Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:13 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Malaysia teruskan ratifikasi TPPA ketika sentimen tentangan berleluasa di AS

Posted: 16 May 2016 06:03 AM PDT

 BERNAMA
 
 
Rebecca Fatima Sta MariaRebecca Fatima Sta Maria


Kerajaan akan meneruskan semua mesyuarat berkaitan proses ratifikasi Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) biarpun sentimen anti-TPPA dilaporkan berleluasa di Amerika Syarikat (AS).

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tan Sri Dr Rebecca Fatima Sta Maria menegaskan, kebimbangan baharu di AS tidak bermakna semua rundingan berkaitan TPP di peringkat Malaysia, akan dibatalkan.

"Saya rasa ia (sentimen) menjadi bahan perbincangan semua pihak (TPPA) sekarang ini. Kita juga tidak dapat meramalkan apa yang bakal berlaku di AS.

"Memang ada banyak kekecohan mengenainya. Kita hanya dapat membiarkannya dan menunggu perkembangan seterusnya di AS," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar persidangan Hab Pengetahuan dan Penyelidikan Bank Dunia bertemakan 'The Rise of the South at a Crossroad: A View from East Asia and Latin America' (Dilemma Kebangkitan Blok Selatan : Pandangan Asia Timur dan Amerika Selatan), di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Sta Maria berkata barisan ketua perunding dan menteri berkaitan dijangka mengadakan rundingan peringkat dalaman mengenai perkara itu di luar acara Mesyuarat Kerjasama Menteri Ekonomi Asia Pasifik di Lima, Peru pada November depan.

"Kita sudah bersetuju mengenainya (mesyuarat peringkat kebangsaan) dan Kabinet juga bersetuju mengenai penubuhan satu jawatankuasa pelaksana TPPA di peringkat kerajaan.

"Momentum itu sememangnya ada. Oleh itu, kita hanya mengadakan mesyuarat biasa dengan pihak pelaksana untuk melakukan apa yang telah diputuskan sebelum ini. Kita akan meneliti aspek kerangka kawal selianya, pindaan undang-undang berkaitan serta semua proses dan prosedur yang terbabit," katanya.

Sta Maria berkata, mesyuarat pertama dipengerusikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, dijadualkan pada minggu depan dan melibatkan semua pihak dan kementerian berkaitan.

"Kita sudahpun bersetuju untuk kerap berjumpa...ada peraturan dan undang-undang yang perlu dikemaskini agar ia menepati obligasi antarabangsa (TPPA)," katanya.

Baru-baru ini, calon-calon Presiden AS, Donald Trump, Hillary Clinton serta Bernie Sanders dalam kempen mereka mendakwa bahawa perjanjian perdagangan itu akan hanya menjejaskan ekonomi AS.

Namun, Mustapa sebaliknya yakin bahawa Presiden baharu AS yang bakal dilantik secara rasmi pada Januari 2017, akan menyokong TPPA.

Pemilihan Presiden itu akan diadakan pada 8 Nov, 2016.

"Wujud ketidaktentuan mengenai apa yang bakal berlaku di AS dan calon-calon presiden ini hanya mahu mendapatkan sokongan. Namun, kita percaya Kongres AS akan bersetuju dengan TPPA ini," katanya.

Perjanjian perdagangan itu yang isu sensitifnya turut dikecam di Malaysia dan negara lain, ditandatangani oleh menteri perdagangan daripada 12 negara TPP berkaitan pada satu majlis di New Zealand, 4 Februari lepas.

Adakah Adenan akan menjadi seorang lagi Pak Lah?

Posted: 16 May 2016 05:59 AM PDT

lks_rencana_adenanseoranglagipaklah

Oleh Lim Kit Siang


Sorak-sorai kegembiraan menyambut kemenangan Adenan Satem di Sarawak sedikit sebanyak mengingatkan 'tsunami' Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah dalam pilihanraya umum tahun 2004 lalu.

Dalam PRU 2004, Pak Lah telah berjaya memimpin kejayaan Barisan Nasional (BN) dengan menang 91 peratus kerusi Parlimen (199 dari 219 kerusi) melalui 61 peratus undi popular.

Beliau masuk gelanggang pilihanraya dengan berjanji untuk membanteras kemelut rasuah yang melanda negara. Beliau juga berjanji menggunakan pendekatan bekerjasama dengan meminta rakyat 'bekerja bersamanya, bukan bekerja untuknya'.

Beliau juga dibantu oleh proses persempadanan semula yang menambah 26 kerusi Parlimen pada 2003.

Pembangkang pula ketika itu tidak menunjukkan permuafakatan yang padu atau pakatan yang bersatu walaupun berjaya mengelakkan pertembungan tiga penjuru di kebanyakan kerusi yang ditandingi.

Namun, empat tahun kemudian, dalam PRU 2008, Pak Lah mengalami kekalahan besar memalukan.

Beliau menjadi Perdana Menteri pertama yang memimpin kerajaan BN yang tidak mempunyai majoriti dua pertiga Parlimen. Bilangan Ahli Parlimen pembangkang pula berganda daripada 20 anggota (9 peratus) kepada 80 anggota (36 peatus) pada 2008. Undi popular BN pula merudum daripada 61 peratus kepada 55 peratus.

Pak Lah gagal untuk membersihkan gejala rasuah, malah banyak orang menganggap kronisme semakin meningkat di bawah pentadbirannya dari 2004 hingga 2008.

Hampir semua janji yang dibuatnya sebelum PRU 2004 gagal dipenuhi termasuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Hubungan antara kaum dan agama juga gagal diuruskan dengan baik termasuk ketempangan pengurusan terhadap tuntutan kumpulan HINDRAF.

Persoalannya, adakah Adenan juga akan senasib dengan Pak Lah?

Hanya masa menentukan. Namun, tanda-tanda awalnya tidak positif. Adun Padungan Wong King Wei, telah mendedahkan tentang kes penjualan tanah kepada pihak yang mempunyai pertalian politik menjelang pilihanraya negeri baru-baru ini, sama seperti modus operandi kerajaan negeri dahulu di bawah pentadbiran Ketua Menteri Taib Mahmud.

Walaupun pendedahan ini tidak banyak memberi kesan kepada percaturan politik, namun, jika amalan itu diteruskan di bawah pentadbiran Adenan, beliau hanya akan membuktikan kerajaan pimpinannya tiada beza dengan pendahulunya.

Pada masa yang sama, Adenan menunjukkan beliau mampu menjadi lebih zalim dari pendahulunya ababila bertindak mengharamkan kemasukan sejumlah besar Ahli Parlimen dan Adun pembangkang ke Sarawak dalam tempoh kempen pilihanraya termasuk menghalang kemasukan Speaker Dewan Negeri Selangor.

Adenan juga telah melakukan sesuatu yang belum pernah dibuat dengan mengenakan sekatan imigresen terhadap Menteri Besar Selangor, Azmin Ali, yang diminta untuk meninggalkan Sarawak pada 2 Mei 2016 (dan tidak dibenarkan untuk masuk semula sewaktu datang semula pada 6 Mei 2016), dan juga terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang diminta meninggalkan Sarawak pada 5 Mei 2016.

Tidak ada pula Ahli Parlimen atau ADUN dari BN yang dilarang memasuki Sarawak atau dikenakan sebarang sekatan imigresen. Adakah ini merupakan petunjuk jelas sejauh mana Adenan sanggup bertindak untuk mengelakkan persaingan politik yang sah daripada terlaksana di negerinya?

Adenan perlu ingat bahawa lanskap politik Sarawak telah berubah secara signifikan sejak 2001 apabila BN memenangi 60 dari 62 kerusi negeri (97 peratus) dengan 70.2 peratus undi popular.

Dengan kekalahan pembangkang dalam pilihanraya baru-baru ini, kita kembali kepada situasi 2006 di mana BN menang 63 daripada 71 kerusi negeri (89 peratus) melalui 62.1 peratus undi. (Malah, prestasi Adenan lebih rendah berbanding keputusan yang diperolehi Taib pada 2006). (Sila rujuk jadual di bawah)


2001200620112016
Jumlah dan % kerusi negeri BN60 / 62(97%)63 / 71(89%)55 / 71(78%)72 / 82(88%)
Peratusan undi popular BN70.2%62.1%54.7%61.7%

Jadual: Kerusi BN berbanding jumlah kerusi dipertandingkan, peratusan jumlah kerusinya, dan peratusan undi popularnya pada pilihanraya Sarawak 2001, 2006, 2011 dan 2016.

Pengundi di Sarawak jelas tidak mahu kembali ke zaman silam di mana suara pembangkang hampir tiada dalam DUN.

Jika Adenan gagal untuk menunjukkan prestasi yang baik untuk tempoh lima tahun akan datang, mungkinkah akan muncul gelombang politik yang mungkin turut merebak ke pedalaman Sarawak?

