Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:16 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


AMANAH Mahu Bertanding Di Sg Besar, Kuala Kangsar?

Posted: 10 May 2016 05:07 AM PDT


Parti Amanah Selangor (AMANAH) sewajarnya mewakili Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Demikian kata Pengerusinya Izham Hashim yang berpendapat secara prinsipnya parti itu telah menggantikan tempat PAS dalam PH.

"Oleh kerana AMANAH menggantikan PAS dalam PH maka sewajarnya kami yang bertanding di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

"Kita ada ramai calon yang berkelayakan dan perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat AMANAH Nasional pada 15 Mei nanti," katanya kepada FMT hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya jika parti itu akan meletakkan calon untuk bertanding pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong selepas wakil rakyat terbabit, merangkap Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak, Khamis lalu.

Tragedi itu turut meragut nyawa Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad; suami Noriah, Asmuni Abdullah; Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr Sundaran Annamalai dan pengawal peribadi Noriah, Konstabel Ahmad Sobri Harun.

Sementara itu, Izham turut diminta mengulas kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini yang menyarankan PAS kembali bersama DAP dan PKR sebagai sebuah pasukan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti

"Mana-mana pimmpinan daripada komponen parti dalam PH bebas menjemput sesiapa atau mana-mana parti menyertai PH. Namun, kaedah penerimaan mestilah mengikut tatacara yang terkandung dalam perjanjian PH yang ditandatangani baru-baru ini.

"PH percaya pembangkang perlu bersatu di bawah satu platform bagi menghadapi BN.

"Walau bagaimanapun parti-parti berkenaan perlulah jujur dan bersedia mematuhi segala peraturan berhubung dengan perjalanan PH. Juga mereka perlu dipersetujui keahlian oleh ketiga-tiga parti komponen PH sedia ada," tegasnya lapor FMT


SPR Mesyuarat 13 Mei Bincang PRK Parlimen Kuala Kangsar, Sungai Besar

Posted: 09 May 2016 11:00 PM PDT


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Jumaat ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting kekosongan kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Ia akan membincangkan tarikh-tarikh penting Parlimen berkenaan seperti Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian Awal, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan persiapan-persiapan lain.

SPR dalam kenyataannya berkata mesyuarat khas itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

Kekosongan kedua-dua kerusi Parlimen itu berlaku selepas Datuk Wan Mohamad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon meninggal dunia akibat nahas helikopter pada 5 Mei lalu di Sebuyau, Sarawak.

Tambah SPR, pemakluman kekosongan kerusi itu telah dimaklumkan oleh Yang Di-Pertua Dewan Rakyat pada Isnin 9 Mei lalu lapor AstroAwani


Kami Belajar Dari PRN Sarawak Untuk Hadapi PRU - Wan Azizah

Posted: 09 May 2016 08:34 PM PDT


Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi jaminan bahawa PKR akan belajar daripada kelemahan dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-11 sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Saya telah meminta kepimpinan untuk mengenal pasti kelemahan, untuk belajar dari kelemahan kita dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk membetulkan strategi dan kemampuan organisasi kami dalam pertarungan besar akan datang: PRU14.

"Ini ialah apa yang boleh saya tawarkan dan berjanji bahawa kita perlu pulihkan parti dan lebih bersedia untuk pertarungan akan datang demi keadilan," kata beliau dalam satu kenyataan selepas melawat suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur hari ini.

Anwar yang juga ketua umum PKR dikejarkan ke hospital malam tadi akibat tekanan darah tinggi.

Wan Azizah berkata beliau memahami perjuangan pembangkang semasa pilihan raya negeri Sarawak akibat 'kekurangan sumber dan ugutan' dan percaya mereka telah melakukan yang terbaik.

"Saya berdoa bahawa kami akan diberikan kekuatan sebagai pembangkang dan mereka yang cuba memperkecilkan usaha-usaha kami membawa pembaharuan ke Sarawak.

"Saya percaya bahawa kami boleh dan akan mengatasinya," katanya lapor Malaysiakini


Comments (0)