Followers

Nuffnang

Belantan

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Skandal habuan wanita dan wang - Rafizi mengaku?

Posted: 21 May 2016 08:56 AM PDT


Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, mengaku me­nulis mesej dalam aplikasi WhatsApp mengenai habuan wanita dan wang jika mahu berurusan dengan kerajaan negeri Se­langor yang menjadi viral.

Ahli Parlimen Pandan itu turut mengakui 'Kak Zu' yang di­sebut dalam perbualan kumpulan WhatsApp Solidarity For Anwar adalah merujuk kepada Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Bagaimanapun selepas dakwaan tersebut menjadi viral, Rafizi menafikan tuduhan itu ditujukan kepada mana-mana wakil rakyat pakatan di Selangor, sebaliknya mendakwa, perbualannya merujuk kepada individu tertentu yang tidak dinamakan.

"Saya boleh mengesahkan bahawa tuduhan itu adalah khusus kepada individu tertentu dan bukan tuduhan umum. Tuduhan iaitu bukan terhadap individu yang menjawat kerusi wakil rakyat atau kakitangan jabatan di bawah kerajaan Selangor.

"Walaupun tidak enak membicarakan tuduhan salah laku terhadap anggota atau pimpinan PKR sebegini, saya selalu me­negaskan bahawa penyakit tamak dan korupsi ini tidak mengenal sempadan atau parti," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Transkrip perbualan Rafizi dalam kumpulan WhatsApp tersebut mula didedahkan portal The Malaysian Miror semalam dan kandungan mesej sebahagiannya adalah seperti berikut:

"Semalam saya mendapat laporan dan aduan daripada orang bona fide (berniat baik) bahawa selain dari wang, sekarang ini ada juga permintaan 'perempuan' bila berurusan dengan kerajaan negeri (tidak perlulah saya hurai saudara/saudari tahu apa yang saya maksudkan). Mereka datang mengadu kepada saya dan saya sedang kumpul maklumat.

"Cakap-cakap mengenai wang dan kini perempuan dll (dan lain-lain), yang menyebabkan orang dalam dan luar bercakap mengenai 'dedak'. Kalau saya dah mula lantang ke depan dan di luar, maksudnya saya ada bukti dan saya bagi nasihat kepada Kak Zu supaya berhati-hati dan sampaikan nasihat saya.

"Kerana saya ada had sebelum saya expose (dedah) mengenai parti sendiri. Saya tidak takut mengenai kata-kata saudara/saudari di sini, saya takut dosa. Saya bukan kisah sangat mengenai strategi politik dan lain-lain.

"Selama ini tidak pernah sekali pun saya pergi ke SUK (Setia­usaha Kerajaan Negeri), sejak saudara Azmin (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) jadi MB (Menteri Besar) untuk minta atau bincang sesuatu."
-UMO

Suara Politik
Belantan

Exco Pas diminta berundur?

Posted: 20 May 2016 11:23 PM PDT


Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar mula mencetuskan konflik dalam pentadbiran Kerajaan PKR Selangor apabila tiga Exco Kerajaan Negeri daripada Pas dikatakan menerima tekanan meletakkan jawatan jika parti me­reka membuat keputusan untuk bertanding di kawasan tersebut.

Tiga Exco berkenaan ialah Pe­ngerusi Jawatankuasa Tetap Infra­struktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi.

Walaupun Menteri Besar Sela­ngor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan desas-desus tersebut, namun kenyataan beberapa pemimpin kanan Pas seolah-olah mengesahkan tekanan tersebut berlaku.

Biarpun tidak merujuk secara langsung apa yang sedang berlaku di Selangor, mereka menyifatkan politik ugutan yang diamalkan oleh pakatan pembangkang sebagai perilaku samseng.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, politik ugutan sangat tidak harmoni untuk di­amalkan dalam orientasi politik negara apatah lagi yang dipraktikkan terhadap pihak rakan.

"Justeru politik ugut ini sebahagian daripada perilaku samseng politik dan juga adalah peribadi pembuli politik. Andai amalan sebegini dijadikan budaya dalam politik maka pincanglah peradaban kita," katanya dalam catatan di laman Facebook miliknya, di sini hari ini.

Difahamkan tekanan ke atas tiga Exco Pas yang berada dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor itu mula tercetus apabila parti tersebut mela­lui kepemimpinan kanan termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan beliau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bertegas bahawa Parlimen Sungai Besar adalah kerusi tradisi parti itu.

Oleh itu mereka menolak sebarang rundingan sama ada de­ngan PKR, DAP mahupun PAN berhu­bung perkara tersebut.

Mohamed Azmin sebelum ini mencadangkan supaya Pas berun­ding dengan pakatan pembangkang berikutan kekalahan teruk pakatan itu dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN) Sarawak baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Penera­ngan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali turut mengingatkan semua pihak supaya tidak perlu menjadi samseng politik dengan mengambil tindakan ugut-mengugut.

"Insya-Allah, Pas tetap bertan­ding di kawasan Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Itu keputusan mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat minggu lepas.

"Bertawakallah kepada Allah. Pas membawa mesej dakwah dan politik Islam. Tidak ada orang yang rugi jika membawa mesej ini," katanya.

Ketua Dewan Pemuda Pas pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz pula meminta pakatan pembangkang menghormati parti itu.
''Hormati kami jika kami menola rundingan 'mi segera' yang sekadar memaksa kami melepaskan hak berasaskan kerusi pilihan raya umum 2013.

"Kalau masing-masing mahu tunjuk belang, biarlah kami kekal bulan. Bulan adalah rawatan alam daripada sekelian kejadian di bumi tuhan,'' katanya.

Dalam perkembangan ber­kai­tan, Mohamed Azmin yang diminta mengulas desas-desus berhubung perkara tersebut selepas mempengerusikan mesyuarat Ex­co kerajaan negeri menegaskan, dakwaan beliau mengugut tiga exco Pas itu adalah tidak benar.

"Tidak benar. Perkara itu tidak berlaku (ugut singkir Exco Pas). Sekarang ini fokus kita bincang kerusi dulu. Perbincangan juga masih berjalan dan saya ada jumpa PAN hari ini," katanya.

Suara Politik
Belantan

Comments (0)