Rakyat Sarawak kini sedang memerhatikan Adenan untuk melihat sama ada beliau mampu melahirkan satu legasi politik positif atau sekadar menjadi seorang lagi Pak Lah. – Roketkini.com


Kit Siang minta maaf kepada pengundi Gelang Patah kerana digantung Parlimen, akan terus bangkit skandal 1MDB

Posted: 16 May 2016 05:56 AM PDT

Kit Siang Kembali ke Parlimen
Roketkini.com


JOHOR BAHRU: Lim Kit Siang 'memohon maaf' kepada pengundi di Gelang Patah di sini semalam berikutan penggantungan Parlimen selama enam bulan yang dikenakan terhadapnya berikutan kritikan lantangnya berkaitan skandal 1MDB akhir tahun lalu.

Beliau yang juga Ketua Parlimen DAP kembali menyambung tugasnya di Parlimen hari ini setelah tamat tempoh penggantungan tersebut.

"(Saya digantung) bukan kerana saya mencuri, merompak, membunuh, atau melakukan rasuah, tetapi hanya kerana saya mahu Perdana Menteri untuk menjawab dua soalan mudah," kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Dua soalan yang ingin diketahui beliau bersama jutaan rakyat Malaysia adalah dari mana datangnya wang 1MDB, dan ke mana ia telah dibelanjakan, dan kedua-dua persoalan itu masih belum dijawab dengan fakta dan bukti oleh pihak kerajaan Barisan Nasional.

Gelang Patah merupakan destinasi terakhir jelajah ceramah 'Pantang Undur' yang dijayakan oleh Kit Siang sejak enam bulan lalu di mana beliau telah melawat 130 kawasan Parlimen di negara ini.

Tujuan jelajah ceramah itu adalah untuk memperjelaskan kepada rakyat mengenai isu skandal yang melibatkan 1MDB dan skandal 'derma" Najib Razak, serta kesannya kepada masyarakat dan generasi akan datang.

Beliau yang merujuk siasatan berkaitan 'derma' RM4.2 billion yang melibatkan Perdana Menteri dan skandal kewangan RM55 bilion syarikat sarat hutang 1MDB yang diasaskan Najib itu, mencadangkan supaya Parlimen melakukan empat perkara penting bermula hari ini, iaitu:
  1. Membentangkan Laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB (kedua-dua laporan termasuk laporan interim dan laporan akhir) ke Parlimen pada hari pertama sidang (hari ini).
  2. Pembentangan Kertas Putih oleh Najib dengan memberikan alasan yang komprehensif berkaitan skandal 1MDB yang terbaru.
  3. Tiga hari diperuntukkan untuk perbahasan yang meluas berkaitan 1MDB di Parlimen; dan
  4. Arahan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk membuka semula siasatan berkaitan skandal 1MDB.
Namun, menurut Kit Siang, Najib yang juga memegang jawatan Menteri Kewangan memilih untuk 'lari' ke United Kingdom bagi lawatan kerja sedangkan persoalan mudah yang diajukannya sejak enam bulan lalu belum dijawab. – Roketkini.com

Ku Nan tidak nafi rasuah punca banjir kilat di KL

Posted: 16 May 2016 05:54 AM PDT

 
Kementerian sedang menjalankan beberapa siasatan termasuk terhadap sub kontraktor serta pegawai penyelia yang seharusnya menyelia kontrak tersebut.


ku-nan-banjir-KL


KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan tidak menolak rasuah sebagai punca berlakunya banjir kilat di Kuala Lumpur.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan termasuk terhadap sub kontraktor serta pegawai penyelia yang seharusnya menyelia kontrak tersebut.

"Kementerian masih belum terima laporan penuh, tetapi saya dimaklumkan kontraktor yang diberikan kontrak menawarkannya kepada pihak lain.

"Kami ada ratusan kontraktor dan sesetengahnya pula mempunyai sub-kontrak yang menguruskan kerja pembersihan dan penyelenggaraan. Kita perlukan sistem yang lebih baik dan saya akan perbetulkan mana-mana kesilapan yang telah berlaku," katanya kepada pemberita di Parlimen, hari ini.

Justeru beliau bertegas tidak akan berkompromi dengan mana-mana kontraktor yang menjadi punca kepada berlakunya banjir kilat di ibu negara.

"Saya memohon maaf kepada semua orang yang terbabit dalam insiden banjir kilat dan akan berusaha memperbetulkan masalah ini," janjinya.

Tengku Adnan juga menambah, pihaknya telah memberhentikan tiga tender yang seharusnya diberikan kepada kontraktor kerana tidak berpuas hati dengannya selain akan menyemak semula sistem itu.

"Buat masa ini tender pembersihan sungai, penyelenggaraan jalan dan juga lampu jalan telah diberhentikan," ujar beliau lagi.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan agar siasatan dilakukan terhadap projek pembangunan di ibu negara bagi mengesan kemungkinan wujud unsur rasuah oleh agensi pelaksana sehingga menyebabkan banjir kilat.

Gugur “No Pork”, guna “Halal” atau “Tak Halal” – UMNO

Posted: 16 May 2016 05:46 AM PDT

 
ADUN Bertam menggesa penggunaan papan tanda "Halal" atau "Tak Halal" supaya pengguna beragama Islam jelas keadaan produk yang dijual


Shariful-Azhar-Othman-no-pork


GEORGE TOWN: UMNO menggesa papan tanda "No Pork" di semua restoran di Pulau Pinang diharamkan, supaya pengguna beragama Islam dapat menjamah makanan tanpa was-was.

ADUN Bertam Shariful Azhar Othman mencadangkan papan-papan tanda tersebut patutlah digantikan dengan "halal" atau "tidak halal" untuk kebaikan pengguna Islam di negeri ini.

Beliau berpendapat pengertian "Halal" atau "Tak Halal" bagi penganut Islam bukan sahaja menyentuh jenis daging yang diharamkan, tetapi juga melibatkan penyediaan bahan.

"Meskipun tempat tertentu memaparkan "No Pork" (tanpa khinzir), pengguna Islam mungkin was-was dengan penyediaan makanan di restoran atau tempat makan di situ.

"Banyak restoran yang mempamerkan tanda "No Pork" yang boleh mengelirukan penganut agama Islam tempatan dan asing," kata Shariful Azhar Othman (BN-Bertam) semasa membahaskan usul ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertua Negeri hari ini.

A Thanasekaran (DAP-Bagan Dalam) bangkit dan memberitahu Shariful bahawa papan tanda "No Pork" tidak salah kerana ia memaklumkan pengguna bahawa premis berkenaan tidak menghidangkan daging khinzir.

Menjawab perkara itu, Shariful memberitahu tanpa pensijilan halal, pengguna beragama Islam mungkin termakan daging ayam yang tak halal.

"Saya faham premis berkenaan tidak menghidang daging khinzir tetapi kita tidak tahu apakah daging ayam itu disembelih mengikut cara Islam atau tidak," katanya.

Wanita bersalin dalam bas ekspres

Posted: 16 May 2016 05:42 AM PDT

 
"Saya mengambil bantal untuk untuk dialaskan di kepalanya dan tidak sampai lima minit wanita itu selamat melahirkan bayi perempuan sambil dibantu beberapa penumpang yang lain."


wanita-bersalin


PETALING JAYA: Seorang bayi perempuan selamat dilahirkan dalam sebuah bas ekspres di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Lanchang di Pahang.

Dalam kejadian pada pukul 9 pagi tadi, seorang penumpang wanita berusia lingkungan 20-an mengadu sakit perut kepada pemandu bas berkenaan, Mohd Zaidi Yusoff, 37.

"Bas itu dalam perjalanan dari Terminal Sentral Kuantan menuju ke Kuala Lumpur jam 7.45 pagi dan sebaik tiba di Lanchang, saya dimaklumkan ada seorang penumpang wanita sakit.

"Saya memberhentikan bas di tepi lebuh raya melihat keadaan wanita berkenaan," kata pemandu tersebut, lapor Berita Harian.

Wanita berkenaan menaiki bas berkenaan bersama seorang rakannya untuk berjumpa suaminya yang bekerja di Kuala Lumpur.

Tambah pemandu itu lagi, wanita itu juga mengakui sakitnya, sakit mahu bersalin.

"Saya pun mengambil bantal untuk untuk dialaskan di kepalanya dan tidak sampai lima minit wanita itu selamat melahirkan bayi perempuan sambil dibantu beberapa penumpang yang lain," ujarnya.

Mohd Zaidi kemudiannya meneruskan perjalanan hingga ke hentian Rawat dan Rehat (RnR) Lanchang sebelum ambulans tiba dan membawa ibu serta bayi itu untuk menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah.

Mahfuz bawa usul rujuk Pengerusi PAC ke JK Hak dan Kebebasan

Posted: 16 May 2016 01:39 AM PDT

HAZAYANI ZAKARIA
 
 
Mahfuz anggap tawaran Azmin perlu diterima PasMahfuz anggap tawaran Azmin perlu diterima Pas


Ahli parlimen Pokok Sena akan membawa satu usul di Dewan Rakyat esok bagi mencadangkan ahli Parlimen Rompin Datuk Hasan Arifin dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Ia berkenaan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang telah dibentangkan kepada Majlis pada 7 April 2016.

