul ombak ketika kira-kira lima minit lagi untuk sampai ke Tanjung Simpang Mengayau.

Katanya kejadian berlaku semasa matahari sedang terbenam dan menurutnya bot mereka berlepas dari Pulau Balambangan kira-kira pukul 5 petang.

Selepas bot terbalik, katanya mereka berjaya membalikkan semula bot berkenaan dan menimba air keluar sebelum menaiki semula bot, bagaimanapun enjin bot tidak boleh dihidupkan sementara sebuah lagi enjin gantian yang dibawa telah tenggelam menyebabkan bot mereka hanyut dibawa arus laut.

Menurut Armella, pada hari kedua mereka terdampar di laut, mereka dapat melihat pesawat mencari dan penyelamat tetapi tidak nampak mereka dan pada malam harinya ada melihat kapal (mungkin kapal penyelamat) namun kapal berkenaan juga tidak melihat mereka meskipun mereka membakar jaket keselamatan sambil berteriak untuk menarik perhatian.

"Pada hari ketiga, kami dapat melihat dua buah bot nelayan lalu beriringan di kawasan perairan Kota Belud namun kedua-dua buah bot berkenaan tidak mengendahkan (mungkin tidak nampak kami) meskipun kami berteriak meminta tolong," katanya.

Armella berkata sepanjang berada di laut, dia mengalami sesak nafas sebanyak dua kali iaitu pada hari ketiga dan hari kelapan namun setiap kali mengalaminya dia akan mengucap (dua kalimah syahadah) tiga kali dan selepas itu dia merasakan kekuatan untuk terus hidup.

Bagaimanapun katanya pada hari kesembilan iaitu pada 10 Mei, mereka terserempak dengan bot nelayan Vietnam kira-kira 10 pagi dan nelayan berkenan menyelamatkan mereka serta memberikan mereka minum air dan makan bubur.

"Semasa melihat bot nelayan warga Vietnam berkenaan, saya cuma fikir mahu naik ke atas bot itu. Tidak kiralah sama ada orang di atas bot berkenaan orang baik atau orang jahat. Saya mahu selamat dahulu. Perkara lain saya akan fikirkan kemudian," katanya.

Armella berkata sepanjang tiga hari mereka berada di atas bot nelayan Vietnam berkenaan, sebelum mereka dipindahkan ke kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada 12 Mei, mereka dilayan dengan baik termasuk diberi pakaian dan makanan secukupnya.

Surat Anwar sahkan PKR retak menunggu belah - Aidit Ghazali

Posted: 18 May 2016 07:43 AM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Penganalisis politik Datuk Aidit Ghazali menyifatkan surat yang ditulis Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dari dalam penjara mencerminkan parti itu kini di ambang perpecahan.
 
Surat tujuh muka surat itu pada Aidit jelas membayangkan keresahan dan kekecewaan Anwar terhadap segelintir pemimpin PKR yang terlalu mengagungkan Deklarasi Rakyat, cetusan bekas majikannya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
"Surat ini menggambarkan perkara yang lebih besar daripada Anwar Ibrahim atau Tun Mahathir Mohamad, isu ianya adalah PKR sudah berpecah. Retak nak menunggu belah sahaja. 
 
"Ini adalah perkara yang kita jelas dapat lihat bahawa (Datuk Seri) Azmin Ali satu pihak, (Datuk Seri) Dr. Wan Azizah satu pihak dan mungkin ada pihak ketiga yang setakat ini diam sahaja tunggu masa untuk kedua-dua pihak ini bertelagah dan hancur barulah mereka akan timbul," katanya kepada Antarapos.
 
Anwar sebelum ini mempersoalkan hala tuju Deklarasi Rakyat yang padanya tidak melibatkan rakyat secara terus. 
 
Ujarnya deklarasi itu tidak akan kemana jika tidak memperjuangkan suara rakyat.
 
Anwar kemudiannya mengingatkan betapa kemungkinan pimpinan PKR dimanipulasi Mahathir dan bekas Menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin yang terdesak mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, melalui deklarasi itu.
 
Namun mesej yang cuba disampaikan Anwar tidak diendahkan segelintir pimpinan PKR dan mereka  terus 'bersama' dengan deklarasi tersebut.
 
Mengulas lanjut, Aidit berkata, surat nukilan Anwar itu mungkin mampu merapatkan saf kepimpinan PKR tetapi luahan perasaan berkenaan juga mempercepatkan pecah belah dalam kalangan pemimpin parti itu.
 
"Anwar Ibrahim masa tulis surat ini mungkin dia sedar atau tidak, ia sebenarnya bukan bawa kepada kesedaran orang PKR berwaspada terhadap Mahathir, tetapi apa yang dia telah mulakan ialah mempercepatkan kehancuran PKR.
 
"Ibarat api dalam sekam tiba-tiba ditiupkan angin dan sebenarnya implikasi besarnya ialah permulaan kepada perpecahan PKR," ujarnya.
 
Awal Mac lalu, Mahathir dan pembangkang menandatangani Deklarasi Rakyat bagi menuntut perdana menteri berundur.  
 
Turut sama menandatanganinya termasuklah bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.
 
 

Pengarah Imigresen berkuasa halang individu keluar negara - Nur Jazlan

Posted: 18 May 2016 07:40 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic



KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Imigresen berkuasa menghalang mana-mana individu yang dikesan menjejaskan nama baik kerajaan daripada pergi ke luar negara, ujar Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Ditemui pemberita, beliau juga memaklumkan kebenaran untuk keluar negara itu merupakan keistimewaan dan bukan hak bagi seseorang inidividu.

Beliau berkata demikian mengulas larangan ke luar negara ke atas Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah untuk ke Korea Selatan, Ahad lalu.

Maria dilaporkan mahu ke Korea untuk menerima anugerah hak asasi manusia, Anugerah Gwangju.

"Kuasa untuk membenarkan orang keluar masuk dalam negara bawah pengarah imigresen dan dia juga yang keluarkan pasport. Ia keistimewaan dan bukan hak," tegas Nurjazlan kepada pemberita di Dewan Rakyat pagi tadi.

"Senarai (dilarang) memang ada. Jadi kalau isu macam (Pengerusi BERSIH) Maria Chin, dia patut periksa dengan Jabatan Imigresen sama ada masih dibenarkan ke luar negara atau tidak," ujarnya lagi.

Jabatan Imigresen menguatkuasakan peraturan larangan itu sejak beberapa bulan lalu dalam usaha melindungi imej negara, sebagaimana disahkan oleh Pengarahnya, Datuk Sakib Kusmi.

Ujar Sakib kerajaan mempunyai budi bicara dalam mengeluarkan, menangguh atau membatalkan pasport seseorang.

Bagaimanapun mana-mana individu yang disekat ke luar negara boleh merayu di mahkamah kerana mempunyai hak untuk melakukan sedemikian.

Selain individu yang memburukkan nama negara, mereka yang muflis, mempunyai kes undang-undang atau belum membayar pinjaman kerajaan adalah antara golongan yang dilarang meninggalkan negara, ujarnya lagi



Laporan Audit 1MDB hanya boleh didedah selepas tidak lagi dibawah OSA

Posted: 18 May 2016 07:40 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Laporan audit berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hanya boleh didedahkan kepada umum selepas Kabinet menetapkan dokumen itu tidak lagi diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Ariffin.
 
