Followers

Nuffnang

Belantan

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:13 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


#PRNSARAWAK - Calon DAP umpama kacang lupakan kulit?

Posted: 02 May 2016 10:09 PM PDT


Nampak­nya pertempuran antara parti-parti bertanding demi me­raih sokongan ibarat 'peluru tidak bermata'.

Senario pilihan raya ne­geri yang memasuki pu­si­ng­an akhir minggu ini menjelang pengundian Sabtu 7 Mei semakin berbahang.

Di Bukit Assek di sini yang menyaksikan Irene Mary Chang Oi Ling meneruskan legasi mendiang suaminya, Wong Ho Leng mempertahankan kerusi DAP di situ, langsung tidak beri muka kepada Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Irene yang pernah dibantu oleh Adenan dan kerajaan Sarawak untuk membiayai kos rawatan barah suaminya sekitar Jun 2014 menjadi tidak keruan dengan setiap kempen beliau tetap memburuk-burukkan Adenan demi kelangsungan politik DAP.


Ternyata Irene berubah sikap. Kempennya dipenuhi dakwaan-dakwaan menghentam ketua menteri itu dengan pelbagai tu­duhan liar. Kredibiliti Adenan direndah-rendahkan di hadapan penyokong-penyokong DAP.

Irene pernah menyifatkan sumbangan RM1 juta daripada Adenan untuk Ho Leng itu suatu pemberian paling bermakna buat suami dan keluarga mereka.

"Sarawak berjaya mewujudkan persepsi bahawa perbezaan fahaman politik tidak akan menjejaskan sifat kemanusiaan apabila mereka tetap bersatu membantu suami," katanya.


Beliau dikatakan pernah mengungkapkan pepatah Cina: "Apabila anda minum air, ingatlah mata air dari mana ia mengalir".

Kini ungkapan itu terus hilang daripada ingatan Irene.

Tiada nilai kemanusiaan dalam kempen pilihan raya untuk menang?

Kacang lupakan kulit atau ulat lupakan daun?

Suara Politik
Belantan


Comments (0)