Mahfuz mendakwa Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara telah dipinda oleh Hasan tanpa persetujuan Ahli-Ahli PAC yang lain.

"Bahawa Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara telah bertindak secara bersendiri tanpa mengikut tatacara Jawatankuasa apabila meminda Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara sebelum dibentangkan.

"Bahawa Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara sendiri mengakui beliau telah meminda Laporan Jawatankuasa tanpa persetujuan semua ahli jawatankuasa," kata Mahfuz dalam usul tersebut.

Mahfuz juga berkata, tindakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara membuat pindaan kepada Laporan Jawatankuasa yang dibentangkan kepada Majlis telah mengubah dan menutup maklumat sebenar berkaitan laporan tersebut.

"Bahawa tindakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara meminda Laporan Jawatankuasa adalah suatu tindakan yang mengelirukan Majlis, Ahli-Ahli Majlis dan seterusnya menghina Majlis," katanya lagi.


Surat aku kepada kau

Posted: 16 May 2016 01:37 AM PDT

Hishamuddin Rais  




Kawanku yang baik hati,




Aku menulis surat ini pada hari Sabtu 14 Mei 2016. Biasanya aku menulis pada hari Senin. Kali ini aku cepatkan. Ini kerana pada Senin (hari ini) aku akan dihadapkan ke Mahkamah Rayuan Jenayah 3 di Putrajaya. Awal pagi jam 9:00 Senin 16 Mei 2016 bersamaan Hari Guru aku diwajibkan berada di sana.

Di pagi Senin itu akan aku dengari keputusan rayuan aku. Di pagi Senin itu akan aku dengar sama ada aku dipenjara, didenda atau dibebaskan. Tiga hakim besar akan membuat keputusan.

Pasti kau akan tertanya-tanya - apa sebenarnya telah terjadi?

Sebenarnya kisahnya begini, biar aku surahkan dalam surat ini. Aku mahu kamu tahu kisah sebenar. Aku mahu juga agar anak cucu-cicit kita nanti akan dapat membaca dan mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku.

Kau ingat tidak kitab Salalisah Raja-raja Melayu? Kau ingat tidak kitab Sejarah Melayu?

Seperti pada bulan Mei 1612, Tun Seri Lanang telah menuliskan kembali Salalatus Salatin - kitab sejarah Melayu atas permintaan Yang Dipertuan Di Hilir Raja Abdullah untuk rujukan anak cucu cicit yang akan datang.

Aku juga mahu menulis pada 14 Mei 2016 ini, tapi bukan arahan raja. Aku menulis kerana tugas sejarah agar cucu-cicit kita dapat membaca apa yang aku rakamkan ini. Aku mahu surat aku kepada kau akan menjadi bahan rujukan sejarah.

Aku mahu anak cucu cicit kita tahu apa yang telah berlaku pada aku. Apa maknanya perkara yang telah berlaku ini. Apa yang sedang berlaku dan yang akan berlaku. Aku ingin memberi kefahaman bahawa apa yang terjadi pada diri aku hanyalah gambar latar dalam satu babak di tanah air kita.

Aku ini hanyalah pecahan cermin yang memberi gambaran dalam satu babak yang lebih besar.

Apakah tepat bila aku katakan babak yang lebih besar? Atau lebih tepat lagi jika aku katakan ini adalah tragedi besar yang sedang kita alami.

Kawanku yang baik hati,

Kau ingat tidak PRU12? Kau ingat tidak PRU13? Apakah kau telah lupa pada hari hari kita dibasahi peluh dan air mata.

Pada hemat aku PRU12 pada tahun 2008 adalah tarikh dan masa kita mengetuk pintu. Kita ketuk pintu negara. Kita menjengukkan muka. Kita berjaya mendengarkan suara kita kepada anak semua bangsa.

Mereka menyahut ketukan pintu kita. Tapi PRU12 hanyalah ketukan pintu.

Memang betul pintu terbuka, tetapi pintu terbuka tidak luas. Cukup untuk kita semua memberanikan hati untuk melangkah tangga. Celah pintu yang terbuka itu akan memberahikan kita semua. Kita menjenguk muka ke dalam. Kita mula berahi ingin melihat apa lagi yang ada dalam rumah.
Aduh!

Tiga pesanan

Apakah kau masih ingat bagaimana kita bergembira. Apakah kau masih ingat senyum kita meleret sampai ke telinga. Apakah kau masih ingat segala letih dan lesu hilang begitu saja dimakan kegembiraan kita bersama.

Lima tahun kemudian sampai PRU13. Pada awalnya aku berpendapat pintu yang telah kita diketuk akan terbuka luas. Rumah sedang menunggu kita masuk. Kitalah tuan rumah yang baru. Ini yang aku harapkan.

Tapi harapan hanya khayalan. Satu ilusi. Satu mimpi. Aku kembali sedar. Aku sedar bagaimana musuh kita telah melakukan pelbagai rupa bentuk rancangan. Ada rancangan yang jujur terbuka. Ada yang gelap-gelita. Ada yang penuh dengan syak wasangka. Ada yang jelas dan terang penipuan berganda-ganda.

Kawanku yang baik hati,

Apakah kau ingat lagi sebelum PRU13 aku telah mengeluarkan sebuah buku - Tipu Pilihanraya Turun Jalan Raya. Aku menulis untuk memberi pencerahan. Pencerahan pada kau, pada anak anak kau, pada kaum kerabat kau dan pada orang kampung kau. Aku melihat ada perancangan teratur untuk memastikan mereka yang berkuasa akan terus berkuasa. Aparacik dan jentera negara telah diarah untuk memastikan semua berjalan lancar apabila sandiwara PRU13 dipentaskan.

Kawan ku yang baik hati,

Apakah kau fikir apa yang aku tulis ini satu hasutan?

Apabila PRU13 berjalan aku melihat penipuan demi penipuan berlaku. Apakah kau masih lupa tentang dakwat kekal yang tidak kekal. Apakah kau masih lupa orang asing yang menyamar sebagai warga.

Apakah kau sudah lupa tentang wang yang mencurah masuk membeli kesetiaan.

Pada hemat aku di PRU13 seharusnya kita masuk dan menjadi tuan rumah. Tapi kita ditipu. Semua lembaga daulah telah bekerja untuk menipu kita. Untuk menggagalkan kita dari memasuki rumah itu.

Kau bayangkan, kita mendapat 52 peratus undi popular. Tetapi kita tidak dapat melangkah masuk ke rumah itu. Kita yang mendapat sokongan majoriti terus tercegat berdiri di atas tangga. Ketika inilah aku sampai.

Lalu aku katakan tiga perkara: Pertama jangan terima keputusan PRU13. Kedua, jika dibuktikan penipuan terang-terang berlaku, wajib diadakan pemilihan semula. Ketiga, kita wajib beramai-ramai membantah hal ini.

Tiga perkara ini aku lafazkan secara terbuka pada ratusan warga pada malam 13 Mei 2013 di Dewan Cina Kuala Lumpur. Warga datang mendengar apa yang aku ucapan kerana mereka juga merasa tidak puas hati dengan penipuan yang terang-terang berlaku dalam PRU13.

Kawanku yang baik hati,

Tiba-tiba aku ditahan. Lalu aku dihadapkan ke muka hakim. Aku dituduh bawah Akta Hasutan 1948. Tiga perkara yang aku ucapkan telah menjadi buah butir pembicaraan dalam mahkamah.
Nah!

Orang baik yang tak bersuara

Kau bayangkan beberapa bulan selepas aku dibicarakan, badan NGO BERSIH 2.0 telah mengadakan Tribunal Rakyat. Ramai bijak dan pandai dari luar negara – si polan dan si polan yang arif dalam hal pilihan raya – telah dijemput datang dari seluruh dunia. Saksi dari seluruh negara telah juga dipanggil.

Apa yang ditemui oleh tribunal ini?

Memang terbukti wujud penipuan dalam PRU13. Memang ada rasuah berlaku dalam PRU13. PRU13 tidak dijalankan dengan bebas dan adil.

Aduh kawan ku!

Apa yang ditemui oleh Tribunal Rakyat lebih jelas dan lebih ilmiah dari ucapan aku pada malam 13 Mei 2013 di Dewan Cina. Tapi inti pati ucapan aku dan penemuan tribunal adalah sama.

Lalu aku bertanya, kenapa aku yang bercakap benar ditahan dan dibicarakan?

Ingin juga aku beri tahu bahawa yang didakwa bukan aku seorang. Ada lima lagi kawan-kawan yang juga ditahan dan dibicarakan. Tian Chua, Tamrin Ghaffar, Adam Adli, Safwan Anang dan Haris Ibrahim.

Haris Ibrahim telah dijatuhkan hukum lapan bulan penjara. Adam Adli dan Safuan Anang dua anak muda ini sedang merayu. Tian pula, kes akan bermula pada 17 Mei ini. Kes Tamrin masih belum dibuka.