"Ada perbezaannya. Laporan Audit (hari ini) adalah keperluan dalam perlembagaan. Ketua Audit akan laporkannya kepada Parlimen. 
 
"Berbanding laporan audit berkenaan 1MDB, kabinet yang akan putuskan. Kabinet minta Jabatan Audit membuat laporan audit dan dibentang kepada PAC dan berdasarkan kepada laporan audit, kita rumuskan dan bentang kepada Parlimen. 
 
"Soal sama ada bila (tidak tertakluk) OSA, itu terpulang kepada kerajaan untuk tentukan," ujarnya di sidang media Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara Siri 1 Tahun 2015, tengah hari tadi.
 
Sebelum ini Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada sidang Dewan Rakyat yang lalu memberitahu Laporan Ketua Audit Negara berkenaan 1MDB tidak boleh dibahaskan kerana masih diklasifikasi di bawah OSA.
 
Sekiranya ia tetap dibahaskan di Dewan Rakyat, ia mungkin melanggar undang-undang dan boleh dikenakan tindakan.
 
Laporan Akhir PAC mengenai 1MDB itu tidak disenangi oleh pembangkang sebelum ini menyifatkan ia tidak lengkap kerana tidak memuatkan laporan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.
 
Hasan yang mempengerusikan Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara Siri 1 Tahun 2015 pada hari ini turut memaklumkan sebanyak tiga agensi dan jabatan kerajaan akan dipanggil untuk prosiding PAC.
 
Ia adalah Agensi Pengurusan Bencana Negara bagi pengurusan pembinaan dan pembaikan rumah mangsa banjir; Jabatan Air Negeri Sabah bagi Program bekalan Air Luar Bandar di Sabah dan Jabatan Imigresen Malaysia bagi pelaksanaan Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs).
 
Hasan menyifatkan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara itu sebagai perkara baik yang mana ia dibentangkan lebih awal daripada pembentangan bajet negara.
 
Laporan tersebut menyebut bahawa hasil kerajaan persekutuan pada 2015 berjumlah RM219,088 juta berbanding RM220,625 pada 2014.
 
Manakala perbelanjaan mengurus dan pembangunan pula adalah RM216,997 juta dan RM40,767 juta berbanding RM219,589 juta dan RM39,503 juta pada 2014.
 
 

Individu bawa keluar surat Anwar dari penjara boleh dihukum - Nur Jazlan

Posted: 18 May 2016 07:35 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Individu yang membawa keluar surat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara boleh dikenakan hukuman, tegas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
 
Tindakan itu secara jelas melanggar Akta Penjara sekiranya ia tidak mendapat keizinan pengurusan penjara terlebih dahulu, jelas Nur Jazlan.
 
"Itu kesalahan di dalam Akta Penjara, sebab seseorang tidak boleh membawa keluar atau masuk apa-apa yang tidak dibenarkan oleh Jabatan Penjara.
 
"Kebiasaannya pesalah tidak dibenarkan didatangi pelawat, atau dibolehkan menerusi jadual. 
 
"Tetapi Anwar diberikan pelbagai layanan yang istimewa, termasuk dilawati oleh peguam, mungkin melalui lawatan itulah surat (Anwar) diedarkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Dewan Rakyat, pagi tadi.
 
Nur Jazlan berkata demikian mengulas penyebaran surat daripada Anwar yang ditulis dan ditandatangani Ketua Umum PKR itu ketika berada di dalam penjara.
 
Surat yang mengandungi tujuh halaman itu meluahkan rasa kesal Anwar terhadap penglibatan PKR dan beberapa pemimpinnya yang bersekongkol dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta pembangkang yang lain untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak menerusi Deklarasi Rakyat.
 
Surat itu dibacakan dalam Mesyuarat Biro Politik PKR, kelmarin.
 
Menerusi surat itu Anwar mendapati penglibatan PKR dalam gerakan itu gagal mencapai hasil yang diharapkan, meskipun beliau pada mulanya menyokong deklarasi itu.
 
Ujar Anwar deklarasi berkenaan tidak melibatkan rakyat secara terus dan tidak membawa suara golongan bawahan yang kini dibelit kesusahan hidup.
 
Malah deklarasi yang ditunjangi bekas majikannya itu hanya fokus untuk menjatuhkan Najib, yang padanya tidak akan mengubah sistem pentadbiran sedia ada. 
 
Anwar juga menulis kekecewaannya bahawa kepimpinan PKR kini begitu rapuh dan beliau kesal pujuk rayunya dari dalam penjara tidak lagi berkesan dalam mengukuhkan PKR seterusnya memantapkan hubungan dalam pakatan pembangkang.

Azmin pertahan kerjasama dalam Deklarasi Rakyat

Posted: 18 May 2016 07:28 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SABAK BERNAM: Walaupun ditegur Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempertahankan penyertaannya dalam Deklarasi Rakyat yang diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebelum ini. 
 
Tegas Azmin, Deklarasi Rakyat yang turut disertai kepimpinan utama DAP dan Parti Amanah Negara itu (PAN) itu juga sudah dimasukkan dalam agenda reformasi yang sering dilaungkan PKR. 
 
"Keputusan untuk sertai Deklarasi Rakyat ini dibuat bersama semua parti dalam Pakatan Harapan dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO). 
 
"Kami bukan mahu menggulingkan (Datuk Seri) Najib atau memperkuatkan Umno, sebaliknya untuk menarik rakyat dekat dengan pembangkang dan buktinya ia sudah berjaya dapat lebih sejuta sokongan," katanya dipetik Berita Harian Online.
 
Anwar dalam sepucuk surat beberapa hari lalu, melahirkan rasa kesal dengan penglibatan PKR dan beberapa pemimpinnya yang menyertai gerakan Dr Mahathir serta pembangkang lain untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.
 
Dalam surat tujuh halaman itu, Anwar turut menyifatkan fokus perjuangan parti sudah tersasar apabila segelintir pimpinan PKR kini terlalu mendokong deklarasi berkenaan, yang mungkin boleh dimanipulasi oleh veteran politik seperti Dr Mahathir dan bekas Menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin.
 
Walau bagaimanapun, Azmin yang juga Menteri Besar Selangor tetap bersetuju agar pemimpin pembangkang sentiasa berwaspada dengan Dr Mahathir sebagaimana saranan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
 
"Ini masalah dalaman parti, tidak perlu dihebahkan," katanya. 


Prihatinkah pimpinan PKR akan keresahan Anwar?

Posted: 18 May 2016 07:22 AM PDT

Oleh Abdul Rahman Malik
Post Pic
 
 
[ULASAN] "Saya lebih cenderung memilih tidak dilihat berpadu dengan kelompok Deklarasi Rakyat (DR), yakni dengan mula menetapkan jarak," tulis Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Sebaliknya, pesan Anwar, pimpinan PKR perlu memperhebat dan memesatkan kempen menjana perubahan, menjadi pembela rakyat yang tertekan akibat kecelaruan dan salah urus ekonomi negara.
 
Bekas Ketua Pembangkang itu berkata, pendirian itu adalah selaras dengan dasar dan gagasan PKR selama ini. 
 
