Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:21 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


PAS Mahu Tanding Semula Kerusi Yang 'Dipinjamkan' Kepada Sekutu?

Posted: 31 May 2016 05:30 AM PDT


PAS mahukan kembali kerusi-kerusi yang 'dipinjamkan' kepada sekutu pembangkang seperti PKR dan DAP semasa pilihan raya umum yang lepas.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata pengalaman lalu ketika PAS masih bekerjasama dalam pakatan pembangkang harus dijadikan pengajaran agar anggota PAS tidak lagi dijadikan 'kuda tunggangan' parti-parti lain.

"Cukuplah pengalaman lalu menjadi pengajaran, di mana tenaga anggota kita yang ikhlas dan patuh pada arahan pimpinan 'dipergunakan' oleh rakan-rakan demi mencapai kemenangan, kemudian 'ditinggalkan' begitu sahaja.

"Justeru sekiranya pimpinan parti mengambil satu langkah berani untuk bertanding di kerusi yang selama ini 'dipinjamkan' kepada PKR dan DAP dalam PRU yang lepas, kami Pemuda PAS memberikan ikrar dan janji, akan mengambil seribu satu langkah bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PAS," katanya.

Nik Mohamad Abduh yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas berkata demikian ketika berucap pada Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-57 yang dirasmikan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di sini hari ini.

Beliau berkata Pemuda PAS berharap agar pimpinan tertinggi parti mengkaji semula agihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi PAS dalam PRU14 akan datang.

Nik Mohamad Abduh juga menggesa seluruh Pemuda PAS mempertahankan gagasan kepimpinan ulama yang telah dirintis oleh pimpinan terdahulu.

"Gagasan ini bukanlah gagasan yang bermusim, ia merupakan tunjang yang menjaga dasar perjuangan PAS selama ini dan menentukan hala tuju serta prospek masa depan PAS.

"Kepimpinan PAS adalah DNA yang menjadikan PAS sebuah gerakan Islam yang unik dan istimewa dibandingkan gerakan Islam yang lain pada mata para pengkaji hari ini," katanya lapor AstroAwani



Parti Baru Pulakdah Akan Bertanding Di Kuala Kangsar.. Syed Saddiq Jadi Calonnya?

Posted: 30 May 2016 11:00 PM PDT


PRK di Kuala Kangsar semakin meriah dengan beberapa nama calon disebut-sebut dan paling terbaru, parti Generasi Baru (GenBaru) menawarkan pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tempat untuk bertanding di PRK itu menggunakan tiket GenBaru.

Semalam, parti itu menulis di Twitter mereka bersedia melantik Syed Saddiq selepas mengadakan mesyuarat majlis tertinggi untuk berbincang mengenai PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

"Kami bersedia melantik @SyedSaddiq sebagai calon dalam PRK Sg Besar atau KK jika dia berminat," kata parti itu.

Dalam reaksinya, Syed Saddiq berkata beliau tidak akan bertanding di PRK.

"Saya rendah diri (dengan tawaran itu) tetapi tidak saya tidak akan menerimanya," katanya kepada The Star Online.

Setakat ini, katanya parti itu juga masih belum menghubunginya.

Syed Saddiq berkata beliau tidak berminat untuk bertanding kerana ia akan memecahkan undi dan terdapat banyak cara lain untuk menyumbang dalam dua PRK itu, seperti turun padang untuk berkempen.

"Tetapi apa yang saya pasti akan lakukan adalah turun ke peringkat akar umbi untuk melobi dan berkempen di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar," katanya kepada The Star Online.

Syed Saddiq baru menamatkan ijazah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan berhasrat melanjutkan pengajian di peringkat sarjana.

Parti GenBaru diasaskan bekas pemimpin MIC dan PKR S Gobi Krishnan. Parti itu ialah satu daripada 20 parti politik yang diluluskan Pendaftar Pertubuhan pada 2013.

PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang akan berlangsung pada 18 Jun, dengan penamaan calon pada 5 Jun ini susulan kematian penyandangnya dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, awal bulan ini lapor FMT



Kecewa Dengan BN, Pemuda UMNO Umum Bertanding Bebas Di Kuala Kangsar

Posted: 30 May 2016 08:46 PM PDT


Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Jamalullail hari ini mengumumkan dirinya akan bertanding sebagai calon Bebas pada PRK Kuala Kangsar.

Keputusan itu diambil kerana Syed Rosli kecewa dengan tindakan BN menurunkan Datin Mastura Mohd Yazid di Parlimen berkenaan pada 18 Jun nanti.

"Saya selaku ahli UMNO berasa amat kecewa dengan kepimpinan parti kerana gagal meletakkan calon anak tempatan yang jauh layak daripada Mastura yang dicalonkan.

"Saya selaku anak jati Kuala Kangsar merasakan kedua calon dari PAS dan BN yang bukan anak tempatan, ini sudah semestinya gagal memahami apa kehendak dan keperluan rakyat Kuala Kangsar," tulisnya menerusi Facebooknya hari ini.

Semalam, Syed Rosli menggesa Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menukar calon PRK Kuala Kangsar kerana merasakan pemilihan Mastura hanya memberi kelebihan kepada PAS.

Beliau turut memuat naik beberapa status agak keras di laman Facebooknya yang dilihat sebagai tanda protes terhadap pemilihan Mastura sebagai calon BN di Kuala Kangsar.

"Kelebihan calon PAS (Dr Najihatussalehah Ahmad) boleh berbahasa Mandarin. Ini memberi sedikit kelebihan untuk menarik pengundi Cina.

"Selain itu, calon BN (Mastura) juga yang tidak dapat turun berkempen kerana dalam iddah menyebabkan pengundi beralih kerana tidak mengetahui tentang perancangan untuk membangunkan Kuala Kangsar dan manfaat kepada pengundi di sana," jelasnya semalam lapor FMT



Comments (0)