Nah inilah yang telah berlaku. Inilah surah yang aku rakamkan kepada anak cucu-cicit kita. Biar mereka membaca dan mengetahui babak-babak akhir sebelum aku ke penjara.

Pada awalnya aku hanya didenda RM5,000. Tapi pendakwa/kerajaan tidak puas hati. Kes aku didengari pula di Mahkamah Tinggi. Di sinilah aku didapati bersalah. Denda aku dipulangkan. Dan aku dijatuhkan hukum penjara sembilan bulan. Pagi Senin ini adalah keputusan akhir.

Kawanku yang baik hati,

Kau tak perlu bersedih. Kau tak perlu susah hati. Sedih dan susah hati bukan jawapan yang betul bila berhadapan dengan apa yang sedang kita hadapi. Aku tahu kau akan bersimpati. Aku tahu kau akan bersetiakawan dengan aku. Aku ucapkan terima kasih.

Kita tidak perlu bersedih. Apa yang wajib kita lakukan ialah memperkuatan semangat. Sebenarnya aku berpendapat dalam negara kita ini orang jahat tidak ramai. Orang baik-baik amat ramai. Sayangnya orang yang baik baik ini tidak mahu berbuat sesuatu. Jika orang baik mula bersuara aku rasa orang jahat ini akan lari lintang pukang.

Kawanku yang baik hati,

Ini surat akhir dari aku. Jika aku dipenjara Senin ini maka aku tidak akan menulis selama 9 bulan. Aku bercuti menulis. Jika aku didenda maka aku akan membayar denda. Jika aku dibebaskan maka aku akan menjadi sosok bebas.

Janji pada ibu

Peguam aku Datuk Ambiga Sreenevasan dan Syahredzan Johan. Ambiga cukup yakin aku tidak ada kes.

Malah aku tidak sepatutnya didakwa. Kalau berlandaskan undang-undang dan hukum, Senin ini aku bebas. Lalu aku beritahu Ambiga bahawa kita ini duduk di Malaysia. Kami sesama terbarai ketawa.

Yakinlah apa yang aku lakukan ini adalah sebahagian dari janji aku. Aku sebenarnya telah berikat janji dengan arwah emak aku dan arwah abah aku. Ketika aku berkelana di kota London mereka telah datang menemui aku. Lalu mereka bertanya apa sebenarnya yang aku buat. Lalu aku bersurah panjang. Sang emak faham. Justeru dia melarang aku pulang ke kampung.

Di hadapan mereka di Bromley-by-Bow aku lafazkan janji untuk bercakap benar. Lalu aku berjanji untuk menjadi warga yang baik sebaik mungkin yang aku terdaya.

Hingga ke hari ini, aku setia dan teguh dengan janji aku ini.

Jika bercakap benar aku dianggap penjenayah maka aku rasa kita semua dalam bahaya ertinya negara sedang dipimpin oleh penjenayah. Jika berkata jujur menjadi kesalahan maka bahaya kita berganda-ganda.

Kawanku yang baik hati,

Jika bercakap benar dibayar dengan penjara maka penjaralah harganya. Jika bercakap benar ke tali gantung maka perjuangan ini wajib disambung. Amin. Wassalam.


Peluang Pas rampas Sungai Besar cerah, kata Sallehin Mukhyi

Posted: 16 May 2016 12:58 AM PDT

 MALAYSIA DATELINE
 
 
Peluang Pas cerah kata SolehinPeluang Pas cerah kata Solehin


Peluang Pas untuk merampas parlimen Sungai Besar dari Barisan Nasional (BN) dan menang dalam pilihanraya kecil Sungai Besar sangat cerah.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Ustaz Sallehin Mukhyi berkata ia adalah berdasarkan pencapaian Pas pada pilihan raya kali ke-13.

"Kalau kita buat ukuran dalam pilihan raya kecil, ini berdasarkan kepada pencapaian dalam pilihan raya ke-13, saya percaya kita mempunyai peluang yang cerah dalam senario bahawa kita akan menghadapi Umno.

"satu lawan satu, yang dalam pilihan raya yang lepas, Pas hanya kalah sebanyak 399 undi sahaja,"ujarnya seperti dilapor buletinonline.net.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi panel dalam program Sembang Rakyat pada Himpunan Pas DUN Bandar Bersama Masyarakat (BERKAT 1.0) disini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak Bernam itu berkata, sokongan kepada Pas telah meningkat sekiranya mengambilkira keputusan pilihan raya kecil Parlimen Rompin.

"Kalau kita mengambilkira pilihn raya di Rompin sebagai satu ukuran, kita sudah ada peningkatan sebanyak 7% ,

"Makanya pilhan raya kecil ini, saya percaya bahawa Pas mempunyai satu peluang yang sangat cerah,"jelasnya.

Namun begitu, beliau yang juga anggota Perhubungan Pas Selangor berkata, keadaan sebaliknya akan berlaku sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru.

"Melainkan kalau berlaku tiga penjuru, maka kalau berlaku tiga penjuru ini, saya fikir Pas perlu bekerja kuat lagi untuk menarik sokongan.

"Sebab di Sungai Besar kita mempunyai pengundi bukan Islam sebanyak 31% berbanding dalam komposisi, Melayu lebih kurang 70% .

"Jadi kalau berlaku tiga penjuru bererti Pas,perlu bekerja lebih keras untuk memastikan kemenangan di Sungai Besar ini,"tegasnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, Pas Selangor telah pun menggerakkan jenteranya bagi menghadapi PRK tersebut yang akan diadakan pada 18 Jun depan.

"Kita telah mengerakkan jentera dan jentera kita sudah disusun dengan rapi. Kita telah hantar jentera yang ramai masa PRN Sarawak.

"Sebenarnya (di sana) telah menjadi satu latihan kepada jentera kita untuk pilihan raya kecil ini, Jadi 'mood' sekarang ini, jentera kita ini dalam keadaan memang cukup bersemangat dalam menghadapi pilihnraya kecil di Sungai Besar," terang beliau

Mahathir musuh Umno-BN, kata Zein Isma

Posted: 16 May 2016 12:56 AM PDT

 DALIA ISMAIL
 
 

Zein Isma menyeru kepada seluruh ahli Umno, bahawa mulai hari ini  Mahathir adalah musuh Umno dan musuh BN.Zein Isma menyeru kepada seluruh ahli Umno, bahawa mulai hari ini Mahathir adalah musuh Umno dan musuh BN.


Ketua Penerangan Umno Selangor Datuk Zein Isma Ismail melahirkan rasa terkilannya terhadap ikrar yang dibuat oleh Tun Mahathir Mohamad ketika menyampaikan ceramah pada Himpunan Selamatkan Malaysia di Stadium Melawati pada Sabtu lalu.

Zein Isma mendakwa beliau berasa pelik dengan sikap bekas perdana menteri itu apabila mengajak pengundi supaya menentang Barisan Nasional (BN) dalam dua Pilihanraya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 18 Jun ini.

"Mahathir ini ditahap nyanyuk. Kali ini saya yakin kepada rakyat biasa dan ahli Umno sudah berasa pelik dengan manusia bernama 'Mahathir'.

"Dia sanggup gadaikan prinsip kerana emosi dan perasaan marah kepada Najib.

"Pada mulanya minta Najib letak jawatan, Najib tak letak jawatan, dia pula keluar Umno, kemudian dia bersekongkol pula dengan parti pembangkang yang diterajui DAP dengan agenda bersama mahu menjatuhkan perdana menteri.

"Secara peribadi saya amat terkilan dan sedih dengan apa yang diungkapkan. Saya menyeru kepada seluruh ahli Umno, bahawa mulai hari ini Mahathir adalah musuh Umno dan musuh BN!" ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline malam tadi.

Zein Isma diminta mengulas kenyataan yang dibuat oleh Mahathir yang mengajak semua pihak bersatu untuk menentang BN pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar tanpa mengira siapakah calon yang akan menentang BN sama ada dari Pas atau Pakatan Harapan pada Himpunan Selamatkan Malaysia di Stadium Melawati.

Tun Mahathir  ketika berucap mengajak semua rakyat menolak BN dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai BesarTun Mahathir ketika berucap mengajak semua rakyat menolak BN dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar


Sambung Ketua Umno Bahagan Subang ini lagi, tindakan Mahathir itu dilihat pelik kerana mengatakan jangan undi BN dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar, lebih baik undi DAP.

"Saya nak tanya dia di mana letaknya maruah,prinsip seorang pemimpin yang satu ketika dulu dia diagungkan, dipuji, dihormati kawan dan lawan?

"Apa yang diungkapkan ini amat tidak boleh diterima.Peliklah!

"Dulu beliau yakini bahawasanya pemimpin dan ahli Umno yang bersekongkol dengan DAP merupakan pengkhianat kepada agama bangsa dan negara, hari ini kata-kata itu seharusnya ditujukan kepada siapa pula?

"Umno dan negara bukan milik Mahathir. Apabila diperkudakan oleh pembangkang
dan mengajak agar rakyat benci kepada kerajaan," ujarnya.

