Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:19 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Kemenangan BN Kerana Adenan Bukan Najib - Penganalisis

Posted: 11 May 2016 05:30 AM PDT


Kemenangan BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Sabtu lalu merupakan referendum untuk Ketua Menterinya, Tan Sri Adenan Satem dan bukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak, Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, kemenangan itu juga berdasarkan penilaian rakyat terhadap kepimpinan Adenan.

Jeniri berkata, PRN dan PRU merupakan dua perkara berbeza kerana watak, isu dan penilainya juga berbeza.

Menurutnya, kemenangan BN di Sarawak disebabkan populariti Adenan yang mengatasi semua kaum selain sokongan kuat setiap masyarakat.

"Ia juga disebabkan 53 langkah transformasi yang diperkenalkan Adenan dan ia disenangi rakyat. Bahkan 'Demam Adenan Satem' juga telah 'membunuh' (secara politiknya) beberapa kerusi 'milik' DAP sebelum ini.

"Strategi politik dan aura Adenan merupakan aspek yang amat ampuh sehinggakan isu nasional seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), GST dan derma RM2.6 bilion tidak berupaya mempengaruhi pengundi termasuk di kawasan bandar," katanya.

Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kemenangan BN pada PRN Sarawak Sabtu lalu, hanya bersifat sementara dan kejayaan itu adalah kemenangan kerajaan negeri bukan Kerajaan Pusat.

Tambah Jeniri, pendekatan Adenan dengan menggempur kawasan yang diyakini mampu memberi kemenangan kepada BN dilihat berkesan.

Kemenangan BN di Sarawak bagaimanapun dilihat tidak dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Pusat sepenuhnya.

"Jika ada ia hanya berlaku pada tahap tertentu. Keyakinan itu bagaimanapun bagus untuk menyemarakkan psikologi dan moral perdana menteri dan kepimpinan BN, tetapi pada masa sama mereka perlu realistik bahawa undi tersebut adalah referendum untuk Adenan.

"Namun, sumbangan Najib dalam memastikan kemenangan kerusi di kawasan luar bandar amat penting. Kekerapan beliau turun padang dan komited berkempen serta membantu menyelesaikan masalah dan memenuhi aspirasi rakyat tanpa mengira etnik perlu diambil kira," katanya lapor Sinar


Kasihilah UMNO Demi Bangsa Melayu – Khaled Nordin

Posted: 10 May 2016 09:13 PM PDT


"Bulan ini genaplah 70 tahun usia parti UMNO dan saya ingin mengajak semua yang mengasihi UMNO dan perjuangannya agar gigih berusaha untuk menjelmakan harapan baharu demi perjuangan paling mulia ini.

"Marilah kita menumpahkan keringat, masa dan ikhtiar kita untuk mencipta masa depan yang lebih baik bagi UMNO agar ia kekal menjadi instutusi terbaik bangsa Melayu,".

Itu kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerusi emel.

Katanya, UMNO yang diasaskan 70 tahun dahulu hanya satu tujuan iaitu menjadi wadah politik untuk menambaihbaik kedudukan, pengaruh dan kelangsungan bangsa Malayu.

"Kepada pendiri bangsa, inilah satu-satunya aspirasi politik UMNO, iaitu memperjuangkan Melayu dan kepentingannya.

"Tiada yang lebih penting, lebih mulia dan lebih berharga selain mencipta sebuah bangsa yang mandiri, berkemajuan dan berguna pada tanahair," ujarnya.

Malah katanya, pada pendiri bangsa, perjuangan untuk kebaikan bangsa adalah juga tuntutan agama yang mana kedua-duanya adalah kutub yang tidak terpisah, malah saling menguatkan.

"Mereka hidupkan UMNO dengan keringat, dengan darah, dengan airmata dan dengan segala pengorbanan yang selayaknya sehingga UMNO menjadi pergerakan politik moden dan berjaya. 

"Setelah 70 tahun, generasi pewaris UMNO berjaya menggalas amanah ini dan mendepaninya dengan bijaksana," katanya.

Kata Menteri Besar Johor itu, tidak ada siapa yang boleh menafikan bahawa UMNO adalah pacuan sebenar yang membina Malaysia dengan bersatu padu dan berjaya.

"Hanya UMNO yang menerajui kelahiran Malaysia penuh progresif, berdaya saing, moden dan berperwatakan global.

"Kita harus melakukannya secara kolektif iaitu satu parti, satu perjuangan, satu bangsa, semuanya saling mendukung, erat dan mengukuhkan," tegasnya. - MalaysiaGazette

Ha.. ha.. ha... dah 60 tahun memerintah pun masih nak merayu lagi?.. kenapa?


Comments (0)