Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:19 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Kurang Guna Motosikal Untuk Elak Kemalangan Maut?

Posted: 17 May 2016 05:30 AM PDT


Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) menyeru orang ramai agar mengurangkan penggunaan motosikal untuk bersiar-siar bagi mengelakkan kemalangan maut yang semakin meningkat.

Ketua Pengarah JKJR Abd Ghafar Yusof berkata 62 peratus daripada 6,706 kes kemalangan maut yang berlaku pada tahun lepas membabitkan motosikal.

"Kita mahu perkara ini diberi perhatian kerana jika kita berjaya mengurangkan penggunaan motosikal sebanyak 10 peratus, kita jangka dapat selamatkan 400 nyawa setahun.

"Penggunaan motosikal itu bukan dihalang kerana ada keluarga yang hanya memiliki kenderaan itu sahaja, tetapi penggunaannya boleh dilakukan jika perlu dan dalam keadaan terdesak sahaja bagi mengelak risiko kemalangan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Advokasi Khas Keselamatan Jalan Raya di sini, hari ini.

Pada majlis itu, JKJR turut menyumbang sebanyak 60 topi keledar termasuk 30 topi keledar khusus untuk kanak-kanak kepada penunggang motosikal di jajahan tersebut.

Abd Ghafar berkata ibu bapa perlu melengkapkan anak-anak kecil mereka dengan topi keledar bagi mengelak risiko kehilangan nyawa ketika kemalangan berlaku.

"Topi keledar untuk kanak-kanak juga perlu mempunyai tahap keselamatan yang dibenarkan bagi mengelak ia pecah ketika kemalangan berlaku," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan ibu bapa supaya melarang anak mereka yang tidak mempunyai lesen daripada menunggang motosikal lapor FMT



Pesawat Latihan TUDM Terhempas

Posted: 17 May 2016 02:06 AM PDT


Sebuah pesawat latihan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas dekat Kampung Serum, Nenasi di Pahang pada tengah hari Selasa.

Menurut kenyataan TUDM, kedua-dua juruterbang pesawat Aermacchi MB339CM itu dilaporkan selamat apabila berjaya keluar dari pesawat dengan menggunakan kerusi injal.


"Pesawat yang berpangkalan di Pangkalan Udara Kuantan telah mengalami masalah teknikal ketika membuat penerbangan latihan pada pukul 12.54 tengah hari," demikian menurut kenyataan itu. 

TUDM akan menubuhkan lembaga penyiasatan untuk mencari punca kemalangan lapor mStar



11 Isi Penting Surat Anwar Yang Kita Perlu Tahu..

Posted: 16 May 2016 11:00 PM PDT


Jarang ahli politik menulis surat panjang lebar dengan penggunaan bahasa indah berhias puisi-puisi penyair terkenal seluruh dunia.

Tetapi di sebalik pemilihan kata-kata, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengejutkan banyak pihak dengan surat lapan halaman daripada penjara yang lantang mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad dan Deklarasi Rakyat.

Anwar menyentuh pelbagai isu, daripada masalah keteguhan perjuangan dalam PKR kepada kelicikan dalam politik Malaysia.

Selain Mahathir, Tun Daim Zainuddin yang dilihat 'orang kanan' perdana menteri keempat itu serta Tengku Razaleigh Hamzah tidak terlepas daripada kritikan Anwar.

Bagaimanapun, surat panjang itu mungkin sedikit sukar difahami gaya penulisan itu. Berikut inti pati amanat Anwar itu yang disusun semula oleh Malaysiakini:

(1) Terdapat pemimpin PKR bersekongkol dengan Mahathir dan Tun Daim melalui Deklarasi Rakyat. Strategi itu menggugat perjuangan PKR dan pemimpinnya harus menghindari permainan elit penguasa untuk mengekalkan sistem usang. Mahathir dan Daim agresif mempertahankan sistem kroni kapitalisme.

(2) Tengku Razaleigh Hamzah licik mempergunakan akuan bersumpah (SD) anggota parlimen yang tidak menyokong kepimpinan Najib, walaupun menafikannya. Tengku Razaleigh atau Ku Li meletakkan diri sebagai calon kompromi di tengah-tengah pertembungan Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

(3) Anwar menetapkan jarak daripada awal dengan "kelompok Deklarasi Rakyat". Agenda perubahan harus selaras dengan gagasan reformasi.

(4) Deklarasi Rakyat menafikan kepentingan moral untuk "reformasi terhadap demokrasi yang beramanah". Pelancarannya seolah-olah ditetapkan tanpa boleh dirunding. Malah, pandangan PKR dimasukkan di saat-saat akhir dan sekadar mencantikkan deklarasi. "Dokumen Tun M" itu cacat dan tidak selari dengan pandangan reformasi.

(5) Deklarasi Rakyat hanya menumpukan kepada pengunduran Najib dan jauh terpesong daripada asas perjuangan PKR untuk kebebasan dan keadilan, kedaulatan undang-undang dan melawan salah guna kuasa serta rasuah.