Mengulas desas-desus kemungkin bekas Ketua Bahagian Umno Sungai Besar dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang,Dr Khir Toyo sebagai calon di Sungai Besar, beliau menafikannya.

"Siapa yang menyebarkannya adalah orang yang suka bawa fitnah. Ikut perundangan dan perlembagaan jelas, beliau tidak boleh bertanding. Tak logik. Walaupun dia di bawah parol masih lagi di dalam tahanan bukan bererti beliau sudah bebas.Tidak mungkin dia akan tercalon untuk bertanding PRK Sungai Besar mahupun dalam PRU14 kerana ikut perlembagaan dia tidak boleh bertanding dalam tempoh lima tahun," ujarnya.

Desas-desus juga tersebar kononnya ada desakan, supaya calon BN di PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar meletakkan pemimpin muda bertanding bagi menguji kemampuan kepimpinan sayap parti itu.

"Saya hairan jika ada suara-suara yang mahu bercakap soal beri peluang kepada calon pemuda, puteri atau wanita.

"Dalam kepimpinan usia bukan menjadi faktor sebaliknya gaya kepimpinan dan pendekatan lebih utama.
"Umno tidak pernah lekang mengenengahkan calon pelapis mudanya dalam setiap kali pilihan raya 35 peratus adalah pemimpin muda.

"Dalam PRK ini jangan bawa cerita lain. Apa yang penting fokuskan sumbangan dan gerak kerja kita. Ini prinsip yang kita kena pegang.

"Jika setiap pemimpin bercakap meletakkan calon ini, letak calon itu, bererti bukan satu perjuangan parti sebaliknya meletakkan kepentingan peribadi.

"Saya nasihatkan kepada pemuda dan puteri, kami juga pernah muda dulu tumpukan kepada khidmat untuk rakyat. Apa yang penting kita nak menang dalam PRK kita serah kepada pucuk pimpinan parti yang buat keputusan siapa calon dalam PRK kali ini." ujarnya.

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar diadakan susulan kematian Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Mohammad dalam nahas helikopter 5 Mei lalu.

Pada PRU-13, Parlimen Kuala Kangsar dimenangi BN mengalahkan Pas, dengan majoriti 1,082, manakala di Sungai Besar dengan majoriti 399 undi.

Mahu jadi negara maju, gaji masih rendah, akui MTUC

Posted: 16 May 2016 12:50 AM PDT

ARIF ATAN
 
 
N Gopala Kishnam, Setisusaha Agung MTUCN Gopala Kishnam, Setisusaha Agung MTUC


Tangga gaji pekerja di negara ini masih rendah walaupun empat tahun sahaja lagi untuk Malaysia bergelar negara maju, akui Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Setiausaha Agungnya, N Gopal Kishnam berkata, pekerja di negara ini sepatutnya mempunyai pendapatan sebanyak RM5,000 bagi menepati hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju.

"Pada masa ini, 65 peratus pekerja bawahan membawa pulang kurang RM3,500 sebulan," ujarnya dipetik daripada laporan akhbar hari ini.

Menurutnya, inisiatif di peringkat pekerja bagi meningkatkan pendapatan mereka dengan bekerja sambilan sukar dilakukan memandangkan kebanyakan kerja peringkat bawahan dikuasai pekerja asing.

Sehubungan itu, Gopal menggesa kerajaan supaya mencari jalan melakukan penstrukturan semula gaji bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Ditanya tentang langkah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan caruman pekerja, beliau berkata, Panel Pelaburan KWSP harus mencari sumber yang membawa lebih pendapatan untuk dinikmati pencarum melalui pembayaran dividen.

"Baru-baru ini, KWSP menyatakan pelaburan di luar negaranya membawa pulangan yang besar dan ini boleh diteruskan. Dalam masa sama kita memerlukan kembali pelaburan dalam negara," tambahnya lagi.

Untuk rekod, antara pelaburan KWSP di luar negara termasuk di Singapura dengan menguasai 20 peratus kepentingan dalam projek pembinaan Pusat Tanjung Pagar bernilai RM9.7 bilion.

Menyedihkan

Pada masa sama, pihak KWSP turut mengakui realiti persaraan di negara ini yang agak menyedihkan memandangkan 78 peratus pencarum tidak mempunyai asas caruman mencukupi selepas tidak lagi bekerja.

Ketua Jabatan Pengurusan Strategi KWSP, Balqais Yusoff memberitahu 65 peratus daripada 6.7 juta pencarum yang aktif mempunyai simpanan kurang RM50,000.

Menurutnya, baki daripada mereka yang berusia 54 tahun memiliki simpanan mencukupi sebanyak RM196,800 atau lebih bagi menampung kehidupan dalam tempoh bersara.

Berdasarkan definisi KWSP, jelasnya, pencarum yang mempunyai simpanan RM50,000 hanya boleh bertahan selama lima tahun sebelum kehabisan jika berbelanja hanya RM820 sebulan.

"Itupun jika mereka boleh bertahan hidup dengan RM820 sebulan. Kita tahu jumlah itu tidak cukup, mungkin anda boleh berbelanja untuk barangan runcit dan itulah realiti kehidupan hari ini," tambah Balqais lagi.

Sampai masa Umno pecat Muhyiddin dan Mukhriz, kata Tengku Adnan

Posted: 16 May 2016 12:44 AM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mahu Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir di pecat pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno penghujung bulan ini.
Malah beliau turut berkata Muhyiddin dan Mukhriz wajar dipecat dari Umno apabila mereka berkongsi pentas dengan pembangkang dalam menggerakkan Deklarasi Rakyat yang dipimpin bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.
"Pada saya, saya sudah singkirkan mereka sejak dahulu lagi. Kita sudah lakukan laporan mengenai (Datuk Seri)  Mukhriz dan (Tan Sri) Muhyiddin dan kita akan bentangkan di Majlis Tertinggi untuk putuskan kerana Jawatankuasa Disiplin telah menghantar semula keputusan, untuk Majlis Tertinggi tentukan.
"Kertas siasatan telah diberikan kepada kita (Majlis Tertinggi) dan biarlah mereka yang tentukan," katanya di lobi Parlimen hari ini.
Untuk itu, satu mesyuarat khas akan diadakan pada minggu ini sebelum keputusan itu di bawa ke Mesyuarat MT, kata Ku Nan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan.
Bagaimanapun kedudukan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal masih menjadi tanda tanya, memandangkan Ahli Parlimen Semporna itu tidak terlalu menyerlah  bersama pembangkang, katanya.
"Dia tidak terlalu menyerlah sepentas bersama pembangkang. Terdapat beberapa masalah, tetapi masih ada kelonggaran yang kita masih boleh pertimbangkan.
"Tetapi dua orang ini (Mukhriz dan Muhyiddin) sudah bersama pembangkang, jadi itu kita tidak boleh terima," jelas Ku Nan.
Mesyuarat MT Umno pada Februari lalu, sebulat suara bertindak menggantung jawatan Muhyiddin selaku Timbalan Presiden Umno serta merta.

Hadi: PAS sedia hadapi saingan tiga penjuru di PRK

Posted: 16 May 2016 12:42 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohd Azhar
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: PAS terbuka dengan pertandingan tiga penjuru menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, demikian menurut Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
"Jika bertanding, PAS tidak rugi sama ada menang atau kalah. Jika menang, untung; kalau kalah balik modal. BN, jika kalah rugi, jika menang balik modal. Parti lain boleh mengadu nasib.
 
"Kita tak boleh paksa orang lain (tak bertanding), terpulang kepada mereka," katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan Dewan Rakyat, tengah hari tadi.
 
Hadi diajukan pandangan PAS terhadap hasrat Parti Amanah Negara (PAN) untuk turut sama meletakkan calon di kedua-dua kerusi pilihan raya kecil berkenaan, meskipun menyedari ia adalah kerusi tradisi buat PAS.
 
PKR sebelum ini menjadi pihak tengah bagi membincangkan siapakah calon pembangkang untuk diletakkan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
 
Usaha itu diambil bagi mengelakkan berlakunya perebutan kerusi di antara pembangkang, sebagaimana yang berlaku di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akhirnya memberi kelebihan kepada Umno-Barisan Nasional (BN).
 
Namun PAN pada semalam memaklumkan belum lagi memuktamadkan mana-mana calon untuk dua PRK serentak itu.
 
Hadi, yang juga Ahli Parlimen Marang juga memberitahu PAS sudah mempunyai calon bagi PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagaimana yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama.
 
"Sudah diluluskan Majlis Syura, akan diumumkan kemudian," katanya ringkas ketika ditanya perkembangan tersebut.
 
 

Usul pecat Muhyiddin, Mukhriz pada mesyuarat MT depan

Posted: 16 May 2016 12:21 AM PDT

Lu Wei Hoong  




Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan mencadangkan kepada pemecatan timbalan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Tengku Adnan berkata akan mencadangkan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hujung bulan ini.

