Followers

Nuffnang

Cénangau

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 7:17 PTG | Posted in

sumber :-

Cénangau


Tandatangan Deklarasi Rakyat: Siapa sebenarnya yang bayar Azharuddin dan Ratu Naga?

Posted: 30 May 2016 05:00 PM PDT

Tapi memandangkan kes ni cukup jelas melibatkan 'skrip berprofile tinggi' aku tak rasa kita akan tahu siapa sebenarnya yang bayar Azahruddin dan Ratu Naga dalam skandal jual tandatangan palsu Dekalarasi Rakyat hasil usaha Dr. Mahathir tu

Azharuddin-Ratu-Naga-jual-tandatangan-palsu-Deklarasi-Rakyat
Malaysiakini dalam berita bertajuk "Deklarasi Rakyat 'tiada urusan' dengan Azharuddin, Ratu Naga" melaporkan:
Sekretariat Deklarasi Rakyat hari ini menafikan sekeras-kerasnya pernah berurusan dengan pengaturcara komputer bebas, Azharuddin Othman yang mendakwa dirinya telah menjual 900,000 nama daripada pangkalan data dalam usaha menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pada masa yang sama, sekretariat itu juga menegaskan tidak pernah terlibat dalam urus niaga dengan Syarul Ema Rena Abu Samah, 26, yang menggunakan nama 'Ratu Naga' di laman sosial Facebook yang dikatakan terpalit sama dalam isu berkenaan. - Mkini.
Artikel penuh »

Rasuah Perempuan di Selangor: Rafizi tak berani dedah kepada umum

Posted: 30 May 2016 11:20 AM PDT

Ada kemungkinan jugak Rafizi terpaksa 'beralah' dengan Azmin kali ni dengan serahkan bukti-bukti tu kepada SPRM tanpa dedahkannya kepada umum macam keputusan mesyuarat PKR untuk pastikan kedudukan dia 'selamat' dalam PKR.

Rafizi-serah-bukti-rasuah-peampuna-selangor-kepada-SPRM
AstroAwani dalam berita bertajuk "Rasuah di Selangor: SPRM perlu diberi ruang jalankan siasatan menyeluruh - Rafizi" melaporkan:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi ruang untuk menjalankan siasatan menyeluruh ke atas aduan salah laku rasuah di Selangor.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata sebagai individu yang memfailkan laporan, beliau tidak dapat mendedahkan butiran lanjut.

"Saya tertakhluk kepada kerahsiaan setelah laporan dibuat.

"Situasi ini mengecewakan kerana saya sebagai ahli PKR memfailkan laporan melibatkan ahli parti sendiri," tambah Rafizi. - AstroAwani.
Artikel penuh »

PRK Sungai Besar: Dr. Rani calon terbaik PAS untuk menewaskan Amanah

Posted: 30 May 2016 12:36 AM PDT

Walaupun ramai ahli dan penyokong Pakatan Harapan tak sanggup nak mengakui tapi realitinya keputusan PAS untuk letak Dr. Rani sebagai calon PAS untuk PRK Sungai Besar adalah satu pilihan yang cukup bijak, mungkn pilihan yang paling bijak sejak muktamar PAS tahun lepas yang menyaksikan perwakilan PAS buat pilihan paling mengarut.

Harakahdaily melaporkan:
Dr Abdul Rani Osman terkejut dan tidak pernah terlintas dipilih oleh kepimpinan tertinggi PAS untuk menjadi calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar pada 18 Jun nanti.

Menurut beliau, keputusan yang telah dibuat oleh kepimpinan tertinggi PAS itu diterima dan diharap semua rakan-rakan parti dari DAP dan PKR dapat membantu PAS menawan kerusi Parlimen Sungai Besar.

"Saya sangat berharap Adun Sekinchan (DAP), Ng Sue Lim dapat membantu saya untuk berkempen. Adun Sekinchan merupakan kawan rapat saya. Saya kagum dengan kemahiran beliau yang boleh menghafal maksud firman Allah ketika berucap dalam sidang Dewan Negeri," katanya. - Hrkh.
Artikel penuh »

Comments (0)