Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:24 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Akhirnya.. Lembaga Penasihat 1MDB Dibubarkan

Posted: 04 May 2016 07:30 AM PDT


Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan pembubaran Lembaga Penasihat 1MDB yang dipengerusikan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak.

Ini adalah satu daripada langkah yang diambil kementerian itu sebagai pemegang saham tunggal 1MDB.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, "selepas satu kajian terperinci dan pertimbangan, Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) bersetuju melaksanakan sepenuhnya syor-syor yang terkandung dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung 1MDB.

Selain pembubaran Lembaga Penasihat 1MDB, syor lain dalam laporan PAC adalah:

Pemilikan Bandar Malaysia Sdn Bhd, TRX City Sdn Bhd, tanah di Air Itam dan Pulau Indah dipindahkan kepada MKD.

Pemansuhan Artikel 117 dan semua rujukan "Perdana Menteri" ditukar kepada "Menteri Kewangan" dalam memorandum dan artikel 1MDB.

"Sejajar perubahan dalam tadbir urus dan pemindahan aset, MKD dengan ini mengesahkan penerimaan peletakan jawatan Lembaga Pengarah 1MDB berkuat kuasa 31 Mei 2016.

"MKD akan melantik ahli-ahli lembaga baru dalam masa terdekat untuk mencerminkan profil perniagaan yang terhad dalam 1MDB," demikian menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, Arul Kanda Kandasamy akan kekal sebagai Presiden 1MDB sehingga diberitahu kelak.

"Beliau akan terus memberi tumpuan kepada mandat tertentu untuk melaksanakan pelan rasionalisasi yang akan termasuk resolusi pertikaian kontrak dengan IPIC baru-baru ini."

IPIC adalah International Petroleum Investment Company yang ditubuhkan kerajaan Abu Dhabi pada 1984 untuk melabur dalam sektor tenaga dan sektor berkaitan di seluruh dunia lapor FMT


KPN Jelaskan Kenapa Pengiring Mahathir Ditarik..

Posted: 04 May 2016 05:30 AM PDT


Pihak polis telah menarik balik pegawai pengiringnya untuk Tun Dr Mahathir kerana bekas perdana menteri itu pernah menghadiri perhimpunan haram, jelas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun berkata, pegawai keselamatan untuk Dr Mahathir masih dikekalkan kerana polis sama sekali tidak akan mendedahkan bekas perdana menteri itu kepada sebarang risiko.

"Kita tarik balik kerana beliau menggunakan pengiring trafik untuk hadir perhimpunan haram seperti Bersih, protes Anti-GST, dan mengumpul tandatangan untuk Deklarasi Rakyat, yang melanggar undang-undang dan Perlembagaan.



"Bagaimana kita boleh iring dia ke majlis seperti itu? Kita tak boleh sokong jadi saya putuskan untuk tarik balik," katanya.

Katanya, keputusan itu tidak kekal dan polis akan menyediakan pegawai pengiring trafik kepada Dr Mahathir berdasarkan keperluan.

Baca ni..

KOTA KINABALU, May 4 ― Police withdrew the outrider escort for Tun Dr Mahathir Mohamad as the former prime minister had attended unlawful assemblies, said Tan Sri Khalid Abu Bakar. 
Inspector-General of Police clarified, however, that the security detail for Dr Mahathir was not removed, saying the police would never put the former prime minister's safety at risk. 
"We revoked it because he uses the traffic escort to attend illegal gatherings like the Bersih rally, Anti-GST rally, and collecting signatures for the (Citizens') Declaration, which are against the law and the Constitution. 
"How can we escort him to such events? We cannot support it, so, I decided to revoke it," he said. 
Khalid explained that the revocation was not a complete and permanent denial of traffic escorts for Dr Mahathir, saying their allocation will be decided on an individual basis. 
He also warned non-police personnel against providing such escorts for Dr Mahathir, saying they will be prosecuted. 
The IGP said members of the public attempting to escort the former prime minister's vehicle or convoys were not trained to do so, and would pose a danger to themselves and other road users. 
Khalid advised the public that they were under no obligation to obey directions from escorts that were not operated by law enforcement officials. 
Please continue yours reading HERE

Tiada Kesalahan Dalam Akuan Bersumpah Phang Li Koon?

