Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:20 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Usul tolak Azalina calon PRU 14 babit 8 ketua cawangan di Pengerang

Posted: 30 Apr 2016 11:49 PM PDT

DALIA ISMAIL


Samudin KambaliSamudin KambaliSebanyak lapan cawangan di Bahagian Umno Pengerang mengemukakan usul menolak Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai calon Pilihanraya Umum ke-14 kelak.

Usul menolak Timbalan Pengerusi Umno Bahagian Pengerang itu, oleh ketua-ketua cawangan adalah usul baru yang dikemukakan peringkat cawangan di negeri Johor dalam persidangan mesyuarat ketua cawangan di bahagian itu.

Setiausaha Kerja Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Johor, Samudin Kambali berkata, usul menolak Azalina bukan sahaja dibuat oleh ketua cawangan Felda Semenchu sebaliknya dakwa beliau, membabitkan tujuh lagi cawangan di bahagian sama.

"Selain Felda Semenchu ada tujuh cawangan lain turut menolak Azalina.

"Ini kerana beliau gagal memainkan peranannya sebagai seorang Ahli Parlimen Pengerang selama dua penggal.

"Azalina juga adalah seorang pemimpin yang mempunyai dua status karektornya 'pengkid' dan 'wanitanya' .

"Status pengkidnya amat sukar diterima oleh masyarakat di kawasan pendalaman di Pengerang.

"Lapan cawangan itu merayu BN tidak calonkan Azalina pada PRU 14 dan mohon mencalonkan pemimpin Melayu lain.

"Maknanya dua statusnya itu yang amat sukar difahami oleh segelintir orang kampung," katanya kepada Malaysia Dateline.

Samudin juga berkata, Azalina kurang memberikan tumpuan kepada kawasannya.

"Tiada apa kemudahan pun yang terdapat untuk rakyat di kawasan yang dipimpinnya.

"Malah beliau juga jarang hadir ke majlis yang diadakan di Pengerang bersama rakyat," dakwanya.

Beliau diminta mengulas mengenai tersebarnya kertas usul Persidangan Tahunan Umno Cawangan Felda Semenchu 2016 yang diviralkan sejak beberapa hari lalu.

Samudin berkata, jika lapan ketua cawangan menolak Azalina ia boleh dianggap sesuatu yang serius terutama membabitkan karektor menteri di jabatan perdana menteri itu.

"Lapan ketua cawangan di Pengerang turut kemuka usul tolak Azalina maknanya perkara yang amat seriuslah tu," ujarnya.

Datuk Seri Azalina Othman SaidDatuk Seri Azalina Othman SaidDifahamkan usul sama turut dibuat oleh Cawangan Pengerang dalam mesyuarat ketua cawangan pada 22 April dan usul yang dibawa Umno Cawangan Felda Semenchu pula bersidang pada 26 April lalu manakala enam cawangan lagi yang mengemukakan usul sama tidak didedahkan.

Bahagian Penggerang mempunyai 30 cawangan yang mana difahamkan 15 cawangan telah mengemukakan usul menyokong Muhyiddin dan meminta Majlis Tertinggi Umno membatalkan pengantungan jawatan Timbalan Presiden Umno itu serta mendesak Najib berundur.

Cawangan turut membawa usul lain antaranya menyokong penuh kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Khaled Nordin.

Usul meminta Presiden Umno berundur sebelum PRU14 dan  usul Penubuhan Suruhanjaya Diraja di bawah Majlis Raja-raja.

Dijangkakan jumlah cawangan yang mengemukakan usul sama akan meningkat sehingga berakhirnya Persidangan Mesyuarat Ketua Cawangan pada 1 Mei depan.

'Air sekeruh 'milo'. Janji PBB di Beting Maro bakal makan diri

Posted: 30 Apr 2016 11:33 PM PDT

ZAINULFAQAR YAACOB


Calon Amanah di Bating MaroCalon Amanah di Bating Maro


Mutu air rawat yang disalurkan ke kampung-kampung Melayu di sekitar DUN Beting Maro dikatakan tidak bersih, sekeruh air milo.

Isu ini menjadi buah mulut dan cakap-cakap orang Melayu setempat di Kampung Pusa, Kampung Beladin, Kampung Semarang dan Kampung Sepinang, yang ditemui pagi tadi.

Masing-masing mengaku, penyandang, ADUN Beting Maro, Razaili Gapor dari Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) sendiri berjanji untuk menangani isu malar segar ini sejak musim kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2010 lagi.

Namun, bagi Hipni Buhari, 38, berkata, isu bekalan air bersih masih tiada disalurkan ke kampungnya, di Sepinang.

"Kita orang Melayu beri undi kerana Razaili calon parti pemerintah yang ada kuasa bawa kemajuan di negeri ini, tetapi usahanya selesai itu air masih tidak nampak," jelas Hipni kepada pemberita.

Mohtada Dol, 56, bekas pesara tentera berkata, kelemahan parti pemerintah menangani isu ini seakan diambil kesempatan oleh calon-calon dari blok parti pembangkang.

PRN kali ini, Razaili dicabar oleh calon PAS, Hamidah Mokhtar dan calon Parti Amanah Negara (AMANAH), Hud Andri Zulkarnaen.

"Nampaknya calon-calon pembangkang pun lantang senada dengan orang tempatan, (iaitu) air ke Beting Maro bukan air bersih tapi 'air milo'," jelas beliau.

Mohtada bagaimanapun berkata, Razaili Gapor masih boleh mempertahankan kerusi ADUN Beting Maro jika menurunkan lebih banyak 'bantuan segera' lain seperti PRN 2010.

"Haji Razaili pada pilihan raya (negeri) dahulu pun dapat saingan kuat daripada pembangkang, cuma selepas pilihan raya itu, parti PAS tidak terus bawa isu air ini.

"Sekarang, PAS bawa 'muka baru' dan mereka akan lihat - adakah 'muka baru' ini akan hilang lima tahun lagi.

"Asal AMANAH itu pun (daripada) PAS, kalau 'muka baru' (daripada) AMANAH ini pun hanya muncul pada waktu begini (PRN) lima tahun sekali, orang kampung tak akan yakin macam PAS sekarang," jelas Mohtada lagi.

Zahara Ali, peniaga atas talian pula berkata, beliau yakin masalah bekalan air rawat di kampungnya, Kampung Pusa akan selesai jika blok pembangkang semakin kuat.

"Kalau kita tidak sokong PBB, kita tak beri undi kepada ADUN sini dahulu.

"Macam sekarang ada dua calon pembangkang, cubalah sokong PAS atau satu parti lagi (Amanah), biar pembangkang kuat di Sarawak (serta) kuat bawa isu air ini di DUN nanti," katanya.

Zahara bagaimanapun berkata, beliau dan suaminya yang bergelar 'pensyarah' di sebuah Universiti Awam di tanah air ink mungkin tidak lagi mengundi calon PAS, yang dianggap mesra Barisan Nasional.
PRN lalu, Razaili menang di DUN N.29 Beting Maro dengan 3,069 undi.

Penolong Setiausaha AMANAH, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus yang bertanding atas tiket PAS ketika itu tewas, dengan memperoleh 2,678 undi.

