Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:04 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Akaun Bersumpah Berkenaan Macai Tun Dr Mahathir Menipu 1.2 Juta Tandatangan Deklarasi Malaysia

Posted: 26 May 2016 01:12 AM PDT



Seorang pengaturcaraan komputer bebas secara sambilan, Azharuddin bin Othman @ Abdullah, nombor kad pengenalan 861022465285 telah membuat Akuan Bersumpah hari ini, bahawa beliau telah dihubungi oleh Facebooker bernama 'Ratu Naga' pada 27/04/2016 untuk membeli maklumat data (database) penduduk Malaysia bagi tujuan untuk mendapatkan 1.2 juta tandatangan untuk keperluan Tun Mahathir bagi tujuan Deklarasi Malaysia.

Beliau juga mengaku akan dibayar RM5,000 oleh Ratu Naga untuk mendapatkan 1.2 juta 'database' pilihanraya. Walau bagaimanapun, beliau hanya dibayar RM 1,000 dan sehingga kini tidak mendapat baki bayaran yang dijanjikan.


'Ratu Naga' yang dimaksudkan di dalam Akaun Bersumpah berkenaan berkemungkinan besar adalah Syarul Ema Rena Abu Samah, 26, yang menggunakan nama berkenaan di laman sosial Facebook. Beliau pernah didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama. Beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang kerana memuat-naik status di Facebook yang menghina Perdana Menteri DS Najib Razak berhubung Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA). Baca di sini.

YDP Agong Hadir Majlis Anugerah Sukan Malam Tadi, Mana 'House Arrest'nya Tun?

Posted: 25 May 2016 11:14 PM PDT


Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan hadir di Majlis Anugerah Sukan Negara 2015 dengan diiringi oleh Perdana Menteri DS Najib Razak di Putrajaya pada malam tadi. Baginda kelihatan sihat dan ceria.

Cuma saya hendak bertanya kepada Tun Dr Mahathir mana dakwaan Tun yang mengatakan Baginda dikenakan tahanan rumah atau 'house arrest'? Bagi yang lupa, kita tulis balik apa yang Tun katakan seperti yang dipetik oleh Malaysiakini, di sini.
"Ini pun kita dah dapat 1.4 juta (tandatangan). Kita akan cuba kemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong. Tetapi seperti saya kata tadi, setakat ini saya tak dapat bertemu dengan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana kemungkinan baginda juga berada dalam keadaan house arrest (tahanan rumah)"
Justeru, sewajarnyalah Tun Dr Mahathir disoalsiasat kerana membuat dakwaan palsu yang memberi gambaran buruk kepada kerajaan dan negara. Tidak ada keperluan undang-undang untuk menahan YDPA di rumah seperti didakwa Mahathir. Mungkin itu sajalah alasan bodoh yang dapat beliau berikan agar tidak dicemuh pengikutnya sendiri.

Dr P Ramasamy Letak Kenderaan Di Tempat Larangan Macam Penang Keluarga Dia Yang Punya @PDRMsia

Posted: 25 May 2016 06:44 PM PDT



Ini kejadian semalam. Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy telah meletakkan kereta rasminya di tempat larangan parkir. Terdahulu daripada itu, dua hari lepas, Dr P Ramasamy juga turut meletakkan keretanya di kawasan larangan parkir (gambar bawah). Pemimpin-pemimpin DAP Pulau Pinang tidak menunjukkan contoh teladan yang baik dengan melanggar undang-undang. 

Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum ini pernah dua tiga kali diambil gambar keretanya diletakkan di tempat larangan parkir. Inilah moto Kecekapan, Akauntabiliti dan Ketelusan, atau CAT, ala Pulau Pinang!

Comments (0)