Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:21 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Hadi Tidak Bentang Usul Hudud, Kata Najib

Posted: 27 May 2016 07:30 AM PDT


Rang undang-undang persendirian yang dibentang oleh ahli parlimen Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam bukan untuk pelaksanaan hudud, kata perdana menteri.

Datuk Seri Najib Razak berkata Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 bertujuan memberi lebih kuasa kepada mahkamah tersebut.

"Kita sudah beritahu rakan-rakan Barisan Nasional, ada salah faham yang besar.

"Pertama, apabila Abdul Hadi membentang rang undang-undang persendirian itu, mereka ingat beliau membawa isu hudud.

"Saya hendak beritahu pindaan itu bukan undang-undang hudud," katanya, mengulas bantahan parti-parti komponen BN hari ini.

"Ia [usul pindaan] menambah hukuman, menaikkan [jumlah] rotan, ini melibatkan mahkamah syariah dan hanya melibatkan orang Islam."



Laporan penuh silalah baca di ( SINI )

Pengarah Pendidikan Rupanya Yang Arah Guru Bertepuk Tangan..

Posted: 27 May 2016 05:29 AM PDT


Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengakui beliau menggesa guru-guru bertepuk tangan sebagai amalan menyerikan sesuatu majlis rasmi.

Shafruddin Ali Hussin juga mengakui beliau menulis mesej Telegram yang menggesa sekolah-sekolah menjalankan latihan bertepuk tangan, termasuk sewaktu perhimpunan.

"Apa yang saya minta cikgu lakukan, ia merupakan satu permintaan dalam kumpulan tertutup (menggunakan aplikasi Telegram) antara saya dan pengetua serta guru besar," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini.



"Permintaan guru untuk bertepuk tangan merupakan satu cara untuk menceriakan sesebuah majlis sama ada di dalam atau luar sekolah.

"Mudah-mudahan amalan yang baik ini menjadi ikutan pelajar-pelajar," katanya seperti dilapor portal rasmi negeri TeganuKita.my, yang turut memasukkan salinan mesej Telegram beliau.

Mesej itu antaranya menggesa sekolah menghantar "bukti bergambar" kepada beliau. "Mohon tindakan tuan-puan, tiada pengecualian, terima kasih," pengarah itu mengakhiri mesejnya pada Selasa.

Shafruddin mengulas sebaran di media sosial semalam yang menuduh beliau bertindak tidak wajar terhadap guru-guru susulan rungutan Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman di majlis sambutan Hari Guru Terengganu, Selasa lalu.

Salinan mesej Telegram pengarah pendidikan itu, kepada 81 pengetua dan guru besar, kemudian menjadi viral apabila ia dianggap sebagai satu hukuman terhadap guru-guru.

Menurut laporan Star Online pula, Shafruddin membacakan kenyataan bertulis dan enggan menerima sebarang soalan wartawan di sidang media tersebut.

Lima guru besar menjalankan latihan semalam seperti diarahkan kerana mereka "tiada pilihan" kecuali mematuhi arahan tersebut, lapor portal itu lagi.

Laporan penuh sila baca di ( SINI )

UMNO Khianat Semangat BN Kata Presiden MCA

Posted: 27 May 2016 12:58 AM PDT


Presiden MCA Liow Tiong Lai kini dilaporkan menyerang Umno secara terbuka dalam isu pembentangan rang undang-undang berkaitan hudud di parlimen.

Dalam wawancaranya dengan akhbar Cina, beliau menuduh Umno bersekongkol dengan PAS dan mengkhianati semangat BN.

"MCA akan bincangkan perkara ini dengan anggota komponen lain BN," beliau dipetik sebagai berkata oleh Sin Chew Daily.

Nanyang Siang Pau pula melaporkan Liow sebagai berkata anggota komponen BN tidak tahu menahu berkaitan perkembangan itu dan menyalahkan Umno kerana mewujudkan krisis perlembagaan. 

Beliau akan membangkitkan isu itu dalam mesyuarat kabinet hari ini dan mengadakan sidang media bersama anggota lain BN bagi menyatakan pendirian mereka, lapor Oriental Daily pula.

Kerajaan semalam memberikan keutamaan untuk pindaan Akta 355 dibincangkan di Dewan Rakyat. Bagaimanapun Hadi memohon ia ditangguhkan ke sesi akan datang kerana kesuntukan masa. 

Pindaan itu bertujuan menambahkan bidang kuasa mahkamah syariah.

Usul mempercepatkan perbahasan itu dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dan disokong oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Rosnah Abdul Rashid Shirlin lapor Malaysiakini



Comments (0)