Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:06 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Grand Finale Di Stadium Melawati Shah Alam Gamit Ratusan Ribu Penyokong Deklarasi Selamatkan Malaysia

Posted: 14 May 2016 07:36 AM PDT


Stadium Shah Alam adalah bersebelahan dengan Stadium Melawati. Di Stadium Shah Alam malam ini berlangsung perlawanan akhir Piala FA di antara JDT dan PKNS.

Di Stadium Melawati pula pada masa yang sama, kumpulan Deklarasi Selamatkan Malaysia sedang sibuk mengadakan ceramah Selamatkan Boboi.

Tidak dapat dipastikan kenapa kumpulan ini mengambil tarikh yang sama dengan perlawanan akhir Piala FA. Mungkin hendak memancing 'crowd' daripada Stadium Shah Alam selepas perlawanan berkenaan berakhir.

Apapun tahniah kepada kumpulan Deklarasi Selamatkan Malaysia yang berjaya mengumpul ratusan ribu penonton, sesuai dengan tandatangan yang kononnya mereka berjaya kumpul sebanyak 1.2 juta.



Ini pula 'live update' dari stadium. Malangnya dari stadium sebelahlah. Stadium Shah Alam. Hahaha.

ADUN DAP Telok Datuk Pecah Amanah, Kes @LimGuanEng Masih Belum Selesai, Mana @SPRMMalaysia ?

Posted: 14 May 2016 12:49 AM PDT


ADUN Telok Datok, YB Loh Chee Heng baru sahaja dipecat oleh Jawatankuasa Disiplin DAP di atas salah laku menyalah guna peruntukan Kerajaan Negeri. Laporan telahpun dibuat oleh DAP Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kes ini Rabu lepas. Macai mana yang menyalak mengatakan DAP bebas dari rasuah?

Adakah Loh Chee Heng akan kekal sebagai ADUN Bebas atau adakah akan ada Pilihan Raya Kecil di Kuala Langat memandangkan tempoh matang 3 tahun DUN Selangor hanya akan berakhir paa 21/06/2016.

Adakah diharapkan pihak SPRM dapat menjalankan siasatan dengan segera supaya kes ini dapat dibawa ke mahkamah. Dalam pada itu, kita masih menunggu bilakah SPRM akan menamatkan siasatan mereka ke atas Banglo Tanpa Kolam Renang milik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan kes salah guna kuasa PPRT Taman Manggis.

Di dalam Sidang DUN semalam, Tokong Joseph Lim didapati berbohong apabila di dalam jawapan balasnya, beliau mendakwa bahawa tanah di Taman Manggis II masih lagi kepunyaan KLIDC dan menafikan tanah berkenaan telah dicagarkan di Bank seperti soalan yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Jahara Hamid, baca di sini.

Walau bagaimanapun, dokumen di bawah membuktikan Tokong Joseph Lim seorang pembohong. Carian ke atas Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati tanah berkenaan telah dicagarkan oleh KLIDC kepada AmIslamic Bank Berhad.


Hari ini pula, Tokong Joseph Lim dengan angkuh meletakkan kereta di atas garisan kuning. Siapa berani ambil tindakan?

Comments (0)