BN menang dengan hanya majoriti 391 undi sahaja.

Legasi cemerlang gabenor wanita berbaju kurung

Posted: 30 Apr 2016 11:30 PM PDT

SINAR HARIAN


Legasi cemerlang gabenor wanita berbaju kurung


KUALA LUMPUR - Beliau sering tampil berbaju kurung biru dengan paparan wajah tenang dan bersahaja, namun wanita ini lebih sinonim dengan ketegasannya sebagai gabenor sehinggakan diyakini serta disegani oleh masyarakat.

Tugas digalasnya sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) juga sukar - mengimbangi cabaran pengurusan termasuk menangani satu demi satu krisis kewangan, namun ia sedikit pun tidak menjejaskan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang terus mengekalkan reputasi cemerlangnya sehinggalah pada detik-detik akhir

tempoh 16 tahun mengemudi bank pusat berkenaan.

Bergelar gabenor wanita pertama Malaysia, Zeti disifatkan sebagai berkelayakan memikul tanggungjawab itu, malah sering dirujuk ketika tempoh sukar bagi menepis cabaran yang bertandang.

Namun pujian yang diterima enggan dibolot sendirian, sebaliknya beliau berulang kali menegaskan "ia adalah hasil kerja dan usaha secara berpasukan."

Zeti sememangnya mengagumi kegigihan dan komitmen para pekerja BNM menjayakan mandat bank pusat itu dan atas dasar itu, kejayaan yang datang enggan dikaitkan atas kapasitinya sebagai individu.

"Saya tidak melakukannya secara sendirian, sebaliknya disokong pasukan yang padu," katanya sambil memberi jaminan bahawa institusi itu kekal kukuh serta berdaya tahan selepas persaraannya.

Baginya, keupayaan mengurus cabaran, termasuk krisis adalah antara pencapaian BNM selain kejayaan aspek penyepaduan kewangan serantau dan pembangunan kewangan Islam yang diiktiraf kalangan masyarakat antarabangsa.

"Sudah pasti ia sesuatu yang menggembirakan apabila dapat menyaksikan (pencapaian) itu sepanjang tempoh kerjaya. Namun, ini hasil usaha berkumpulan dan saya amat bertuah dapat mengetuai pasukan ini," katanya.

Mengulas antara perkara yang diharapkan mampu disempurnakan BNM, Zeti berkata : "Saya berharap yang kita dapat menyegerakan usaha peralihan kepada e-pembayaran. BNM sendiri turut mengutamakan perkara ini kerana manfaatnya yang besar."

Sudah pasti, antara pertanyaan yang sering dilontarkan kepada wanita ini adalah mengenai penggantinya.

Malah, sewaktu menghadiri majlis taklimat untuk pengarang kanan sebelum ini, Zeti menegaskan penggantinya itu seharusnya diterima pasaran.

"Ia lebih kepada bagaimana orang ramai berkeyakinan bahawa anda melakukan perkara betul dan anda berupaya melakukannya serta keyakinan mereka bahawa anda boleh melakukannya," tegasnya.

Ternyata, gambaran itu menepati legasi dirinya sebagai gabenor yang bukan setakat diterima pasaran mahupun kalangan penggiatnya, malah ulasan serta respon Zeti terhadap sebarang isu berbangkit, sememangnya sesuatu yang dinantikan.

Malah, penggantinya iaitu Datuk Muhammad Ibrahim juga memiliki kemampuan itu selain dihormati dan dipercayai oleh industri kewangan.

Bagi prospek masa depan, Zeti memberi jaminan bahawa BNM berada pada kedudukan kukuh berikutan asasnya yang berpaksikan kekuatan barisan tenaga pekerjanya.

BNM turut melabur dalam pembangunan modal insan secara berterusan bagi memastikan kakitangannya sentiasa memiliki pelbagai kemahiran, cekap, komited serta tinggi nilai integriti.

Zeti adalah graduan jurusan ekonomi Universiti Malaya dan memperolehi Ijazah Doktor Falsafah daripada University of Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Memulakan kerjaya beliau sebagai penyelidik ekonomi di Pusat Latihan dan Penyelidikan Bank Pusat Asia Tenggara (SEACEN) dari tahun 1979 hingga 1984, beliau menyertai BNM pada 1985 dan menjadi Gabenor yang ketujuh pada Mei 2000, jawatan yang dipegang hingga akhir April 2016.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Perwakilan BNM di London, bertugas sebagai Ketua Pakar Ekonomi dan Ketua Jabatan Ekonomi BNM dan dilantik Timbalan Gabenor yang bertanggungjawab untuk ekonomi, pengurusan rizab, operasi pasaran wang dan asing serta kawalan pertukaran.

Ketokohan Zeti menyerlah berikutan keberanian beliau semasa kemuncak krisis kewangan Asia, yang menyaksikan pelantikannya sebagai Pemangku Gabenor pada 1 September 1998, jawatan yang dipegang selama dua tahun.

Beliau dan pasukannya mempunyai peranan penting dalam menguruskan sistem kewangan semasa krisis tersebut yang akhirnya membawa kepada pemulihan ekonomi Malaysia yang kukuh.

Mekanisme yang diperkenalkannya tidak disenangi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) kerana kawalan modal yang diperkenalkan ternyata beralih daripada pendekatan konvensional bagi pengurusan sistem ekonomi dan kewangan, namun terbukti berjaya membantu Malaysia menempuh krisis itu.

"Ia memang sukar bagi sebuah bank pusat di negara sedang pesat membangun untuk beralih daripada konvensional. Anda perlu benar-benar pasti bahawa sebagai sebuah organisasi, kita berdiri atas asas yang kukuh dan pasti dengan matlamat yang ingin dicapai selain memiliki keupayaan untuk merealisasikannya," katanya yang dipetik sebelum ini.

Bukan sahaja beliau telah membantu memacu ekonomi melalui krisis kewangan Asia 1998 dan menghadapi krisis kewangan global 2009, beliau turut mendapat pujian sebagai suara ekonomi sedang pesat membangun yang mahu mereka mempunyai peranan lebih besar dalam ekonomi global.

Beliau dan pasukannya turut terlibat dalam transformasi sistem kewangan Malaysia, menjadikannya kukuh, stabil dan berdaya tahan untuk menghadapi ketidaktentuan dan kejutan masa depan.

"Pusat pertumbuhan masih bertumpu di negara sedang pesat membangun. Walaupun kita memperakui penyederhanaan dalam pertumbuhan di negara sedang pesat membangun, kita masih mewakili pusat pertumbuhan dalam ekonomi global," kata beliau baru-baru ini.

Dilahirkan di Johor Bahru pada 27 Ogos, 1947, Zeti merupakan anak tunggal kepada tokoh ilmuwan terkenal, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz dan tokoh budayawan negara, Allahyarham Sharifah Azah Mohamed Alsagoff atau lebih dikenali sebagai Puan Azah Aziz.

Bapanya yang lebih dikenali sebagai Ungku Aziz adalah bekas Naib Canselor Universiti Malaya dari 1968-1988, ahli akademik dan ahli ekonomi terkenal, merupakan individu yang bertanggungjawab mengilhamkan penubuhan Tabung Haji yang telah membantu ramai umat Islam dalam menunaikan ibadah haji.

