Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:17 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Jom Kita Tonton Drama Tamil Pengiraan 1 Juta Tandatangan Deklarasi Selamatkan Malaysia

Posted: 11 May 2016 04:57 AM PDT


Semalam, jam 2.20 petang, Kelab Mantan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir FC telah memuat naik status kononnya tandatangan Deklarasi Rakyat telahpun mencecah 1 juta. Maka drama Tamil pun bermula dengan peluk berpelukan diiringi tangisan syahdu.

Pada pukul 4.11 petang, satu lagi fanpage, Deklarasi Rakyat pula telah memuat naik status posting bahawa pengiraan tandatangan Deklarasi Rakyat baru bermula. Kelihatan keluarga bahagia yang terdiri daripada Ambiga S, Marina Chin Abdullah dan Teresa Kok turut sama mengira.

Drama Tamil apakah ini. Patutlah yang seorang mudah lupa dan lagi seorang pula blur!


Hari ini pulak kita sedia maklum apa yang berlaku ...

Azmi Shahrom Kata Deklarasi Rakyat Tiada Kesan Di Sisi Undang-Undang

Posted: 11 May 2016 01:31 AM PDT



Walaupun dengan drama linangan air mata semalam dan walaupun dengan bantuan keluarga baru seperti Teresa Kok, Marina Chin 'BERSIH' dan Datuk Padukang ala aww aww gitu, Mantan Perdana Menteri masih belum berjaya mencapai cita-citanya untuk mendapatkan sejumlah 1 juta tandatangan untuk diserahkan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang bersidang hari ini dan esok. Ini disahkan sendiri oleh Ketua Sekretariat Selamatkan Malaysia, Datuk Kamaruddin Jaafar hari ini. Tidak tahulah siapa yang berbohong. Mantan kata beliau berjaya dapat 1 juta sedangkan Ketua Sekretariat kata baru 500,000.

Walaubagaimanapun, pendapat pakar undang-undang pro pembagkang ini perlu kita fahami. Kata Prof Dr Mohd Azmi Sharom yang dipetik China Press, Deklarasi Rakyat tiada kesan undang-undang, sekalipun diserahkan kepada Majlis Raja-Raja. Jelasnya, tidak kira satu juta atau dua juta tandatangan yang dikumpul, Deklarasi Rakyat sekadar satu bentuk atau simbolik kempen tandatangan di atas kertas. Tegasnya, Perdana Menteri hanya boleh digulingkan menerusi undi tidak percaya di Parlimen dengan memperoleh persetujuan kebanyakan wakil rakyat.

Persoalannya, kenapa kumpulan Deklarasi Selamatkan Malaysia ini buat kerja bodoh?

Comments (0)