Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:12 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Zuhudnya @AzminAli Berkain Pelikat Di Pasar Tani Sungai Besar

Posted: 12 May 2016 11:31 PM PDT


Kalau bab lakonan dan lakon layar, CTS memang 'salute' habis dengan Menteri Besar Selangor, DS Mohamad Azmin Ali. Lakonannya memang begitu mantap, terbaik dan terhebat. Walaupun YB Azmin Ali tinggal di Shah Alam, namun beliau sanggup berkain pelikat untuk kelihatan zuhud, bertandang ke Pasar Pagi Parit 13, Sungai Besar, Selangor, pagi ini.

Penamaan calon baru sahaja diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya pada 05 Jun depan dan hari pengundian pula akan dijalankan pada 18 Jun, namun Menteri Besar Selangor telah memulakan kelas lakonan terlebih awal dari tarikh hari berkempen.

Azmin Ali sememangnya anak didik Anwar Ibrahim yang terbaik dari segi lakonan. Antara watak-watak beliau yang memukau yang pernah dilakonkan adalah adengan terjun longkang, spray nyamuk, kutip sampah, sirap bungkus, makan bawah pokok, mencuci baju penduduk kampung, dan yang terkini pergi pasar berkain pelikat. Teringat CTS lagu Drama King nyanyian Meet Uncle Hussain & Black:

Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati murahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja Drama

Comments (0)