Posted: 04 May 2016 02:56 AM PDT


Jabatan Peguam Negara memutuskan, pemilik asal banglo Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak melakukan kesalahan berhubung akuan bersumpah (SD) mengenai penjualan banglo berkenaan.

Phang Li Koon, membuat akuan bersumpah berkenaan pada 22 Mac lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata Jabatan Peguam Negara sudah mengarahkan agar tiada sebarang tindakan lanjut diambil ke atas siasatan tersebut awal minggu ini.

"Pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP) telah membuat keputusan. Saya telah serahkan kertas (siatan) semua dekat beliau dan Jabatan Peguam Negara di Putrajaya telah putuskan bahawa kes itu telah ditutup (No Further Action).

"Kenapa ditutup? Itu kena tanya pihak DPP. Kita telah siapkan siasatan, kita telah majukan siasatan kepada pihak dia dan DPP di Putrajaya telah putuskan," kata Abdul Ghafar kepada pemberita.

Li Koon sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 199 Kanun Keseksaan selepas beberapa pihak membuat laporan mengatakan akuan bersumpah itu adalah palsu.

Penjualan banglo Li Koon di Jalan Pinhorn, Jelutong kepada Guan Eng mencetuskan kontroversi kerana dijual pada harga RM2.8 juta, jauh lebih rendah daripada harga pasaran melebihi RM5 juta.

Akuan bersumpah Li Koon dipertikai kerana beliau sendiri tidak membacanya sebaliknya dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh pada 22 Mac lalu.

Dalam akuan bersumpahnya, Li Koon menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan sebuah syarikat yang memenangi tender pembelian sebidang tanah di Taman Manggis, pada 2012.

Penjualan banglo itu juga katanya, dibuat dengan rela hati tanpa tekanan atau paksaan daripada Guan Eng lapor AstroAwani


Tapi... baca laporan dari Malay Mail kat bawah ni..

KUALA LUMPUR, May 4 — The Attorney-General refuted today news reports that he had closed the case of the Penang chief minister's former landlord, clarifying that he is still studying the matter. 
Tan Sri Mohamed Apandi Ali cited two reports today by theSundaily and The New Straits Times Online, which he said had reported that he had decided to end investigations into businesswoman Phang Li Koon over allegations of making a false declaration regarding the house she sold to the Penang chief minister. 
"In relation to that, the Attorney-General's Chambers wishes to stress that to date the Attorney-General has yet to make any decision regarding that case and it is still in the process of study and action of the Attorney-General," he said in a brief two-paragraph statement ~ MMO



Bloomberg Lapor Beberapa Akaun Dibeku Di Hong Kong Berikutan Siasatan Terhadap 1MDB..

Posted: 03 May 2016 07:47 PM PDT


Memetik sumber-sumber yang enggan dinamakan, syarikat media yang berpusat di New York itu, melaporkan bahawa individu-individu yang tidak dinamakan itu, disiasat oleh negara-negara di luar Malaysia. 

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada pihak berkuasa Hong Kong telah mengarahkan akaun-akaun itu dibekukan atau sama ada bank-bank itu bertindak atas kehendak mereka sendiri. 

Sementara itu, agensi anti-rasuah Hong Kong dan pihak polis berkata mereka tidak mengulas mengenai kes-kes individu.

Pada September tahun lepas, polis Hong Kong mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan terhadap satu siri deposit yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ini, lapor Financial Times, adalah berkenaan dengan deposit bank lebih AS$250 juta yang didakwa dibuat di cawangan Credit Suisse di sana.

1MDB telah menjadi subjek pelbagai siasatan, dari Singapura hingga ke Switzerland....



Kat atas tu adalah sebahagian dari laporan Malaysiakini yang disiarkan di SINI

Laporan penuh oleh Bloomberg silalah baca di SINI

Comments (0)