Followers

Nuffnang

Cénangau

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 7:24 PTG | Posted in

sumber :-

Cénangau


Surat Anwar dari penjara: Kenapa 'kartel Azmin' sanggup kata palsu?

Posted: 16 May 2016 05:30 PM PDT

Apa pun kita tunggu apa pulak mainan Azmin seterusnya rentetan bahang surat Anwar Ibrahim dari penjara ni, dan apa pulak tarian yang akan dipersembahkan oleh 'kartel' pemakan dedak pemberian Azmin.

Malaysiakini dalam beria bertajuk "'Surat panjang lebar' dari Anwar palsu - Samsul Iskandar" melaporkan:
Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, hari ini, menafikan wujudnya 'surat panjang lebar' dari Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang.

Sehubungan itu, Shamsul yang juga anggota parlimen Bukit Katil mempersoalkan kewujudan surat tersebut dan menegaskan bahawa Anwar konsisten dengan kandungan Deklarasi Rakyat dan menyokong perkara tersebut. - Mkini.
Artikel penuh »

Surat Anwar dari penjara (full) : ‘The serpent that did sting… Now wears the crown.’

Posted: 16 May 2016 01:24 PM PDT

Namun kegusaran saya adalah justeru perkembangan kini meletakkan kita di persimpangan jalan. Soal cita-cita murni, idealisme bukan lagi persoalan asasi tetapi pencak politik untuk berkuasa. Atau di sebaliknya, apakah saya dirundung malang kerana sukar menerima kenyataan?

Saudara-saudara, presiden, timbalan dan rakan-rakan pimpinan yang dikasihi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Permasalahan yang akan saya utarakan perlu dilacak dan diteliti dengan tenang. Intipati gagasan tidak tersasar dari dasar perjuangan dan konsisten dengan nada lakaran sebelumnya. Kekhuatiran saya adalah jika saudara-saudara sekadar mendengar dengan hormat tetapi gagal membenahinya.

Dalam sejarah perjuangan kita, terdapat episod getir yang menuntut bongkahan pemikiran dan penyuluhan. Permasalahan kini terkait dengan Deklarasi Rakyat yang turut mengheret pimpinan dan wadah kita untuk bersekongkol dengan Tun M dan Daim.
Artikel penuh »

Comments (0)