Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:13 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


@RafiziRamli Bergurau Lagi - Tuduh DS @NajibRazak Arah MBSB Ketepikan Notis Bangkrap Ketua UMNO Kepong

Posted: 09 May 2016 02:29 AM PDT




Rafizi Ramli adalah seorang akauntan. Walau bagaimanapun beliau bodoh dalam soal Bank dan akta Bank. Kalau tidak bagaimana beliau boleh disaman dalam isu BAFIA. Hari ini beliau bergurau lagi. Katanya di dalam laman sosial Facebook beliau bahawa Perdana Menteri telah mengarahkan MBSB untuk mengenepuikan Notis Bangkrap yang dikeluarkan ke atas Ketua UMNO Kepong.

Ini adalah satu fitnah yang nyata. Yang yang bebal dan bodoh sahaja tidak dapat membaca dan memahami Bahasa Malaysia yang ditulis dalam surat di atas yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri. Secara jelas dinyatakan dlm perkara ke 2, BAGI TUJUAN DIATAS. PERDANA MENTERI MENELITI PERMOHONAN TERSEBUT DAN DIPANJANGKAN UNTUK PERHATIAN DAN TINDAKAN PIHAK YBHG DATO SEWAJARNYA. 

Maksudnya, apabila Perdana Menteri menerima permohonan, Perdana Menteri telah memanjangkan kepada MBSB untuk membuat keputusan. Kerana itu bidang kuasa MBSB untuk putuskan. Kalau terima, terimalah. Kalau tolak, tolaklah. Tidak ada satu ayat atau satu patah perkataan pun yang dinyatakan Perdana Menteri MENGARAHKAN. Itupun si Sotong susah nak faham?

Produk McDonald's Malaysia 'Quarter Pounder With Cheese' Difitnah Mengandungi Babi Di Media Sosial

Posted: 09 May 2016 12:49 AM PDT


Mudahnya bagi seseorang untuk menyebarkan fitnah di zaman teknologi maklumat di hujung jari. Tidak cukup dengan fitnah McDonald's adalah menyalurkan dana dan membantu Israel di atas kekejaman rejim Zionis terhadap Gaza selama ini. Baca artikel CTS mengenai mitos berkenaan, di sini.

Apabila McDonald's Malaysia cuba untuk menghentikan pengeluaran produk 'Quater Pounder with Cheese' untuk penyeragaman produk dan bagi membolehkan pengenalan produk baru, produk berkenaan pula difitnah mengandungi babi.

Agak mengecewakan bagi seseorang membuat dan menyebarkan fitnah di laman sosial bahawa produk McDonald's mengandungi babi. Umum mengetahui bahawa restoren McDonald's dijamin 100% Halal oleh JAKIM atau badan-badan persijilan Halal yang diiktiraf oleh JAKIM ke atas kesemua produk-produknya. 

Di Malaysia, bagi penyediaan daging lembu McDonald's Malaysia, pembekal utamanya adalah MacFood Sdn Bhd. Kilang McFood terletak di USJ, Subang Jaya, Selangor. Garis panduan penyediaan bahan mentah di MacFood telah ditetapkan oleh McDonald's sendiri. Proses kemasukan pekerja atau pelawat ke ruang tempat penyediaan bekalan makanan MacFood amat ketat bagi menjamin faktor kebersihan dan keselamatan terjaga. 

Dagingnya diproses di Malaysia bukannya di USA seperti yang disebarkan di dalam fitnah di atas. Anda boleh rujuk artikel CTS, di sini. Yang paling penting MacFood Sdn Bhd adalah 100% dikawal selia oleh pihak JAKIM dan tidak mungkin pihak JAKIM akan senyap begitu sahaja jika produk berkenaan ada unsur yang meragukan.