Ibu beliau, Allahyarham Puan Azah Aziz, seorang ikon budaya Melayu yang terkenal dan dihormati yang memperjuangkan dalam memelihara budaya Melayu tradisional sebenar.

Allahyarham turut dikenali dengan penampilannya yang sering berbaju kurung, ciri yang turut diterapkan kepada anak perempuannya.

Seiringan Zeti dalam sektor kewangan, keluarga ini selayaknya mendapat penghargaan daripada rakyat Malaysia di atas sumbangan cemerlang mereka kepada masyarakat dan negara.

Sementara itu, antara pengiktirafan kepada Zeti termasuklah terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance pada 2009, Tokoh Ma'al Hijrah 1432H pada 2010 dan menerima penarafan Gred A untuk ketua bank pusat kali ke-10 oleh majalah kewangan Global Finance.

Beliau berkahwin dengan Datuk Dr Tawfiq Ayman dan mereka mempunyai dua anak. - Bernama

KALAU NAJIB PUN TAK TAHU, PENCACAI LAGILAH TAK TAHU APA-APA

Posted: 30 Apr 2016 11:27 PM PDT

shahbudindotcom

 


Berucap di Johor Bahru, Jumaat lalu, Muhyiddin Yassin membidas Najib Razak yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tidak tahu mengenai transaksi kewangan 1MDB yang tidak dapat disahkan berjumlah AS$7 bilion atau RM28,000 juta, meskipun sudah didedah dalam Laporan PAC, baru-baru ini.

"AS$7 bilion mengalir kepada pihak yang tak tahu siapa terima, siapa yang luluskan?

"Najib perlu bertanggungjawab, tapi dia tak pernah jelaskan soal itu," kata Muhyiddin di depan ribuan hadirin.

Sebetulnya memang Najib tak tahu apa-apa pun, yang beliau tahu hanyalah tandatangan saja. Sebab itu, bukan saja duit hilang dia tak tahu, duit SRC International masuk dalam akaun sendiri pun dia tak tahu.

Mujur dia masih tahu berbelanja dan agih-agihkan duit daripada akaun peribadinya. Itulah Najib....
Pencacai?

Kalau Najib tak tahu, pencacai lagilah tak tahu apa-apa. Tak hairan mengapa jawapan mereka bukan saja berbeza-beza, tapi semuanya tak betul belaka. Mereka jawab main bedal saja, mungkin ikut berapa banyak dedak yang diterima.

Sekarang ini bila semakin banyak isu 1MDB terdedah, semua diam belaka. Rahman Dahlan, Salleh Said Keruak, Shabery Cheek, Azalina Othman Said, Nazri Aziz, Annuar Musa, Ahmad Maslan dan yang lain-lain semuanya sudah hilang suara mengenai 1MDB.

Hakikatnya, Najib dan pencacainya sama saja - tak tahu apa-apa. Itulah wajah pemimpin dan kerajaan yang kita ada.


Gempa bumi lemah landa Ranau

Posted: 30 Apr 2016 11:24 PM PDT

SINAR HARIAN


Jabatan Meteorologi Malaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia


KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi lemah bermagnitud 2.6 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada 11.39 malam tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, pusat gempa berada pada koordinat 6.0 darjah utara dan 116.6 darjah timur, iaitu 11 kilometer barat dari Ranau.

Menurut kenyataan itu gegaran turut dirasai di Ranau. - Bernama


JDT tebus maruah, benam Kedah 3-1

Posted: 30 Apr 2016 11:21 PM PDT

JDT tebus maruah, benam Kedah 3-1
Pemain JDT meraikan kemenangan mereka selepas mengalahkan Helang Merah, malam tadi. - Foto Facebook Johor Southern Tiger
 

LEPAS geram, Skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) akhirnya berjaya menebus kekecewaan apabila berjaya membenam Kedah 3-1 menjadikan agregat 4-3 di Stadium Tan Sri Dato Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

‎Perlawanan sengit tersebut, menyaksikan Harimau Selatan menempah slot ke peringkat akhir, Superbest Piala FA 2016 sekali gus menutup aib tewas di tangan Lang Merah pada pertemuan separuh akhir pertama di Stadium Darul Aman.

Bermula babak pertama, Skuad kendalian Mario Gimez bijak mengatur langkah dengan beberapa serangan berjaya dihasilkan namun gagal membolosi gawang lawan.

Import JDT, Pareyra Diaz memecah kebuntuan apabila meledak masuk gol pertama tuan rumah pada minit ke-24 selepas gagal dikawal kemas pertahanan lawan.

Ketajaman jentera tengah Harimau Selatan juga dilihat menjadi punca Skuad Lang Merah gagal menemui rentak dan melakukan beberapa kesilapan awal.

Babak kedua bermula, melihatkan penguasaan Lang Merah apabila bijak mengasak 'back four' pasukan lawan namun gagal menemui penyudah.

Walau bagaimanapun, gandingan padu antara dua penyerang JDT, Martin Lucero dan Pareyra Diaz berjaya menghasilkan gol kedua tuan rumah pada minit ke 53.

Tersentak dengan gol tersebut, pemain gantian lawan, Fakri Saarani yang tidak dikawal ketat berjaya mengikat kedudukan agregat buat sementara menerusi rembatan kemas terus ke gawang JDT pada minit ke 61.

Kegembiraan Lang Merah akhirnya dihentikan pada babak-babak akhir perlawanan iaitu selepas Diaz meledak masuk gol ketiga pasukan. Keputusan kekal 3-1 hingga wisel penamat.


Najib: Ahmad Razif kekal MB Terengganu

Posted: 30 Apr 2016 11:13 PM PDT

Ahmad Razif Abd Rahman
Ahmad Razif Abd Rahman


SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan Ahmad Razif Abd Rahman kekal sebagai Menteri Besar Terengganu dan akan terus berkhidmat seperti biasa.

Menurut Najib, dalam pertemuannya dengan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin semalam, kata sepakat telah dicapai agar Ahmad Razif kekal dengan jawatan yang disandangnya itu.

"Semalam saya menghadap Sultan Mizan berhubung isu kedudukan menteri besar Terengganu, dan hasil kesimpulan pertemuan ini, kami mencapai kata sepakat untuk meneruskan Ahmad Raziff sebagai menteri besar.

"Saya harap selepas ini tiada lagi timbul sebarang persoalan dan andaian mengenai kedudukan beliau," kata Najib dipetik Astro Awani.

Jelasnya, tumpuan ketika ini adalah untuk memastikan pentadbiran dan pembangunan berjalan lancar di Terengganu.

Najib bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai pertemuan beliau dengan Sultan Mizan pada sidang media selepas menghadiri Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2016 di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara, hari ini.

Sultan Mizan sebelum ini melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif berkuat kuasa Jumaat 22 April.

Perdana Menteri kemudian memutuskan untuk menghadap Sultan Terengganu bagi membincangkan mengenai kedudukan Ahmad Razif sebagai menteri besar susulan kontroversi itu.


