Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


RAFIZI TUDUH LATHEEFA KOYA PENAKUT, RAFIZI KATA LATHEEFA KOYA PEREMPUAN PEMBULI

Posted: 24 May 2016 08:00 AM PDT

watshat
WhatsApp pergaduhan Rafizi ramli dan Lathefa Koya
Setiausaha Agung PKR, Mohd Rafizi Ramli dilaporkan 'bergaduh' dengan Ahli Majlis Tertinggi PKR, Lattefa Koya di dalam WhatsApp sampai ke pagi.
Pergaduhan di WhatsApp itu dikatakan berpunca daripada warkah Anwar Ibrahim dari penjara yang sengaja dibocorkan kepada umum yang dilihat untuk menjatuhkan kredibiliti Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Ia sekaligus menggambarkan perbalahan dalaman PKR kerana Rafizi dikatakan mewakili kem Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, manakala Lattefa pula mewakili kem Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
"WhatsApp Leaks!!!! …. Sudah kantoi!!!! … pergaduhan @Rafizi Ramli/Lateefa Koya!!!!! … bergasak dari jam 9.00 malam berlarutan hingga lewat 1.00 pagi.
"Lateefa Koya beritahu yang Rafizi Ramli sebagai dalang tukang dedahkan surat pedas Anwar Ibrahim mengenai Deklarasi Mahathir kepada umum lepas itu buat muka toya menipu dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
"Sekarang Ahli MPP PKR undi terbanyak sudak lanyak Rafizi Ramli sebagai kaki penipu.
"Rafizi ini rupa-rupanya mudah tertekan dan melatah bila diasak .. siap mengeluarkan kata-kata "sexist" lagi bila digasak tersandar di dinding," dedah Hanisya Abdul Hamid dalam Facebooknya.
Sebelum ini, Setiausaha Politik Azmin, Mat Shuhaimi Shafiei mendakwa tujuan pendedahan 'permintaan perempuan' dalam Kerajaan Negeri Selangor sebagai balasan rundingan projek adalah bertujuan untuk mengalihkan perhatian isu kebocoran surat lapan halaman yang ditulis Anwar kepada pemimpin-pemimpin tertinggi parti.
Tanpa menyebut nama, Mat Shuhaimi berkata golongan dalaman PKR 'marah dengan salah seorang daripada pemimpin' yang mengendalikan kerja-kerja pentadbiran PKR, kerana didakwa membocorkan surat itu kepada media.
"Dalam usaha untuk mengalihkan perhatian daripada isu-isu berkisar pendedahan surat itu, pemimpin itu menyebarkan khabar angin palsu mengenai tuduhan rasuah melibatkan wang dan perempuan dalam kerajaan negeri," kataMat Shuhaimi.
Beliau berkata dakwaan rasuah wang dan wanita dalam urusan pentadbiran negeri itu bukan sahaja mencemar imej parti, malah kerajaan Selangor dan kakitangan awam negeri ini.
"Seorang pemimpin kanan yang menghina kerajaan negeri dengan cara ini benar-benar tidak boleh diterima," katanya.
Rafizi, individu yang menyiarkan mesej dalam kumpulan WhatsApp itu berkata beliau akan mengemukakan bukti berhubung dakwaan rasuah dalam kerajaan Selangor kepada presiden parti Wan Azizah Wan Ismail.
Rafizi berkata setiap kes berkaitan disiplin akan dibawa kepada biro disiplin parti dan tindakan selanjutnya akan diambil terhadap mereka yang didapati bersalah.
"Saya akan menyerahkan segala bukti kepada beliau (presiden) dan kita akan menunggu perbincangan dalam parti sebelum membuat keputusan untuk melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen semalam.
Baru-baru ini, beberapa portal berita melaporkan kononnya terdapat amalan rasuah dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
Laporan itu dibuat berikutan pendedahan perbualan aplikasi WhatsApp Rafizi yang didakwa mendedahkan wujud permintaan "untuk mendapatkan wanita" sebagai habuan dalam urusan dengan kerajaan negeri.
Rafizi dalam perbualan itu didakwa mengatakan menerima aduan bahawa selain wang yang diminta untuk urusan dengan kerajaan negeri, terdapat juga permintaan untuk mendapatkan wanita.

Comments (0)