"Pada saya, saya mahu pecat mereka," katanya ketika ditanya pendiriannya terhadap kumpulan yang lantang mengkritik Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Tengku Adnan juga berkata pihaknya sudah memiliki laporan daripada jawatankuasa disiplin parti berkaitan Muhyiddin dan Mukhriz.

"Jawatankuasa disiplin sudah pulangkang kembali kepada Majlis Tertinggi untuk diputuskan," katanya.

Bagaimanapun, berdasarkan kenyataan Tengku Adnan, bekas menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempunyai harapan untuk terlepas.

"Menurut laporan kami terima, dia (Shafie) tidak bersama dengan pembangkang," katanya kepada pemberita di parlimen hari ini.

Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie dipinggirkan daripada Umno selepas lantang mengkritik Najib dalam isu 1MDB dan kemasukan wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadinya.

Ketiga-tiga mereka, yang kini dikenali sebagai Team B Umno yang sering bergerak bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

'Mengapa Najib boleh keluar negara, saya tak boleh?'

Posted: 16 May 2016 12:17 AM PDT

MALAYSIAKINI




Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah menyoal mengapa dirinya dihalang daripada ke luar negara sedangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menunaikan tanggungjawabnya di parlimen dibenarkan berbuat demikian.

Najib berlepas ke UK walaupun terdapat desakan supaya beliau menghadiri sidang Parlimen bermula hari ini untuk menjelaskan skandal 1MDB.

"Tidak memberi saya penjelasan (berhubung larangan) hanya menunjukkan keangkuhan mereka. Namun yang melanggar undang-undang dibenarkan untuk bebas ke luar negara ini," kata Maria dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata adalah ironi dirinya dihalang meninggalkan negara itu bagi perjalanan ke Seoul untuk menerima Anugerah Hak Asasi Manusia Gwangju di Korea Selatan.

Maria tidak dibenarkan melepasi pintu imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam.

"Ironinya apabila Najib sepatutnya berada di Parlimen bagi menjawab soalan-soalan penting, beliau dibenarkan.

"Saya hanya mahu ke Korea untuk menerima anugerah yang sangat berprestij yang pernah dianugerakan kepada bekas Perdana Menteri Timor Timur Xanana Gusmao dan (kaunselor negeri) Myanmar masa kini, Ang Sang Su Kyi.

"BERSIH menuntut agar Najib, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Imigresen memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia mengapa kami dinafikan daripada menerima anugerah itu," katanya.

Maria sebelum ini tidak pernah dilarang daripada meninggalkan Malaysia dan telah ke New York, Geneva dan London sebelum pilihan raya negeri Sarawak pada 7 Mei.

Anugerah Hak Asasi Manusia Gwangju adalah satu anugerah oleh Yayasan Memorial 18 Mei Korea Selatan sebagai mengiktiraf mereka yang memajukan hak asasi manusia, demokrasi dan keamanan.

BERSIH telah dipilih sebagai penerima bersama anugerah itu tahun ini, dengan aktivis Vietnam Nguyen Dan Que.

Surat terbuka Mahathir buat wakil rakyat Umno

Posted: 15 May 2016 10:57 PM PDT

MALAYSIAKINI




ULASAN 


Wahai Wakil Rakyat Umno,

Apakah Yang Berhormat-Yang Berhormat tidak tahu dan tidak sedar akan skandal-skandal yang melibatkan Perdana Menteri yang memburukkan imej Umno dan imej negara?

Jika tidak sedar saya perturunkan di sini sedikit sahaja dari salah-laku Najib supaya Yang Berhormat dapat faham akan betapa seriusnya kerosakan yang dilakukan oleh Najib.

a) Najib menubuh "Dana Kekayaan Negara" dengan meminjam RM42 billion, – sekali gus meningkatkan hutang negara kerana hutang ini dijamin oleh Kerajaan. Tak mungkin syarikat hutang 42,000 kali ganda modal tanpa jaminan.

b) Pelaburan yang dibuat semuanya rugi sehingga tidak dapat bayar faedah pun.

c) Wang yang dipinjam ini sudah hilang sehingga tidak boleh dikesan dengan sah di mana wang ini berada.

d) Tiba-tiba wang sebanyak RM 2.6 billion berada dalam akaun persendirian Najib di Ambank.

e) Agensi-agensi kerajaan Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Hong Kong, Luxembourg, United Kingdom, Seychelles dan Emiriah Arab Bersatu sedang menyiasat salahlaku dan rasuah yang melibatkan 1MDB.

f) Switzerland mendakwa berlaku korupsi sebanyak AS$7 billion dalam pengurusan 1MDB.

g) Singapura menangkap seorang pegawai bank yang terlibat dengan salahlaku 1MDB.

h) Malaysia dipandang hina dan menteri kewangannya didakwa sebagai menteri kewangan yang terburuk di Asia.

i) Laporan oleh PAC mencatit akan penipuan besar berlaku dalam 1MDB. Ini diakui oleh CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

j) Mesyuarat agong Umno tidak dibenar bincang 1MDB dan RM 2.6 billion yang ada dalam akaun bank Najib.

k) Jika ahli atau pemimpin Umno menyoal berkenaan 1MDB, mereka dipecat. Ahli Umno hanya dibenar sokong apa sahaja yang Najib lakukan. Tidak seperti dahulu tiada siapa boleh menegur atau mencabar Najib sebagai Presiden. Umno tidak ada suara lagi.

Yang Berhormat-Yang Berhormat,

Umno ialah parti keramat yang mengalahkan Malayan Union British, yang memerdekakan Malaya dan Malaysia, yang berjaya membangunkan negara sehingga hampir menjadi negara maju.

Tetapi hari ini nama Umno sudah menjadi begitu buruk, sudah digelak ketawa, dihina dan ditolak oleh sebilangan yang besar orang Melayu dan bukan Melayu di dalam negara.

Semua ini disebabkan oleh Najib dengan kepercayaannya bahawa "Cash is King" iaitu rasuah adalah cara memerintah.

Wahai Yang Berhormat, wakil-wakil rakyat Umno. Tidakkah kamu sayang parti keramat ini yang telah begitu berbakti dan berjasa kepada bangsa, negara dan agama? Dan kepada kamu dan keluarga kamu.

Tidaklah kamu tergerak hati untuk membelakangkan kepentingan diri demi bangsa dan negara?

Segala yang merosakkan Umno dilakukan oleh Datuk Seri Najib.

Selagi ia menjadi perdana menteri pemulihan negara tercinta ini tidak akan dapat dilakukan.

Hanya dengan penyingkiran Najib sahaja baharulah Perlembagaan dan Undang-Undang Negara dikuatkuasakan semula dan Malaysia kembali sebagai negara berdaulat yang dihormati dunia.

Yang Berhormat-Yang Berhormat,

Rakyat memilih Yang Berhormat kerana mereka percaya Yang Berhormat akan menyuarakan dan mempertahankan hak mereka.

Sekarang berjuta-juta rakyat menolak Najib. Percayalah Umno dan BN akan kalah dalam PRU-14.

Rakyat dan anak cucu akan kutuk YB kerana menghancurkan Umno dan membawa malapetaka kepada negara. Tak mungkin apa-apa pemulihan dibuat dari dalam Umno.

Umno sekarang bukan lagi Umno yang ditubuh dahulu. Yang ada hanyalah parti Najib.

Dan ahli serta pemimpin Umno yang menyokong parti Najib ini mengkhianati Umno, bangsa, negara dan agama.

Oleh itu sertailah mereka yang menolak Najib sebagai Perdana Menteri supaya Umno dapat dipulih dan dihormati semula dan maruah bangsa dan negara tertebus.

Dan banyaklah lagi kesalahan dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib.

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD adalah bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun. Tulisan ini pertama kali dinaikkan diblognya - chet.cc




Hasutan: Hisham Rais bebas hukuman penjara

Posted: 15 May 2016 10:54 PM PDT

Alyaa Azhar  




Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan hukuman penjara sembilan bulan yang dikenakan ke atas aktivis sosial Hishamuddin Rais kerana menghasut.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat menerima rayuan oleh Hishamuddin.

"Kami dapati tidak ada alasan untuk mengganggu keputusan Mahkamah Sesyen," kata Tengku Maimun dalam penghakimannya.

Penghakiman itu disambut dengan tepukan oleh ramai penyokong Hishamuddin yang hadir pada perbicaraan hari ini.

Hishamuddin dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Tinggi pada Januari lalu kerana menghasut selepas rayuan pihak pendakwaan untuk hukuman yang lebih berat dibenarkan.



Mahkamah Sesyen sebelum ini menjatuhkan hukuman denda RM5,000.

Pada tahun 2013, bersama-sama dengan ahli politik Tian Chua, Tamrin Ghafar dan aktivis Adam Adli Abdul Halim, Haris Ibrahim dan Muhammad Safwan Anang, Hishammuddin didakwa menghasut berhubung mereka di forum yang dibuat pada 13 Mei.