"Kelompok DR, termasuk Tun Mahathir mungkin saja menyertai program tersebut tetapi perlu ketara agenda perubahan dan bukan DR," tegasnya dalam warkah khas kepada pimpinan PKR.
 
Dalam segala keterbatasan hukuman penjara, Anwar berusaha menyedarkan PKR betapa bahayanya gerakan Deklarasi Rakyat tajaan Mahathir kepada perjuangan PKR.  
 
Lantas sasaran Anwar ialah mengingatkan betapa kemungkinan pimpinan PKR dimanipulasi oleh veteran politik seperti Mahathir dan bekas Menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin.
 
"Namun kegusaran saya adalah justeru perkembangan kini meletakkan kita di persimpangan jalan. Soal cita-cita murni, idealisme bukan lagi persoalan asasi tetapi pencak politik untuk berkuasa," tegas Anwar. 
 
Mantan Timbalan Perdana Menteri itu jelas khuatir bahawa ada di kalangan pimpinan PKR kini terkesima dengan kemilau 'palsu' yang diunjurkan oleh Deklarasi Rakyat yang menghimpun penentang Umno-BN dan Tun Mahathir. 
 
Beliau "tidak dapat mengelak daripada merasa terkejut dengan pandangan cetek yang melihat dengan kejatuhan Najib cukup untuk membawa perubahan ke arah demokrasi yang beramanah atau democratic accountability."
 
Anwar gundah dengan fokus dan sikap yang ditunjukkan oleh beberapa personaliti dalam pimpinan PKR.  Malah, ada Naib Presiden PKR sendiri cuba menafikan Anwar akan membuat teguran melalui warkahnya itu.
 
Mungkin perkembangan mutakhir dalam PKR membayangi keresahan Anwar. 
 
Azmin membelakangkan parti, serlah perbalahan dalam PKR
 
Perbalahan dalam PKR dilihat semakin ketara. Beberapa tindakan Timbalan Presiden, Datuk Seri Azmin Ali kelihatan 'menggerhanakan' kepimpinan presiden. 
 
Azmin dilihat membelakangi Presiden dan Biro Politik parti dalam membuat keputusan meletakkan calon PKR menentang DAP dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak awal Mei lalu. 
 
Azmin dikatakan menulis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya mengesahkan bahawa Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian telah 'diperturunkan kuasa' untuk mengeluarkan watikah melantik calon-calon PKR.
 
Tindakan itu mengabsahkan kuasa Baru Bian untuk melantik calon PKR bertanding di Mulu, Mambong, Simanggang, Ngemah, Murum, dan Batu Kitang. 
 
Walhal Azmin diutus oleh presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, menyelesaikan tuntutan akar umbi mahu calon PKR bertanding kerusi berkenaan dan mengelakkan pertembungan menentang calon-calon DAP.
 
Azmin dikatakan membuat keputusan secara unilateral. Tindakannya itu menjadi punca PKR dan DAP kalah keenam-enam kerusi berkenaan kepada BN. 
 
Azmin juga dikatakan mengambil inisiatif sendiri mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin kanan PAS supaya mengizinkan PKR bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar. 
 
Meskipun PAS tidak bersetuju, tindakan Azmin yang cuba 'menutup kelemahannya' dalam PRN Sarawak itu melanggar protokol parti kerana tidak merujuk Biro Politik yang dipengerusikan presiden. 
 
Anwar punca perpecahan PR?
 
Di samping itu, penyokong-penyokong Azmin juga secara terbuka menyebarkan pandangan bahawa punca terkuburnya Pakatan Rakyat ialah cara kepimpinan Ketua Umum PKR sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
 
Tulisan Pegawai Dasar Sosial & Kebudayaan Pejabat Dato Menteri Besar Selangor, Hasmi Hashim yang mendakwa Anwar punca perpecahan Pakatan Rakyat kini menjadi viral dalam laman sosial. 
 
Hasmi menulis bahawa selain Umno-BN yang mahu melihat Pakatan Rakyat terkubur, ada anasir dalam Pakatan yang 'cemburu' pada Azmin sebagai menteri besar juga berkomplot membunuh kerjasama politik pembangkang itu. 
 
Hasmi menulis: "...paling mustahak apabila 'Langkah Kajang' jadi langkah paling sumbang dalam sejarah politik sejak 20 tahun lalu. Langkah Kajang juga melanggar segala prinsip demokrasi. Undi rakyat dipersenda untuk tujuan politik peribadi. 
 
"Tanpa Langkah Kajang, mungkin Pakatan Rakyat boleh lagi diselamatkan. Kebetulan sahaja Presiden Pas, Hadi Awang sudah dingin hubungannya dengan Anwar Ibrahim sejak sebelum PRU."
 
Anehnya, Azmin tidak boleh menegur atau menjarakkan diri daripada tulisan pegawainya itu apabila pendirian politik Anwar dikritik. 
 
"Anwar pula sejak sebelum PRU 2013 telah dilihat berpihak lebih-lebih kepada DAP. Itu memang gaya politik Anwar. Dia mahu lebih daripada satu kekuatan.
 
"Itu bukan perasaan Hadi sahaja, malah di dalam Keadilan sendiri merasakan perkara sama. Tidak dapat difahami, apa perlu Anwar begitu terlalu bergantung harap kepada DAP—waima lebih daripada partinya sendiri, iaitu Keadilan? 
 
"Culaan undi Cina sudah capai 80 peratus menyokong Pakatan Rakyat. Begitu juga dengan undi India. Kedua parti yang menjadi lubok kepada orang Cina dan India selama ini iaitu MCA dan MIC sudah lumpuh. Apa hendak dibimbangkan?
 
"Sayang sekali, sekali lagi, Anwar serahkan sokongan Cina kepada DAP. Kerusi yang dilihat punya pengundi Cina lebih 35-40 peratus diserahkan kepada DAP. Tidak ditandingi oleh Keadilan. Sedangkan, Keadilan punya potensi menjadi parti berbilang kaum yang jauh lebih baik," tulis pegawai Azmin itu.
 
Azmin juga dikatakan cuba mengumpul dana untuk 'membeli pengaruh' dalam parti dan memperkenalkan pelbagai skim 'kabur' seperti Darul Ehsan Investment Group (DEIG) untuk menghadapi pemilihan dalam PKR yang kini ditangguhkan sehingga selepas Pilihan Raya Umum ke-14.
 
Warkah teguran Anwar buat PKR
 
Meskipun Anwar amat berhati-hati dalam tegurannya melalui warkahnya itu, beliau tidak dapat tidak terpaksa berterus terang bahawa ada semacam tidak kena dalam saf pimpinan PKR sekarang.
 
"Kehampaan saya berikutnya justeru kelemahan lantas kegagalan menghimpun saf kepimpinan yang padu. Keupayaan dan peranan sebagai pengikat pimpinan dan kelompok juga kian terhakis. 
 
"Maka kedengaran keluhan berunsur tuduhan bahawa saya turut memihak dan terkait dengan beberapa krisis sebelumnya. 
 
"Saya cuba lakukan sebaiknya tetapi kudrat terbatas. Perseteruan sudah melampaui batas etika hingga kelihatan lebih lunak berurusan dengan musuh politik ketimbang teman seperjuangan.
 