Kempen semakin sengit, BN umpan kereta, Pas guna gambar Nik Aziz

Posted: 30 Apr 2016 11:11 PM PDT

ARIF ATAN


Hanya gambar almarhum Tok Guru Nik Aziz diguna tanpa penonjolan Hadi Awang dalam kempen di N29 Beting MaroHanya gambar almarhum Tok Guru Nik Aziz diguna tanpa penonjolan Hadi Awang dalam kempen di N29 Beting Maro


Bermodalkan dana yang melimpah, BN dilihat menggunakan apa cara sekalipun umpan untuk memancing 1,138,650 pengundi pada 7 Mei ini.

Di N.43 Daro dan N.44 Jemoreng, dua daripada 13 kerusi ditandingi Amanah, BN menawarkan hadiah lumayan untuk menarik kehadiran orang ramai ke program kempen yang dijadualkan akan dihadiri oleh Najib.

Berlangsung hari ini, hadiah cabutan bertuah berupa sebuah kereta Proton dan dua unit motosikal itu dikatakan belum pernah ditawarkan dalam mana-mana lawatan Najib yang juga Pengerusi BN ke Sarawak sebelum ini.

Untuk rekod, kedua-dua kerusi Dun itu yang berada dalam Parlimen Igan masing-masing mempunyai seramai 8,491 dan 9,699 pengundi.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2011, BN melalui parti tulang belakangnya di Sarawak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menang dengan majoriti undi yang dilihat cukup selesa.

Di Daro, calon PBB-BN, Murni Suhaili menang dengan majoriti 3,197 undi manakala Abu Seman Jahwie menang di kerusi Jemoreng dengan majoriti 2,926 undi.

Selain itu, Pas juga dilihat dalam situasi terdesak memandangkan PRN ke-11 kali ini menyaksikan pertembungan dengan Amanah yang lahir akibat kepincangan kepimpinan Pas di bawah Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Pas berentap dengan Amanah di lima kerusi Dun iaitu di Beting Maro, Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya dan Sebuyau.

Di Beting Maro, Pas diketahui umum berharap untuk menyambut 'anak sulung' pada PRN kali ini memandangkan penyandang, Ghazali Gapor dari PBB hanya mendapat majoriti tipis 391 undi pada PRN 2011. Bahkan, pada PRN ke-10 itu, Pas dikatakan berhabis wang lebih RM1 juta sepanjang tempoh berkempen.

Barangkali menyedari pendekatan politik mereka yang sudah jauh berbeza pada masa ini, Pas dilihat cuba "menyembunyikan" imej Presiden yang ditaati, Hadi Awang dalam kempen mereka.

Hal ini dapat dilihat dengan penonjolan hanya gambar Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada lencana kempen yang diedarkan di Beting Maro.

Sumber memberitahu, sekumpulan ahli Pas mengagihkan bahan kempen itu yang turut memaparkan calon Hamidah Mokhtar ketika beliau berada di sekitar Hotel Phoenix Inn, Kalok di Pusa baru-baru ini.

Aktivis Amanah itu berpendapat Pas mungkin tidak menyedari BN telah membawa masuk lebih 3,000 pengundi baharu di Beting Maro pada PRN kali ini.

Untuk rekod, seramai 226 calon bertanding pada PRN yang kali pertama Sarawak di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dengan 111 daripadanya adalah dari enam parti pembangkang.

Selain Amanah yang bertanding di 13 kerusi, PKR mempertaruhkan 40 calon manakala 31 kerusi ditandingi DAP dan Pas hanya di 11 kerusi Dun.

Parti pembangkang di Sarawak, Parti Reformasi Negeri (Star) bertanding di 11 kerusi manakala Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS) bertanding di lima kerusi.

Husam puji manifesto Pas di Sarawak, mahu turut digunapakai dalam parti

Posted: 30 Apr 2016 11:06 PM PDT

 MALAYSIA DATELINE


Kemungkaran mesti dicegah segera halang mudarat dan bala AllahKemungkaran mesti dicegah segera halang mudarat dan bala Allah


Yang Dipertua Pas Kubang Kerian, Dato' Husam Musa memuji manifesto Pas dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak yang memasukkan "semak dan imbang" dalam peranan di Dun sekiranya dipilih rakyat namun mahu pendirian itu digunapakai sepanjang masa termasuk urusan dalaman parti.

"Apabila saya memberi pandangan berbeza berkenaan apa yang berlaku dalam parti maknanya saya memainkan peranan "semak dan imbang" maka harus diterima dengan terbuka dan bukannya terus diugut untuk diambil tindakan dan diperlekehkan dengan pelbagai cara," katanya dalam ceramah kempen selamatkan Malaysia di Rantau Panjang malam tadi.

Maksud semak dan imbang juga menurut beliau ialah terus menerus menegur kerajaan bila berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa yang pasti merugikan rakyat dan negara.

"Ketika negara berada dalam keadaan tertekan dengan penyelewengan besar seperti skandal 1MDB sekarang, kita sebagai orang Islam yang diberi amanah perlu bangkit menyatakan penentangan terhadap kemungkaran yang berlaku," katanya.

Menurutnya usaha kempen tandatangan deklarasi rakyat sekarang katanya harus disertai semua pihak kerana selain bertindak bagi pihak rakyat tertindas ini adalah kewajipan agama.

"Islam ajar kita bila kita melihat kemungkaran, mesti dicegah dengan keupayaan yang ada pada kita," katanya.

Beliau bagaimanapun hairan hadis tentang mencegah kemungkaran ini semakin kurang didengar kebelakangan ini.

"Bila berhadapan kemungkaran kerajaan pimpinan (Datuk Seri) Najib sekarang ada pihak yang memberi pelbagai alasan untuk tidak bersama rakyat yang ingin menghentikan kemungkaran besar dengan menurunkan beliau sebagai perdana menteri," katanya.

Ada pula katanya membawa hujah kononnya tidak syari'e menurunkan perdana menteri sebelum tempohnya tamat.

"Dalam amalan negara ini, Tunku Abdul Rahman, Tun Husein Onn dan Tun Abdullah Badawi telah berhenti sebelum tiba waktu pilihan raya, mengapa pula bila rakyat mahu Najib turun sekarang ada yang mengaku Islam berkata tidak boleh," katanya.

Beliau turut menceritakan kisah Hilful Fudhul di mana baginda Nabi SAW sewaktu muda dan belum dilantik menjadi rasul telah menyertai satu deklarasi tokoh-tokoh Mekah untuk membela golongan yang ditindas pembesar Mekah.

Menurutnya, apabila berlaku perbuatan merosakkan rakyat dan negara kita tak boleh bertangguh kerana membiarkan mereka yang berkuasa melakukan jenayah dan kemungkaran akan menyebabkan kerosakan yang besar.

Gerakan Selamatkan Malaysia yang kini disertai semua pihak yang prihatin dari pelbagai parti dan kumpulan menurut beliau akan terus menerus dibuat dengan pelbagai cara hingga rakyat bebar-benar terbela.

"Sekarang kita mahu setiap orang menurunkan tanda tangan deklarasi ini untuk diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong supaya menasihati Najib supaya turun dan memenuhi tuntutan-tuntutan rakyat yang mahukan keadilan terlaksana," katanya.