Faktor Halal dan kebersihan sentiasa menjadi penanda aras utama bagi McDonald's Malaysia. Pembaca boleh merujuk sendiri komitmen syarikat berkenaan terhadap kepatuhan Halal Shariah di laman web mereka di sini dan di sini. Kenyataan Media mengenai fitnah di atas boleh dibaca seperti berikut:

Sekarang Sudah 9 Mei, Nurul Izzah Masih Mencari Dulang ... Ehh Dalang

Posted: 08 May 2016 11:34 PM PDT


Kita harapkan anak Ketua Umum PKR, Nurul Izzah Anwar tidak akan melupakan janjinya untuk mencari siapakah dalang di sebalik krisis PKR-DAP di Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini. Pastinya 'team' Rafizi Ramli akan menuduh kartel Azmin Ali adalah dalang utamanya. Kartel Azmin Ali pula akan menunding jari ke arah Presiden PKR yang dianggap sudah tidak berfungsi sebagai Ketua Pembangkang. 

Hendak salahkan PAS sudah tidak boleh sebab parti berkenaan sudah cerai talak tiga dengan Pakatan Harapan (PH). PAN pula hanyalah balaci pengampu di dalam PH. Kita harapkan dalang yang dicari tidaklah terlalu lama seperti mana kita menunggu bilakah dulang hantaran akan sampai untuk meminang anak Ketua Umum ini yang telah lama kegersangan.

Bagaimana Syed Saddiq Palladium Boleh Jadi Pendebat Asia Kalau Info Sebeginipun Bebal?

Posted: 08 May 2016 08:00 PM PDT


Analisa-analisa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak masih lagi berjalan sejak keputusan rasmi dikeluarkan Sabtu malam. Pelbagai pihak mengeluarkan analisa dan komentar mereka. Tidak kurang juga individu-individu seperti dari kumpulan ProTun atau Deklarasi Selamatkan Malaysia seperti Syed Saddiq Palladium.

Mereka ini menyepi sewaktu kempen PRN sedang berlangsung. Tidak langsung membuat posting membantu Kerajaan Barisan Nasional (BN) sewaktu tempoh kempen apatah lagi menampakkan muka untuk turun ke bumi Kenyalang untuk berkempen.

Dua hari lepas, Syed Saddiq Palladium mengeluarkan kenyataan agak kebudak-budakan, agak bodoh dan tidak melambangkan status beliau sebagai seorang mahasiswa. Beliau berpendapat DS Adenan Satem seharusnya dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri di atas faktor kemenangan bergaya beliau menumbangkan pembangkang 72 berbalas 10 kerusi.

Mungkin Syed Palladium terlupa atau tidak tahu bahawa Pilihan Raya yang berlangsung baru-baru ini hanyalah melibatkan peringkat negeri. Calon yang menang bertanding hanyalah dikenali sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Jawatan tertinggi yang boleh dipegang oleh ADUN hanyalah Ketua Menteri atau Menteri Besar. Untuk dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, seseorang itu perlulah memenangi kerusi Parlimen dan dikenali sebagai Ahli Parlimen (MP).

Cara lain adalah seseorang itu dilantik menjadi Senator. Dalam hal ini, untuk keperluan apa DS Adenan Satem mahu dilantik menjadi Senator? Beliau pernah menjawat jawatan yang lebih tinggi sewaktu berada di dalam Kerajaan Pusat. Beliau pernah menjadi Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Kerajaan Pusat dari Mac 2004 hingga Februari 2006. Hanya di atas kehendak beliau, beliau balik ke Sarawak untuk berkhidmat di Bumi Kenyalang. Sudah-sudahlah menunjukkan kebodohan wahai Syed Saddiq Palladium.

Kaitan Di Antara Wartawan WSJ Dan Macai ProTun cc. DS @NajibRazak

Posted: 08 May 2016 06:24 PM PDT





Tidak menjadi satu keajaiban apabila maklumat-maklumat fitnah yang disediakan saban hari oleh portal fitnah terkenal, The Wall Street Journal (WSJ) seoalah-olah seperti mendapat maklumat dalaman. Pendedahan salah seorang wartawan WSJ, Yantoultra Ngui, yang mendapat pendidikan Sarjana Kewangan daripada Putra Business School (PBS), Universiti Putra Malaysia pada 2010 tidak mengejutkan dan adakah ini satu kebetulan berlakunya kebocoran maklumat? Apa kaitan PBS dengan wartawan berkenaan?

