Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:12 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ANAK NIK AZIZ SIFATKAN AZMIN ALI KURAG AJAR

Posted: 20 May 2016 09:04 PM PDT

Pemuda PAS menyifatkan tuduhan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang 'tidak tahu apa yang berlaku dalam parti' yang dilemparkan PKR sebagai jahil dan kurang ajar.
Ketuanya Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz melahirkan rasa kecewanya terhadap parti itu ekoran Hadi dilabel sebagai ketua yang tidak tahu isu dalam parti.
"Ada juga orang politik kata, ada presiden parti tak tahu apa pun hal partinya. Biasa yang saya dengar ialah ada orang jahil atau kurang ajar kata ulama tu tak tahu apa pun pasal ugamanya (agamanya)," katanya yang dipetik melalui laman sosial Facebook.
Terdahulu, pada pagi tadi Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berkata, Hadi tidak mengetahui perkembangan bersabit rundingan peletakan calon di kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.
Ini kerana, kata Ahli Parlimen Gombak itu lagi, sebaik saja pengumuman mengenai dua pilihan raya kecil yang akan diadakan 18 Jun depan, pihaknya telah bertemu dua kali dengan kepimpinan PAS.
"Kadang-kadang saya simpati dengan Ustaz Hadi ini, mungkin dia tidak tahu apa yang berlaku dalam parti.
"Saya bertemu dengan Timbalan Presiden PAS (Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man), saya bertemu dengan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali, saya bertemu dengan setiausaha politik Ustaz Hadi, jadi saya percaya pimpinan tertinggi ini akan melaporkan kepada Presiden," katanya dalam satu majlis pagi tadi – AP

Comments (0)