Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:16 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


BN Menang Jika Bertanding Tiga Penjuru – Tuan Ibrahim

Posted: 25 May 2016 08:00 AM PDT


"Parti pembangkang yang tidak sudi membantu Pas, janganlah ambil sikap menyusahkan sambil memudahkan kerja Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan pada kedua-dua pilihan raya kecil (PRK) ini nanti."

Itu pesanan Timbalan Presiden Pas, Tuan IbrahimTuan Man kepada kumpulan parti pembangkang lain di laman facebook miliknya hari ini.

"Saya percaya tiada pembangkang yang mahu melihat BN memenangi kedua-dua PRK ini, iaitu Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar sepertimana yang berlaku di Sarawak.

"Kemenangan BN di Sarawak memang jelas disebabkan terlalu banyak parti yang bertanding menyebabkan pertempuran hanya sengit di kalangan parti pembangkang sahaja.

"Akhirnya, BN yang menang dan semua parti pembangkang terpaksalah berputih mata," katanya.

Jelasnya, satu cara hendak menjadikan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai pertempuran sengit hanyalah pertandingan satu lawan satu antara Pas dan BN.

"Semua parti pembangkang tahu kedua-dua kerusi ini memang secara tradisi calonnya adalah daripada parti Pas pada setiap pilihan raya.

"Tapi kalau ada juga pembangkang yang nak bertanding, ia hanya akan menyusahkan Pas dan sekaligus memudahkan kerja kempen BN untuk menang seperti di Sarawak," ujarnya.

Tuan Ibrahim berharap, kalaupun tidak mahu membantu kempen Pas, biarlah PRK ini menjadi medan pertempuran antara Pas dan BN sebagaimana sebelumnya. -- MalaysiaGazette



Saya Tunggu Mahathir di Kuala Kangsar Untuk Bertumbuk-tumbuk - Nazri

Posted: 25 May 2016 05:30 AM PDT


Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad berkempen menentang Barisan Nasional (BN) agar mereka dapat beradu kekuatan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata negara ini bebas dan mantan perdana menteri itu tidak dihalang berkempen dalam pilihan raya kecil Kuala Kangsar.

Kerajaan kini tidak lagi menahan sesiapa bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tambah ahli parlimen Padang Rengas yang bersempadan dengan kerusi tersebut.



"Kita mengalu-alukannya. Saya tunggu dia di Kuala Kangsar untuk bertumbuk-tumbuk. Untuk melawanlah," kata Nazri kepada pemberita di lobi Parlimen.

Nazri berkata kehadiran Dr Mahathir semasa dua pilihan raya kecil ― termasuk di parlimen Sungai Besar ― tidak menjejaskan peluang BN kerana negarawan itu sudah pun hilang wibawanya.

Malah, dakwa menteri pelancongan dan kebudayaan lagi, Dr Mahathir hanya akan merosakkan lagi peluang parti yang cuba dijuarainya.

"Itu banyak membantu kita. Tiada yang mempercayainya lagi. Dia bukan lagi negarawan.

"Ramai yang sudah hilang kepercayaan padanya dan juga pada perwatakannya yang tidak selayaknya," katanya.



Dua pilihan raya itu akan diadakan antara 5 hingga 18 Jun ini susulan kekosongan yang ditinggalkan wakil-wakil rakyatnya yang terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak awal bulan ini.

Baca seterusnya di Malay Mail Online

Bekas Ketua CID KL Buat Laporan Polis Kedua Terhadap AG

Posted: 24 May 2016 11:04 PM PDT


Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim membuat laporan polis kedua terhadap Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang didakwanya beri keterangan palsu dalam membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada dakwaan salah laku membabitkan RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib. 

Laporan polis itu dibuat Jumaat lepas, dan ia dibuat selepas Apandi tidak menunjukkan sebarang bukti, seperti penyata bank, untuk membuktikan dakwaan bahawa wang itu datang dari seorang putera Arab Saudi dan bahawa AS$620 juta, dan bukan AS$650 juta, telah dikembalikan oleh Najib kepada putera raja itu.

Mat Zain mendakwa terdapat fakta penting yang bercanggah atau mengelirukan jika seseorang itu membandingkan carta aliran transaksi dan penyata transaksi yang diperolehi dan diterbitkan semula oleh media tempatan antarabangsa dan tempatan, seperti Wall Street Journal, bersama-sama dengan kenyataan Apandi.



Beliau memberi contoh di mana carta aliran yang khusus menunjukkan pemindahan AS681 juta dari Tanore Finance Corp, melalui Falcon Private Bank, cawangan Singapura, ke akaun peribadi Najib, yang telah dibuat di antara 21 Mac 2013, dan 25 Mac 2013.

Bagaimanapun, dalam laporan polis itu, Mat Zain berkata Apandi dalam sidang akhbar itu yang membersihkan Najib daripada sebarang dakwaan salah laku, berkata bahawa deposit dibuat di antara 22 Mac 2013 dan 10 April 2013, dengan tarikh-tarikh berkenaan berbeza daripada carta aliran transaksi itu.

Katanya, urus niaga terperinci dan tepat mengenai pengirim, bank yang menghantar dana, penerima, jumlah dan tarikh serta masa deposit dan pengeluaran, boleh dilihat melalui penyata bank, dan peguam negara mempunyai hak dan kuasa untuk memeriksa penyata berkenaan.

Carta aliran itu, tambahnya, menunjukkan pemindahan balik AS$650 juta pada 30 Ogos 2013, dari akaun peribadi Najib kepada pengirim asal melalui Falcon Private Bank, cawangan Singapura, yang dimiliki oleh Tanore Finance Corporation.

Laporan penuh sila baca di ( SINI )

Rafizi Diminta Bawa Bukti Rasuah Ke SPRM

Posted: 24 May 2016 08:07 PM PDT


Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli diminta mengemukakan semua bukti berhubung dakwaan permintaan wang dan perempuan untuk berurusan dengan kerajaan Selangor yang dibangkitkan sebelum ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Presiden PKR, Datuk Seri Datin Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, dalam masa sama, Biro Politik parti akan turut meneliti dakwaan berkenaan yang dibangkitkan Ahali Parlimen Pandan itu beberapa hari lalu.

"Sekiranya melibatkan anggota parti, anggota tersebut akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin," katanya selepas menghadiri Mesyuarat Biro PKR di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, dekat sini, malam tadi.

KENYATAAN MEDIA 
Mesyuarat Biropolitik KEADILAN pada malam ini telah membincangkan isu berkait perkara yang dibangkit sdr Rafizi Ramli dalam satu mesej WhatsApp beberapa hari lalu. 
Biropolitik telah membuat ketetapan bahawa sdr Rafizi Ramli perlu membawa bukti-bukti yang ada pada beliau terus ke pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 
Pada masa yang sama, Biropolitik akan meneliti dakwaan tersebut dan sekiranya ia melibatkan anggota parti, anggota tersebut akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin parti. 
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
24 Mei 2016 

Ditanya mengenai kedudukan jawatan Rafizi, Wan Azizah berkata perkara itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat...

Apa yang perlu kita tahu ialah..jelas Rafizi Ramli, dakwaan mengenai salah laku rasuah di Selangor tidak ditujukan kepada mana-mana individu yang berkhidmat untuk kerajaan negeri..

Dan dakwaan tersebut juga tidak melibatkan mana-mana wakil rakyat dalam dewan undangan negeri Selangor.

Jadi janganlah terlalu mudah menyalahkan Azmin...



Comments (0)