"Pelbagai ikhtiar, pujuk rayu dari saya tidak lagi mengesankan. Pandangan dan ulasan dari rakan-rakan sebegitu penuh dengan prasangka, dan sekilas mata dapat menyelami kelompok yang diwakili. Persoalan nilai, akhlak, bahaya fitnah wajib dihindari. Maka keupayaan saya terbantut di sini," keluh Anwar.
 
Yang wajar diperhatikan apakah natijah warkah Anwar. Mampukah ia menyedar dan mempertaut kembali perpaduan dalam PKR? Atau, ini akan lebih menjarakkan lagi keretakan yang sedia ada?
 
 

Ku Li Ragui Dr Mahathir Yang 'Masih Berpengaruh' Beri Kesan Kepada Umno

Posted: 18 May 2016 07:19 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Tengku Razaleigh Hamzah
 
 
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad masih berpengaruh di kalangan akar umbi Umno, kata pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata Dr Mahathir sendiri masih lagi seorang yang berpengaruh 'kerana beliau sudah lama berada dalam bidang ini dan sebenarnya selain daripada apa yang telah dilakukan semasa kepimpinannya, beliau adalah orang yang berpengaruh'.

"Orang tahu siapa beliau dan apa yang telah dilakukan. Mereka tahu apa yang berlaku semasa pemerintahan beliau dan semua yang lain lagi. Kita tidak boleh menafikannya," kata Razaleigh atau Ku Li, kepada pemberita di lobi Parlimen.

Ku Li berkata beliau terkejut apabila bekas perdana menteri itu sedang bekerjasama dengan pihak pembangkang untuk melihat Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

"Saya tidak boleh menilai keadaan atau memberi cadangan saya, ia adalah sukar," kata Ahli Parlimen Gua Musang ini.

Razaleigh berkata, beliau ragu-ragu dengan pendirian Dr Mahathir terhadap BN yang akan menjejaskan Umno.

"Beliau bukan lagi ahli Umno dan telah meluahkan perasaannya bahawa tiada gunanya berada dalam parti itu (Umno) kerana beliau menganggap ia adalah 'one man's party'. Itu yang beliau rasakan.

"Kita tahu apa objektifnya. Jadi, beliau akan cuba untuk membentangkan dan mempromosikan objektifnya supaya ia tercapai. Beliau akan melakukan yang terbaik," katanya.
 
 

Tiada Lagi Rundingan, PAS Akan Bertanding - Hadi Awang

Posted: 18 May 2016 07:17 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Abdul Hadi Awang.
 
 
KUALA LUMPUR: PAS menegaskan tiada lagi rundingan dengan parti pembangkang lain dan akan tetap dengan keputusan untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan datang.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu telah mengenal pasti calon-calon untuk kedua-dua kerusi Parlimen tersebut.

"Rundingan telah berakhir. PAS telah membuat keputusan untuk bertanding," katanya.

Ditanya sama ada beliau telah bertemu dengan Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali berhubung PRK itu, beliau berkata 'tidak'.

Apabila diminta mengulas sama ada PKR berpuas hati dengan hasil rundingan tersebut beliau berkata "tanya PKR sama ada mereka berpuas hati atau tidak".

Beliau berkata PAS akan menurunkan calon anak tempatan dengan menegaskan parti itu pernah menang majoriti 1,000 undi sebelum ini.

PAS dikatakan berunding dengan PKR untuk mengelak berlaku pertembungan tiga penjuru dengan Barisan Nasional di dua pilihan raya kecil itu yang berlangsung serentak pada 18 Jun ini.

Teo, Warga Emas Tertua Jadi Rakyat Malaysia

Posted: 18 May 2016 07:14 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Teo Kim Len.
 
 
PUTRAJAYA: Pada usia 107 tahun, Teo Kim Len merupakan individu tertua yang diiktiraf sebagai rakyat Malaysia.

Warga emas itu menerima kad pengenalannya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tiga minggu sebelum dia menyambut hari lahir ke-108 pada 9 Jun ini.

"Saya tidak dapat tidur dengan nyenyak... saya amat gembira," katanya yang bertutur dalam bahasa Hokkien ketika ditemui di pejabat JPN pada Selasa.

Dengan MyKad, Teo kini akan dapat memenuhi hasratnya untuk menjejak kaki ke China buat pertama kalinya selama lebih 60 tahun untuk melawat saudara-mara dan rakan-rakannya.

"Saya masih mempunyai seorang abang dan seorang anak perempuan tinggal di China. Saya tidak pernah berjumpa mereka selama lebih 50 tahun," kata Teo kepada Sin Chew Daily.

Dilahirkan di wilayah Fujian, China, Teo melalui kehidupan yang sukar selepas kehilangan bapanya pada usia muda.

Dia melakukan kerja sambilan dan membantu ibunya menjual tauhu kering untuk menyara kehidupan adik-beradiknya yang lain.

Ketika berusia 46 tahun, Teo berhijrah ke Malaysia sebagai pekerja sambilan.

Dia membawa bersama dua anaknya, seorang daripadanya masih memegang status penduduk tetap.

Dalam laporan itu tidak menyebut mengenai suaminya.

Sejak beberapa dekad, permohonan Teo untuk menjadi rakyat Malaysia ditolak selama lima kali sehingga penantiannya itu berakhir pada Selasa.

Dia turut berharap agar anak lelakinya turut diterima sebagai rakyat Malaysia dalam masa terdekat.

Teo juga berkongsi rahsia kesihatannya dengan berkata dia amat menitikberatkan soal pemakanan dan hanya mengambil makanan yang terdiri daripada bijirin, roti dan mi beras perang.

Beliau ditemani menantu perempuannya, cucu dan juga Ketua Biro Pekhidmatan dan Pengaduan Awam Parti Gerakan, Lau Hoi Keong semasa hadir ke JPN.

Individu Cemuh Kerajaan Boleh Dilarang Keluar Negara

Posted: 18 May 2016 07:12 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
EKSKLUSIF  KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang menjejaskan nama baik atau mencemuh kerajaan dalam apa jua cara boleh dilarang keluar negara selama tiga tahun.

Mereka yang mencemuh kerajaan semasa berada di luar negara juga akan dilarang ke luar negara semula selama tiga tahun sebaik sahaja mereka pulang ke tanah air.

Sumber berkata Jabatan Imigresen telah menguatkuasakan peraturan ini sejak beberapa bulan lalu dalam usaha melindungi imej negara.

"Sesiapa yang cuba memburukkan kerajaan dalam apa jua cara tidak akan dibenar ke luar negara.

"Hanya Ketua Pengarah Jabatan Imigresen akan diberi kuasa untuk meneliti rayuan mereka," katanya sambil menambah jabatan itu akan bertindak apabila terdapat permintaan daripada agensi penguatkuasaan seperti polis.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Sakib Kusmi dalam satu emel kepada The Star mengesahkan kewujudan peruntukan tersebut sambil menambah bahawa pemilikan pasport antarabangsa Malaysia adalah satu keistimewaan dan bukan hak.

"Pasport antarabangsa Malaysia adalah dokumen perjalanan yang dikeluarkan kerajaan dibawah naungan Yang di-Pertuan Agong.

"Oleh itu, kerajaan mempunyai budi bicara untuk mengeluarkan, menangguhkan atau membatalkan dokumen perjalanan," katanya.