(6) Mahathir pemimpin zalim dan paling korup sebagai mantan menteri kewangan. Bagaimanapun terdapat pemimpin PKR terpegun dan merendah diri dengannya seolah-olah masih tersekat dengan budaya feudal.

(7) Mahathir tidak pernah menghargai sifat berlapang dada padanya, bahkan menunjukkan sifat terkutuk meneruskan serangan peribadi. Anwar dan Azizah merasakan keperluan membantah sebagai prinsip mempertahankan maruah.

(8) Kumpulan elit penguasa hanya berusaha menyelamatkan Umno. Memetik penyair Inggeris William Shakespeare, Anwar berkata "ular yang dulu mematuk kini memakai mahkota".

(9) Anwar mengutuk sikap tidak peka yang mendesak presiden, dan khususnya Nurul Izzah (anaknya) membuat kunjungan hormat terhadap Mahathir. Hasrat mengambil hati Mahathir dengan menuntut pengorbanan keluarganya, terutamanya selepas cemuhan bekas perdana menteri itu, sangat tidak berhati perut.

(10) Dakwaan Najib menghantar Zahid bertemunya di Hospital Kuala Lumpur ketika beliau dimasukkan ke wad baru-baru ini adalah fitnah untuk melahirkan kesangsian dan perbalahan.

(11) Anwar berasa sugul. Derita di penjara tidak sekusut perkembangan terkini PKR apabila idealisme perjuangan mula terhakis, teruji dengan kilauan kuasa dan dana. Memetik penyair terkenal Indonesia Tawfiq Ismail, Anwar mengetengahkan sajak yang mengingatkan wujudnya golongan pengkhianat, penjilat dan pahlawan jadi-jadian dalam perjuangan ~ Malaysiakini



Setiap Perjuangan Selalu Melahirkan Sejumlah Pengkhianat Dan Para Penjilat. Jangan Kau Gusar, Saudaraku

Posted: 16 May 2016 07:58 PM PDT


Penalis forum 'Deklarasi: Mana Pergi Rakyat', pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin telah membaca surat dari bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disambut dengan laungan reformasi bergema di majlis tersebut.

"Setiap perjuangan selalu melahirkan sejumlah pengkhianat dan para penjilat. Jangan kau gusar, saudaraku.

"Setiap perjuangan selalu menghadapkan kita pada kaum yang bimbang menghadapi gelombang. Jangan kau kecewa, saudaraku."

"Fokus kita untuk tumbangkan Umno dan Barisan Nasional," katanya lagi, lantas disambut laungan kuat 'Reformasi' oleh para hadirin yang kebanyakannya menentang usaha Deklarasi Rakyat.

Laungan tersebut berterusan untuk beberapa ketika, sehingga menenggelamkan penjelasan seorang lagi ahli Panel, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang menegaskan Deklarasi Rakyat tidak menghalang usaha menjatuhkan kerajaan.

Surat bertulis tangan itu dikatakan menyentuh penglibatan dalam Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh Tun Mahathir Mohamad.

Forum itu menampilkan Khalid berserta bekas pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga dan bekas timbalan ketua Umno Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan sebagai pihak yang menyokong Deklarasi Rakyat.

Manakala Chegubard, bekas setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvan dan peguam Haris Ibrahim sebagai pihak yang menentang.

Bagi Haris, beliau menentang deklarasi tersebut bukan kerana tidak bersetuju dengan isi kandungannya, tetapi kerana khuatir dengan agenda di sebaliknya yang disifatkannya hanya untuk menyelamatkan Umno dan BN.

"Saya tidak percaya usaha yang dipimpin Mahathir dan lihat ia tidak akan dapat mencapai reformasi yang diingini rakyat... Yang perlu digulingkan adalah Umno-BN (dan bukan hanya Najib).

"Selagi ia tidak berlaku, jangan harap reformasi akan berlaku," katanya lantas disambut tepukan gemuruh 300 hadirin.

Khalid mengecam hujah pihak yang menentang yang menurutnya 'mengungkit hal yang telah berlalu' sehingga menghalang sebarang kerjasama dengan pihak lain.

"Memang dia (Mahathir) ada agenda, tetapi tidak bermakna kita tidak boleh atasinya (dengan agenda kita). Saya bimbang dengan tanggapan sebegini," katanya lagi.

Arutchelvan pula menyifatkan Deklarasi Rakyat yang dikatakan ingin menyatukan pihak yang tidak bersetuju dengan Najib akhirnya memecah-belahkan Pakatan Harapan sendiri.

"‎Kehadiran Mahathir telah memecahkan kita. PKR dan DAP pecah dua, masyarakat sivil berpecah lagi banyak," katanya, yang turut mengecam usaha itu yang disifatkan dibuat secara tergesa-gesa dan melibatkan segolongan kecil tokoh sahaja.

"Deklarasi rakyat tidak mengubah apa-apa, ia hanya menghancurkan kita,"katanya.

Forum lebih dua jam itu panas dengan hujah barisan ahli panel serta sorakan hadirin, sehingga menyebabkan penganjur terpaksa mencelah untuk meminta semua yang pihak untuk bertenang lapor Malaysiakini



Comments (0)