Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:06 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Hudud: Selepas Dibenar Dibentang, Hadi Minta Tangguh Pula.. Kenapa?

Posted: 26 May 2016 05:22 AM PDT


Rang Undang-Undang (RUU) Ahli Persendirian mengenai Hudud hari ini buat pertama kalinya dibenarkan untuk dibentangkan di sidang Dewan Rakyat, selepas ia dipercepatkan untuk dibahaskan. 

Usul untuk mempercepatkan RUU itu dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina di bawah Peraturan Mesyuarat 14(2) supaya ia dapat dibentangkan di persidangan hari ini

Speaker Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan RUU dibentangkan selepas lebih suara Ahli-Ahli Parlimen bersetuju membahaskannya menurut Peraturan Mesyuarat 49 (1).

Namun demikian, pembawa usul RUU tersebut, iaitu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mengejutkan dewan persidangan memohon supaya usul itu ditangguhkan.

"Saya mohon supaya usul ini ditangguhkan dan dibawa ke mesyuarat akan datang mengikut Peraturan Mesyuarat 15 (5)," katanya semasa persidangan dewan hari ini.

RUU mengenai hudud hari ini muncul semula dalam kertas perintah Parlimen.

Hari ini merupakan hari terakhir persidangan Dewan Rakyat.

RUU itu, disenaraikan sebagai agenda No 15, iaitu yang terakhir dalam kertas perintah Parlimen.

RUU itu pernah dicadangkan oleh Abdul Hadi pada 7 April dan 17 Jun 2015 di Dewan Rakyat tetapi ia tidak dibahaskan.

RUU itu bertujuan untuk meminda undang-undang persekutuan, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, untuk pelaksanaan undang-undang Hudud untuk orang beragama Islam di Kelantan dan negeri-negeri lain.



Bagaimanapun katanya semasa ditanya tentang sebab pembentangan RUU itu ditangguhkan. "Beri peluang masa kepada ahli-ahli (Parlimen). Hari ini dah nak habis dah,"

Menurut Abdul Hadi, apa yang penting adalah kerajaan membenarkan RUU dibahaskan dan "yang keduanya akan datang."

Katanya lagi, usul ini ada kaitan dengan usaha menaik taraf mahkamah syariah dan hanya melibatkan kalangan umat Islam.

"Ini usul berkait dengan menaikkan taraf mahkamah syariah. Baru dibentangkan.

"Ini kali keempat saya kemukakan. Sejak 1995. Ini berkait dengan orang Islam sahaja. Tak ada hal dengan orang bukan Islam," katanya.

Laporan dari AstroAwani

Tepuk Tangan: Arahan Tapi 'Satu Gurauan'?.. Apa Cerita MB Ganu nih?

Posted: 25 May 2016 11:00 PM PDT


Menurut salinan mesej WhatsApp yang tersebar, isu ini dikatakan bermula daripada gesaan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) yang mendapat aduan menteri besar tentang guru-guru yang tidak bertepuk tangan di satu majlis yang dihadiri beliau.

Susulan itu, muncul arahan tidak rasmi daripada jabatan itu agar sekolah melatih guru-guru bertepuk tangan selama lima minit, termasuk sewaktu perhimpunan mingguan.

Tetapi menurut MB Terengganu arahan yang dikeluarkan itu hanyalah satu gurauan..

Arahan satu gurauan? Apa bendanya ni?.. nampak macam nak cover line saja ni..


 KUALA LUMPUR, 26 Mei — Arahan meminta guru-guru mengadakan latihan tepuk tangan seperti diperkatakan di Internet hanyalah "satu gurauan", kata menteri besar Terengganu.

Ahmad Razif Abdul Rahman berkata perkara itu tidak perlu diperbesarkan kerana guru-guru di negeri itu sudah dianggap beliau bagai rakan sendiri.

"Tidak payah panjangkan [isu ini] kerana saya bergurau sahaja kepada guru-guru," katanya dalam satu mesej ringkas kepada ProjekMMO malam tadi.

"Ini kerana mereka adalah rakan-rakan saya. Tidak tahu pula jadi macam ini," katanya, yang pernah bertugas sebagai guru dan pensyarah institut perguruan.

Sejak petang semalam tersebar di media sosial yang mendakwa guru-guru di Terengganu telah diarah mengadakan latihan tepuk tangan selama lima minit.

Ia turut mendakwa pihak sekolah harus mengemukakan bukti bergambar latihan telah dijalankan.

Menurut salinan mesej WhatsApp yang tersebar, isu ini dikatakan bermula daripada gesaan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) yang mendapat aduan menteri besar tentang guru-guru yang tidak bertepuk tangan di satu majlis yang dihadiri beliau.

Susulan itu, muncul arahan tidak rasmi daripada jabatan itu agar sekolah melatih guru-guru bertepuk tangan selama lima minit, termasuk sewaktu perhimpunan mingguan.

Selain itu, tersebar pula video di Facebook dan YouTube yang menunjukkan sekumpulan besar guru dan murid di sekolah rendah di Kuala Terengganu sedang bertepuk tangan. Latihan ini dikatakan berlaku semalam.

Kesahihan maklumat di media-media sosial tersebut, setakat ini, tidak dapat disahkan.

Butiran acara yang dihadiri menteri besar juga masih kabur. Namun ia dipercayai pada sambutan Hari Guru peringkat negeri ke-45 yang diadakan Selasa lalu di Kuala Nerus.

ProjekMMO sedang mendapatkan reaksi pihak JPNT berhubung kandungan WhatsApp tersebut seperti didakwa.

Ketika ditanya sama ada menjadi kelaziman guru-guru di negeri itu tidak bertepuk tangan, Ahmad Razif berkata ia bukanlah budaya.

Tambahnya, insiden tidak bertepuk tangan mungkin berlaku kerana kebanyakan guru di majlis Hari Guru tahun ini belum pernah menghadirinya.

"Saya dimaklumkan kebanyakan yang dijemput hari itu adalah yang belum pernah hadir dalam majlis Hari Guru sebelum ini," katanya. "Mungkin mereka amat teruja dengan majlis tersebut."

Ahmad Razif tidak mengulas apabila ditanya sama ada latihan kepada guru-guru itu, yang didakwa di media sosial sebagai "hukuman", akan dihentikan ~ The Malay Mail



Comments (0)