Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:06 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TSUNAMI CINA: JIKA DAP TIDAK BERUBAH, BN AKAN SAPURATA PRU14

Posted: 10 May 2016 07:42 AM PDT


Ulasan PRN Sarawak: KEKALAHAN besar DAP dalam Pilihanraya Negeri Sarawak sangat memeranjatkan diri mereka sendiri. Mereka berkata pengundi Cina sudah kembali kepada BN. Tidak kurang juga yang berterus-terang menyalahkan PKR.

Enam kawasan bertindih PKR-DAP, kedua-dua calon DAP dan PKR kalah kesemua enam kerusi itu.

Malah paling memeranjatkan 7 calon DAP hilang wang deposit. Angka ini menjadi bahan ketawa orang ramai. Mereka sangat terkejut kerana daripada 31 calon DAP, 7 sahaja menang dan 7 lagi hilang wang deposit! Apa sudah jadi?

Perkembangan terbaru ini satu petanda buruk kepada DAP. Nampaknya slogan "Berani Ubah" telah memakan diri mereka sendiri apabila pengundi-pengundi Cina "Berani Ubah" menolak DAP. 

Saya melihat jika DAP di peringkat nasional tidak berubah, ianya akan menjadi satu hadiah yang besar kepada BN. Apa yang DAP perlu berubah? 

Pertama, pemerhatian mendapati isu Lim Guan Eng yang sedang disiasat SPRM merupakan punca yang paling besar kepada kemerosotan sokongan pengundi Cina kepada DAP. Isu rasuah banglo Lim Guan Eng telah menghakis kepercayaan pengundi Cina kepada DAP. 

Jika Pilihanraya Negeri Sarawak pada tahun 2011 DAP boleh menang 12 kerusi tanpa isu rasuah Lim Guan Eng, sebaliknya PRN Sarawak 2016 menyaksikan kemerosotan paling besar kerana pemimpin utama DAP di peringkat nasional sedang bergelombang dengan skandal rasuah banglo. Slogan CAT di Pulau Pinang tidak seindah yang didengar. 

Pepatah Cina sangat jelas, jika kepala ikan busuk maka seluruh ikan itu akan menjadi busuk juga. Maksudnya, jika pemimpin membawa kebusukan kepada parti, maka parti akan menjadi busuk dan pengundi setia akan melarikan diri.

Jika DAP mahu pulih seperti SUPP di sini, DAP mesti mengambil tindakan berani menukar pemimpin yang sudah busuk tadi. Skandal banglo mesti diselesaikan terlebih dahulu jika tidak mahu tsunami Cina Biru berjangkit di Semenanjung Malaysia.

Dengan baki PRU14 tinggal kira-kira 24 bulan sahaja lagi, saya meramalkan DAP akan pengsan dengan Tsunami Cina Biru pada PRU14. 

Saya juga meramalkan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng akan tewas jika pengundi Cina menghukum mereka. Jangan lupa Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng pernah tewas kepada BN beberapa kali dahulu. Maknanya, mereka berdua bukan tidak boleh kalah dan bukan tidak pernah kalah. Pengundi Cina pun sudah pandai 'Berani Ubah' kepada BN.


Comments (0)