Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SURAT BALAS WARKAH ANWAR IBRAHIM

Posted: 18 May 2016 06:35 AM PDT


Assalamualaikum Datuk Seri,

Saya telah membaca warkah DS dengan penuh tekun dan turut merasai kesugulan DS itu. Saya amat memahami kepiluan perasaan DS dalam mengungkap kecelaruan dan kecetekan mereka yang tergoda dengan politiking sesetengah pihak. Mereka sudah semakin alpa, hanyut dan lalai kerana tergoda dengan harapan yang terdesak dan mimpi ngeri. Mereka terasa diri mereka sebagai hero kepada hero sebenar. Mereka kelihatan pasrah DS akan selama-lamanya di dalam jeriji besi yang membungkam itu.

Amat malang lagi, mereka seolah-olah tidak mahu berbicara hal warkah keramat itu, mereka diamkan, seolah-olah itu warkah dari orang usang, barangkali di minda mereka berkata sebegitu. Saya percaya mereka tidak khatam membaca minda buku 'angin perubahan' (1985).

Tidak mengapa DS, pak Anhar (Cipinang) berpuluh-puluh tahun di dalam jeriji besi, akhirya dia menakhoda dewan mulia dengan segala kemuliaan. Kini masih duduk di tengah-tengah nadi denyut warga yang kehausan, kedahagaan dan kelaparan. Kesakitan rakyat ada nadi perjuangan. Sebab itu saya sangat tersentuh dengan kekecewaan dan kemenderitaan DS dengan gelagat mereka.

Benar telaan DS, kelihatannya sangat jelas mereka sudah tidak peduli gagasan yang original, kerana mereka terpedaya dengan gagasan memperdaya bukan gagasan yang memberdaya rakyat dan negara. Kini mereka merelakan nafas perjuangan DS disekongkolkan, barangkali mereka juga berfikiran seorang heroan dan banduan tiada beda.

Warkah DS sangat tepat pada masanya tatkala keterlanjuran mereka seperti sudah termuktamad dan membiarkan nadi perjuangan DS direlakan dicincang-cincang lumat. Natijahnya, rakyat menjadi serabut, marah dan merasa jelek kepada partai dan menghukum keseluruhan kapal pakatan di Sarawak dengan begitu terok dan sadis.

Saya bersetuju dengan DS bahawa pemberat dan pembenar perlu jelas dilihat dan dirasai oleh rakyat supaya nadi perjuangan yang asli kembali bergema lebih terkedepan berbanding agenda Deklarasi Rakyat yang lebih bersifat politik.

Memang benar kata DS, bahawa "Di sebaliknya kita perlu memperhebat dan memesatkan kempen menjana perubahan, menjadi pembela rakyat yang tertekan akibat kecelaruan dan salah urus ekonomi negara; selaras dengan dasar dan gagasan yang kita gendong selama ini."

Di sinilah letaknya kelemahan dan kecelaruan pimpinan partai bilamana, "Pelancaran DR adalah seolah-olah seperti telah ditetapkan tanpa boleh dirunding atau fait accompli. Hanya setelah desakan daripada pimpinan NGO pada saat-saat akhir, sebahagian daripada pandangan kita dimasukkan, hanya sekadar mencantikkan deklarasi.

Mereka lupa pengunduran atau tetapnya Perdana Menteri itu adalah sistem yang sudah sedia ada. Maka benarlah DS kini mereka menjadi, "Ia hanya menumpukan kepada pengunduran Datuk Seri Najib sebagai perdana menteri susulan skandal 1MDB. Ini adalah jelas jauh terpesong daripada raison d'etre atau asas perjuangan kita; untuk kebebasan dan keadilan, kedaulatan undang-undang, melawan salah guna kuasa dan rasuah, dan keadilan untuk semua!"

Benar kata DS bahawa kealpaan mereka telah menghasilkan kebobrokan minda di kalangan rakyat di mana, "Pimpinan dilihat seperti terpesona dan berpuas hati dengan jaminan bahawa segala tuntutan akan ditangani setelah pengunduran Najib."

Memang benar kata DS bahawa "Saya bingung bagaimana ada di kalangan kita dalam Pakatan Harapan yang terus meletakkan harapan agar 'perubahan' boleh berlaku melalui tipu muslihat".

Saya sangat-sangat bersedih dan memahami perasaan DS bilamana DS mengungkapkan " Seorang peguam kanan memaklumkan kepada saya beliau memerhatikan bagaimana pemimpin-pemimpin ini terpegun dan merendah diri dalam kehadiran bekas autokrat dalam program terbuka seolah-olah masih tersekat dengan budaya feudal. Walaupun dengan kepetahan Azmin, Ambiga dan Mat Sabu yang lantang dan meyakinkan, pengolahan agenda reformasi hanya menjadi isu sampingan"

Saya amat-amat bersedih apabila DS berkata "Penghinaan ini sedihnya tidak dibela oleh rakan-rakan yang saya letakkan kepercayaan. Saya beranggapan kalian lebih mementingkan untuk mempertahankan usaha sama dan kepentingan dengan Tun M."