Hishamuddin dan yang lain didakwa mengapi-apikan rakyat untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan selepas BN memenangi pilihan raya umum walaupun pembangkang memperolehi undi populariti.

Dewan Rakyat tolak soalan berkaitan Panama Papers

Posted: 15 May 2016 10:51 PM PDT

Zulaikha Zulkifli

 


Dewan Rakyat hari ini menolak pertanyaan lisan oleh ahli parlimen pembangkang berhubung sama ada kerajaan ada menjalankan siasatan terhadap dakwaan yang berada dalam Panama Papers.

Pertanyaan lisan yang dibuat oleh Anggota Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao-Leong itu telah ditolak melalui surat yang bertarikh 13 Mei 2016.

Dalam surat tersebut, Parlimen menjelaskan bahawa sesuatu pertanyaan tidak boleh dikeluarkan berkenaan betul atau tidak penerangan dalam surat khabar atau penerangan yang dikeluarkan oleh individu atau badan kewangan.

Sehubungan itu, Gooi melahirkan rasa kecewa dan berpendapat bahawa Parlimen sepatutnya menjadi tempat bagi pihak kerajaan menjawab soalan yang penting.

"Saya telah bertanya sama ada terdapat sebarang siasatan yang dimulakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkenaan pihak berkepentingan daripada Malaysia seperti yang didedahkan dalam Panama Papers, baru-baru ini.

"Sekiranya ada siasatan, beri butiran penuh dan bentuk siasatan tersebut. Tetapi malangnya soalan saya ditolak," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu, anak perdana menteri, Nazifuddin Najib mencuri perhatian selepas didedahkan mempunyai akaun luar pesisir di British Virgin Islands.

Bagaimanapun, beliau bukan satu-satunya anak ahli politik Malaysia dalam senarai itu.

Semakan Malaysiakini terhadap rekod-rekod bocor daripada firma Panama, Mossack Fonseca, menunjukkan anak Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, anak Tun Dr Mahathir Mohamad dan anak Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berada dalam senarai.

Mossack Fonseca adalah syarikat undang-undang yang menawarkan perkhidmatan membentuk entiti di tempat undang-undang percukaian tidak ketat dan akaun-akuannya tidak dapat dijejak.

Dokumen-dokumen itu kini dirujuk sebagai 'Panama Papers'.

Gengster bertatu di muka hijrah lepas mimpi kiamat

Posted: 15 May 2016 10:49 PM PDT

Muhd Fadhil
Muhd Fadhil.
 

GARA-gara mimpi hari kiamat seorang gengster dari negara jiran yang dikenali dengan nama 'Abang Long Fadhil'  atau nama sebenarnya Muhd Fadhil, 29 kini memilih untuk kembali ke jalan ALLAH SWT.

Meskipun kehadirannya di masjid mahu pun surau sering mengundang pandangan sinis berikutan penampilannya yang bertatu termasuk di wajah, namun tekad sudah dibulatkan dan beliau tidak ambil pusing lagi.

"Pada Januari 2014, saya mimpi hari Kiamat. Dalam mimpi itu saya sedang berhibur di pantai, minum arak dengan kawan-kawan, tiba-tiba ombak tinggi datang dan saya jerit ajak kawan-kawan lari dan saya terus lari. Apabila saya toleh belakang, semua kawan saya tak ada, ombak setinggi lapan tingkat tadi pun tak ada.

"Saya tak keluar rumah sebulan lepas mimpi itu. Saya takut mati. Satu hari kawan telefon tanya nak pergi masjid atau tak. Ketika itu saya tersentak sebab kalau saya keluar rumah saya mati dan kalau saya tidak keluar rumah, saya pasti mati.

"Tapi seminggu, dua minggu saya pergi masjid, bertemu jemaah tabligh dan mula berhijrah. Namun masih belum lagi mencari ALLAH dengan sempurna. Selepas genap 40 hari bersama mereka, saya benar-benar yakin Keesaan ALLAH SWT itu," katanya melalui rakaman video yang disiarkan Ar-Rahman TV.

Fadhil turut memberitahu beliau mengambil masa selama lapan bulan hanya untuk belajar surah al-Fatihah.

"Saya kalau cakap orang tak percaya. Bukan mudah untuk saya hafal. Tapi betullah ALLAH itu benar... susah nak cakap.

"Orang kata hari-hari minum manis boleh potong kaki tapi kemanisan iman yang ALLAH beri itu tak akan potong kaki. Kemanisannya itu dapat dirasai dalam hati... sayunya semacam," katanya.

Bercerita kisah hidupnya, Fadhil memberitahu, tatu pertama yang dicacah pada tubuhnya seawal usia 12 tahun dan terakhir pada usia 22 tahun iaitu pada wajah dan lehernya.

"Tatu pertama nama saya, Fadhil di tangan. Tapi paling sakit di dahi dan leher ini. Ini semua kawan-kawan tolong buatkan.

"Pertama kali saya ditahan pada usia 12 tahun sebab pukul budak berusia 14 tahun dan mak ayah budak itu membuat laporan polis. Saya anggap masa lalu saya itu sebagai mimpi ngeri dalam hidup saya," katanya.

Mengakui ramai rakan-rakan lamanya yang berbangsa Cina terkejut dengan perubahannya, namun, mereka masih beri sokongan moral meskipun sudah tidak lagi bersama mereka.

Dalam nada sayu, Fadhil mengakui telah banyak melukakan hati ibunya dan jalan baharu dipilihnya itu selain demi ALLAH, ia juga demi untuk menggembirakan si ibu.

Sementara itu,  ibu Fadhil dalam rakaman tersebut memberitahu meskipun anak lelakinya itu memilih jalan hitam namun beliau tidak 'membuangnya'.

"Saya anggap ini cubaan dari ALLAH untuk melihat penerimaan kita. Sepatutnya kita doakan untuk dia bukan menyumpah seranah.

"Insya-ALLAH akan dimakbulkan tapi bukan dalam masa yang singkat. Lihat sekarang, ALLAH sudah menjawab. Sekarang saya sudah tenang," katanya mengalirkan air mata.

Siapa calon BN tanding Sungai Besar?

Posted: 15 May 2016 10:43 PM PDT

BN
Gambar hiasan
 
 
SABAK BERNAM – Tujuh nama pemimpin Umno Sungai Besar antara yang disebut layak dipilih mewakili BN menghadapi PRK kerusi Parlimen itu.

Mereka yang dikaitkan termasuklah, Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon iaitu Muslimin Yahaya; Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi dan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos.

Tiga lagi nama lain yang mungkin dipertaruhkan untuk mempertahankan kerusi tersebut ialah Ketua Puteri Umno Sungai Besar, Widia Wati Abuzar; dua Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian, Datuk Ishak Mat Arif dan Samad Wahab serta AJK Pemuda Bahagian Sungai Besar, Mohd Imran Tamrin.

Antara pengendali media sosial yang aktif dalam memberi kupasan dan pendapat berhubung calon PRK Parlimen Sungai Besar itu ialah pemilik akaun Facebook 'Zaki Sungib' yang mencadangkan agar Muslimin yang juga AJK Umno Bahagian Sungai Besar dipilih sebagai calon menggantikan 'bosnya' itu.

Zaki yang memuat naik status dalam Facebooknya mencadangkan agar Muslimin yang menjadi orang kanan Noriah dipilih untuk bergandingan dengan Jamal selaku ketua bahagian serta Budiman selaku wakil rakyat.

"Jawatan masing-masing tu boleh dimanfaatkan sebaiknya. Biar kalah pada jawatan, tapi menang khidmat kepada rakyat," tulisnya.

Sementara itu, pemilik akaun Facebook yang menggunakan identiti 'Jafri Selangor' pula meminta agar Budiman diangkat sebagai calon bagi kerusi Parlimen berkenaan.

"Jangan peningkan kepala. Pilih sahaja Budiman sebagai calon Parlimen Sungai Besar," katanya.

Noriah yang terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak 5 Mei lalu telah memasuki tempoh tiga penggal menjadi Ahli Parlimen Sungai Besar sejak Pilihan Raya Umum 2004.


Kedudukan Kerajaan Negeri Selangor goyah

Posted: 15 May 2016 10:37 PM PDT

OBT
 

SELEPAS DAP mengambil keputusan memecat keahlian Adun Teluk Datok, Loh Chee Heng kelmarin kerana didakwa menyalahgunakan peruntukan Dun, kedudukan Kerajaan Negeri Selangor kini dikatakan dalam keadaan kurang stabil.

Orientaldaily dalam laporannya semalam merumuskan sekiranya Chee Heng yang kini sudah bukan ahli DAP lagi, menjadi orang penting dalam pembentukan kerajaan negeri di Selangor.

Ini kerana, sekiranya Adun Teluk Datok itu memberi sokongan kepada BN dengan melompat  ke mana-mana parti komponen dalam BN, ini akan memberi peluang kepada Pas dan BN bergabung  menubuhkan kerajaan negeri bersama.

