Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:20 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


CEO Bank BSI Switzerland Letak Jawatan Serta-merta..

Posted: 24 May 2016 05:30 AM PDT


Ketua pegawai eksekutif (CEO) bank Switzerland BSI Group Stefano Coduri meletakkan jawatan serta-merta, susulan arahan penutupan cawangannya di Singapura oleh pihak berkuasa kewangan republik itu.

Bank itu berkata ia akan bekerjasama penuh dengan siasatan Singapura dan Switzerland, menurut portal kewangan Bloomberg.

Coduri mengambil langkah itu selepas Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) memulakan prosiding jenayah terhadap Bank BSI SA kerana gagal mencegah kesalahan berkaitan dengan 1MDB.

Mengikut Kanun Jenayah Switzerland, sesebuah syarikat boleh didakwa jika disyaki tidak mengambil langkah-langkah munasabah untuk mengelakkan pihak ketiga melakukan kesalahan-kesalahan, terutamanya dalam pengubahan wang haram atau kesalahan rasuah tertentu.

Bagaimanapun, OAG menegaskan bahawa tanggapan tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah terpakai.

Pihak berkuasa Switzerland dalam sebahagian daripada siasatan ke atas 1MDB percaya sekurang-kurangnya RM4 bilion daripada dana negara milik Malaysia itu telah disalahgunakan.

1MDB dan syarikat sekutunya juga sedang disiasat di beberapa negara lain termasuk Amerika Syarikat, Luxembourg, Emeriah Arab Bersatu, Singapura, Australia dan Hong Kong lapor Malaysiakini



Singapura Tutup BSI Bank

Posted: 24 May 2016 01:23 AM PDT


Aku malas nak translate.. jadi hangpa bacalah apa yang The Malay Mail laporkan pasal sebuah Bank di Singapura yang terbabit dengan Firma dari Malaysia yang popular di dunia ni.. Singapore's financial regulator today informed BSI Bank it was losing its merchant banking licence due to money-laundering violations and other misconduct.

The Monetary Authority of Singapore (MAS) said it detected serious issues with the bank tracing back to 2011, and will also recommend criminal charges against six BSI Bank executives.

The bank is under investigation over its dealings with a Malaysian investment firm.

"This is the first time that MAS is withdrawing its approval for a merchant bank since 1984, when Jardine Fleming (Singapore) Pte Ltd was shut down for serious lapses in its advisory work," the regulator said in a statement on its website.

MAS assured the bank's customers it possessed enough liquidity to honour all deposits, adding it will cooperate with Swiss financial regulators to ensure an orderly closure of the Singapore branch.

The Singapore agency today said it found repeated lapses within the BSI Bank, which prompted at least two additional investigations into the institution.

"A more intrusive third inspection by MAS in 2015 revealed multiple breaches of anti-money laundering regulations and a pervasive pattern of non-compliance," MAS said.

The bank also undertook multiple unusual transactions that were without economic substance, and executed these without obtaining the necessary supporting documents and despite objections by the bank's internal regulators.

Six senior BSI Bank managers were also found to be derelict in overseeing its dealings, which MAS said allowed the emergence of a "risk culture" that included misconduct such as making material misrepresentations to auditors, abetting improper valuations of assets, and executing unauthorised instructions.

The acts and omissions of the six executives in allowing the offences to occur were the main reasons for the withdrawal of the licence today, MAS said.

"BSI Bank is the worst case of control lapses and gross misconduct that we have seen in the Singapore financial sector.

"It is a stark reminder to all financial institutions to take their anti-money laundering responsibilities seriously," said MAS managing director Ravi Menon.

Singapore is already prosecuting a former BSI private banker on at least seven charges as part of the probe into the bank's transactions involving a Malaysian firm.

The charges include forgery, money laundering, cheating BSI by dishonest concealment and obstructing justice, among others.

- See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/singapore-shuts-down-bsi-bank#sthash.7wIv7hfO.dpuf



Derma RM2.6B: Versi Mana Satu Yang Betul?

Posted: 23 May 2016 11:00 PM PDT


Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, sudah tiba masanya untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak menjelaskan versi sebenarnya mengenai sumber derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Penjelasan itu penting bagi merungkai segala macam versi mengenai sumber kewangan itu sejak didedahkan oleh The Wall Street Journal pada bulan Julai tahun lepas, ujar beliau yang merupakan ahli parlimen Gelang Patah.

Dalam versi terbaru, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi memberitahu Najib mengakui menerima dana itu, menerima kelulusan Bank Negara untuk membawa masuk wang itu setelah berbincang dengan gabenornya ketika itu, Tan Sri Dr. Zeti Akthar Aziz.

Selain Puad, Lim turut memetik kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada bulan Ogos tahun lalu yang berkata bahawa derma itu adalah 'negara sahabat'.

Empat hari kemudiannya pula, Ketua Umno cawangan Kuantan, Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat menyifatkan derma ke dalam akaun Najib adalah sumbangan politik Arab Saudi penghargaan kepada Malaysia yang memperjuangkan agama Islam dan mengamalkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Namun, pada 22 Ogos, Timbalan Menteri Pengangkutan Abdul Aziz Kaprawi mengatakan derma itu datang daripada 'sahabat Islam di Timur Tengah' untuk membantu Umno menewaskan DAP dalam pilihan raya umum dan pada hari yang sama, (timbalan perdana menteri) Zahid (Hamidi) beritahu beliau berjumpa dengan wakil penderma yang memaklumkan derma itu adalah penghargaan usaha kerajaan menangani pengganas, dan membantu Barisan Nasional (BN) mengekalkan status Malaysia sebagai negara Sunni." katanya.

British Broadcasting Corporation (BBC), tambah Lim, melaporkan sumber Saudi yang tidak mahu dinamakan mengatakan duit yang didermakan itu bertujuan membantu perdana menteri dalam pilihan raya umum yang lalu dan menguruskan pengaruh kesaudaraan Islam di Malaysia, katanya.

"Bolehkah Najib sekarang membuat pengesahan yang sama satu yang betul dan benar dan yang mana pula versi yang tidak betul, tidak benar.

Lim juga mahu Najib mendedahkan sama ada jumlah deposit yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya adalah RM2.6 bilion atau RM4.2 bilion, ujar beliau lapor Malaysiakini



Comments (0)