Elak tindas pekerja asing, perangi rasuah, kata MTUC

Posted: 30 Apr 2016 11:02 PM PDT

ARIF ATAN


Florida kiri dan Adrian dalam forum tentang hak pekerja asing di Kuala LumpurFlorida kiri dan Adrian dalam forum tentang hak pekerja asing di Kuala Lumpur


Kerajaan digesa supaya mempunyai kesungguhan politik bagi mengelak penindasan ke atas golongan pekerja asing berterusan.

Penyelaras Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Florida A. Sandanasamy berkata, isu paling mendesak dan menindas hak pekerja imigran adalah gejala rasuah dalam kalangan pihak berkuasa.

"Itu masalah paling utama kerajaan bahkan di kebanyakan negara lain ketika ini, masing-masing dilihat jaga kepentingan sendiri saja," ujarnya dalam forum "Pekerja Imigran: Adakah Mereka Bukan Manusia?" di ibu negara baru-baru ini.

Sehubungan itu, Florida menyarankan masyarakat mengambil tindakan merakam gambar atau video; merekod audio serta mencatat nombor anggota berkuasa apabila melihat sebarang kejadian peras ugut yang sedang berlaku.

Selamat Hari PekerjaSelamat Hari PekerjaHal yang sama juga diakui oleh Pengarah Eksekutif NGO North South Initiative (NSI), Adrian Pereira apabila mengaitkan faktor gaji diterima anggota pihak berkuasa dengan gejala memeras wang daripada migran.

"Polis sendiri gaji rendah. Imigresen dan Rela pun ada 'pow' (peras wang) pekerja imigran. Ya, bukan semua buat begitu tapi itulah banyak aduan mangsa kepada pihak NGO.

"Ini fakta yang tidak boleh kita nafikan. Siapa nak perjuangkan gaji setimpal dan lebih tinggi untuk anggota berkuasa?

"Di Amerika dan Singapura contohnya, gaji polis dibayar tinggi untuk mengelak mereka terdorong melakukan rasuah.

"Denda yang sangat teruk dengan banyak hak akan dilucutkan kalau didapati mereka terlibat dengan rasuah kerana dianggap menggadaikan kepercayaan kerajaan," ujarnya yang telah 30 tahun terlibat dalam NGO yang memperjuangkan golongan terpinggir.

Kerja 16 jam

Mengulas kitaran eksploitasi ke atas pekerja imigran, Adrian berkata, pelbagai pihak terlibat menindas mereka termasuk ke atas tujuh juta pekerja asing yang dilaporkan berada di negara ini.

"Pekerja imigran adalah satu komoditi sumber manusia. Di tempat kerja, tenaga mereka diperah untuk bekerja ada sehingga 16 jam sehari. Itu sudah jelas eksploitasi.

"Pemerdagangan manusia pula berlaku kerana wujudnya rantaian daripada ejen di negara asal sehingga ke penyeludup di negara transit atau destinasi," jelasnya di hadapan kira-kira 50 hadirin di Restoran Amjal, Jalan Pantai Baharu.

Sehubungan itu, beliau berpendapat kadar gaji bagi sektor diceburi pekerja migran perlu diselaraskan di peringkat rantau ini bagi mengekang ugutan di pihak kapitalis.

"Sektor swasta dan ahli politik yang berfikiran liberal ekonomi kata, kalau naik gaji (atau laksanakan gaji minima pekerja), kami lari ke Vietnam, China. Afrika pun pekerja di sana boleh diberi AS$1.

"Dalam percaturan ini, kita harus samaratakan gaji. Syarikat tak boleh peras ugut kerajaan mahu pindah operasi ke negara yang boleh beri kadar upah lebih rendah. Ada banyak undang-undang untuk melindungi hak pekerja migran tetapi banyak juga limitasi," tambah Adrian lagi dalam program anjuran gerakan Kuliah Buku (Kubu) lagi.

Untuk rekod, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dalam Laporan Tahunan 2014 ada menyeru kerajaan yang ketika itu Pengerusi Asean supaya segera memuktamadkan dokumen Pengisytiharan Asean mengenai Perlindungan dan Promosi Hak Pekerja Migran yang telah diterima pakai pada 2007.

Buruh asing, peluang kerja dan eksploitasi KWSP bukti BN bersandiwara

Posted: 30 Apr 2016 11:00 PM PDT

ARIF ATAN


Kerajaan belum beri perhatian cukup untuk kebajikan pekerjaKerajaan belum beri perhatian cukup untuk kebajikan pekerjaSlogan rakyat didahulukan hanyalah satu skrip dongeng sandiwara kerajaan Barisan Nasioan (BN) jika kerajaan gagal menjaga kebajikan rakyat terutama dalam isu-isu berkaitan pekerjaan, tegas Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil.

Menurutnya, pemantauan dan tindakan undang-undang yang tegas perlu diambil bagi mengekang eksploitasi majikan terhadap hak-hak pekerja.

Hal ini, ujarnya, termasuklah tunggakan dan kelewatan bayaran gaji, kegagalan bayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), lebihan waktu bekerja serta pengurusan keselamatan di tempat kerja.

Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan supaya tidak lagi mengeksploitasi wang KWSP bagi tujuan tujuan 'bail-out' syarikat milik negara kerana KWSP adalah satu 'privilege' golongan pekerja.

"Seharusnya, dividen dibayar lebih tinggi kepada pencarum dan bukannya keuntungan disapu oleh kerajaan," tegasnya.

Mengulas usaha dalam mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, Faiz berkata, kerajaan perlu mengambil langkah transformasi yang efisien dan drastik termasuk melakukan pemulihan ekonomi negara pada kadar segera.

"Ribuan pekerja tempatan sekarang menganggur akibat tindakan 'retrenchment' yang diambil oleh majikan termasuk syarikat-syarikat gergasi negara seperti MAS, Petronas, Shell, Proton, Perodua, Naza, Hong Leong Bank, RHB Bank, Motorola, Ranhill dan pelbagai lagi syarikat industri kecil dan sederhana.

"Keadaan ekonomi yang lembap ini juga telah mengakibatkan lebih 400,000 graduan masih tidak mempunyai pekerjaan.

"Perkara ini adalah sesuatu yang membimbangkan terutama anak muda yang terbelenggu dengan pinjaman pendidikan yang pastinya menjejaskan langkah awal untuk mereka mengharungi kehidupan baharu," jelasnya.

Oleh yang demikian, beliau menggesa supaya belanjawan negara dikaji semula dengan menyuntik lebih banyak dana selain meluluskan tuntutan gaji minima sebanyak RM1,500 sebulan.

"Pemborosan perbelanjaan dalam pengurusan, ketirisan dan korupsi dalam pembangunan perlu dihentikan dengan memulihkan integriti tata kelola pentadbiran negara agar keyakinan pelabur antarabangsa dikembalikan.

"Maka, pengunduran Datuk Seri Najib Razak daripada jawatan Perdana Menteri adalah langkah ke arah satu transformasi total dan ampuh sistem pemerintahan dan ekonomi negara," tegasnya lagi.

