Followers

Nuffnang

Cénangau

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 7:19 PTG | Posted in

sumber :-

Cénangau


PRK Sungai Besar: Pemimpin PKR jumpa Mursyidul Am PAS minta bagi laluan ?

Posted: 25 May 2016 08:03 AM PDT

Tapi kalau betul khabar angin tu, mungkin itu usaha terakhir 'kartel' Azmin untuk merayu PAS bagi laluan di PRK Sungai Besar dan Tapi kalau betul khabar angin tu, aku yakin usaha pemimpin PKR berkenaan takkan berjaya.

Azmin-Ali-jumpa-Dr-Haron-Din
Gambar Hiasan (Kredit: Selangorku)
Blog MerahTinta MSO dalam posting bertajuk "Pemimpin PKR jumpa Haron Din bincang kerusi Sg Besar?" tulis:
Ada maklumat yang sampai kepada saya, malam tadi pemimpin tertinggi PKR berjumpa dengan Murysidul Am Pas, Dr Haron Din dipercayai untuk mencari formula bagi menghadapi pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Pemimpin PKR berkenaan katanya datang bersendirian dengan memandu kereta ke rumah Haron di Bangi. Tidak dapat dipastikan apakah butiran perbincangan mereka berdua. Saya difahamkan pemimpin PKR itu bersungguh menyakinkan Haron Din supaya memberi laluan kepada PKR bertanding di kerusi Sungai Besar.

Kerusi Sungai Besar menjadi rebutan di kalangan pembangkang khasnya Pas dan Amanah. Kedua-dua mendakwa mempunyai peluang mampu menumbangkan BN kalau diberi laluan. Kedua-dua parti itu "bergagah" antara satu sama lain. - MSO.
Artikel penuh »

Wan Azizah tak rasa dihinakah dengan jawapan Ust Idris ni?

Posted: 25 May 2016 07:13 AM PDT

Aku sebenarnya kesian dengan Wan Azizah yang terpaksa jadi 'jurucakap' kepada Kartel' Azmin. Buat malu ja. Tak berbaloi langsung kut ikut kemahuan 'kartel' Azmin sampai dimalukan sampai tara tu.

Ust-Idris-malukan-wam-azizah
Sinarharian dalam berita bertajuk "'Pas tak ganggu rumah tangga orang'" melaporkan:
Pas menegaskan bahawa parti itu tidak mempunyai kaitan terhadap penangguhan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, masalah yang berlaku di dalam Pakatan Harapan seharusnya tidak boleh dikaitkan dengan Pas.

Ini kerana menurut Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar itu, Pas tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi sebarang keputusan memandangkan parti Islam itu bukan dalam komponen Pakatan Harapan. - Sinarharian.
Artikel penuh »

Comments (0)