Sakib tidak menyertakan statistik jumlah rakyat Malaysia yang dihalang daripada meninggalkan negara atas kesalahan tersebut.

Namun difahamkan mereka yang muflis, mempunyai kes undang-undang atau belum membayar pinjaman kerajaan adalah antara golongan yang dilarang meninggalkan negara.

Ditanya sama ada rakyat Malaysia yang dihalang keluar negara boleh mencabar keputusan itu di mahkamah, Sakib berkata mereka ada hak untuk berbuat demikian.

Beliau berkata kerajaan pada awalnya membuat senarai kesalahan yang boleh menyebabkan rakyat Malaysia dilarang meninggalkan negara buat sementara waktu pada 1995.

Individu yang disabitkan melakukan jenayah di dalam negara atau luar negara, sengaja meroksakkan pasport atau berkunjung ke Israel tanpa kelulusan adalah antara kesalahan yang disenaraikan.

Mereka boleh dihalang daripada berlepas ke luar negara antara dua dan 10 tahun.

Di bawah peraturan baharu, sumber berkata, rakyat Malaysia yang ditahan dan dihantar pulang kerana tinggal lebih masa, melakukan jenayah atau bekerja tanpa permit yang sah di luar negara juga tidak dibenarkan ke luar negara semula selama dua tahun.

"Nama-nama pesalah akan dimasukkan dalam senarai hitam khas," katanya.

Sementara itu, sumber berkata rakyat Malaysia yang cuai dan menghilangkan pasport mereka sebanyak tiga kali dalam tempoh lima tahun tidak dibenarkan membuat pasport baharu sekurang-kurangnya selama dua tahun.

"Kecuaian bermakna kehilangan pasport jika kenderaan anda dicuri atau semasa berpindah rumah," katanya.

Mereka yang pasportnya rosak akibat kecuaian, sebagai contoh meninggalkan dokumen itu di dalam pakaian yang dimasukkan ke dalam mesin basuh juga akan dikenakan tindakan.

"Jika pasport anda rosak sebanyak dua kali, anda akan menerima amaran bertulis.

"Jika ia berlaku kali ketiga dalam tempoh lima tahun, anda juga tidak akan dibenarkan memohon semula pasport selama satu hingga dua tahun," katanya.

Tiada Lagi Pembantu Rumah Tinggal Bersama Majikan

Posted: 18 May 2016 07:09 AM PDT

Oleh: SIRA HABIBU
 
 
 
 
PETALING JAYA: Indonesia tidak lagi akan membenarkan golongan wanita dari negara itu untuk bekerja sebagai pembantu rumah tinggal bersama majikan di luar negara bermula tahun depan.

Negara itu mahu pembantu rumah diambil kerja sebagai pekerja formal dengan waktu kerja yang ditetapkan dan tidak lagi perlu tinggal di rumah majikan selain perlu diberi cuti rehat mingguan, kata Duta Besar Indonesia, Herman Prayitno.

"Kami mahu kontrak rasmi antara pembantu rumah dan majikan. Sama seperti kontrak disediakan untuk bekerja di syarikat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media bahawa Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Republik Indonesia sedang melaksanakan Pelan Hala Tuju Pekerja Pembantu Rumah dari negara itu pada tahun depan bagi melindungi kepentingan rakyatnya.

Laporan itu memetik kerajaan Indonesia sebagai berkata langkah itu dianggap sebagai penting untuk menghentikan penyalahgunaan terhadap pembantu rumah yang tidak menerima gaji minimum, cuti dan waktu kerja tetap.

Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa), Jeffrey Foo berkata Indonesia perlu meneliti cara untuk meningkatkan kemahiran pekerja bagi membolehkan pembantu rumah dari negara itu bekerja sebagai penjaga khusus atau pengasuh terlatih.

"Kemudian, mereka pasti akan dapat menarik bayaran gaji lumayan melebihi RM1,000," katanya.

Foo juga berkata peratusan pembantu rumah telah menurun dengan ketara sejak tujuh tahun lepas.

"Kami pernah mempunyai 300,000 pembantu rumah berdaftar kira-kira enam atau tujuh tahun lalu dan 80 peratus daripadanya adalah warga Indonesia.

"Kini jumlah pembantu rumah telah merosot sebanyak lebih kurang 200,000 dengan 50,000 adalah warga Indonesia," katanya.

PAS tak boleh menang Sg Besar, Kuala Kangsar tanpa undi bukan Melayu - DAP

Posted: 17 May 2016 06:15 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Veteran DAP Lim Kit Siang memberi peringatan kepada PAS, bahawa parti Islam itu tidak akan mampu mengulangi prestasi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ekoran penurunan sokongan oleh pengundi bukan Melayu.
 
Justeru ujar beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Gelang Patah ini, bahawa PAS boleh menang di kedua-dua pilihan raya kecil itu jika pertandingan satu lawan satu dengan Umno adalah tidak tepat.
 
"Ia tidak ditunjukkan oleh statistik pilihan raya. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tahu hal ini dan itulah sebab kenapa beliau katakan apa jua keputusan nanti, PAS tidak hilang apa-apa dengan bertanding dalam kedua-dua pilihan raya.
 
"Benar calon PAS tewas dengan majoriti kecil 399 undi di Sungai Besar dan 1,082 undi di Kuala Kangsar.
 
"Sungai Besar, yang dimenangi BN dengan 49.6 peratus daripada jumlah keseluruhan undi, adalah antara 16 kerusi paling marginal dimenangi oleh BN pada pilihan raya umum ke-13 dengan kurang 50 peratus keluar mengundi.
 
"Manakala Kuala Kangsar dimenangi dengan 50.4 peratus daripada jumlah undi keseluruhan undi adalah antara 30 kerusi marginal BN yang dimenangi dengan kurang 51 peratus daripada jumlah keseluruhan undi," kata Lim dalam satu kenyataan.
 
Tegas beliau lagi, PAS perlu mengambil kira majoriti tipis yang diperoleh parti itu adalah disebabkan sokongan yang diberikan atas platform Pakatan Rakyat (PRU13) dan bukan sekadar calon-calon mereka.
 
Malah katanya lagi, adalah lebih tepat jika PAS meninjau peluangnya semasa parti itu berdiri sendiri sebagai parti pembangkang semasa 2004 berbanding merujuk kepada angka-angka pada pilihanraya umum ke-13 dan ke-12.
 
"... Pilihanraya umum 2004 mencerminkan kekuatan sebenar PAS di Sungai Besar apabila ia mendapat 7,988 undi berbanding Umno dengan 15,337 undi - kalah dengan majoriti besar 7,349 undi atau PAS mendapat 33.1 peratus undi daripada jumlah keseluruhan undi," jelas Lim, sambil menambah trend yang sama turut berlaku di Kuala Kangsar.
 
Calon PAS di Kuala Kangsar, ujar Lim, menghampiri kejayaan pada pilihan raya umum ke-13 kerana beliau berdiri sebagai calon Pakatan Rakyat - dengan 13,136 undi berbanding Umno dengan 14,218 undi, atau 46.6 peratus daripada jumlah keseluruhan undi dalam pertandingan tiga penjuru itu.
 
