Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PERTINDIHAN DAP-PKR DI SARAWAK BUKTI PKR BUKAN KETUA PAKATAN, SEBALIKNYA DAP KETUA

Posted: 02 May 2016 05:56 AM PDT


Penganalisis politik melihat situasi yang melanda Pakatan Harapan dan Pas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak membuktikan PKR gagal memainkan peranannya sebagai orang tengah seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.


Pensyarah Kanan Universiti Selangor (Unisel), Dr Shamsinor Abdul Azzis berkata, dalam keadaan ini, parti-parti pembangkang perlu mengambil iktibar atas pertindihan sehingga sebelas kerusi Dun di negeri itu dan mencari jalan menanganinya.
"Sepatutnya perkara ini disusun lebih awal, capai kata sepakat sebelum pencalonan lagi. Sekiranya ada konsensus di hujung terowong pun, itu lebih baik berbanding mereka meneruskan dengan meletakkan calon masing-masing di kawasan yang bertindih itu.
"Jika isu ini dapat diuruskan sebelum PRN, masyarakat akan dapat melihat keharmonian dalam Pakatan Harapan itu. Jadi, apabila sudah berlaku seperti ini, mereka (pembangkang) perlu mengambil iktibar kerana masyarakat di Semenanjung pun memerhati perkara ini," katanya kepada Sinar Online.
Selepas penamaan calon PRN Sarawak, berlaku pertembungan di enam kerusi Dun antara PKR dengan DAP iaitu Mulu, Mambong, Ngemah, Murum, Simanggang dan Batu Kitang.
Sementara pertindihan tiga Dun antara PKR dengan Pas iaitu di Kakus, Jepak dan Lambir manakala dua Dun antara Pas dengan DAP di Dun Samalaju dan Pujut.
Namun PKR dan DAP memilih untuk terus bergerak ke depan dan hanya akan berbincang isu pertindihan itu selepas hari pengundian, 11 Mei ini.
Menurut Shamsinor, apa yang berlaku di Sarawak itu jelas menjejaskan imej PKR sebagai orang tengah kepada rakan pakatannya termasuk Pas.
"PKR ini orang tengah, parti banyak kawan tapi kalau ini ditunjukkan sebagai contoh…sukarlah.
"Ditambah pula apabila nama Datuk Seri Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) naik walaupun beliau tidak mengiakan dakwaan, begitu juga beberapa nama pemimpin lain di peringkat pusat yang disebut dalam menentukan kerusi di Sarawak itu," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, sekiranya situasi sama masih berulang lama Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) nanti, Pakatan Harapan akan dilihat sebagai satu pakatan yang longgar.
"Tapi saya yakin pembangkang akan bincang dan elak berlaku pertindihan lagi pada Pilihan Raya Umum nanti dengan menjadikan kes di PRN Sarawak ini sebagai satu iktibar. Sebab kita bercakap bukan tentang satu atau dua kerusi. Itu yang pelik.
"Sebelum ini, saya menjangkakan akan ada pertindihan antara Pas dengan DAP sahaja ataupun Pas dengan Amanah. Tak sangka PKR pun yang sepatutnya menjadi orang tengah dalam Pakatan itu ada pertindihan juga," katanya.
Sementara, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, langkah 'move on' yang diambil PKR dan DAP dalam isu pertindihan kerusi itu cara terbaik buat masa ini.
"Sepatutnya mereka perlu selesaikan lebih awal isu ini tapi sekarang sudah gagal…kalau nak tarik diri pun tak boleh. Tak apalah mungkin itu menunjukkan kelemahan pembangkang tapi kena fikirkan cara terbaik selepas ini jika tidak mereka akan dilihat tidak bersatu dan gagal," katanya.
Katanya, pembangkang perlu meneliti kembali dasar mereka bersatu namun masih berebut kerusi dan kuasa.
"Tidak boleh menuding jari kepada sesiapa. Semua bersalah. Ini bukan lagi isu satu parti yang buat kesalahan. Ini menunjukkan kegagalan peringkat kepimpinan tertinggi PKR untuk menyelesaikan isu ini.
"Kegagalan ini mungkin berpunca daripada tidak ada satu suara pemutus utama iaitu Pakatan Harapan yang akan memutuskan siapa bertanding setiap kerusi," katanya – SH

Comments (0)