Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:13 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


PAS Pecat Husam Musa

Posted: 06 May 2016 12:50 AM PDT


Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dipecat daripada menjadi ahli Pas berkuat kuasa 23 April lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Pas, Dr Sanusi Daeng Mariok berkata, Jawatankuasa Tatatertib Pas telah meneliti aduan salah laku terhadap Husam dan setelah mempertimbangkan kes dari setiap aspek, satu perbincangan telah diadakan di peringkat jawatankuasa pada 23 April lepas.

"Melalui perbincangan itu, Jawatankuasa Tatatertib Pas mendapati beliau (Husam) telah melakukan tindakan dan perbuatan yang bersalahan dengan Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f), Perlembagaan Pas, maka Jawatankuasa Tatatertib dengan sebulat suara bersetuju untuk memecat beliau daripada menjadi ahli Pas," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Husam sebelum ini dilihat lantang menyerang parti dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terutamanya dalam isu dakwaan kerjasama antara Pas dan Umno.

Selain itu, Husam turut didakwa menyarankan Abdul Hadi memberi laluan kepada kepimpinan baru yang boleh membawa perubahan kepada parti Islam itu dan tanggungjawab yang digalas diganti dengan Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man lapor Sinar Harian


Serpihan Helikopter Ditemui

Posted: 05 May 2016 09:09 PM PDT


Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjumpai serpihan helikopter berhampiran Sungai Batang Lupar, Sri Aman, pagi tadi.

Serpihan pesawat dipercayai daripada helikopter yang hilang ditemui pada 9.50 pagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, serpihan yang dijumpai ialah alat pengapungan, kerusi, dinding dan bilah kipas.


"Pasukan penyelamat akan berusaha seberapa segera untuk mengesan keseluruhan badan pesawat. 

"Bagaimanapun, nasib enam mangsa masih belum diketahui," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Najib berkata, operasi SAR dijangka berdepan kesukaran kerana keadaan Sungai Batang Lupar yang luas.

"Orang ramai diminta tidak membuat kesimpulan sebelum keseluruhan badan ditemui," katanya ketika sidang media di Menara dan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuching.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman lapor myMetro


Comments (0)