Followers

Nuffnang

Belantan

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:10 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


DAP ‘meroyan’, Azmin tertekan?

Posted: 28 May 2016 12:38 PM PDT

Sepatutnya DAP mengimbas kembali bagaimana layanan mereka terhadap Pas sebelum ini. Kenapakah pentingnya Pas difikirkan apabila mahu menghadapi pilihan raya sahaja?

DAP tiba-tiba melatah apabila menyatakan pa­katan pembangkang ti­dak boleh lagi bergantung harap kepada Pas dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar atas alasan kecenderungan parti itu untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN). Malah DAP turut menyifatkan Pas sebagai sekutu sulit kepada UMNO dan BN kerana enggan berunding berhubung kedua-dua kerusi itu.

Persoalannya, sejak bila pula DAP pandai berunding dengan Pas? Kenapa apabila Pas sudah tidak lagi berada dalam pakatan pembangkang, baharulah parti itu dilihat berharga kepada pakatan tersebut? Sepatutnya DAP mengimbas kembali bagaimana layanan mereka terhadap Pas sebelum ini. Kenapakah penting­nya Pas hanya difikirkan apabila mahu menghadapi pilihan raya sahaja?

DAP seharusnya menghormati Pas kerana kedua-dua kerusi itu sememangnya kerusi tradisi Pas, lagipun bukankah Setia­usaha Agung DAP, Lim Guan Eng sendiri sudah menyatakan parti itu tidak berminat bertanding di situ, oleh itu kenapa DAP hendak menyibuk menyerang Pas? ­Paling dikesalkan, DAP juga mengeluarkan hujah dangkal apabila mengaitkan sikap Pas itu dengan BN. Tak pasal-pasal BN dikaitkan sedangkan masalah yang berlaku melibatkan perbalahan dan pertelingkahan antara parti-parti pembangkang.

Kalaupun DAP berhasrat mencari modal politik atau terus mahu menjadi 'taiko' dalam pakatan pembangkang, tidak payahlah hendak mengaitkan BN atau UMNO dalam soal perbalahan mereka dengan Pas. Apa yang berlaku dalam pakatan pembangkang sekarang bukanlah salah BN, tetapi salah DAP yang bersekongkol dengan PKR melayan Pas bagaikan sebuah parti tidak bermaruah ketika Pas berada dalam pakatan pembangkang dahulu.

UMNO tidak mempunyai ­apa-apa kaitan dengan pendirian Pas untuk bertanding di kedua-dua kerusi itu. Lagipun hubungan antara kedua-dua parti lebih kepada persefahaman antara se­sama Islam dan bukannya politik, maknanya mereka tetap akan bertarung sesama sendiri dalam pilihan raya.

Selama ini yang menjadi pujaan DAP bukannya pemimpin-pemimpin Pas tetapi pemimpin-pemimpin PAN, bukankah DAP bagaikan berpesta apabila PAN ditubuhkan? Justeru berilah kepercayaan kepada PAN untuk menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan oleh Pas dalam ­pakatan pembangkang.

Bagaimanapun kita boleh faham kenapa DAP 'meroyan' dengan sikap Pas, ini kerana mereka sama sekali tidak yakin dengan PAN yang terbukti sekadar 'penyendal' dalam pakatan pembangkang. DAP tahu sejauh mana kekuatan Pas apatah lagi dalam berhadapan dengan pilihan raya.

DAP mungkin terpaksa ber­suara selepas PKR sendiri terpaksa turun ke gelanggang PRK khususnya di Sungai Besar dalam keadaan penuh kepincangan. PKR kini sedang berhadapan de­ngan masalah dalaman yang menyaksikan pertembungan an­tara kelompok Menteri Besar, Sela­ngor yang juga Timbalan Pre­siden parti, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan puak yang dike­tuai oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail.


Perbalahan antara mereka bukan lagi secara tertutup sebalik­nya sudah menjadi rahsia umum. Mohamed Azmin yang sebelum ini begitu lantang mengkritik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Pelabuhan itu menjadi MB, kini semakin memahami betapa hebatnya politik dalam PKR dan betapa 'panasnya' kerusi MB tersebut.

Dari semasa ke semasa, Mohamed Azmin terus menerima tekanan termasuklah dalam isu habuan wang dan perempuan yang dinafikan secara tegas oleh beliau. Gesaan beliau supaya pihak yang melakukan tuduhan mengemukakan bukti juga seolah-olah tidak layan. Penulis diberitahu oleh beberapa rakan dalam PKR, asakan demi asakan akan terus dilakukan sehinggalah Mohamed Azmin berundur daripada jawatan MB.

"Dari segi kekuatan dalam PKR, Mohamed Azmin sebenar­nya keseorangan. Kalau adapun tidaklah seramai kelompok yang mahukan beliau berundur,'' kata salah seorang rakan kepada penulis. Selain isu perbualan habuan wang dan perempuan dalam pentadbiran kerajaan negeri, Mohamed Azmin juga dikatakan gagal untuk menangani perbalahan dengan Pas berhubung PRK Su­ngai Besar.

