Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TUN DR. MAHATHIR TERIMA SURAT TERBUKA

Posted: 27 May 2016 05:44 AM PDT


Assalamualaikum Tun,

Saya berdoa semoga Tun dan keluarga berada di dalam kesihatan yang baik di samping amal ibadah diterima Allah SWT.

Semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri, saya telah beberapa kali mengutus surat kepada Tun, dan setiap surat saya itu Tun membalasnya. surat-surat Tun itu masih boleh dibaca di dalam buku saya ini.

Dan pertemuan eksklusif berdua sahaja di antara saya dengan Tun di bangunan Petronas pada 29 Ogos 2012 di sini banyak berkisar mengenai isu-isu semasa di dalam negara kita dan juga UMNO.

Sewaktu saya di usia 20an, saya sudah membaca buku "Menghadapi Cabaran" ini malah saya bertemu dengan ustaz Syed Hassan Al-Attas yang membantu Tun memeriksa buku berkaitan agama Islam itu.

Malah buku ini menjadi inspirasi kepada saya untuk mengubah bangsa saya di Sabah dengan menghasilkan buku yang hampir sama ini

Buku terbaharu saya ini pula adalah tesis sarjana saya di Universti Malaya yang belum diterbitkan.

Apabila Tun M merasakan diketepikan di dalam banyak hal oleh pentadbiran Pak Lah dahulu, saya telah mengutus surat panjang lebar memujuk Tun supaya bersabar kerana dalam hal-hal pentadbiran kerajaan dan politik (politic and government), bukannya suatu perkara yang mudah untuk menyelit di dalam kesukaran nasional dan global. Dalam hal ini, Tun berjaya melakukannya dengan mengenepikan asakan-asakan luar negara.

Saya teringat dua tahun lalu, apabila saya diberitahu oleh seorang pembesar luar negara, bahawa penguasa polis dunia telah menelefon pemimpin jiran tetangga kita untuk menekan Perdana Menteri kita dan menekan kerajaan negara kita. Namun begitu, mereka gagal kerana rakyat kita bersatu. Dan saya berjaya menjalankan misi dengan cemerlang.

Tun M yang dihormati,
Sayugia dimaklumkan, kami di dalam kerajaan, tidak pernah menerima apa-apa arahan untuk memburukkan, menekan atau memalukan Tun. Malah Perdana Menteri tidak pernah memberi arahan untuk menghentam atau memalukan Tun.

Politik dan kerajaan, ataupun UMNO dan kerajaan adalah dua institusi yang berbeza. Masalah yang berlaku di dalam UMNO tidak akan menjejaskan misi kerajaan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Cara Tun berpolitik dengan cara Pak Lah amat berbeza, manakala cara Tun berpolitik dengan DS Najib hampir-hampir sama. Apakah persamaan-persamaan itu. Persamaan-persamaan itu ialah keyakinan, keberanian dan kematangan. Namun skil berubah kerana zaman juga telah berubah terutama ke-beyond zaman siber tanpa sempadan.

Saya menulis surat ini mudah-mudahan Tun akan terbuka hati untuk bertemu dengan DS Najib. Namun, ketahuilah bahawa pertemuan itu sangat-sangat dibenci oleh musuh-musuh Islam, musuh-musuh orang Melayu, kerana mereka tahu pertemuan itu adalah pertemuan yang akan menjahanamkan motif belakang tabir mereka.

Masihkah Tun ingat di hujung tahun 1970an dahulu. Ketika Tun bersama-sama Tun Razak menaiki teksi ke rumah ayah Pak Lah. Masih kah Tun mengingati masakan yang dimasak oleh ayahanda Pak Lah ketika itu. Ketika itu, Tun dan Tun Razak melakukan misi memujuk ayah Pak Lah. Akhirnya dengan cara Islam dan cara Melayu misi itu membawa kejayaan.

Saya percaya Tun tidak menolak untuk mengadakan pertemuan dengan DS Najib. Saya bersedia menjadi orang tengah. Saya menulis surat ini bukan oleh arahan sesiapa. DS Najib tidak memberikan apa-apa arahan kepada saya. Saya ikhlas mahu membawa penyatuan yang dituntut oleh agama Islam dan didambakan oleh orang-orang Melayu.

Jika dahulu saya bertemu Jusuf Kalla (2013) di sini untuk menyelamatkan kerajaan dan negara kita. Hari ini, saya mahu bertemu Tun untuk mempertemukan dengan DS Najib juga untuk menyelamatkan kerajaan dan negara kita. Semoga Tun diberikan hidayah oleh Allah SWT dalam hal ini.


