Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:17 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


'Jangan Tekan Kami Macam Budak Tak Berakal, YB' - Afdlin Shauki

Posted: 19 May 2016 05:30 AM PDT


"Kenapa awak nak orang membenci lagi kerajaan?" tanya Afdlin Shauki khusus kepada ahli-ahli yang berhormat di parlimen ketika mereka bersidang lagi sekarang.

Pengarah, pelakon dan ahli perniagaan berjaya itu mengulas pendirian pihak berkuasa yang boleh mengenakan larangan terhadap individu memburuk-burukkan kerajaan.

Laporan itu ada disiarkan Malaysiakini semalam.

Menurut Afdlin, sepatutnya sebuah negara yang mengamalkan demokrasi membenarkan rakyatnya bersuara jika ada sesuatu yang dirasakan tidak kena pada kerajaan.

"Bukankah itu hak asasi kita sebagai manusia?" katanya.

Menurut pelakon lelaki terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 itu, dia terbaca berita mengenai hak yang ada pada pihak berkuasa melarang sesiapa yang dirasakan pernah menegur kerajaan untuk ke luar negara.

Dalam situasi begitu Afdlin mempersoalkan sama ada negara ini hanya menjadi hak kerajaan semata-mata.

"Bagaimana dengan hak rakyat?" katanya.

Semalam Malaysiakini melaporkan sesiapa saja yang dianggap memburuk-burukkan kerajaan boleh dihalang - selama tiga tahun - daripada meninggalkan negara ini.

Jika pelaku itu adalah warganegara Malaysia yang berada di luar negara pula mereka boleh dikenakan larangan sama apabila pulang ke sini.

Sumber memberitahu Jabatan Imigresen Malaysia menguatkuasakan peraturan itu sejak beberapa bulan lalu dalam langkah dianggap bagi "melindungi imej negara".

Lepas ini apa

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Sakib Kusmi pula mengesahkan kewujudan peruntukan tersebut, sambil menegaskan memiliki pasport Malaysia adalah "satu keistimewaan" dan bukan "hak" pada seseorang.

Katanya kerajaan mempunyai budi bicara untuk mengeluar, menangguh atau membatalkan pasport seseorang.

Menurut Afdlin kenyataan bahawa pasport adalah "keistimewaan" dan bukan "hak" kepada rakyat negara ini menunjukkan seolah-olah semua orang tidak ada hak sebagai rakyat Malaysia dan ia adalah "kurniaan" daripada kerajaan.

"Kenapa sampai macam ni YB-YB (yang berhormat, merujuk kepada ahli parlimen) semua.... Kenapa awak nak orang membenci lagi kerajaan?

"Lepas ni apa pulak tetuan? Bukankah kerajaan demokrasi tu adalah satu badan yang ditubuhkan untuk menjaga hal ehwal rakyat?

"Tetuan-tetuan semua, awak semua adalah pekerja yang bekerja untuk rakyat, bukan organisasi untuk menakut-nakut dan menekan rakyat.

"Saya sangat tak setuju dengan statement (kenyataan) yang di buat ini.

"Bantulah rakyat! Jangan tekan kami macam kami semua budak-budak tak berakal tuan tuan..." katanya.

Afldlin mengakhiri status itu dengan sinis: "Jika saya silap sila betulkan saya, saya cuma pelawak je." lapor Malaysiakini



Azmin Mahu PAS Letak Jawatan EXCO Jika PAS Mahu Tanding Juga Di Sungai Besar?

Posted: 18 May 2016 11:00 PM PDT


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali berkata exco PAS dalam kerajaan negeri perlu meletakkan jawatan Isnin depan jika parti Islam itu tetap berkeras dengan keputusan untuk bertanding di PRK Sungai Besar.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR berkata pihaknya sudah menjelaskan kepada PAS bahawa partinya mahu kerusi itu kerana peluang mereka lebih cerah untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu dan Cina, tidak seperti PAS atau AMANAH yang hanya cenderung kepada Melayu.

Bagaimanapun, The Star Online berkata menurut sumber PAS Selangor, parti Islam itu berpegang kepada keputusannya untuk bertanding di Sungai Besar.

