Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:08 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Mahathir Akan Turun PRK Untuk Tumbangkan BN?.. Boleh Ke ?

Posted: 23 May 2016 08:30 AM PDT


"Tun Mahathir kata dia nak turun Kuala Kangsar dan Sungai Besar," kata bekas pemimpin akar umbi UMNO Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

<!-more-->Matlamat Tun turun berkempen dalam dua PRK ini ialah untuk memastikan calon-calon BN kalah dalam lain ayat membantu Pembangkang memenangi PRK tersebut..

Tapi hakikatnya andaikata pertembungan tiga penjuru berlaku dalam PRK tersebut.. biarpun Mahathir membawa bersama rakan-rakannya iaitu Tan Sri Sanusi Junid, Tun Daim Zainuddin, Datuk A. Kadir Jasin, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Mukhriz Mahathir.. BN tetap tidak akan kalah..

Nak menang macam mana?.. kalau undi yang dulu pembangkang dapat nak kena pecah dua pulak?

Lagi satu.. kalau Tun turun berkempen dia nak ceramah dipentas siapa Pembangkang atau BN?

Kalau dipentas Pembangkang bagaimana ucapan Tun boleh mempengaruhi ahli-ahli UMNO untuk menolak BN sedangkan mereka tidak akan hadir untuk mendengar ucapan Tun dipentas Pembangkang..

Takkanlah Calon BN akan benarkan Tun berucap dipentas mereka kot??

Kalau Tun tidak boleh bercakap secara terus kepada penyokong-penyokong atau ahli-ahli UMNO sendiri bagaimana beliau boleh mempengaruhi mereka untuk tidak menyokong BN?

Tidak seperti Sarawak, Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan akan turut berkempen menentang BN dalam dua pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar bulan depan.

"Tun Mahathir sudah kata dalam kenyataan terbuka.

"Tun Mahathir kata dia nak turun Kuala Kangsar dan Sungai Besar," kata bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Ditanya sama ada beliau akan berkempen untuk Pakatan Harapan, Khairuddin menjawab:

"Nampaknya begitulah kerana Tun Mahathir sangat konsisten. Dia kata apa pun kena kalahkan BN.

Malah, kata Khairuddin, jika PAS bertanding pun sokongan harus diberikan kepada parti Islam itu.

Kerusi parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, yang dimenangi BN dalam pilihan raya umum lalu kosong berikutan kematian anggota parlimennya dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu.

Pilihan raya kecil untuk kedua-dua kawasan itu akan diadakan pada 18 Jun depan ~ Malaysiakini

Belajarlah dari PRN Sarawak.. letak tepi dulu semua ego yang ada dalam diri tu.. utamakan kepentingan rakyat bukannya kepentingan diri..

Aku kata ANDAIKATA.. sebab rundingan masih belum selesai.....



Anwar Sahkan 'Warkah Dari Penjara' Ditulis Olehnya...

Posted: 23 May 2016 06:49 AM PDT


Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pemimpin pembangkang agar tidak menyimpang daripada perjuangan asal mereka iaitu berjuang untuk rakyat apabila mereka bekerja dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anwar berkata, isu pendidikan, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan dan kontroversi berhubung isu pengeluar tenaga bebas hanya sebahagian daripada isu berkenaan.

"Pastikan dia (Mahathir) tidak memerintah. Isu-isu seperti kronisme dan rasuah perlu ditangani. "Pastikan bahawa isu-isu rakyat, yang merupakan isu-isu utama, tidak menyimpang," katanya kepada pemberita selepas pengurusan kes semakannya di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan.

Anwar berkata beliau telah menghantar tiga pemimpin kanan PKR untuk berunding iaitu timbalan presiden parti Datuk Seri Azmin Ali dan Naib Presiden Tian Chua dan Rafizi Ramli.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan mereka untuk tidak menyimpang dan tidak membiarkan Mahathir merencanakannya kepada mereka.

Anwar juga mengesahkan bahawa suratnya yang diedarkan minggu lalu adalah sahih dan bahawa beliau menulisnya ketika di mahkamah.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Malaysiakini kerana menterjemahkannya, tetapi ia perlu dibaca dalam konteks asalnya.

"Di mana pada peremulaannya ia adalah dalam bahasa Melayu dan di tengah-tengah adalah dalam bahasa Inggeris manakala ia diakhiri dalam bahasa Melayu.

"Ia pada mulanya diarahkan kepada pemimpin parti tetapi kerana ia sekarang sudah tersebar, saya berharap semua orang membacanya," katanya sambil dikawal ketat oleh anggota Jabatan Penjara lapor Malaysiakini


Comments (0)