Followers

Nuffnang

Cénangau

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 7:09 PTG | Posted in

sumber :-

Cénangau


PRK Sungai Besar: PAS baru kenal betapa kurang ajarnya Azmin?

Posted: 21 May 2016 07:00 PM PDT

Tak payah la kut Ketua Pemuda PAS yang berlagak macam orang tua ni sampai nak kata kat Azmin kurang ajar kepada Presiden PAS walaupun memang pun Azmin selalu beraksi kurang ajar.

Nik Abduh kata Azmin kurang ajar dengan Hj Hadi
Kredit imej: FMT.
AntaraPos dalam berita bertajuk "Tuduhan PKR terhadap Hadi 'jahil, kurang ajar', kata Nik Abduh" melaporkan:
Pemuda PAS menyifatkan tuduhan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang 'tidak tahu apa yang berlaku dalam parti' yang dilemparkan PKR sebagai jahil dan kurang ajar.

Ketuanya Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz melahirkan rasa kecewanya terhadap parti itu ekoran Hadi dilabel sebagai ketua yang tidak tahu isu dalam parti.

"Ada juga orang politik kata, ada presiden parti tak tahu apa pun hal partinya. Biasa yang saya dengar ialah ada orang jahil atau kurang ajar kata ulama tu tak tahu apa pun pasal ugamanya (agamanya)," katanya yang dipetik melalui laman sosial Facebook. - AntaraPos.
Artikel penuh »

PRK Kuala Kangsar: Hj Nizar kompon BUKAN calon Amanah PRK Kuala Kangsar.

Posted: 21 May 2016 05:00 PM PDT

Dan bagi yang hadir ceramah Amanah semalam tu, aku yakin hangpa pun boleh teka siapa yang akan jadi calon Amanah untuk PRK Kuala Kangsar kali ni, kecuali dalam kepala hangpa dah set Hj Nizar kompon calon PRK Kuala Kangsar kali ni.

FreeMalaysiaToday dalam laporan bertajuk "Nizar calon PH di Kuala Kangsar?" melaporkan:
Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mungkin mewakili Pakatan Harapan (PH) bertanding di PRK Kuala Kangsar.

Menurut sumber yang dipetik China Press, Nizar yang merupakan Timbalan Pengerusi AMANAH Perak adalah salah seorang calon di kerusi Parlimen itu.

Nizar ketika dihubungi akhbar itu bagaimanapun enggan mengulas perkara berkenaan, sebaliknya beliau berkata segalanya akan terjawab pada Ahad ini. - FMT.
Artikel penuh »

PRK Sungai Besar: Hajat Azmin nak ganti Anwar jadi hero akhirnya kantoi

Posted: 21 May 2016 02:08 AM PDT

Isu panas 'kata dua Azmin pecat Exco PAS Selangor' tu sebenarnya menunjukkan yang Azmin tak sedar diri. Niat dia dengan ketiadaan Anwar Ibrahim dia nak jadi 'hero' dikalangan pembangkang. Dia ingat dia cukup hebat boleh nak paksa kemahuan dia pada semua orang.

prn Sungai Besar Azmin gagal jadi hero
Kredit imej: Mole.my
FreeMalaysiaToday dalam laporan bertajuk "Azmin memang ugut pecat EXCO PAS – Ulama" melaporkan:
Tiga EXCO PAS di Selangor memang diberi kata dua oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya meletak jawatan sekiranya parti Islam itu berkeras mahu bertanding PRK Parlimen Sungai Besar.

Pendedahan itu dibuat Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berdasarkan maklumat yang diterima pihak partinya.

Malah, menurut Khairuddin, penafian yang dibuat Azmin kepada pihak media juga tidak benar.

"Azmin 'terkantoi' berbohong kepada wartawan, kononnya tidak pernah arahkan EXCO PAS (Selangor) letak jawatan sedangkan memang 'confirm' dia (Azmin) arahkan EXCO PAS meletakkan jawatan jika PAS terus bertanding di Sungai Besar," katanya kepada FMT. - FMT.
Artikel penuh »

Comments (0)