Pada pilihan raya umum ke-12, calon PAS turut kalah dengan 1,458 undi apabila beliau mendapat 9,277 undi berbanding calon Umno sebanyak 10,735 undi.
 
 

BN tinjau calon paling sesuai untuk PRK: Najib

Posted: 17 May 2016 06:10 PM PDT

SINAR HARIAN


Post Pic
 
 
LONDON: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, Barisan Nasional (BN) sedang meninjau calon yang paling sesuai untuk pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar. 
 
"Kita dalam masa ini dalam proses tinjauan calon yang paling sesuai untuk ditengahkan," katanya kepada pemberita di sini. 
 
"Kita perlu teliti dari semua aspek supaya calon yang kita pilih nanti akan diterima bukan saja oleh parti tetapi juga oleh pengundi secara keseluruhannya," tambah beliau. 
 
Najib, yang juga Pengerusi BN dan Presiden UMNO, berkata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO, sedang membuat persiapan untuk menghadapi kedua-dua PRK. 
 
Pencalonan ditetapkan pada 5 Jun dan pengundian pada 18 Jun. 
 
Kerusi-kerusi berkenaan kosong berikutan kematian Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad pada nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lepas.
 
 

Isu jejai 'masuk rumah' Fasha serah peguam, polis

Posted: 17 May 2016 06:08 PM PDT

Fasha Sandha
Fasha Sandha
 

PELAKON popular Fasha Sandha menyerahkan kepada polis dan peguam mengenai dakwaan beliau diganggu bekas suami, Rizal Ashram Ramli atau Jejai.

Memetik laporan Harian Metro melaporkan bahawa Fasha bagaimanapun enggan mengulas panjang mengenai isu tersebut.

"Saya tidak mahu komen lanjut kerana kes ini sudah diserahkan kepada peguam dan polis," katanya ringkas.

Terdahulu, sebuah blog hiburan menyiarkan laporan polis yang telah dibuat Fasha.

Menurut laporan itu, Fasha membuat laporan polis terhadap bekas suaminya itu kerana tidak tahan dengan sikap Jejai yang sering memasuki kediaman dia tanpa kebenaran.

Malah, Jejai juga dikatakan mengawal pergaulan bekas isterinya itu sehingga bertindak memarahi serta menggugut rakan-rakan yang keluar bersama Fasha.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012, namun sekitar Januari, Fasha telah memohon penceraian di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas empat tahun bernikah.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha.


Taman Negara kian suram?

Posted: 17 May 2016 06:06 PM PDT

Taman Negara kian suram?
Menelusuri titian kanopi terpanjang di dunia masih menjadi daya tarikan utama pengunjung ke Taman Negara Kuala Tahan.
 

SEJAK berpuluh tahun dahulu, Jerantut terkenal sebagai daerah yang menjadi pintu masuk pelancong untuk ke Taman Negara Kuala Tahan.

Puluhan ribu pelancong dari dalam dan luar negara berkunjung ke Taman Negara Kuala Tahan, sepanjang tahun.

Secara tidak langsung, Taman Negara Kuala Tahan kini dianggap sebagai ikon yang memperkenalkan Jerantut tidak hanya kepada rakyat negara ini, malah di mata dunia.

Ada di antara pelancong dari negara luar yang dahagakan keindahan semula jadi flora dan fauna menjadikan Taman Negara Kuala Tahan sebagai lokasi pelancongan mereka setiap tahun.

Namun begitu, kebelakangan ini ada yang berpendapat Taman Negara Kuala Tahan dilihat semakin suram berikutan kedatangan pelancong dari luar negara yang dikatakan semakin berkurangan dan ia menjadi tanda tanya pelbagai pihak.

Justeru, Sinar Harian cuba mengupas sejauh mana Taman Negara Kuala Tahan dapat terus menarik kedatangan pelancong dalam dan luar negara sekali gus dikekalkan sebagai ikon Jerantut.

Perlu utamakan aktiviti

Bagi individu yang berpengalaman lebih 30 tahun sebagai pemandu pelancong di Taman Negara Kuala Tahan, sudah pasti pelbagai perubahan dilihat saban tahun.

Menurut Hamzah Abdul Hamid, 64, dia memulakan kerjayanya sebagai pemandu pelancong di taman negara itu sejak 1986.

Dari sudut pandangan mata kasarnya, dia mengakui kehadiran pelancong semakin berkurangan terutama dari luar negara meskipun kini lebih banyak kemudahan disediakan untuk memudahkan pelancong datang ke situ.

"Dulu, kalau nak datang sini boleh ambil masa sampai sehari sebab waktu tu satu-satunya laluan ialah sungai.

"Tapi sekarang, pelancong dari Kuala Lumpur boleh sampai ke sini dalam masa tiga hingga empat jam sahaja dengan menggunakan laluan disediakan dengan keadaan jalan yang lebih selesa," katanya.

Menurutnya, dia tidak menolak kemungkinan kekurangan kedatangan pelancong berpunca daripada kekurangan aktiviti baharu yang boleh dijalankan di Taman Negara Kuala Tahan.

Selain itu katanya, pelancong tidak akan datang kali kedua untuk melakukan aktiviti sama justeru dia berharap agar pihak berwajib memperbanyakkan aktiviti yang boleh dilakukan pelancong.

"Bagi pelancong yang hanya mahukan percutian singkat, dahulu mereka boleh ke Gua Telinga. Tetapi saya difahamkan Gua Telinga kini telah ditutup atas faktor keselamatan," katanya.

Dalam pada itu, Hamzah turut mempersoalkan tentang titian kanopi yang menjadi daya tarikan utama pelancong ke taman negara itu di mana titian berkenaan yang sepatutnya sepanjang lebih 600 meter kini hanya dibuka untuk fasa pertama sahaja iaitu sepanjang 300 meter sedangkan ia sudah dibaik pulih sejak kira-kira setahun lalu.

Manakala, bagi seorang lagi pemandu pelancong yang berpengalaman lebih 20 tahun di Taman Negara Kuala Tahan, Ramlan Mat Amin, 42, berkata, suasana di taman negara itu tidak sesuram seperti didakwa.

Dia mula menjadi pemandu pelancong yang diberikan lesen sah sekitar 1996 berkata, sehingga kini terdapat 100 pemandu pelancong sah di taman negara itu dengan 60 daripadanya adalah pemandu pelancong sepenuh masa.

"Sebelum ini, hanya Jabatan Perhilitan yang boleh menjadi pemandu pelancong secara sah. Tetapi, selepas taman negara ini semakin mendapat sambutan, penduduk setempat yang menjadi pemandu pelancong juga diberikan lesen yang sah.

Berdasarkan statistik diperolehnya, bagi tahun ini sahaja iaitu sejak Januari sehingga kini, lebih 20,000 pelancong dari dalam dan luar negara telah dicatatkan berkunjung ke situ.

Menurutnya, promosi memperkenalkan taman negara itu kepada masyarakat luar sudah mencukupi memandangkan kini kebanyakan resort utama seperti Mutiara Resort telah menerima tempahan penuh sejak tahun lalu.

"Ini antara jasa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang mencadangkan Taman Negara diswastakan sekitar 1984 di mana resort besar seperti Resort Mutiara mula mengambil alih pengurusan seperti penginapan, pemandu bot, pemandu pelancong dan lain-lain lagi di mana ia kemudian menjadi ikutan penduduk setempat yang membuka chalet dan rumah inap desa sendiri di kawasan sekitar," katanya.