Pada PRU lalu, Pas mempunyai 15 Adun dalam Dun Selangor dan Umno mempunyai 12 Adun. Jika dicampur dengan Chee Heng dan seorang lagi Adun bebas, iaitu bekas Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Pas-Umno mempunyai 29 Adun berbanding Pakatan Harapan yang berjumlah 27 Adun.

Dengan kata lain, perbezaan dua kerusi ini akan memungkinkan kuasa tampuk kepimpinan kerajaan negeri Selangor boleh bertukar tangan pada bila-bila masa. Namun apakah Pas bersedia berpaling tadah meninggalkan rakan sekutunya, PKR untuk membentuk kerajaan baharu bersama Umno?

Kata akhbar ini lagi, inilah ujian yang dihadapi Menteri Besar, Azmin Ali untuk mengelakkan kerajaan negeri di bawah kepimpinannya terus berada dalam keadaan genting dan goyah.

Bagaimanapun, kata akhbar ini, Pas buat ketika ini masih tidak berganjak daripada pendirian dengan kekal bersama PKR dan DAP untuk sama-sama menerajui jentera kerajaan negeri. Tambahan pula, daripada 15 Adun Pas itu, dipercayai bukan semua wakil rakyatnya yang menyokong penubuhan kerajaan campuran dengan Umno.

Mengenai isu Kabinet baharu di Sarawak, hampir semua akhbar Cina semalam menumpukan laporan mengenai ketiadaan kaum Cina dilantik sebagai timbalan ketua menteri yang diumumkan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satim, kelmarin.

Terkejut dan kecewa. Itulah perasaan yang boleh digambarkan oleh masyarakat Cina di Sarawak khasnya kerana walaupun diperuntukkan sebanyak tiga jawatan timbalan ketua menteri, tidak ada seorang pun diwakili oleh kaum Cina.

Sin Chew Jit Poh melaporkan, walaupun pengundi Cina memberikan sokongan yang menggalakkan kepada BN dalam PRN minggu lalu, tetapi jawatan timbalan ketua menteri yang ditunggu-tunggu mereka selama ini tidak menjadikan kenyataan.

Pada sidang akhbar yang diadakan  Adenan kelmarin, beliau menafikan pernah berjanji akan memperuntukkan jawatan timbalan ketua menteri kepada kaum Cina, sebaliknya berkata, jawatan itu hanya akan diberikan jika SUPP menang dalam semua kerusi  ditandangi mereka dalam PRN lalu.

Akhbar ini mempersoalkan dengan tidak memperoleh timbalan ketua menteri dalam Kabinet negeri,
apakah kaum Cina di Sarawak akan terpinggir? Akhbar ini juga melontarkan pertanyaan apakah mungkin Cina di Sarawak telah salah faham akan janji yang dibuat oleh Adenan ketika kempen PRN lalu.

Adenan adalah seorang pemimpin yang berkaliber. Kata akhbar ini, beliau cuba menaburkan janji-janji yang menarik bagi mendapatkan seberapa banyak sokongan daripada masyarakat Cina.

Sama ada janji-janjinya ditunaikan ataupun tidak, apa yang diusahakan oleh Adenan sepanjang tempohnya sebagai ketua menteri  tetap dipuji dalam menjaga kepentingan semua kaum di Sarawak.

Kenyataan  Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mencadangkan kerajaan negeri Sarawak menggubal perlembagaan agar memperuntukkan empat jawatan timbalan ketua menteri sedikit sebanyak melegakan kaum Cina di negeri itu.

Cadangan menambah satu lagi kerusi timbalan ketua menteri itu dikatakan akan diperuntukkan kepada wakil Cina pastinya diterima baik dan disokong.


Pas pertaruh bekas calon PRU13 di Sungai Besar?

Posted: 15 May 2016 10:34 PM PDT

Pas pertaruh bekas calon PRU13 di Sungai Besar?
Mohamed Salleh M Husin (kiri), Muhammad Razali
 
 
SUNGAI BESAR – Pas Kawasan Sungai Besar dijanga mempertaruhkan empat nama kepada Majlis Syura Ulama sebelum mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat memutuskan seorang calon yang bakal dipilih mewakili parti itu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Antara nama yang disebut-sebut termasuklah bekas calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Mohamed Salleh M Husin yang hanya tewas majoriti 399 undi kepada calon BN, Allahyarhamah, Datuk Noriah Kasnon.

Mohamed Salleh yang disapa 'Cikgu Salleh' adalah Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan itu mempunyai pengaruhnya tersendiri, apatah lagi berjaya mengurangkan majoriti undi yang diperoleh Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan komoditi dalam PRU lalu.

Selain Mohamed Salleh, Pas juga bakal meletakkan calon pilihan parti itu iaitu, Yang Dipertua Pas Kawasan Sungai Besar, Mohd Fadzin Taslimin yang memimpin Pas kawasan itu sejak 25 tahun lalu.

Dua lagi calon yang turut disebut-sebut bakal menentang BN dalam PRK Sungai Besar termasuklah Ketua Urusan Ulama Pas Kawasan Sungai Besar, Nazri Sarbini dan Ketua Pemuda Pas Kawasan Sungai Besar, Muhammad Razali Saari.

Bagaimanapun, cakap-cakap politik meramalkan Muhammad Razali yang juga Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Sungai Panjang antara nama popular dan sesuai bertanding di kerusi berkenaan.

PRK Sungai Besar diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Turut terkorban dalam insiden itu, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.


Presiden Isma bebas tuduhan hasutan

Posted: 15 May 2016 10:30 PM PDT

Abdullah Zaik Abdul Rahman
Abdullah Zaik Abdul Rahman


KAJANG - Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd Rahman dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan mengeluarkan kata-kata hasutan berhubung kedatangan kaum Cina dan British ke Tanah Melayu, tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Kajang Noridah Adam sebentar tadi selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan prima facie pada akhir kes.

Bagaimanapun, Abdullah Zaik, 49, diperintah membela diri terhadap tuduhan pilihan menerbitkan artikel berbentuk hasutan di laman web.

Noridah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie pada pertuduhan pilihan.

Berdasarkan pertuduhan, Abdullah Zaik, 49, didakwa mengeluarkan empat ayat berbentuk hasutan tersebut di Jalan Medan Pusat Bandar 1A, Bandar Baru Bangi, Seksyen 9, pada 10 pagi, 6 Mei 2015.

Abdullah Zaik juga didakwa terhadap pertuduhan pilihan iaitu menerbitkan artikel berbentuk hasutan bertajuk 'Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British satu bentuk pencerobohan' melalui laman web ismaweb.net.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada tempat dan tarikh yang sama, antara 3 petang hingga 3.30 petang.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) dan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta yang sama.

Jika disabitkan, kesalahan pertama memperuntukkan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kedua pula boleh dipenjara sehingga lima tahun.


Kor Ming tarik balik status, janji tidak buat lagi

Posted: 15 May 2016 10:25 PM PDT

Kor Ming, Najib


KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah yang difailkan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terhadap Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming akhirnya selesai secara baik di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Kes itu selesai selepas Kor Ming menarik balik status bergambar yang didakwa memfitnah Najib dan Rosmah.

Pada prosiding di hadapan Hakim Siti Khadijah S. Hassan Badjenid,  peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili Najib dan Rosmah memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya menerima kenyataan kesal yang dibacakan peguam Alex Tan Chie Sian bagi pihak Kor Ming.

Chie Sian berkata, gambar yang dimuat naik berserta status 'Siapa PM Malaysia yang sebenar, Jawab!' diambil di China ketika perdana menteri dalam persiapan untuk pulang ke Malaysia selepas dimaklumkan berhubung kemangkatan Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah.

"Dengan itu saya melahirkan rasa kesal kerana gambar itu disalah tafsir dan diberi maksud luar daripada konteks.

"Saya dengan ini menarik balik status yang dimuat naik bagi merujuk kepada gambar itu dan berjanji untuk tidak menyiarkan status sama pada masa hadapan," katanya.

Sementara itu Mohd  Hafarizam memberitahu mahkamah, pihaknya menerima kenyataan kesal itu berdasarkan keikhlasan defendan menarik balik status bergambar itu dan akujanji untuk tidak mengulanginya.

Hakim Siti Khadijah S Hassan Badjenid kemudiannya merekodkan penghakiman persetujuan bagi penyelesaian kes saman berkenaan.

Saman atas kapasiti peribadi itu berhubung tindakan Kor Ming yang didakwa memuat naik status memfitnah mereka berdua di laman Facebook miliknya.

Dalam writ saman dan pernyataan tuntutan difailkan 11 Jun tahun lalu, Najib dan Rosmah mendakwa pada 29 Mac tahun lalu, Kor Ming memuat naik gambar mereka berdua berserta status dalam akaun Facebook atas namanya.

[ARIKEL BERKAITAN: Fitnah: Najib, Rosmah saman Nga Kor Ming]

Gambar dan status yang dimaksudkan adalah gambar Najib dan, Rosmah bersama beberapa menteri kabinet dan pegawai tertinggi Wisma Putra dalam sebuah bilik hotel di China.


Comments (0)