Followers

Nuffnang

Cénangau

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 7:07 PTG | Posted in

sumber :-

Cénangau


Pengundi diseru letak tanda seru (!) di kertas undi PRK SUngai Besar dan Kuala Kangsar.

Posted: 26 May 2016 07:00 PM PDT

Macamana Gerakan Mahasiswa Amarah  (GeMa) boleh gesa pengundi PKR Kuala Kangsar dan Sungai Besar supaya rosakkan kertas undi dengan letakkan simbol tanda seru (!) tapi dalam masa yang sama depa juga gesa supaya pengundi tidak turun mengundi.

Siswa-kempen-protes-PRK-rosakkan-undi-PRK-Kuala_Kangsar-Sungai-Besar
Malaysiakini dalam berita bertajuk "Siswa kempen protes PRK, rosakkan undi" melaporkan:
Gerakan Mahasiswa Amarah (GeMA) mendesak pengundi di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar supaya merosakkan undi mereka atau tidak turun mengundi sebagai tanda protes kepada parti-parti politik di negara ini.

Koordinatornya Wafiuddin Rosli berkata parti politik dari kerajaan dan pembangkang tidak lagi menjadi harapan kepada rakyat dan mahasiswa ekoran semakin hari semakin banyak krisis melanda negara. - Mkini.
Artikel penuh »

Apa sebenarnya cerita disebalik tangguh bahas usul RUU Mahkamah Syariah?

Posted: 26 May 2016 05:00 PM PDT

Antara alasan Rang Undang-undang Persendirian Akta 355 Akta Mahkamah Syariah yang Hj Hadi bawa tu tak dibentang untuk dibahas di Dewan Parlimen dalam sidang-sidang sebelum ini adalah RUU ni belum dapat perkenan Majlis Raja-raja.

D:\00temp\Hj-Hadi-tapi-bentang-tangguh-Rang-Undang-undang-Persendirian-Akta-355-Akta-Mahkamah-Syariah.jpg
AstroAwani dalam berita bertajuk "Hudud: Selepas RUU dibenar dibahas, Hadi pula minta tangguh" melaporkan:
Rang Undang-Undang (RUU) Ahli Persendirian mengenai Hudud hari ini buat pertama kalinya dibenar untuk dibentangkan di sidang Dewan Rakyat, selepas ia dipercepatkan untuk dibahaskan.

Usul untuk mempercepatkan RUU itu dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina di bawah Peraturan Mesyuarat 14(2) supaya ia dapat dibentangkan di persidangan hari ini - AstroAwani.
Artikel penuh »

Ujian Litmus: Dari Sungai Besar ke Kuala Kangsar

Posted: 25 May 2016 11:32 PM PDT

Selepas PRK ini PAS terpaksa membuat keputusan, kerana keadaan aneh dan janggal mereka tidak boleh berterusan selamanya. Perhubungan songsang seperti ini mesti dimuktamadkan. 

Oleh: Khalid Samad

EXCO SELANGOR

Ada yang tanya saya berhubung berita kononnya Menteri Besar mengarahkan Exco PAS meletak jawatan sekiranya terus berdegil ingin bertanding di Parlimen Sungai Besar. Saya menjawab bahawa persoalan Pilihan Raya Kecil dan jawatan Exco kerajaan Negeri Selangor perlu dipisahkan dan dilihat secara berasingan. Ianya tiada kena-mengena di antara satu sama lain.

Menggunakan jawatan Exco sebagai bahan ugutan, samada oleh Menteri Besar, untuk memaksa PAS menarik diri dari bertanding di PRK Sungei Besar, atau oleh PAS, untuk memaksa persetujuan supaya PAS bertanding, adalah tidak wajar dan tidak patut dilakukan. Jawatan Exco bukan bahan untuk digunapakai membuat ugutan tetapi ianya adalah tanggung-jawab dan amanah yang penting.

Perlantikan atau perlucutan jawatan tersebut seharusnya atas dasar prestasi yang ditunjukkan dan bukan atas percaturan politik mana-mana pihak. Walaupun persoalan kesetian dan kepatuhan adalah penting, ianya tidak boleh dilihat dari sudut kesetian dan kepatuhan yang sempit.
Artikel penuh »

Comments (0)