Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:08 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Deklarasi Rakyat Sudah Mencapai 1 Juta? Dah Auidt Ke Belum?

Posted: 10 May 2016 01:32 AM PDT



Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak terpaksa mengemaskan pejabatnya hari ini disebabkan kumpulan Deklarasi Rakyat pimpinan Tun Dr Mahathir dan Lim Kit Siang telah berjaya kononnya memperolehi sejumlah tandatangan sebanyak 1 juta. Kalau betul sekalipun tandatangan 1 juta telah diperolehi, bagaimana dengan 29 juta lagi Rakyat Malaysia? Mereka ini tidak pentingkah?

Senarai jumlah penandatangan Deklarasi Rakyat perlu diaudit sebelum dibawa ke Majlis Raja-Raja. Sebagai juruaudit yang berpengalaman dan bertauliah, CTS menawarkan diri untuk mengaudit senarai berkenaan, memandangkan kami tidak boleh mengakses senarai nama-nama penandatangan berkenaan secara online. 


Beberapa perkara harus disahihkan terlebih dahulu seperti:

1. Identiti palsu diterima secara 'online'.
2. Penandatangan mungkin bukan warga negara.
3. Penandatangan mungkin diugut atau diupah.
4. Program komputer 'BOT' digunakan untuk menandatangan.
5. Nama-nama seperti Kucing Comel tidak terdapat di dalam senarai berkenaan.


Mantan Perdana Menteri harus bersabar sebelum proses audit ini berjalan. Bukankah Mantan yang beria-ria hendak hapuskan kuasa Raja-Raja Melayu suatu masa dulu. 

Sekarang beliau juga beria-ria mengumpulkan 1 juta tandatangan dan mencuba untuk memohon kepada Raja-Raja Melayu untuk memecat Perdana Menteri yang dipilih secara Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan.

Selepas ini UMNO pula kutip tandatangan 2 juta untuk singkirkan Boboi. Apa kesudahannya? Sistem Pilihan Raya kan ada. Ikut sajalah. Siapalah bebal jadi penasihat.

Kalau 1 juta tanda tangan boleh tukar Perdana Menteri, sudah lama Anwar Ibrahim buat dan pertukaran yang pertama berlaku dengan sistem ini ialah Tun Dr Mahathir sendiri pada era Reformasi.

Comments (0)