Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:06 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Bukankah Skandal Rasuah Dan Wanita PKR Patutnya Dibawa Ke @PDRMsia Atau @SPRMMalaysia Dan Bukan Presiden Parti?

Posted: 24 May 2016 02:55 AM PDT


Rafizi Ramli bergurau lagi. Setiausaha Agung PKR yang juga Pengarah Eksekutif  National Oversight and Whistleblowers (NOW) berkata bukti dakwaan rasuah di Selangor kepada presidennya, Dr Wan Azizah Wan Ismail terlebih dahulu. Tambah beliau berkata parti akan menentukan langkah susulan dan samada maklumat itu patut diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau tidak.

Sebelum ini, walaupun tidak ada bukti yang kukuh mengenai penyelewengan dan salah guna yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN), beliau akan bingkas untuk membuat sidang media mewar-warkan berita fitnah tersebut. Ditambah dengan keterujaan beliau untuk membuat laporan polis dan SPRM.

Mengapa dalam kes dakwaan permintaan wang dan wanita ketika berurusan dengan kerajaan Selangor, perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Presiden? Apa akan terjadi jika Presiden mengarahkan agar kes ini tidak diperbesarkan? Apakah skandal di Selangor (sekiranya ada) akan terkubur? 

Atau adakah ini merupakan skrip lakonan beliau dan PKR untuk menutup pertelingkahan pembangkang di dalam Pakatan Harapan (PH)? Apakah skrip Whatsapp seperti di atas adalah juga lakonan beliau dengan Lateefa Koya?

DS @liowtionglai Lancar KLIA Aeropolis, Bandar Lapangan Terbang Kelas Dunia

Posted: 23 May 2016 07:00 AM PDT


Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai hari ini melancarkan KLIA Aeropolis, satu projek daripada Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) yang bakal mengubah kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi sebuah bandar lapangan terbang berkelas dunia. 

KLIA Aeropolis dijangka mampu menyumbang lebih RM30 bilion kepada ekonomi negara dalam tempoh 15 tahun. KLIA sekarang telah menerima lebih 50 juta penumpang setiap tahun dengan lebih 60 penerbangan di lebih 130 destinasi langsung. Dengan pembangunan KLIA Aeropolis ini, Malaysia mampu menjadi hab kargo udara dan menyasarkan pertumbuhan 5.0 peratus trafik kargo global dan tempatan,

DS Liow berkata, KLIA Aeropolis adalah keutamaan penting bagi Kerajaan, sebagai mana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, DS Najib Razak semasa pembentangan Bajet 2016. Pembangunan kawasan seluas 1,000 ekar di sekitar KLIA dijangka memberi pulangan pelaburan asing dan domestik yang ketara. Yang penting menurut DS Liow, KLIA Aeropolis juga memberi peluang yang luas dan berpotensi dari segi perniagaan, perhubungan dan perdagangan, dan akan mempunyai manfaat hasil limpahan daripada sektor penerbangan Malaysia yang pastinya akan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab penerbangan di rantau ini.

Kira-kira 30 peratus daripada kawasan tanah KLIA Aeropolis seluas 100 kilometer persegi diperuntukkan khusus bagi pembangunan lapangan terbang. KLIA Aeropolis bakal mengubah landskap ekonomi kawasan yang mengelilingi KLIA serta membantu menyokong aktiviti lain, termasuk perniagaan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pembuatan dan perkhidmatan.




Ronald McDonald Menonton "Angry Birds" Bersama Kanak-kanak Kurang Bernasib Baik

Posted: 19 May 2016 07:00 PM PDT


Sabtu lalu, bertempat di TGV Bukit Indah, Johor Bahru, McDonald's Malaysia telah mengadakan aktiviti program amal yang melibatkan 3 buah rumah kebajikan sekitar Johor Bahru anjuran Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia iaitu program menonton wayang filem "Angry Birds" bersama-sama kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari Asrama Kebajikan Ar-Rayyan, Pertubuhan Penjagaan Anak Yatim/Miskin Villa Paulos dan Rumah Anak Yatim Islam Pontian.

"The Angry Birds Movie" 2016 merupakan sebuah filem yang di adaptasi dari sebuah permainan atas talian bernama "Angry Birds". Film ini ternyata berasal dari Finland, dan dalam pembuatan filem ini, Columbia Pictures telah mengeluarkan dana sekitar USD80 juta untuk membuat filem ini untuk menjadikannya menarik di mata penonton. Filem animasi ini merupakan sebuah filem animasi Hollywood terbaru oleh dua sutradara sekaligus iaitu Clay Kaytis dan Fergal Reilly, dan skripnya ditulis oleh Jon Votti.


Di dalam majlis berkenaan juga Ronald McDonald House Charity (RMHC) telah menyampaikan sumbangan ikhlas kepada ketiga-tiga rumah kebajikan yang terlibat.




Selesai sudah tayangan "Angry Birds", semua kanak-kanak dari 3 rumah kebajikan di hidangkan Happy Meals dari McDonalds untuk makan tengah hari.


RMHC Malaysia telah ditubuhkan di Malaysia pada bulan Februari 1990 sebagai sebuah pertubuhan tanpa keuntungan. Ianya adalah sebahagian daripada 300 bahagian RMHC di seluruh dunia dengan visi yang jelas untuk membantu dan meringankan beban kehidupan kanak-kanak yang kurang bernasib baik serta membantu kanak-kanak ini untuk mencapai impian mereka. Untuk sumbangan dan keterangan lanjut mengenai Ronald McDonalds House Charities (MHC) Malaysia, sila layari http://rmhc.org.my.

Comments (0)