Ramlan berkata, kedatangan pelancong semakin meningkat meskipun berlaku bencana banjir mahupun fenomena El Nino.

Namun begitu, dia bersetuju dengan Hamzah agar lebih banyak aktiviti diadakan di sekitar kawasan utama Taman Negara Kuala Tahan.

"Sebelum 1997 dahulu, setiap Julai akan dianjurkan satu festival yang dinamakan July Festival di mana pelbagai acara menarik diadakan untuk menarik kedatangan pelancong ke Taman Negara Kuala Tahan.

"Antara acara menarik yang diadakan termasuk pesta air seperti pertandingan menghias bot dan panjat tiang licin, acara bersama masyarakat Orang Asli seperti menyumpit, bersewang, pertandingan lumba burung dan lain-lain lagi.

"Ia terhenti kerana kekurangan bajet justeru kami berharap agar ia dapat diwujudkan semula suatu hari nanti," katanya.

Kekal jadi ikon daerah

Bagi masyarakat Jerantut, adalah rugi jika mereka tidak pernah ke Taman Negara Kuala Tahan walaupun sekali.

Abdul Adzim Firdaus Saaruni, 15, berkata, sudah banyak kali dia ke taman negara itu terutama pada musim cuti sekolah.

"Taman Negara Kuala Tahan masih seronok untuk dikunjungi dan kalau boleh saya hendak ke sana lagi. Walaupun dah banyak kali ke sana, saya tak pernah bosan untuk meneroka kawasan itu," katanya.

Dia turut berbangga menjadi anak Jerantut kerana daerah itu semakin dikenali masyarakat luar dengan kewujudan Taman Negara Kuala Tahan.

Seorang lagi penduduk Jerantut, Mohd Hafiz Zulkifli, 24, pula berkata, sejak berusia lima tahun dia telah dibawa menaiki titian kanopi dan pengalaman itu tidak dapat dilupakan sehingga kini.

Malah katanya, masyarakat Jerantut sudah tidak pelik melihat pelancong asing yang berkeliaran di kawasan Jerantut kerana tahu mereka datang untuk ke Taman Negara.

"Saya harap Taman Negara Kuala Tahan akan terus menjadi ikon daerah ini sekaligus tumpuan pelancong luar negara ke sini. Saya juga berharap agar keindahan taman negara ini dapat terus dikekalkan untuk generasi akan datang," katanya.

Kurang dipromosi: Ahli Parlimen

Kurang promosi terutama melalui media massa dan iklan yang dimuatkan di papan iklan lebuh raya utama negara boleh menjadi salah satu faktor yang akan mengurangkan kedatangan pelancong ke Taman Negara Kuala Tahan.

Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris berkata, beliau turut mengakui kekurangan promosi di peringkat antarabangsa juga faktor yang akan mengurangkan kedatangan pelancong luar negara ke Taman Negara, Kuala Tahan.

Menurutnya, beliau juga menyaksikan sendiri, selain papan tanda besar yang diletakkan di simpang utama ke bandar Jerantut, jarang sekali dapat dilihat papan tanda yang mempromosikan Taman  Negara Kuala Tahan di lebuh raya utama.

"Jika kita melalui lebuh raya utama, memang susah nak nampak iklan mempromosikan Taman Negara Kuala Tahan. Kalau ada pun mungkin satu atau dua, tapi saya lihat  masih kurang promosi dari sudut itu.

"Saya juga melihat tarikan pelancongan ini kurang dipromosikan di peringkat antarabangsa. Saya pernah hadir ke salah satu program di luar negara yang mempromosikan pelancongan di Malaysia, namun saya lihat, Taman Negara Kuala Tahan tidak terlalu diketengahkan.

"Apabila ditanya mengapa, mereka menjawab bahawa taman negara itu sudah terkenal, jadi sudah tidak perlu diperkenalkan lagi," katanya.


'Lain-lain parti nak tanding silakan...'

Posted: 17 May 2016 06:03 PM PDT

Mohamad Sabu
Mohamad Sabu
 
 
SUNGAI BESAR – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menafikan kononnya beliau dipilih Pakatan Harapan sebagai calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Mohamad Sabu atau lebih mesra disapa 'Mat Sabu' berkata, tidak timbul soal siapa yang menjadi calon Pakatan Harapan termasuk yang mengaitkannya untuk bertanding di kerusi itu hingga keputusan mengenainya diputuskan Majlis Presiden Pakatan Harapan.

"Majlis Presiden (Pakatan Harapan) akan bermesyuarat bagi menentukan calon yang akan bertanding pada dua PRK ini (Sungai Besar dan Kuala Kangsar) dalam tempoh seminggu dari sekarang," katanya kepada Sinar Harian pada Mesra Bersama Pemimpin Sempena PRK Sungai Besar di Dewan Seri Bernam, di sini.

Ditanya tentang kononnya Amanah akan bertanding di Parlimen sementara Pas di Dun terutama di Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Mat Sabu berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan parti itu dengan Pas.

"Setakat ini kami tak ada perbincangan dengan Pas tentang perkara ini sebab mereka bukan gabungan Pakatan Harapan," katanya.

Terdahulu Mat Sabu dalam ucapannya membayangkan Pakatan Harapan bakal bertanding di dua kerusi Parlimen dalam PRK 18 Jun depan sambil menegaskan parti itu bersedia berdepan pertandingan tiga atau lebih penjuru sekiranya parti selain BN memutuskan untuk bertanding di kerusi berkenaan.

"Lain-lain parti yang nak bertanding silakan...bukan hak kita nak halang mereka, bertandinglah. Kita pernah bertanding 15 penjuru di bawah Pakatan Rakyat lawan calon-calon lain di Dun Bukit Selambau, Kedah.

"Tapi, rakyat tahu pilih, mereka (pengundi) pilih Pakatan Rakyat. Bertandinglah, tujuh atau lapan penjuru sekali pun, saya yakin orang Umno, Ahli Pas, PKR, Amanah dan DAP semuanya sekali akan buat perubahan bagi memenangkan calon daripada Pakatan Harapan," katanya.

Bajet dipotong, aktiviti Suhakam hanya di Lembah Klang

Posted: 17 May 2016 05:57 PM PDT

MALAYSIAKINI




Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) terpaksa mengehadkan aktivitinya di Lembah Klang sahaja susulan potongan belanjawan daripada RM13 kepada RM5.5 juta sahaja.

Malah, aktivitinya yang memerlukan bajet besar juga ditangguhkan dan suruhanjaya itu hanya akan menghadiri program luar negara yang benar-benar penting atau yang ditanggung penganjur.

"Bagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan mendesak, pihak Suhakam bolehlah mengemukakan permohonan bagi mendapatkan peruntukan tambahan selepas Jun 2016," kata Datuk Paul Low.

Low berkata, Suhakam mengambil langkah itu bagi menghadapi kekawangan kewangan terbarunya itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata demikian dalam jawapan bertulis di parlimen terhadap soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh).

Kok bertanya kenapa peruntukan Suhakam dipotong secara drastik. Beliau juga mahu mahu apa program Suhakam pada tahun ini dengan bajet yang "begitu kurang".

