Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:17 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Ahli Parlimen Jelebu Dikejarkan Ke HKL

Posted: 13 May 2016 03:40 AM PDT


Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Zainuddin Ismail, dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dari Hospital Jelebu selepas dilaporkan tidak sedarkan diri di rumahnya di Kuala Klawang tengah hari tadi. 

Pengarah Hospital Jelebu, Dr. Serina Sidek berkata, Zainudin telah dibawa ke HKL pada kira-kira pukul 1.40 petang tadi

"Buat masa ini (sehingga jam 4 petang), saya difahamkan beliau belum sedarkan diri di wad kecemasan HKL.

"Doktor sedang membuat pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian itu," kata Ketua UMNO Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang. 

Beliau turut meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi mengenai penyakit Zainuddin, sebaliknya menunggu hasil pemeriksaan doktor lapor BNBBC



Berpolitik Apa Sampai Nak Bertumbuk Pemimpin UMNO Ni?

Posted: 13 May 2016 01:00 AM PDT


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz sekali lagi berkata beliau tiada masalah 'bertumbuk' dengan pengkritik perdana menteri, seperti Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, kata anggota Majlis Tertinggi Umno itu, kesediaan itu bermaksud beliau bersedia untuk berdepan dengan mereka.

"OK, tak ada masalah (bertumbuk). Bila-bila masa sahaja. Tapi saya tak faham, bila Mahathir cakap (orang Umno) makan dedak, kita faham takkanlah semua ahli Umno makan dedak. Tapi semua faham apa maksud (cakap) Mahathir.

"Tapi bila saya kata tak ada masalah nak bertumbuk, kenapa mesti ambil serius.

"Bila kita kata saya tak ada masalah nak bertumbuk, maksud saya kita lawanlah. Tapi intelek Melayu ini rendah, inilah masalah dia, yang cerdik seperti saya ini cukup kurang," kata Nazri.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas membuat lawatan rasmi ke Pasar Seni di ibu negara hari ini.

Beliau ditanya kesediaan anak Mahathir, Datuk Seri Mukhriz, yang juga bekas menteri besar Kedah, untuk bertumbuk dengan Nazri bagi mempertahankan ayahnya.

Mukhriz berkata demikian dalam ceramah Deklarasi Rakyat di Nilai, Negeri Sembilan semalam.

"Saya sebagai anak jantan Tun Mahathir akan berdepan dengan dia (Nazri). Kalau nak bertumbuk, jumpa kita dulu, bukan senang-senang," katanya.

Mukhriz berkata demikian ketika mengulas kenyataan menteri pelancongan dan kebudayaan yang sedia bertumbuk dengan bekas perdana menteri itu.

"Agaknya dah hilang akal dah hilang pertimbangan, orang tak waras dikatakan, tapi berpangkat menteri. Beginilah menteri-menteri kita sekarang," katanya.

Nazri dilaporkan mengeluarkan kenyataan itu baru-baru ini ketika mengulas keputusan kerajaan menarik semula perkhidmatan polis pengiring untuk Mahathir lapor Malaysiakini

... Ceh!! buat malu kat budak-budak saja.. sepatutnya hujah lawanlah dengan hujah.. ini hujah nak dilawan dengan penumbuk..



PRK Kuala Kangsar Dan Sungai Besar Diadakan Serentak..

Posted: 12 May 2016 09:35 PM PDT


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar (P.067) dan Sungai Besar (P.093) akan diadakan serentak, masing-masing pada 5 Jun dan 18 Jun ini.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, tarikh pengundian awal pula ditetapkan pada 14 Jun ini. 

PRK bagi kedua-dua Parlimen itu diadakan selepas penyandangnya iaitu Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon (Parlimen Sungai Besar) dan Datuk Wan Muhammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nashas helikopter di Sarawak.

Mereka antara enam yang terkorban dalam nahas itu selain suami Noriah, Asmuni Abdullah; Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai; pengawal Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang Kapten Rudolf Rex Ragas lapor mStar


Fariz Musa Dikejarkan Ke Hospital..

Posted: 12 May 2016 07:51 PM PDT


Ni berita yg aku terima dari Hamizah Dija (Isteri Din Binjai) melalui sms malam semalam mengenai Ketua Setiausaha Pengelola KEADILAN, Fariz Musa...

Assalamualaikum.

Cikgu Fariz Musa mengalami sakit kronik dan telah dimasukkan ke Hospital Tentera Tg. Mizan , Sg. Besi pada jam 9.00 malam tadi.

Keadaan beliau tidak stabil di mana beliau tidak dapat berjalan setelah jatuh dalam bilik air. Hanya keluarga terdekat sahaja yg dibenarkan masuk.

Sebarang perkembangan akan di update esok pagi. Sebarang pertanyaan boleh hubungi isteri beliau, Mawar..



Dan pagi ini aku dimaklumkan yang keadaan Cikgu Fariz semakin stabil dan telah dipindahkan ke wad rawatan rapi, hanya keluarga terdekat dibenarkan melawat..

Semoga Cikgu Fariz Musa kembali sembuh seperti sedia kala hendakNya...

Kepada yg ingin membantu meringankan beban kewangan keluarga beliau.. berikut adalah No. akaun Cikgu Fariz...

CIMB Account No 1293-0006-1865-27 Fariz Musa
Maybank Account No 1050-3809-3534 Fariz Musa. 



Comments (0)