Walaupun Mohamed Azmin me­nafikan memberi kata dua kepada tiga exco Pas untuk meletakkan jawatan jika parti itu bertanding di kawasan Parlimen berkenaan, namun kenyataan Dewan Ulama Pas yang mengesahkan Mohamed Azmin memang berbuat demikian menyebabkan kredibiliti Menteri Besar Selangor itu semakin dipertikaikan. Oleh itu, Mohamed Azmin akan mengepalai jentera PKR turun ke Sungai Besar dalam keadaan pincang.

Situasi yang sama juga di­jangka berlaku di Kuala Kangsar, apabila pembangkang akan turun dalam keadaan berantakan, namun begitu ini bukanlah satu situasi yang bermaksud, jentera BN di kedua-dua kawasan tersebut boleh bersenang-lenang.

Ketika cabaran pembangkang mungkin agak lemah berikutan konflik yang berlaku, cabaran dalaman mungkin jauh lebih hebat atau bahasa mudahnya ­sabotaj oleh jentera parti sendiri. Justeru pucuk pimpinan Pusat perlu memastikan keadaan itu tidak berlaku terutamanya sebaik sahaja nama calon diumumkan pada Jumaat atau Sabtu ini. Mana-mana pemimpin yang dilihat berpotensi melakukan sabotaj kepada jentera pilihan raya sama ada di Kuala Kangsar mahupun Sungai Besar perlu 'dijauhkan' dari kawasan sepanjang pilihan raya berlangsung.

Suara Politik
Belantan

PKR: Didakwa cipta isu untuk alih perhatian?

Posted: 28 May 2016 12:27 PM PDT


Perbalahan kepemimpinan PKR mengenai dakwaan wujud habuan wang dan perempuan jika mahu berurusan dengan kerajaan Selangor semakin hangat apabila timbul tuduhan ia sengaja dicetuskan oleh seorang pemimpin kanan parti itu sendiri.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie berkata, dakwaan sedemikian sengaja disebarkan untuk mengalih perhatian ahli parti itu yang tidak berpuas hati dengan tindakan seorang pemimpinnya yang dikatakan telah membocorkan surat dalaman di antara Anwar Ibrahim dengan kepimpinan PKR.

"Majoriti ahli parti (PKR) percaya surat dalaman parti itu disyaki dibocorkan sendiri oleh 'orang yang menguruskan pentadbiran parti' kepada media. Bagi mengalihkan (isu) kebocoran surat itu, maka tuduhan rasuah wang dan perem­puan ini sengaja disebar.

"Saya berpandangan jika benar wujudnya dakwaan sogokan se­perti itu, sepatutnya individu terlibat menyiasat sepenuhnya dahulu dan tidak perlu 'melambung ke seluruh dunia' dakwaan itu sedemikian rupa. Sebaiknya ia perlu dibawa ke pengetahuan majlis pimpinan pusat dan dibincangkan di sana sebelum sesuatu keputusan dibuat," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp kepada wartawan akhbar di sini hari ini.

Bagaimanapun, Shuhaimi tidak mendedahkan identiti pemimpin kanan PKR terbabit yang dikatakan mencetuskan dakwaan tersebut termasuk membocorkan surat Anwar sebelum ini yang difahamkan mengenai kebimbangan Penasihat PKR itu mengenai penglibatan PKR dalam gerakan menjatuhkan Perdana Menteri bersama-sama Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Namun, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menerusi laporan akhbar semalam mengakui menulis mesej dalam aplikasi WhatsApp mengenai habuan wanita dan wang jika mahu berurusan dengan kerajaan negeri Selangor yang menjadi viral.

Ahli Parlimen Pandan itu turut mengakui 'Kak Zu' yang disebut dalam perbualan kumpulan WhatsApp Solidarity For Anwar adalah merujuk kepada Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Bagaimanapun selepas dakwaan tersebut menjadi viral, Rafizi menafikan tuduhan itu ditujukan kepada mana-mana wakil rakyat pakatan di Selangor, sebaliknya mendakwa perbualannya itu merujuk kepada individu tertentu yang tidak dinamakan.

Dalam pada itu, Shuhaimi yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mempersoalkan motif dan tujuan sebenar pemimpin kanan PKR yang terlibat membangkitkan dakwaan habuan tersebut dalam kumpulan WhatsApp ber­kenaan.

"Pastinya ada maksud (niat) yang tertentu. Salah satunya ialah supaya kesilapan yang disyaki dilakukan oleh beliau dengan membocorkan surat Ketua Umum (Anwar) itu dapat dialihkan.

"Saya fikir apa jua alasannya sangat tidak sesuai pemimpin parti bertaraf pimpinan kanan melakukan tuduhan sebegini. Ia sangat merosakkan selain mencalar sedikit imej kerajaan negeri dan kakitangan awam di Selangor.

"Bahkan, ia juga merobek imej pimpinan terlibat. Reputasinya dan niatnya mula dipersoalkan," ujarnya.

Suara Politik
Belantan

Comments (0)