Salah seorang daripada Fellow yang terdapat di PBS adalah Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal. Beliau merupakan seorang ProTun dan terlibat secara aktif di dalam BERSIH 4.0. Beliau sering kali memaki hamun Kerajaan di dalam laman sosial Facebook beliau. Adalah dipercayai beliau juga pernah dan mungkin masih menjadi admin Saya Sayang Tun Dr Mahathir (SSTDM). Beliau juga turut menganjurkan Deklarasi Selamatkan Malaysia, baru-baru ini. Baca di sini. Persoalannya, perlukan Kerajaan menyimpan orang yang memaki hamun Kerajaan setiap hari di dalam organisasi pendidikan negara?

KLI Hotel Jalankan Tanggungjawab CSR Beri Makan Gelandangan Bersama Darling

Posted: 08 May 2016 05:30 PM PDT

Tahniah kita ucapkan kepada Kuala Lumpur International (KLI) hotel bersama pemenang tempat kedua Idola Kecil 5, Wan Adzlin atau lebih dikenali sebagai Darling, di atas usaha membantu menjayakan program sosial bersama golongan gelandangan.

Program tersebut bakal dilaksanakan pada esok, 10 Mei (Selasa) bermula jam 9.30 malam sehingga 11 malam. Program ini dilaksanakan atas dasar tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan keprihatinan terhadap kemelut kehidupan yang kian memberi tekanan terutamanya kepada golongan kurang berkemanpuan itu.

Menurut jemputan media yang dihantar, program tersebut bakal berlangsung di Jalan Tunku Abdul Rahman untuk akan mengagihkan pek makanan dan minuman yang dimasak sendiri oleh kakitangan hotel. Tahniah sekali lagi daripada kami di atas usaha murni ini.

McDonalds Hargai Pekerja Istimewa

Posted: 08 May 2016 04:30 PM PDT

Sebagai syarikat yang mementingkan kepelbagaian latarbelakang dalam pengambilan kakitangan, sehingga kini McDonald's Malaysia mempunyai lebih daripada 100 orang kakitangan dari golongan kelainan upaya (OKU) termasuklah mereka yang mengalami masalah pendengaran, masalah penglihatan, bisu dan juga autism, yang bekerja secara separuh masa atau sepenuh masa.

Malah, McDonald's juga bekerjasama dengan pelbagai organisasi lain bagi memberi peluang pekerjaan kepada golongan OKU seperti Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bukan itu sahaja, McDonald's juga mempunyai tiga orang pelatih bertauliah yang bertanggungjawab menentukan kesesuaian skop tugasan untuk kakitangan OKU yang bekerja di restoran-restoran seluruh negara.


McDonald's berharap agar segala usaha yang dilakukan ini mampu menarik lebih ramai golongan istimewa seperti Muhammad Nabil Rosli untuk bekerja dan menonjolkan potensi diri masing-masing demi menikmati kehidupan yang lebih bermakna. Insan istimewa seperti Muhammad Nabil Rosli yang merupakan seorang Orang Kelainan Upaya (OKU), merupakan seorang kakitangan di restoran McDonald's Malaysia di kawasan Puncak Alam.


Selain bekerja dengan McDonald's Malaysia, beliau juga sebenarnya seorang atlet negara dalam sukan paralimpik dalam sukan olahraga dan futsal. Menurut pengurus beliau iaitu Encik Mohamad Shahrul, Muhammad Nabil Rosli adalah antara pekerja yang paling rajin di restoran di mana beliau memang sangat cepat mengemas meja-meja yang kotor kerana tidak suka melihat kawasan restoran kotor dengan bekas-bekas makanan. Tahniah diucapkan kepada McDonald's Malaysia kerana berjaya memberi peluang untuk insan-insan istimewa seperti Muhammad Nabil Rosli untuk berdikari, dan percaya kepada diri sendiri

Comments (0)