DS juga dengan tegas berkata, "Pandangan kami, deklarasi telah gagal untuk membawa kebajikan rakyat kebanyakan, terutamanya kesengsaraan ekonomi dan reformasi institusi. Kepada mereka yang taksub dengan Deklarasi, pasti tidak mengalukan kritikan sebegini. Saya minta berbeza pendapat dan mengutarakan penjelasan dalam perkara tersebut."

Peringatan-peringatan DS tidak lagi menjadi pemberat dalam perjuangan mereka, barangkali lantaran keenakan berada di atas sofa empuk dan makanan lazat yang terhidang bersama alunan muzik. "Dalam surat saya sebelum ini kepada Biro Politik, saya menzahirkan keraguan – yang mana deklarasi dan pendekatan baru ini bertentangan dengan perubahan jitu atau reformasi. Saya menyeru pimpinan untuk tidak memandang rendah komplot mereka. Jangan terlalu yakin dengan menganggap kalian mampu mematahkan percaturan mereka. Jangan peringatan ini dipandang remeh.

Saya sokong kata-kata DS ini,"Maaf – tetapi saya tidak dapat mengelak daripada merasa terkejut dengan pandangan cetek yang melihat dengan kejatuhan Najib cukup untuk membawa perubahan ke arah demokrasi yang beramanah atau democratic accountability.

Saya turut bersedih melihat mereka sewenang-wenangnya mempergunakan Azizah dan Nurul Izzah, "Tetapi saya mengutuk sikap yang tidak peka mendesak presiden, dan khususnya Nurul Izzah untuk membuat kunjungan hormat terhadap Tun M atau menyertai program beliau. Kamu mungkin nak mengambil hati beliau, tetapi menuntut pengorbanan daripada keluarga saya, terutamanya selepas cemuhan beliau baru-baru ini adalah sangat tidak berhati perut!

Kegusaran-kegusaran dan kemarahan-kemarahan DS ini memang penting untuk dihighlightkan lantaran kealpaan mereka, "Sejak bergulirnya Reformasi 1998, saya merasakan idealisme perjuangan mula terhakis, teruji dengan kilauan kuasa dan dana. Kekuatan saya sekadarnya, jika diakui adalah dengan meniupkan dan menyemarakkan kesedaran ke arah perubahan – islah mas ta ta' (perubahan sedaya upaya). Maka kita bergelut selama hampir dua dasawarsa menghadapi kekejaman dan keperitan hidup. Kita pecahkan tembok ketakutan; perkauman; kesempitan takrif agama kepada rahmatan lil 'alamin."

"Namun kegusaran saya adalah justeru perkembangan kini meletakkan kita di persimpangan jalan. Soal cita-cita murni, idealisme bukan lagi persoalan asasi tetapi pencak politik untuk berkuasa. Atau di sebaliknya, apakah saya dirundung malang kerana sukar menerima kenyataan? Memadai saya rumuskan keterbatasan dan kelemahan saya yang tidak upaya menggalas persefahaman baru DR."

Percayalah DS bahawa rakyat turut berasa hampa sebagaimana hampanya DS ini, "Kehampaan saya berikutnya justeru kelemahan lantas kegagalan menghimpun saf kepimpinan yang padu. Keupayaan dan peranan sebagai pengikat pimpinan dan kelompok juga kian terhakis. Maka kedengaran keluhan berunsur tuduhan bahawa saya turut memihak dan terkait dengan beberapa krisis sebelumnya. Saya cuba lakukan sebaiknya tetapi kudrat terbatas. Perseteruan sudah melampaui batas etika hingga kelihatan lebih lunak berurusan dengan musuh politik ketimbang teman seperjuangan"

Kata-kata DS ini "Pelbagai ikhtiar, pujuk rayu dari saya tidak lagi mengesankan"sangat-sangat menghiris perasaan sesiapa sahaja. Saya terbayang inikah harga perjuangan yang diberikan oleh mereka dalam partai yang kini sedang menikmati kilauan kuasa dan kilauan dana.

Akhir kalam, saya ingin berkongsi bicara saya dengan Pak Anhar di Jakarta, katanya, seingat saya, perjuangan itu mesti ada rohnya yang kental dan kukuh, tidak goyah walau bagaimana ombak dan petir, prinsipnya dan jatidirinya mesti jelas, walau tinggal satu. Adakah mereka sebegitu jua?

Francis Fukuyama (Washington) dalam bukunya, yang saya fahami menyebut begini, "kemenangan dan kekalahan itu bukan tujuan utama rakyat Amerika merelakan diri mereka pergi berperang di medan perang, melainkan membawa maruah dan jatidiri sebuah ketamadunan sama ada hidup atau mati kalah atau menang".

Selamat beristirehat DS. Bersabarlah dengan kerenah mereka.


Dipetik dari sini

Comments (0)