Followers

Nuffnang

Belantan

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Skandal 'rasuah' PKR - Azmin minta bukti?

Posted: 22 May 2016 06:14 AM PDT


Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali meminta pihak yang mendakwa kononnya berlaku amalan meminta 'wang dan wanita' sebagai habuan untuk berurusan dengan kerajaan negeri mengemukakan bukti supaya tindakan selanjutnya dapat diambil oleh pihak berkenaan.

Selagi dakwaan sedemikian tidak disusuli dengan bukti katanya, maka ia kekal sebagai, tindakan 'bacul', tidak bertanggungjawab dan berniat jahat.

Dalam satu kenyataan akh­bar di sini hari ini, beliau me­nyifatkan, dakwaan yang dikata­kan timbul menerusi penyebaran transkrip per­bualan kumpulan WhatsApp yang turut mengaitkan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli itu sebagai satu kempen fitnah terancang yang sengaja dicetuskan untuk melemahkan kerajaan negeri di bawah pimpinannya.

"Ini merupakan satu tuduhan jijik yang tidak disokong oleh sebarang bukti. Ia juga satu kem­pen fitnah yang te­ran­cang terhadap kerajaan serta kakitangan awam di Selangor.

"Dalam melaksanakan se­­ra­ngan jahat dan semberono ini, orang yang menuduh sebenarnya telah mencemarkan nama baik, maruah serta integriti perkhid­matan awam negeri," katanya.



Semalam, portal berita pro­­pembangkang, www.malaysiakini.com melaporkan wujud satu dakwaan terhadap pentadbiran Selangor yang mendakwa selain wang, terdapat juga permintaan untuk mendapatkan wanita ketika berurusan dengan kerajaan negeri ini.

Menurut laporan itu, dakwaan berkenaan disebut dalam perbualan WhatsApp yang bocor dan Rafizi didakwa berkata, beliau ada menerima aduan me­ngenai perkara berkenaan.

Berdasarkan laporan ber­kenaan, Rafizi bagaimanapun enggan mengulas lanjut menge­nai dakwaan tersebut namun mengakui wujud unsur-unsur tidak baik dalam PKR yang mem­punyai potensi untuk me­musnahkan parti itu.

Sementara itu, Mohamed Azmin berkata, beliau sedia berbincang dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung penentuan calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar walaupun pintu rundingan dikatakan sudah ditutup.

Katanya, hasrat beliau itu adalah atas tanggungjawab ber­sama di antara PKR, DAP dan PAN.

"Harap semuanya dapat di­selesaikan dalam tempoh 15 hari sebelum tarikh penamaan calon pada 5 Jun ini," katanya.

Suara Politik
Belantan

Comments (0)