Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:20 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Gambar-Gambar Kejadian Pesawat Aermacchi MB339CM Milik TUDM Terhempas

Posted: 17 May 2016 12:27 AM PDT


Menurut kenyataan akhbar daripada TUDM memberitahu bahawa sebuah pesawat jenis Aermacchi MB339CM telah mengalami masalah teknikal semasa membuat latihan pada jam 12.54 tengah hari ini. Kedua-dua juruterbang pesawat tersebut dilaporkan selamat setelah berjaya keluar dari pesawat dengan menggunakan kerusi injal pesawat. Berita lanjut boleh dibaca di Friends of Kedaulatan, di sini.

Datuk Padukang Lidah Bercabang, Inikah Piawai Orang Kanan Tun Dr Mahathir?

Posted: 16 May 2016 09:02 PM PDT




04/05/2013 - "Saya berani bersumpah Wallahi Wabilahi Watallahi orang yang bersekongkol dengan saya pada 1998 bagi menerbitkan buku itu ialah bekas Presiden Pas, Mahfuz dan Mat Sabu. Sebab itu saya pikul perjuangan ini sebagai fardu kifayah kerana Dr. Mahathir tak mahu mempercayai Anwar berperangai sedemikian rupa. Sebab itu saya terbitkan buku 50 Dalil yang ditulis Datuk Khalid Jafri Bakar Shah."
27/12/2015 - "Kalaulah saya ini budak suruhan Tun Mahathir ... pada tahun 1998, saya adalah orang yang menerbitkan buku '50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM' dan pada tahun itu, persepsi yang sama wujud. Orang kata, kononnya Tun Mahathir upah saya, suruh saya terbitkan buku ini untuk menjatuhkan Anwar (bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim). Ini tidak betul. - Baca di sini.
17/05/2016 - "Bukan saya penulis dan penerbit buku itu. Tengok siapa penerbit dan penulis buku itu, sehingga ke hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim tak pernah ambil apa-apa tindakan ke atas diri saya." - Baca di sini.
Inilah manusia lidah bercabang. Bagaimanalah orang sebegini mendapat kepercayaan daripada Mantan Perdana Menteri sebagai orang kanan beliau, kalau malu sekalipun hendak dipanggil balaci atau pemakan dedak? Sampai ke hari ini beliau masih tidak dapat menerangkan bagaimana beliau boleh terlepas dari hukuman muflis, di mana beliau boleh menebus balik dalam tempoh yang singkat.

Pena Anwar Ibrahim Dari Penjara - Benar Atau Palsu?

Posted: 16 May 2016 07:01 PM PDT


Kecoh semalaman apabila portal Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin mengeluarkan surat yang dikatakan ditulis oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan bocor dari penjara. Marah benar Anwar Ibrahim dengan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahahir. Ini boleh dibaca seperti berikut:
'Berhati-hati jangan dipatuk dua kali. Ular itu kini memakai mahkota' [Shakespeare]
Jangan terpedaya dengan menganggap kenyataan-kenyataan mengutuk kezaliman yang melampau ketika waktu pemerintah Tun M akan mampu mengajak beliau untuk melakukan perubahan yang sistematik. Beliau terkenal dengan kecekalan, begitu tertumpu dengan agenda beliau yang sukar digugat. Ketakutan yang sentiasa menghantui diktator dan autokrat adalah pendedahan jenayah-jenayah yang dilakukan dan berbilion-bilion wang yang dicuri. 
Sifat ihsan dan berlapang dada terhadap Tun M tidak pernah dihargai. Bukan sahaja tidak menyesal, beliau menunjukkan sifat terkutuk dalam diri beliau dengan meneruskan serangan peribadi. Penghinaan ini sedihnya tidak dibela oleh rakan-rakan yang saya letakkan kepercayaan. Saya beranggapan kalian lebih mementingkan untuk mempertahankan usaha sama dan kepentingan dengan Tun M.
Di akhir surat berkenaan juga Anwar Ibrahim turut melahirkan kekecewaan terhadap ahli dan pemimpin PKR sendiri sehingga nengungkapkan perkataan pengkianat dan penjilat.

Keretakan di dalam PKR nampak nyata. Seperti ada dua kem di dalamnya iaitu kem Wan Azizah dan Nurul Izzah yang masih berkiblatkan Anwar Ibrahim dan kem Azmin Ali yang telah menobatkan ayah angkatnya, Tun Dr Mahathir sebagai idolanya yang baru.

Surat dari penjara ini mendapat pro dan kontra daripada pemimpin PKR sendiri. Setiausaha Agung PKR mengakui surat berkenaan adalah sah manakala Shamsul Iskandar menafikan dan menganggap surat berkenaan palsu.

Comments (0)