Demi rakyat, Adun bukan Umno di Terengganu perlu diberi peruntukan

Posted: 30 Apr 2016 10:58 PM PDT

 ARIF ATAN


Sebagai anak jati Terengganu saya mengikuti dengan teliti perkembangan politik TerengganuSebagai anak jati Terengganu saya mengikuti dengan teliti perkembangan politik Terengganu


Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mencadangkan agar kerajaan minoriti Umno di Terengganu memberi sedikit peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang bukan dari Umno agar seluruh rakyat di negeri itu mendapat khidmat wakil rakyat masing-masing yang sewajarnya.

Beliau berkata, hasil perbincangan dengan pemimpin daripada partinya dan Amanah Terengganu, mereka mendapati pendekatan tersebut perlu dipertimbangkan bagi mengurangkan ketidaktentuan politik ketika pentadbiran kerajaan perlu menumpukan usaha-usaha menambah hasil negeri.

"Sebagai anak jati Terengganu, saya mengikuti dengan teliti perkembangan politik Terengganu yang terus bergolak sejak dua tahun lepas. Saya mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa dengan Azan Ismail (Adun Bandar), Pengerusi PKR Terengganu dan Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Terengganu), Pengerusi Amanah Terengganu.

"Hakikatnya ketidakstabilan politik di Terengganu yang berpunca dari perpecahan dalaman Umno Terengganu yang parah akan terus memangsakan rakyat Terengganu yang masih lagi rata-ratanya membawa pulang pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 sebulan," ujarnya yang juga Setiausaha Agung PKR.

Mengakui suasana politik di Terengganu lebih banyak ditentukan oleh Umno dan Pas yang dilihat sama kuat ketika Pakatan Harapan mempunyai pengaruh besar di pantai barat, beliau berkata, kedudukan Dun Terengganu pada masa ini menyebabkan kemelut pentadbiran hanya boleh diredakan buat sementara waktu oleh Umno dan Pas sahaja.

Sehubungan itu, Rafizi menyeru supaya pimpinan Umno dan Pas di Terengganu mempertimbangkan supaya Umno terus membentuk kerajaan negeri tetapi berfungsi sebagai kerajaan minoriti.

"Walaupun ia kerajaan minoriti, pentadbiran Umno di Terengganu boleh kekal stabil dengan syarat blok kedua terbesar iaitu PAS memberi jaminan ia tidak akan membuat sebarang undi tidak percaya kepada pentadbiran Umno itu sehinggalah Pilihanraya Umum 14 (PRU14) kelak," tambahnya lagi.

Adenan cuba jadi jaguh NCR, proses pemberian geran tanah penduduk terbengkalai

Posted: 30 Apr 2016 05:37 PM PDT

ZAINULFAQAR YAACOB


Rakyat menunggu geran bertahun tahunRakyat menunggu geran bertahun tahun


Ketika Ketua Menteri Sarawak Tan Seri Adenan Satem sibuk kononnya membela rakyat berkait isu Tanah Adat bumiputera (NCR), penduduk terus dipermain dengan proses pemilikan tanah yang tidak diselesaikan bertahun-tahun.

Seperti berlaku kepada penduduk kampung Bako dan kampung Sejingkat dekat DUN Demak Laut sehingga kini tidak diberi geran tanah, sungguhpun agensi Kerajaan Negeri Sarawak kira-kira dua tahun lalu turun mengukur tanah berwajib di sini.

Mengulas lanjut, Pengerusi Amanah Negeri, Mohamad Fidzuan Zaidi berharap Tan Sri Adenan Satem supaya segera menyelesaikan isu berbangkit tersebut sekiranya Ketua Menteri itu mahu dikenali sebagai 'juara isu tanah'.

"Selain isu NCR (Tanah Hak Adat Bumiputera), tanah orang kampung juga banyak masih tiada geran.
"Kerajaan Negeri ada sukat tanah penduduk kampung, tetapi tak beri geran sampai sekarang," kata Mohd.

Fidzuan yang juga Calon Demak Laut, selepas majlis bertemu pengundi muda di Kampung Sejingkat di sini, petang tadi.

Beliau berkaya demikian ketika mengulas laporan akhbar Utusan Sarawak hari ini berjudul, "Bukannya Pembangkang kerana tanah NCR sudah beribu-ribu hektar disukat, Adenan 'juara' isu tanah NCR".

Kata Mohamad Fidzuan lagi, penyandang, ADUN Demak Laut, Dr. Hazland Abang Hipni sepatutnya menyelesaikan isu berbangkit tersebut sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) 2011 dahulu, bukan menabur janji sekali lagi seperti sekarang.

Pada PRN lalu, Dr Hazland yang mendapat mendapat 5,522 undi berjaya mempertahankan kerusi BN dengan majoriti 3,752 undi, menewaskan Ali Hossen Abang (PKR) yang memperoleh hanya 1,770 undi.

Biar lebih ramai katak dan lalang

Posted: 30 Apr 2016 05:26 PM PDT

Oleh Khairul Naim Rafidi


Gelaran seperti katak dan lalang adalah perkara yang kecil jika dibandingkan dengan isu masa depan negara kita.
 
 
politik-malaysia
 

Terdapat beberapa istilah popular yang ditujukan kepada individu yang tidak tetap pendirian politiknya. Antara yang sering kita dengar adalah seperti lalang, dan katak.

Lalang dan katak ini selalunya merujuk kepada individu yang pendirian politiknya sentiasa berubah. Dalam erti kata yang lain, orang yang tidak tetap pendirian dan sering bertukar pandangan.

Misalnya, minggu lepas sokong parti/pihak x, kemudian minggu hadapan menyanggah parti/pihak x dan menyokong pula parti/pihak y.

Di Malaysia, antara tokoh terkenal yang pernah mendapat gelaran ini adalah Ibrahim Ali, Zaid Ibrahim, Saifuddin Abdullah dan ramai lagi.

Tetapi, nama-nama yang saya sebut itu adalah figura dalam kalangan orang besar dan pemain politik. Isu kita hari ini berbeza sedikit kerana ia adalah tentang rakyat biasa. Rakyat yang tidak tahu hendak ke mana.

Sebagai rakyat biasa, saya tidak malu untuk mengaku bahawa saya juga pernah menjadi 'tukang label' atau 'labelist' terhadap individu yang tidak tetap pendirian ini. Hal ini kerana pada waktu itu, orang muda sememangnya memerlukan entiti dan pendekatan yang baru.

Tambahan pula, adalah menjadi suatu kemestian untuk seluruh rakyat terutama anak muda bersatu di bawah panji baru untuk masa depan negara ini.

Sehingga sekarang, saya masih berpendapat bahawa prinsip dan pendirian seseorang tidak boleh sewenang-wenangnya berubah tanpa sebarang alasan yang kukuh dan rasional.

Namun begitu, apabila melihat senario negara kita sekarang saya secara tiba-tiba melihat bahawa negara kita memerlukan lebih ramai katak dan lalang. Kenapa saya begitu mudah berkata begitu?

Jangan main-main dengan kuasa rakyat

Hal ini kerana hampir semua parti/pihak yang terlibat dengan politik di Malaysia menghadapi krisis besar sekarang.

Satu pihak panas dengan krisis tuduhan skandal, rasuah, penyelewengan dan korupsi. Manakala, pihak lagi satu pula mempunyai masalah perebutan kerusi, bergaduh sesama sendiri dan berbagai-bagai lagi krisis dalaman yang pasti menyesakkan.

