Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:06 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Adakah Banjir Besar Malam Ini Di Sekitar Universiti Malaya Mempunyai Hubungan Dengan Ceramah Tun Dr Mahathir Esok?

Posted: 12 May 2016 07:27 AM PDT

Adakah banjir kilat yang berlaku di sekitar Universiti Malaya dan jalan-jalan menuju ke universiti berkenaan ada hubungan dengan ceramah yang bakal diadakan esok di sana dengan tetamu kehormatnya Tun Dr Mahathir?

Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat, ketinggian banjir separas pinggang dan arus deras berlaku di Pintu Masuk Universiti Malaya pada jam 7.39 malam.

Kenderaan yang terlibat adalah sebanyak 15 buah dan 11 orang mangsa berjaya diselamatkan dengan seorang wanita dewasa mengalami sesak nafas. 13 anggota bomba dari Balai Bomba Seputeh dan Pantai terlibat dengan operasi ini.

Adakah bencana alam ini akibat daripada kedegilan penganjur untuk meneruskan Demonstrasi Mahasiswa Menolak Najib dengan menjemput salah seorang tokoh kontroversi iaitu Datuk Noor Farida Ariffin. 

Wanita ini yang menganggotai kumpulan liberal G25 mencetuskan kontroversi apabila beliau menghina Agama Islam, mencadangkan untuk memansuhkan JAKIM, meminta Kerajaan menghapuskan undang-undang khalwat kerana bertentantangan dengan privasi Rakyat dan sebagainya.

Jangan pula ada yang bertanya di mana Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah berada sewaktu kawasan Parlimennya dilanda banjir kilat. Anda pilih, anda dapat.


Keistimewaan Yang Diberikan Kepada Anwar Ibrahim Harus Diberikan Kepada Banduan-Banduan Lain

Posted: 11 May 2016 09:45 PM PDT

Bukan CTS mahu bersikap kejam dan zalim. Sebaliknya keadilan itu mestilah sama rata. Tindakan Jabatan Penjara membenarkan Anwar Ibrahim untuk menziarahi adik perempuannya yang meninggal dunia, semalam di Teras Jernang, agak berat sebelah.

Kita bersimpati apabila beliau dibenarkan untuk melawat jenazah Ayahandanya suatu masa dulu sewaktu masih menjalani hukuman. Tetapi apabila keistimewaan ini melibatkan adik beradik yang lain, agak berlebihan rasanya.

Kenapa banduan-banduan yang lain tidak mendapat keistimewaan yang sama? Apa hebatnya Anwar Ibrahim berbanding banduan-banduan lain?

Hebat Abang Mat Sabu - Gelanggang Bola Keranjang Pun Boleh Ceramah

Posted: 11 May 2016 05:57 PM PDT

Ceramah parti pembangkang kini sudah di peringkat ekstrem. Walaupun mereka memerintah di Selangor, ceramah-ceramah yang diadakan melangkaui tempat-tempat yang tidak pernah terfikir sebelum ini. Terbaru, adalah ceramah Parti Amanah Negara (PAN) yang diadakan di tapak gelanggang bola keranjang, Subang Jaya. 

Lebih 30 ribu dikatakan hadir untuk mendengar amanat dan pengalaman PAN bagaimana mereka berjaya memenangi kerusi Pilihan Raya Negeri Sarawak dengan cemerlang. Basketball court pun basketball court lah.

Comments (0)