Baca seterusnya di sini

NASRUDIN HASSAN: DAP ANTI ISLAM

Posted: 27 May 2016 02:28 AM PDT

DAP Anti Islam ?
_Oleh : Nasrudin bin Hassan_

1. Kerajaan bagi laluan kepada PAS membentangkan usul pindaan Akta 355 di parlimen, apakah PAS akan bergabung dengan UMNO selepas ini ? Apakah PAS akan bentuk UG selepas ini ? Apakah PAS akan deal dengan UMNO untuk PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar bagai yang dikata ? 

2. Sebetulnya inilah dendangan lagu dan lirik lama yang dikumandangkan sejak bertahun tahun yang lalu dalam pelbagai genre. Sesekali didendang dengan genre rock dan sesekali dengan genre dangdut dan sesekali yang lain pula didendangkan dengan genre melayu asli bagi mengelak kebosanan masyarakat dengan lagu dan lirik yang lama dan sama.

3. Sebelum wujudnya isu Pindaan Akta 355 ini, isu PAS bergabung dengan UMNO telah didendangkan sekian lama oleh samseng-samseng politik. Tanpa pedulikan fakta dan kebenaran, mereka gembira dan puas dengan fitnah yang mereka cipta. Apabila timbul isu pindaan Akta 355 maka sekali lagi mereka tukar genre untuk didendang buat kesekian kalinya.

4. Realitinya, Inilah kematangan politik yang didambakan selama ini. Sebelum ini kita mempersoalkan sukarnya RUU Persendirian diangkat ke parlimen. Kita mahu transformasi parlimen dilakukan. Nah kini ianya berlaku, maka kenapa masih ada yang terpinga-pinga ? Kenapa fitnah PAS kononnya PAS telah bergabung dengan UMNO ?

5. Ada pula yang kehairanan, kenapa PAS boleh sambut kerjasama UMNO sedang UMNO adalah kerajaan dan PAS adalah pembangkang ? Tidak sukar memahami situasi ini bagi mereka yang berilmu dan mengamalkan politik matang dan sejahtera. Inilah bentuk _ta'awun_ (kerjasama) yang dianjurkan oleh Islam dan menjadi sebahagian dari amalan politik matang dan sejahtera. Firman Allah swt :

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

_Dan hendaklah kamu berkerjasama atas urusan  melaksanakan kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu berkerjasama pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya._

Surah Al Maaidah : Ayat 2

6. Saya lihat DAP dan PAN telah kehabisan idea untuk mendepani PAS. Mereka mula meracau tidak ketentuan hala. Isu sepenting ini pun mereka gagal untuk memahaminya semata-mata kerana ia datang dari PAS. 

7. Walhal pindaan Akta 355 adalah bertujuan untuk memperkasa Mahkamah Syariah. Tentu sekali ia tidak ada kena mengena dengan pihak non muslim. Selayaknya DAP usah campur urusan ummat Islam atau mereka sememangnya sedang berusaha bagi membuktikan kepada umum bahawa mereka benar-benar anti Islam ?

8. Biarlah bagaimana halangan dan rintangan, insyaallah PAS tidak akan berhenti untuk berjuang. Kejayaan membentang usul Pindaan Akta 355 di parlimen hanyalah satu langkah melewati garis mula. Sedang perjalanan masih berliku dan destinasi masih jauh. Perlukan kesabaran dan kesungguhan yang tidak sedikit. Sabar menerima kritikan dan maki hamun dari pihak yang memusuhi serta bersungguh-sungguh mendepani cabaran, halangan dan sabotaj.

9. Semua pihak khasnya pemimpin ummat Islam samada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang mestilah mempunyai kesedaran iman dan kemahuan politik yang tinggi terhadap usaha untuk memperkasakan Institusi Syariah di Malaysia.

10. Teruskan berjuang, lipat ganda usaha dakwah kepada semua lapisan masyarakat termasuk kepada non muslim dan banyakkan munajat kepada Allah swt. Jangan dilayan sangat kemuncup di stokin. Firman Allah swt :

فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ

_Laksanakan apa yang Allah swt perintah dan usah pedulilah perancangan dan bantahan golongan musyrikin (berpalinglah dari mereka)_

Surah Al Hijr : Ayat 94

Sekian

Comments (0)