Saya faham, politik di Malaysia memang memerlukan taktik, pendekatan dan permainan yang licik.

Dalam kata mudah, rukun dan kebiasaan dalam politik kekuasaan memerlukan strategi dan pergerakan yang ligat. Namun, usahlah kita menjadikan taktik dan isu survival ini sebagai suatu alasan untuk bermain-main dengan kuasa rakyat.

Parti/pihak yang terlibat dengan politik harus serius dan tidak boleh sesuka hati melakukan apa sahaja sehingga menolak kepentingan rakyat demi penerusan kekuasaan politik.

Politik ini adalah sesuatu yang berkisar tentang rakyat dan rakyat tidak boleh diketepikan walau seinci pun.

Dalam masa yang sama, jangan pernah berselindung di bawah slogan rakyat, tetapi hakikatnya sering bertindak untuk kepentingan si polan dan si polan.

Saya tidak kata menjadi katak dan lalang itu bagus. Tetapi, dalam keadaan seperti ini, apa pilihan yang kita ada apabila orang hanya bermain dengan politik untuk kekuasaan semata dan bukan untuk kesejahteraan sejagat?

Amaran harus diberikan kepada pihak yang suka bermain-main dengan kuasa rakyat. Keadaan kita tenat.

Hak katak dan lalang dilindungi undang-undang tertinggi

Walaupun gelaran katak dan lalang membawa maksud yang agak hina, namun undang-undang tertinggi sendiri memberi perlindungan kepada rakyat yang berbuat sedemikian.

Seperti yang diulang berpuluh-puluh kali, Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menjadikan rakyat mempunyai kuasa untuk berekspresi, berpandangan dan memilih mana-mana garis politik dan persatuan yang dikehendakinya.

Selain itu, prinsip di dalam kes Dewan Undangan Negeri Kelantan & Ors v Nordin Bin Salleh & Ors [1992] 1 MLJ 697 juga jelas memberi perlindungan kepada seseorang untuk berorganisasi dan berpandangan tanpa sebarang kekangan. Hakim Abdul Hamid Omar menyebut;

"The enunciation of the right to freedom of association in art 10(1)(c) of the Federal Constitution means a citizen's right to form, to join, not to join or resign from an association. Any restriction to dissociate from an association would make the guaranteed right ineffective and illusory".

(Peruntukan hak kebebasan berpersatuan di dalam fasal kecil (1)(c) perkara 10 Perlembagaan Persekutuan bermakna hak seseorang rakyat menubuh, menjadi ahli atau tidak menjadi ahli atau berhenti menjadi ahli sesuatu persatuan. Mana-mana sekatan untuk mendiri dari sesuatu persatuan akan menjadikan hak yang dijamin itu tidak berkesan dan maya".)

Masyarakat madani

Masyarakat madani atau 'civil society' merujuk kepada masyarakat yang mempunyai peradaban dalam membangun dan meneruskan kehidupannya.

Idea masyarakat madani ini banyak diketengahkan dalam bentuk gerakan – gerakan sivil di Malaysia.

Secara asasnya, masyarakat madani harus hadir bersama dengan beberapa intipati ; kedaulatan undang-undang, wilayah awam yang bebas, demokrasi, toleransi dan keadilan sosial (natural justice).

Oleh itu, jika rakyat menganggap bahawa menjadi katak dan lalang itu hina dan 'haram', berkemungkinan idea dan faham politik yang tersimpan harus dilunaskan melalui gerakan sivil yang sentiasa memperjuangankan pembentukan masyarakat madani dan kehidupan yang sejahtera.

Kesimpulan

Kita sebagai warganegara mempunyai tanggungjawab terhadap negara ini. Gelaran seperti katak dan lalang adalah perkara yang kecil jika dibandingkan dengan isu masa depan negara kita.

Parti/pihak yang bermain dengan politik seharusnya sedar bahawa keadaan rakyat semakin tertekan.

Dalam keadaan sebegini, kuasa rakyat tidak harus dimainkan untuk tujuan peribadi demi meneruskan kekuasaan politik.

Rakyat yang tidak sedar dan menganggap politik itu adalah soal kekuasaan semata harus mula bangkit dan menyertai pergerakan-pergerakan untuk memperkasakan negara ini.

Tidak menjadi suatu masalah sekiranya pandangan berubah-ubah dengan menolak idea yang salah dan menerima idea yang benar dan bernas atas prinsip untuk membangun masyarakat Malaysia.

Tidak salah menjadi katak dan lalang kerana kejap ke kiri dan ke kanan. Hakikatnya pegangan rakyat seperti ini utuh di atas bumi dan mempunyai akar yang kuat kerana tahu apa yang mereka mahu dan tahu.

*  Khairul Naim Rafidi adalah pengasas Sekolah Undang-undang Rakyat (SUUR) dan mahasiswa tahun akhir undang-undang UiTM Shah Alam

Khabar gembira buat Adenan Satem: Pulau Pinang sudah lama sediakan bas percuma

Posted: 30 Apr 2016 05:16 PM PDT

bas percuma penang

Roketkini.com


KUCHING: Kerajaan negeri Pulau Pinang telah lama menyediakan perkhidmatan bas percuma kepada penduduk, termasuk masyarakat luar bandar, malah sedang berusaha mengambil alih syarikat-syarikat bas swasta di negeri itu.

Sehubungan itu, Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Zairil Khir Johari, membidas kenyataan pemangku Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, kononnya Pulau Pinang gagal menyediakan perkhidmatan bas percuma kepada golongan luar bandar.

Zairil yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera itu berkata, Pulau Pinang menyediakan kemudahan itu kepada rakyat negeri tersebut sejak 2009 semasa kerajaan negeri melancarkan bas Central Area Transit (CAT) di George Town.

"Pada 2011 pula, Bridge Express Shuffle Transit (BEST) Zon Perindustrian Bebas (FIZ) pula diperkenalkan kepada pekerja feri bagi memudahkan mereka ke Bayan Lepas, manakala servis BEST di Komtar bermula pada 2012.

"Terbaru, satu lagi perkhidmatan bas percuma iaitu Pulau Tikus Free Shuttle diperkenalkan di kawasan Parlimen Bukit Bendera, dengan kerjasama dan tajaan pihak berwajib tempatan," katanya dalam satu kenyataan media.

Adenan sebelum ini mengatakan bahawa Pulau Pinang gagal menyediakan kemudahan bas percuma kepada penduduk luar bandar, malah tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda untuk mengambil alih syarikat-syarikat bas swasta yang beroperasi di negeri itu.

Beliau mengulas demikian sebagai respon kepada manifesto mesra rakyat DAP Sarawak yang menggariskan perkhidmatan bas percuma kepada penduduk bandar besar Sarawak, iaitu Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu sebagai salah satu perkara terpenting.

Menurut Zairil, kerajaan negeri Pulau Pinang memang sudah lama berazam mahu mengambil alih syarikat-syarikat bas swasta di negeri itu tetapi digagalkan oleh isu perlesenan.

"Tidak seperti di negara lain, di Malaysia, pengangkutan awam sepenuhnya dikawal oleh Jabatan Perdana Menteri melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Seperti yang kita semua maklum, kerjasama dari mereka tidak selalu ada.