Perkara itu diputuskan kepimpinan tertinggi PAS pada mesyuarat tergempar di rumah presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Terengganu lewat tengah malam semalam.

"Presiden kami berpegang kepada keputusan jawatankuasa pusat untuk bertanding dalam PRK itu," kata akhbar harian berkenaan memetik sumber PAS Selangor berkenaan.

Hadi juga mengarahkan tiga exco iaitu Iskandar Samad, Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib tidak meletakkan jawatan tetapi sebaliknya bersedia untuk disingkirkan daripada kerajaan Selangor.

Dalam rundingan dengan PAS berhubung PRK Sungai Besar, Azmin dikatakan memberi jaminannya beliau akan bercakap kepada parti komponen lain dalam Pakatan Harapan iaitu DAP dan AMANAH, untuk tidak bertanding di PRK Kuala Kangsar bagi membolehkan PAS bertemu satu lawan satu dengan BN.

Azmin juga menjanjikan kerusi Parlimen Sabak Bernam akan diberi kepada PAS dalam pilihan raya umum akan datang, selepas partinya tewas di situ pada 2013.

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar dijadualkan dijalankan serentak pada 15 Jun, susulan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, awal bulan ini lapor FMT


Bagaimanapun laporan ini terbukti tidak benar bila Azmin Ali telah menafikan telah memberikan kata dua kepada PAS..

"I am meeting Parti Amanah Negara today. Ultimatum? There is none. It is not true. Our focus is on discussing the seat first, and that is not yet complete," he told reporters after chairing the weekly Selangor Economic Action Council meeting at the state secretariat building here Thursday.  
He was asked to comment on a report of an English daily that he had asked the Selangor exco members from PAS to resign by Monday if their party insisted on going ahead to contest in the by-election.  
The report said that Mohamed Azmin wanted PKR to contest the seat instead of PAS or Amanah.

Asked whether PAS would remain in the state administration if it contested the seat, the Selangor Mentri Besar said: "Don't jump to conclusions."

Please continue yours reading HERE


PAS Akan 'Bungkus' Di PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar - Husam

Posted: 18 May 2016 07:18 PM PDT


Parti Pas dipercayai akan kalah teruk pada piihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar jika hanya berlaku pertandingan dua penjuru bertemu Barisan Nasional (BN) pada 18 Jun depan.

Kata bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, kekuatan Pas sudah semakin menurun sejak parti itu bertindak untuk bergerak bersendirian tanpa bergabung dengan parti pembangkang lain.

"Pas merasakan kawasan itu mereka yang punya seolah-olah parti pembangkang tidak boleh bertanding di situ. Mereka begitu yakin akan menang besar pada kedua-dua PRK itu padahal BN akan 'membungkus' Pas dengan majoriti yang jauh lebih besar daripada pilihan raya umum lalu," katanya pada Majis Dialog Bersama Husam Musa di Kuala Lumpur malam tadi.

Menurut Husam, Pas seolah-olah enggan menerima hakikat bahawa rakyat kini sudah semakin hilang kepercayaan kepada parti Islam itu yang telah menyimpang dari perjuangan asal.

"Bagaimana nak menang jika mereka tanpa bertolak ansur terus menolak untuk bekerjasama dengan parti pembangkang lain? Rakyat sudah muak dengan gelagat kepimpinan Pas hari ini dan ramai yang telah mula meninggalkan parti iti tetapi mereka tetap tak mahu berubah," ujarnya.

Kata Husam lagi, melihatkan pada keadaan semasa, BN akhirnya yang akan menang besar akibat keangkuhan parti Pas.

"Janganlah Pas bermimpi untuk tumbangkan BN jika tidak mahu bersatu dengan pakatan pembangkang yang lain. Ada baiknya sebuah lagi parti pembangkang meletakkan calon di kedua-dua PRK dan menjadikan pertandingan tiga penjuru supaya rakyat yang menolak BN ada pilihan lain selain Pas," katanya.--MalaysiaGazette



Comments (0)