Sementara itu, Low juga menjelaskan, pemotongan itu sebahagian langkah kalibrasi semula perbelanjaan awam secara berhemat untuk mengawal aliran tunai semua badan kerajaan, khususnya dalam peruntukan mengutus.

Suhakam, dalam pendirian hak asasinya, selalu berbeza pandangan dan bersifat kritikal terhadap kerajaan.

Badan itu juga sering menjadi tempat pengaduan pembangkang dan kumpulan NGO

TV UK siar dakwaan rasuah Najib

Posted: 17 May 2016 05:53 PM PDT

MALAYSIAKINI




Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diraikan pada persidangan pelaburan berprestij di Sekretariat Komanwel di London, penyiar UK, Channel 4 mempersoalkan kehadiran pemimpin yang dikaitkan dengan sekurang-kurangnya tujuh siasatan antarabangsa berkaitan rasuah.

Najib menyampaikan ucaptama di Pameran Pelabur Malaysia-UK yang dianjurkan bersama oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan Majlis Perusahaan dan Pelaburan Komanwel.

LIHAT VIDEO DI SINI

Segmen berita Channel 4, yang mana wartawannya dihalang menemubual Najib semasa pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini selepas bertanya mengenai 1MDB, mengulangi dakwaan rasuah terhadap Najib dan mempersoalkan mengapa perdana menteri Malaysia itu perlu menjadi hos di bangunan Komanwel.

Menurut segmen berita itu, Channel 4 juga tidak dibenarkan masuk ke persidangan pelaburan itu walaupun membuat permintaan berulang kali kepada pihak penganjur.

Pada awal Mei lalu, seorang wartawan Channel 4 dan jurukameranya dihalang daripada membuat liputan terhadap Najib selepas pilihan raya Sarawak apabila mereka cuba untuk menanya Najib tentang jutaan ringgit dalam akaun peribadinya.

Tetapi pegawai-pegawai UK yang bercakap kepada wartawan Channel 4 seolah-olah bimbang dengan tuduhan terhadap Najib, dengan mengatakan bahawa hubungan yang sah dengan Malaysia perlu terus berjalan.

Mereka menegaskan siasatan rasuah ke atas 1MDB dan wang dalam akaun peribadi perdana menteri tidak menunjukkan ada kaitan dengan sebarang kesalahan.

Cubaan Channel 4 untuk menyoal Najib lebih lanjut juga gagal apabila perdana menteri berdiam diri ketika penyiar itu bertemu beliau di luar hotelnya.

Dalam mana-mana kes, laporan itu menyatakan bahawa Malaysia merupakan pelabur kedua terbesar dalam pasaran hartanah komersial di London selepas Amerika Syarikat, dengan pembangunan semula loji kuasa Battersea dengan kos melebihi AS $11 bilion.

Ironinya wartawan Channel 4 dalam segmen berita itu berkata, Najib menjadi hos di bangunan sama yang hanya seminggu lalu merupakan tapak persidangan anti-rasuah.

Najib menafikan semua dakwaan salah laku dalam isu-isu berkaitan 1MDB yang dibebani hutang dan jutaan ringgit yang masuk ke akaun peribadinya. Beliau juga dibersihkan daripada salah laku oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Ada juga tuduhan bahawa beberapa media asing merupakan sebahagian daripada konspirasi yang dimulakan oleh pihak tertentu untuk memburuk-burukkan Najib dan menjatuhkan beliau daripada kuasa.

Nazri umum peruntukan RM210,000 untuk 41 ranting PBB Pantai Damai

Posted: 17 May 2016 05:40 PM PDT

BERNAMA




Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan peruntukan RM210,000 untuk 41 ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebagai tanda terima kasih kepada pengundi kerana memberi kemenangan besar kepada calon Barisan Nasional (BN) Dr Abdul Rahman Junaidi.

Katanya, setiap ranting mendapat RM5,000, kecuali Ranting Bintawa akan mendapat RM10,000.
Beliau mengumumukan peruntukan berkenaan ketika berucap menghadiri majlis kesyukuran BN-PBB DUN Pantai Damai di Kuching malam tadi.

Mohamad Nazri berkata beliau sangat gembira kerana diberi peluang membantu kempen pilihan raya Abdul Rahman yang muncul sebagai calon yang memperoleh majoriti undi paling tinggi pada pilihan raya negeri pada 7 Mei lalu, iaitu 9,260 undi.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata beliau amat bersyukur kerana undi majoriti beliau meningkat sebanyak 4,189 berbanding 5,071 pada pilihan raya 2011.- Bernama


Pegawai kanan Perbadanan Putrajaya ditahan

Posted: 17 May 2016 05:33 PM PDT

Rasuah


SHAH ALAM - Seorang pegawai kanan dari Perbadanan Putrajaya ditahan bagi membantu siasatan kerana dipercayai meminta dan menerima suapan hampir RM13,000 sebagai balasan meluluskan sebut harga dari syarikat kontraktor.

Sumber berkata, pegawai berkenaan berusia lingkungan 40an ditahan di sebuah restoran kira-kira jam 9.30 malam, semalam.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Norazlan Mohd Razli ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan penangkapan  terbabit.

Beliau berkata, kes rasuah yang melibatkan perolehan perlu dicegah dan diambil perhatian sewajarnya kerana ianya boleh menyebabkan wujudnya ruang dan peluang permintaan rasuah oleh orang yang mempunyai kuasa.

"Perkara ini jika dibiarkan dikhuatiri akan memberikan tekanan kepada pihak pembekal dan kontraktor kerana mereka perlu menyediakan wang rasuah yang diminta sekiranya ingin mendapatkan sesuatu projek," katanya.

Menurut  Norazlan , kes di siasat di bawah  Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.


Malaysia juara Kumpulan C, layak ke suku akhir

Posted: 17 May 2016 05:32 PM PDT

Piala Thomas & Uber
 

SKUAD Piala Thomas negara melaksanakan misi awal dengan muncul juara Kumpulan C apabila menundukkan Korea Selatan 3-2 pada aksi terakhir di Pusat Sukan Kunshan, sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan Malaysia mengelak bertemu pasukan pilihan pada undian suku akhir yang dijangka dibuat esok.

Dalam perlawanan akhir kumpulan, Datuk Lee Chong Wei tidak berdepan masalah menyumbang mata pertama apabila menewaskan Son Wan Ho 21-18, 21-15 sebelum Korea Selatan menyamakan kedudukan menerusi acara beregu pertama.

Beregu negara, Goh V Shem-Koo Kien Keat kalah kepada pasangan Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong dalam straight set 16-21, 11-21.

Pemain perseorangan kedua negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin meletakkan Malaysia kembali di hadapan apabila mengalahkan Lee Dong Kun 21-17, 21-15.

Perlawanan semakin mendebarkan apabila beregu kedua negara, Tan Boon Heong-Tan Wee Kiong pula tunduk kepada Kim Gi Jung-Kim Sa Rung 14-21, 22-24 untuk menjadikan kedudukan 2-2.

Bagaimanapun Chong Wei Feng yang beraksi dengan meyakinkan telah menyelamatkan misi negara apabila mudah menundukkan Jeon Hyeok Jin 21-16, 21-16 untuk muncul juara kumpulan.


Comments (0)