"Selain itu, kerajaan negeri memang cuba menyediakan perkhidmatan bas percuma di seluruh negeri pada waktu puncak pada hari minggu.

"Ketua Menteri Lim Guan Eng telah menulis surat rasmi kepada syarikat milik Kementerian Kewangan, Prasarana yang mengendalikan perkhidmatan bas RapidPenang dengan tawaran geran tahunan untuk menyediakan perkhidmatan bas percuma di seluruh negeri.

"Malangnya, Prasarana tidak menerima tawaran itu," katanya.

Beliau menambah, Sarawak tidak boleh dibandingkan dengan Pulau Pinang berikutan Sarawak merupakan negeri yang kaya dengan sumber, malah mempunyai bajet tahunan sebanyak RM6 bilion – enam kali lebih besar dari Pulau Pinang.

"Dengan sumber sebanyak itu, Sarawak mempunyai kapasiti untuk melaksanakan dasar-dasar hebat termasuk cadangan DAP Sarawak itu. Malah, ia mampu menyediakan tiga kali ganda jumlah bas percuma di kawasan utama di negeri tersebut," katanya. – Roketkini.com


PAS jemput Perkasa ke Muktamar Tahunan Ke-62

Posted: 30 Apr 2016 05:02 PM PDT

Bernama 
 
PAS jemput Perkasa ke Muktamar Tahunan Ke-62
AHMAD FADHLI: Keputusan ini diambil berikutan Perkasa yang kian cenderung kepada PAS sejak kebelakangan ini.
 
 
PASIR MAS: Dalam usaha meningkatkan kerjasama dengan Perkasa, PAS menjemput badan bukan kerajaan itu ke Muktamar Tahunan kali Ke-62 parti awal Jun depan.

Mengumumkan demikian di sini pada Sabtu, Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari berkata, "Keputusan ini diambil berikutan Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa) yang kian cenderung kepada PAS sejak kebelakangan ini.

Sementara itu Ketua Pemuda PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata PAS kini mengamalkan politik matang dan sejahtera selepas mengalami krisis dalam pakatan pembangkang (Pakatan Rakyat) tahun lepas.

"Kami kini membuka peluang kepada semua pihak untuk mengenali kita secara terbuka," katanya.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebelum ini berkata muktamar ke-62 bermula 2 hingga 4 Jun depan itu akan memberi tumpuan kepada persiapan parti itu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Muktamar itu bakal dihadiri kira-kira 2,000 perwakilan dan pemerhati dan dijadual berlangsung di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa.
Mohd Amar berkata muktamar tahunan bagi tiga sayap parti itu - Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat akan diadakan pada 31 Mei dan 1 Jun. 
 
 

Tetak anggota polis: Orang Cheras ada nampak John Rambo?

Posted: 30 Apr 2016 04:58 PM PDT

Abdul Hakim Rahman, Astro Awani
 
Tetak anggota polis: Orang Cheras ada nampak John Rambo?
John Rambo kini diburu polis berkaitan kes anggota polis ditetak di Cheras. - Foto PDRM
 

KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu seorang suspek dikenali sebagai John Rambo berumur 40-an yang disyaki menetak anggota polis dalam kejadian di Jalan Kuari, Cheras.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad memberitahu seorang lagi rakan suspek, Tajul Rosli Lahaman, 39, ditahan kira-kira 9.30 pagi Sabtu ketika bersembunyi di kawasan perkuburan berhampiran tempat kejadian.

Dalam kejadian 6 petang Jumaat, dua anggota polis, Koperal Muztaza Nizan Minhaj serta Konstabel Danny Sia Siaw Kian diserang ketika melakukan pemeriksaan di kawasan perkuburan yang disyaki menjadi lokasi menghisap dan mengedar dadah.

Sebaik tiba di tempat kejadian, pihak polis mendapati pintu stor berkunci selain mengesan dua lelaki berada dalam stor berkenaan sebelum mengarahkan suspek membuka pintu, tetapi mereka enggan menurut arahan

Dua suspek meluru keluar secara tiba-tiba sambil menghayun dan melibas parang sehingga terkena dua anggota berpangkat Konstabel dan Koperal, sebelum melarikan diri ke arah hutan berhampiran.

Dua anggota terbabit dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan lanjut dan keadaan mereka dilaporkan stabil.


Salah seorang anggota polis yang cedera akibat ditetak suspek. - Foto sumber PDRM
Salah seorang anggota polis yang cedera akibat ditetak suspek. - Foto sumber PDRM
 
 

'MT Umno berhak usul pecat Muhyiddin, Mukhriz'

Posted: 30 Apr 2016 04:52 PM PDT





DETIK DAILY


Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO berhak menyuarakan pandangan dan mengemukakan usul pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir daripada UMNO pada mesyuarat MT akan datang

Setiausaha Kerja UMNO Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata pandangan berkenaan juga selaras dengan rasa hormat pemimpin MT terhadap kepimpinan institusi UMNO yang menerima pelbagai tohmahan dan fitnah yang menjejas reputasi parti itu.

"Sebagai contoh, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mempunyai hak dan pandangan beliau sebagai MT.

"Apa sahaja hasrat yang hendak dibawa beliau (Nazri) tidak ada siapa yang boleh menghalang.

"Sekiranya ada anggota MT lain yang turut ingin mengemukakan usul sama, maka kita akan lihat keputusannya pada mesyuarat MT akan datang," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kebajikan Parlimen kawasan Masjid Tanah di Kampung Pulau di Alor Gajah, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nazri semalam yang berhasrat untuk mengemukakan usul pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz daripada UMNO pada mesyuarat MT parti itu yang dijadualkan diadakan selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11.

Terdahulu, beliau mengiring Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza untuk menyampaikan sumbangan makanan dan alat sokongan kesihatan kepada 60 anak yatim, warga emas dan golongan kurang berkemampuan di parlimen kawasan tersebut.

Mengulas lanjut, Ab Rauf yang juga Ketua UMNO bahagian Masjid Tanah berkata semua pihak terutama ahli UMNO diminta menghormati institusi UMNO di semua peringkat kepimpinan termasuk Presiden UMNO dan anggota MT.

"Walau apa jua kemelut yang melanda UMNO, ahli haruslah memberikan taat setia kepada parti dan kepimpinan parti," katanya.-Bernama
 
 

Harga Minyak Tidak Berubah Bagi Mei

Posted: 30 Apr 2016 04:50 PM PDT




DETIK DAILY


KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Mei 2016 kekal seperti April.

Naib Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia (PDAM), Khairul Annuar Abdul Aziz berkata petrol RON95 kekal pada RM1.70 seliter manakala RON97 pada RM2.05 seliter.

"Harga runcit bagi diesel dijual pada RM1.55 seliter," katanya kepada Bernama, di sini pada Sabitu.   

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 pada April masing-masing naik 10 sen sementara harga runcit diesel naik 20 sen berbanding harga pada Mac iaitu RM1.60 seliter bagi RON95, RM1.95 bagi RON97 manakala diesel dijual RM1.35 seliter.  -Bernama
 
 

Comments (0)