Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:06 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Tun Dr Mahathir Kata Agong Kena Tahanan Rumah, Memang Sudah Sah Gila Iseng

Posted: 19 May 2016 06:17 AM PDT


Apabila Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir melahirkan kenyataan bahawa YDP Agong telah dikenakan tahanan rumah, ianya bukan menjadi satu gurauan lagi. Ini lawak yang tidak lucu bagi seorang warga platinium yang berusia 90 tahun. Kita fikir baik sajalah. Mungkin YDP Agong tidak mahu berjumpa barua DAP.

Apatah lagi kalau kita lihat video di bawah. Adakah ini akhlak orang tua berusia 90 tahun yang hendak dijadikan contoh dan tauladan untuk orang muda. Tun Dr Mahathir secara sengaja buat-buat tersasul menyebut UMNO kini Parti Najis. Kalau sekali bolehlah beliau kata tersasul, ini dua kali. Ini adalah rakaman kedua. Kelakuan Tun Dr Mahathir saling tak tumpah seperti RBA DAP.

Bantah GST 6% Di Negara Sendiri, Boleh Pula Makan Angin Di Luar Dengan GST (VAT) 20%

Posted: 19 May 2016 01:41 AM PDT


Sehingga kini, belum pernah rasanya saya melihat mana-mana warganegara asing datang ke Malaysia, hanya untuk membuat demonstrasi dan memburukkan pemimpin dan negara mereka di sini. Belum pernah rasanya Rakyat UK datang ke Malaysia untuk memburukkan Perdana Menteri mereka. Namun manusia hamba DAP seperti Dyana Sofea dan rakan-rakan sanggup ke sana untuk memalukan DS Najib Tun Razak.

Jadinya, amat pelik apabila Rakyat Malaysia 'melancong' ke negara asing untuk memburukkan Malaysia. Banyak pulak duit balaci DAP ni. Siapa yang taja mereka di London? Mereka menghina dan membantah GST 6% di Malaysia sebaliknya mereka sanggup menghabiskan GST atau dipanggil VST sebanyak 20% di sana untuk berkempen.

Apakah sudah hilang adab dan akal apabila ada rakyat Malaysia keluar negara, dan memburuk-buruk pemimpin dengan membuat sepanduk, melukis gambar pemimpin yang memalukan semata mata bertujuan politik dan menagih simpati? Apa kata Kerajaan tarik balik kewarganegaraan dan biarkan mereka menikmati mana-mana negara luar yang mereka suka.

Portal Suara Rakyat Memfitnah Lagi, Bila @SKMM_MCMC Nak Ambil Tindakan cc. @PDRMsia

Posted: 18 May 2016 11:37 PM PDT


Lihat betapa liciknya portal pembangkang memutar belitkan kenyataan Menteri untuk menaikkan kemarahan Rakyat terhadap Kerajaan. Terbaru, kenyataan Menteri seperti di dalam gambar di atas ternyata menyebut tentang akta dan undang-undang yang berkaitan perniagaan dalam talian (online) dicadangkan untuk diperkenalkan iaitu Kerajaan akan mengenakan denda atau penjara jika peniaga dalam talian tidak berdaftar bermula tahun depan. 

Namun, portal Suara Rakyat ini memutar belitkan kenyataan berkenaan dengan menyebut tentang sumber pendapatan tambahan Rakyat yang hendak dicukai. Sama ada pihak ini terlalu bijak putar belit atau terlalu bodoh untuk membaca dalam Bahasa Malaysia.

Ramai Rakyat Malaysia yang bijak pandai yang marah bila ada cadangan perniagaan dalam talian (kalau betul sekalipun) akan dikenakan cukai. Apa mereka ingat hanya orang jual tudung, kerepek dan baju saja berniaga dalam talian? Apakah mereka lupa tentang Lazada, Lelong, 11Street.my dan banyak lagi perniagaan besar berniaga dalam talian? Syarikat-syarikat ini berdaftar dan pengguna amat yakin untuk berurusan. Mereka juga tertakluk kepada cukai bergantung kepada jumlah pendapatan dan jualan. Lihat cadangan ini secara global. Jangan sempitkan pemikiran.

Apakah salah semua perniagaan sama ada secara konvensional atau dalam talian diwajibkan untuk berdaftar? Malaysia bukan negara koboi, tanpa undang-undang. Bukankah cara ini dapat melindungi pengguna dari ditipu oleh peniaga-peniaga haram yang tidak bertanggungjawab? Kenyataan awal Menteri adalah Kerajaan hendak daftarkan peniaga dalam talian. Itu dimestikan demi menjaga kepentingan pengguna / pembeli agar berurusan dgn peniaga yang bertanggungjawab. 

Soal cukai, belum diputuskan dan masih di peringkat kajian. Perniagaan dalam talian adalah kaedah baru dan sesetengah peniaga menggunakan kaedah ini untuk mengaut keuntungan 'percuma' iaitu harga yang mereka tawarkan adalah termasuk cukai, tapi cukai sebenar tidak dibayar kepada Kerajaan. Oleh itu, sewajarnya perlu ada kawalan dan pengawasan.

Kesimpulan yang CTS boleh katakan adalah penyokong pembangkang dalam keadaan terdesak sekarang. Buktinya gambar yang diedit di bawah yang disebarkan di laman sosial.

Bersahur Sambil Layan EURO16 Di Kuala Lumpur International Hotel

Posted: 18 May 2016 11:15 PM PDT


Bersempena dengan Kedatangan bulan Ramadhan dan Euro 2016 bulan depan, pihak Kuala Lumpur International Hotel (KLIH) mengambil inisiatif dengan mengadakan promosi EURO-Sahur. Menurut Penolong Pengurus Besar KLIH, Azli Ariffin, pihak hotel akan menyediakan 3 jenis pakej untuk memeriahkan suasana dan menarik pengunjung.

"Sempena euro 2016, kami menyediakan skrin besar di coffee house dan menyediakan 3 jenis pakej iaitu pakej Combo Supper, Pakej Buffet Sahur dan Pakej Nasi Rames dengan harga bermula dari  Rm15," katanya ketika sidang media Promosi Buffet Ramadhan Buffet di sini tadi.

Tambah beliau lagi, pakej ini akan bermula pada hari pertama Ramadhan sehingga akhir Ramadhan bermula dari 1 pagi sehingga Waktu Imsak. Bagi pakej ini, pengunjung akan disajikan dengan tayangan langsung di skrin besar di Toppot Cafe di aras 4 KLIH.

Sebagai salah satu cara memeriahkan pakej EURO 2016 ini, pihak KLIH turut mengadakan pertandingan bola sepak PS4 dari 15 Jun sehingga 2 Julai ini bermula jam 10 malam sehingga 12 tengah malam.

Pihak KLIH hanya mengenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM120 dimana setiap pendaftaran akan diberikan sebuah booklet kupon bernilai 50 ringgit dan perlu dibayar sebelum 28 Mei ini dan terhad kepada 50 penyertaan.

Bagi pemenang pertandingan ini akan menerima hadiah bernilai RM2 000 bagi tempat pertama, manakala bagi tempat kedua, ketiga dan keempat masing-masing akan menerima hadiah bernilai RM1000, RM800 dan RM600.

KLIH juga akan menyajikan hidangan yang unik semperna bulan Ramadhan, saksikan video di bawah:

Comments (0)