Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:05 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Ratu Naga Tidak Perlu Bersumpah Bagai, Buat Akaun Berkanun, Laporan Polis Atau Saman Malu

Posted: 27 May 2016 01:36 AM PDT



Beza Lim Guan Eng dan Ratu Naga atau nama sebenarnya adalah Syarul Ema Rena Abu Samah ialah Lim Guan Eng mengajak orang yang membuat tuduhan ke atasnya untuk datang minum kopi, sedangkan Ratu Naga mengajak orang yang membuat tuduhan kepadanya datang minum teh. Hari ini, Ratu Naga telah bersumpah tidak mengenali orang yang membuat tuduhan kepadanya iaitu  Azharuddin bin Othman @ Abdullah.

Ratu Naga tidak perlu bersumpah bagai. Seeloknya, beliau membuat Akaun Berkanun yang sama menafikan perkara berkenaan atau membuat laporan polis atau menghantar saman malu kepada orang yang menuduhnya. Azharuddin telah mengemukakan beberapa 'screenshot' Whatsapp bersama-sama dengan Akaun Berkanun. 

Membuat Akuan Bersumpah yang palsu adalah satu jenayah yang sangat serius dan boleh membawa kepada 7 tahun penjara. Mari kita lihat jika Ratu Naga juga akan membuat Akaun Berkanun yang sama. Perlu diingat, perbalahan kedua-dua ini tidak ada hubung kait dengan UMNO. Yang dituduh adalah penyokong kuat ProTun yang bukan ahli UMNO dan yang menuduh adalah Koordinator Multimedia di Jingga 13.

Macai ProTun tidak percaya sumpah DS Najib yang dilakukan dalam keadaan tertib, tetapi Macai ProTun lebih percaya dengan sumpah badak yang tunggang langgang dan dalam keadaan serabut.











Tahniah! Permata terima Anugerah Kebajikan Kanak-kanak 3G

Posted: 26 May 2016 11:25 PM PDT


Institusi kanak-kanak ini selalu menjadi bahan kritikan dan tidak pernah terlepas dari difitnah. Hakikatnya, Pusat Anak Permata Negara (Permata) mampu melahirkan generasi dan pemimpin yang cemerlang serta seimbang untuk mendepani cabaran pada masa akan datang kewujudan program itu selaras dengan agenda pembangunan insan yang menjadi kunci kepada aspirasi negara.

Anak-anak Permata ini dipilih sejak umur lapan tahun dan telah diuji kecerdasan intelektual (IQ) serta dinilai dari segi minda agama mereka. Apabila sampai masanya nanti, pada setiap tahun akan lahir antara 50 hingga 60 pelajar yang mempunyai kemampuan luar biasa melalui program ini.

Program, yang diilhamkan DS Rosmah Mansor, hari ini telah mendapat pengiktirafan antarabangsa atas pencapaian cemerlangnya dalam kebajikan kanak-kanak. Penaung Permata itu yang merupakan penggalak utama kebajikan kanak-kanak sejak prog­ram berkenaan diperkenalkan pada 2007, akan menerima sendiri anugerah tersebut bagi pihak Permata.

Isteri Perdana Menteri dijangka menerima Anugerah Tadbir Urus Baik Global (3G Awards) 2016 yang julung kali diadakan pada majlis di sebuah hotel di Istanbul hari ini (10 malam waktu tempatan) di bawah Anugerah Kebajikan Kanak-kanak 3G.

Pengerusi Eksekutif Cambridge IF Analytica Prof Humayon Dar, berkata Permata yang menumpukan kepada usaha mengetengahkan bakat dan kualiti kepimpinan kanak-kanak, sejak dari mula mendapat undian besar dari seluruh dunia, menewaskan calon lain dalam kategori itu.

Comments (0)